85

Other Completed 493332

MELIHAT insan itu berdiri di hadapan dengan renungan penuh sayu, hatinya bercampur baur. Ada pelbagai rasa yang mencucuk dasar hati. Dia mulai rindukan belaian lelaki itu, seperti waktu mereka bersama ketika lima tahun lepas. Masa terasa seakan berhenti berputar dan dirinya seolah-olah hilang dalam putaran waktu itu.

Kaki terasa ingin berlari ke arahnya. Jiwanya meronta-ronta minta didakap namun tubuhnya enggan memberi reaksi. Masing-masing seakan terbungkam. Pandang-memandang berlanjutan sehingga akhirnya Mia menggamit Farrhan.

"Duduklah sini papa! Buat apa berdiri kat situ?" pinta Mia. Anak itu pun sudah tahu membahasakan Farrhan dengan panggilan papa. Tiada lagi papa Han meniti di bibirnya.


Dengan senyuman manis, Farrhan mendekati Mia dan Nuraisha. Selangkah demi selangkah, debarannya kian menggila. Matanya hanya tertarik pada wajah cantik dan mata indah itu.

Mata indah yang selalu mencuri kalbunya. Takkan dia lupakan betapa indah dan cantiknya mata itu setiap kali mereka bertentang.

"Papa pergi mana?" tanya Mia setelah Farrhan duduk di sisi, berhadapan dengan Nuraisha.

"Papa solat Asar tadi sayang. Kat surau bawah tu"

Gemersiknya suara itu semakin membuatkan batin Nuraisha menjerit-jerit. Suara itulah yang sentiasa dirinduinya suatu ketika dulu. Tiada lagi suara keras mahupun renungan tajam dari lelaki itu. Kini, Farrhan sudah kembali seperti lima tahun yang lepas.

Dia juga terperanjat dengan perubahan lelaki itu. Sudah tahu erti hukum dan agama. Adakah dia benar-benar sudah insaf?


"Mama tak solat ke?" Mia pandang mamanya pula.


"Errrr..." Nuraisha melemparkan pandangan ke arah Farrhan. Malu-malu untuk mengatakan keadaan dirinya yang tak bisa solat dulu.


"Mama ada hal. Sebab tu dia tak boleh solat dulu" sahut Farrhan bagi pihak Nuraisha. Dia mengerti maksud pandangan Nuraisha itu. Mia dibawa dalam riba. Bertalu-talu kucupan diberikan pada anak itu. Sejak pertama kali bertemu Mia, dia sudah jatuh sayang pada anak itu.Entah kenapa ikatan batin itu terasa begitu kuat sekali.

Adakah Mia anaknya dengan Nuraisha? Seingat dia, Nuraisha pernah mengandung benihnya lima tahun yang lepas. Dan wajah Mia juga mirip sekali dengan wajah isterinya. Mungkinkah??

Melihat keakraban Mia dan Farrhan, hati Naira terusik. Tidak sabar rasanya hendak mengetahui keputusan ujian DNA kedua mereka. Jika ianya sepadan, bererti Mia adalah anak kandung Farrhan dan Nuraisha. Ya Allah, tak sabarnya!


"Angah, Naira nak solat dulu. Belum solat lagi ni" ujar Naira sambil mengucup dahi dan pipi Mia.


"Okey" sahut Farrhan sambil mengangguk.

Naira berlalu. Keadaan kembali sepi. Farrhan dan Nuraisha masing-masing melayan perasaan sendiri. Mia pula terlentok manja di lengan papanya.


Nuraisha bergerak ke jendela. Dari sudut jendela, dia dapat melihat deretan kenderaan di tengah jalan raya. Bibirnya mengukir senyum. Kuala Lumpur memang tak pernah sunyi dari ragam manusia!

"Mia duduk sini ye sayang? Papa nak jumpa mama kejap"

Mia mengangguk laju.

"Tengok apa?" Farrhan menegur. Hatinya berdebar ketika itu. Rasa macam pertemuan pertama pula walhal selama ini mereka sering bersua muka.

Nuraisha diam. Suara Farrhan yang gemersik itu seolah diulang tayang di dalam hatinya. Berkali-kali suara itu bermain-main di gegendang telinganya.

Melihatkan kesenyapan Nuraisha, hati Farrhan walang. Dia tahu banyak dosanya pada isteri sebaik Nuraisha. Benar kata Haikal. Dia tidak layak untuk Nuraisha. Tetapi dia tidak mahu menyerah. Selagi termampu, dia akan mengisi hati isterinya dengan cinta yang tak pernah surut.


"Saya nak mintak maaf di atas segala kesalahan saya pada awak. Saya tahu sukar untuk awak maafkan saya. Terlalu banyak dosa saya pada awak" ucap Farrhan dengan nada yang kesal.

Sikapnya yang jahil suatu ketika dulu menyebabkan dia tega menyakiti hati wanita tersayangnya. Dia benar-benar menyesal di atas semuanya.


Omongan Farrhan hanya dibiarkan sepi. Jasad Nuraisha masih kaku di sebelah Farrhan, segala kata-kata lelaki itu diulang berkali-kali dalam gegendang telinganya. Sehinggakan dia tidak sedar pandangan Farrhan sudah jatuh pada wajahnya.

"Maafkan saya" Dahi Farrhan rebah di atas bahu Nuraisha. Di situ, tangisannya mulai bergema. Dia tahu, pasti sukar untuk isterinya memaafkan dirinya.

Tangisan Farrhan turut mengundang sayu di hati Nuraisha. Malah, dia juga turut menangis bukan kerana dosa Farrhan tetapi kerana Farrhan yang dicintainya suatu ketika dahulu sudah kembali ke sisinya. Dan dia tidak bisa memiliki lelaki itu kerana Maira!

Bahagia yang diidam-idamkan takkan pernah menjadi miliknya. Sudah tertulis barangkali, nasib dan jalan hidupnya seperti ini.

"TAKKAN Kak Dara tak insaf-insaf lagi? Aisha tu tak salah apa-apa. Tak berdosa apa-apa. Dan kalau iya pun dia kena tanggung segala dosa mak ayah dia, dia dah merasa segala kepahitan dalam hidup dia. Sampai bila Kak Dara nak hukum dia? Nak layan dia teruk macam tu?"

Sungguh Puan Normala masih tak berpuas hati dengan cara layanan Maksu Dara terhadap Nuraisha. Hatinya sangat kasihan akan nasib gadis itu. Dia tidak tahu apa-apa, jadi kenapa Maksu Dara tega menghukumnya seberat itu?

Maksu Dara hanya sepi. Namun air matanya mula mengalir. Dia tahu, dia banyak berdosa pada anak saudaranya itu. Dia sedar, Nuraisha terseksa selama ini kerana perasaan benci dan dendamnya. Dan dia juga sedar, dia sudah menerima balasannya. Namun kenapa dia masih ego?

"Kak Dara..." Puan Normala mula mendekati Maksu Dara yang duduk lemah di atas katil. Digapainya tangan wanita itu lalu digenggam erat.


"Air yang dicencang takkan putus kan? Tak kiralah banyak mana pun dosa arwah Kak Hayati dulu, dia masih lagi keluarga akak. Dan Nuraisha tu, satu-satunya pewaris dia dan ahli keluarga akak. Takkan akak sanggup nak biarkan dia terkontang-kanting macam tu?"

Maksu Dara tetap bisu. Terlalu banyak yang difikirkan dan ingin diluahkan. Tetapi dia malu. Iya, dia malu untuk mengatakan kalau dia sudah insaf dan hampir melupakan semuanya.

Dia tahu, seburuk apa pun Nuraisha, gadis itu tetap ahli keluarganya. Dan sejauh mana pun dia mencuba untuk membuangnya, Nuraisha tetap mencari dan sujud padanya. Sedangkan Adira, anak yang begitu diharap-harapkan selama ini telah membuangnya jauh dari hidup.

Ya Allah, sakitnya rasa hati dibuang anak sendiri! Kini, dia hanya mampu berdoa agar Adira mahu kembali ke sisinya. Jika tidak, dia hanya mampu pasrah sahaja.

Baru kini dia mengerti maksud kesepian. Ditinggalkan dan diabaikan oleh orang yang tersayang sungguh menyayat hati. Dia kesunyian setelah ditinggalkan Adira. Dan kini, Nuraisha juga perlahan-lahan menghindar dari hidupnya.

"Kak. Adira memang anak akak. Anak kandung akak. Tapi apa yang dia buat pada akak tu, sangat sukar untuk dimaafkan. Tergamak dia buang akak dalam hidup dia dan tak mengaku akak ni ibu kandung dia. Lepas tu, dia ambik semua harta akak dan rumah akak satu-satunya tu pun dia jual" Puan Normala mengeluh. Teringat akan cerita yang dibawa oleh Samsul dan Maksu Dara sendiri, hatinya pula sakit. Dia tidak boleh menerima pemikiran dan kelakuan Adira itu.

Kata-kata Puan Normala menyayat hati Maksu Dara. Sebagai seorang ibu, sudah tentulah dia berkecil hati, malah dia tidak menyangka Adira sanggup memperlakukannya seperti itu. Sedangkan selama ini dia menjaga dan menyayangi Adira sepenuh hati.


Segala keinginan dan keperluan Adira dipenuhi meskipun dia harus berkeringat. Semua dilakukan atas rasa kasih sayang. Namun balasan yang diberikan sangat tidak setimpal dengan apa yang dicurahkan selama ini.


"Akak nak berdendam sampai bila? Kita ni tak tahu bila masa kita akan tiba kak. Jangan pulak sampai dendam yang kita simpan dalam hati, kita bawak sama dalam liang lahad. Mala ni bukan nak menghasut akak ,tapi akak kena tahu bezakan permata dengan kaca. Kadangkala, anak sendiri pun tak mampu nak jaga kita"

Nasihat Puan Normala pada akhirnya dicerna oleh hati dan fikiran Maksu Dara. Dia khilaf dan menyedari kesilapan diri. Dia tahu, dendam kesumat dalam hati takkan mampu bawa dia ke mana-mana. Pada akhirnya, Allah juga tempat dia sujud dan memohon keampunan.

Tubuh Maksu Dara, Puan Normala dakap dengan erat. Belakangnya diusap bagi memberikan ketenangan. Kesedihan pada wajah Maksu Dara jelas terpampar.

"Ya Allah, aku berdosa Mala! Aku berdosa pada banyak orang. Terutama sekali pada anak saudara aku. Aku nak jumpa Aisha. Aku nak jumpa dia, Mala"

Rintih Maksu Dara dalam tangisan. Dia ingin menemui Nuraisha dan memohom maaf darinya. Dia ingin memeluk dan mencium Nuraisha. Dia takut azab Allah. Dia takut dosa. Jika dia kehilangan Adira, dia redha kerana Adira sendiri telah membuangnya. Tetapi untuk melepaskan Nuraisha pergi, dia benar-benar tidak sanggup.

"Ya kak. Nanti Mala call Aisha" Puan Normala mengangguk kepala sambil menangis. Lega hatinya dengan kesudian Maksu Dara menerima Nuraisha dalam hidupnya. Dendam yang terpendam akhirnya terkubur dengan sebuah keinsafan. Kuasa Allah, tiada siapa mampu menghalangnya!

USAI mengerjakan solat Maghrib, Farrhan mengaminkan doanya. Dengan wajah penuh ketenangan, dia beralih ke belakang dan menatap wajah lembut itu. Dan ternyata, Nuraisha juga memandangnya dengan tatapan yang sama. Lama dia merenung wajah itu sehingga akhirnya Nuraisha sendiri yang beralah.

Perlahan-lahan, dia menghulur tangan untuk menyalami tangan Farrhan. Mengerti dengan maksud tindakan Nuraisha, laju saja Farrhan menyambutnya. Dan ketika Nuraisha tunduk mencium tangannya, ada mutiara jernih yang gugur di sebalik kelopak mata.


Tenangnya perasaannya ketika itu, Allah sahaja yang tahu. Bahagianya rasa, Allah juga yang tahu. Pertama kali rasanya menjadi imam kepada isteri sendiri meski kedua mereka tak saling berbicara.

Setelah selesai menyalami tangan Farrhan, Nuraisha memanggung kepala memandang wajah itu. Tanpa banyak bicara, bibir Farrhan menyentuh dahinya. Seperti Farrhan, dia juga menikmati detik-detik itu dalam tangisan.


Nuraisha cepat-cepat mengesat air matanya. Telekung di badan segera ditanggalkan lalu disidai di besi penyidai. Farrhan juga melakukan hal yang sama.

Menyedari tingkah Nuraisha yang tergesa-gesa keluar dari surau, Farrhan bertindak menarik lengannya. Mereka saling berpandangan.


"Lepaskan saya" pinta Nuraisha dengan nada yang lembut.


"Awak tak nak cakap apa-apa ke?" tanya Farrhan sambil menuruti kehendak Nuraisha.

"Saya...saya dah lambat" Nuraisha sengaja menukar topik perbualan. Langkah kakinya dihayun menuju ke pintu. Farrhan membontoti dari belakang.

"Sayang..."

Derap kaki Nuraisha segera berhenti. Degup jantung semakin laju bekerja. Panggilan itu dengan suara yang gemersik membuatkan hatinya meronta-ronta. Sedikit demi sedikit, air matanya jatuh berguguran. Ya Allah, sakit sungguh rasa ini!

"Saya rindukan awak. Dan saya tahu, awak tahu siapa saya. Siapa kita dan hubungan kita dulu. Tolong jangan pergi lagi" Farrhan seakan merayu. Didekatinya tubuh Nuraisha yang terus-menerus kaku itu.


"Sha..." panggil Farrhan dengan suara yang syahdu. Getaran suaranya jelas kedengaran.


"Sampai bila kita nak macam ni? Saya tahu awak masih sayangkan saya. Macam dulu-dulu"


"Ye, mungkin perasaan saya masih sama macam dulu. Tapi tidak awak kan?" tukas Nuraisha setelah agak lama menyepi. Dia juga tidak mahu terus-menerus memendam rasa. Biarlah segala-galanya jelas pada hari itu juga!


"Apa maksud awak?" Farrhan sudah berdiri di hadapan Nuraisha. Wajahnya serius dengan tatapan sayu.


"Senangnya awak menilai perasaan saya tanpa bertanya kepada saya. Macam tu ke cara awak hukum saya?"


Senyuman sinis terukir di wajah Nuraisha.


"Baru sikit tu saya hukum awak, awak dah melatah dan mengadu macam-macam? Sedangkan selama ni awak buat macam-macam pada saya, saya tak pernah pulak nak cakap apa-apa"


Nafas dihela dan dilepaskan. Nuraisha bukan seperti dulu lagi. Sikapnya sedikit sebanyak telah berubah. Dan Farrhan harus mengerti itu. Dia mesti berhadapan dengan Nuraisha dengan penuh tenang. Jika tidak, cacamarbalah segala-galanya!


"Okey, saya mintak maaf" Kali ini, suara Farrhan penuh kelembutan dan keinsafan. Dia benar-benar memaksudkannya.

"Saya tahu dan saya sedar, terlampau banyak dosa saya pada awak. Kalau saya mintak maaf berjuta kali pun, takkan mampu kembalikan masa pahit yang awak kena alami dulu gara-gara saya. Tapi saya betul-betul mintak maaf dan saya dah menyesal. Saya dah terima hukuman saya selama ni. Awak buatlah apa saja pada saya tapi jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak"

Nuraisha memeluk tubuh. Bibirnya menyenget mendengar rayuan Farrhan. Begitu mudah lelaki itu merayu dirinya tetapi berjanji macam-macam dengan wanita lain.


Arghhh!!! Dia bukan bodoh!

"Awak perlukan saya? Sepertimana awak perlukan Maira? Awak janji macam-macam pada dia tetapi kat sini, awak merayu pada saya. Pelik betul kan rasa keinsafan awak tu?" Nuraisha menyetir dengan perasaan penuh membungkam.


Farrhan benar-benar tersentak dengan kata-kata Nuraisha. Apa maksud kata-kata itu? Kenapa dia membangkitkan nama Maira? Adakah Maira juga menyebar berita yang tidak benar mengenai dirinya?

"Maira? Kenapa dengan dia? Apa yang dia bagitau awak? Dia fitnah apa lagi?" Farrhan mendesak dengan pelbagai soalan.

Penting baginya untuk mengetahui duduk perkara sebenar. Jika tidak, hubungannya dengan Nuraisha akan berantakan.


"Jangan pura-pura tak tahulah!" omel Nuraisha. Dia mendengus kasar. Cukup sudah Farrhan mempermainkan perasaannya. Dia tidak mahu terikat di dalam hubungan yang bakal memusnahkan hidupnya lagi.


"Ni mesti pasal anak kan? Maira ada datang jumpa awak dan bagitau yang kami ada anak bersama?"


Teka Farrhan dengan wajah serius. Jika nama Maira dibabitkan, itu bererti soal anaklah yang dibangkitkan. Maira memang sudah melampau! Sejauh itu dia bertindak rupa-rupanya.


Sangkaan Farrhan ternyata tepat tatkala wajah Nuraisha mula dibasahi dengan air mata. Hati siapa saja yang tidak terluka jika suami sendiri dikatakan menghamili wanita lain?


"Awak dan saya tak ada anak bersama. Jadi awak boleh bersama Maira. Saya izinkan awak untuk kawen dengan dia tapi tolong lepaskan saya. Tolong biarkan saya cari kebahagiaan saya sendiri. Selama ni saya dah banyak terluka dan saya cuma nak bahagia. Tu je. Saya tak mintak banyak" rayu Nuraisha. Bahkan kewujudan Fariq masih lagi dirahsiakan gara-gara kata-kata Maira tempoh hari. Dia takut disakiti lagi. Sungguh, dia tidak kuat menempuh segala dugaan ini lagi.


"Apa benda yang Sha merepek ni?! Saya takkan ceraikan Sha! Dan demi Allah, saya tak pernah buntingkan mana-mana perempuan, Maira sekalipun! Saya berani bersumpah kerana saya tak salah. Lagipun, sekarang ni kita berdiri di hadapan surau, rumah suci Allah. Kalau betullah saya tipu Sha, saya akan dapat balasannya sekarang jugak"


Nuraisha membisu dengan kata-kata Farrhan. Wajah dan anak mata Farrhan ditatap dengan berani. Di situ, dia dapat melihat keikhlasan lelaki itu berkata-kata. Namun dia masih tidak berani untuk mengambil risiko. Dia pernah terluka teruk dan dia tidak mahu perkara itu berulang lagi.


"Okey, kalau macam tu. Awak kena buktikan yang kata-kata awak betul"


"Kalau semuanya terbukti, Sha akan kembali pada saya?"


Dengan helaan nafas, Nuraisha menghadap tubuh ke arah Farrhan. "Ya, saya sendiri akan kembali pada awak" Kepalanya dianggukkan.


Farrhan mengukir senyum. Dia yakin, Nuraisha akan kembali padanya kerana dia sama sekali tidak bersalah. Dia akan membuktikannya.


"Tapi jangan lupa, awak jugak pernah jual saya di rumah pelacuran. Dosa tu takkan saya lupa sampai bila-bila!"


Tukas Nuraisha lantas berlalu meninggalkan Farrhan.


Wajah Farrhan penuh kebingungan dan keliru. Jual Nuraisha? Dia tidak pernah bertindak seperti itu. Iya, dia memang jahil dan dia pernah membenci Nuraisha tetapi untuk menganiaya gadis itu sejauh itu, tak mungkin akan dia lakukan.


Farrhan mengerut dahi. Dia teringat akan kata-kata Haikal tempoh hari. Haikal juga mengatakan perkara yang sama. Ada sesuatu yang tidak jelas. Dan dia harus mencari tahunya!

SETELAH mengetahui segala-galanya, Farrhan segera mendail nombor Razlan. Tetapi panggilannya tidak aktif. Dia mengerut dahi. Ke mana Razlan pergi? Dia harus menemui Razlan untuk mengorek lebih banyak lagi rahsia. Dia yakin, segala yang terjadi ada kaitannya dengan Razlan. Malah, segala bukti dan rahsia mengenai Razlan banyak terbongkar di hadapan matanya.

Dia sengaja mengupah Jenny, kawan lamanya yang juga merupakan seorang detektif untuk menyiasat mengenai perkara ini. Walaupun pada mulanya Jenny enggan menerima kesnya kerana dianggap sebagai kes peribadi, namun Farrhan terus memujuk dan merayu. Sehinggalah Jenny akhirnya tidak mampu untuk berhujah lagi.

Tidak sia-sia dia mengupah Jenny kerana hanya dalam tempoh 24 jam sahaja, segala-galanya terbongkar di hadapan mata. Siapa Haikal dan kaitannya dengan Nuraisha sebelum ini, siapa Razlan dan niatnya, semuanya telah terungkap dengan begitu mudah. Bahkan dia juga baru tahu kalau Maira dan Razlan merupakan 'kepala' di atas kehancurannya.


Dia benar-benar tidak menyangka selicik itu dua kepala itu bekerja menghancurkannya. Dalam diam, Razlan yang cuba hendak memusnahkan hidup Nuraisha. Malah, dia juga cuba untuk merampas syarikat miliknya, yang mana pemilik sebenarnya adalah Nuraisha.


Dia tahu segala kemewahan mereka beserta syarikat adalah milik Firash yang telah ditukar-milik kepada Nuraisha. Tidak sangka, Firash yang dianggapnya musuh selama ini rupa-rupanya dalam diam melindungi Nuraisha. Betapa mulianya hati lelaki itu kerana sehingga ke hembusan nafas terakhir pun, Firash masih tetap mempercayakan Nuraisha kepadanya.

Bodohnya dia kerana selama ini tidak pernah menyedari semua itu. Akibat dendam dan benci, dia musnahkan kepercayaan Firash. Dan diam-diam menghancurkan hidupnya sendiri. Ya Allah, manusia jenis apa aku ni?!


"Kata tadi nak keluar. Tapi masih kat sini" Suara serak Puan Sri Mariam menyentakkannya. Dia menoleh dan tersenyum kepada mama.


