40

Other Completed 493332

NURAISHA mengeluh. Masuk hari ini, sudah tiga hari waktu periodnya lewat. Dia menggaru-garu kepalanya dengan wajah sedikit keruh. Bibirnya pucat sahaja. Perutnya diusap perlahan. Takkanlah?? Dia berteka-teki dengan hati sendiri.

Atau mungkin juga dia tertekan kerana semenjak akhir-akhir ini, dia dan Firash selalu saja bertekak. Pantang saja dia melakukan sedikit kesalahan ,pasti Firash melenting. Dan pergaduhan tersebut pulak, berlanjutan sehingga berhari-hari.

Jika tidak Firash, pasti dirinya sendiri yang tidak mampu menahan emosi. Kesalahan Firash yang sekecil hama umpama gunung-ganang pada pandangannya. Dia sendiri keliru dengan perubahan sikapnya selama ini. Mudah melenting dan kerap berkecil hati.

Pernah sekali Firash terlewat makan tengah hari di rumah. Dia merajuk sehingga berminggu lamanya. Jenuh juga Firash memujuk. Padahal Firash hanya lewat tiga minit dari waktunya. Sejak hari itu, Firash sudah tidak berani melewatkan masa bersamanya. Jika tidak, 'perang' besar pasti melanda!

"Menung apa tu?" Suara garau Firash menyentakkan Nuraisha. Dia menoleh lantas menghadiahkan sebuah senyuman kepada suaminya.

"Takde menung apa-apa. Sha penat" adu Nuraisha sambil tangannya naik ke atas kepala.

"Sayang buat apa kat rumah? Penat memanjang" Tanpa sedar, pertanyaan dari Firash merubah riak wajah Nuraisha.

"Duduk kat rumah pun banyak jugak kerja!" Nuraisha sedikit terjerit. Tangannya setia memicit-micit dahinya.

Firash tercengang. Dia menelan liur. Habislah! Dah mula dah ni!

"Abang ingat, kerja kat office aje ke yang penat? Duduk kat rumah tak penat? Duduk kat rumah tak banyak kerja? Duduk kat rumah tengok tv, tidur aje ke?" Perasaan Nuraisha dihimpit kesedihan tiba-tiba.

"Sayang ,bukan macam tu maksud abang..."

"Abang selalu sakitkan hati Sha!"

Dada Firash hampir pecah. Nuraisha kerap menuduhnya yang bukan-bukan. Selalu juga menguji tahap keimanannya. Padahal sebentar tadi dia tidak bermaksud apa-apa.

"Sha, abang tak nak gaduh. So, please stop" Firash separuh merayu sambil memegang kedua-dua tangan isterinya. Dia sudah kehabisan idea untuk memujuk rajuk Nuraisha kali ini. Sudahlah penat bekerja belum habis, Nuraisha pula menambah perencah.
Omongan Firash menjadikan Nuraisha senyap. Pun begitu, air matanya bertindak mewakili hati yang sedang menahan sebak. Dia benar-benar terasa dengan sikap Firash kali ini.

Melihatkan keadaan Nuraisha yang diselubungi sebak, Firash segera melangkah kaki ke dalam bilik air. Dia harus menenangkan diri terlebih dahulu sebelum memujuk si isteri. Jika tidak, mereka akan berakhir dengan pergaduhan.

DERINGAN notifikasi memaksa Nuraisha bangkit dari tidur. Matanya sempat mengerling ke sebelah. Hatinya hampa apabila kelibat Firash tiada di situ. Dengan mata yang separuh mamai, Iphone di atas meja digapai.

Ada beberapa mesej dari sebuah nombor yang dia tidak kenal. Tanpa berlengah, Nuraisha membuka kandungan WhatsApp tersebut. Demi melihatkan gambar tersebut, matanya tercelik mendadak. Tubuhnya mengeras. Dahinya berkerut serentak dengan air mata merembes keluar.

Matanya berkaca. Dia tidak percaya dengan apa yang disaksikannya saat itu. Segala anasir jahat dan hasutan negatif segera ditepis.

"Abang... Sampai hati abang!"

Gambar Firash sedang tidur dengan seorang perempuan ditatap dengan perasaan sakit hati. Firash tidak berbaju dan perempuan tersebut juga agak seksi. Nampak sangat Firash begitu mengkhayalkan perempuan tersebut kerana pelukannya tampak erat.

Nuraisha tidak habis fikir. Inikah puncanya pergaduhan mereka yang tak putus-putus? Hal yang sekecil bisa jadi perang besar buat mereka.

Nuraisha tertekan. Jiwanya mulai goyah dengan kesetiaan suami. Di mana janji yang pernah Firash lafazkan dahulu terhadapnya? Berjanji untuk sentiasa membahagiakannya? Sudah hilangkah rasa cinta Firash padanya?

Ruang di sebelahnya ditatap. Dahulu, itulah ruang yang sentiasa diisi oleh Firash. Kapan ada waktu terluang, mereka pasti melepaskan rindu dan perasaan masing-masing. Firash tak pernah jemu mengungkapkan rasa cinta dengan nada yang romantis. Dan dia ,tak pernah sedikit pun jemu dengan semua itu. Bahkan adakalanya, dia yang terlebih dalam melunasi rasa.

Ya Allah! Benarkah dia suami yang kukenali selama ini?

Tubuh Nuraisha kaku dan air matanya tetap setia menemani. Bahagia yang Firash janjikan hanyalah kisah dongeng bagi seorang Nuraisha...

"KALAU kau tak nak percaya, tu hal kau. Tapi yang pasti, aku dah jelaskan segala-galanya"

Firash diam menyepi. Segala cerita dan kebenaran dari mulut Razlan seakan sukar untuk dicerna. Barusan, Razlan ada menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk ketemu. Katanya, ada hal penting yang hendak disampaikan. Apabila Razlan mula menyebut nama Nuraisha, hatinya jadi tak tentu arah.

Lama dia berteleku sehingga akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengerjakan solat tahajjud dan meminta pertolongan daripada Allah. Dia berharap agar Allah membuka jalan kepadanya dan memberikan kelapangan dada untuknya.

Hampir setengah jam bertafakur di atas sejadah, Razlan menghubungi lagi dengan alasan yang sama. Firash tidak punya pllihan selain terpaksa menyetujui permintaan Razlan untuk bertemu. Sementelah hatinya sedikit tenang setelah melakukan solat tahajjud.

Dan mereka berjumpa di lokasi yang Razlan hantar di WhatsApp. Seawal jam 3 pagi, dia keluar meninggalkan Nuraisha yang ternyata kesal dengan sikapnya sebelum ini. Sebelum pamit, dia hadiahkan sebuah kucupan di dahi Nuraisha.

"Kenapa kau bagitahu aku semua ni?" Lama menyepi, akhirnya Firash bersuara dan mengajukan soalan kepada Razlan. Walaupun dia dapat mengagak apa yang telah terjadi ke atas diri Nuraisha, namun hatinya seakan kecewa dengan kebenaran yang barusan terungkap.

Razlan menyungging senyuman sinis. "Takkan kau tak nak tahu masa silam isteri kau?"

Giliran Firash pula mengukir senyuman penuh sinis. Wajah Razlan di hadapannya dipandang.

"Aku dah tahu. Bahkan dari mulut kau sendiri"

Razlan diam. Wajah tenang Firash ditatap. Dia menyumpah dalam hati. Masakan Firash tidak berasa apa-apa setelah mengetahui keadaan sebenar Nuraisha? Pelik!

"Yang aku hairan, kenapa kau try hard sangat nak bagitau aku pasal ni? Seolah-olah kau ada agenda kau sendiri. Ke kau memang sengaja buat cerita supaya aku dan Aisha berpisah?"

Razlan bungkam. Segala yang diperkatakan oleh Firash tepat mengena! Niatnya memang ingin memiliki Nuraisha dan memastikan Firash tiada dalam rancangannya.

"Lawaklah kau ni!" Razlan ketawa bagi menutupi perasaan sebenarnya.

"I'm not making any joke here!" Wajah Firash bengis dan nadanya kedengaran tegas.

"Chill bro!" Razlan mengeluarkan sebatang rokok lalu dicucuh api di hujungnya. Kemudian, dia menghisap rokok tersebut dengan perlahan-lahan.

"Kau tak tahu ke, isteri kau bekas pelacur?"

Kesabaran Firash sudah tiba di penghujungnya. Dia bangkit lantas menarik kolar Razlan. Wajahnya merah padam menahan amarah. Dia tidak suka jika Nuraisha dihina seperti itu. Jika memang itu kebenarannya, dia tidak pernah ambil peduli!

"Sabar! Jangan main kasar macam ni" Razlan bangkit lantas menolak tubuh Firash.

"Kau yang main kasar!"

"Aku?" Razlan tunding jari ke arah dirinya sendiri. Kemudian dia tergelak lalu mencampakkan puntung rokok di atas lantai. Dipijak-pijak sehingga lumat.

"Nah" Razlan sudah mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Sekeping gambar dicampakkan ke arah Firash.

"Ni... kau tengok. Siapa dalam gambar tu"

Dengan penuh debaran, Firash paksakan juga hatinya akur akan arahan Razlan. Saat matanya terpandangkan dua wajah itu, hatinya remuk-rendam. Matanya berkaca-kaca. Sejauh itukah perhubungan mereka?

"Kalau kau masih tak percaya, kau boleh tanya Jimmy. Owner rumah pelacuran tu. He can tell you everything" tukas Razlan dengan segaris senyuman sinis di wajahnya.

KELIBAT Firash disapa dengan perasaan hiba. Sejauh mana kebenaran gambar-gambar tersebut, hanya Firash yang bisa mengungkapkan semuanya.

Ekor matanya mengikuti langkah Firash yang menapak ke birai katil. Diperhatikan saja gelagat suaminya itu. Setelah agak lama duduk termenung di atas katil, Firash membawa diri ke bilik air pula.

Nuraisha mengeluh. Pagi itu, tiada kata-kata romantis atau kucupan hangat yang dihadiahkan untuknya. Dan kesenyapan Firash benar-benar membingungkan hati Nuraisha. Wajah tidak bermaya Firash dan keadaannya yang tidak terurus juga menimbulkan pelbagai persoalan di benaknya.

"Kenapa dengan dia?"

Hati Nuraisha berdebar-debar. Dada diurut berkali-kali dengan beristighfar tak henti-henti dari bibirnya. Matanya terpejam namun yang terbayang di tubir mata hanyalah foto semalam yang diterimanya dari pengirim misteri. Mengingatkan itu, hatinya marah dan kecewa. Firash harus memberikan penjelasan di atas semua itu.

Pintu bilik air terkuak luas. Firash menapak keluar tanpa mempedulikan Nuraisha yang sedang duduk di dressing table galak memerhatikannya.

"Abang pergi mana semalam? Baru pagi ni balik"

"Keluar"

"Pergi mana?" Nuraisha menghampiri Firash.

"Ada hal"

Nuraisha sabarkan hati dengan tingkah tak semenggah Firash itu. Dia sudah berdiri di hadapan Firash dengan wajah yang mencuka.

"Kenapa abang lain sangat hari ni?"

Firash yang sudah selesai memakai baju lantas memandang wajah Nuraisha. Dia benar-benar kepenatan dengan semua yang telah terjadi. Kini, Nuraisha pula menambah kusut di benak!

"Abang tak nak gaduh. Abang penat"

"Sha tak ajak gaduh pun. Sha cuma nak tahu abang pergi mana"

Firash menghayun langkah ke birai katil. Nuraisha membontoti dari arah belakang.

"Abang penat, Sha. Give me my time" adu Firash, seakan merengek. Dia sudah baring di atas katil dengan kepalanya terbenam di atas bantal.

"Dengan perempuan lain, boleh pulak ada masa!" rungut Nuraisha perlahan namun tidak disangka bicaranya mampu ditangkap oleh Firash.

"What did you just say?" Firash sudah berdiri di hadapan Nuraisha dengan wajah terkejutnya.

"Takde apa. Abang rehatlah" Suara Nuraisha mendatar saja.

"Nope!" Tangan Nuraisha ditarik. "I heard you! Apa maksud Sha?"

"Takde apalah! Sha salah cakap"

"Jangan tipu abang. Abang dengar sangat apa yang Sha cakap"

"Sha cakap apa tadi?"

Hati Firash mendongkol geram. Perubahan sikap Nuraisha menambahkan keyakinan bahawa semuanya memang ada kaitan dengan Farrhan. Razlan memang benar! Nuraisha masih sayangkan Farrhan, sebab itulah dia mula mengasari dirinya. Kenapa semua ni terjadi? Adakah dia sedang diperbodohkan?
"Sha cakap apa tadi? Abang cakaplah!" Nuraisha separuh menjerit.

"Abang tak pernah ada perempuan lain Sha! Sha yang ada simpan lelaki lain senyap-senyap. Tapi tak nak mengaku! Don't treat me like bullshit!"

Air mata Nuraisha jatuh juga. Dia tidak percaya, Firash sanggup menuduhnya seperti itu padahal dia sehabis baik menabur benih setia pada suaminya.

Dengan perasaan yang bercampur-baur, Nuraisha menggapai Iphonenya lantas menyerahkan kepada Firash.

"Siapa dalam gambar tu? Siapa perempuan tu?"

Firash kebingungan saat melihat gambar tersebut. Dia yakin, lelaki itu adalah dirinya. Tetapi perempuan seksi yang sedang berbaring di sisinya pastinya bukan Nuraisha. Tetapi siapa perempuan itu? Wajah Nuraisha dipandang.

"Sekarang, siapa yang ada orang lain? Sha ke abang?"

Firash membatu. Dia masih keliru dengan gambar tersebut. Dahinya mengerut. Di mana dan bagaimana gambar tersebut boleh ada?

"Jawablah! Siapa yang ada orang lain?" desak Nuraisha dengan mata yang berkaca-kaca. Sungguh, dia lemah apabila harus bertegang urat seperti itu dengan Firash.

"Abang...abang tak kenal perempuan ni. Sumpah Sha! Abang tak kenal!"

"Jangan bawa sumpah! Nanti makan diri. Abang dah bosan dengan Sha kan? Sebab tu abang cari orang lain. Sha tak mampu puaskan abang. Jadi abang cari orang lain. Tapi abang tuduh Sha ada orang lain"

"Kenapa dengan Sha ni? Sejak bila dah tak mampu nak percayakan abang? Sejak bila jadi ragu-ragu dengan kesetiaan abang?"

"Sejak abang dah pandai sakitkan hati Sha!"

"Habis tu, Sha tak pernah sakitkan hati abang? Ingat abang tak tahu ke?"

"Apa maksud abang?"

Firash meraup wajah. Berkali-kali dia sabarkan hati dengan tuduhan Nuraisha namun sebagai manusia biasa, dia punya tahap kesabaran yang ada turun naiknya. Dan desakan Nuraisha memaksanya untuk meluah segala rasa.

"Siapa Farrhan dalam hidup Sha?"

"Farrhan lagi! Kita dah duduk jauh dari Farrhan, abang masih sebut pasal dia. Berapa kali Sha nak cakap yang Sha tak pernah kenal Farrhan langsung sebelum ni!"

"Habis tu, ni apa?" Firash menyelak baju Nuraisha seraya menunding jari ke arah stretch mark di bahagian perutnya.

Air mata Nuraisha semakin galak munculkan diri. Dia kecewa dengan sikap Firash yang tidak menghormati privasinya. Stretch mark tersebut memang sudah ada semenjak dia dilahirkan lagi. Bahkan menurut Maksu Dara ,itu adalah tanda kesan lahirnya. Dia sangkakan Firash tidak pernah kisah akan kewujudan itu tetapi sangkaannya meleset sama sekali.

"Jawablah!" Firash sudah menjerit. "Ni tanda apa?"

Pandangan Nuraisha kabur. Dalam kekaburan itu, dia melihat wajah tegang Firash menagih jawapan darinya. Pandangan kabur bertukar gelap. Dia rebah namun tangisannya masih jelas kedengaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience