35

Other Completed 493332

SEUSAI solat Isyak, Nuraisha menyalami tangan Firash. Senyuman manis dia hadiahkan buat sang suami. Pertama kali, hatinya berbisik tenang. Dan aura ketenangan itu dia perolehi melalui raut manja sang suami.

Tangan Nuraisha digenggam lama. Ada berjuta rasa cinta untuk si isteri. Sudah lama dia mengidamkan saat seperti itu dan Nuraisha hadir membawa cahaya. Lantas, dengan penuh gemuruh dahi itu dikucup lama. Airmatanya menitis, jatuh ke kelopak mata Nuraisha yang terpejam rapat. Menyedari mutiara jernih itu mengalir, dia membuka mata seraya menyentuh kedua belah pipi suaminya.

"Kenapa abang menangis?"

Serentak itu, tangannya naik menyeka airmata itu. Dia tahu, itu airmata bahagia seorang lelaki. Dan dia beruntung kerana dialah punca kebahagiaan Firash.

"Abang bahagia. Dah lama abang nak rasa saat-saat macam ni. Sayang hadir dalam hidup abang dan penuhi hampir keseluruhannya. Abang tak nak mintak lagi, cukup dah semua"

Bibir Nuraisha melakar senyum. Kali ini, dia hadiahkan sebuah ciuman di kedua pipi Firash. Dia juga bahagia kerana lelaki itu sudi menerimanya yang sangat serba kekurangan.

"Terima kasih untuk bahagia ini" ucap Firash.

"Dan terima kasih kembali untuk cinta abang"

Nuraisha tunduk mencium tangan Firash. Lama. Dalam suasana yang hening dan penuh romantis.

"ANGAH tak makan sekali ke dengan kita?"

Mata Firash galak memerhatikan sekeliling. Baru dia perasan, tiada langsung bayang-bayang Farrhan di situ. Hanya ada Naura dan Naira bersama kedua ibubapanya.

"Angah dah keluar tadi. Tak tahu pergi mana" sahut Naura.

"Dia tu memang tak pernahnya nak makan sekali dengan kita" rungut Tan Sri Firman, sekaligus menyesali perbuatan Farrhan.

Firash sudah melabuh duduk di atas kerusi bersebelahan Nuraisha. Baru saja Nuraisha hendak menyedok nasi ke dalam pinggannya, Firash lantas mencelah.

"Biar abang cedokkan" pinta Firash lantas memulakan 'tugasan' pertamanya sebagai suami. Naura cemburu namun dia tahankan saja perasaan itu. Hatinya berbisik, 'Sabar Naura!' Ketika itu, dia menoleh dan pandangannya bersatu dengan anak mata Naira yang terkebil-kebil dengan olahannya.

Apa dah jadi? Naira mula berasa pelik.

"Banyak lauk ni pa. Lauk lebihan tadi ke?" tanya Firash sesudah itu.

"Keluarga kita orang terhormat. Takkan nak makan leftover kot? Agak-agaklah!" sindir Naira tiba-tiba. Dia mula muak dengan Firash dan isterinya itu.

Air muka Firash berubah namun dikawalnya riak itu. Dia menggenggam tangan Nuraisha bagi menyedapkan hati sendiri. Nuraisha menoleh lantas tersenyum. Genggaman Firash dibalas. Ada sesuatu yang mula bermain-main di fikirannya.

"Naira!" Naura pukul lengan Naira.

"Auchhh, sakitlah!" adu Naira sambil menjeling Naura.

"Naira tak baik cakap macam tu! Ni memang makanan lebihan tadi. Papa tak nak membazir. Makanan ni masih bersih. Takde yang usik pun" Tan Sri Firman mula naik berang. "Kalau Naira rasa tak lalu nak makan makanan macam ni, Naira boleh makan kat luar. Tapi jangan sesekali pernah makan kat rumah lagi!"

Suara Tan Sri Firman yang tenang tetapi penuh sinis menyentakkan hati Naira. Dia takut dengan kata-kata Tan Sri Firman lantas mengunci mulut.

"Depan rezeki ni, takkanlah nak gaduh" sampuk Puan Sri Mariam tiba-tiba. Dia rasa kurang selesa berkeadaan seperti itu di hadapan Nuraisha.

"Lauk ni macam dah sejuk. Sha laparlah. Jom kita makan" Nuraisha alih perbualan kerana tidak mahu melihat keadaan yang semakin tegang itu. Lebih-lebih lagi setelah wajah Firash yang berubah mendadak barusan.

NURAISHA memanjat katil sambil menghela nafas. Dia ingin baring tetapi kemudian terpandangkan sesuatu di atas meja sebelah katil. Dahinya mengerut. Cucuk sanggul itu dicapai dan dibelek-beleknya. Ada ukiran namanya di situ. Ehhh??!

"Sayang buat apa?" Firash mendekati lalu duduk di sisi. Dia kaget saat melihat objek yang dipegang oleh isterinya.

"Ni..." Nuraisha tunjuk cucuk sanggul itu.

Wajah Firash merona. Dia lupa untuk menyimpannya di tempat asal. Dulu sebelum dia dinikahkan dengan Nuraisha, dia selalu merenung cucuk sanggul itu sebagai pelepas rindu.

"Mana abang dapat ni?" tanya Nuraisha lagi.

"Ohh.. tu.. hmmm" Firash berjeda. Cucuk sanggul itu diambil dari pegangan Nuraisha. "Ni sayang punya. Abang ambil masa abang tertarik rambut Sha dulu. Ingat tak pertama kali kita jumpa dulu? Sha larikan diri dari abang tapi abang nak tarik Sha. Entah tiba-tiba tertarik rambut Sha pulak. Jadi cucuk sanggul ni jatuh. Abang simpan sampai sekarang"

"Kenapa abang tak bagi Sha?"

"Saja. Buat pelepas rindu" Pipi Nuraisha dikucup manja.

Saat Firash ingin mengucup bibirnya, pantas tangannya menolak. Dia masih tidak berpuas hati dengan kata-kata Firash.

"Kenapa?" tanya Firash lagi. Haruman Nuraisha menaikkan nafsunya.

"Apa maksud abang dengan pelepas rindu?"

Firash tergelak. Isterinya yang satu itu memang banyak soalan! Naik geram dia!

"Abang dah jatuh cinta dengan sayang masa pertama kali tengok sayang. Abang suka betul dengan mata sayang. Jadi abang simpanlah cucuk sanggul ni, buat tempat melepas rindu. Tak dapat tengok orangnya, tengok cucuk sanggul ni pun jadilah. Tapi sekarang tak perlu lagi dah. Orangnya dah ada depan mata" luah Firash jujur. "Boleh abang peluk selalu" Tubuh genit itu dibawa ke dalam pelukan.

Nuraisha tergelak. Rupa-rupanya, sebegitu dalam cinta Firash kepadanya. Betapa dia bahagia dengan kurniaan Allah yang satu ini. Meski dia dibuang keluarga, Allah hadiahkan dia seorang suami yang penyayang.

"Tapi sayang belum jatuh cinta dengan abang lagi kan?" duga Firash setelah pelukan terlerai. Wajah Nuraisha diamatinya dalam-dalam.

"Abang boleh baca fikiran Sha ke?" Nuraisha pulang soalan.

"Tak boleh"

"Dah tu?"

"Saja!" sahut Firash selamba pantas mengekek.

"Ngadalah abang ni!'' Pinggang Firash dicubitnya. Mengekek Firash tergelak sehingga tak sedar tubuh Nuraisha dibaringkan di atas katil.

Keadaan sepi seketika. Wajah mereka dekat. Sangat dekat sehinggakan Firash mampu mendengar bunyi degupan jantung isterinya.

Bibir Firash mula hinggap di seluruh wajah Nuraisha. Saat bibirnya hendak menindih bibir Nuraisha, sekali lagi Nuraisha menolak. Dia memejam mata dengan peluh yang kian merembes di seluruh wajah. Firash tertawa.

"Sayang... kenapa ni?"

"Ta...takut..."

"Abang bukan nak makan sayang"

Serentak itu, Nuraisha mencelikkan mata. "Ha..habis tu?"

"Abang cuma nak..." Firash berjeda. Takkan nak cakap berhubungan intim? Adehhh! Tiba-tiba cerita Razlan terngiang-ngiang di telinganya. Lantas Firash menjarakkan tubuhnya dari Nuraisha. Dia harus faham keadaan Nuraisha yang pernah diperkosa oleh Farrhan. Mengenangkan itu, hatinya sebak sendiri. Bukan kerana jijik dengan Nuraisha, malah dia tidak pernah sekalipun jijik atau geli. Tetapi dia risau seandainya Nuraisha tahu hakikat sebenar, kuatkah gadis itu?

"Kita tidur ye? Dah malam ni. Abang mengantuk" Dahi Nuraisha dikucup. Dia berbaring di sebelah Nuraisha dengan perasaan hampa.

Nuraisha mengeluh. Dia bukan mengelak dari bersama Firash, namun dia tidak tahu kenapa dia fobia dan takut dengan keadaan seperti itu. Namun semakin lama dia membiarkan Firash seperti itu, semakin menebal rasa dosanya. Dia tahu, dia tidak seharusnya melayan Firash sedemikian rupa. Lantas, dia berpusing menghadap belakang Firash.

"A..abang..." Belakang Firash diusapnya perlahan.

Laju Firash menoleh. Kini, dia menghadap wajah isterinya.

"Hmmm?" Rambut Nuraisha dikuak. Dadanya berdebar.

"Sha rindukan abang" luah Nuraisha manja seraya mengucup dahi Firash.

"Sayang..." Dada Firash seakan hendak pecah. Laju saja tangannya naik pada belakang Nuraisha. Dibelai perlahan seiring dengan ciumannya di bibir isterinya.

Nuraisha menguasai bibir Firash. Melihatkan itu, Firash semakin galak membalas. Dia juga tidak mampu menahan gelojak di hati dengan godaan sang isteri.

"Sayang tak takut?" tanya Firash sesudah melepaskan bibir Nuraisha.

"Tak. Sha takut kalau abang tinggalkan Sha"

"Tak. Abang sayangkan Sha. Abang nak kita bersatu dan menikmati semua ni"

Laju Nuraisha mengangguk kepala.

Melihat respon positif daripada Nuraisha, laju saja Firash menyambung 'kerjanya'.

FIRASH tersedar daripada tidur seawal jam 3 pagi. Matanya terkebil-kebil memandang siling. Peristiwa tadi mula bermain di fikirannya. Bibirnya mengulum senyuman penuh makna. Dia bangga kerana sudah menakhluki mahkota Nuraisha. Meskipun dia tahu status Nuraisha, namun dia tidak pernah jijik bahkan dia bersyukur kerana dapat melestarikan cinta mereka dalam hubungan yang suci dan halal.

Dia berharap, hubungan mereka akan membuahkan hasil. Dia kepinginkan benih dari hubungan mereka. Dia sudah lama mengidamkan mempunyai keluarga sendiri yang dirasakannya akan melengkapi kehidupannya.

Kepala Nuraisha yang berbaring di atas dadanya bergerak-gerak. Menyedari hal itu, dia pantas mengusap belakang Nuraisha dan mengucup dahinya. Lama. Dan penuh syahdu.

Perut Nuraisha disentuh. Serentak itu, airmatanya jatuh. Ketika dia sedang asyik mencium perut itu tadi, anak matanya menangkap kesan stretch mark. Dia tahu apa yang pernah berlaku ke atas diri gadis itu. Meskipun kenyataan itu terpaksa ditelan, lebih-lebih lagi melibatkan Farrhan, namun Firash tetap kuat. Dia tahu, dia tidak salah memilih isteri.Dia tahu, Nuraisha seorang gadis yang baik.

Pelukannya dieratkan. Dia menyelimuti tubuh badan mereka yang tanpa seurat benang itu.

"Sejukkk" lirih Nuraisha dalam samar-samar.

"Abang peluk bagi hangat ye?" Dia mengetatkan pelukan. Airmata yang jatuh segera diseka.

"Hmmm" Nuraisha tersenyum. "Encik...."

Senyuman di wajah Firash tiba-tiba mati. Encik??? Siapa yang Nuraisha maksudkan? Adakah Farrhan?

"Abang... kenapa tak tidur lagi?" tegur Nuraisha tiba-tiba dengan mata tercelik.

"Abang tersedar" sahut Firash, mendatar. Pakaian Nuraisha yang tercampak di lantai segera digapai.

"Pakai ni. Tadi sayang cakap sayang sejuk" Baju tersebut bertukar tangan. Nuraisha melepaskan pelukan lantas mengakui arahan Firash. Dia memakai baju tetapi masih duduk berhadapan suaminya.

Mata Firash tak berkelip melihat tubuh badan Nuraisha di hadapannya. Dia menelan liur. Segala aset milik Nuraisha menjadikan jantungnya berdegup lebih kencang.

"Dah. Baju abang mana?" soal Nuraisha dengan senyuman manjanya. Baju Firash di atas lantai digapai lalu diserahkan kepada lelaki itu.

"Abang...abang tak sejuk..." sahut Firash, masih lagi diam memerhatikan Nuraisha.

Pipi Nuraisha merona merah. Dia tahu kenapa mata itu galak memerhatikannya.

"Leher sayang..." Tangan Firash naik ke atas leher isterinya.

"Ke..kenapa?" cemas Nuraisha mengundang gelak tawa di bibir Firash.

"Sorry,abang jadi vampire ganas malam ni" seloroh Firash dengan senyuman nakalnya.

"Mengada!" omel Nuraisha. "Kalau diorang tengok ni malulah Sha! Abang punya kerjalah ni"

Firash tergelak.

"Cakap jelah ,kita usaha bagi keluarga baru pada diorang" Firash mendepakan tangan ,meminta dipeluk. Nuraisha tergelak tetapi faham benar dengan permintaan suaminya yang manja itu. Ya, Firash sangat manja sejak mereka diijabkalbulkan pagi tadi. Tetapi dia bahagia!

"Abang sayang Sha sangat-sangat. I love you so much" Dahi Nuraisha dikucup manja. Pelukannya dieratkan, seakan enggan melepaskan wanita itu pergi dari sisi.Siapapun 'encik' yang Nuraisha panggil sebentar tadi dan kisah silamnya dengan Farrhan empat tahun lalu, tidak mampu menghalangnya dari terusan mencintai wanita itu.

"Sha pun sayang abang sangat-sangat. I love youu tooo"

Pelukan dibalas. Cukup untuk membuatkan Firash mengerti betapa berharganya dia di sisi wanita itu.

'Dan abang tak sanggup kehilangan Sha!' Farrhan tak berhak tahu siapa Nuraisha di masa lampaunya. Itu tekad Firash.

MATA Haikal mencerlung tajam melihat ke arah Porche putih tersebut. Dia memandang dari bahagian tayar, rim sehinggalah ke seluruh badan kereta tersebut dengan tidak berkelip. Walaupun sudah lama berlalu, namun dia masih ingat jenis dan rupa kereta itu.

Ya, dia tidak silap lagi! Kereta itulah punca segala-galanya. Kereta itulah yang membuatkan dia kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Tidak syak lagi! Meskipun dia tidak begitu pasti dengan nombor platnya, namun hatinya benar-benar yakin dengan dakwaannya!

"Kenapa?" Sufian berdiri di sebelah Haikal. Matanya turut berkalih ke arah Porche itu.

Haikal tidak menyahut. Bahkan matanya tampak kemerahan menahan amarah. Gerahamnya bergerak-gerak. Penumbuk digenggam.

"Haikal!"

Jeritan Sufian mengembalikan Haikal ke alam nyata. Dia terkebil-kebil memandang Sufian.

"Kau ni kenapa?"

"Tu..." Jari telunjuk Haikal menunding ke arah kereta Porche yang terletak di hadapan parking keretanya.

"Hmmm..." Sufian tersenyum hambar melihat keadaan kereta tersebut. Meskipu Porche memang antara kereta termahal di dunia, tetapi yang di hadapan mereka saat itu sangat tidak class! Apa ke hal?

"Kenapa kereta tu? Jangan cakap yang kau berkenan pulak!"

"Siapa pemilik kereta tu?" tanya Haikal dan matanya masih melekap pada kereta tersebut.

"Manalah aku tahu!" Sufian mengerling jam di tangan. Sudah lalu pukul 4! Seawal itu baru mereka menghabiskan masa di pub. Arghh! Haikal punya angkaralah ni! Macam mana nak hadap patient macam ni?

"Jomlah blah! Dah pukul 4 pagi ni"

"Kau geraklah dulu"

"Aikk kau nak pergi mana?"

"Aku nak tunggu pemilik kereta tu"

Sufian menepuk dahi. "Kau tahu tak, kita pergi satu kereta. Kalau aku tinggalkan kau kat sini, kau nak balik nanti macam mana?"

Haikal hanya diam dan meneruskan perjalanannya menuju ke kereta. Daun pintu terkuak. Haikal memboloskan diri ke dalam sambil sabar menanti. Sufian juga sudah duduk di tempat pemandu.

"Tak nak balik ke?"

"Kau nak balik, kau baliklah!" Haikal menyahut dengan mata masih setia pada kereta tersebut. Dia tidak akan puas selagi tidak mengetahui gerangan pemilik kereta itu.

Sufian melepaskan keluhan berat. Nampak gayanya, dia memang harus berjaga seharian ini kerana olahan Haikal! Menyesal pulak dia mengikuti lelaki itu. Kalau tahu begini, lagi baik dia duduk di rumah sahaja.

"Tu dia..." Haikal bersuara sambil matanya memandang ke arah figura seorang lelaki berbadan sasa. Dia tampak mabuk dan ada seorang gadis di sisinya. Mereka sempat bergelak tawa sebelum memboloskan diri di dalam kereta.

"Kau follow kereta tu" arah Haikal serius.

"What?" Sufian kaget.

"Cepatlah!" gesa Haikal.

Porche putih tersebut membelah kesunyian jalan raya dan diikuti oleh Haikal dari arah belakang. Tekadnya hanya satu, si pemilik kereta harus dikenali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience