47

Other Completed 493332

HARI pertama setelah berbulan lamanya dia meninggalkan pejabat. Segalanya tampak seperti biasa, tidak ada satu pun yang berubah. Cuma yang berbeza kali ini adalah jawatan yang pernah disandang Firash kini menjadi miliknya.

Bukan mudah juga sebenarnya nak 'mengampu' si Tan Sri Firman itu. Kalau tidak kena gayanya, memang tidak jalanlah rancangannya. Meskipun Tan Sri Firman merupakan ayah kandungnya, tetapi prinsip lelaki itu terlalu payah untuk digoyahkan. Bagi Tan Sri Firman, perniagaan tidak pernah kira ahli keluarga atau sepupu sepapat. Jika dia berhasil dan membawa keuntungan kepada syarikat, dia akan dinaikkan pangkat walaupun tiada perkaitan darah dengan Tan Sri Firman. Dan begitu juga sebaliknya.

Bagi Farrhan, hati Tan Sri Firman terlalu sukar untuk dijual beli. Perlu cara dan gaya yang sesuai. Jika tidak ,alamatnya gigit jari sajalah!

Punggung dihenyak di atas kerusi lembut itu. Dia mengukir senyum penuh makna. Kerusi yang suatu ketika dulu pernah menjadi milik Firash kini sudah bertukar tuan.

"Kau tengoklah Firash. Aku akan rampas balik hak aku yang pernah kau ambik dulu!"

Foto Firash di atas meja mencuri pandangannya. Lantas ,laju saja tangannya menggapai bingkai foto tersebut lalu ditatap lama. Sebuah senyuman sinikal terukir di wajah tampan itu. Apatah lagi setelah senyuman manis Nuraisha turut terlakar di atas bingkai foto itu.

"Bahagia ke kau? Kawen dengan pelacur macam ni. Dah kena sentuh banyak lelaki. Boleh pulak kau tersenyum bahagia" cemuh Farrhan seolah-olah Firash itu sedang berhadapan dengannya.

Interkom di atas meja lantas ditekan. "Inas, masuk office I kejap"

Serentak itu, bingka foto tersebut dicampak kasar di atas meja. Inas, setiausaha Firash suatu ketika dahulu kini berkhidmat untuknya memasuki ruang bilik.

"Encik Farrhan..."

"Kenapa semua barang Firash masih ada dalam bilik ni? You tahu kan I dah ambik alih tugas dia"

"Maaf encik. Saya belum ada masa untuk kemaskan semua. In Shaa Allah, tengah hari nanti saya kemaskan"

Farrhan mengeruh. Alasan! Dia meninggalkan isyarat untuk Inas beredar dari bilik tanpa suara. Akur pada arahan tersebut, Inas menapak keluar namun langkahnya terhenti kembali saat namanya dilaung.

"Ye encik Farrhan?"

"Buang jauh-jauh gambar ni! I tak nak tengok langsung bayang-bayang Firash dalam bilik ni, walaupun hanya sebingkai gambar" arah Farrhan lantas mencampakkan foto tersebut di atas lantai. Berderai bunyi kaca menyentakkan Inas.

Inas menelan liur sambil mengurut dada. Dia mengutip sisa-sisa kaca tersebut sambil mengutuk di dalam hati.

"Hishh, jauh beza betul dia ni dengan arwah encik Firash! Matilah aku kalau bekerja bawah dia" rungut Inas namun hanya di dalam hati.

Kerusi yang diduduki Farrhan berpusing ke kiri dan ke kanan. Matanya melekap pada wajah Inas yang tampak ketakutan dengan sergahannya sebentar tadi. Dia tahu, Inas sedang mengutuknya dalam hati. Mungkin juga sedang menyumpahnya saat ini. Sama juga dengan pekerja yang lain. Dia tahu, kerana dia sempat menguping mereka ketika dia melimpasi ruang pantry tadi.

"Aku dengar, adik arwah encik Firash nak ambik alih position dia"

Aliya ,yang sedang mengancuh teh turut menyampuk di kalangan mereka. "Zif, kau biar betul? Mana kau dapat news ni?"

"Betullah Aliya! Aku dapat tahu dari HR side. Kau tahu kan, Syikin yang kerja HR tu? Dia yang bagitau aku"

"Aku dengar, adik arwah lebih mean dari arwah kan?" sampuk Mila pula. Wajahnya terpampang seribu ketakutan.

"Mean? Maksud kau, adik arwah lebih menyeramkan dari arwah?" sahut Aliya pula.

Razif memeluk tubuh. "Tapi setahu aku, arwah tak pernah jahat dengan staff dia. Arwah baik kan? Tak kasar-kasar, lembut je. Kalau yang satu ni, aku tak sure lah pulak!"

Normah yang mendiamkan diri dari tadi menyampuk juga perbualan mereka. "Aku dengar, siapa-siapa yang kerja dengan encik Farrhan memang stress gila do! Kau ingat tak Kak Rozie? Dulu kan pernah kerja dengan dia. Tapi dia resign sebab tak tahan dengan sikap mencarut dan suka marah encik Farrhan tu. Tambah-tambah lagi, kawan encik Farrhan tu yang memang suka pegang perempuan sesuka hati dia.. Eeee, bila aku ingat balik, seram doo!!"

Mereka semua mendiamkan diri dan mula berfikir sesuatu. Wajah masing-masing kelihatan bingung sahaja. Berita yang dibawa oleh Normah kali ini benar-benar menggerunkan mereka.

"Maksud kau, si Razlan kaki buaya tu?" tanya Mila pula.

"Haaa, Razlan! Baru aku ingat nama dia. Dia tu lah!" bakas Normah pula.

"Eee pendek kata, aku tak naklah kerja dengan encik Farrhan tu! Aku suka sangat kerja dengan encik Firash. Walaupun dia dah takde, aku takkan lupa kebaikan dia sampai bila-bila" ujar Razif pula.

Mendengarkan perbualan tersebut, hati Farrhan bagaikan dicucuh bara api. Dia bencikan Firash! Semua pekerja sibuk membandingkan dia dengan Firash. Namun dia tidak mahu ambil pusing. Selagi matlamatnya tidak tercapai, dia tidak akan pernah berhenti!


SELESAI menjalankan 'tugasnya', Adira menyanyi keriangan sambil melangkah keluar dari bilik hotel lima bintang itu. Hari itu, dia dapat habuan besar. Tidak kisahlah jika dia harus 'bekerja' lima round sebentar tadi, yang penting dia puas dan hasilnya sangat menguntungkan.

Derap kaki menapak keluar dari bangunan hotel. Dia berjalan menuju ke tempat parkir sambil mengira-ngira duit yang diperolehinya sebentar tadi.

Lantaran terlalu khusyuk dengan jumlah wang yang diperolehi, dia telah melanggar seseorang sehingga tubuhnya terjatuh ke lantai. Adira merungut sambil bangkit.

"Hoii, buta ke?!" sergahnya tanpa melihat sedikit pun ke arah wajah itu.

"Sorry cik. Saya tak perasan cik tadi" ucap lelaki tersebut.

Adira menjegilkan biji matanya tatkala terpandangkan kasut berjenama yang dipakai lelaki itu. Wahh, mesti ikan emas ni! Kalau aku umpan ni, comfirm-comfirm masuk jerat!

Namun senyumannya mati tatkala wajah lelaki itu benar-benar di hadapannya. Dia tidak percaya mereka bertemu lagi setelah hampir lima tahun tidak bersua. Wajah Adira berkeringat. Tekaknya terasa kering.

Sufian mengerut dahi saat melihat wajah gadis itu. Dia cuba mengingati wajah itu kerana setahu dia, mereka pernah bertemu. Namun malangnya, dia tidak mampu mengingatinya.

"Tak.. takpe encik" balas Adira lantas bergegas melarikan diri.

"Kita pernah jumpa kan?"

Langkah Adira terhenti tatkala diajukan soalan itu. Hatinya berdebar. Eihh, benci betul!

"Cik..." Tanpa sedar, Sufian sudah berdiri di hadapannya. Adira mengetap bibir. Bila masa pulak mamat ni ada kat depan aku?

"Adira kan?" Sufian meneka dengan wajah yang ceria.

Wajah Adira serius saja.

"Yes, I'm right! You're Adira. You dah lupa siapa I ke?"

Pertanyaan Sufian dibiarkan tergantung. Adira melarikan diri tanpa menjawab soalan tersebut. Larilah ke mana pun, asalkan dia tak terserempak dengan lelaki tu lagi!

Senyuman sinis tersungging di wajah Sufian. Dari kejauhan, dia perhatikan saja langkah Adira yang semakin menghilang itu.

"Kau memang Adira! Nampak sangat gelabah tak tentu pasal! Bergaya kau sekarang ye? Lepas habiskan duit sepupu kau, kau boleh pulak hidup senang-lenang macam tu! Takpe... kau tengoklah nanti.."

PINTU KONDO dikunci rapat-rapat. Kepalanya menjengah ke tepi jendela bagi memastikan tiada siapa yang mengekorinya. Saat menyedari segalanya baik-baik sahaja, dia menghela nafas lega.

"Tak guna punya jantan!" kutuknya lantas melabuh duduk di atas sofa. Kaki disilangkan sambil jari-jemarinya bermain-main dengan rambut lurusnya.

"Macam manalah aku boleh terserempak dengan dia? Haihh, dia duk KL jugak ke? Ehh, KL kan luas. Memang wajarlah aku jumpa dia. Hishh, harap-haraplah tak jumpa dia lagi lepas ni!"

Tubuhnya dibaringkan ke atas sofa. Iphone dikeluarkan dari tas tangannya. Ada beberapa missed calls dari Kamal. Adira mendengus.

"Ni lagi sorang! Tak penat ke dia ni asyik nak kacau aku? Haihhh...Apasal semua jantan merimaskan aku?!"

Nombor Kamal didail semula. "Tapi rimas-rimas pun, diorang jugak yang bagi aku duit. Dia ni je tempat aku berabis duit! Haihhh, menyusahkan!"

Panggilan tidak dijawab. Adira mencuba lagi. Namun hasilnya tetap sama. Kamal tidak menjawab panggilannya.

"Tadi nak sangat kacau aku! Dah sekarang bila aku call, dia main tarik tali pulak! Eihhh, sengal betullah mamat ni!" gerutu Adira seraya mencampakkan Iphonenya di atas meja.

"Lantaklah gila! Yang penting, aku nak tidur dengan tenang dan nyaman malam ni. Duit dah masuk banyak. Enjoy lerr..."

TANGISAN yang tak henti-henti dari tadi menggamit keadaan. Hati suami siapa yang tak risau saat sang isteri bertarung nyawa seorang diri. Kemalangan yang berlaku sebentar tadi benar-benar meragut nyawanya meskipun sang empunya masih bertarung di dalam wad.

Haikal mundar-mandir di hadapan bilik pembedahan. Wajah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Namun sedikitpun dia tidak ambil peduli. Yang dia tahu, Hanis bakal selamat bersama bayi mereka.

Keadaan hospital yang riuh-rendah dari arah sana menggamit perhatiannya. Kelihatan ,dua orang wanita yang berusia dalam lingkungan belasan tahun dan 40-an sedang menangis sambil menolak kerusi roda. Di atas kerusi roda tersebut ada seorang wanita sedang sarat mengandung.

Keriuhan mereka disambut oleh beberapa orang jururawat di situ. Mereka diberikan bantuan dengan segera.

"Kal..."

Suara itu membuatkan Haikal menoleh. Dia bergegas mendapatkan Sufian yang sudah keluar dari bilik pembedahan.

"Pian, isteri aku macam mana? Dia.. dia selamat kan?"

Sufian terdiam. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengkhabarkan berita tersebut. Melihatkan keadaan Haikal yang cacamarba itu, hatinya tidak tega pula hendak berterus-terang.

"Pian!!"

Jeritan Haikal mengembalikan Sufian ke alam nyata. Wajah cemas Haikal ditatap penuh sayu. Otaknya ligat memikirkan cara untuk menyusun ayat dengan tepat agar perasaan sahabatnya itu tidak terguris. Namun apa pun yang sedang dicerna oleh pemikirannya, tidak mampu diungkap kembali oleh sang mulut.

"Hanis okey kan? Anak aku? Girl or boy? Girl kan? Sebab Hanis selalu nakkan anak perempuan. Tapi kalau boy pun, kita orang okey" Haikal bercerita dengan riang. Terimbau kembali saat-saat dia dan Hanis mereka cipta bahagia mereka ketika Hanis dikhabarkan hamil dua bulan.

Wajah Sufian semakin mengeras. Dia benar-benar mati akal saat itu. Ya Allah, tolonglah aku!

"Haikal, sebenarnya..." Tangan Sufian naik ke atas bahu Haikal.

"Doktor Sufian! Ada patient sedang menanti untuk dibedah. Perempuan mengandung. Bukaan dia masih 2cm. Kami kekurangan doktor. Kami perlukan doktor Sufian sekarang" komplen Doktor Farah. Wajahnya turut sama cemas tatkala mengingat kembali pesakit yang baru itu seakan mengalami komplikasi.

Sufian mengukir senyum dan menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia dapat mengelak untuk menjawab soalan Haikal buat masa itu.

"Okey, I ke sana sekarang. Haikal, kau tunggu sini. Banyakkan berdoa. Hanis dan bayi dia akan selamat. Buat masa sekarang, kau tak dibenarkan melawat dia dulu" kata Sufian kepada Haikal.

Sufian ingin melangkah namun ditahan oleh Haikal. Wajahnya terbias riak kerisauan.

"Don't worry. Everything will be fine. Tunggu aku"

TAKKAN semudahnya dia melupakan peristiwa tersebut. Bahkan sejak terjadinya peristiwa itu, dia acapkali dihantui mimpi arwah Hanis yang sedang merenungnya tajam. Sesungguhnya, dia tidak punya niat untuk menipu Haikal dan orang sekelilingnya. Namun keadaan memaksa ditambah lagi dengan situasi yang menimpa diri Haikal ,menjadikan dia manusia kurang waras dalam membuat keputusan.

Sufian mengeluh. Kacamata ditanggalkan. Kepalanya disandarkan ke bahu kerusi. Dia tahu ,dia berdosa. Dia bersalah. Perbuatannya mungkir sukar untuk dimaafkan kerana begitu tega memisahkan seorang ibu dari anaknya. Namun dia risau jika perkara sebenar terdedah, Haikal akan semakin parah. Dia tahu persis Haikal itu semacam apa. Dia sahabat karib bahkan sepupu akrab kepada lelaki itu. Segala suka duka mereka dikongsi bersama.

Bingkai foto di atas meja digapai. Wajah Haikal tersenyum ditatap lama. Senyuman itu pernah mati suatu ketika dulu. Ketika dia menerima berita akan kematian Hanis. Namun kehadiran si comel Mia merubah segalanya. Haikal kembali hidup, malah hidupnya seakan terisi dengan celoteh anak kecil itu. Dan pengorbanan yang dilakukan itu ternyata membuahkan hasil apabila Mia berjaya mengembalikan Haikal seperti dulu. Jadi untuk apa dia berasa bersalah?

"Kal. Maafkan aku. Tapi aku takde jalan lain. Aku harap, kau akan maafkan aku suatu hari nanti..."

Sufian memejam mata. Wajah gadis yang seakan mirip Hanis itu muncul di ruang fikiran. Cepat-cepat dia membuka mata. Dia hampir terlupa pada gadis itu. Namun dia mengenalinya, sangat mengenalinya. Dan dia juga rasa bersalah terhadap gadis itu.

Jika ada kesempatan untuk bertemu, mampukah dia merobek hati Haikal dengan segala kebenaran yang berasas kepahitan itu?

Hanya Allah yang punya jawapannya...

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-01 20:32:16 

kiki next ...pleaseeee

Hawani Hashim66
2021-06-01 20:22:07 

sengsaranya Sha...

Hawani Hashim66
2021-06-01 20:21:32 

Adakah Mia anak Sha hasil perkosaan dr Farrhan


NovelPlus Premium

The best ads free experience