87

Other Completed 501993

NURAISHA tergopoh-gapah berlari menuju ke sinki dapur sambil menekup mulut. Tekaknya terasa loya dan mual sahaja. Makanan yang dicerna tadi dikeluarkan semula.


"Uwerkkk... uwerkkk"


"Kak ngah kenapa tu?" tanya Doktor Faisal di meja makan. Majlis resepsi dan sanding telah lama selesai. Mereka kini menjamu selera bersama anggota keluarga yang lain.


"Okey tak ni? Kita pergi klinik nak?" Farrhan usul cadangan sambil mengusap belakang Nuraisha. Risau juga dia dengan keadaan isterinya itu. Sering mengadu sakit kepala dan sakit pinggang. Sekarang, dia muntah pulak.


"Tak.." sahut Nuraisha sambil menggeleng kepala. "Sha okey. Masuk angin je ni"


"Are you sure? Abang risaulah" luah Farrhan dengan riak kerisauan.


"Takde apalah bang. Masuk angin je ni"


Farrhan memapah isterinya menaiki anak tangga.


"Kak ngah okey ke?" tanya Naira pula.


"Masuk angin je. Kak ngah nak rehat dalam bilik" sahut Nuraisha.


"Nak mak urutkan tak?" Maksu Dara mempelawa pertolongan. Risau juga dengan keadaan Nuraisha itu. Tetapi melihatkan keadaan Nuraisha, dia dapat mengagak apa yang terjadi sebenarnya.


"Takpe mak. Sha nak rehat je. Mak makan ye? Nanti lepas makan ,rehat awal. Jangan tidur lewat sangat" pesan Nuraisha sebelum berlalu.

"ABANGGGGGGGGG!!"" jerit Nuraisha lantang. Farrhan yang sudah membersihkan diri di dalam bilik mandi, cepat-cepat keluar kerana risau dengan jeritan itu.


"Kenapa sayang?" Wajah Farrhan cemas. Sejak semalam, dia tak lena tidur kerana Nuraisha sering mengadu sakit kepala, diiringi pula dengan mualnya.


"Ni haa..." Nuraisha sorok sesuatu di belakang. Wajahnya mencuka, sengaja hendak mengusik suami. Padahal dalam hati bagai nak meletup saja rasanya. Gembira dengan berita yang satu itu. Apa agaknya reaksi Farrhan nanti?


"Ni haaa.. apa dia?" Farrhan sudah melabuh duduk di atas sofa dengan hanya bertuala di pinggang.


"Sha nak bagi sesuatu" Nuraisha sudah duduk di atas riba suaminya dengan senyuman menggoda.


Farrhan telan liur. Godaan Nuraisha membuatkan dia tak keruan. Sudahlah isterinya itu masih bergaun tidur. Silap-silap haribulan, ke bilik mandi lagilah jawabnya nanti!


"Bagi apa?" tanya Farrhan dengan suara yang mengendur. Hatinya sudah gelisah dengan perlakuan isterinya itu.


"Hmmmm...." Nuraisha menggumam, sambil jari-jemarinya elok saja menari-nari di atas dada bidang milik Farrhan. Dia saja hendak mengusik suaminya terlebih dahulu.


Dek kerana tak tertahankan gelojak di jiwa, tubuh Nuraisha dibawa rapat ke sisi. Laju saja bibirnya menindih bibir Nuraisha. Kemudian, dia beralih ke leher jinjang isterinya pula. Leher jinjang itu dikucup berkali-kali. Dari leher, Farrhan berganjak ke bawah. Buah dada Nuraisha menjadi sasarannya kini.


Dihisap dan diramas berkali-kali. Godaan dan haruman Nuraisha tak pernah gagal menundukkannya. Saat bibir Farrhan beralih ke bahagian perut, dengan pantas Nuraisha menolak wajah itu sambil tergelak.


"Sayang!!" Farrhan memberontak kerana dia sudah hampir ke klimaksnya.


"Sha give up!"


"Abang tak puas lagi" adu Farrhan dengan cemberut di wajah. Tak ubah seperti Mia. Setiap kali merajuk atau marah, wajah Mia juga seperti itu.


"Kejaplah! Sha nak bagitahu sesuatu ni" Dia sudah menolak tubuh Farrhan dari terus menindih tubuh kecilnya.


"Suka tau? Dah goda abang, lepas tu larikan diri! Bencilah!!" lirih Farrhan. Dia membetulkan duduk di atas sofa yang hampir tak terkawal dek kerana Nuraisha tadi.


Nuraisha gelak. Dia kembali duduk di atas riba suaminya. Dengan aksi perlahan, dia menunjukkan sesuatu kepada Farrhan.


Dahi Farrhan mengerut. Wajah Nuraisha ditatap bagi kepastian. Nuraisha mengangguk kerana mengerti dengan maksud pandangan itu.


"Sayang...." Farrhan hampir menangis. Serentak itu, tubuh Nuraisha dibawa ke dalam dakapan.


"Bila sayang check?" soal Farrhan dengan suara sebaknya.


"Baru je pagi tadi. Sebelum Subuh. Sha pergi toilet dan check. Patutlah Sha tak period dekat nak 3 bulan"


Farrhan menangis jua akhirnya. Dahi Nuraisha dikucup. Dua garis biru itu ditatap lagi. Betapa gembira dan bahagianya hatinya ketika itu. Nuraisha hamil benihnya lagi.


"Tapi sayang okey ke? Iq baru nak masuk 7 bulan. Sayang pregnant lagi"


Bibir Farrhan dikucup mesra. "Sha okeylah bang. Ni rezeki dari Allah. Sha terima"


Pinggang Nuraisha dipeluk erat.


"Thanks sayang. Sayang dah lahirkan tiga zuriat abang. Dan abang mintak maaf untuk kelahiran Mia dan Iq. Sebab abang tak pernah ada untuk sayang. Tapi abang janji untuk baby ketiga ni, abang akan sentiasa temankan sayang. I'm so happy sayang" ucap Farrhan dengan penuh kesyukuran. Dahi dan bibir Nuraisha dikucup.


"Tapi sayang mengidamlah bang" rengek Nuraisha manja.

"Sayang nak makan apa? Abang belikan"


"Sha nak makan abang" dekah Nuraisha lagi.


"Haaaa??" Farrhan tidak mengerti.


"Sha nak sambung yang tadi" ujar Nuraisha lantas mengucup bibir Farrhan dengan ghairah.


"Sayang..."


Kata-kata Farrhan terhenti di situ. Nuraisha sudah lanjut dengan aksinya. Tuala yang membaluti tubuh Farrhan segera dilepaskan.


Pagi itu, asmara mereka memanggil lagi.

EMPAT TAHUN KEMUDIAN...

"IRA peri-peri mama. Sebab Ira cantik macam mama" ulang Athirah lagi. Kali ini, suaranya sengaja dibesarkan agar Fariq bisa mendengarnya.


Wajah Fariq mencuka. Dia menghadap Athirah sambil menggigit bibir.


"Bukan Iralah! Kak Mia tu peri-peri mama. Ira mana boleh jadi peri-peri mama lagi"


Athirah tidak mahu mengalah. Dia turut berhadapan dengan Fariq dan bertentang mata dengannya.


"Mama ada dua peri, tahu tak! Ira dan Kak Mia. Sebab Ira dan Kak Mia cantik macam mama"


"Iq pun nak jadi peri-peri mama!" Fariq sudah memberontak sambil menghentak kaki. Wajah Athirah dipandang dengan perasaan tidak puas hati.


"Tak boleh! Iq lelaki. Mana ada lelaki jadi peri-peri. Perempuan jelah yang boleh" sahut Athirah lagi. Suaranya cukup lantang sehingga mampu menarik perhatian Mia yang berada tidak jauh dari mereka.


Mia mendengus. Kali ini, dengan perasaan marah. "Mula lagilah diaorang tu! Kena bagitahu mama ni" Mia berlalu ke dalam rumah.


"Ira jahat dekat Iq! Iq tak suka Ira!!" Fariq bertindak dengan menolak tubuh Athirah sehingga Athirah terjatuh di atas lantai.


Rasa sakit pada punggung menyebabkan Athirah tidak dapat menahan hati. Dia menangis namun kemudian bangkit semula. Tubuh Fariq ditolak juga. Kini, kedua-dua mereka sudah menangis.


"Ya Allah!! Luth Fariq! Aisha Nurathirah!"


Nuraisha sudah menjerit nama mereka dari jauh. Farrhan membontoti dari belakang. Risau dengan keadaan Nuraisha yang disahkan hamil enam bulan itu, tubuh itu kemudiannya dipimpin.


"Kenapa ni? Kan mama dah cakap, jangan gaduh lagi" omel Nuraisha lantas mendekati Athirah. Air mata Athirah diusap lembut.


Farrhan pula mendapatkan Fariq. Dia juga berbuat yang sama seperti Nuraisha. Mia pula berdiri di antara mereka sambil memimpin tangan Qaisara yang baru berusia tiga tahun itu.


"Kenapa ni?" Farrhan bertanya kepada Fariq. Suaranya cukup lembut. Fariq yang ketakutan memeluk erat tubuh papanya.


"Iq tak suka Ira! Dia cakap macam tu. Lepas tu, Iq tolak Ira sampai jatuh" adu Athirah dalam tangisannya. Tubuh Nuraisha dipeluk.


"Alaaa, Ira pun ada tolak Iq jugak! Iq pun jatuh jugak!!" Fariq tidak mahu mengalah.


"Kenapa sampai kena gaduh ni? Cuba bagitau mama" Seboleh mungkin, Nuraisha menahan radangnya.


"Ira cakap, Iq tak boleh jadi peri-peri mama. Sebab Iq lelaki. Lelaki mana ada jadi peri-peri. Iq marahlah! Iq pun nak jadi peri-peri mama" Fariq membuka cerita dengan wajah murungnya.


Serentak itu, mata Nuraisha terjegil ke arah Mia. Sedar akan jelingan tajam itu, Mia segera menundukkan kepala. Dia tahu, semua itu salahnya. Dia yang sering bercerita mengenai sang peri kepada dua adiknya itu. Alih-alih, keduanya bergaduh gara-gara ingin menjadi peri-peri.


"Mia mintak maaf mama, papa. Mia tahu, Mia salah sebab dah bercerita dengan Iq dan Ira pasal cerita peri-peri. Mia salah" akui Mia dengan jujur.


Farrhan mengeluh pendek. Dia mendekati Mia dan memeluk tubuhnya.


"Kalau Mia tak buat salah, mama dan papa takkan marahkan Mia tau? Mia kan dah sembilan tahun. Mia besar sikit dari adik-adik. Sepatutnya Mia jaga mereka. Bukan sebaliknya. Tengok mama tu. Dalam perut tu, ada adik lagi. Lagi tiga bulan, adik nak keluar. Kesianlah mama. Mana nak uruskan Mia lagi, adik-adik lagi, yang kat dalam perut lagi. Mia tak sayangkan mama ke?"

Mia menangis kerana menyedari kesilapan diri. Dia selalu bercakap besar di hadapan Fariq dan Athirah dengan mengatakan dia adalah peri-peri kepada mamanya. Tidak pula disangka ,gara-gara perkara itu Fariq dan Athirah boleh bergaduh.


Mia mendekati Nuraisha dan memeluk tubuh mamanya.

"Mia mintak maaf mama. Mia sayang mama. Jangan marah Mia lagi"

Lembut juga hati Nuraisha dengan kata maaf dari Mia itu. Dia membalas pelukan Mia lantas mengucup pipi Mia.

"Lepas ni, mama tak nak tengok ada sesiapa yang gaduh. Kalau gaduh, mama dan papa tak nak sayang lagi"

Ketiga-tiga mereka menunduk kepala. Lagaknya seperti pesalah yang melakukan kesalahan besar sahaja.


Farrhan tersenyum lantas duduk mencangkung.


"Papa dan mama sayang anak-anak semua ni" Satu-persatu mereka dikucup dengan penuh kasih sayang.


"Ma...ma..." Qaisara menggamit mamanya. Dia baru bertatih dalam percakapannya.


"Ye sayang"


Tubuh Qaisara diribakan.


"Nak..su..su..." pinta Qaisara sambil memeluk mamanya erat.


"Okey, jom masuk. Sara nak susu dah. Papa ada buat ice-cream pelangi. Siapa nak?"


"Iq nak!"


"Ira pun nak!!"


"Mia nak jugak"

WAJAHNYA mengukir senyum melihat kemesraan mereka semua. Namun dalam kegembiraan itu, hatinya turut merasa hiba dan menanggung seribu kerinduan buat si anak. Anak yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari itu kini telah selamat berada dalam jagaan orang lain. Dan tak diduga, orang itu adalah sepupunya sendiri. Dulu, dia fikirkan anaknya meninggal saat melahirkan. Kerana itu yang diwar-warkan oleh Kamal. Dia begitu kesedihan kerana asyik meratapi kematian si anak.


Namun takdir Allah tiada siapa menduga. Saat dia ingin kembali ke pangkuan keluarga dan menjernihkan segala-galanya, di situlah harapannya kembali mekar. Setelah selama empat tahun hidup dalam penipuan Kamal, akhirnya kebenaran terbungkar jua pada akhirnya.

Anak yang disangka meninggal dunia ketika dalam proses kelahiran rupa-rupanya masih hidup. Mengetahui perkara itu, dia mulai mengatur rencana bagi mendekatkan diri kepada anaknya semula.


Bagaimana dia tahu itu anaknya? Melalui rantai yang berloketkan hati itu. Itulah satu-satunya peninggalan dirinya buat si anak. Ketika asyik memikirkan cara untuk kembali ke pangkuan keluarga, tanpa sedar Allah telah mengatur pertemuannya dengan si anak. Dia menangis kegembiraan kerana anak yang dirindui masih hidup dan selamat dalam jagaan insan lain.


Sungguh kekuasaan Allah itu Maha Hebat. Dia terlalu bersyukur untuk kurniaan itu. Kini, dia kembali untuk dua insan yang sangat penting dalam hidupnya.


Wajahnya yang buruk sebelah ditutupi dengan selendang di kepala. Segala kenikmatan dunia bukanlah lagi keutamaannya. Apa yang pernah dirasai dan dikecapi suatu ketika dulu telah ditarik oleh Allah. Namun dia redha dan ikhlas. Kerana harta sebanyak apa pun tidak mampu menyaingi kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Dia sedar kekhilafan diri.


"Tunggu ibu datang ye sayang? Ibu akan kembali" Dia mengongoi dalam tangisan. Kini dia bertambah bersedia untuk menghadapi segala kesulitan. Dia tahu, Allah akan sentiasa ada di setiap jalannya.

HUJUNG MINGGU itu, Farrhan dan Nuraisha mengajak anak-anak ke taman untuk piknik. Tuntutan kerja sebelum ini di syarikat memaksa Farrhan menangguhkan rancangannya untuk membawa keluarganya bercuti. Untung saja dia punya isteri sebaik dan memahami seperti Nuraisha.


Kini bila ada masa terluang, dia tak melepaskan peluang untuk menebus kembali janjinya dahulu. Fariq dan Athirahlah yang paling gembira saat dibawa berkelah. Mana tidaknya, sebelum ini mereka hanya bermain di hadapan rumah. Dan setiap kali bermain, pasti akan ada pergaduhan kecil antara mereka.


"Jangan main jauh-jauh sangat sayang" pesan Farrhan kepada anak-anaknya.


"Okey papa" sahut mereka bertiga dengan serentak. Qaisara saja yang agak pasif. Dia lebih suka berkepit dengan mamanya dan jarang bermain bersama adik-beradik yang lain.


"Mia, jaga adik-adik tu. Jangan bagi diorang gaduh lagi" Nuraisha mengingatkan Mia. Tangannya sibuk menyusun segala jenis makanan yang dibawa ke atas tikar.


"Baik mama" jerit Mia dari jauh.


"Sara, sini duduk dengan papa. Kesian mama. Mama bawak adik dalam perut tu. Nanti mama penat, adik sakit kalau Sara duduk situ"


Farrhan meminta Qaisara dari ribaan Nuraisha. Qaisara memandang mamanya dengan mata yang berkelip. Anak yang satu itu benar-benar copy paste wajah mamanya. Terutama sekali pada bahagian matanya. Sangat indah seperti Nuraisha juga!


"Ma...ma cakit ke Ara duk cini?" tanya Qaisara dalam pelatnya.


Nuraisha tersenyum. Ubun-ubun Qaisara dikucup.


"Kalau Ara dalam ni, pastu kak Ira duduk atas riba mama, Ara rasa sakit tak?" Nuraisha menanya kembali. Saja hendak mengasah otak anaknya untuk berfikir.


"Hmmm...." Qaisara berfikir sejenak. Matanya asyik berkedip sahaja dari tadi. Memang itu fiilnya. Jika sedang berfikir akan sesuatu, pasti matanya yang indah itu akan berkedip.


"Akitlahh!! Sian mama. Ara duk ngan papa je" Qaisara beralih tempat. Laju saja tubuh montelnya duduk di atas riba Farrhan.


"That's my girl!" tukas Farrhan seraya mengucup pipi gebu Qaisara.


Nuraisha melunjurkan kaki kerana terasa penat. Kandungannya sudah masuk usia enam bulan. Berbeza dengan saat dia mengandungkan Fariq dan Qaisara, anak kali ini terasa lain saja. Dia cepat penat dan kadangkala emosinya tak mampu dikawal.


"Nak abang urutkan?" pelawa Farrhan. Kasihan dia melihat isterinya itu. Agaknya begitulah fiil Nuraisha ketika sedang mengandungkan anak-anak yang lain. Dia berasa kesal kerana tidak ada di sisi Nuraisha ketika itu. Kini, dia berjanji untuk menebus semua itu.


"Takpelah bang. Penat sikit je ni" sahut Nuraisha. Kakinya juga sudah bengkak. Wajahnya berkerut.


"Suka Sha tengok Ira tu. Happy je dia" komen Nuraisha dengan senyuman yang tiba-tiba menghiasi wajah.


Farrhan turut memandang ke arah anak-anak mereka.


"Ira je ke? Iq? Mia?"


"Maksud Sha, semualah bang. Tapi Ira tu lain sikit. Dia bukan anak kita. Tapi Sha betul-betul sayangkan dia. Wajah dia, senyuman dia saling tak ubah macam..."


"Sayang, dahlah tu. Nanti sayang nangis lagi" cantas Farrhan. Setiap kali nama Adira disebut, Nuraisha pasti mengalirkan air mata.


"Dah lama kita cari dia. Tapi kenapa masih tak jumpa-jumpa? Dia tak rindukan anak dia ke?" Nuraisha sudah menangis.


"Sayang..." Farrhan sudah susah hati. Emosi Nuraisha terlalu gampang untuk diusik.


"Tapi suatu hari nanti pasti Adira kembali kan? Untuk Ira dan maksu. Sebagai seorang ibu, takkan dia tak rindukan anak dia?" Nuraisha mengesat air mata dengan hujung jari.


"Iye sayang. Adira pasti akan kembali jugak suatu hari nanti. Lagipun takkan dia tak nak jumpa anak dan ibu kandung dia? Walau jauh mana pun melangkah, keluarga mesti tetap di hati. Percaya pada takdir Allah" Farrhan meniupkan semangat dan dorongan buat isterinya.


"Iye bang"


"Mama!! Papa!!" jerit Mia dari kejauhan. Suaranya kedengaran cemas sahaja.


"Kenapa Mia tu?" tanya Nuraisha lantas berdiri. Hampir saja dia terjatuh ke lantai kerana hilang imbangan badan. Namun untungnya Farrhan sempat menahan.


"Mama! Papa! Ira jatuh" adu Mia setelah mendapatkan kedua mama papanya.


"Haaaa? Kenapa Ira jatuh? Siapa yang tolak? Iq ke?"


Jelingan Farrhan sempat berlabuh pada wajah cemas isterinya. Dia tidak suka jika Nuraisha selalu menyalahi Fariq atas sesuatu yang menimpa Athirah.


"Bukan. Ira jatuh sendiri" Mia menyambung ceritanya.


Nuraisha sudah berlari mendapatkan Athirah. Hatinya gusar dengan anaknya itu. Farrhan membontoti dari arah belakang sambil mengendong Qaisara. Dia sempat risau dengan keadaan diri Nuraisha itu.


"Sayang, hati-hati!" tekan Farrhan dengan wajah ketatnya. Dia sudah mendekati Nuraisha dan berdiri di sebelahnya.


"Ira sayang. Kenapa boleh jatuh ni? Nasib tak luka" Nuraisha sudah mendapatkan Athirah yang terduduk di atas tanah.


"Ira nak ambik bola. Bola tu jatuh dalam longkang" Athirah menunding jari ke arah parit yang tidak jauh dari tempat dia jatuh.


Kelibat seorang perempuan yang berbaju kurung dan berselendang sedang berdiri di hadapan mereka semua. Separuh daripada wajahnya ditutupi dengan selendang. Dahi Nuraisha mengerut dengan ketibaan perempuan itu.


Dia mendekati mereka semua. Bola yang berjaya diambil kini diserahkan semula kepada Athirah. Apabila Athirah hendak mengambil bola tersebut, perempuan itu menahannya dengan pandangan tak lepas. Wajah cantik Athirah menggetarkan hatinya. Tanpa dipinta, laju saja air matanya mengalir.


"Di..Dira!" kata Nuraisha dengan linangan air mata. Menyedari identiti sudah terbongkar, Adira mempercepatkan langkahnya dan meninggalkan mereka.


"Adira, berhenti! Atau kau takkan dapat jumpa Ira lagi buat selama-lamanya!"


Ancaman Nuraisha menakutkan sekeping hati itu. Derap kakinya tiba-tiba terpaku di situ. Dia menangis kerana identiti Athirah juga sudah terbongkar.


"Sayang, jom ikut papa. Kita makan cupcake nak? Tadi mama bake cupcake, sedapp! Jom anak-anak semua" Farrhan mengajak anak-anaknya meninggalkan Nuraisha dan Adira di situ. Dia yakin, kedua mereka memerlukan ruang dan privasi untuk berbincang.

DARI TADI, Adira hanya mendiamkan diri sahaja. Dia kehilangan kata-kata untuk berbual dengan Nuraisha. Terkenangkan kembali dosa-dosanya pada Nuraisha suatu ketika dulu, dia jadi teramat segan. Orang yang pernah dibenci dan dilayan seperti hamba abdi ternyata orang yang sama menjaga dan melindungi anaknya.


Benarlah kata pepatah. Apa yang ditanam, itulah yang akan kita petik! Sama saja perumpaan itu seperti nasib dirinya kini. Menyesal? Iya, tetapi nasi sudah menjadi bubur.


"Kau sihat?" Nuraisha memulakan perbualan. Janggal rasanya jika harus terus berdiam diri seperti itu. Mereka ketika itu duduk di atas sebuah bangku ,menghadap puluhan manusia yang tampak bersantai bersama keluarga masing-masing.

"Hmmmm" sahut Adira. Dia masih enggan untuk menatap wajah di sebelahnya.


"Mana kau menghilang? Maksu selalu cari kau" adu Nuraisha. Mengenangkan keadaan Maksu Dara, hatinya dipagut rasa kesal. Sehingga ke saat ini, wanita itu masih menganggapnya sebagai Adira.Tetapi kini Adira sebenar telah kembali. Dan dia yakin, ingatan Maksu Dara akan kembali pulih.


"Mak..." Mendengarkan sebaris nama itu, Adira tidak dapat mengawal emosi. Air mata bergenang di kelopak mata. Begitu banyak dosanya kepada Maksu Dara. Dia anak yang derhaka. Dia tak layak digelar ibu! Namun setelah bersusah payah melahirkan Athirah ,kini dia tahu bagaimana rasanya pengorbanan seorang ibu. Dan ternyata sakit apabila harus berjauhan dari anak kandung sendiri. Dia sudah merasai semua itu.


"Aku banyak dosa pada mak. Pada kau. Dan sekarang, aku dah dapat balasan yang setimpal"


Kali ini, barulah Adira merendahkan ego dengan menyorotkan pandangan ke arah sepupunya itu. Ternyata, Nuraisha juga sedang memandangnya.


"Aku tinggalkan mak dan pergi KL. Dengan harapan aku dapat cari duit lebih dan hidup mewah. Aku dah bosan tinggal di kampung dan hidup dalam kemiskinan. Bila kat KL, aku lupa diri. Demi wang dan kemewahan, segala-galanya aku sanggup korbankan termasuklah harga diri aku. Aku ingatkan aku cukup puas. Tapi tak. Semakin aku banyak duit, semakin kepuasan aku tak mampu dipenuhi"


"Sampailah Kamal sarankan untuk aku bekerja dengan dia. Dia hasut aku macam-macam. Kerja dengan dia, aku akan dapat banyak duit. Aku boleh beli macam-macam. Lelaki pun mampu aku beli! Aku ikutkan kata-kata dia. Rupa-rupanya, dia jadikan aku keldai dadah. Tak cukup dengan tu, aku bekerja sebagai pelacur dan hiburkan jantan-jantan yang kesepian. Untung memang untung, tapi aku dah tak sanggup"


Adira bercerita penuh emosi. Tatkala membuka kembali cerita lama, hatinya terasa dirobek jua. Namun Nuraisha harus mengetahui segala-galanya.


"Sampai satu tahap, aku larikan diri sebab aku tak sanggup nak gadai maruah aku lagi. Semua lelaki yang tidur dengan aku, semua dari golongan atasan. Tua muda, duda, suami orang. Semua dah 'pakai' aku. Aku pernah mengandung tiga kali. Tapi ketiga-tiga kandungan aku digugurkan sebab diorang nak aku terus kerja. Aku betul-betul terseksa Sha!"


"Aku berdoa pada Allah supaya aku dapat larikan diri dari kekejaman diorang. Dan Allah makbulkan doa aku. Tapi masa tu, aku disahkan mengandung lagi. Aku mengandungkan Athirah masa tu. Kamal dapat jumpa aku dan dia pukul aku. Dia cakap, aku dah tidur dengan banyak lelaki dan anak dalam kandungan aku.. tak dipastikan siapa ayah sebenar dia. Masa tu, Kamal sakit hati dengan aku. Dia simbah asid ke wajah aku. Sebab tu wajah aku buruk macam ni"


Tubuh Adira dibawa ke dalam pelukan. Dia turut berdukacita dengan nasib yang menimpa diri Adira. Hatinya berlagu sedih, dan wajahnya turut mengalirkan air mata.


"Tapi aku kuatkan semangat" Adira sambung ceritanya. Pelukan Nuraisha dileraikan.


"Dalam kesakitan tu, aku berusaha larikan diri tapi pada masa yang sama ,pihak polis cari aku atas kes dadah. Dan masa tu aku sempat bersembunyi dalam semak dan aku nampak abang Samsul. Dia antara polis yang cari aku. Dan aku yakin sangat yang dia dah tahu semua pasal aku. Aku takut"


"Kamal dapat jumpa aku. Dia bawak aku balik dan pukul aku lagi. Tiga bulan lebih aku terseksa dengan dia. Saat nak melahirkan Athirah, aku tahu anak aku selamat. Aku simpan rantai aku bersama Athirah. Dan sepucuk surat sebagai langkah berjaga-jaga. Tak sempat aku susukan Athirah, Kamal dah rampas dia dari aku. Kamal cakap, anak aku tak bernafas. Anak aku dah takde. Aku tak percaya, tapi Kamal tunjuk pada aku yang Athirah betul-betul tak bernafas. Aku tak tahu macam dia buat semua tu, sebab bila aku tengok Athirah sekarang, aku tahu aku dah kena tipu"


"Dengan kepermegian Athirah, aku kuatkan semangat untuk terus hidup. Aku larikan diri dari Kamal dan merempat sana-sini. Suatu masa tu, aku dapat tahu yang Kamal dah kena bunuh sebab jalinkan hubungan asmara dengan seorang Datin. Dan suami Datin tu yang upah orang untuk bunuh dia. Aku teruskan hidup macam biasa dan cari peluang untuk kembali pada mak aku. Tapi aku malu nak jumpa dia dalam keadaan macam ni"

Nuraisha tergamam dengan cerita yang dibawa oleh Adira. Sadis sungguh perkara yang menimpa hidup gadis itu. Namun dia bersyukur kerana Adira sudah kembali ke pangkal jalan. Dan dia akan pastikan, Adira bersatu kembali dengan Maksu Dara.


"Habis tu, mana kau tahu pasal aku? Maksud aku, macam mana kau boleh jumpa aku?"

Adira tersenyum. Air mata yang mengalir dikesat perlahan. "Suami kau kan orang terpengaruh. Berita pasal dia ada kat mana-mana. Aku jumpa satu akhbar pasal dia. Dan kat situlah, aku mula jejaki kau. Aku intip kau, tapi bukan untuk niat jahat. Aku cuma nak tahu, mak aku dengan kau ataupun tak. Tapi lain yang aku jumpa"


Nuraisha mengerut dahi.

"Allah pertemukan aku dengan Athirah. Aku tahu Athirah anak aku melalui rantai yang dia pakai. Sejak hari tu, aku selalu ke tempat kau secara senyap-senyap dan intip dari jauh. Aku menangis bila tengok anak aku. Dan aku bersyukur sebab dia dibesarkan oleh orang yang berhati mulia macam kau. Aku tahu, anak aku akan jadi baik dan penyayang macam kau"

Hiba yang ditanggung tak mampu ditahan lagi. Kedua wanita itu saling berpelukan dengan tangisan yang bergema.

"Kau tahu kenapa aku bagi nama Athirah serupa macam nama kau?"

Nuraisha melepaskan pelukan dan menatap wajah Adira dengan penuh persoalan.

"Sama nama aku?"

Adira tersengih. "Kau tak perasan ke nama Athirah tu apa?"


"Masa kami ambik keputusan untuk terus jaga Athirah, aku dah lama tahu tu anak kau. Sebab loket hati tu ada gambar kau. Dan aku periksa sijil lahir dia. Nama mak dia memang nama kau. Dan nama Athirah..." Nuraisha berjeda sambil cuba mengingati nama penuh Athirah itu.


"Aisha Nurathirah!" jerit Nuraisha sambil mengalirkan air mata. Ya Allah, kenapalah selama ini dia tak pernah perasan pun akan perkara itu? Kenapa dia terlepas pandang?


"Masa aku lahirkan Athirah, aku tahu Kamal akan rampas dia dari aku. Dan aku jugak tahu yang Kamal akan buang dia jauh dari hidup aku. Sebab tu aku tulis surat untuk sesiapa yang jumpa anak aku. Tapi aku betul-betul tak sangka yang kau adalah orang tu"


"Kuasa Allah Maha Besar. Dia pertemukan aku dan Athirah dalam kejadian yang tak disangka-sangka" Nuraisha teringat ketika pertama kali dia bertemu dengan wajah comel Athirah melalui Maira. Ketika itu ,hati dan perasaan sebagai seorang isteri hancur tatkala suami sendiri menghamili wanita lain. Untung saja, semua itu hanya fitnah. Dan sejak dari saat itu, dia membuat keputusan untuk menjaga Athirah seperti anaknya sendiri.


Dan segala kebenaran terbongkar saat dia ingin memandikan Athirah. Rantai berloketkan hati itu dibuka dan dia benar-benar terkejut saat melihat foto Adira di situ. Bagi mengesahkan lagi kepastiannya, sijil lahir Athirah diselidiki. Dia menangis ketika menjumpai satu lagi kebenaran di situ. Nama Zaneeyah Adira tertera di bahagian maklumat ibu.


"Kejadian yang tak disangka? Maksud kau?"


"Takde apalah. Nanti ada masa aku cerita pada kau. Kau balik ni, kau tak nak ke jumpa maksu?"


"Memang itu doa aku selama ni. Aku nak sujud pada kaki mak aku dan mintak maaf pada dia. Aku banyak berdosa pada dia. Lepas je lahirkan Athirah ,baru aku sedar pengorbanan seorang ibu tu macam mana. Dan bila aku jauh terpisah dari anak kandung aku sendiri ,baru aku faham perasaan kau. Masa kau lahirkan anak perempuan kau dulu, aku sanggup hasut mak untuk jual anak kau pada orang lain demi duit. Aku tak rasa perasaan terseksa kau sehinggalah aku yang menghadapinya sendiri. Aku menyesal Sha ,aku betul-betul menyesal! Allah dah bagi balasan yang setimpal pada aku. Aku balik atas dua sebab. Satu, aku nak jumpa mak dan anak aku. Aku nak keluarga aku balik. Yang kedua, sebab aku nak mintak maaf pada kau. Hati aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku" Adira sudah merintih. Riak penyelasan jelas terpancar dari sinar mata itu.


"Dahlah Dira! Aku dah tak nak ingat semua tu. Apapun yang kau dan maksu dah buat, aku dah lama maafkan. Aku tak nak hidup dengan mengenang masa silam yang menyakitkan. Bagi aku, dendam terindah tu adalah kemaafan. Aku nak hidup dengan aman dan tenteram. Kau jangan risau ye? Segala kesalahan kau, dah lama aku maafkan. Kau dah balik ni pun, aku dah bersyukur sangat"


"Terima kasih Sha. Terima kasih banyak-banyak!"


Nuraisha mengangguk kepala sambil tersenyum. Syukur, Adira sudah menyedari segala-galanya.


"Tapi ada sesuatu yang kau perlu tahu pasal maksu"


"Kenapa dengan mak?"

"MIA! IQ! IRA! SARA! Jangan berlari, jatuh kang. Aduh, budak-budak ni. Tak menyempat betul nak jumpa neksu diorang"


Bebel Nuraisha saat melihat anak-anaknya berlari ke dalam kedai makan milik Maksu Dara. Tak sabar lagaknya mereka berempat ketemu dengan neksu mereka itu. Mana tidaknya, Maksu Dara sangat memanjai cucu-cucunya, terutama sekali Qaisara.


"Takpelah sayang! Diorang tak sabar nak jumpa dengan maksu. Biarlah!" nasihat Farrhan. Dia benar-benar risau dengan emosi Nuraisha sejak mengandung lagi itu.


"Yelah. Tapi kat dalam tu kan banyak orang. Buatnya diorang berlari, berlanggar dengan orang lain macam mana? Abang pun tahu kan, kedai makan ni banyak makanan. Buatnya terlanggar sup ke, benda panas ke, tak ke naya?" bebel Nuraisha lagi.


"Ya sayang. Abang tahu tu. In Shaa Allah, takde apa-apa tu. Ni betul ke keputusan sayang ni? Nak kenalkan maksu dengan Adira?"


"Ni je caranya bang" Mereka sudah sampai di hadapan kedai. Pintu ditolak lantas derap keduanya melangkah masuk ke dalam. Mereka duduk di meja paling hujung sekali.


"Lagipun, dah sampai masanya maksu jumpa anak kandung dia yang sebenarnya"


"Kalau maksu masih tak ingat siapa Adira, macam mana?"


"Hmmm" Nuraisha tidak pula terfikir akan hal itu. Dia terlalu gembira untuk mempertemukan kedua mereka sehingga tak fikir kemungkinan yang lainnya.

"LAAA, cucu-cucu nenek dah sampai"

Wajah Maksu Dara tampak riang saat bertemu dengan keempat-empat cucunya. Seperti biasa, tubuh Qaisara akan digendong dan pipi gebu itu dikucup bertalu-talu. Qaisara paling manja dengannya.


"Mama dengan papa mana?"


"Ada, kat sana" Fariq menunding jari ke arah meja yang diduduki oleh Farrhan dan Nuraisha.

"Jom ,kita pergi sana"


"Ara nak ..ookies...."


"Laaa nenek tak buat cookies hari ni sayang. Takpe, nanti nenek buatkan ye?" Pipi Qaisara dikucup lagi.


"Baru sampai, Sha? Han?" soal Maksu Dara ketika sudah mendekati mereka.


"Ye mak. Baru je" sahut Nuraisha. Kedua mereka tunduk menyalami Maksu Dara.


"Sayang, apa suruh nenek gendong ni? Nanti nenek sakit. Sini, papa gendongkan"


Qaisara menolak tangan Farrhan. Leher Maksu Dara dipaut ketat.Tergelak Maksu Dara dengan aksi cucunya yang satu itu.


"Manja sangat dengan nenek dia. Sampai lupa dengan papa ye?" omel Nuraisha dalam gelak tawanya.


"Takpelah. Mak suka gendong Sara ni"


"Mama, tadi Sara cakap, dia nak cookies dari nenek. Pastu, nenek cakap, dia akan buat untuk Sara" Athirah sudah melaporkan berita sensasinya itu.


"Haaaa, mak ni kan! Tak payahlah manjakan sangat si Sara ni" luah Nuraisha lagi.


"Alaa takpelah! Mak nak buatkan untuk cucu mak. Kamu jangan nak marahkan cucu mak. Nanti mak marahkan kamu balik"


Nuraisha menggeleng kepala. Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi. Maksu Dara tu, kalau dia dah kata A, jangan haraplah nak jadi B!


"Yelah mak" sahut Nuraisha pendek. Farrhan tergelak. Kalah jugak ego Nuraisha kalau sudah bertemu dengan Maksu Dara. Ibarat buku bertemu ruas!


"Mak, Sha ada bawak seseorang. Nak kenalkan dengan mak"


"Siapa orang tu?"

DEMI melihatkan wajah penuh kedutan itu, Adira langsung menangis. Hatinya sungguh tak tahan apabila terkenangkan cerita Nuraisha tadi. Dan yang paling menyedihkan, Maksu Dara menghidap penyakit yang membuatkan dirinya terbuang dari ingatan ibu kandungnya sendiri. Walaupun dia sedih, namun dia redha dengan dugaan itu. Allah mengujinya dan dia harus bersyukur dengan ujian itu.


"Mak!! Ampunkan Dira mak! Ampunkan Dira. Dira banyak buat dosa pada mak. Dira anak yang derhaka! Dira jahat pada mak!!" lirih Adira. Dia sudah melutut di hadapan Maksu Dara. Kedua kaki itu dipeluk rapat.


Maksu Dara yang sedang menggendong Qaisara tersentak dengan semua itu. Dia tidak kenal siapa gadis itu. Dia memandang Nuraisha yang ternyata sudah lencun dek air mata. Tubuh Adira ditolak kasar. Selendang yang menutupi wajah Adira yang buruk itu tiba-tiba jatuh ke lantai. Wajah Maksu Dara mengeruh.


"Siapa mak kau? Aku bukan mak kau! Aku takde anak buruk macam kau! Anak aku Aisha! Dia cantik dan dia baik" Maksu Dara sudah memeluk lengan Nuraisha. Dia yakinkan dirinya bahawa Nuraisha itulah anaknya. Kerana selama ini hanya Nuraisha yang menjaga dan menyayanginya.


Adira menangis lagi. Kali ini, suaranya kedengaran lantang dan keras. Perit rasa hati tatkala ibu sendiri tidak mengakuinya sebagai anak kandung.


Dia tak berputus asa. Dipeluk lagi kedua kaki itu walaupun ditolak oleh Maksu Dara. Setiap kali dia mencuba untuk memeluk, Maksu Dara dengan pantasnya menolak tubuhnya.


"Ampunkan Dira mak! Dira dah sedar semua kesalahan Dira. Dira berdosa besar pada mak. Dira dah buang mak dari hidup Dira. Ya Allah, apa aku dah buat?! Aku berdosa Ya Allah!"


Adira merintih penuh hiba. Betapa dia menyesali segala apa yang telah terjadi. Akibat daripada perbuatannya, Maksu Dara tidak mengakuinya sebagai anak.


"Aku dah cakap, kau bukan anak aku! Anak aku cantik. Muka kau buruk ni mesti sebab kau banyak dosa dulu kan? Dari situ ,orang tahu yang hati kau tak bersih! Kau jahat! Anak aku baik" Maksu Dara berkeras menafikan segala omongan Adira. Tubuhnya rapat ke sisi Nuraisha.


"Mak..." Nuraisha sudah menangis. Hiba sungguh kejadian kali ini. Dia tidak mampu bayangkan posisinya seperti Adira.


"Sha...Sha anak mak kan?" Suara Maksu Dara sudah sebak. Dia yakin, Nuraisha anaknya.


"Tolong halau perempuan ni! Mak tak kenal dia Sha! Kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu?"


Adira cemburu melihat kasih sayang Maksu Dara yang kini sudah berpihak pada Nuraisha. Jika dulu, dialah yang sentiasa di hati. Kini segala-galanya sudah berubah. Namun dia tak menyalahkan sesiapa. Semua yang berlaku berpunca dari olahannya sendiri.


Perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat juga! Itu yang sedang ditimbanya saat ini. Dia merayu Maksu Dara lagi dan meyakinkan jikalau dialah anak kandung wanita itu. Namun wajah keruh dan bengis itu menampakkan riak jijik akan dirinya. Hatinya benar-benar tersayat!


"Mak. Mak tak boleh buat Adira macam ni" Nuraisha mendapatkan Adira namun lengannya ditarik kembali oleh Maksu Dara.


"Jangan dekat dengan dia. Sha kan sedang mengandung. Nanti kenan kat cucu mak. Mak tak nak cucu mak jahat macam dia"


"Mak, mana mak tahu dia jahat? Dan kalau dia jahat sekalipun, mungkin dia dah bertaubat kan? Kita tak boleh nak menilai seseorang dari masa silam dia. Tak baik macam tu mak" nasihat Nuraisha dengan nada yang lembut.


Adira yang masih berlutut dengan linangan air mata dipapah untuk berdiri. Farrhan hanya menyepi dari tadi. Untuk hal ini, dia tidak mahu masuk campur. Mia, Fariq dan Athirah mengelilinginya kerana takut dengan wajah buruk Adira. Hanya Qaisara yang masih dalam gendongan Maksu Dara.


"Dira ni, dah hilang mak. Dia tengok mak, sebab tu dia meroyan. Dia teringatkan kat mak dia" Nuraisha tiada pilihan kecuali berbohong. Jika tidak, Maksu Dara akan terus mengherdik Adira. Dan dia tak sanggup melihat Adira dilayan sebegitu oleh ibu kandungnya sendiri.


"Mak janganlah kasar dengan dia. Kasihan dia. Kalau Sha kat tempat dia, sanggup ke mak bayangkan Sha kena layan macam ni oleh orang lain?"


Maksu Dara kehilangan kata-kata. Dia diam memikirkan kembali omongan Nuraisha. Perlahan-lahan, dia menggeleng kepala dengan wajah keruh.


"Tak nak! Mak tak nak Sha macam tu jugak. Mak sayangkan Sha"


Nuraisha senyum. "Kalau macam tu, mak tak boleh marah Dira ye?"


Dari tadi, Athirah perhatikan saja wajah buruk Adira itu. Entah kenapa, dia tidak merasa takut atau jijik. Sebaliknya dengan perasaan berani dia mendekati Adira dan berdiri di hadapannya. Lama dia mendongak bagi merenung wajah itu.


Sedar akan dirinya diperhatikan, Adira duduk mencangkung di hadapan Athirah. Air matanya dari tadi tak berhenti mengalir. Menatap wajah Athirah sedekat itu, membuatkan seluruh jiwanya bagaikan direntap. Anak yang pernah lahir dari dosa lampaunya. Namun itulah satu-satunya pewaris yang dia punya, meskipun tidak jelas ayah dari anak itu. Seburuk apapun kelahiran Athirah, dia tetap menyayanginya.


Wajah buruk Adira diusap perlahan oleh Athirah. Kemudian, dia mengusap seluruh wajah Adira dengan lembut. Air mata yang mengalir dari wajah itu disekanya juga.


"Auntie cantik. Mama cakap, kalau wajah kita buruk sekalipun, jangan biarkan hati kita jadi jahat. Sebab hati yang cantik akan kekal. Tapi wajah yang cantik atau buruk, itu takkan bertahan lama"


Nuraisha tersenyum dalam tangisan mendengarkan kata-kata Athirah itu. Dia sangat berbangga kerana dapat membesarkan Athirah sebaik itu. Pasti Adira juga bangga dengan anaknya.


"Auntie tak boleh menangis lagi. Nanti Ira penat nak lap air mata auntie"


Tak menunggu lama, Adira menarik Athirah ke dalam pelukannya. Pelukan itu sangat erat sehinggakan Adira tidak mahu melepaskannya. Rambut Athirah diusap dengan penuh kasih sayang. Adira memandang ke arah Nuraisha dan mengucapkan terima kasih dari mimik bibirnya.

Nuraisha mengangguk seraya tersenyum. Dia menggamit Athirah ke sisi. "Ssyang, hari tu sayang cakap nak jadi peri-peri kan?"


Athirah mengangguk.


"Kalau macam tu, Ira sekarang dah jadi peri-peri Auntie Dira"


Wajah Athirah merekah dengan senyuman. "Ye ke mama?"


Senyumannya semakin melebar saat Nuraisha mengangguk laju.


"Tapi Ira tak boleh panggil auntie lagi. Ira kena panggil ibu"


"Ibu? Cikgu kat sekolah cakap, ibu tu macam mama dan mak. Ni ibu Ira ke? Habis tu mama siapa?"


Nuraisha mengusap kepala Athirah dengan kasih sayang lalu mengucupnya. Dia harus membuatkan Athirah memahami perkara sebenar kerana tahap pemikiran Athirah juga seperti orang dewasa. Salin tak tumpah seperti Mia ketika kecil dulu!


"Iye. Auntie Dira ni ibu Ira. Sebab Ira kan dah jadi peri-peri dia? Macam kak Mia jugak. Dia jadi peri-peri mama sebab mama kan ibu dia. Jadi Ira kena panggil Auntie Dira ibu. Ye sayang?"


"Okey mama" Athirah bergerak mendekati Adira yang sudah lencun dengan air mata. Wajah buruk Adira disentuh lagi. Adira membiarkan saja.


"Sebabkan Ira dah jadi peri-peri ibu, Ira janji akan sembuhkan wajah ibu. Tapi ibu kena janji ,ibu jangan menangis lagi ye?"


"Ya sayang. Ibu janji. Ibu janji sayang" Tubuh Athirah didakap erat.

SETIAP yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan. Dan setiap ujian dari Allah, pasti akan ada ganjarannya. Syaratnya, kita harus bersabar dan tawakal kepadaNya. Dia Maha Mengetahui akan segala yang terjadi.


Perjalanan hidup yang berliku sebelum ini akhirnya berjaya diharungi. Kebahagiaan yang didambakan akhirnya menjadi miliknya juga. Benarlah kan, orang yang sabar pasti menerima ganjarannya. Seperti dirinya kini. Dulu, dia selalu mengharapkan kasih sayang dari wanita bergelar ibu. Dan Allah memakbulkan doanya itu. Dia dikurniakan seorang mama mentua yang sangat baik dan penyayang. Mama sangat prihatin dengan dirinya. Tak pernah berkira sedikit pun dengan dirinya.


Dia juga dikurniakan seorang lagi ibu ,iaitu Maksu Dara. Meskipun penerimaan maksu kerana keadaannya, namun dia tetap bersyukur. Maksu Dara juga sangat menyayanginya dan anak-anaknya. Bahkan dia dapat melihat kasih sayang itu melebihi kasih sayangnya terhadap Adira suatu masa dulu. Namun jika bukan kerana keadaannya, Maksu Dara tetap akan menerimanya. Itu yang dia tahu melalui Puan Normala.


Menurut Puan Normala, sebelum Maksu Dara ditimpa sakit, dia merayu-rayu untuk dibawa ke pangkuan Nuraisha. Dia menyesal dan ingin meminta maaf kepada Nuraisha. Dia ingin Nuraisha kekal di sisinya kerana tidak sanggup kehilangan Nuraisha lagi.


Alhamdulillah, dia dapat dua orang ibu yang sangat menyayanginya dalam masa serentak. Dia bersyukur dengan nikmat tersebut.


Adira kini bekerja dengan Maksu Dara atas pujukan Nuraisha sendiri. Menurut Nuraisha, Adira tiada tempat tinggal dan tiada pekerjaan. Setelah puas dipujuk oleh Nuraisha, akhirnya hati Maksu Dara lembut juga. Dia membenarkan Adira bekerja dengannya di kedai makan itu. Bahkan Adira juga tinggal di rumah kedai. Jadi setiap hari, Adiralah yang akan membuka dan menutup kedai itu. Maksu Dara menyerahkan segala kepercayaan itu kepada Adira. Itu juga kerana pujukan Nuraisha sendiri. Athirah juga perlahan-lahan mahu menerima Adira sebagai ibunya. Sejak Adira dikatakan ibunya, dia selalu menemani Adira sehingga larut malam. Kadangkala, Athirah bermalam bersama Adira.


Pernah juga Nuraisha cadangkan untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa kepada Adira. Dan dia akan menanggung segala kos itu. Tetapi Adira tidak mahu. Katanya, dia sudah cukup banyak menyusahkan Nuraisha. Namun asbab yang paling utama adalah kerana Adira mahu terus berada di sisi Maksu Dara. Kerana Maksu Dara juga tinggal di rumah kedai itu. Dia mahu menatap wajah Maksu Dara tiap kali wanita itu tidur, dia mahu melayani Maksu Dara sebaiknya dan menjaga wanita itu dengan kudratnya sendiri.


Dia teringat akan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Adira tempoh hari.


"Biarlah mak tak ingat aku atau tak nak mengaku aku anak, yang penting aku tetap nak jaga dia. Dia mak aku, Sha. Segala jasa dan pengorbanan dia sesuatu yang pernah aku sia-siakan dulu. Dulu aku abaikan dia. Sekarang, dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga dia. Aku nak jaga mak sampai nafas terakhir"


Tanpa sedar, air mata Nuraisha menitik. Setiap kali teringatkan itu, hatinya pasti dipukul hiba. Dia kasihan dengan nasib Adira tetapi sudah takdir Allah kan? Yang penting, Adira dah insaf.

"Kat sini sayang abang rupanya. Puas abang cari. Kat balkoni rupanya dia" Pinggang Nuraisha dipeluk dari belakang. Perut Nuraisha yang semakin membesar itu diusap.


"Anak-anak dah tidur bang?"


"Dah sayang. Dah selesai bedtime story tadi, semua terlelap"


"Baguslah. Sara tu pun dah pandai nak tidur dengan kakak dan abang dia. Kalau tak, mesti nak tidur dengan kita je"


Seminggu yang lepas, dia dan Farrhan terkejut saat Qaisara meminta untuk satu bilik dengan Mia dan Fariq. Apalagi, Farrhan cepat-cepat memesan sebuah katil queen size untuk Qaisara. Qaisara tak boleh tidur kalau katil tu kecik. Tidurnya juga tak pernah diam. Silap-silap haribulan, mahu terjatuh anak itu ke atas lantai!


"Yelah ,Sara nak bagi mama dan papa dia privacy. Senang sikit nak bermanja, nak berdua" sahut Farrhan sambil tersengih. Nakal!


"Eleh, nak manja apanya? Yang kat dalam perut ni semakin membesar"


"Alaa, sekali-sekala nak sweet dengan isteri abang. Apa salahnya kan?" Pipi Nuraisha dikucup.


Nuraisha mengekek.


"Oh ya, tadi Faisal called. Katanya, lusa dia dan Naura balik Malaysia. Dengan si kecik Adam tu sekali" Farrhan memaklumkan.


"Waa, lama tak jumpa Adam! Mesti dia dah besar sekarang kan bang? Yelah, membesar kat luar negara" Nuraisha teringat akan Adam. Sejak berumur enam bulan, mereka sekeluarga pindah ke Australia kerana Naura menyambung pelajaran di sana. Kini, umur Adam sudah dua tahun lebih agaknya.


"Mana tak besarnya budak tu? Makin putih dah!"


"Ikut kulit mak dia. Tengoklah Naura tu ,putih jugak"


"Aah sayang"


"Naira pun ada called tadi. Tapi dia called mama. Mama cakap, Naira nak balik esok. Projek kat Pulau Pinang dah selesai.Tapi sebab lain Naira nak balik, sebab dia nak kawen!" Nuraisha teruja menyampaikan berita itu.


"Laa ye ke? Patutlah Naura nak balik lusa. Kembar dia nak kawen rupanya"


"Aah bang. Dengar cerita, bakal suami Naira tu bekas kekasih dia dulu. Yang kacukan Inggeris tu. Siapa entah nama dia"


"Nick" sahut Farrhan.


"Aah, Nick! Nak dapat menantu baru mama tak lama lagi. Abang, nanti kalau ada masa, kita lawat kubur abang Firash dan papa ye? Dah lama kita tak lawat kubur diorang"


Farrhan senyum saat nama-nama itu menyapa gegendang telinganya. Terlalu banyak jasa dan besarnya pengorbanan mereka terhadap dirinya. Baru kini dia sedar betapa dalamnya kasih sayang arwah terhadapnya.


"Ya sayang. Nanti kita lawat ye? Tapi bukan sekarang. Ni dah lewat malam. Esok, lepas abang balik solat Jumaat ye?"


Nuraisha mengangguk. Dia memusingkan badan menghadap suaminya. Pipi Farrhan dikucup.


"Sayang bahagia?"


"Tersangat bahagia. Terima kasih abang untuk kebahagiaan ni. Sha janji akan terus berada di sisi abang dan setia pada abang"


"Terima kasih jugak sayang. Di atas kasih sayang dan kesetiaan sayang pada abang. I love you sayang"


"I love you too abang. Sha bahagia jadi isteri abang. Sebab Sha tahu, Sha tak lagi isteri yang abang tak inginkan, kan?"


"Ye sayang. Sayang akan sentiasa jadi isteri yang abang inginkan dalam hidup. Sebab Sha adalah isteri yang terbaik dalam hidup abang"


Kedua mereka merasakan hangatnya pelukan di malam penuh asmara itu. Erti cinta sudah ditemui dan kini, hanya bahagia yang ingin dikecapi.


'Ibu, Sha dah jumpa kebahagiaan Sha. Ibu benar. Jika Sha bersabar dalam hidup, Allah akan kurniakan sesuatu yang tak pernah Sha jangkakan. Terima kasih ibu, terima kasih untuk doa ibu di atas sana!'

TAMAT.

done! puas ati tak? sila penuhkan ruang komen dgn pdapat masing2. lots of love, kiki ^_^

Share this novel

User11122
2024-11-19 00:53:29 

tq sis.. banyak keluar airmata.. sis x nk buat novel ke??... best cite nii..

User22510
2024-11-09 12:21:33 

hi

Wan Hamilah E'lah
2022-03-12 08:06:54 

tahniah Kiki... Best sgt jln ceritanya...byk menguji kesabaran dlm menghadapi kehidupan... cuma satu je saya keliru dlm novel ni ttg hukum anak yg berbintikn org lain... mcm Mia... Ayah sebenar Farhan tp berbintikn Haikal.. klu Kiki dpt huraikn hukum dlm Islam lg bgus sbb pembaca dpt mengetahui satu maklumat ttg perkara tersebut..


NovelPlus Premium

The best ads free experience