SETELAH menerima panggilan daripada Mek Som, hati Nuraisha benar-benar tidak sedap hati. Dia bimbangkan Mia di sana. Bagaimana agaknya nasib anak kecil itu? Cerita yang dibawa oleh Mek Som sukar untuk dipercayainya. Selama ini, tidak pernah sedikitpun Haikal mengasari Mia. Kasih sayang yang ditunjukkan kepada Mia tidak berbelah bahagi. Kenapa sejauh ini Haikal berubah? Kerana siapa?
"Akak nak ke mana ni?" tegur Naura apabila melihat Nuraisha kemas dengan baju kurungnya.
"Nak balik"
"Haaa? Dah malam ni kak. Lagipun, kenapa akak tiba-tiba nak balik?"
Naura kaget dengan jawapan yang diberikan oleh Nuraisha. Takkan secepat ni Nuraisha nak pulang? Setelah Farrhan menunjukkan pergerakan jari?
"Ada hal berlaku kat rumah. Saya kena balik. Esok saya datang lagi"
Nuraisha tergesa-gesa menapak keluar. Namun langkahnya dihalang oleh Naura.
"Naura hantarkan. Dah malam ni. Bahaya kalau akak keluar sorang-sorang. Tunggu sini tau? Naura pakai tudung kejap"
Nuraisha mengeluh. Dia tidak punya pilihan. Jika dia menolak usulan Naura, dia risaukan keselamatan dirinya pula. Walaupun hatinya serba salah dengan pelawaan Naura kerana bimbang tempat tinggalnya dihidu oleh gadis bijak itu, namun dia tiada pilihan. Lagipula, saat ini Mia sangat memerlukan dirinya.
NURAISHA menangis melihat luka dan lebam pada tubuh badan Mia. Seakan tak percaya dengan apa yang disaksikannya. Tidak mungkin Haikal setega itu kepada anak kandungnya sendiri. Ubun-ubun Mia diusap penuh kasih sayang. Dahi Mia dicium berkali-kali. Entah kenapa hatinya turut terluka melihat keadaan Mia.
"Mek Som mintak maaf kalau ganggu Nur malam-malam ni. Tapi Mek Som dah tak sanggup nak tengok apa yang Haikal buat pada Mia. Mek Som tak percaya ini kerja Haikal" rintih Mek Som sambil mengesat air mata dengan hujung bajunya.
Air mata Nuraisha menitik lagi. Gerun benar dia melihat keadaan diri Mia itu. Haikal memang benar-benar sudah hilang kewarasan diri! Mana pergi kasih sayangnya selama ini?
"Nur yang patut mintak maaf. Nur alpa pada Mia. Nur tak kisah pasal Mia sejak kembali ke sana" akui Nuraisha.
Tak dinafikan sejak kembali ke vila, dia sudah tidak menghubungi dan bertanya khabar akan Mia dan Fariq. Dia terlalu asyik menjaga Farrhan sehingga lupa pada Mia dan anaknya sendiri. Ya Allah, dia benar-benar menyesal! Pesanan demi pesanan yang dihantar kepada Haikal pula tak dibalas.
"Mek Som faham. Tapi yang tak fahamnya Haikal. Dia marahkan Nur, tapi lepaskan semuanya pada Mia. Mia budak kecik. Apa je yang dia faham? Dia cuma bertanya pasal Nur. Tapi Haikal meradang tak tentu pasal"
Nuraisha memeluk erat tubuh Mia yang sedang terlena tidur di atas katilnya. Setelah puas 'mengerjakan' Mia, Haikal beredar ke kamarnya dan mengurung diri di situ.
"Mia ni memang tak boleh jauh dari Nur. Tiap-tiap hari dia tanya pasal Nur dekat Mek Som. Mek Som bagitau dia yang Nur bekerja. Mek Som ingatkan dia akan berhenti tanya pasal Nur lagi, tapi tak sangka dia terus tanya. Mia ni bijak. Dia takkan berhenti menyoal selagi tak dapat jawapan yang pasti. Mek Som ni rasa serba salah sebab tipu dia"
Nuraisha mengangguk kepala. Dia juga tak bisa berjauhan dari Mia. Namun dia juga tak mampu nak mengelak diri dari takdir. Di sana, Farrhan memerlukan dirinya. Sementelah dia masih isteri yang sah kepada lelaki itu. Tetapi di kondo ini pula, Mia memerlukannya.
Justeru apa yang harus dilakukan? Dia tak boleh berpisah dari Mia tetapi untuk meninggalkan Farrhan dengan keadaannya sebegitu, itu sangat mustahil. Kesembuhan Farrhan mampu mengembalikan senyuman pada rumah itu.
Nuraisha buntu. Benar-benar buntu.
MELIHAT figura yang berdiri di hadapannya itu, hatinya kembali sejuk. Namun keegoan yang menebal dalam diri memaksanya untuk terus menundukkan pandangan. Rindu yang ditahan sejak empat hari yang lalu hanya mampu disembunyi dalam sanubari. Dia masih diselubungi dengan perasaan marah dan kecil hati kerana Nuraisha seakan melupakan dirinya. Sehingga kewarasannya hilang dan tega menyakiti anaknya sendiri.
Haikal menyesal dengan perbuatannya sendiri. Jika melepaskan kemarahan pada Mia adalah kepuasan pada dirinya sendiri, maka dia telah bersalah pada arwah Hanis. Namun dia tak sanggup menanggung kecewa lantaran perbuatan Nuraisha sendiri.
"Awak sihat?"
Suara gemersik yang penuh kelembutan itu meruntuhkan tiang rindunya. Tuhan saja yang tahu betapa hatinya begitu merindui gadis itu. Namun tetap saja dia membisu. Dia mahu Nuraisha merayu dan memujuknya.
Kesenyapan Haikal menyesakkan dada Nuraisha. Kesilapan apakah yang terlalu besar di mata Haikal sehingga dia dihukum begini? Bukan dia tidak ada mengirim mesej dan bertanya khabar kepada lelaki itu. Tetapi Haikal sendiri yang ego. Mesejnya hanya dibiarkan sepi.
"Saya mintak maaf kalau saya ada silap pada awak"
"Kenapa balik sini?" Akhirnya suara keras itu melontar pertanyaan. Mata redupnya curi-curi memandang ke arah Nuraisha.
"Ni masih rumah saya jugak kan? Tempat saya berteduh dan menumpang"
" Takde tempat untuk orang yang dah melupakan kami" Haikal menyetir.
"Haikal! Siapa yang melupakan siapa?"
Kali ini, sorotan mata Haikal menatap tepat ke dalam anak mata milik Nuraisha. Dia bangkit lantas bergerak mendekati gadis itu.
"Saya tak pernah melupakan awak atau sesiapa pun dalam rumah ni. Setiap hari saya mesej awak bertanya khabar. Tapi takde satu pun mesej saya yang awak balas. Jadi siapa yang melupakan siapa?"
Giliran Nuraisha pula menyindir. Dia sudah penat harus menanggung segala kesalahan yang terang-terang bukan punca darinya. Semudah itu Haikal meletakkan kesilapan di bahunya tanpa seusul periksa.
"Saya baru pergi empat hari, bukan empat tahun! Tapi macam-macam yang awak fikir pasal diri saya. Sampai sanggup awak lepaskan kemarahan awak pada Mia. Kalau macam nilah sikap awak pada Mia, saya tak hormat awak langsung sebagai ayah dia!"
Haikal tersentak. Dia tidak menafikan segala kata-kata Nuraisha. Segala pesanan yang disampaikan kepadanya bak angin lalu sahaja. Dia hanya membaca namun tiada kesudian untuk membalas. Lantaran terasa diabaikan oleh wanita kesayangannya itu, dia melepaskan segala amarah pada Mia yang ternyata tidak tahu apa-apa.
Namun adakah itu silapnya jika dia berkelakuan seperti itu? Dia hanya jatuh cinta pada Nuraisha dan mulai takut akan kehilangan gadis itu. Sikapnya kadangkala amat sukar untuk dikawal.
"Saya..." jeda Haikal. Tangannya naik pada kedua-dua bahu Nuraisha. Dia mendongak kepala, memandang gadis itu. Terlalu banyak kata-kata yang hendak diungkapkan tetapi dia buntu yang mana harus diutarakan dahulu.
"Saya nak awak jadi mama Mia sebetulnya"
Nuraisha mengerut dahi. Sebetulnya?
"Saya nak awak di sisi saya. Saya..."
Haikal berjeda lagi. Terlampau sukar rupanya mengungkap perasaan cinta kepada seseorang. Perasaan dan debaran yang sama dia rasakan saat bersama Hanis suatu ketika dahulu.
"Saya nak awak kawen dengan saya. Saya jatuh cinta pada Nur!"
"MANA dia? Mana dia? Kenapa aku tak nampak dia? Ya Allah, mana isteri aku? Aku nak dia ada di sisi aku. Aku rindukan haruman dia. Aku rindukan dia"
Ungkapan itu hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri saja. Sejak tadi, dia tak rasa belaian dan sentuhan daripada Nuraisha. Bahkan harumannya juga semakin menjauh. Ke mana dia menghilang?
Setiap derap kaki yang mendekat, dapat dia rasakan itu bukan milik Nuraisha. Langkah Nuraisha santun dan penuh kelembutan. Tetapi ke mana dia menghilang?
Farrhan sudah mulai mencari-cari bayangan Nuraisha. Bahkan hatinya turut mula membisikkan nada rindu. Sayangnya, bibir tak mampu berbicara. Mata tak bisa berpandangan.
"Hishhh, dia ni. Selalu je buat susah aku! Manalah pergi bini dia ni?" keluh Rose, jururawat peribadi yang dilantik sementara oleh Doktor Faisal dan Naura bagi menjaga Farrhan sepanjang ketiadaan Nuraisha.
Hidungnya bergerak-gerak, mencium sesuatu yang aneh dari arah Farrhan. Dia mengerut dahi dan mendekati Farrhan dengan langkah yang perlahan-lahan.
Bau aneh itu semakin kuat tatkala dia menghampiri tubuh itu. Wajahnya merah menahan amarah.
"Hishhhh, dia nii!! Berak rupanya! Dah besar panjang pun, tak reti nak berak elok-elok ke? Dahlah bau, arghh!! Harap muka je hensem, tapi apa pun takde! Patut jugaklah bini dia ni lari"
Tubuh badan Farrhan mula bergerak-gerak saat mendengar bicara sinis dari Rose. Tidak mungkin Aisha sanggup meninggalkannya kerana lelaki lain! Takk! Tak mungkin! Dia isteri yang baik! Dia takkan buat aku macam tu.
Farrhan mula memprotes dan memberontak dengan menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan. Walaupun pergerakannya agak sukar untuk dilakukan, namun dia tetap memaksa dirinya.
Rose mulai panik melihat kelakuan Farrhan. Apatah lagi secara tiba-tiba lelaki itu jatuh di atas lantai. Matanya mencerlung tajam saat melihat darah pekat mengalir keluar dari dahi itu.
"SAYA suruh awak jaga dia kan?! Awak buat apa sampai dia jatuh dan berdarah macam ni?"
Rose menundukkan wajah saat dimarahi oleh Doktor Faisal. Dia benar-benar kesal dengan sikap cuai Rose itu.
"Maafkan saya doktor.. Saya...saya tak sengaja" luah Rose.
"Kalau apa-apa jadi pada pesakit, macam mana? Awak nak bertanggungjawab?"
"Benda dah jadi" sampuk Naura dengan nada kecewanya. Dia mendekati Farrhan dan duduk di sisinya.
"Naura cucikan angah ye?"
Tubuh Farrhan mengeras saat Naura cuba untuk menyentuhnya. Dia tidak mahu sesiapa menyentuh atau melihat tubuh badannya kecuali Nuraisha.
"Angah, janganlah macam ni! Bau busuk sangat ni. Naura cucikan angah ye?"
Sekali lagi, Farrhan mengeras.Jari-jemarinya mula bergerak-gerak. Dia ingin menyebut nama Nuraisha namun suaranya seakan tidak mahu keluar saja. Dan tanpa disangka, dia mengalirkan air mata secara tiba-tiba.
"Doktor, angah saya! Angah saya menangis!!"
SETELAH mendengar berita baik melalui Naura di hujung talian sebentar tadi, Nuraisha mengucapkan syukur yang tak terhingga kepada Ilahi. Berita baik itu melegakan hatinya yang sempat walang akibat Haikal tadi.
"Bila akak balik? Angah buang air besar, tapi dia tak nak Naura atau sesiapa cuci dia. Agaknya, dia nak akak yang cuci dia kot"
Tersentak Nuraisha saat Naura menyampaikan berita itu. Dia tahu, Farrhan sangat memerlukannya saat ini. Dia juga ingin ke sana dan melihat perkembangan itu. Namun apakan daya. Mia juga sangat memerlukan dirinya ketika ini.
Setelah Haikal meluahkan isi hati sebentar tadi, hati Nuraisha dibebani dengan pelbagai persoalan. Dan apabila Haikal meluahkan permintaan yang dirasakannya pelik, hatinya mula tak senang hati.
"Kawen dengan saya. Dan saya janji akan bahagiakan awak dan Fariq. Lepas ni, dunia kita hanya akan ada Mia dan Fariq"
Nuraisha buntu. Kenapa tiba-tiba Haikal meluahkan hasrat itu? Padahal dia masih lagi isteri yang sah kepada Farrhan.
"Saya tahu, awak masih isteri orang. Sebab tu, saya dah sediakan sesuatu"
Haikal bergerak ke meja kerja dan menggapai sebuah dokumen di situ. Sudah lama dia menyiapkan dokumen itu dan kini sudah tiba masanya untuk diserahkan kepada Nuraisha.
"Nah" Dokumen itu diajukan kepada Nuraisha .
"Apa ni?" Dahi Nuraisha berkerut namun huluran Haikal disambut jua.
"Take a look and read it. And understand it" pinta Haikal sambil tersenyum.
Dada Nuraisha berdebar. Dia membelek helaian pertama dan kaget dengan isi kandungannya.
"Surat penceraian?"
Wajah Haikal yang tenang dipandang.
"Maksudnya?"
Nada Nuraisha ditahan. Sebak rasa hatinya saat dokumen itu sampai ke tangannya. Meskipun bukan dari Farrhan, namun Haikal tetap tidak punya hak ke atas hidupnya.
"A divorce paper. Which will separate you from him. Awak sign surat tu, dan lepas je suami awak sedar, dia pulak akan sign. And settle! Lepas je habis iddah awak, kita kawen. Simple right?"
"Tapi saya tak bersedia"
Haikal memanggung wajah memandang Nuraisha. Matanya kemerahan dan tangannya mula bekerja. Dicengkam erat lengan Nuraisha sehingga gadis itu mengaduh kesakitan.
"Awak tak cintakan dia, dan dia dah banyak susahkan hidup awak! Dan awak cakap yang awak tak bersedia?! What nonsense is this Nur? Awak nak mainkan perasaan saya dan musnahkan harapan saya?"
Suara keras Haikal menakutkan Nuraisha. Dia mula merasakan sikap dan perangai Haikal mula berubah dalam sekelip mata.
"Haikal, lepaskan saya! Sakit!!"
Saat memandang tepat ke dalam anak mata Nuraisha yang indah itu, hati Haikal mula cair. Perlahan-lahan, dia melepaskan Nuraisha dan mendengus keras.
"Jangan layan saya macam orang bodoh dan takde perasaan! Awak dah buat saya jatuh cinta pada awak dan saya mula impikan yang indah-indah pasal kita. Lepas tu, awak nak lepas tangan dan jadi orang yang tak bertanggungjawab hanya kerana suami awak yang tak berguna tu?"
Nuraisha mula teresak-esak. Cengkaman Haikal berbekas. Apa yang sudah merasuk lelaki itu sehingga sanggup menyakitinya? Ke mana perginya sikap penyayang dan menghormati lelaki itu?
"Kalau awak tak pernah sayangkan suami awak dan awak betul-betul kotakan janji awak sebelum ni, then prove it!" bentak Haikal sambil menunjukkan dokumen tadi kepada Nuraisha.
"Kalau tak, buruk padahnya!"
done ;) lama tggu berita dr Aisha ke? happy reading :))
Share this novel
haiqal tau mung suka nur tapi please jgn paksa dan guna kekerasan
tq kiki ...rindu sesangat ngan sha...moga sha mendapat kebahgiaan