33

Other Completed 493332

KERETA NISSAN TEANA milik Firash berhenti betul-betul di hadapan rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Mereka masih ada beberapa jam lagi sebelum menjelmanya esok dan bergelar suami isteri yang sah. Mengingatkan itu, hatinya bercampur baur. Namun ketika itu perasaan teruja lebih menguasai dirinya.

Esakan Nuraisha di sisi menyedarkan Firash dari lamunan. Dia melepaskan keluhan panjang lantas menghadap tubuh ke arah Nuraisha. Perasaan marah sebentar tadi lenyap saat tangisan Nuraisha bergema sepanjang perjalanan mereka tadi.

"Sayang..."

"Ibu tak jahat! Ibu baik! Ibu takkan buat maksu macam tu. Ibu baik kan abang?" Nuraisha berkalih memandang Firash.

"Ye sayang. Ibu tak jahat. Ibu baik. Walaupun abang tak pernah jumpa ibu, abang yakin sangat yang ibu sangat baik. Dia baik macam sayang" Tubuh Nuraisha ditarik ke dalam pelukan.

Tanpa menunggu, Nuraisha membalas pelukan Firash. Kepalanya membenam ke dada bidang lelaki itu. Saat ini, dia perlukan Firash untuk menenangkan hatinya yang gundah-gelana itu. Di situ, esak tangisnya tumpah lagi.Kata-kata Maksu Dara masih bermain-main di ruang fikirannya.

"Shhh... dah, jangan nangis lagi. Esok kita nak kawen. Takkan sayang nak sedih di hari bahagia kita?" Firash memujuk.

"Tssk...tsskk..abanggg...." Nuraisha mengongoi.

"Ye sayang"

"Sha ni memang malang kan? Lepas kena buang keluarga, ibu pulak macam tu. Mesti abang menyesal pilih Sha dalam hidup abang kan?"

"Sha!" Firash merungkaikan pelukan. Dagu Nuraisha dipaut.

"Kenapa cakap macam ni? Ni yang abang tak suka ni. Sebab tu abang tak benarkan Sha balik kampung. Sha degil. Tengok, apa dah jadi! Sha terbawa-bawa dengan hasutan maksu"

Suara Firash yang meninggi membuatkan hati Nuraisha sebak tiba-tiba. Tangisan yang hampir reda berubah menjadi keras dan lantang. Firash terpinga-pinga.

"Abang mintak maaf. Abang bukan marahkan Sha. Abang cuma menyesal sebab bawak Sha jumpa maksu. Kan dah jadi macam ni"

Nuraisha tidak mempedulikan Firash. Tubuh sasa Firash dirangkul kembali. Dia benar-benar ingin diredakan dengan pelukan. Dan tangisannya tumpah lagi. Biarlah hari itu dia menangis sepuasnya kerana esok hari bermula lembaran dalam hidupnya.

JARUM jam sudah merangkak ke angka 8. Namun bayang-bayang Firash masih tidak kelihatan di mana-mana. Puan Sri Mariam dari tadi cuba menghubungi Firash namun nombornya tidak dapat dihubungi.

Seluruh isi rumah sudah terhias cantik dengan aturcara majlis pada keesokan pagi. Namun sehingga sekarang, Firash masih tidak menampakkan diri sejak menghilang seawal jam 5 petang tadi.

Nuraisha tetap mencuba menghubungi walaupun dia tahu hasilnya tidak berubah. Wajahnya mengeruh dan air mukanya kelihatan gelisah sahaja. Naura menghampiri lantas menyentuh lembut bahu Nuraisha.

"Along ada cakap dia pergi mana ke tadi?" tanya Naura setelah pandangan Nuraisha berkalih ke arahnya.

"Takde pulak. Dia cuma cakap ,nak keluar kejap. Jumpa kawan. Tapi sampai sekarang takde berita pasal dia" Nuraisha bimbang jika berlaku sesuatu ke atas Firash.Dadanya sedari tadi berdegup kencang. Mana dia pergi?

"Naura ada cuba call kawan-kawan along?" sampuk Tan Sri Firman pula. Orang ramai mulai membanjiri kawasan rumah bagi upacara berinai.

"Along tak banyak kawan pa. Cuma abang Zarul dan Abang Hakimi je kawan dia. Tapi Naura dah call dorang. Dorang cakap,along takde jumpa diorang"

Pelik! Hati Nuraisha mula tak sedap. Petang tadi,Firash memberitahu akan menemui kawannya di atas urusan penting. Namun menurut Naura, Firash tidak mempunyau banyak kawan. Hanya Zarul dan Hakimi sahaja. Kalau begitu, siapa yang Firash temui?

"Along ni buat hal betullah! Dah nak jadi laki orang pun masih bermain macam ni!" bebel Puan Sri Mariam yang muncul di antara mereka. Wajahnya sudah menyeringa. Jika Firash tidak muncul di hari perkahwinannya ,siapa yang akan bersanding bersama Nuraisha? Masakan gadis itu bersanding seorang diri.

"Macam ni jelah! Naura dan Naira pergi cari along. Mama kat rumah je, layan tetamu. Nanti papa pergi dengan Maliki. Aisha di rumah je. Sebab ni majlis Aisha. Aisha spotlight dia" cadang Tan Sri Firman.

Arahan tersebut diterima oleh mereka. Masing-masing mulakan tugas seperti yang diarahkan oleh Tan Sri Firman. Mereka harus cepat kerana masa berputar dalam sekelip mata sahaja!

"HISH!! Apasal aku nak kena ikut sekali? Kau tak boleh ke pergi sorang-sorang?" rungut Naira sejak dari tadi. Dia duduk memeluk tubuh sambil mata memandang ke luar.

Rencananya untuk berkencan terpaksa dibatalkan gara-gara arahan keras daripada Tan Sri Firman. Apabila papa sudah mengerluarkan kuasanya, tiada siapa yang berani melawan. Bahkan dalam sesaat saja dia terus bersetuju kerana risau dengan amarah papa yang hampir meletus itu.

"Kalau kau tak nak ikut, apasal tak cakap dengan papa tadi?" sindir Naura semula. Panas juga hatinya dengan kelakuan Naira itu. Dia tidak bersalah jadi kenapa harus dia yang menanggung akibatnya? Matanya masih fokus pada pemanduan di hadapan sedangkan bibirnya bak bertih jantung, tak henti-henti bercakap dan beromel.

Naira diam. Dia takut untuk berhadapan dengan Tan Sri Firman sebenarnya. Papanya itu kalau sudah marah, amarahnya memang tidak boleh dibuat main. Penyudahnya, seisi rumah wajib mematuhi setiap kata-katanya.

"Kalau dah tahu nak kawen, kenapa dia lari?" Naira membuka topik lain. Semua ahli keluarganya teruja dengan perkahwinan ini, hanya dia dan Farrhan saja yang malas hendak ambil tahu.

"Correction! Dia bukan larikan diri. Dia nak jumpa kawan"

Kening Naira bercantum. "Jumpa kawan sampai jam macam ni? Kawan apa yang dia jumpa sampai sekarang tak pandai habis urusan dia?"

"Manalah aku tahu!" Semak betul si Naira ini! Sudahlah dia risaukan keselamatan Firash, mana nak cari dia lagi, dengan majlis di rumah lagi, haishh... Tak pernah lagi Firash bhat angkara seperti ini. Bahkan dialah yang paling teruja mengenai perkahwinannya. Tetapi kenapa dia tiba-tiba menghilang?

"Perempuan tu cantik jugak kan? Patutlah si Firash tu tak sabar-sabar nak kawen" Dalam diam, Naira memuji kecantikan wajah Nuraisha. Bahagian yang paling cantik pada wajah itu adalah matanya. Terkandung seribu kejujuran dan kesedihan. Arhh! Dia bisa saja membaca fikiran orang. Kerana dia ada belajar dalam bidang psikologi bersama Naura. Cuma aliran pekerjaannya saja berbeza. Jika Naura memilih untuk menegakkan kebenaran dengan menjadi peguam, dia pula lebih rela berhadapan dengan flash kamera dan memenuhi majalah dengan wajahnya sebagai model.

Mendengarkan pujian dan pengakuan dari Naira, setangkai hati Naura diterpa rasa cemburu. Dia tahu Naira memuji dengan ikhlas kerana mulut murai itu jarang sangat memberi pujian. Namun memang tidak mampu disangkal lagi kata-kata Naira. Nuraisha sememangnya cantik dengan penampilannya yang sederhana itu.

"But still, I don't like her!" tukas Naira lagi.

"Pardon?" soal Naura ingin tahu.

"Dia macam orang kampung. Selekeh sangat! Tak secocok untuk bergaul dengan aku"

Naura melepaskan keluhan berat. Lantak kaulah Naira! Malas aku nak peduli. Yang penting saat ini, Firash harus segera ditemui agar majlis perkahwinan berjalan lancar.

PAGI yang dingin dan tenang itu itu tetap tidak mampu untuk menenteramkan sekeping hati Nuraisha yang dilanda keresahan. Dia sudah lengkap dengan pesona pengantin berwarna hijau daun dan menunggu masa untuk disahkan oleh para saksi. Hari ini, sejarah bakal tercipta di mana hidupnya bakal bermula dengan status baru.

Namun, sejak semalam sehinggalah sekarang, bayang-bayang Firash masih tidak kelihatan. Hati Nuraisha kebingungan dan mula berfikir yang bukan-bukan. Semalaman dia tidak melelapkan mata gara-gara mengingati lelaki itu. Di mana dia? Adakah dia akan memungkiri janjinya sendiri? Nuraisha mula takut dan ingin menangis. Airmata yang merembes di wajah diseka perlahan.

"Hei perempuan!" Suara garau Farrhan menyentakkannya.

Nuraisha menoleh seraya menyeka jutaan aliran airmata yang semakin laju mengalir. Tubuhnya yang bersandar di pintu tandas dibengkokkan sedikit. Dia tidak mahu menatap wajah Farrhan. Dia benar-benar takut!

"Hoii!!" sergah Farrhan sambil kakinya menyepak pintu tandas. Bahu Nuraisha terhenggot lantaran terkejut.

"A...apa di...dia?"

Farrhan tergelak halus. Dia takut dengan aku ke?

"Buat apa kau menyorok dekat sini? Orang kalau jadi pengantin, bersiap dalam bilik. Engkau menangis depan tandas!"

Nuraisha membatu. Dia masih ditikam dengan seribu ketakutan. Dia perhatikan saja kaki Farrhan yang berjalan mundar-mandir di hadapannya.
"Kau..takut? Nervous? Atau tak sabar?" sergah Farrhan sambil duduk mencongak wajah Nuraisha.

Saat Nuraisha menoleh, pandangannya terhenti di situ. Mata itu...

"Aku tak suka tengok mata kau!" Farrhan tiba-tiba meradang lantas bangkit dari posisinya. Dia menghela nafas berat sambil memejam mata. Setiap kali bertentangan dengan mata jujur itu, hatinya mulai tak tentu arah. Dia seolah diheret ke lembah masa lalu. Namun dia sendiri tidak faham apa yang terjadi sebenarnya.

"Kau ni lembik. Tak boleh ke kau jadi kuat sikit? Sikit-sikit nak menangis. Aku rasa kalau aku yang jadi suami kau, hari-hari aku buli kau!"

Terkedu Nuraisha seketika. Sisih malaikat 44! Dia tidak mahukan Farrhan. Dia hanya inginkan Firash!

hi readers. nak tau apa kisah silam Nuraisha dgn Farrhan? stay tuned for the next chapter yea? selamat membaca ^_^

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-13 01:33:50 

aisha ni hilang ingatank ke,blur plak..

Anis Insyirah
2021-03-02 17:38:46 

Mana Firash ni... Ketuk kepala nj kang


NovelPlus Premium

The best ads free experience