51

Other Completed 493332

TAK mungkin dia akan bersetuju dengan perancangan gila ini! Takkan semudahnya dia hendak memperjudikan hidupnya di dalam tangan lelaki itu. Dia tahu, dia tidak akan bisa bahagia. Hatinya berbisik itu.

Nuraisha menggeleng kepala. Wajah Firash di dalam foto ditenung tajam. Air matanya mengalir tak henti-henti.

"Ini ke yang abang nak? Ini ke bahagia?" Nuraisha bercakap seolah-olah Firash berada di hadapannya. Air mata yang mengalir diseka dengan ibu jari. Dia kecewa dengan semua yang terjadi.

Saat mengetahui perkahwinannya mendapat restu daripada pihak keluarga mentua, hatinya berkecamuk. Dia tidak mempercayai apa yang barusan dia dengari.

"Mama dan papa setuju untuk kawenkan Sha dengan Farrhan. Ini semua yang arwah Firash pesan sebelum dia meninggal kan? Mama harap, Sha boleh terima. Lagipun, Farrhan janji yang dia akan betul-betul berubah kalau Sha kawen dengan dia"

Hati Nuraisha cacamarba. Dia pandang wajah sinis Farrhan. Betapa bijak lelaki itu bermain kata dan membeli jiwa papa mamanya. Dia tahu, amanat itu harus dilaksanakan jika tidak, dia turut sama menanggung dosa. Dia tidak pasti ,adakah takdir sedang mempermainkannya? Atau dia yang buta dalam memilih jalan hidup?

Azan berkumandang menandakan masuk waktu Zohor. Hati yang berperang sebentar tadi menjadi tenang tatkala suara Azan itu singgah di cuping telinga. Dan tanpa berlengah, dia segera menuju ke bilik air untuk mengerjakan solat. Yang pasti, hanya Allah tempat dia mengadu saat ini.

RAZLAN ketawa senang hati dengan berita yang disampaikan oleh Farrhan. Perkahwinan yang bakal berlangsung justeru membuka jalan untuknya memiliki Nuraisha. Dia tahu Farrhan sejenis lelaki macam apa. Oleh itu, gampang baginya untuk meneruskan rencananya.

"Lepas ni, bolehlah aku teruskan rancangan aku!" tutur Farrhan diiringi gelak tawanya.

Terbit senyuman sinis pada wajah Razlan. Ya, rancangan kau. Akan jadi pemudah kepada rancangan aku! Bodoh!

"So, apa plan kau lepas ni?" tanya Razlan sekadar merisik khabar. Sebenarnya, jika diikutkan hati dia malas hendak ambil tahu mengenai itu. Yang penting, sebaik saja Nuraisha menjadi isteri Farrhan, dia pula rancangan lagi besar! Dan pasti menguntungkan dia!

Farrhan terdiam. Dia memikirkan rancangan selanjutnya. Tetapi otaknya buntu. Dia gagal untuk mentafsir segala informasi saat itu.

"Kau rasa, apa yang patut aku buat?" Farrhan tanya Razlan kembali. Meminta pertolongan Razlan kerana dia tahu lelaki itu punya akal yang panjang.

"Kau tanya aku?" Razlan tunding jari ke arah dirinya sendiri.

"Yelah, dah kau dengan aku je kat sini. Nak tanya siapa lagi?"

Razlan tersenyum. Dia meletakkan jari telunjuk di atas dagu. Gelagatnya seakan sedang berfikir sesuatu.

"Kau kawen jelah dengan dia dulu. Yang nanti tu, kita sama-sama fikirkan. Tapi, kalau aku jadi kau, nilah masanya untuk kau seksa dia. Kau kan nak balas dendam pada Firash. Sebabkan Firash dah takde, isteri dialah sasaran kau. Tapi sebelum kau buat semua tu, kau kena bawa dia keluar dari rumah tu. Kalau tak, susahlah kau nak seksa dia"

Razlan mula menghasut. Dalam hati, dia tersenyum puas. Selagi Farrhan masih mencarinya untuk dapatkan ansihat, selagi itu rancangannya akan berjalan dengan lancar.

"Tapi ada satu masalah!" keluh Farrhan.

"Masalah apa?"

"Naura!"

"Adik kembar kau tu?"

Farrhan mengangguk.

"Apa masalah dia?"

"Kau tahu kan, dia tu lawyer. Pagi tadi, dia datang jumpa aku. Dengan bawak black and white agreement bagai!" Farrhan menceritakan kembali apa yang telah berlaku. Seusai bangun pagi, dia dikejutkan dengan kehadiran Naura di hadapan bilik tidurnya. Dia fikirkan kemungkinan Naura ingin mengajaknya sarapan atau berborak sementelah mereka lama tidak bersua wajah. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

Naura menemuinya dengan sekeping surat perjanjian hitam putih. Di atas perjanjian tersebut, Farrhan tidak boleh langsung mengasari tubuh badan Nuraisha dengan atau tanpa rela. Jika berlaku sebarang kelukaan atau kecederaan pada tubuh badan Nuraisha di atas kekhilafan Farrhan, maka semua harta Farrhan menjadi milik Nuraisha. Dan Nuraisha berhak menyamannya dengan sejumlah wang.

Pada mulanya, Farrhan enggan untuk menandatangani perjanjian tersebut. Tetapi siapa tidak kenal Naura kan? Gadis itu bijak berhujah dan memutarbelit kata-kata sehingga Farrhan akhirnya terdiam dan terpaksa menyetujui perjanjian tersebut. Itupun dengan sumpah seranah sekali di dalam hati! Dia tidak menyangka Naura akan menyebelahi Nuraisha. Fikirnya, Naura berpihak kepadanya. Arghh! Dia kalah dengan gadis licik itu.

"Aku risaulah. Kalau Naura dapat tahu..."

"Itu kau tak payah risau" cantas Razlan. "Kalau kau bawak Nuraisha pindah ikut kau, takde siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada dia kan?"

Farrhan kurang mengerti. Tetapi setelah melihat senyuman penuh makna dari wajah itu, dia akhirnya turut sama tersenyum dan mula memahami rentak fikiran Razlan.

"Tapi kalau perempuan tu bagitau Naura macam mana?"
Farrhan meluahkan kebimbangan lagi.

"Kau ugutlah dia. Jangan bagitau apa-apa pada Naura. Lagipun, dalam perjanjian tu, takde termaktub yang kau tak boleh bawak dia pindah kan?"

Farrhan mengangguk kepala. Seingat dia, tiada pula perkara itu tersenarai di dalam perjanjian mereka.

"So, kau aman! Kau bawak dia keluar dari rumah tu. Dan laksanakan plan kau. And make sure, she shuts her mouth up about this"

Farrhan dan Razlan sama-sama tersenyum.

"BETUL ke Aisha nak kawen dengan abang awak?" Samsul terkejut saat dikhabarkan berita tersebut oleh Naura. Harapannya punah kembali untuk memiliki gadis itu. Tapi masakan Nuraisha bersetuju?

Naura mengangguk lemah. Dia juga sudah buntu dengan fikiran dan tindak-tanduk mama papanya. Si Farrhan pulak satu hal! Pandai sungguh dia membeli jiwa mama dan papanya sehingga kedua orang tuanya bersetuju dengan perkahwinan itu. Dia kasihankan Nuraisha. Jika terjadi sesuatu, bagaimana? Lagipula, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Hatinya selalu tak tenteram sejak perbualannya dengan Farrhan tempoh hari.

"Habis tu, Aisha setuju ke?" Samsul aju soalan.

Pasta goreng yang baru saja dua sudu dimasukkan ke dalam mulut, diletakkan kembali. Dia sudah kehilangan selera makan.

"Kaklong tak dapat nak buat apa-apa. Mama merayu supaya dia terima angah. Kononnya angah akan berubah kalau dia kawen dengan kaklong. Tu sebab mama dan papa setuju. Tapi saya tak rasa macam tu" luah Naura, bernada kesal.

Samsul angkat kening. Dia mula ingin tahu segala-galanya mengenai kehidupan Nuraisha. Ternyata, ada sesuatu yang sedang disembunyikan.

"Maksud awak?"

Pandangan Naura berkalih. Wajah serius Samsul ditatap. Rasa-rasanya, dia boleh percayakan Samsul untuk mendengar segala ceritanya. Sementelah dia tidak punya teman bercerita setelah arwah Firash pergi.

"Angah benci sangat dengan kaklong. Sebab kaklong kawen dengan along"

"Jadi maksud awak, cinta tiga segi? Angah awak syok kat Aisha. Tapi Aisha kawen dengan along awak. Dan angah awak sakit hati. Macam tu?"

"Bukanlah! Along dan angah memang tak sebulu sejak kecik lagi. Angah memang benci gila dengan along. So semua yang ada kaitan dengan along, semua tu dia benci. Termasuklah kaklong. Sebab kaklong kawen dengan along"

Samsul mengerti. Dia mengangguk kepala.

"Dan saya dapat rasakan yang perkahwinan ni hanya untuk balas dendam. Bukan atas dasar nak berubah atau betul-betul suka"

"Wujud lagi ke orang macam tu? Perkahwinan dianggap satu perjudian? Tak boleh tu. Haram" Kalau betullah apa yang difikirkan Naura, maka hidup Nuraisha akan musnah di tangan Farrhan. Itu bererti dia harus menyelamatkan gadis itu. Tetapi bagaimana?

"Wujud tak wujud. It does happen. Sebab tu saya ada buat black and white agreement. And saya sendiri saksinya. Kalau angah berani sentuh kaklong sampai sebabkan kelukaan, kaklong berhak saman dia. Dan segala harta dia akan menjadi milik kaklong. And the agreement is valid till forever"

Setelah mendapat tahu akan perkahwinan itu, Naura segera bertindak. Jika Farrhan bisa berfikir seperti penjenayah, dia juga bisa menggunakan taktik tersebut. Dia tidak mahu hidup Nuraisha disia-siakan hanya gara-gara dendam Farrhan yang tak berkesudahan itu! Setidak-tidaknya, Nuraisha juga tidak rugi.

"Angah awak setuju ke dengan perjanjian tu?"

"Berani dia tak setuju?! Saya gertak-gertak dia. Baru dia tahu kemampuan seorang perempuan. Tak boleh dibuat main!"

Mengekek Samsul ketawa dengan aksi dan mimik wajah Naura itu. Lucu tetapi comel sahaja!

"Gelak pulak" omel Naura.

"Takdelah. Apa-apa pun, saya bangga dengan keberanian awak memperjuangkan hidup orang. Syabas Naura. Zaman sekarang, tak banyak kita jumpa wanita yang berani macam awak. Kena gertak sikit, terus kecut perut. Seorang wanita sepatutnya berani mempertahankan dan perjuangkan hidup dia. Dan Aisha untung ada adik ipar macam awak" Samsul ikhlas memuji.

Tersipu-sipu Naura dibuatnya. Kembang kecup hatinya saat dipuji sebegitu oleh lelaki kesayangannya.

"Sebenarnya saya yang beruntung ada kakak ipar macam kaklong. Dia baik. Dan melalui dialah, saya jumpa keberanian ni. Sebab tu, saya nak berjuang bersama dia. Saya nak dia dapat yang terbaik dalam hidup dia. Seperti permintaan arwah along"

Samsul tersenyum tipis. Ya, sesiapa pun yang mendekati Nuraisha akan sentiasa berasa beruntung. Kerana aura dan kebaikannya mampu mengubah hidup seseorang.

DARI KEJAUHAN, Farrhan lihat Nuraisha sedang bercakap dengan seorang lelaki. Melihatkan kedua mereka, hatinya mendidih geram. Mereka begitu mesra sehingga gelak tawanya kedengaran sampai ke pendengarannya.

Wajah lelaki itu diamati lagi. Baru dia teringat. Itulah lelaki yang memeluk Nuraisha tempoh hari. Tak guna punya betina! Berani-berani dia jemput lelaki tu datang rumah lagi.
Hatinya bertambah geram saat lelaki itu mengusap kepala Nuraisha. Dan Nuraisha seperti membiarkan saja perlakuan lelaki itu.

"Shit!! Kau main dengan jantan tu lagi ye? Tahulah nanti nasib kau!" gerutu Farrhan seraya menapak ke dalam rumah.

Tidak lama kemudian, Nuraisha memasuki ruang rumah dengan senyuman lebar. Dia teringat akan perbualannya dengan Samsul sebentar tadi. Sempat juga dia mengusik Samsul dengan Naura. Saat diusik begitu, wajah Samsul kemerahan saja. Geli pula hatinya melihat lelaki itu.

"Wah wah wah wah! Senang ye hati kau?!"

Langkah Nuraisha terhenti saat mendengar suara garau itu. Dia tahu suara itu milik siapa. Adalah tu, benda tak kena! Kalau tak, takdenya dia nak duduk di situ!

"Berani betul kau ye? Bawak jantan tu ke sini lagi" Farrhan sudah berdiri di hadapan Nuraisha. Wajahnya bengis dan riaknya sinis.

"Saya tak laratlah nak gaduh dengan awak!" rintih Nuraisha seraya mengatur langkah.

"Aku belum habis cakap lagilah!" Lengan Nuraisha dicengkam membuatkan langkahnya mati tiba-tiba.

"Awak nak apa?" Nada suara Nuraisha mendatar saja. Dia betul-betul penat hendak bertekak lidah dengan lelaki itu. Ada saja yang tak kena di matanya.

Hati Farrhan mendongkol geram. Cengkamannya diperketatkan.

"Dengan jantan tu, kau boleh pulak mesra-mesra cakap. Siap usap kepala, gelak-gelak lagi! Dengan aku, kau buat tak tahu je ye?"

"Sakitlah Farrhan! Lepaskan saya" adu Nuraisha setelah merasakan cengkaman Farrhan semakin kuat.

"Kau dengar sini perempuan! Kau tu, nak kawen dengan aku! Aku tak nak tengok kau dekat dengan mana-mana jantan kalau kau betul-betul sayangkan harga diri kau tu! Ingat sikit, perempuan jalang! Kau jangan nak senang-senang jual tubuh badan kau dekat jantan lain. Kalau tak sabar sangat, aku boleh je layan kau!! Dan layanan aku lagi tiptop dari mana-mana jantan kat luar tu!"

Sejurus selepas itu, lengan Nuraisha dilepaskan. Wajah itu dijeling tajam. Entah apa yang merasuk mindanya sehingga dia bertindak sedemikian. Dia sakit hati melihat Nuraisha melayan lelaki lain ,padahal dia bukan sayang atau cintakan gadis itu. Arghh! Mana-mana jelah! Menyemak betul!

Air mata Nuraisha merembes keluar. Dia tahu pasti dia akan dihina dan dicaci sebegitu oleh lelaki itu. Hatinya sudah lali. Jadi untuk apa lagi dia bersedih?

done updated! jgn kecam farrhan pulak ye? ;)

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-18 19:06:27 

Hawani Hashim66
2021-06-09 13:54:37 

tq dear update....menanti dengan sabar next


NovelPlus Premium

The best ads free experience