20

Other Completed 493332

KALENDAR di atas meja dipangkah beberapa kali. Dia menghitung hari untuk ketemu dengan kekasih hati. Walaupun rancangannya untuk bertandang minggu depan, namun gelisah di hati tak pernah reda. Sudah berpuluh kali dia dinasihati oleh Naura untuk terus bersabar namun hatinya tidak mampu untuk terus menunggu. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk terus menemui Nuraisha dan melepaskan rindu di jiwa.

Meskipun berkali-kali disakat oleh Naura, namun dia tebalkan saja wajahnya itu. Sibuk saja tangannya mengemas barang pakaian untuk dibawa ke sana.
"Tak menyabar betullah along ni!" gerutu Naura namun masih dalam mood ketawa. Mana tidaknya, pertama kali dia melihat fiil abangnya seperti itu. Maklum sajalah, Firash baru sahaja merasa berada di 'awang-awangan'. Mengingatkan itu, hati Naura tercuit juga.

"Haa, sindirlah. Sindirlah along!" Nada merajuk Firash jelas kedengaran.

Tawa Naura menggeledak. "Macam budak-budaklah along ni!"

"Naura ni membebel aje kerjanya! Lagi baik kalau tangan tu bekerja, mulut tu duduk diam!"

"Alaaaa, gurau sikit pun tak bolehlah along ni! Hati tisu betul"

Giliran Firash pula yang tertawa. Terhibur hatinya dengan gelagat si adik. Naura ini memang betul-betul memahaminya. Disebabkan itulah dia lebih rapat dengan Naura berbanding Naira.

"Yelah, along tahu. Nah, tolong along lipat ni" Beberapa kemeja diserahkan kepada Naura.

"Banyaknyaaa! Along nak duduk sana terus ke?" tempelak Naura lagi.

"Aah,duduk sana terus. Tak perlulah nak mengadap muka Naura ni 24jam. Membebel aje kerja!" seloroh Firash dalam gurauan.

"Yelah, orang dah tak sayang kita lagi. Maklum jelah, orang dah nak kawen. Kesiannya hidup kita" Naura buat-buat sedih sambil tangannya sibuk melipat baju-baju Firash.

Tawa Firash pecah lagi. Pipi gebu Naura ditarik perlahan.

"Along, sakitlah!" rungut Naura dengan wajah keruhnya.

"Cubit sikit jelah! Manja betul"

Naura buat muka. Tetapi senang dengan usikan dan gurauan manja Firash terhadapnya. Dalam kegembiraan menyambut bakal kakak ipar, dia turut terkesan dengan perasaan sedih. Mana tidaknya, sedari kecil lagi dia diurus dan dijaga oleh Firash. Segala kesusahan dan kebajikannya diuruskan 100% oleh Firash. Disebabkan itulah dia lebih rapat dengan Firash berbanding Farrhan.

Sedih juga apabila mengenangkan status Firash yang bakal berubah tidak lama lagi. Sudah pasti perhatian dan kasih sayang Firash juga akan beralih ke arah bakal isterinya. Dalam diam, dia cemburukan wanita yang bertakhta di hati Firash. Bukan kerana dia jatuh cinta dengan abang tirinya sendiri, tetapi kerana hatinya benar-benar belum bersedia melepaskan Firash pergi dari sisi. Agaknya ,wanita itu mesti cantik orangnya. Kalau tidak, masakan Firash bisa terpikat sedangkan selama ini banyak juga perempuan cantik yang cuba mendekati. Tetapi tiada satu pun melekat.

"Macam mana rupa kakak ipar Naura?" Terpacul soalan tersebut dari bibirnya. Lama dia merenung wajah bahagia Firash sebelum pandangannya berkalih ke lantai.

"Rupa dia? Ada hidung, ada pipi, ada mata..."

Serentak itu, sebuah cubitan hinggap pada pinggang Firash. Haaa, main lagi! "Along ni kan!!"

Firash menyudahkan tawanya. "Alaa,along gurau jelah! Orangnya cantik, sederhana, tapi sedap mata memandang. Along tahu, dia wanita yang baik. Sebab tu Allah gerakkan hati along untuk pandang dia sorang. Sebab selama ni along tak mintak banyak untuk jodoh along. Pendek kata,semua ciri yang along nak ada pada Aisha"

Hati Naura berbunga bahagia. Apabila mendengarkan penjelasan Firash, baru kini dia mengerti betapa istimewanya wanita bernama Aisha pada mata dan hati Firash. Jadi untuk apa dia bersedih? Sedangkan Firash sendiri bahagia dengan keputusannya.

"Aisha?" Naura mengerut dahi.

"Nama dia Nuraisha.Tapi semua orang panggil dia Aisha"

"Ohh.. Naura harap,along bahagia dengan keputusan along. I always pray the best for you" ucap Naura, ikhlas.

Bibir Firash mengorak senyum bahagia. Dia dekatkan Naura ke sisi lantas memaut kedua bahunya.

"Selama along kat sini, dari kecik sampai besar, Naura sorang je yang baik dengan along. Yang faham along, yang sayang along dan sentiasa sokong along. A thousand thanks won't be enough for all of your good deeds. Along sayang Naura, sayang sangat-sangat"

Bebola mata Firash merenung ke dalam anak mata Naura. Dia ingin Naura faham dan tahu sedalam apapun cintanya pada Nuraisha, kasih sayang antara mereka takkan pernah padam sampai bila-bila.

"If you need me, I'll be there for you"

Kedua mereka berbalas senyuman.

USAI mengerjakan segala pekerjaan rumah, Nuraisha bersantai di bawah pokok sambil menghirup udara segar. Petang itu sangat mendamaikan sekeping hatinya yang sempat calar-balar sebelum ini. Semenjak Adira menghilangkan diri tanpa sebarang pesan, sikap Maksu Dara juga berubah drastik. Dia menjadi lebih agresif dan kerap kali melepaskan kemarahannya sesuka hati.

Nuraisha teringat pagi tadi ketika dia dimarahi oleh Maksu Dara. Segala perkara diungkit sehingga betul-betul meninggalkan kesan di hatinya.

"Aku ni kalau tak mengenangkan kau tu anak saudara, dah lama aku humban kau ke semak samun. Biar kau mampus kena patuk ular. Menyusahkan aku betul!" Dahi Nuraisha ditunjal. Sakit hatinya dengan perangai Nuraisha itu! Tak habis-habis menyusahkan hidupnya.

"Kau tahu tak, Adira lari dari rumah ni sebab engkau!Dia benci tengok muka kau. Kalau dari kecik lagi aku tak bela kau, mesti hidup aku dengan anak aku sekarang ni bahagia. Tak perlu nak menderita macam ni! Kau ni lebih baik mampus daripada hidup! Menyusahkan hidup aku aje!"

Wajahnya disentuh perlahan. Tak sempat lebam di bibir sembuh,muncul pula luka di atas dahi gara-gara dipukul Maksu Dara dengan hanger. Entah apalah dosanya sehingga begitu teruk dia dilayan sebegitu. Dia tak inginkan apa-apa yang mewah. Cukup dengan kasih sayang dan perhatian daripada Maksu Dara. Tetapi itu pun Maksu Dara cukup lokek dengannya. Sedih betul hidup ini!

"Tak sejuk ke berangin kat sini?"

Satu suara menyapanya dengan lembut. Nuraisha menoleh dan terpana melihat gerangan itu. Wajahnya penuh dengan senyuman dan matanya tak lekang dari terus memandang Nuraisha.

"A...abang Firash!"

Wajah yang sarat dengan senyuman bertukar sebak saat terpandangkan seraut wajah bujur sirih itu. Punggungnya dihenyakkan bersebelahan dengan Nuraisha. Laju saja tangannya menyentuh setiap inci wajah gadis itu.

"Siapa yang buat ni?"

Dari menjawab, Nuraisha teresak-esak di sisi Firash. Air matanya laju saja mengalir ke pipi. Bagaimana harus dia katakan peristiwa malam semalam? Dan kemarahan Maksu Dara pagi tadi?

"Aisha! Jawab abang. Siapa buat ni?" Firash mendesak. Bahu Nuraisha digoncang.

"Sakit bang.." rintih Nuraisha saat bahunya digoncang oleh Firash.

Tak menunggu lama, Firash menyelak sedikit baju Nuraisha dan melihat ada kesan lebam di bahu dan dadanya. Wajahnya sugul bercampur marah. Sekelip mata saja tubuh badan dan wajah gadis itu dicacatkan.

Menyedari tindakan Firash, pantas saja Nuraisha menepis tangan lelaki itu. Wajahnya merona merah saat sebahagian tubuh badannya menjadi tatapan lelaki itu.

"Sorry" ucap Firash saat menyedari keterlanjuran diri.

Nuraisha mengangguk kepala.

"Siapa yang buat semua ni? Maksu kan?" Firash ulang kembali pertanyaan tadi.

Nuraisha diam. Sejujurnya dia tidak punya jawapan untuk soalan itu. Atau lebih tepat lagi,dia tidak mahu nampak terlalu mengadu walaupun sebenarnya itulah yang hatinya harapkan.

"Kenapa Sha diam? Betullah kan?"

Nuraisha diam lagi. Wajahnya menunduk. Air mata mula jatuh di telapak tangannya.

"Sampai bila Sha nak diam macam ni? Sha dah kena dera, tau tak? Lebam sana sini, sakit sana sini. Ni dah lebih dari dera! Sha nak duduk kat neraka ni sampai bila?"

"Sha takde tempat nak dituju bang! Sini je rumah Sha, tempat tinggal Sha, tempat lahir Sha. Kalau Sha lari, Sha nak pergi mana?" Teresak-esak Nuraisha menghambur kesedihan. Wajahnya menatap tepat ke wajah Firash.

Firash menghela nafas. Bahu Nuraisha dia paut dan tubuh itu dipusingkan agar menghadapnya. Dagu Nuraisha dipaut.

"Kalau abang bawak Sha keluar dari sini, Sha nak?"

Nuraisha terpana. Semakin deras air matanya mengalir. Dia agak kebingungan dengan kata-kata Firash sebentar tadi. Tetapi sejenak dia berfikir. Jika dia bersetuju dengan cadangan Firash, apakah yang akan terjadi ke atas dirinya? Mampukah dia mempercayai lelaki itu sedangkan tempoh perkenalan mereka hanya sesingkat ini? Tetapi jika dia mengambil keputusan sebaliknya, bagaimana pula dengan nasibnya? Nasib Maksu?

"Abang harap Sha tak menolak"

Satu persoalan yang bermain di benak Nuraisha saat ini. Mengapa Firash ingin menolongnya sejauh itu?

"Tapi kenapa?"

"Sebab abang sukakan Sha"

Jawapan selamba Firash membuatkan jantung Nuraisha berdegup kencang. Wajah lelaki itu dipandang dalam-dalam, mencari kejujuran di sebalik tampang macho itu. Dia sukakan aku? Mungkin sebagai adik?

"Abang anggap Sha macam adik ke? Tu sebab abang nak Sha ikut abang?"

Firash menepuk dahi. Ke situ pulak dia fikir! Baru dia teringat, Nuraisha memang gadis polos dan naif. Makanya agak sukar untuk dia memahami maksud tersirat tersebut.

"Abang sukakan Sha lebih dari tu. Abang nak Sha jadi isteri abang. Sha ikut abang, tak payah duduk sini lagi. Kita bina hidup baru bersama, dan abang akan bahagiakan Sha sampai bila-bila"

Hati Nuraisha berdebar. Wajah ikhlas Firash ditatap. Dia tahu Firash ikhlas tetapi bagaimana pula dengan dirinya? Takkan semudah itu dia harus melupakan Samsul dan menerima Firash.

"Abang sayangkan Aisha. Demi Allah"

Jari-jemari Nuraisha digenggam erat.Anak mata Nuraisha ditatap tepat ke matanya. Biar cahaya cintanya menyuluh terus ke lubuk hati gadis itu. Kerana dia tekad, Nuraisha adalah isteri yang dia inginkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience