57

Other Completed 493332

HANCUR hatinya saat diperlakukan seperti perempuan tiada maruah saja oleh sang suami. Meski Nuraisha tahu hubungan mereka halal, namun hubungan asmara yang terjalin di atas keterpaksaan dan nafsu semata-mata tidak akan mampu membahagiakan hati. Dia sanggup merelakan segala-galanya untuk Farrhan tetapi bukan dengan cara seperti itu.

Tubuh badannya dikasari tanpa rela. Dia disakiti dan menanggung seksa sedangkan Farrhan menikmatinya tanpa berfikir kesakitan yang dia rasai.

Wajahnya sudah basah dek deretan air mata yang laju saja mengalir ke pipi. Apakah dosanya terlalu berat sehingga dia diuji sebegitu? Dia ikhlas melupakan Firash demi Farrhan. Dia ikhlas menerima Farrhan walau hati tak pernah sehaluan dengan akal.

Kapankah dia bisa bahagia jika jalan hidupnya masih penuh derita? Nuraisha mengongoi. Dia menoleh ke sisi. Farrhan sedang berbaring, tampak sangat dia kepenatan setelah mereka 'beraksi' sebentar tadi. Bawah perutnya terasa nyeri teramat. Dia tidak tahu apakah dia masih mampu untuk berjalan dengan keadaan seperti itu.

Katil bergoyang sedikit. Cepat-cepat dia usap air mata saat melihat Farrhan sudah sedar dari tidur. Wajah itu masih beriak ketat dan bengis. Tiada sekelumit senyuman buat dirinya. Hiba betul hati saat diperlakukan sebegitu oleh sang suami.

"Terima kasih untuk semalam!" ucap Farrhan dengan senyuman sinis di wajah. Dahi Nuraisha dikucup, kemudian beralih ke bibir pucatnya.

"Lepas ni, kau buat hal lagi, kau kena layan aku macam semalam! Ingat, walaupun aku tak pernah sayangkan kau, cintakan kau, tapi tubuh badan kau ni tetap milik aku. Takde jantan lain yang boleh sewenang-wenangnya sentuh atau belai kau. Faham??!" tukas Farrhan sesudah mencium bibir pucat itu.

Farrhan turun dari katil lantas menggapai tuala di besi penyidai. Dia tayang tubuh free buat Nuraisha, hehhh! Sebelum berlalu ke bilik mandi, Farrhan menoleh kembali ke arah Nuraisha.

"Lepas ni, kau kena panggil aku tuan! Kau kena layan makan minum aku termasuk keinginan aku di atas ranjang. Faham!!"

Bergetar-getar tubuh Nuraisha sambil mengangguk. Terlalu perit luka yang harus dia telan kali ini. Namun untuk melawan, dia tidak punya tenaga dan kudrat lebih. Farrhan terlalu sukar untuk dilawan.

"Dan kalau kau berani bagitau hal ni pada Naura atau pada sesiapa, mampus kau aku kerjakan!" Amaran Farrhan kedengaran keras dan tegas sahaja.

"Bangun! Mandi dengan aku! Cepat!!" arah Farrhan dengan suara garaunya.

Nuraisha tidak berani membantah. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil dan bergerak mendekati lelaki itu. Buat masa sekarang, dia hanya terpaksa menurut saja arahan dari lelaki itu. Kerana satu penolakannya akan membuatkan dia terseksa.

MATA Naura tertumpu pada fail kuning itu. Sejak pertemuannya dengan Samsul tempoh hari berkenaan kes langgar lari Firash, hatinya mula tak tenteram. Apatah lagi setelah mendengar kisah dari mulut Samsul sendiri.

Meremang bulu romanya saat disajikan cerita tersebut. Dia seakan tak percaya dengan apa yang terjadi. Orang yang melanggar Firash rupa-rupanya orang yang dicari Samsul selama ini.

"Adira...Kamal" Nama itu meniti di bibir mungilnya. Dua insan itulah yang telah melanggar Firash sehingga maut di tempat kejadian. Terimbau saja kenangan pahit itu, hatinya menggeledak maha hebat. Dia rasa tercabar dengan keberanian kedua mereka.

"Adira. Dia yang saya cari selama ni" Naura teringat perbualannya dengan Samsul tempoh hari.

"Cari?" Kening Naura terangkat. Adira dalam pengawasan pihak polis atau Samsul mencarinya atas sebab peribadi?

"Panjang ceritanya"

"Saya sedia mendengar"

Hati Samsul berbunga indah saat Naura bereaksi begitu. Lantas tanpa banyak bicara, dia menceritakan segalanya kepada Naura. Tidak ada satu pun yang tertinggal kecuali kisah perasaannya terhadap Nuraisha. Yang itu, dia sematkan dalam hati sampai bila-bila. Dia yakin, Nuraisha mampu memcari bahagianya tanpa dia di sisi.

Setelah Samsul selesai bercerita, Naura hanya terdiam tanpa bersuara apa-apa. Wajahnya tenang namun hatinya sedikit terusik saat Samsul mengatakan sedalam mana keakrabannya dengan Nuraisha. Namun dia positifkan diri. Tiada masa hendak berfikir soal perasaan, hal lain jauh lebih penting.

"Sekarang ni kes ni dah jadi semakin besar. Dan saya sendiri tak tahu macam mana nak bagitau maksu siapa Adira sebenarnya. Dia sakit merindukan Adira. Tapi kalau dia tahu apa yang Adira buat, saya tak rasa dia mampu terima" Samsul meluahkan kekesalan.

Lama dia mengintip Adira. Rupa-rupanya gadis itu bekerja sebagai perempuan simpanan kepada banyak VVIP. Dia juga terlibat dengan banyak kes dadah dan pelacuran.

Samsul mengeluh. Mampukah Maksu Dara menerima semua kenyataan itu? Pastinya hati seorang ibu akan berkecai tatkala menerima berita memalukan itu.

Kasihan! Sebelum ini, dia menuduh Nuraisha yang bukan-bukan sehingga teruk gadis itu dimalukan. Tetapi kini semua tuduhan itu berpaling ke arah Adira. Benarlah, kifarah itu pasti ada. Dan Allah tidak pernah tidur.

"Tapi awak kena berterus-terang jugak. Sampai bila nak rahsiakan benda ni?" Naura memberi nasihat. Dia percaya, pasti ada solusi untuk semua kemelut ini.

"Entahlah Naura! Saya serba salah. Tiap kali ibu call saya, saya tak tahu nak jawab apa kalau ibu tanya pasal Adira. Saya risau kalau emosi maksu terganggu. Dahlah dia tengah sakit sekarang"

"Sabarlah ye? Kita fikirkan penyelesaiannya sama-sama"

Dan perbualan mereka terhenti di situ saat Samsul menerima panggilan daripada pihak atasannya. Setelah menjelaskan segala-galanya, dia pamit meninggalkan Naura di situ.

NAURA mengeluh. Cerita yang disampaikan oleh Samsul ternyata 100% sama seperti yang pernah diceritakan oleh arwah Firash. Kisah hidup Nuraisha dan sejarah silamnya tergenggam erat dalam tangan.

Dalam hati, dia kasihankan nasib Nuraisha. Terlalu banyak penderitaan yang harus dialami angkara sikap jahat manusia yang bertopengkan syaitan. Kalau saja dia di tempat Nuraisha, bisakah dirinya kuat seperti itu?

Dia tiba-tiba teringatkan Nuraisha. Sejak Nuraisha sah menjadi isteri Farrhan tiga minggu yang lepas, tiada khabar langsung yang menyapa telinganya. Hatinya tiba-tiba risau dan walang tak berkesudahan.

Iphone digapai lantas nombor Nuraisha didail. Dia rindukan Nuraisha juga sebenarnya. Panggilan yang dibuat tidak dijawab. Naura kebingungan. Mana dia? Naura mencuba lagi. Dan kali ini usahanya berhasil tatkala mendengar suara lembut Nuraisha menyapa di hujung talian.

"Maaf, kak ngah masak tadi. Tak sempat nak jawab call" sahut Nuraisha setelah selesai menggoreng bihun.

Farrhan mengerling di sisi. Wajahnya keruh sahaja. Tangan Nuraisha digenggam, risau sekiranya gadis itu bercakap dari jauh dan kesempatan itu digunakan untuknya membocorkan rahsia semalam kepada Naura. Jika itu terjadi, maka segala aset miliknya akan lenyap dalam sekelip mata. Dan dia tidak mahu itu terjadi.

"Aah. Takpe kaklong... ehhh maksud Naura, kak ngah" Lidah Nuara terasa berbelit pula. Dari panggilan kaklong,kini berubah ke kak ngah pula. Nampak gayanya, dia harus belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu.

Nuraisha tersenyum manis. Matanya sempat menangkap perlakuan Farrhan itu. Dalam diam ,dia mengeluh.

Farrhan menarik Nuraisha duduk di atas ribanya. Meskipun Nuraisha agak keberatan pada mulanya namun dipaksanya juga. Dan Nuraisha terpaksa menurut setelah mendapat jelingan dari suaminya.

"Kak ngah sihat ke?"

Suara yang ditahan-tahan itu sedaya-upaya cuba menenangkan diri. Dia tidak mahu Naura menghidu masalahnya. Gadis itu bijak dalam segala hal.

"Alhamdulillah sihat. Naura sihat?"

Naura diam. Intonasi suara Nuraisha biasa sahaja. Tetapi hatinya pula yang tidak tenang.

"Alhamdulillah. Naura pun sihat. Lama tak jumpa kak ngah. Rindulah. Jom, kita keluar nak? Nanti Naura ambik" cadang Naura. Itu saja caranya untuk dia melihat dengan matanya sendiri keadaan Nuraisha. Setakat berborak di telefon membuatkan hatinya tak tenang sahaja.

Bibir Nuraisha kelu. Dia memandang tepat ke wajah Farrhan yang serius sahaja riaknya. Dia tahu lelaki itu mendengar perbualan mereka kerana dari tadi dia menguping di sebalik telefon itu.

"Kak ngah?" Naura memanggil apabila Nuraisha tidak menjawab.

"Aaa ye. Errr, kak ngah kena tanya abang Farrhan dulu. Lagipun kalau keluar tanpa izin dia, berdosa" jawab Nuraisha. Dia melihat bibir Farrhan mengulum senyuman. Bibir lelaki itu singgah di leher dan bahunya.

Di hujung talian ,Naura pula yang merasa hampa. Dia menggigit bibir. Jika menunggu keputusan daripada Farrhan, alamatnya memang negatiflah jawabnya! Tetapi takkan dia nak bawa lari Nuraisha pula? Sah-sah itu isteri orang. Lagipun dia seorang peguam. Dia tahu hukum-hakam dan undang-undang.

Penyudahnya, Naura mengeluh panjang.

"Yelah. Tak pun, nanti Naura sendiri yang tanya angah" putus Naura. Ada baiknya jika dia sendiri yang berbincang dengan Farrhan. Dia bisa mengeluarkan segala hujahnya bagi membidas kata-kata lelaki itu.

"Errrr...." Nuraisha memandang wajah Farrhan. Takut-takut dia hendak menjawab. "Yelah"

"Okeylah kak ngah! Naura letak call dulu. Nanti apa-apa, Naura call lagi ye? Kalau kak ngah ada apa-apa masalah, bagitau je Naura. Jangan takut dengan sesiapa. Naura ada untuk lindungi kak ngah"

Pesanan terakhir Naura mengharukan sekeping hati Nuraisha. Dia tahu Naura risau akan keadaan dirinya. Dan dia juga tahu, pesanan terakhir itu membawa makna yang sungguh dalam. Namun selagi dia masih mampu bertahan, dia akan tetap bertahan.

"Bagus Naura tu kan? Sayang betul dia dengan kau" Farrhan sengaja menyetir sesudah Nuraisha menamatkan panggilan.

Nuraisha hanya tersenyum. Dia bangkit dari posisinya namun kudrat Farrhan membatalkan niatnya.

"Duduk dulu sini! Kau tergesa-gesa ni nak pergi mana? Nak call Naura lagi ke haaa?" Pelukan di pinggang Nuraisha dieratkan. Entah kenapa dia suka dengan haruman isterinya. Itu tidak dia nafikan.

Laju saja Nuraisha menggeleng kepala. Dia ketakutan dengan wajah dan suara garau itu.

"Ni aku nak bagitau kau. Kau boleh jumpa Naura tapi dengan syarat"

Bebola mata Nuraisha menyoal Farrhan dalam kesenyapan.

Farrhan berdehem sambil memalingkan wajah ke tempat lain saat mata itu menatapnya. Dia bencikan mata cantik itu! Arghhh!!

"Kau tak boleh bagitau apa yang aku dah buat pada kau. Kalau tak, dengan Naura sekali aku musnahkan! Naura memang peguam yang bijak. Tak dinafikan. Tapi pengaruh dan kuasa aku lagi besar. Dengan kuasa yang aku ada, semudah tu je aku musnahkan karier dia"

Nuraisha hendak menangis namun ditahan saja air mata itu.

"Ingat sayang. Selama kau senangkan aku, selama tu aku mudahkan hidup kau. Dan kalau kau hargai kasih sayang Naura pada kau, mesti kau tak nak susahkan hidup dia kan?"

Tiada sahutan daripada bibir pucat itu. Dia hanya memendam dalam hati segala yang berlaku. Perlahan-lahan, mata cantik itu bergenang dengan air lagi. Sungguh dia tidak kuat! Meskipun terang-terangan Naura melindunginya namun hakikat sebenarnya, dia yang menjadi pelindung kepada gadis itu.

"Aku dah kenyang dengan sarapan" Tak dinafikan masakan dan air tangan Nuraisha mampu membuka seleranya. Dan pujian itu hanya bergema di dalam hati sahaja.

"Tapi..." Farrhan berwajah sinis. Pinggang Nuraisha didakap erat. "Aku masih laparkan bibir kau!"

Bibir Nuraisha ditindih sambil tangannya mengusap belakang isterinya.

SETELAH mendapat keizinan daripada Farrhan, Nuraisha bertemu janji dengan Naura hari itu. Mereka menghabiskan masa bersama sehingga tak sedar jam sudah merangkak ke angka 1.

Penat berjalan,mereka singgah di cafe bagi menghilangkan dahaga dan kelaparan. Selesai membuat pesanan, Naura mengambil peluang itu untuk mencungkil rahsia Nuraisha. Manalah tahu, kot-kot ada sesuatu yang sedang disembunyikan.

"Kak ngah nampak sedikit kurus dari sebelumnya" komentar Naura menggetarkan hati Nuraisha. Entah kenapa saat ini dia merasa lebih takut dengan Naura berbanding ancaman Farrhan tadi pagi.

"Yeke? Mana ada. Mata Naura silap tengok tak?" nafi Nuraisha sambil tergelak kecil. Namun dia bersetuju dalam diam dengan kata-kata Naura itu. Mana tidaknya, dia tak lalu makan dan seakan hilang selera sejak bergelar isteri Farrhan. Rasa-rasanya, dia lebih banyak makan hati!

"Nope. There is nothing wrong with my eyes" Serius saja wajah dan nada suara Naura.

Lagak Nuraisha biasa saja. Dia tidak boleh tersilap langkah dan kata-kata. Satu kesilapan bisa membunuh semuanya.

"Naura ni, kalau kak ngah kurus ,tak cantik ke?" Nuraisha tergelak sendiri. Gelak yang hanya hatinya sahaja yang mengerti... Hmm..

Wajah Naura kekal serius. Dia tidak mahu Nuraisha berfikir kalau dia main-main atau sengaja bergurau senda.

Pelayan datang membawa pesanan mereka dan meletakkannya di atas meja. Sejurus selepas itu, pelayan tersebut berlalu.

"Janganlah serius sangat. Tak selera nanti nak makan" usik Nuraisha lantas memulakan santapannya.

"Tak selera sebab apa? Angah ke?"

Spontan garpu yang dipegang Nuraisha terjatuh ke lantai. Naura sudah dapat membaca gerak-gerinya. Nuraisha tunduk mengutip garpu tersebut.

"Tiba-tiba je garpu jatuh. Kak ngah terasa ke dengan kata-kata Naura tadi?" Naura menyetir lagi.

"Apalah Naura ni! Terasa apanya. Naura tu salah dengar. Kak ngah cakap, muka Naura tu takyahlah serius sangat. Nanti takde selera nak makan" Nuraisha masih menutupi debaran di hati dengan berlagak tenang.

Naura diam. Cappucino panas dicicip perlahan. Kemudian, wajah tenang dan bersahaja Nuraisha dipandang. Pandai betul kak ngah berlakon! Sampai bila kak ngah bertahan macam ni?

Naura tahu ada sesuatu yang tidak kena. Dia perasan itu saat terlihat kesan lebam di pergelangan tangan Nuraisha. Setahu dia, Nuraisha jarang mengenakan blouse panjang. Biasanya dia hanya memakai blouse suku panjang atau pendek saja. Dan kalau memakai blouse panjang sekalipun, kebiasaannya dia akan melipat sehingga ke paras lengan. Tetapi tidak kali ini.

"Kak ngah tahu tak? Angah tu pemarah orangnya. Dari kecik sampai sekarang. Panas baran tak habis-habis" Naura mula menyerang secara psikologi. Dia harus bijak menyusun bicara agar tak mampu dihidu oleh Nuraisha. Senang sikit Nuraisha nak masuk perangkapnya!

"Dan dia memang sangat jarang nak senyum. Kalau senyum pun, untuk hal-hal yang dia suka atau buat dia happy. Dan kalau dia tengah marah atau takde mood, muka dia memang serius je memanjang" Naura berjeda. Dia memandang tepat ke arah Nuraisha.

"Itu ke yang buat kak ngah takde selera nak makan? Sampai kurus kering macam orang tak cukup vitamin ni?"

Serta-merta, nasi yang hendak disuap ke mulut terbantut secara tiba-tiba. Nuraisha sudah terperangkap! Pandangannya bersabung dengan anak mata Naura.

"Sebab angah selalu marah kak ngah kan? Dia tak pernah nak baik dengan kak ngah? Ni..." Naura menarik tangan Nuraisha dan melipat bajunya sehingga kesan lebam itu terlihat jelas. "Kerja angah kan? Dia dera akak ke?"

Nuraisha menarik kembali tangannya. Silap dia kerana tidak berhati-hati. Kini, Naura sudah total memerangkapnya!!

"Jangan diam macam ni kak ngah! Kak ngah ada hak kak ngah sendiri. Naura takkan benarkan apa-apa jadi pada kak ngah di atas kekejaman angah!"

"Naura salah faham ni! Lebam ni sebab kak ngah selalu bergurau mesra dengan angah. Tahu jelah kan, hubungan suami isteri macam mana..." Nuraisha membela diri.

Wajah Naura keruh. Nuraisha fikir dia bodoh barangkali! Perlahan-lahan, Naura menghela nafasnya. Okey, takpe! Kali ni, bagi dia lepas. Tapi jangan harap aku akan lepas tangan macam tu je!

"Betul ni? Angah tak dera akak?" Naura sengaja menanya padahal dia hampir tahu kisah sebenarnya.

"Aah..." Bersungguh-sungguh Nuraisha mengiyakan kata-kata Naura dengan anggukan kepalanya sekali.

Naura melepaskan keluhan berat. Dia mendiamkan diri namun dia takkan pernah berhenti mengorek rahsia yang sengaja disembunyikan oleh Nuraisha dan Farrhan.

"Naura nak ke ladies kejap" Naura bangkit dari kerusi dan bergerak ke tandas.

Ketika itu, tak disangka-sangka Nuraisha bertembung dengan Samsul. Melihatkan Samsul tegak berdiri di hadapannya, Nuraisha jadi terpana.

"A..abang Samsul"

Wajah Samsul memekar dengan senyuman. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. "Sorang je ke?"

"Ohh.. tak. Dengan Naura. Dia ke tandas tadi" balas Nuraisha.

Samsul melabuhkan punggung di hadapan Nuraisha.

"Sha sihat?" Seperti biasa, soalan itu menyapa gegendang telinga Nuraisha. Dia tersenyum. Sudah mampu dia agak jenis soalan Samsul itu.

"Alhamdulillah, sihat walafiat"

"Baguslah. Tenang sikit abang dengar tu"

Nuraisha mengangguk kepala. Dia rasa kekok pula tiba-tiba. Manalah Naura ni?

"Abang buat apa kat sini?" tanya Nuraisha pula.

"Tapau makanan. Tak sempat nak makan ni. Tapau jelah" sahut Samsul sambil tak lepas-lepas memandang wajah itu. Dia lihat Nuraisha mengangguk kepala. Keadaan sunyi seketika.

"Dari mana tadi?" Samsul memecah kesunyian antara mereka.

"Keluar. Naura ajak jalan-jalan" sahut Nuraisha pendek.

"Ohh.." Melihatkan wajah Nuraisha, hatinya terjentik sejuta rasa. Dia cuba melupakan Nuraisha tetapi bayang-bayang gadis itu tetap kembali. Sehinggakan bunga matahari yang terletak elok di atas meja kerjanya dipindahkan ke dalam stor. Puas juga dia menahan malu tatkala diusik oleh Abu tempoh hari.

"Sha...nasi..." Samsul menunding jari ke arah pipi Nuraisha. Tetapi tangannya juga laju membersihkan pipi gadis itu. Seketika, keadaan seakan sunyi sepi sehinggakan debaran di hati Nuraisha mampu kedengaran.

"Thanks" ucap Nuraisha sambil menepis lembut tangan itu.

Samsul mengangguk kepala.

Dari luar cafe, ada hati yang menahan amarah dan radang.Penumbuk digenggam dengan dengusan kasar yang turut sama kedengaran. Tahulah nasib kau lepas ni!

PINTU rumah ditutup perlahan. Ketika Nuraisha menoleh, dia terkejut saat melihat kewujudan Farrhan di situ. Wajah itu bengis saja. Kot dan kasutnya bersepah di atas lantai.

Nuraisha mula tak sedap hati. Apa lagi kesalahan aku kali ni? Jam di dinding dikerling. Dia dibenarkan keluar dan hanya balik sebelum jam 3. Jarum jam masih belum ke angka 3. Maksudnya, dia balik sejam awal dari masa yang ditetapkan.

"Kau pergi mana?" tanya Farrhan sambil menarik tali lehernya dengan kasar. Dia tidak memandang wajah Nuraisha. Matanya tajam melihat ke skrin televisyen namun berita yang dipaparkan tidak menarik minatnya sama sekali.

Nuraisha menelan liur. "Ke..keluar. Tu...tuan yang ba..bagi kebena...ran tadi" Peluh merecik-recik di sekitar wajahnya.

Farrhan mengukir senyum sinis. Kini tangannya membuka butang bajunya pula. Terasa hangat di ruangan itu walaupun udara dari air-con mencecah suhu yang paling sejuk.

"Aku bagi kau keluar bukan untuk jumpa jantan lain!" selar Farrhan dengan suara yang bergema. Bahu Nuraisha terangkat dek kerana terkejut dengan suara gertakan suaminya.

"Sa..saya jum..jumpa..Naura..."

"Naura atau siapa nama lelaki tu? Samsul ye?" sinis Farrhan bertanya.

Mendengarkan nama Samsul, hati Nuraisha dihujani seribu ketakutan. Dia memang ada bertembung dengan Samsul tadi tetapi hanya secara kebetulan. Mereka tidak pernah bertemu janji untuk keluar berdua. Masakan dia seberaninya mengundang kemarahan Farrhan dengan cara itu.

"Kau jangan nak perbodohkan akulah! Kau ingat aku percaya ke? Perempuan jalang!" cemuh Farrhan dengan lantang. Dia tidak bisa menerima kecurangan Nuraisha meskipun gadis itu bukan isteri yang diinginkan!

Tubuh Nuraisha didekati. Hatinya benar-benar sakit dengan penipuan gadis itu. Sudah dua kali Nuraisha memperlakukannya seperti itu. Masakan harga dirinya mahu diinjak-injak oleh sang isteri?

Lengan Nuraisha dicengkam. "Aku bagi kau keluar dari pagi. Maknanya, dari pagilah kau keluar dengan jantan tu? Berapa banyak jantan yang kau simpan haa??!"

Nuraisha sudah mengaduh kesakitan. Dia meronta-ronta minta dilepaskan namun cengkaman Farrhan semakin erat sehingga meninggalkan kesan di lengannya.

"Kau pergi mana je dengan jantan tu?! Check-in hotel ke haaa??! Atau pergi memadu asmara ke tempat lain? Pandai kau kan? Guna nama Naura untuk tutup curang kau! Jangan-jangan, dia dah 'makan' kau banyak kali sebelum ni! Tapi aku tak heranlahh! Pelacur macam kau ni memang layak kena 'makan' banyak kali! Aku ni je bodoh, yang setuju kawen dengan kau. Tapi takpe. Selagi dendam aku tak terlerai, selagi tu lah kau dalam tawanan aku. Kau ni tak layak jadi isteri aku! Kau ni layak jadi hamba abdi aku saja!"

Tubuh Nuraisha ditolak ke lantai. Dia membuka bajunya dan menarik keluar tali pinggangnya. Rasa sakit di hati harus dibalas dengan rasa sakit juga!

"Mulai hari ni ,kau tak boleh keluar lagi dari rumah ni! Kau duduk je berkurung dalam rumah sampai bila-bila. Segala keperluan dapur dan rumah ni biar aku uruskan"

Farrhan sudah sedia melibas tali pinggangnya. Melihatkan tingkah Farrhan, Nuraisha melutut di hadapannya.

"Maafkan saya tuan! Saya tak pernah janji nak jumpa abang Samsul. Kami bertemu secara tak sengaja..."

Rambut Nuraisha direntap. Sakit betul hatinya saat Nuraisha memanggil Samsul dengan panggilan 'abang'. Terbukti, mereka memang mempunyai hubungan istimewa. Arghh! Kau memang sial Samsul!

"Ohh.. abang. Abang sayang ke? Kau tak malu ke panggil lelaki lain dengan nama tu? Berapa dia bayar kau sehari? RM100? RM500? RM1000? Atau free? Murah betul harga diri kau kan?"

Perit rasanya hati tatkala dia dituduh sebegitu oleh suaminya sendiri. Bahkan dia sedih kerana Farrhan sanggup menghina dan mencemuhnya sesuka hati. Hina sangatkah dia pada seorang insan bergelar suami?

"Lepas ni, takde siapa boleh jumpa kau lagi. Aku akan tukar nombor telefon kau lepas ni. Dan kau tak dibenarkan call sesiapa kecuali aku!" Rambut Nuraisha dilepaskan. Tali pinggang tadi menunggu masa untuk berkhidmat. Dengan amarah yang kian menggila dalam diri, tubuh Nuraisha dilibas dengan tali pinggang.

Rayuan dan tangisan Nuraisha tidak dihiraukan. Baginya, rasa sakit di hatinya harus dibalas dengan kesakitan juga. Farrhan sudah hilang kewarasan diri. Membayangkan Nuraisha berada dalam dakapan lelaki lain membuatkan hatinya tenat tiba-tiba. Dan ketenatan itu harus dirasai oleh Nuraisha juga. Biar sama adil!

done! jgn geram sgt hati tu ye <.>

Share this novel

Lisa Halik
2022-01-31 01:35:40 

syaitan btl farrhan ni..huhuhu..

Hawani Hashim66
2021-06-17 11:11:31 

geram pulak aku ngan nuraisha ni...lembut xbertempat...patut la d dunia realiti byk kes dera mungkin takut berdiri d atas kaki sendiri xtau lah apa yg mereka fikirkan...by the way tqvm kiki...satu karya yg menarik..menanti next episod..nak masuk dapor pulak pelagi masaklah hihihi..


NovelPlus Premium

The best ads free experience