9

Other Completed 493332

"ANOTHER coming up project is at Mersing! We'll build up a pre-school as we promised before. Itu arahan papa"

Wajah Farrhan yang tiada perasaan itu dipandang. Dia faham maksud wajah itu. Farrhan memang tidak mahu bekerja bersamanya. Lebih tepat lagi, Farrhan tidak mahu mengadap wajahnya hari-hari! Projek kali ini memakan masa yang agak panjang. Saranan Tan Sri Firman adalah dengan menghantar mereka di Mersing untuk mengendalikan projek tersebut. Walaupun tidaklah sebesar dan segah projek sebelumnya, setidak-tidaknya ini juga antara janji mereka kepada penduduk Mersing sebelumnya.

"So?" Wajah Farrhan bersahaja. Tangannya menikam satu-persatu anak panah ke atas papan dart. Sejujurnya, tiada satu pun percakapan Firash menembus ke hati dan mindanya.

Terdengar keluhan dari bibir Firash. Dari duduk, dia kini bangkit lalu berdiri di hadapan Farrhan. Niatnya hanya ingin mereka bersama-sama memberikan tumpuan ke atas projek kali ini. Paling penting, projek ini akan berhasil dan kepercayaan para penduduk dapat diraih.

"Tak boleh ke kalau kau bagi kerjasama dengan aku?" Anak panah yang hendak ditikam ke papan dart, ditarik oleh Firash. Kemudian, pandangan kedua mereka bersabung.

"We are now in-charge of this project! Kalau kau terus nak bencikan aku, go ahead! I won't stop you. But please, I beg you this time! Bagi full cooperation kau pada projek kali ni. Aku yakin sangat-sangat yang kau tak nak papa rasa kau anak yang tak berguna kan? Takkan kau sanggup nak biarkan anak tiri macam aku ni ambik alih company ni? Mesti kau tak nak kan? Lagipun, kalau projek kali ni berjaya, yang akan dapat nama nanti adalah kau! Bukannya aku! Tapi kalau projek ni tak berjaya, yang dapat busuk nama jugak kau! Dan bukannya aku! Jadi kau pilihlah!"

Omongan Firash dihadam oleh Farrhan. Seketika, hatinya seakan bersetuju dengan kata-kata tersebut. Dia tidak mahu menghilangkan kepercayaan papa terhadapnya. Paling penting sekali, takkan dia hendak mengalah dengan Firash? No way!

"Fine!" Laju Farrhan bersetuju sambil berdiri. Kotnya dibetulkan. "I'll go with you this time. Tapi kali ni je. Lepas ni kalau ada apa-apa projek lagi, aku tak nak dengan kau!"

Laju saja senyuman lebar singgah pada wajah Firash. Umpan mengena! "As you wish!"

"Bila nak berangkat ke Mersing?"

Pertanyaan Farrhan melegakan hati Firash. Good respond!

"DENGAR kata, orang bandar tu nak datang kampung kita ni esok. Diorang nak dirikan tadika kat sini. Untuk kemudahan budak-budak kat sini"

Secawan kopi yang dihidangkan di atas meja dihirup perlahan. Sudah lama Encik Affendi menerima berita tersebut. Sebagai ketua kampung, dia bertanggungjawab untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Walaupun pada mulanya agak ramai yang enggan bersetuju kerana beberapa tanah mereka akan diguna pakai, tetapi nasihat dan janji yang Encik Affendi berikan menyebabkan mereka akhirnya bersetuju. Lagipula, pihak di sana berjanji akan membayar sejumlah wang kepada mereka di atas pajakan tanah tersebut. Siapa yang tak nak melabur jika pulangannya menguntungkan dua kali ganda? Lebih-lebih ianya adalah untuk tujuan pendidikan.

"Confirm ke esok diorang datang?" Pak Abu, setiausaha masjid bertanya demi mendapatkan kepastian.

"Kalau diorang datang sini, diorang nak duduk mana?" tanya Cik Milah pula.

Encik Affendi tersenyum. "Rumah kat hujung kampung masih ada kosong satu lot. Saya rasa, ada baiknya kalau bagi diorang duduk situ buat sementara waktu"

"Rumah yang bersebelahan dengan rumah Dara tu ke Bang Fendi?" Adib pula menyoal.

"Yelah, rumah tu. Kat hujung kampung tu, cuma rumah Dara dan rumah kosong tu aje yang tinggal"

"Nak ke diorang duduk situ? Rumah tu kan kejap ada air, kejap takde air. Elektrik pun kadang-kadang je ada. Buatnya diorang tak berpuas hati, macam mana?" adu Pak Abu pula. Setahu dia, hanya dua buah rumah tersebut yang ketandusan air dan elektrik.

"Itu nantilah saya jelaskan pada diorang. Agak-agaknya diorang faham kot" sahut Encik Affendi.

"Tapi saya ni musykillah Bang Fendi" Cik Milah menyampuk.

"Apa yang dimusykilkan?" Pak Abu bersuara lagi.

"Buatnya diorang tak nak bayar tanah-tanah kita tu macam mana? Risau jugak saya"

Pertanyaan Cik Milah mengundang kerisauan di hati semua orang. Mereka saling berbisik. Ada yang mengangguk kepala, ada pula yang menggeleng. Keadaan dewan mulai riuh.

"Mintak perhatian semua!" Suara Encik Affendi kedengaran lantang. Semua mata memandang ke arahnya.

"Saya tahu, banyak yang ragu-ragu mengenai pembayaran tanah. Tapi apa yang boleh saya perkatakan, saya berani jamin, yang mereka takkan sesekali memungkiri janji. Percayalah cakap saya. Kita ada black and white agreement, jadi mereka takkan semudahnya menipu kita semua"

Mendengarkan itu, mereka mengangguk kepala. Bibir mula dihiasi dengan senyuman. Jika memang itu jaminannya, mereka berani untuk menggadai tanah masing-masing.

"Dan saya harap, kalau mereka datang ke sini, kita semua akan berikan layanan yang terbaik untuk mereka. Dan berikan sepenuh kerjasama pada mereka"

Pesanan Encik Affendi mendapat respon yang positif. Masing-masing patuh dengan arahan Encik Affendi.

MENJENGUK ke luar jendela, hati Nuraisha ditimpa resah tiba-tiba. Dia jadi teringatkan Samsul. Dulu, jika Samsul menjenguknya, pasti lelaki itu akan menyapanya melalui jendela biliknya itu. Mereka berjumpa senyap-senyap kerana risau akan diamuk oleh Adira dan Maksu Dara.

Setiap kali menjenguknya, pasti lelaki itu akan membawa makanan yang dimasak oleh Puan Normala. Pernah suatu hari itu, dia tidak diberi makanan oleh Maksu Dara gara-gara lupa mengangkat jemuran. Cuaca ketika itu hujan dan dia basah kuyup saat diarahkan untuk mengumpul semua jemuran di luar rumah. Akibat daripada itu, dia langsung tidak dibenarkan menjamah makanan.

Untung saja Samsul datang tepat pada waktunya. Dia membawa makanan kegemarannya dan mereka curi-curi makan di dalam bilik Nuraisha itu.

Air mata Nuraisha gugur. Sungguh, dia merindukan Samsul. Betapa kejamnya dia pada hati sendiri yang tidak memberi peluang untuk menjelaskan isi hatinya sebenar. Kini, hidupnya akan dihimpit kesunyian kerana segala-galanya sudah dibawa oleh Samsul di sana!

Apa khabar agaknya dia di sana? Adakah takdir akan mempertemukan kita kembali? Nuraisha buntu dalam kerinduan!

SETELAH menerangkan segala-galanya kepada Firash dan Farrhan, Encik Affendi berangkat pergi. Dia dihantar oleh Firash sehingga ke kereta.

"Terima kasih Encik Affendi. Di atas hospitaliti ini" Senyuman Firash dihadiahkan buat Encik Affendi. Dia menghulur tangan untuk berjabat.

Huluran tangan Firash disambut. "Sama-sama Encik Firash. Kami pun nak berterima kasih jugak di atas kesudian encik berdua menabur khidmat di sana. Kalau ada apa-apa yang kurang, jangan segan untuk menyapa saya"

Firash mengangguk. Kepergian Encik Affendi dihantar dengan pandangan mata. Setelah itu, dia mendekati Farrhan yang dari tadi sibuk menepuk tangan dan lengannya yang digigit nyamuk. Senyumannya melebar dengan telatah Farrhan itu. Anak manja!

"Tempat apa yang kau pilih ni? Takde tempat yang bagus lagi ke?" rungut Farrhan, bersama dengan dengusan di bibir.

"Kita ni datang nak bekerja. Bukan nak bercuti!" tempelak Firash pula. Dia sudah mula memunggah barang untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

"Tahulah!" Wajah Farrhan mencuka. "Tapi kalau dah kena sampai duduk kat tempat yang banyak nyamuk, lepas tu takde kemudahan air, elektrik, lebih baik tak payah datang! Buang masa saja!" bidas Farrhan. Hatinya mendongkol geram menerima layanan sebegini rupa. Baru satu hari mereka di sini, tetapi layanan yang diterima sangat di luar jangkaan!

"Heyy! Kita ni kiranya dah patut bersyukur tau? Sebab diorang bagi duduk kat rumah ni. Kalau diorang bagi duduk kat rumah kedai ke, atau tepi jalan ke, kau nak ke? Lagi satu, kemudahan air dan elektrik tu kadang-kadang je takde. Kau ni belajarlah bersyukur sikit!"
Masam terus wajah Farrhan setelah 'ditembak' berdas-das oleh Firash. Mahunya terdiam saja bibirnya kerana kehilangan akal untuk menjawab. Sudahlah dia rimas dengan keadaan sekeliling, kini Firash mencari gaduh pula dengannya! Haihhlah nasib!

"Kau nak duduk sini sampai Subuh esok ke?" tempelak Firash lagi.

Farrhan berdecit sambil mengatur langkah. Namun baru beberapa langkah, namanya diseru kembali. Laju saja kepalanya berpusing menghadap Firash.

"Ni" Firash tunjuk ke arah bagasi di atas lantai. "Kau bawak sendiri!" ujar Firash seraya mengatur langkah ke dalam rumah.

Farrhan dibiarkan terkebil-kebil keseorangan di situ.

MENJENGAH kepala ke ruang sebelah, bibir Adira pada masa yang sama menguntum senyum sinis. Barusan, dia dikhabarkan oleh Julia mengenai jiran barunya yang tinggal sementara bersebelahan rumahnya.

Menurut Julia, jiran baru itu dua beradik lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur. Wajah mereka juga hensem, seiring dengan penampilan mereka yang segak bergaya. Mengalahkan Samsul! Itu komen Julia.

Mata Adira kemudiannya berpusat ke arah Nuraisha yang sedang sibuk menyapu di ruang dapur. Lama dia memerah otak jahatnya untuk mengenakan sepupunya itu.

Jari dipetik dengan senyuman sinis di wajah. Sebelah seliparnya dicampakkan ke dalam kawasan rumah sebelah. Kemudian, dia memanggil-manggil nama Nuraisha sehinggalah gadis itu terpacak di hadapannya.

"Mana pergi sebelah selipar aku?" Adira menyeringa, pura-pura marah. Padahal dalam hati dah nak tergelak saja!

Dahi Nuraisha berkerut. Dia memandang sekeliling sambil bebola matanya galak mencari di celah-celah sempit.

"Kau yang bersihkan depan rumah ni tadi kan? Takkan kau tak tahu mana pergi sebelah selipar aku?" bidas Adira lagi. Telinga Nuraisha dipisat.

Teraduh-aduh Nuraisha menahan kesakitan. Matanya merah menahan tangisan yang hampir pecah.

"Aku nak kau cari selipar aku sebelah. Kalau tak, jangan harap kau dapat makan malam ni!" Dia melepaskan Nuraisha ke tanah. Kemudian, laju saja derap kakinya memasuki ruang tamu. Tetapi dia menapak ke tepi jendela bagi mengintip kelakuan Nuraisha.

Dengan nafas yang bermengah-mengah, Nuraisha bangkit lalu menyapu belakang punggungnya. Cucuk sanggulnya jatuh ke tanah lalu dikutip semula. Disampul bulat rambut ikalnya lantas dihiasnya dengan cucuk sanggul tersebut.

Nuraisha tunduk melihat setiap inci dan celah ruang bagi memastikan dia tidak terlepas pandang. Setapak demi setapak langkahnya diatur sehinggalah dia berhenti pada dawai pemisah di antara dua buah rumah.

Selipar Adira yang sebelah tercampak ke dalam kawasan perkarangan rumah sebelah. Dia menelan liur kerana mula membayangkan pelbagai perkara. Dia tahu rumah itu sudah ada penghuninya tetapi dia tidak tahu siapa gerangan penghuni tersebut.

Niat hatinya hendak kembali ke rumah tetapi apabila mengingatkan ugutan Adira sebentar tadi, dihapuskan saja niat tersebut.

Perlahan-lahan, langkah kaki dihayun menuju ke rumah sebelah. Pagar besi tidak dikunci! Setelah memastikan keadaan sekeling clear, dia menapak masuk dengan penuh hati-hati. Hatinya berdebar saja.

"Oii!!" jerit satu suara membuatkan Nuraisha tersentak. Selipar Adira digapai lalu langkah kaki bersedia untuk berlari. Namun belum pun sempat dia hendak membuka langkah, bahunya terlebih dahulu ditarik oleh pemilik suara.

Nuraisha ketakutan dan mulai membayangkan perkara buruk. Tanpa melihat wajah si pemilik suara, laju saja bibirnya menggigit tangan kasar pemilik suara tersebut.

Nafas dihela perlahan saat bahunya terpisah dari tangan si pemilik suara. Namun dia tetap tidak berhasil apabila si pemilik suara menarik rambutnya yang elok disanggul. Terburai rambut ikalnya dari ikatan tanpa sedar.

Bagaikan terkena halilintar, mata Firash tidak berkedip memandang wajah polos Nuraisha. Wajah yang penuh pengharapan dan mata yang menyimpan seribu kedukaan. Bibir nipis yang memerah, hidung mancung tercuit dan alisnya yang tebal menambahkan lagi keaslian wajah tersebut. Dia terus-menerus menatap wajah Nuraisha yang turut sama memandangnya. Seolah ada debaran tatkala mata bertembung dengan keindahan wajah itu.

"Mana pergi budak ni?"

Suara garau Maksu Dara dari rumah sebelah membuatkan hati Nuraisha cemas. Dia tidak boleh terus leka di situ. Bimbang jika Maksu Dara berfikir yang bukan-bukan lagi. Tanpa sebarang pamit, laju saja langkah Nuraisha terbuka.

"Ke..kejap.. Cik..." Firash tidak sempat menahan langkah Nuraisha yang sudah hilang dari sebalik pokok pisang itu. Wajahnya menerit saja saat melihat Nuraisha sudah menapak masuk ke dalam rumahnya.

"Baru nak tanya nama" Keluhan Firash terluah. Namun sesaat kemudian senyumannya terukir saat secucuk sanggul berada dalam genggamannya. Dia fikir, mungkin cucuk sanggul tersebut milik gadis tadi. Dibeleknya ukiran pada cucuk sanggul tersebut.

"Aisha..." Bibirnya mengukir senyuman manis. Nama Aisha terukir di bahagian paling hujung cucuk sanggul tersebut. Hatinya bersorak gembira tiba-tiba! Cucuk sanggul tersebut akan mempertemukan mereka semula.

Matanya beralih pula ke arah kesan gigitan Nuraisha. Semakin lebar senyuman di wajah.

"Nampak gayanya, awak sekarang berhutang dengan saya, Aisha!" Ujarnya sinis lalu mencium kesan gigitan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience