39

Other Completed 493332

FOTO Nuraisha yang tersenyum sambil mengenakan baju kurung putih itu ditenung tajam. Bibirnya diketap. Penumbuk digenggam. Dalam pantulan cermin itu, dia terbayang senyuman manis Nuraisha yang terukir ke arahnya. Dan senyuman manis itu bertukar kepada senyuman menggoda. Hatinya tertawan. Hendak dia dakap sang pemilik wajah, namun apakan daya ianya hanya sekadar bayang-bayang.

Keluhan dilepaskan berkali-kali. Dia teringat saat pertama kali mereka ketemu. Meskipun pertemuan itu berlaku di rumah pelacuran, tetapi dia tetap memahatnya sebagai kenangan terindah. Wajah polos dan mata jujur Nuraisha sungguh menarik minatnya. Dia tahu, banyak lagi gadis yang lebih menawan daripada Nuraisha tetapi entah kenapa sekeping hatinya lebih bertaut pada wajah itu.

Fikirnya, dia dapat menakhluki gadis itu semudah itu. Namun dia tersilap percaturan. Farrhan bertindak lebih cepat berbanding dirinya. Nuraisha tewas dalam gelojak nafsu Farrhan. Dia berjaya ditawan oleh lelaki sehebat Farrhan.

Razlan mendongkol geram. Dari dulu lagi dia selalu kepinginkan Nuraisha. Namun setiap kali peluang itu tiba, saat itu juga Farrhan berjaya menangkisnya. Dia masih boleh bersabar sehingga ke saat ini tetapi bukan sekarang.

Pertemuan semula selepas empat tahun meyakinkan hatinya bahawa Nuraisha memang miliknya. Dia akan memiliki gadis itu tidak kira apapun yang terjadi. Jika tidak, sesiapa pun tidak boleh mendapatkan Nuraisha.

Iphone di atas meja digapai. Dia tersenyum sinis saat melihat beberapa foto yang sempat diambilnya sebelum ini. Dia pasti akan memastikan Firash tewas kali ini.

"KAU dah dapatkan geran tanah tu?"

Kamal menanya sesudah lengkap berpakaian. Adira yang terbaring lemah di atas katil dikerling. Gadis itu tersenyum dan tubuh badannya terdedah tanpa seurat benang.

Kamal menyengih. Seharian ini, dia puas dikerjakan oleh Adira. Lama mereka beraksi di atas katil sehingga tak sedar hari sudah hampir menjenguk kelam.

"Dah. Berserta dengan pertukaran pemilikan nama sekali" sahut Adira bangga.

"Good" balas Kamal lantas duduk di sisi Adira. "Pandai ye kau yakinkan mak engkau?"

"Tengok oranglah!" tukas Adira sambil memakai bajunya semula. Penat betul dia kerana harus melayan nafsu buas si Kamal itu. Jika tidak kerana cinta, masakan dia mahu melakukan semua itu. Lagipula, pekerjaannya yang satu itu membuatkan dia jadi ketagih akan keinginan itu. Dan apabila Kamal sudi menawarkan diri, dia bagaikan sudah mengantuk dihulur bantal!

"Angkuh kau ye?" tukas Kamal sambil memaut dagu Adira.

"Perempuan angkuh ni jugak yang kau nakkan!" sahut Adira lagi lalu mengucup bibir Kamal.

"Tak puas lagi ke?" tanya Kamal sinis sesudah Adira melepaskan kucupannya.

"Tak!"

Kamal tersengih. "Mana dokumen tanah tu?"

"Nah" Dokumen tanah bertukar tangan. Lama Kamal menilik setiap butir perkataan yang terkandung di dalam dokumen itu. Serentak itu, bibirnya mengulum senyuman lebar. Adira memang boleh diharap! Tidak sia-sia dia berusaha sehingga ke tahap ini.

"Bagus! Lepas je tanah ni terjual, kita akan hidup kaya-raya. Tapi kau kena ingat. Kerja kau belum habis" Kamal mengingatkan.

"Iye, aku tahu"

NURAISHA berbaring di atas katil setelah seharian sibuk mengemas dan memunggah barang. Meskipun berkali-kali dilarang oleh Firash, namun dia tetap berdegil hendak campur tangan. Penyudahnya, dia kepenatan!

"Kan abang dah cakap. Sayang tak perlu tolong abang. Abang boleh buat semua ni. Sayang tak dengar" bebel Firash. Dia sudah melabuh punggung di sisi Nuraisha.

"Alaa.. Duduk pun bosan. Tu sebab Sha nak tolong"

Firash tersenyum nakal. Dia memusing tubuh lantas menindih tubuh genit Nuraisha. Terjerit isterinya dengan perlakuan Firash yang mendadak itu.

"Abang!" Dada Firash ditumbuk perlahan.

Firash tergelak. Setiap inci wajah Nuraisha dikucup penuh kasih sayang. Hatinya bergelojak ,kepinginkan yang satu itu.

"Sayang..."

"Abang, Sha uzur"

Wajah Firash mencuka saat mendengar omongan Nuraisha. Dia hampa berbaur kecewa.

"Bila?"

"Lepas Subuh tadi"

"Melepaslah ni!" rungut Firash lantas berbaring di sisi Nuraisha.

Nuraisha tergelak. Dia memusingkan tubuh badannya menghadap Firash. Pipi suaminya dimain-mainkan.

"Tak lamalah bang! Seminggu je. Abang kenalah kawal"

"Seminggu tu macam lama je sayang"

"Ni baru period. Kalau Sha berpantang, macam mana? Lagi lama abang kena tunggu tau"

Firash terdiam. Kata-kata Nuraisha ada benarnya. Dia bukannya apa, dia tidak boleh jika berduaan dengan Nuraisha. Pasti sahaja keinginan yang satu itu berlegar-legar. Ahhh! Dia terlalu gelojoh gamaknya!

"I love you" ucap Firash lantas mengucup dahi Nuraisha. Dia turut memusing tubuh menghadap isterinya. Kemudian ,pinggang itu ditarik kemas dalam dakapan.

"And I love you too" balas Nuraisha sambil tersenyum.

"Sayang..."

"Hmm?"

Fikiran Firash melayang mengingatkan sesuatu. Sudah lama dia ingin bertanyakan perkara itu, tetapi selalu sahaja tidak punya kesempatan. Kali ini, dia akan bertanya langsung kepada Nuraisha.

"Boleh abang tanya sesuatu?"

"Tanyalah" Jari-jemari Nuraisha bermain-main di atas kepala Firash. Rambut suaminya diusap.

"Pasal Farrhan" Intonasi suara Firash perlahan namun masih dapat didengari oleh halwa pendengaran Nuraisha.

Serentak itu, perlakuan Nuraisha terhenti. Dadanya berdebar. Dia terbayang peristiwa mereka bergaduh tempoh hari. Itu semua terjadi saat Firash membangkitkan nama Farrhan di antara mereka.

"Kenapa dengan Farrhan?" Ragu-ragu, namun Nuraisha masih tetap berani bertanya.

"There is something bothering me since..." Firash berjeda. Kata-kata Razlan bergema kembali di cuping telinganya. Wajah tenang Nuraisha ditatap.

"Since apa abang?"

"Hmm" Firash tersenyum. "Sha sayangkan abang?"

Nuraisha pantas mengangguk. Kemudian pipi Firash dikucup.

"Katakanlah one day, Sha dapat tahu yang Sha pernah ada hubungan dengan lelaki lain, Sha mengaku dengan abang tak?"

Omongan Firash menyentakkan Nuraisha.

"And if you ever conceived..."

"Abang!!" Dan bicara Firash cukup mengguris hati Nuraisha.

"Sampai hati abang! Kenapa cakap yang Sha pernah mengandung? Sha tak tahu langsung apa yang abang cuba nak sampaikan" Dada Nuraisha mulai berombak. Helaan nafasnya mula tak sekata. Anak matanya berkaca.

"Abang takde maksud apa-apa pun. Abang cuma nak tahu"

"Nak tahu? Abang perasan tak, setiap kali abang sebut nama Farrhan, kita mesti gaduh. Sama macam sekarang ni. Kenapa abang selalu fikir yang Sha ada hubungan dengan Farrhan? Sedangkan Sha langsung tak kenal Farrhan sekalipun. Sha jumpa dia pun masa Sha dah kenal abang. Jadi macam mana Sha boleh ada hubungan dengan dia?"

Tubuh Nuraisha didakap erat. Sebenarnya, Firash sendiri keliru dengan semua yang terjadi. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui kisah sebenar. Dia yakin, masih ada sisa baki memori yang belum dia selidiki.

"Abang minta maaf! Abang betul-betul minta maaf" rengek Firash dalam dakapan Nuraisha.

Nuraisha diam. Dia membiarkan sahaja perlakuan Firash itu. Dia sudah hilang kekuatan untuk terus melawan dan membentak Firash.

"Abang janji, abang takkan buat lagi. Abang takkan ungkit atau sebut nama Farrhan lagi. Abang minta maaf"

Nuraisha tewas. Dia turut membalas pelukan Firash dengan erat.

Firash memejam mata. Jika dia tidak mampu menyiasatnya melalui Nuraisha, dia akan menggunakan jalan lain untuk mengorek lebih banyak rahsia lagi.

DUA MINGGU sudah berlalu. Kehidupan Nuraisha dan Firash nampak tenang sahaja pada mata kasar semua orang. Tetapi hakikatnya, mereka sahaja yang mengetahuinya. Sejak peristiwa tempoh hari, Nuraisha sudah mula kurang bercakap dengan Firash. Walaupun dia tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, namun segala-galanya tampak dingin.

Firash mati akal dengan kelakuan isterinya. Berkali-kali dia meminta maaf, namun Nuraisha masih tetap begitu. Dia sudah kehabisan idea untuk memujuk Nuraisha lagi. Biasanya Nuraisha tidak keras kepala seperti sekarang. Namun kenapa segala-galanya berubah?

Pagi itu, usai menyiapkan sarapan, Nuraisha berlalu ke bilik setelah menyedari kehadiran Firash di situ. Dia masih berkecil hati dengan sikap suaminya. Meskipun Firash sekadar bertanya, entah kenapa hatinya rasa terlalu luka dengan sikap Firash itu.

"Sayang..."

Derap kaki Nuraisha terhenti saat namanya diseru sang suami.

"Sampai bila nak marah abang? Tak baik tau, bermasam muka dengan suami. Ni dah masuk dua minggu"

"Tahu pulak nak kira dosa isteri! Habis tu, kalau cakap tak pernah fikir perasaan isteri pulak macam mana?" Nuraisha menyetir dengan amarah yang membuak-buak dalam diri. Dia tidak tahu apa yang sedang merasuk dirinya sehingga sikapnya berubah seperti itu. Sedangkan seminggu lepas usai sahaja masa 'bulannya' tamat, dia dan Firash masing-masing melepas rindu di jiwa. Arghh!

Firash tersentak. Kali ini, kata-kata Nuraisha benar-benar makan dalam!

"Ye, abang mengaku salah. Abang salah. Abang tak sepatutnya buat Sha macam tu. Abang khilaf sebab layan Sha macam tu. Abang yang salah sayang. Tak boleh ke kita berdamai? Jangan seksa perasaan abang lagi"

Nuraisha diam. Dia sudah memeluk tubuh. Hatinya terjentik dengan pujukan Firash tetapi dia masih mahu ego. Hmmm...

"Abang janji takkan buat Sha macam tu lagi. Abang janji takkan cakap apa-apa lagi pasal Farrhan" Firash sudah menapak di belakang Nuraisha. Dipautnya kedua-dua belah bahu Nuraisha. Dia sempat menarik nafas lega tatkala tiada penolakan dari si isteri.

"Sha isteri yang baik kan? Isteri baik kena sentiasa terima kelemahan suami. Dan memaafkan jika suami buat salah" pujuk Firash lagi.

Kali ini, tubuh itu didakap perlahan-lahan. Apabila Nuraisha tidak menolak, Firash tersenyum lega. Dia yakin hati Nuraisha sedikit sejuk dengan pujukannya.

"Abang sayang Sha"

Pipi dan bahu Nuraisha dikucup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience