49

Other Completed 493332

SEJAK peristiwa semalam, Samsul tak lena tidur. Kerjanya jadi tak tentu arah. Setiap laporan yang disiapkan, terselit kesalahan yang bukan sedikit. Lagaknya seperti orang hilang akal sudah! Hari ini saja sudah berapa kali dia ditegur oleh pegawai atasannya di atas kesilapan tersebut.

"Lunch nanti nak makan kat mana?" tanya Abu, rakan sejawat Samsul. Dia melentokkan badannya ke kiri dan ke kanan. Exercise katanya! Deretan kerja yang terlalu banyak memaksa mereka membanting tulang saban hari.

Samsul menyepi. Fikirannya jauh menerawang. Pen di tangan bergerak-gerak, tetapi orangnya seakan kabur dari pandangan. Melihatkan tingkah aneh Samsul, Abu mencapai pen di atas meja lalu dibaling ke arah Samsul.

Terpinga-pinga Samsul dibuatnya. Abu mengekek.

"Kau ni apasal? Aku tanya, tak jawab-jawab!"

"Sibuklah kau ni!" sahut Samsul. Dia malas hendak bertekak dengan Abu. Otaknya dilingkari persoalan yang terlalu banyak inginkan jawapan. Dan semua persoalan tersebut menunding ke arah gadis itu. Nuraisha!

Tingkah laku Samsul mengundang pertanyaan di benak Abu. Lantas, dia menapak ke arah meja kerja Samsul dan melabuh punggung di atas meja.

"Cer cite dengan aku. Kau ni tak pernah macam ni tau? Tadi, Tuan Fahin tegur kau pasal laporan yang kau buat. Kau tak pernah lagi ditegur macam tu"

Itu yang Abu pelik sebenarnya. Sepanjang dia berkhidmat di situ bersama Samsul, tidak sedikitpun lelaki itu pernah melakukan kesilapan. Kalau ada pun, hanya minor mistake sahaja! Penampilan Samsul yang agak serabai juga mengundang banyak teka teki dalam dirinya. Setahu dia, Samsul seorang lelaki yang segak dan smart. Apa sudah jadi?

"Aku runsinglah!" adu Samsul. Bunga matahari di tepi meja dikuis dengan jari. Dia teringat bunga itu kesukaan Nuraisha. Maka setiap pagi dia akan pastikan bunga itu sentiasa segar.

"Pasal kerja ke?" tebak Abu.

"Tak"

"Dah tu, pasal bunga matahari kau ni?" teka Abu lagi. Dengan harapan tekaannya mengena kerana dia malas hendak bermain teka-teki.

Kali ini, Samsul terdiam. Bunga matahari mewakili Nuraisha. Sejak berpindah ke Kuala Lumpur, bunga itu tidak pernah jauh dari sisinya. Oleh kerana masanya banyak dihabiskan di tempat kerja, bunga tersebut pun dia heret sekali ke situ. Senang sikit dia nak menjenguknya!

"Aku dah agak dah! Ni mesti pasal gadis tu kan?" Abu meneka dengan riang.

"Semalam, aku jumpa dia..." Samsul menjawab dengan kenyataan. Bayangan Nuraisha masih jelas di tubir mata. Apa hubungannya dengan Naura? Mereka nampak mesra saja.

"Dah tu? Kau ada sapa dia tak?"

"Tak!"

Abu menepuk dahi. "Itu ke yang buat kau runsing? Sebab kau takde sapa dia? Yang kau tak sapa dia kenapa? Kan dah susahkan aku sebab tengok kau susah macam ni! Apa daaa..."

Wajah Abu dikerling. Dia mengeluh. "Banyaklah kau punya susah! Dah, pergi buat kerja kau. Menyemak je kat meja aku"

"Amboii!" Abu bercekak pinggang. "Nak kerja apa cik abang oi? Ni lunch time. Kau tak nak makan ke? Ke kau nak tenung je bunga kau tu? Orang kenyang dengan makanan, kau kenyang dengan bunga. Tak fahamlah aku!"

Samsul tergelak dengan bebelan Abu. Dia ni memang, kalau tak membebel satu hari, bukan Abulah namanya! Samsul bangkit lantas menggapai beg sandingnya.

"Dah, jom makan. Karang ada pulak berita manusia makan manusia. Eeee seram aku!"

"Pandai kau eaa?" sergah Abu.

"Dahlah membebel tu! Kau ni tak ubah macam perempuan. Aku ni keliru je, kau ni perempuan ke lelaki?"

Abu mematikan langkah. Dia menoleh ke belakang dan menghadap Samsul. Sengaja dia tonjolkan muscle berketulnya itu.

"Ni, try testlah! Jantan ke betina!"

"Eeee tak lalu aku!!" Samsul menggeliat kegelian.

"Jomlah, aku nak jumpa kawan jap lagi" sambung Samsul lagi.

Tubuh Abu ditolak ke hadapan. Mereka meneruskan langkah untuk bergerak ke destinasi selanjutnya. Perut harus diisi, karang dengan dia sekali terburai dek muscle Abu itu!

SELESAI menyegarkan tubuh badan, Farrhan menapak keluar dari bilik mandi. Dia hanya bertuala paras lutut. Rambutnya yang basah dilap dengan tuala. Tengah hari ini, dia terpaksa mandi menggunakan bilik bawah kerana bilik mandinya rosak. Sekejap lagi, adalah tukang paip datang bagi membaiki kerosakan tersebut.

Langkah kaki dihayun menuju ke anak tangga. Dia bersiul-siul keriangan. Udara yang segar di hari yang indah! Namun keriangan tersebut tak bertahan lama tatkala anak matanya menangkap seraut wajah yang sedang memandang ke arahnya tak berkelip. Wajah Farrhan merona namun riaknya bengis. Tubuhnya yang tak berbaju itu ditatap dengan pandangan nakal dari Nuraisha.

"Gatal!" umpatnya terang-terangan. Memang sah dia gatal! Dari tadi, mata gadis itu tak henti-henti memandangnya.

Pipi Nuraisha kemerahan lantas dia menundukkan wajah. Lagipula, dia ketakutan tatkala suara garau Farrhan menerjahnya. Itu adalah pertama kali dia melihat lelaki itu seperti itu. Bukan dia sengaja ,tetapi matanya pula tak mahu lari dari terus menatapnya. Aduhh!!

Anak tangga dinaiki. Namun baru tiga anak tangga, Farrhan mematikan langkah. Dia menoleh ke arah Nuraisha dengan pandangan tajam.

"Kejap lagi, ada plumber nak datang baiki bilik mandi aku tu. Diorang tu semua lelaki. Kau jangan nak menggatal pulak dengan diorang! Macamlah aku tak tahu. Kau tu, pantang nampak jantan, mulalah nak tunjuk belang kau. Ingat, I'm watching you!"

Serentak itu, dia mengatur langkah kembali menuju ke kamarnya. Nuraisha menelan liur. Matanya berkelip-kelip. Dia kehairanan. Apa pun tak, tetiba Farrhan nak menuduhnya macam-macam. Farrhan tu yang tak betul agaknya!

"Hai kaklong" Naura yang tiba-tiba muncul, menegur Nuraisha dengan raut yang ceria.

Senyuman di wajah Nuraisha terukir. Dia melihat Naura dari atas ke bawah. Dia terpana melihat keterampilan gadis itu. Sungguh elegant dengan long dress berbunga biru. Matching pulak dengan cardigan putihnya. Sungguh menyerlah dengan kulit Naura yang cerah itu.

"Naura nak pergi mana ni? Cantik-cantik macam ni?"

"Ohh, Naura nak jumpa kawan jap. Hari ni Naura cuti. Kereta masuk bengkel. Ni nak pergi bengkel, dengan kawan Naura tu. Kejap lagi, dia datang ambik Naura" Pagi tadi, dia terkejut menerima pesanan WhatsApp daripada Samsul dan mengajaknya keluar. Sekaligus, mereka ke bengkel dan mengambil keretanya.

Nuraisha senyum penuh makna. "Ohh, kawan special yang semalam tu kan? Date ke ni?"

Wajah Naura kemerahan. "Kaklong!"

"Elehh, tak payah nak tipu. Betul kan?"

Naura tergelak. "Apalah kaklong ni! Naura nak ke toilet jap. Nanti kalau dia datang ,kaklong jemput dia masuk ye?"

Naura terus berlalu ke tandas.

Bunyi enjin kereta memaksa Nuraisha memandang ke luar. Kereta Alza hitam berhenti di perkarangan rumah. Nuraisha mengerut dahi. Siapa dia? Kawan Naura ke? Atau plumber yang nak datang baiki paip?

"Shitt!" Nuraisha menoleh ke arah suara itu. Naira menuruni anak tangga sambil menamatkan panggilan. Entah siapa yang dimarahinya, tiba-tiba saja bibirnya menyumpah seperti itu.

"Ni lagi satu! Menambahkan moody aku betul!" cemuh Naira tatkala pandangannya bersatu dengan Nuraisha. Tanpa mempedulikan pandangan Nuraisha, dia terus melulu keluar. Moodnya tidak baik. Bergaduh dengan Mikail, satu dunia diperangnya!

Nuraisha menggeleng kepala lantas duduk kembali di atas sofa. Dia malas hendak ambil pusing. Sudahlah Farrhan menghilangkan moodnya, kini Naira pula sama. Haishhh!

"Assalamualaikum" sapa satu suara. Naira yang sedang duduk memasang sneakernya memaanggung kepala. Wajah manis lelaki itu membuatkan dia tersenyum tanpa sedar.

"Waalaikummussalam" jawabnya acuh tak acuh.Dia berdiri di hadapan lelaki itu.

Samsul tersenyum. Namun dia sempat merasa hairan. Penampilan Naura kali ini sangat berbeza. Setahu dia, Naura takkan mengenakan seluar jeans yang sudah terkoyak di bahagian tengah. Baju pulak tak berlengan. Rambutnya berwarna kuning. Sneaker? Rasa-rasanya Naura lebih suka mengenakan sandal atau high heels. Dia tahu itu kerana mereka sudah acapkali bertemu janji.

"Kenapa awak nampak lain hari ni?" tegur Samsul.

Naira mengerut dahi. Lain? Lain apanya? Ni memang aku kot. Apahal mamat ni?!

"Errr, takpelah. Dah ready? Jom" ajak Samsul.

"Ehem..." Naira menggumam. Samsul menoleh.

"Kau cari siapa?"

Samsul mengangkat kening. Kasarnya!

"Saya cari awaklah. Takkan awak dah lupa saya? Baru semalam kita jumpa kan?"

Naira menyepikan diri. Semalam? Semalam aku habiskan masa di rumah Mikail. Macam mana pulak aku boleh jumpa dia semalam? Jangan-jangan...

"Kenapa Naura?"

Naira ketawa besar. Dah dia duga! Lelaki itu menyangkanya Naura.

"Sorry ye, aku bukan Naura. Aku Naira. Naura, ada kat dalam. Aku blah dulu. Chaoww..."

Langkah Naira dihantar dengan pandangan. Samsul masih buntu. Naura? Naira? Kembar ke?

Malas hendak ambil tahu, Samsul memberi salam lagi. Dan kali ini ,salamnya disahut oleh Nuraisha. Saat mata mereka bertemu, suasana jadi sepi seketika.

Nuraisha kelu. Dia kehilangan kata-kata. Sudah lama tidak bersua, akhirnya hari itu mereka dipertemukan jua. Hatinya berdebar. Samsul yang dikenalinya jauh berbeza dari dulu.Wajahnya tampak lebih matang. Tubuhnya gagah. Tetapi pandangan itu tak pernah berubah.

"Sha..." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Samsul. Baginya, pertemuan kali ini suatu keajaiban yang tak pernah terduga olehnya. Sekian lama dia menanggung rindu seorang diri, kini Nuraisha muncul dengan rela hati.

Tanpa rasa segan, tubuh itu didakap erat. Dia teringat saat-saat mereka bersama suatu ketika dulu. Sungguh, dia rindukan kenangan itu. Dia rindukan Nuraisha.

"Abang!" Nuraisha menolak tubuh Samsul. Wajahnya menyeringa. Dia tak sukakan cara Samsul seperti itu.

"Ma...maaf. Abang, abang happy sangat. Abang tak sangka jumpa Sha kat sini. Sha sihat?" Suara Samsul tenggelam timbul saja. Perasaannya bercampur-baur.

"Ye, alhamdulillah. Sihat. Abang?"

"Abang pun sihat. Lama tak jumpa Sha. Mana Sha menghilang?"

Nuraisha tersenyum hambar. "Tak menghilang ke mana pun. Ada je ni"

"Baguslah. Abang...abang rindukan Sha" ungkap Samsul penuh ikhlas. Dia tidak mahu menunggu lagi. Terlalu lama memendam rasa, jiwanya kacau sendiri. Kini, Nuraisha muncul kembali. Dia akan merebut hati gadis itu.

"Abang cari siapa kat sini?" Nuraisha tukar topik perbualan. Dia tidak mahu Samsul terus-terusan mengharap dirinya. Walaupun tidak secara terang-terangan perasaan itu diluahkan ,namun dia tahu apa yang ada dalam hati lelaki itu.

"Abang cari..."

"Samsul!" Naura memanggil sambil bergerak mendekati mereka. Wajahnya ceria sahaja. Sungguh, hatinya bahagia melihat wajah Samsul.

"Naura.. Hai" sapa Samsul setelah Naura muncul di antara mereka.

Baru kini Nuraisha faham. Kawan special yang dimaksudkan Naura semalam rupa-rupanya Samsul. Arghh, kecilnya dunia!

"Dah lama sampai ke?" tanya Naura.

"Baru je..." Samsul dan Nuraisha serentak menjawab. Naura kehairanan.

"Wahh, dua orang sekali yang jawab ea? Serentak pulak tu" tegur Naura bernada usikan.

"Errr Naura nak keluar kan? Hati-hati tau?" pesan Nuraisha, tidak mahu Naura berfikir yang bukan-bukan.

"Aah. Tapi Naura belum kenalkan kaklong dengan Samsul lagi kan?"

"Kita orang dah lama kenal" sampuk Samsul.

Wajah Nuraisha berubah mendadak. Dia sedaya-upaya hendak merahsiakan hubungan mereka sebelum ini, tetapi Samsul pula merosakkan segalanya.

Naura kaget. Perasaannya mula bercampur-baur. Senang dengan kehadiran Samsul tetapi pada masa yang sama, cemburu melihat pandangan Samsul terhadap Nuraisha.

"Kita orang satu kampung" sahut Nuraisha pula. Dia tidak mahu Naura berkecil hati. "Dia dah macam abang kepada kaklong. Tu je"

Dan kali ini, wajah Samsul pula yang berubah. Abang? Nuraisha tak faham ke apa yang dia rasakan selama ini?

Mendengarkan bicara Nuraisha, hati Naura bernafas lega. Setidak-tidaknya, hubungan Nuraisha dan Samsul setakat itu saja. Tidak ada yang lebih.

"Okeylah kaklong. Kita orang nak gerak dah ni.Nanti apa-apa, Naura call ye?"

Nuraisha mengangguk. Langkah kedua mereka dihantar dengan sorotan mata. Dari jauh, Nuraisha berharap agar Samsul dapat melupakan dirinya dan menerima Naura sebagai pasangan. Dia tidak sanggup hendak melukakan hati Naura kerana dia sayangkan Naura seperti saudara kandung sendiri.

JARI-JEMARINYA mengetuk-ngetuk dada meja. Kerusinya pula berputar ke kiri kanan. Wajahnya bengis sahaja. Tadi, sebelum ke tempat kerja, dia sempat menyaksikan 'sinetron' di hadapan rumah.

Farrhan tersenyum sinis. Niatnya hendak turun ke bawah untuk memanaskan enjin kereta terbantut tatkala melihat Nuraisha berpelukan dengan lelaki lain. Hatinya mendongkol geram. Berani sungguh Nuraisha membawa lelaki lain ke rumah mereka.

Apa dia ingat itu hotel lima bintang? Sesuka hati membawa masuk jantan? Farrhan geram. Setelah lelaki itu beredar, barulah Farrhan keluar dari kamarnya dan menjenguk ke dapur. Kebetulan Nuraisha ada di situ, peluangnya tiba.

"Dasar perempuan tak tahu diri!" cemuhnya sambil menarik kerusi. Duduk di situ lantas menjamah seketul kuih keria yang terhidang di atas meja.

Nuraisha menoleh. Paip sinki ditutupkan. Wajahnya memandang Farrhan penuh tajam. Ada sajalah dia ni! Kalau tak sakitkan hati aku, memang tak sah!

"Apa pandang-pandang? Sakit hati? Benci? Ke terasa dengan kata-kata aku?" bidas Farrhan sambil menyungging senyuman sinisnya.

Nuraisha malas hendak ambil peduli. Dia menuju ke peti ais dan mengeluarkan beberapa bungkusan sayur untuk dimasak. Jam sebegini, mama dan papa mentuanya biasanya turun untuk makan tengah harj. Walaupun ditegah berkali-kali oleh mereka untuk memasak, namun Nuraisha tetap berdegil. Dia tahu, Tan Sri Firman mempunyai banyak orang gaji dan tukang masak. Tetapi dia juga tidak boleh duduk diam. Dia tidak bekerja, jadi apalah salahnya jika dia turun padang juga? Jik duduk tidak berbuat apa-apa, alamatnya mati kebosananlah dia!

"Kau ingat, aku tak nampak ke apa yang kau buat tadi?Siap peluk bagai! Perempuan murahan!"

Dan kali ini, Nuraisha tidak mahu terus diam. Didekatinya lelaki tersebut dengan wajah yang murung.

"Saya tak tahulah apa masalah awak dengan saya. Rasanya, saya tak pernah susahkan hidup awak sebelum ni. Tapi kenapa awak benci sangat dengan saya?"

Melihatkan tingkah Nuraisha yang berani menentangnya, hatinya mendongkol geram. Lengan Nuraisha dicengkam.

"Sebab kau isteri lelaki tak guna tu! Aku bencikan dia ,dan semua yang ada kaitan dengan dia! Faham?"

Nafas Nuraisha turun naik menahan amarah dengan olahan Farrhan. Tak habis-habis dengan benci, dendam dia itu! Tak faham betul dengan manusia sorang ni!

"Kau kena ingat, aku takkan berhenti susahkan hidup kau selama kau tinggal kat sini. Kau kena sedar, kau tu menumpang je kat sini. Kalau diikutkan, kau dah boleh berambus dari rumah ni sebab suami kau tu bukan anak kandung keluarga ni! Dia tu anak pungut je!"

Air mata Nuraisha gugur satu-persatu. Kenyataan yang barusan didengarinya sungguh menghiris hatinya.Tergamak sekali Farrhan menghina Firash.

"Kau ingat, aku tak tahu ke siapa kau haa? Perempuan jalang, tak tahu diri, tak sedar dek untung! Lepas ni kalau aku tengok kau goda mana-mana jantan lagi, siap kau aku kerjakan!"

KATA-KATANYA terhenti di situ tatkala bebola mata Nuraisha merenungnya dengan sayu. Dan disebabkan itu, dia tewas. Kalah dalam sorotan mata cantik itu. Dia hairan, setiap kali berhadapan dengan sepasang mata cantik itu,ada sesuatu yang mengusik hatinya. Seolah-olah kenangan lampau terimbau kembali. Dia benci dengan hatinya. Dia benci dengan dejavu itu. Arghhh! Kenapa dia tidak mampu mengingati semua itu?

Setelah puas mengenakan Nuraisha, dia bergegas ke tempat kerja. Semakin lama dia berdua dengan Nuraisha, semakin hatinya keliru. Apatah lagi setelah mata cantik itu mengeluarkan mutiara jernih. Ada suara tangisan lain yang bergema di ruang fikirannya.

Apa yang sudah terjadi? Mungkinkah Razlan mengetahui sesuatu yang tidak dia ketahui?

Pintu bilik dikuak luas. Wajah Razlan dengan senyuman nakalnya muncul. Farrhan menjeling saja. Kalau pintu bilik terbuka tanpa diketuk, itu tak lain tak bukan memang Razlan! Dia masak sungguh dengan perangai lelaki itu. Main terjah sesuka hatinya saja.

"Apa kau nak?"

Razlan mengambil posisi di hadapan Farhan. Glob di atas meja dimain-mainkan. "Saja, jumpa kau. Kau ni sejak bergelak Project Manager, dah sombong kau dengan aku ye?"

"Busylah! Lagipun, aku nak ambik hati orang tua tu. Karang tak pasal-pasal dia pecat aku, tak ke naya?"

Razlan ketawa. "Banyaklah kau punya busy! Malam ni on tak?"

"Tengoklah!"

"Laaa, ni yang aku malas ni! Biasa kau okey je. Kali ni K.O pulak, apasal? "

Farrhan mengeluh. Wajah Razlan ditatapnya.

"Aku nak tanya kau sikit. Personal"

"Okey, nampak serius je. Apa dia?" Razlan mula fokus pada Farrhan.

"Aisha. Perempuan tu"

Razlan meneguk liur. Dia dah ingat ke? Mampuslah kalau dia ingat. Habislah plan aku!

"Something bothers me about her"

"Apa dia?" Razlan angkat kening. Hatinya berdebar.

"Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni? Kau mesti tahu kan? Sebab kau je yang rapat dengan aku sebelum ni"

Razlan menarik nafas lega. Rupa-rupanya Farrhan belum mengingati apa-apa. Bagus, petanda baik bagi dia. Itu bermakna ,rancangannya akan berjalan seperti biasa.

"Kau nak tahu ke? Aku bukannya apa, aku risau kalau kau tak boleh terima semua ni" Wajah Razlan sedih dan kesal. Saja dibuat-buatnya riak tersebut bagi meraih simpati Farrhan.

Melihatkan reaksi Razlan, Farrhan tahu ada sesuatu yang tak kena. Wajahnya ketat, dan pandangannya mula fokus pada lelaki di hadapannya.

"Ceritalah kat aku. Aku nak tahu apa yang pernah terjadi antara aku dengan perempuan tu..." desak Farrhan tidak sabar.

"Okey" Razlan menarik nafas dalam-dalam ,kemudian dihembus keluar. Akal jahatnya muka mereka-reka cerita bagi mengapi-apikan Farrhan dan Nuraisha.

"Sebenarnya, Aisha punca kenapa Tan Sri benci sangat dengan kau. Dari dulu lagi, sampai sekarang" Pancingan Razlan mula mengena tatkala riak wajah Farrhan mendadak berubah.

Razlan bersorak dalam hati. Umpan mengena!

"SIAPA Aisha tu pada awak?" tanya Samsul. Mereka dalam perjalanan ke bengkel kenderaan seperti dijanjikan. Dari tadi, Samsul tak boleh berhenti memikirkan Nuraisha. Batinnya terseksa. Lama-lama boleh gila agaknya! Arghh!

"Ohh dia tu kakak ipar saya" balas Naura dengan senyuman. Hatinya mula tak senang dengan pertanyaan Samsul. Sedari tadi mereka menyepi di dalam kereta, tiba-tiba saja Samsul bertanya mengenai Nuraisha. Apa hubungan mereka sebenarnya? Betul ke sekadar abang dan adik angkat?

Kenyataan Naura memporak-perandakan sekeping hati Samsul. Nuraisha dah kawen? Kenapa aku tak tahu? Betapa tak berharganya aku pada dia!

"Tapi arwah along dah meninggal. Awak ingat tak, saya jumpa awak di balai polis hari tu? Atas kes Firash? Yang awak cakap kena langgar lari? Itulah abang saya. Dan suami kaklong"

Dan mendengarkan omongan Naura kali ini, hati Samsul kembali bersinar. Nuraisha sudah kematian suami. Itu bererti, harapannya untuk memiliki Nuraisha kembali cerah.

"Ohh. Takziah"

Naura tergelak. Samsul menoleh.

"Kenapa?" soal Samsul penuh tanda tanya.

"Awak dah ucapkan tu waktu kita mula-mula jumpa dulu. Haii...takkan dah lupa? Tak sangka kan, saya ingatkan peguam je yang lupa. Rupa-rupanya, abang polis pun boleh ada penyakit tu" usik Naura diiringi ketawanya.

Samsul ketawa. Teringat kembali peristiwa tadi, hatinya dicuit kegelian. Kali ini, Naura pula yang menyoal. "Gelak kenapa?"

"Tak. Tadi, masa saya nsk jemput awak, saya tersalah orang"

"Ni mesti awak terserempak dengan kembar saya kan? Si Naira tu?" Teka Naura. Dia boleh agak itu kerana acapkali mereka disalah anggap. Namun dia tidak menyalahkan sesiapa. Kerana wajah mereka yang seiras itu seringkali membuatkan banyak orang keliru.

"Aah. Tahu pun. Saya keliru, sebab muka dan posture badan memang serupa. Tak ada beza langsung. Saya tak tau pulak awak ada kembar"

"Awak tak tanya" sahut Naura sambil mengekek. Dapat dia bayangkan wajah Samsul yang keliru itu. Lucu!

"Okey, since saya dah terserempak dengan kembar awak secara tak sengaja, why don't you tell me about yourself?"

"Take time. Kita ada banyak masa lagi nak diluangkan bersama" sahut Naura sambil mengenyitkan matanya. Dan masa yang ada itu, akan dia gunakan sebaik mungkin untuk merebut hati Samsul. Dia benar-benar sudah jatuh cinta pada lelaki itu.

done. puas hati tak? cerr penuhkan komen :)

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-18 18:49:55 

bodohnya farrhan ni termakan hasutan razlan

Hawani Hashim66
2021-06-04 11:58:04 

Tq kiki update


NovelPlus Premium

The best ads free experience