12

Other Completed 493332

"AWAL you bangun" Tubuh Haikal dipeluk dari arah belakang. Leher Haikal dikucup mesra. Belum pun sempat dia meneruskan aksi seterusnya, tangannya ditarik kasar oleh Haikal.

"Balik! Dan jangan pernah cari aku lagi" Suara Haikal tegas dan wajahnya bengis. Cukup sudah dia menggunakan khidmat Sara untuk semalam. Dia sudah bosan dengan Sara, walaupun dia harus akui, aksi dan kelincahan Sara di atas ranjang sangat memuaskannya.

Wajah Sara merona. Omongan Haikal itu seakan menghinanya. Dia diusir tanpa belas. Sungguh, hatinya tidak mampu menerima layanan Haikal sebegitu.

"You halau I?"

"Nak aku ulang ke?" Kening Haikal terangkat. Bebola matanya menikam tepat ke dalam anak mata Sara yang mulai berlinangan. Huhh! Perempuan dan air mata berpisah tiada!

"Sampai hati you kan buat I macam ni? I sepatutnya percaya kata-kata kawan I sebelum ni. Yang you ni buaya tembaga, kasanova, lelaki tak guna!"

"Stop it!"jerkah Haikal. "Lelaki yang kau kutuk tu adalah lelaki yang dah habiskan satu malam dengan kau, kat atas katil tu! Dan lelaki tu jugak adalah lelaki yang rasa sangat puas sebab dapat menikmati tubuh badan kau. Now, get out of my sight!"

Sara sudah tersedu-sedan. Dia menyesal sudah menghabiskan satu malam dengan lelaki itu. Fikirnya, dengan perkongsian semalam, Haikal akan berlembut hati dan mahu terus mendampinginya. Ternyata dia silap. Dia sepatutnya lebih mempercayai kata-kata Maya dan Viane mengenai Haikal. Arghh!

Setelah selesai berpakaian, langkah kaki dihayun ke pintu. Sebelum melangkah keluar, dia sempat menoleh ke arah Haikal yang dari tadi duduk di balkoni bilik.Sedikit pun lelaki itu tiada rasa bersalah di atas kelakuannya terhadap dirinya semalam.

"Ohh ye. Sebelum aku lupa. Ada sampul surat di atas meja tepi pintu tu kan? It's for you. I pay the price for last night. Aku tak guna kau untuk free" Haikal memberitahu dengan angkuh.

Sara menggenggam penumbuk. Wajahnya merah menahan amarah. Apa Haikal ingat dia pelacur? Dia tidak perlukan wang Haikal!

"Cut the crap off Haikal! I tak perlukan duit you! Sampai hati you layan I macam ni kan? Kalau you tak nak tengok muka I sekalipun lepas you guna I semalam..." Sara berjeda. Bibirnya menggeletar saat mengeluarkan kata-kata itu. Dengan helaan nafas, dia menyambung semula. "You takde hak nak hina I dengan bagi I duit! I bukan pelacur!"

Haikal tersenyum sinis. Kata-kata Sara diejek dalam sinikal. Bukan pelacur, tapi berikan tubuh badan dengan semua lelaki tu apa?! Huhhh!

"I harap satu hari nanti you akan rasa sakit hati macam I dan perempuan lain pernah rasa selama ni. I betul-betul doakan you sengsara lepas ni!"

Sejurus selepas itu, Sara melangkah keluar dengan bunyi hempasan pintu yang kuat. Selepas kepermegian Sara, Haikal termenung seorang diri.

Dalam hati, dia bermonolog sendiri. Dia tahu, dia sudah jauh tersesat. Sejak kematian Hanis, dia seperti orang yang hilang jejak saja. Dia tidak tahu ke mana langkah kakinya bergerak meskipun langkahnya berpaksi di atas Bumi.

Dia kehilangan diri dan kepercayaan terhadap sekeliling. Dia hidup namun bagaikan tidak bernyawa. Dia ada segala-galanya tetapi pada masa yang sama, segala-galanya terasa kosong.

Apa yang dia inginkan dalam hidupnya? Sampai bila dia harus menongkah usia dengan perbuatan keji seperti ini? Tidakkah dia takut pada Yang Maha Esa? Dan apa agaknya tanggapan Mia terhadap dirinya sekiranya anaknya mengetahui aibnya?

Haikal melepaskan keluhan panjang. Dia benar-benar buntu.

"ALA mak, orang pergi sana nak kerja. Bukan nak menggatal!" Wajah Maksu Dara yang mencuka dikerling.

Sejak dikhabarkan mengenai hajatnya untuk bekerja di Kuala Lumpur, Maksu Dara tidak sepatah pun menyahut. Mengiakan tidak, menggeleng juga tidak. Adira tahu, Maksu Dara tidak berkenan dengan hasratnya yang satu itu. Dari tadi, wajah tua itu mencuka dan memerut saja. Tetapi dia tidak peduli. Dia sudah tekad dengan keputusannya! Meskipun Maksu Dara melarang dan merayu, dia tidak akan tunduk pada semua itu.

"Kerja kat KL tu boleh dapat duit banyak. Mak kan suka duit kan? Nanti orang dapat duit banyak, orang bagilah kat mak. Orang boleh beli macam-macam untuk mak" Adira masih berusaha memujuk. Bahu Maksu Dara dipicit-picit.

Pun begitu, respon Maksu Dara masih seperti tadi. Diam tak berkutik. Dia sebenarnya berat hati untuk melepaskan Adira pergi dari sisi. Dia tidak pernah lagi berpisah dari Adira sejak dari kecil. Adira itulah satu-satunya anaknya. Buah hati dan semangat hidupnya. Bagaimana mungkin dia bisa berjauhan dari Adira? Soal duit pula, apa yang hendak dirisaukan? Setiap bulan, dia akan menerima RM5000 dari Doktor Sufian di atas kerjasama mereka suatu masa dulu. Melalui duit tersebut, Adira bisa mendapatkan segala keinginannya.Bahkan tiada satu pun bahagian dari duit tersebut disalurkan ke arah kebajikan Nuraisha, walaupun sebenarnya Nuraisha lebih layak.

Adira melepaskan Maksu Dara. Dia menghenyak punggung di atas kerusi bersebelahan ibunya. Tangannya bersilang di atas dada. Wajahnya cemberut. Susah jugak nak pujuk Maksu Dara rupanya!

"Mak ni, orang pergi tak lama. Sekejap je. Ada cuti, orang baliklah! Duduk kampung ni buat apa pun tak boleh!" rungut Adira lagi.

"Mak tak pernah lagi berpisah dengan Dira dari kecik lagi. Macam mana mak nak benarkan Dira pergi?" Akhirnya, bibir Maksu Dara menyahut juga setelah agak lama memendam rasa.

"Alaaa, orang bukan nak pergi matilah mak!" tempelak Adira, kasar dan agak nyaring.

Terkejut Maksu Dara dibuatnya. Sepantas kilat, dia menoleh ke arah Adira dengan sebuah cubitan singgah di atas paha itu.

"Sakitlah mak!" rintih Adira.

"Tau pun sakit! Cakap lagi hal mati-mati!" radang Maksu Dara.

Adira mendengus sambil menggosok bahagian pahanya yang berbekas cubitan tadi. Terkumat-kamit bibirnya mengejek nada suara Maksu Dara.

"Tahulah kita tak pernah berpisah. Tapi orang pergi kali ni cuma nak cari kerja. Cari duit, untuk mak jugak"

"Tak cukup ke apa yang mak beri selama ni? Dira pun tahu kan, kita dapat RM5000 dari doktor tu tiap bulan. Dira nak apa, mak belikan. Tak pernah pun mak tolak atau bantah apa yang Dira nak"

"Yelah, orang tahulah! Masalahnya, orang bosan duduk kat rumah ni. Tak tengok dunia luar, tak jumpa banyak orang. Tak kenal siapa-siapa. Orang nak jugak bebas"

"Yang tiap bulan kita pergi pekan tu apa? Bukan berjalan keluar?"

Adira mengeluh panjang. "Tempat yang sama je kita pergi. Bosanlah! Dira nak pergi KL, bukan nak ke pekan tu! Mak ni tak faham ke?"

"Adira, tak boleh ke Adira faham perasaan mak? Nanti mak sakit ke apa, siapa nak uruskan mak?"

"Budak bodoh tu kan ada? Lagipun selama ni dia jugak yang uruskan semua benda kat rumah ni kan?"

"Tak sama rasanya anak sendiri dengan anak saudara uruskan. Mak nak Dira, bukan Aisha!"

Adira mengunci mulut. Tiada guna bertekak dengan Maksu Dara buat masa sekarang. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap dengan keputusannya untuk bekerja di Kuala Lumpur. Lebih-lebih setelah Kamal memberitahu keuntungan yang bakal dia perolehi nanti. Rugi besar jikalau dilepaskan peluang tersebut begitu saja. Dia akan mencari jalan untuk meloloskan diri dari teratak usang itu tidak lama lagi.

"KAU dah masak ke? Aku ni dah kebulur tau tak?"

Adira menjengah kepalanya ke dalam kuali. Dilihatnya ayam masih elok di dalam kuali. Tiada tanda-tanda hendak masak. Radang benar hatinya dengan kelakuan Nuraisha. Sudahlah dia benar-benar kelaparan saat ini!

"Apa je yang kau buat berjam-jam dalam dapur ni? Ayam tak siap lagi! Siap kau, mampus aku kerjakan!" bentak Adira seraya menolak Nuraisha sehingga terjatuh di atas lantai.

"Dira, aku solat tadi. Aku lupa nak hidupkan api ayam ni"

"Banyak kan alasan kau haaa? Tak guna jugak kau solat! Bukannya dapat merubah pun hidup kau. Kau solat berapa jam sekalipun, kau ingat kebodohan kau tu akan lenyap ke haaa?"

Tubuh Nuraisha disepak. Menjerit kesakitan Nuraisha dibuatnya. Dia merayu-rayu meminta simpati tetapi sedikit pun tidak terkesan di hati Adira.

"Aku ni kelaparan, kau tau tak? Apasal kau tak pernah nak guna otak kau tu baik-baik haa? Dahlah bodoh, menyusahkan orang pulak tu! Haishhh, aku tak fahamlah kenapalah mak aku nak jugak simpan kau? Kalau aku jadi mak, dah lama aku campak kau kat rumah anak yatim sana. Menyusahkan orang betul kau ni!" omel Adira sambil memulas telinga Nuraisha.

"Kenapa ni Dira? Apa bising-bising ni?" Maksu Dara sudah tercegat di sebelah Adira.

"Budak bodoh nilah mak! Orang dah kelaparan, tapi dia belum masak satu benda pun!! Mak tengoklah dalam kuali tu. Ayam tak masak langsung!"

Hasutan Adira menyebabkan Maksu Dara angin satu badan. Ditarik kasar rambut Nuraisha lalu dicengkam erat rahangnya. Berpusu-pusu air mata Nuraisha mengalir ke pipi.

"Kau nak buat kami kebuluran ke haa? Apa je kau buat dari tadi?"

"Maafkan Sha, maksu. Sha solat tadi. Lepas tu, Sha lupa nak on api dia" Tersedu-sedan Nuraisha membela diri.

"Solat, solat, solat! Lama betul kau solat? Kau sengaja buat alasan kan haaa?"

"Tak maksu. Sumpah, Sha lupa!"

"Jangan nak sumpah-sumpah kat sini! Nanti sumpah tu makan diri kau, padan muka!" sahut Adira pula sambil bercekak pinggang. Hatinya puas melihat kesengsaraan Nuraisha.

"Sekarang, anak aku nak makan apa haa? Satu hapak benda pun kau tak masak! Dasar pemalas, menyusahkan orang!" Dahi Nuraisha ditunjal.

"Kau ni, memang betul-betul nak kena dengan aku!" Maksu Dara bergerak ke sisi. Kuali yang berisi air rebusan ayam yang panas tadi diangkat menggunakan kain buruk. Kemudian, kuali tersebut dibawa ke hadapan Nuraisha.

Nuraisha mula ketakutan. Wajahnya kemerahan. Peluh juga mulai mengalir laju.

"Mak nak buat apa tu?" Adira kaget dengan kelakuan Maksu Dara. Walaupun hatinya suka melihat Nuraisha dalam kesusahan, namun tetap juga dia risau. Kot-kot maknya disabitkan kesalahan membunuh!

"Aku dah selalu cakap kan? Setiap kesalahan kau akan ada hukumannya!" Sinis wajah Maksu Dara. Tangan kiri Nuraisha ditarik rakus.

"Maksu, maafkan Sha! Tolonglah, jangan buat Sha macam ni. Maksu, ampunkan Sha!"

"Kau diamlah!" Rahang Nuraisha dicengkam oleh Maksu Dara. "Ni makan kauuu!" Tangan kiri Nuraisha dicelup ke dalam air panas tadi.

Nuraisha menjerit kesakitan. Meronta seluruh badannya namun ditahan oleh Adira. Kesakitan yang keterlaluan menyebabkan dia sudah hilang suara untuk menjerit. Hanya air mata sebagai peneman di kala itu.

"Baru puas hati aku!" rungut Maksu Dara. "Lain kali, kerja betul-betul. Kau buat salah lagi, teruk kau aku kerjakan!"

Tubuh Nuraisha dibiarkan terbaring di atas lantai. Maksu Dara dan Adira meninggalkan Nuraisha dengan wajah yang girang tanpa ada rasa kasihan.

"Ibu...." Air mata Nuraisha jatuh ke lantai. Setitik. Dua titik.... Sehingga sudah hampir habis air matanya.

RESAH hatinya bukan kepalang lagi. Buntu otaknya memikirkan apa yang menimpa Nuraisha sebentar tadi. Terbit rasa kasihan pada gadis ayu itu. Ingin rasanya dia terbang ke sebelah bagi membantu Nuraisha namun risau pula ianya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Tadi, dia sekadar ingin melepak saja di balkoni bilik. Dan ketika itulah dia terdengar suara jeritan seseorang. Puas dia mencari pemilik suara tersebut. Rupa-rupanya, suara itu datang daripada rumah sebelah. Kebetulan pula balkoni biliknya tepat menghala ke arah dapur rumah sebelah.

Alangkah terkejutnya saat dia melihat kepayahan dan kesakitan yang dialami oleh Nuraisha. Dia yakin, pasti hidup Nuraisha sengsara selama ini. Melihatkan layanan buruk yang diterimanya, dia juga yakin gadis itu acapkali didera. Ya Allah, kenapa sebegitu sekali nasib yang menimpa diri Nuraisha?

Jika difikirkan, nasib mereka tidak kurang bezanya. Sedari kecil, dia selalu dibuli oleh Farrhan dan Naira. Dicemuh, dicaci bahkan kata-kata kesat seakan sudah sebati dalam dirinya. Tetapi dia tetap mampu bertahan kerana papa. Mungkin kerana dia lelaki, dia tidak pernah lagi menitiskan air mata. Tetapi berbeza bagi Nuraisha. Kelemahan seorang wanita adalah air matanya. Tetapi itu juga bisa jadi kekuatannya. Dia benar-benar bersimpati dengan takdir hidup Nuraisha. Adakah selama ini gadis itu hidup sebegini?

Tanpa sedar, Firash menggugurkan air mata. Mengingat kembali betapa kejamnya mereka memperlakukan Nuraisha, hatinya sayu dan hampa. Sudah hilang sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Apa kesalahan Nuraisha pada mereka?

Firash memanjangkan leher untuk melihat keadaan Nuraisha. Belas hatinya melihat gadis itu terbaring di atas lantai tanpa beralaskan tikar. Tangan kirinya berwarna kemerahan pekat. Dia benar-benar sudah kehilangan tenaga dan tidak bermaya. Hatinya memaksa untuk menyelamatkan Nuraisha tetapi risau jika dia dituduh melarikan gadis itu pula. Atau lebih teruk lagi, jika dia dituduh memecah masuk rumah orang lain tanpa kebenaran. Sudahlah dia disegani kerana ihsan dan jasanya pada orang kampung. Jika dia dituduh sebegitu, tidaklah kepercayaan orang kampung terhadapnya hilang nanti?

Dalam hati, dia berdoa agar keadaan Nuraisha di sana selamat sahaja. Firash menarik kerusi dari dalam bilik lalu diletakkan berhadapan betul-betul dengan ruangan dapur rumah Nuraisha. Cukuplah sekadar menjaga dari jauh saja. Biar hatinya tenang melihat Nuraisha di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience