16

Other Completed 493332

"KENAPA diorang sanggup buat Sha macam ni? Sha kan ahli keluarga dia jugak. Lagipun, Sha dah banyak terseksa. Kenapa tak lari je dari sini?"

Satu pertanyaan itu membuatkan Nuraisha pusing. Dia sendiri juga tidak punya jawaban untuk itu. Jikalau dia melangkah keluar dari rumah, ke mana langkah kaki akan membawanya? Bisa jadi keadaan di luar sana lebih merbahaya dari apa yang pernah dialaminya. Justeru, pilihan apakah yang dia punya?

"Jauh termenung. Fikirkan sesuatu ke?" Suara garau Firash menyentakkan Nuraisha. Matanya terkebil-kebil memandang lelaki yang kini duduk di hadapannya dengan sebuah senyuman manis.

"Abang nak tahu satu cerita?"

Wajah Nuraisha ditatap penuh kasih. Sesaat kemudian, dia mengangguk laju.

"Dulu abang Samsul nak ajak Sha kawen. Dia tahu semua yang pernah terjadi dalam kehidupan Sha. Suka duka dan cerita Sha, tak pernah dia terlepas satu pun. Dia cakap, dia sayangkan Sha. Tapi Sha..."

Kata-kata Nuraisha terhenti di situ. Airmata yang mulai bergenang di tubir, laju saja menuruni tangga pipi. Apabila teringatkan peristiwa itu, acapkali emosinya terganggu. Jiwanya terseksa. Dan dia benar-benar menyesali kerana telah menyakiti hati lelaki sebaik Samsul.

Keruh muka Firash agak ketara, namun emosinya masih mampu dikawal. Dia tidak terkejut mendengar cerita itu kerana dia tahu, wanita sebaik Nuraisha memang pantas untuk dimiliki. Jadi tidak hairanlah jika sejauh itu Samsul bertindak. Tetapi kenapa Nuraisha tampak sedih?

"Sha tolak pinangan dia. Sha bodoh kan?! Betul kata maksu. Sha memang bodoh" Dalam tangisan, sempat dia tertawa dengan kata-kata sendiri.

Namun wajah Firash tetap ketat. Tiada apa yang lucu pada bicara Nuraisha. "Sha tak bodoh. Kenapa cakap macam tu? Sha mesti ada sebab tersendiri kan? Kenapa Sha tolak pinangan dia?"

"Sha kena ugut dengan maksu dan Dira. Sebab Dira pun sukakan abang Samsul. Jadi Sha tolak pinangan dia depan semua orang. Abang Samsul kecewa sangat. Sha rasa bersalah"

Firash mengunci mulut. Tidak tahu bagaimana hendak me jawab kerana dia tidak berada di situasi tersebut. Namun yang pasti, dia tahu satu perkara. Nuraisha harus diselamatkan dari teratak 'neraka' itu!

"ORANG datang sini nak bekerja, kau pulak senang-lenang bercinta. Dasar tak boleh diharap!" gerutu Farrhan lalu menghela nafas berat. Dari tadi dia perhatikan saja gelagat Firash dan seorang gadis di pangkin rumah.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Wajahnya tersenyum sinis saja. Gambar Firash dan gadis itu ditangkap sebagai bukti 'projek' yang dimaksudkan oleh Firash.

"Tunggulah kau! Masa ni lah aku nak kenakan kau!" bentak Farrhan lagi. Wajahnya semakin memekar tatkala tangan Firash dilihatnya mengusap lembut bahu gadis itu.

"Wahhh! Gila syiott!!" ujarnya lagi apabila aksi Firash semakin rancak. Kini, tubuh gadis itu didakap erat.

"Terang-terang kau buat maksiat eaa? Ni ke perangai sebenar orang warak? Huhhh!" cemuh Farrhan lagi. Hatinya puas kerana bukti itu akan digunakan untuk mengenakan Firash.

Selesai saja melaksanakan 'kerjanya', nombor Razlan dihubungi. Tidak menunggu lama, panggilannya dibalas.

"Apahal kau call aku ni? Kacau daun betullah!" rungut Razlan. Suaranya kedengaran lemah sahaja. Maklum sajalah, dia baru saja lepas bangun tidur.

Farrhan ketawa. Faham sangat dengan fiil sahabatnya yang satu itu. Waktu-waktu begini dia masih lena di atas katil yang empuk disamping ditemani seorang 'bidadari'! Kihh!

"Bangunlah woi! Matahari nak terbenam balik ni, kau masih lagi bertahi mata!" seloroh Farrhan sambil tertawa halus.

"Yelah,bangun dah ni. Apasal siot?" sahut Razlan sambil menguap. Ditilik di sebelah, tiada lagi manusia peneman di situ. Agaknya sudah pamit sebelum dia sedar lagi tadi.

"Ada hot news" Mata Farrhan bersinar-sinar tatkala menyampaikan berita itu. Suka benar hatinya apabila membayangkan kejatuhan Firash tidak lama lagi.

"Abende? Kau menang besar ke?"

"Menang apanya? Boring siot kat sini" keluh Farrhan.

Kali ini, giliran Razlan pula yang ketawa. Dia sudah bangkit dari katil lantas bergerak ke jendela. Dikuak sedikit tabir langsir ,membiaskan cahaya matahari menjengah ke ruangan bilik meski ianya hampir terbenam.

"Dah tu? Baliklah kat sini. Kau tahu tak, Maira tu dah putus dengan boyfriend dia. Sekarang, dia meroyan nak cari kau balik" cerita Razlan pula. Itu yang dia dengar melalui Sandy semasa di kelab malam semalam.

Farrhan buat muka meluat. Dia sudah mengetahui berita tersebut melalui Maira sendiri. Sudah berapa kali dia memberi peluang kepada Maira namun semuanya hanya sia-sia. Acapkali Maira mempermainkannya. Huhh!

"Cerita tu dah basi, tau tak? Aku dah tahu awal-awal lagi. Ni ada berita lagi best aku nak share dengan kau" ujar Farrhan sambil matanya tetap melekap pada dua insan itu. Jengkel hatinya melihat kemesraan mereka saat itu.

"Cerita apa?" Korek Razlan ingin tahu.

" Aku send sesuatu ke WhatsApp kau. Tengok sekarang!" arah Farrhan seraya mematikan panggilan.

SETELAH panggilan ditamatkan, Razlan menjengah ke ruang WhatsAppnya. Ada beberapa keping gambar dihantar oleh Farrhan. Butang 'loading' ditekan.

Sambil menunggu, mesej dari Farrhan pula menjenguk. Dalam membaca,dia sempat menghisap rokok.

"Gambar ni boleh jadi bahan untuk aku jatuhkan Firash!" Razlan membaca mesej tersebut. Dia tergelak. Baguslah tu, dendam Farrhan bakal terbalas.

Gambar-gambar tadi selesai di'loading'. Razlan tersenyum sinis melihat aksi Firash.

"Patutlah kau happy semacam je Han. Memang sah kau menang besar kalau macam ni!" ujar Razlan, bermonolog sendirian. Gambar tersebut di 'zoom in' kan bagi mengenal pasti gerangan gadis tersebut.

Rokok yang dihisap seakan tersekat tiba-tiba. Kerongkongnya terasa pahit. Berkali-kali dia mengerdipkan mata bagi memastikan kesahihan gambar tersebut.

Setelah berkali-kali gambar tersebut di 'zoom in', barulah Razlan percaya dengan matanya sendiri. Hatinya berdegup kencang. Peluh keringatnya mula membasahi wajah. Walaupun hampir tidak percaya dengan kenyataan itu, namun itulah hakikatnya. Dan hakikat tetap hakikat.

Gadis itu! Dia masih kenal wajahnya yang suci dan polos. Bibirnya yang bergetar-getar meminta tolong dan tangisannya yang bergema di segenap ruang bilik.

Razlan menelan liur. Pertemuan semula setelah empat tahun berlalu. Kebetulan ataupun takdir? Atau wajahnya pelanduk dua serupa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience