61

Other Completed 493332

"DULU, akak pun macam kau"

Sorotan mata sayu Nuraisha menikam tepat ke dalam anak mata Laila. Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda mengenai Laila dan bagaimana dia bisa terjebak ke kancah neraka ini. Adakah dia juga dipaksa atau secara rela?

"Akak kena jual dengan ayah kandung akak sendiri. Dia berjudi sampai kalah. Dan kena bayar hutang yang banyak. Oleh kerana kehidupan kami susah dan arwah mak masa tu selalu sakit, ayah jadi tertekan"

Ada nada sebak dalam bicaranya. Laila menghela nafas, cuba mengusir segala kenangan pahit itu. Namun dia tidak mampu kerana setiap perjalanan di neraka itu, merupakan titik-titik kepada kehancuran hidupnya.

Nuraisha hanya tekun mendengar. Nasib mereka serupa. Bezanya dia dijual oleh suami sendiri, sedangkan Laila dijual oleh ayahnya sendiri.

"Jadi untuk keluar dari masalah tu, ayah jual akak. Masa tu umur akak baru je belasan tahun. Sekarang dah nak masuk 40-an. Dah belasan tahun kat neraka ni. Semua benda dah akak rasa. Mula-mula tu memang melawan, macam kau jugak. Tapi lama-lama dah tak mampu nak lawan. Sebab diorang anggap kita macam sampah berharga. Sampah tapi boleh buat duit. Tapi bila kau dah tak kena pakai lagi, kau akan dibuang macam sampah!"

Dan kali ini, Laila menitiskan air mata buat kesekian kalinya. Pertama kali dia percayakan seseorang, sebab itulah dia sudi menceritakan segala-galanya pada Nuraisha.

Jari-jemari Laila digenggam erat oleh Nuraisha. Dia tahu rasa kesakitan itu kerana itulah yang dia rasakan buat saat ini.

"Sebab tu akak akan bantu kau keluar dari sini. Tapi kau kena sabar. Diorang ni licik dan sangat kejam. Diorang boleh bunuh kau kalau kau buat banyak masalah" ujar Laila sambil mengesat air matanya.

"Ta..tapi sampai bila saya nak kena bertahan? Saya tak sanggup bayangkan hidup saya selepas ni kalau..." Nuraisha berjeda saat membayangkan keperitan yang harus dihadapinya selepas ini.

"Kau kena sabar. Tu je kunci dia. Kalau tak, akak tak dapat nak tolong kau"

Penyudahnya, Nuraisha hanya mampu mendiamkan diri dan berdoa agar segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

"Kak..."

"Ye?"

"Apa jadi pada ayah kandung akak?" Secara spontan, soalan itu terpacul dari bibir Nuraisha membuatkan Laila mendadak kaget.

"Entahlah Sha. Akak pun tahu mana dia sekarang ni. Entahkan hidup, entahkan mati. Akak tak tahu. Sejak dia jual akak kat sini, akak dah tak nampak muka dia lagi"

"Akak tak berharap nak jumpa dia lagi?"

Pertanyaan itu ternyata memeranjatkan Laila. Dia tak pernah terfikir akan perkara itu kerana menurutnya, kemungkinan besar dia akan terus menghuni neraka itu sehingga hembusan nafas terakhir. Peluang untuk melarikan diri dari situ sangat tipis.

"Berharap tu memang berharap tapi..." Laila menarik nafas dalam-dalam. Wajah Nuraisha dipandang lalu sebuah senyuman terukir.

"Rasanya tak baik mengharap kot. Takut akan kecewakan diri sendiri" ujar Laila akhirnya.
Senyuman hambar terlukis di wajah Nuraisha. Dia berdoa agar dia dan Laila serta semua mangsa di situ dapat diselamatkan suatu hari nanti. Dia tahu, tak semua gadis di situ melakukan pekerjaan ini secara rela.

"KEADAAN dia kritikal sangat. Sekarang ni, dia cuma boleh bergantung hidup pada mask oxygen yang kami pasang pada dia"

Luluh hati Naura dan Puan Sri Mariam saat berita itu dikhabarkan oleh Doktor Faisal. Mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa diri Farrhan dua hari yang lepas. Selama dua hari tersebut, Farrhan tidak balik ke vila. Menurut pandangan Naura, Farrhan mungkin berasa bersalah di atas segala kebenaran yang telah terungkap. Lagipula, Farrhan memang tidak suka untuk tinggal di vila dalam jangka masa yang panjang. Sementelag dia memang mempunyai asetnya sendiri.

Tetapi tidak pula dia menyangka kehilangan Farrhan selama dua hari tersebut ada kaitannya dengan kemalangan ngeri yang terjadi baru-baru ini. Farrhan dijumpai tidak sedarkan diri di dalam semak-samun dan badannya kehilangan banyak darah.

Semasa dibawa ke hospital, keadaannya sangat sekarat dan dia dikhuatiri tidak mampu untuk diselamatkan. Namun dengan kuasa Allah, dia masih bernafas tetapi tidak mampu menunjukkan respon positif.

"Apa yang terjadi pada dia sebenarnya?" tanya Naira pula setelah lama mematungkan diri.

"Itu kami tak pasti. Yang peliknya, tiada sebarang kerosakan atau kecederaan yang teruk pada tubuh badan dia. Dia cuma kehilangan banyak darah" terang Doktor Faisal dengan wajah serius. Pertama kali dia menerima pesakit seperti ini. Tiada kecederaan mahupun keretakan pada mana-mana anggota badannya. Tetapi dia tidak sedarkan diri. Kuasa Allah, siapa yang mampu menafikan?
"Kalau angah saya tak mengalami apa-apa kecederaan, kenapa dia tak sedarkan diri? Sepatutnya dia selamat dan boleh bertindak balas seperti biasa kan? Atau doktor nak tipu kami supaya boleh telan duit kami banyak-banyak?" Naira sudah hilang kesabaran. Dia juga merasa pelik. Takkan tak boleh sedarkan diri kalau takde apa-apa kecederaan?

Doktor Faisal tercengang dengan kata-kata Naira. Sebagai ahli perubatan profesional, dia tidak mungkin tega memperlakukan pesakitnya seperti itu.

"Naira!" Anak mata Naura mencerlung tajam ke arah kembarnya. Sungguh tak sopan bercakap seperti itu di hadapan seorang doktor.

"Apa?! Betulkan?"

"Naira!" Suara Naura hampir terjerit. Sudahlah dia tertekan dengan keadaan yang menimpa Farrhan, kini Naira seakan menambah pula ketegangan dalam jiwanya.

Melihatkan reaksi Naura, Naira jadi tidak berani hendak melawan. Naura kalau sudah marah, boleh mengalahkan harimau yang sedang kelaparan!

"Doktor, maafkan adik kembar saya. Dia kurang waras hari ni" ujar Naura sambil tersenyum tipis. Naira hanya menggigit bibir. Hishhh!

Doktor Faisal mengukir senyum. "Takpe. Saya faham"

"Oh ya. Seperti apa yang doktor cakapkan tadi, apa sebenarnya yang terjadi pada abang saya? Kenapa dia masih tak sedarkan diri walaupun takde apa-apa kecederaan pada diri dia?"

"Itu yang pihak kami rasa pelik jugak tu. Kami dah cuba banyak cara untuk buat dia sedar, tapi masalahnya usaha kami sia-sia. Kalau ikutkan laporan kesihatan yang dah kami buat pada encik Farrhan, sepatutnya takde apa-apa masalah pada diri dia. Cuma..."

Naura mengerut dahi. Puan Sri Mariam yang terduduk di bangku dikerling sejenak. Dia risau jika sebarang percakapan mereka akan menambahkan kesedihan di hati mamanya. Lantas, dia membawa Doktor Faisal jauh dari mereka dan mengarahkan Naira untuk menemani Puan Sri Mariam.

"Cuma apa ye doktor?"

"Hasil laporan kami, encik Farrhan pernah mengalami hilang ingatan sebelum ni kan?"

Naura mengangguk laju.

"Berita baiknya, hentakan yang kuat pada kepalanya akan menyebabkan ingatan dia pulih sedikit demi sedikit. Tapi bad news dia..."

Wajah Naura yang sedikit cemas ditatap.

"Just say it out. Saya mendengar" putus Naura. Baik atau buruk, semuanya ketentuan Allah. Siapalah dia untuk menidakkan segala ketetapan Allah?

"Ada kesan buruk kalau dia mampu sedarkan diri dari koma. Dengan keadaan encik Farrhan sekarang,saya boleh katakan yang dia dalam keadaan koma kerana dua hari tak sedarkan diri dan hanya dibantu oleh alat pernafasan untuk terus bernafas. Tapi kalau pun dia mampu sedarkan diri lepas ni, saya boleh katakan yang dia mungkin akan lumpuh seluruh badan. Dan teruknya, mungkin ianya untuk seumur hidup"

Jantung Naura seakan berhenti berdetak. Air matanya tak henti-henti merembes keluar dari pipi. Dugaan apakah seberat ini yang telah menimpa keluarga mereka? Ya Allah! Inikah pembalasan yang Kau berikan di atas kekejaman angah pada kak Sha?

DENGAN wajah bengis, Haikal menolak pintu bilik Jimmy yang ketika itu sedang asyik berseronok dengan seorang perempuan. Tergopoh-gapah dia mengutip baju yang bertaburan di atas lantai dek kerana sergahan Haikal yang tanpa diundang itu.

"Lu datang sini mau apa?" soal Jimmy dengan nada yang tertahankan. Perempuan tadi bergegas keluar dari bilik setelah selesai berpakaian.

"Aku dah cakap. Aku nak perempuan baru! Kalau kau asyik bagi perempuan yang lama, aku tak nak!" sergah Haikal dengan suara penuh amarah.

Jimmy bangkit dari katil lantas mendekati Haikal. Wajah bengis itu ditilik sedalam-dalamnya. Belum pernah dia menemui pelanggan seperti Haikal. Pelanggan lain okey sahaja. Diberikan perempuan yang sama saban hari, mereka tetap membayarnya dengan nilai yang tinggi.

Tetapi dia juga tidak boleh seenaknya meladeni Haikal sebegitu rupa. Antara banyak-banyak pelanggannya, hanya Haikal yang akan membayarnya dengan jumlah yang tinggi. Lumayan lagi! Jadi dia tidak boleh kehilangan Haikal begitu saja.

"Kenapa kau tengok aku?" sergah Haikal. Takkan apek tua ni bernafsu dengan aku?

"Aduii, lu punya taste aaa.. Tadak sama macam olang lain"

"Aku lain. Yang semua tu lain! Aku tak nak rasa benda sama setiap hari. Lagipun, aku datang sini setiap 3hb je setiap bulan. Dalam jangka masa tu, kau masih boleh cari perempuan lain untuk aku!"

Disebabkan tuntutan kerja dan karenah Mia yang semacam sahaja, Haikal terpaksa mengehadkan 'aktiviti' biasanya. Dulu, hampir setiap hari dia akan ke situ bagi melunaskan keinginan yang satu itu. Namun kini, dia terpaksa menguranginya gara-gara anak kesayangannya itu.

Jimmy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ini olang boleh bikin wa sesak nafas! Datang-datang ganggu kerja wa saja!

"Okey, wa kasi lu satu perempuan. Tapi itu perempuan manyak susa...itu susa mau control punya" Jimmy memikirkan mengenai Nuraisha. Gadis itu masih baru lagi ,bahkan seorang pelanggan sudah 'dibelasah'nya. Rugi ratusan ringgit juga dia gara-gara Nuraisha.

Kening Haikal terangkat. Susah-susah pun, perempuan itu pasti takkan terlepas daripada genggamannya!

"Bagi dia kat aku! Aku tak kira macam mana susah sekalipun, tapi aku tetap nak perempuan tu! Aku boleh bayar kau doublelah!" Haikal berkata dengan angkuh.

Jimmy menggaru kepalanya lagi. "Lu yakin ka? Nanti lu rugi. Itu perempuan kuat melawan punya!"

Bibir Haikal merekah dengan senyum sinisnya.

"Dia tak tengok lagi 'melawan' aku macam mana! Dah, hantar je dia pada aku!"

"Tapi..."

"Tapi apa lagi? Kalau susah sangat, biar aku je yang pergi pada dia! Mana bilik dia?"

"Haiyaaa.. bikin olang manyak susa saja!" omel Jimmy sambil mengatur langkahnya. Susah-susah pun, Haikal bayar dia beribu woo!

MENDENGARKAN berita itu, Laila pantas mencegah Kyle daripada menemui Nuraisha. Dia berdiri di hadapan Kyle yang ternyata sudah bengis dengan wajahnya.

"Kyle, please! Jangan paksa Aisha kali ni"

Langkah Kyle mati tiba-tiba. Dia mencerlung matanya kepada Laila.

"Kau ingat perempuan tu permaisuri kat sini? Senang-senang je nak makan free tanpa buat kerja haa?!"

"Tapi dia tengah sakit sekarang. Macam mana dia nak kerja?" Laila berbohong dengan harapan Kyle akan mempercayainya.

"Dia sakit ke tak sakit ke ,aku peduli apa! Kau dulu sakit-sakit pun banyak jugak jantan yang kau mampu puaskan!" kutuk Kyle seraya meludah di atas lantai.

Laila tidak mempedulikan kutukan itu. Sejak 'tinggal' di situ, dia sudah lali dengan segala cemuhan dan kutukan daripada Kyle dan konconya. Oleh itu, dia tidak makan hati dengan semua itu. Cuma yang penting saat ini, Nuraisha harus diselamatkan. Dia kenal Haikal itu bagaimana! Dan dia takut sekiranya Nuraisha akan jatuh ke dalam genggamannya!

"Kyle, please!" Laila merayu sambil menghimpun kedua tangannya.

"Kalau tak, biar aku je yang layan Haikal!"

Demi mendengarkan omongan Laila, bibir Kyle meledak dengan tawanya. Dia memandang Laila dari atas ke bawah.

"Kau?" Kyle ketawa lagi. Kali ini, dia memegang perutnya. Laila ni buat lawak ke apa?

"Kau ingat Haikal tu berselera ke dengan kau? Ehh, perempuan tua! Sedar diri sikit. Kau tu dah nak masuk 40 series tahu tak? Jangan berharap yang Haikal akan berselera nakkan kau! Dah, jangan halang jalan aku"

Tubuh Laila ditolak ke tepi. Kyle meneruskan langkah namun Laila menghalangi lagi.

"Jangan buat aku naik angin!" tukas Kyle lagi setelah memberhentikan langkahnya.

"Kyle, please... Lepaskan Aisha kali ni"

Amarah Kyle sudah sampai ke kemuncaknya. Rahang Laila dicengkam lantas bibir itu ditindih. Laila menjerit tatkala bibirnya digigit oleh Kyle. Laju saja tangannya menolak tubub Kyle yang perkasa itu.

"Aku dah cakap, jangan buat aku naik angin lagi!" Lengan Laila dicengkam. Kepala Laila dihentak ke dinding. Baru dua hentakan, Jimmy menghampiri dan mencegah Kyke yang seakan kerasukan itu.

"Wa suruh lu pergi uruskan Aisha. Lu pergi uruskan ini perempuan kenapa?"

"Perempuan tua ni selalu susahkan aku! Baiknya kalau aku bunuh je dia!" Kyle mengeluarkan sebilah pisau dan berkira-kira hendak menusuk ke perut Laila namun cepat-cepat dihadang oleh Jimmy.

"Sudah-sudah!" jerkah Jimmy. "This time, bukan lu sibuk sama ini Laila. Lu pergi uruskan Aisha. Laila ni kasi wa urus.. Pergi!"

Sebelum melangkah pergi, Kyle sempat meludah ke wajah Laila dengan penuh kebencian. Dan wajah cemberut Jimmy dipandang sebelum langkahnya diteruskan.

PINTU bilik terkuak luas. Melihatkan gerangan lelaki penuh nafsu itu, hati dan fikiran Nuraisha menjadi takut. Bibirnya terkumat-kamit berdoa agar tiada apa-apa yang akan menimpanya. Dia duduk di birai katil dengan selimut yang membaluti tubuhnya yang seksi itu.

Tadi Kyle ada datang dan memaksanya untuk mengenakan dress atas lutut. Dress yang tersarung di tubuhnya seakan tak cukup kain sahaja. Dia menangis saat diarahkan oleh Kyle. Pipinya sudah banyak kali 'dibelasah' oleh lelaki itu. Walaupun dia melawan pada mulanya, tetapi apabila Kyle mengugut akan membunuh Laila, hatinya benar-benar walang. Jadi untuk melindungi Laila yang selama ini juga berusaha melindunginya, maka dia terpaksa bersetuju untuk melayan pelanggan keduanya itu setelah pelanggan pertama tidak sempat menjamahnya.

"Kenapa kau takut?" Suara Haikal sudah hampir. Bahu Nuraisha disentuh. Selimut yang membaluti tubuh itu dicampak kasar ke atas lantai.

Nuraisha sudah menangis. Dia tahu nasibnya bakal berubah tidak lama lagi.

"Tolong encik. Jangan apa-apakan saya!" Nuraisha sudah merayu dengan wajah yang tertunduk.

Baran di hati Haikal semakin mendidih. Dia mendengus kasar.

"Aku datang sini sebab nak kau hiburkan aku! Bukan nak dengar kau menangis!" Wajah Nuraisha didongakkan.

Saat memandang wajah itu, hati Haikal tiba-tiba berdetak hebat. Hanis! Dia terkesima sehingga tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Hanis sudah kembali! Hanis isteriku!!

Tanpa sedar, Haikal sudah memeluk erat tubuh yang disangkanya Hanis itu. Air mata lelakinya jatuh buat kali pertama gara-gara wanita. Kali ini, dia tidak akan melepaskan Hanis pergi lagi. Hanis masih hidup dan Allah takdirkan jodoh mereka tak ternoktah di situ.

"Encik,lepaskan saya! Encik, encik!!" ngongoi Nuraisha saat tubuhnya dibaringkan ke katil. Dapat dia lihat wajah tampan itu basah dengan air mata. Nuraisha kebingungan.

"Encik..lepaskan saya. Saya mohon" rayu Nuraisha lagi. Kini, tangan Haikal sudah mula membelai belakangnya. Nuraisha tidak mahu mengalah. Dia tidak akan membenarkan dirinya hanyut dalam dakapan lelaki durjana ini!
"Encik, lepaskan saya!" bentak Nuraisha lalu menggigit bahu Haikal.

Haikal mengaduh kesakitan seraya meleraikan pelukannya. Nuraisha sudah berganjak jauh dari sisi Haikal sambil menggapai cadar tilam dan menyelimuti tubuhnya.

"Hanis..." seru Haikal. Matanya berkaca-kaca menatap wajah itu.

"Saya bukan Hanis!" jerit Nuraisha. Walau siapapun gerangan si Hanis itu, dia tetap tidak akan tunduk pada nafsu lelaki di hadapannya kini.

"Kau Hanis! Jangan cuba nak lari lagi. Kau milik aku seorang!"

Nuraisha melarikan diri setelah Haikal berjaya bangkit dari duduknya. Dia mengejar Nuraisha dan dalam sekelip mata saja ,gadis itu sudah berada dalam dakapannya semula.

"Diam!!" Pipi Nuraisha ditampar setelah tubuh itu dibaringkan di atas katil.

Nuraisha ingin melawan namun kudrat Haikal ternyata lebih kuat. Dia hampir berputus asa setelah melihat Haikal mula menanggalkan pakaiannya.

done! any comments guys? ;) and happy reading

Share this novel

Lisa Halik
2022-01-31 02:21:47 

knp farrhan tak mati saja...

Hawani Hashim66
2021-06-27 11:26:55 

tqvm kiki....teruskan menulis..


NovelPlus Premium

The best ads free experience