"Memang nak keluar ma. Tapi tiba-tiba pulak rasa nak ambik angin kejap. Tu yang park kejap kat sini"


"Hmmm" Puan Sri Mariam menggumam. Dia sudah mendengar segala penerangan daripada Farrhan sebentar tadi. Segala-galanya termasuklah siapa Athirah itu. Tidak disangka, begitu sekali perancangan manusia untuk memusnahkan hidup anaknya. Paling dia tidak percaya ialah Razlan. Lelaki yang dipercayai menjadi sahabat baik anaknya tega menyakiti dan mengkhianatinya seperti itu.


"Mama fikir apa?" tanya Farrhan sambil tersenyum. Suara dan tingkahnya juga sangat lembut dan santun. Tiada lagi kekerasan dan wajah bengis seperti selalunya.

"Razlan. Mama masih tak percaya dia sanggup buat angah macam tu. Padahal angah dan dia berkawan dah lama"


Sebak hati Puan Sri Mariam saat menuturkan itu. Kasihan dengan nasib Farrhan dan juga hubungan rumah tangganya yang hampir goyah gara-gara hati busuk Maira.


"Ma..." Farrhan menggapai tangan Puan Sri Mariam. Digenggam erat dengan senyuman yang tak pernah pudar. Riaknya tampak tenang dan pasrah saja.


"Semua ni dugaan. Sebanyak mana angah percayakan Raz, sebanyak tu juga hati angah berkecai dengan kelakuan dia. Tapi angah tahu, Allah tak pernah tidur. Dan angah yakin, Allah akan tunjukkan ehsan Dia" Tangan Puan Sri Mariam dikucup.


Mama sudah bergenang dengan linangan air mata. Kelakuan dan kata-kata Farrhan kini tak ubah seperti arwah Firash. Namun dia bersyukur kerana semua yang pernah menimpa diri Farrhan merupakan satu jalan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.


"Angah tak nak mama sedih dan tertekan. Percayalah, angah redha dengan semua ni. Angah akan selesaikan semuanya. Angah tahu apa yang angah kena buat. Angah harap, mama doakan angah dan restu angah di setiap jalan yang angah ambik"


Tangisan Puan Sri Mariam semakin kedengaran. Dia tahu, dia tak seharusnya menangisi takdir Allah namun air matanya tetap tak mahu berganjak. Entahkan dia bersyukur atau sebaliknya, dia juga tidak tahu.


"Mama sentiasa doakan anak-anak dan menantu mama. Mama cuma tak nak kehilangan Aisha. Dan mama tak nak angah kecewa dan sedih lagi"


"Aisha tetap akan jadi menantu keluarga ni. You have to trust me" pujuk Farrhan dengan lara hati Puan Sri Mariam itu. "Right ma? You do trust me, don't you?"


Puan Sri Mariam menjawab dengan anggukan kepala. Tubuh Farrhan dipeluknya erat.


"Angah kena pergi uruskan sesuatu. Mama kena jaga diri baik-baik. And please, keep an eye of Athirah when I'm not around. Dia tak bersalah ma. Dia salah satu medium perancangan Maira"


Kata-kata Farrhan hanya dibalas dengan anggukan. Pergilah nak, mama sentiasa doakan angah!

SETAHUN YANG LEPAS...

"APASAL kau nak marah-marah ni? Relakslah bro!! Chill, calm down.. semua masalah boleh settle dengan cara baik" ujar Razlan sambil menuangkan air mabuk itu ke dalam gelas milik Farrhan tanpa disedari oleh Farrhan.

Wajah Farrhan yang kemerahan bak dirasuk itu sungguh menakutkan. Mana tidaknya, hatinya sakit dengan Nuraisha. Entah berapa banyak kali dia menyakiti hati itu, tetap saja gadis itu berlagak tenang. Dia pula yang kepanasan.

"Hati aku sakit, tahu tak??! Bergelodak rasa jiwa ni!" Farrhan pukul dada sendiri. Razlan muncul di hadapan lalu menyerahkan segelas air kepada Farrhan.

"Minum. Minum ni. Biar hati kau legaaaa" hasut Razlan dengan wajah penuh yakin. Farrhan menuruti tanpa ragu-ragu. Razlan senyum jahat.


"Cuba kau cerita dekat aku. Kenapa kau sakit hati sangat ni?"


"Perempuan tak guna tu! Buat aku sakit hati aje. Arghhh!! Dahlah perempuan jalang, tak guna, sakitkan hati aku je"


Tiba-tiba, Razlan punya akal jahat bagi memisahkan Nuraisha selama-lamanya dari kehidupan Farrhan. Dengan cara itu, dia akan dapat memiliki Nuraisha tanpa ada sebarang halangan.

"Kau masih nak simpan perempuan tu ke?"

Wajah selamba Razlan direnung tajam. Kemudian, kolar bajunya dipulas. Entah kenapa hatinya baran tiba-tiba tatkala Razlan membangkitkan persoalan itu.


"Relaks. Relaks! Small matter man"


"Aku nak relaks macam mana bodoh?!" tengking Farrhan. Perlahan-lahan dia melepaskan kolar baju Razlan.


"Perempuan tu betul-betul menguji kesabaran aku, kau tahu tak?! Arghhh, sial!!"


"Iya, aku tahu. Sebab tu aku suruh kau sabar. Aku akan tolong kau. Aku ada cara untuk buat hati kau puas dan tenang setenang-tenangnya"


Wajah penuh senyuman Razlan dilirik lama. Dia inginkan kepastian dengan segera.


"Kau gantung dia tak bertali. Dan tinggalkan dia macam tu je.." cadang Razlan.


"Maksud kau? Aku tak nak dah tengok muka dia depan mata aku ni! Buat semak je tahu tak?!"


"Aku tahulah! Sebab tu lah aku suruh kau buang dia jauh-jauh. Cari tempat yang boleh buat dia terseksa dan takkan lupa sampai bila-bila"


Lama Farrhan menyepi. Otaknya sedang berputar memikirkan cadangan Razlan itu. Dia boleh menerima cadangan itu tetapi ke mana dia harus menghantar Nuraisha? Agar gadis itu terus menjauh darinya dan terus terseksa tanpa dia pelakunya.


Tiba-tiba Farrhan teringatkan sesuatu. Wajahnya penuh dengan senyuman. Tawanya mulai mengisi suasana sepi antara mereka.


Razlan mulai kecut perut dengan tingkah Farrhan itu. "Oii!! Apasal kau ni?"


"Aku tahu nak hantar dia ke mana"

Razlan turut menyimpul senyum. Tidak sabar rasanya hendak mengetahui rancangan jahat Farrhan itu.


"Mana kau nak hantar dia?"

"YA ALLAH!!" Kereta yang dipandu oleh Farrhan hampir-hampir terbabas ke bahu jalan. Sepantas kilat dia bertindak dengan menyeimbangkan stereng dan memperlahankan kereta.

Keretanya berhenti juga di bahu jalan. Lama dia bertafakur di dalam kereta bagi menenangkan diri sendiri. Hampir saja dia kecelakaan dek kerana terbawa-bawa peristiwa lama itu.


Farrhan menapak keluar dari kereta dan menyandarkan tubuh badan di pintu kereta. Kenderaan yang lalu-lalang dengan pelbagai bunyi tidak dihiraukan. Dia mengeluh dengan keluhan yang panjang.

Peristiwa tadi benar-benar meninggalkan titik hitam dalam hidupnya. Gara-gara peristiwa itu, Razlan mengkhianatinya. Dek kerana terlalu mempercayai Razlan yang digelar sahabat, dia telah lepas tangan begitu saja.

Seingat dia, rancangannya adalah untuk menghantar Nuraisha kembali ke Mersing. Di sisi mak saudara dan sepupu yang sentiasa menyeksanya. Dia ingin Nuraisha kembali terseksa di tangan mereka. Dan seterusnya memalukan dia dengan menuduhnya sebagai perempuan yang tak baik kerana mengkhianati suami sendiri. Cemuhan dan cacian warga kampung pasti bergema di cuping telinganya dek perkara itu.


Namun lain pula yang terjadi. Malam itu, setelah kereta Samsul dikejar oleh konco-konconya, dia melepaskan Nuraisha ke tangan Razlan atas dasar kepercayaan.

Tetapi Razlan pula bertindak sebaliknya dengan menjual Nuraisha ke rumah pelacuran. Yang lebih parah, Razlan turut mengaitkan namanya di dalam perjualan itu. Semudahnya Razlan menjaja namanya dalam kalangan Jimmy dan Kyle. Dan membuatkan mereka percaya kalau Nuraisha dijual oleh suaminya sendiri.


Perkara tersebut berlanjutan sehingga ke detik ini. Malah, Nuraisha masih mempercayai segala itu adalah perbuatannya sendiri. Betapa kejamnya Razlan terhadap dirinya sedangkan selama ini dia tak pernah berkira sedikit pun dengan sahabatnya itu.

"Ya Allah, beratnya ujianMu!" Farrhan meraup wajah berkali-kali. Dia harus menemui Razlan dan meminta penjelasan. Jika tidak, hubungannya dengan Nuraisha akan ternoktah setakat itu juga.


Deringan Iphone di dalam kocek seluar berbunyi. Tertera nama Naura di skrin telefon. Farrhan menjawab tanpa menunggu lama.


"Kenapa Naura? Mia okey kan?"


"She's okay. Kak ngah pun ada kat sini. Jaga dia. Angah, angah kat mana ni?"


"Somewhere around. Ada benda yang angah nak uruskan. Kenapa ni?"

"Angah, there's something you need to know. But we need to see each other. Boleh tak jumpa angah kejap? It's urgent"


Farrhan diam. Dia juga punya urusan yang penting sebenarnya. Tetapi Naura benar-benar mendesak, seolah-olah ada sesuatu yang tidak beres.


"Okey, we'll catch up later"


"No!" bentak Naura. "Now"


Hati yang berdebar bertambah debarannya dengan reaksi Naura itu.


"Okey"

FIGURA lelaki itu sedang berdiri menghadapnya. Namun wajahnya penuh ketenangan dan tiada lagi bentak-bentak seperti sebelumnya. Dia ingin berlari tetapi kudratnya tidak mampu untuk bergerak. Sejak dua minggu yang lepas, dia hanya terlantar lemah di atas katil dengan wajah yang pucat.


Tiada sesiapa pun yang datang menziarahinya. Maira yang selalu melawatnya juga sudah tidak muncul-muncul. Sejak dia menolak rancangan Maira dan tidak mahu membantunya, gadis itu terus lesap tanpa sebarang berita.


Jangankan hendak bertanya khabar, menelefon juga tidak ada! Entah apa jadi pada gadis itu, dia juga tidak tahu. Adakah dia juga menerima nasib yang sama seperti dirinya?


"Han... kau??" Razlan kaget melihat kesembuhan Farrhan yang sudah bisa bergerak. Fikirnya, lelaki itu hanya akan setia di atas katil, menanti saat-saat dicabut nyawa seperti dirinya. Namun tidak seperti yang difikirkannya.


"Ye, aku. Aku dah sembuh beberapa hari yang lepas" sahut Farrhan lantas bergerak mendekati Razlan di atas katil.

Keadaan rumahnya tidak terurus. Bahkan bau hanyir juga turut menyengat rongga hidung. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi pada lelaki yang sangat menjaga penampilan diri itu.


"Apa jadi pada kau ni? Dulu kau tak macam ni"


Razlan hanya membatu. Apa yang bisa diperkatakan? Balasan barangkali?


"Manusia berubah" Razlan menjawab dengan gurauan. Sebuah senyuman diukir bagi mengubat kedukaan di jiwa.


Farrhan tersengih, menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Melihatkan keadaan Razlan, hatinya bagai disayat-sayat pula.


"Kau sakit ni. Nak aku hantar ke hospital ke?" Farrhan pelawa bantuan. Wajah Razlan yang pucat lesi itu membingungkannya.


"Hospital? Huhh!" keluh Razlan sambil tertawa kecil. "Takde ubat yang mampu sembuhkan aku. I'm just dying!"


Tahap kesihatan yang kian merosot menyukarkan proses kesembuhannya. Apatah lagi, kesakitan yang dialaminya tidak ada penawarnya. Segala wang belanjanya juga sudah terbang entah ke mana. Pendek kata, dia sedang pokai!!


Farrhan mengerut dahi dengan kata-kata luahan Razlan itu. Dilirik wajah selamba itu dengan rasa kasihan.


"Apa maksud kau? Takpe, kita pergi hospital dulu. Nanti apa-apa kos, biar aku yang tanggung"


"Tak payahlah!" tolak Razlan. Dia malu sebenarnya. Jika dia hendak berubat, dia bisa sahaja meraih simpati Farrhan. Namun dia akan merasa sangat malu jika Farrhan membantunya sedangkan selama ini terlalu banyak olahan jahatnya yang tidak diketahui oleh Farrhan.


Dia segan untuk meminta pertolongan daripada seseorang yang pernah dikhianati dan dianiayanya. Bukan sekali, tetapi banyak kali Farrhan ditikam dari belakang tanpa disedari oleh lelaki itu.


"Takpe. Aku ikhlas tolong kau. Kau tak payah bayar aku balik" Farrhan terus memaksa. Dia sudah bangun untuk memimpin Razlan.


Namun sekeras itu juga Razlan menolak. Berkali-kali dia menepis tangan Farrhan yang cuba untuk menyentuhnya. Sehinggalah lelaki itu jatuh di atas lantai setelah ditolaknya.


"Aku dah cakap kan? Aku tak nak. Kau tak payahlah tolong aku. Aku ni dah nak mati, tahu tak?! Aku ni tengah tunggu malaikat cabut nyawa aku"


"Astafirghullall al'azim" Farrhan mengucap panjang sambil mengurut dada. "Apa kena dengan kau ni Raz? Tak baik cakap macam tu ,tau tak? Setiap sakit tu ada penawar dia. In Shaa Allah. Berdoa banyak-banyak pada Allah. Dia akan tolong kita"


Farrhan sudah bangkit. Dia berdiri di hadapan Razlan dan menunggu sekiranya lelaki itu bersetuju untuk menerima bantuannya.


"Penawar? Kau main-mainkan aku ke apa hah?!" Razlan sudah melenting. "Ni, kau datang sini buat apa? Kalau takde benda penting, baik kau blah dari sini!"


"Okey, aku akan pergi dari sini kalau tu yang kau nak. Dan aku takkan paksa kau kalau kau tak nak terima bantuan aku. Tapi tolong jujur dengan aku sesuatu"


Farrhan juga sudah berputus asa untuk terus memujuk Razlan. Jika Razlan berkeras menolak bantuannya, dia juga tiada daya untuk terus memaksa. Biarlah, jika itu yang terbaik.


"Kau nak tahu apa?" Wajah Farrhan dijeling tajam.


"Pasal Aisha ke rumah pelacuran. Aku nak tahu, siapa yang jual dia kat situ. Kau ke? Sebab setahu aku, aku tak pernah terfikir nak jual dia ke tempat neraka tu!"


Demi mendengarkan itu, Razlan menelan liur yang terasa pahit. Peluh mula menitik di wajah. Habislah! Segala angkara jahatnya mulai terbongkar. Jahanam!! Siapa yang membongkar segala perbuatan jahatnya?


"Jawablah! Dan aku tahu, kau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dekat syarikat aku. Kau tipu ahli lembaga syarikat, kononnya aku lantik kau untuk gantikan tempat aku sebab kau nak berkuasa sepenuhnya atas company aku kan? Dan aku jugak tahu, selama Maira bercinta dengan aku dulu, kau yang selalu tidur dengan dia sampai dia mengandungkan anak kau banyak kali"


"Dan kau jugak yang desak dia untuk gugurkan baby tu agar dia boleh terus bersama dengan aku. Sebab apa? Untuk 'makan' duit aku supaya kau jugak boleh tumpang enjoy!"


"Aku tak nak cari gaduh dengan kau. Kalau kau tak nak nyatakan sebab kenapa kau khianat aku selama ni, aku takkan desak kau. Tapi satu je aku nak. Tolong bagitau aku, siapa yang jual Aisha ke rumah neraka tu!"


Segala kegiatan dan akal jahatnya kini terbongkar di hadapannya. Farrhan mampu menghidu segala taktik kotornya, entah dari bantuan siapa entah! Dan mampukah dia untuk terus berterus-terang?

"Tu pun kau tak nak bagitau jugak?"


Razlan senyap.


Farrhan mengangguk kepala. Tiada gunanya berkasar dengan Razlan. Lelaki selemah itu takut pada bayang-bayangnya sendiri.


"Okey, terima kasih untuk segala yang kau dah buat. Dan tahniah, kau berjaya hancurkan rumah tangga aku. Itu yang kau nak kan? Tadi kau cakap apa? Kau nak tunggu ajal kau? Kalau kau rasa kau dah banyak dosa sampai sakit kau ni takde penawar, kau patut buat satu pahala dengan jelaskan segala salah faham ni. Sebab satu penjelasan kau, akan senangkan banyak hati"


Ujar Farrhan dengan hati yang membara. Berkali-kali dia mengucap panjang di dalam hati agar diberikan kesabaran menghadapi lelaki pengecut seperti Razlan.


"Hannn!!!" Razlan menjerit sekuat hati. Dia tahu, dia tidak mampu untuk terus menyimpan rahsia itu lagi. Dia ingin menjelaskan segala-galanya agar dosa itu tidak dibawa sehingga ke liang lahad.

SELESAI mematikan panggilan, Nuraisha tergesa-gesa mendapatkan Laila yang sedang menunggu di dalam kereta. Mia di sebelah dipimpin kerana anak itu tidak mahu lagi berjauhan darinya.


"Kenapa Sha?"


"Kak. Sha nak balik Mersing. Tadi makcik Mala called. Dia kata, maksu nak jumpa Sha. Dan keadaan dia tenat. Sha nak jumpa maksu"

"Okey-okey. Akak hantarkan. Naiklah"

Tanpa menunggu dengan lebih lama, Nuraisha memboloskan diri di dalam kereta. Dia kebimbangan dengan keadaan diri Maksu Dara seperti yang dikhabarkan oleh Puan Normala sebentar tadi.


"Saya tak izinkan Sha ke mana-mana tanpa saya"


Nuraisha tersentak saat langkahnya dihalang oleh Farrhan. Mia di sisi sudah bersorak kegembiraan. Senang hatinya melihat kehadiran Farrhan di situ.


"Apa ni? Saya nak jumpa maksulah! Yang awak nak larang saya ni kenapa?"


"Saya tak larang awak jumpa sesiapa pun. Tapi awak kena pergi dengan saya. Kalau tak, saya tak izinkan. Awak tentu tahu kan, dosa seorang isteri tak mintak izin suami dia"


Setelah selesai berurusan dengan Razlan, dia dihubungi oleh Naura. Menurut Naura, Nuraisha akan kembali ke Mersing bersama dengan Mia dan Fariq. Dia mendengar semua perbualan itu secara tak sengaja.

Mendengarkan itu,hati Farrhan tak tenang. Masakan dia mahu berjauhan dari Nuraisha lagi. Dan Fariq, siapa dia? Dia benar-benar ingin tahu. Oleh itu, dia secepatnya kembali ke hospital bagi menjemput Nuraisha dan mengajaknya kembali ke Mersing.

"Awak ugut saya ke?" bentak Nuraisha. Habislah dia kalau Farrhan tahu akan kewujudan Fariq.

"Siapa ugut Sha? Saya tak ugut Sha. Saya cuma bagi nasihat je. Fikir jelah sendiri. Sha nak jalan jauh tu. Tak takut ke kalau jadi apa-apa sebab tak dapat izin dari suami?"

Farrhan lebih bijak mengenakan isterinya. Biarlah Nuraisha menganggap dia jahat, kerana dari dulu lagi memang itu tanggapan isterinya.

Nuraisha mengetap bibir. Dia memeluk tubuh. Hishhh!!

"Akak rasa, betul cakap suami Sha tu. Berdosa kalau tak dapat izin suami, lagi-lagi kita nak jalan jauh ni" sampuk Laila pula, seakan menyebelahi Farrhan.

Nuraisha lihat suaminya sudah senyum kemenangan. Sukalah tu, ada suara yang menyokong! Dengan wajah mencuka, dia menapak keluar dari kereta setelah mengambil Fariq dari dari Laila.

Terpaksalah dia tunjukkan juga si Fariq pada Farrhan. Masakan dia mahu meninggalkan Fariq pada Laila? Sudah banyak rasanya dia menyusahkan wanita itu.

Hati Farrhan berdebar-debar tatkala wajah Fariq terbias dalam anak matanya. Wajah bayi kecil itu sangat menyerupainya. Siapa ya Fariq?


"Jom sayang. Papa dukung nak?" Farrhan menggamit Mia.

"Nakkk!!" Mia bersorak kegembiraan. Sekejap saja dia sudah berada dalam pelukan papa Hannya. Leher Farrhan dipaut.


"Amboi, seronok ye kena dukung?" tukas Nuraisha sambil mencempung Fariq.


"Seronoklah! Mama tak pernah kena dukung papa. Mana mama tahu seronok ke tak?" Mia mengusik.


"Siapa cakap tak pernah?" Marah Nuraisha dengan mata terjegil.


"Ohhh..." Mia mengangguk tanda faham. Senyuman nakal mula terpamer di wajahnya. Seronok dapat mengenakan mamanya.

Wajah Nuraisha membahang. Aduhh!! Kantoi!

Farrhan tersenyum lebar. Rupa-rupanya kenangan lima tahun lepas tidak pernah pudar dari ingatan Nuraisha meskipun kedua mereka pernah kehilangan ingatan. Syukur, terbukti rasa cinta itu masih ada.

done. satu lagi bab nak ke final. dan bab yg terakhir nanti akan ambik masa yg agak pjg ye? sbb bnyak rahsia dah nak terbongkar. so stay tuned gaiss ;) and happy reading ^,^

Share this novel

Nur Azlina
2021-09-02 16:24:31 

tq update kiki tapi jangan lama sangat nk update.xsabar tggu last episode.

Hawani Hashim66
2021-09-02 16:13:48 

tq kiki dear

rimatanti
2021-09-02 12:00:01 

tak sabar rasanya nk tunggu last episod ni... debar² ni.. hahahahaha terbaik lah penulis ni.. tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience