86

Other Completed 493332

"ALHAMDULILLAH, Sha dah datang" ucap Puan Normala lantas memeluk tubuh Nuraisha. Nadanya kedengaran sebak sahaja. Pelukan terlerai dan ketika itu dia melihat seorang budak perempuan sedang lena di dalam gendongan seorang lelaki. Dahinya mengerut.


Samsul turut ada di situ. Dari tadi, hanya wajah Nuraisha yang ditatapnya. Hatinya masih berdebar seperti selalu, namun dia tahu cintanya tak mungkin akan disambut. Keluarga Nuraisha sudah lengkap dan kebahagiaan sedang berjalar ke seluruh kehidupannya.

Tatkala dia terpandangkan wajah Farrhan, ternyata lelaki itu juga sedang memandangnya dengan tatapan serius. Kantoi! Dia dah sah-sah pandang bini orang! Get to your sense Samsul!!


"Ni siapa?" tanya Puan Normala. Matanya lekap pada sekujur tubuh tegap milik Farrhan.


"Ni..." jeda Nuraisha. Mula berkira-kira untuk memperkenalkan Farrhan kepada mereka semua.

"Suami Sha" Akhirnya Nuraisha mengalah juga. Dia tahu, dia tidak boleh lagi menyembunyikan kebenaran.


Wajah Farrhan merekah dengan senyuman. Bangga rasa hati saat diperkenalkan Nuraisha seperti itu.


"Laaa yeke? Segak betul orangnya" puji Puan Normala. "Budak perempuan tu siapa pulak? Kalau Fariq ni, makcik kenallah"


"Ohh. Mia. Dia..." Nuraisha berjeda lagi.


"Dia anak perempuan kami" cantas Farrhan tanpa segan silu dan penuh yakin. Wajahnya tetap dengan senyuman. Dia sudah mengetahui kebenaran itu melalui Naura semalam. Dan keputusan ujian DNA tersebut ada bersamanya.


Tidak disangka, takdir Allah mempertemukan mereka semula. Mia merupakan anak dari hubungan mereka dahulu. Dan dia bersyukur kerana Allah sentiasa melindungi Mia. Besarnya kekuasaanMu, Ya Allah!


"Laaa yeke? Tengok muka pun dah macam Aisha. Ehh masuklah. Apa pulak tercegat kat sini?" pelawa Puan Normala dengan senyuman. Dia juga sudah mempersiapkan segala-galanya sejak menerima panggilan Nuraisha yang mengatakan kunjungan mereka ke kampung.


"Maksu??"


"Dia okey. Sedang tidur kat dalam. Dia tunggu Sha dari semalam tau? Dia tak sabar nak jumpa Sha" ujar Puan Normala.


Nuraisha hanya mengangguk. Dalam hati, debarannya terasa begitu sekali. Dia berharap, agar Maksu Dara benar-benar mahu menerimanya.


Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Dan ketika itu, Farrhan menggenggam erat jari-jemari Nuraisha dengan senyuman yang meniti di wajah.


Nuraisha menoleh.


"Everything will be alright" bisik Farrhan ke cuping telinga Nuraisha.


Nuraisha tidak menjawab, sebaliknya genggaman Farrhan dibalas.

"SHA, anak aku! Mala, anak aku dah balik. Aku dah cakap, anak aku takkan tinggalkan aku. Sini sayang, sini. Mak nak peluk" Maksu Dara mendepakan tangan, minta dipeluk.

Semua yang berada di situ seakan kebingungan dengan reaksi Maksu Dara. Anak? Siapa yang dimaksudkannya dengan anak? Namun Nuraisha tetap melangkah merapati Maksu Dara yang terbaring lesu di atas katil.


Laju saja tubuh Nuraisha ditarik ke dalam pelukan. Maksu Dara mengongoi dan menangis dengan pertemuan itu. Belakang Nuraisha diusap dengan lembut.


"Jangan tinggalkan mak lagi, ye nak? Mak sunyi" rintih Maksu Dara.


Nuraisha menitiskan air mata dengan penerimaan Maksu Dara. Dia tidak menyangka sambutan Maksu Dara begitu hangat sekali. Kasih sayang yang ditunjukkan tampak benar-benar ikhlas. Dia dapat merasakan itu.

"Ye, maksu. Sha takkan tinggalkan maksu lagi" ucap Nuraisha setelah pelukan terlerai.

"Maksu? Apa Sha merepek ni? Bukan maksulah. Ni mak. Sha kena panggil mak. Jangan panggil maksu. Sha ni pelupa betul! Ni kan mak Sha, apa pulak maksu?!" omel Maksu Dara dalam esak tangisnya.


Walaupun tidak memahami akan apa yang terjadi, namun Nuraisha hanya menurut saja. Dia mengangguk dan tubuhnya kembali dipeluk oleh Maksu Dara.


"Tu siapa?" tanya Maksu Dara apabila matanya bertembung dengan Farrhan dan Mia. Mia sudah sedar dari tidur tetapi masih digendong oleh Farrhan.


Fariq pula elok saja berada dalam dukungan Puan Normala.


"Ohh.. " Nuraisha melepaskan pelukan. Dia tersenyum lantas mengesat air mata.


"Tu suami Sha. Nama dia Farrhan"


"Suami? Segaknya suami Sha. Hensem, padan betul dengan Sha. Suami Sha, menantu maklah kan?"

Nuraisha mengangguk. Kemudian, dia meminta Mia daripada Farrhan. Mia menurut lantas mendekati mamanya.


"Ni Mia. Anak Sha"


"A...anak Sha?"


Nuraisha mengangguk.


"Cucu mak kan?"


Sekali lagi, Nuraisha mengangguk. Dia menggamit Puan Normala dan meminta Fariq pula. Puan Normala menurut.


"Ni pun cucu mak jugak. Fariq. Luth Fariq"


Maksu Dara tersengih. Dia meminta Fariq dari gendongan Nuraisha. Tersenyum manis bibirnya saat melihat wajah comel itu.


"Luth Fariq. Hensem. Sebijik muka ayah dia" puji Maksu Dara lalu menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Fariq.


Farrhan tersengih. Dia juga yakin, Fariq adalah anaknya. Jika Nuraisha tidak mahu berterus-terang kepadanya, dia akan menjalankan ujian DNA bagi membuktikan kesahihan tersebut.


Sempat juga Nuraisha melirik kepada Farrhan. Dalam hati, dia sudah mula berdebar-debar. Pasti ada banyak soalan akan ditanya oleh suaminya nanti. Dan dia harus bersedia untuk semua itu.

"SAMPAI bila kita nak macam ni? Abang dah mintak maaf kan? Abang sayangkan Sha ,cintakan Sha. Kenapa tak percaya lagi?"


Nuraisha tersentak saat Farrhan membahasakan dirinya 'abang'. Dia membatu, bahkan lidahnya juga kelu untuk terus berbicara. Fariq yang sudah lena diletakkan di dalam babycoat.

Mia pula sudah lena bersama Maksu Dara di biliknya. Sekejap saja anak itu mesra dan ramah dengan neksunya itu. Itu permintaan Maksu Dara sendiri. Katanya, dia ingin tidur bersama cucu perempuannya sementelah Fariq masih bayi. Jika tidak ,pasti dia mahu ditemani oleh Fariq juga. Nuraisha hanya menurut saja permintaan Maksu Dara itu.


"Sampai awak dapat buktikan yang awak tak bersalah. Kita dah bincang hal ni kan?"


"Takkan Sha tak percayakan abang? Kita dah pernah bersama dulu kan?" Farrhan cuba mengingatkan kembali akan hubungan mereka lima tahun yang lepas. Wajah Mia tiba-tiba muncul dalam benaknya. Itulah satu-satunya anak kandung mereka hasil dari perhubungan lampau mereka. Dan Fariq, dia yakin bayi kecil itu juga anak mereka.


Nuraisha menggigit bibir. Masakan dia lupa segala-galanya mengenai Farrhan. Lelaki itu cukup istimewa di hatinya. Malah, dia tidak mampu menerima sesiapa juga kerana lelaki itu. Tetapi halangan yang mendatang benar-benar membuatkan dia serik. Dia takut terluka lagi.


Farrhan bingkas bangkit dari katil dan mendekati Nuraisha yang kaku berdiri di sebelah babycoat milik Fariq. Pinggang Nuraisha dirangkul dari arah belakang. Pelukannya semakin dieratkan. Tangisannya berlabuh di atas bahu wanita yang amat dicintainya itu.


Seperti biasa, Nuraisha akan tetap menjadi kaku ketika tubuhnya disentuh atau dibelai oleh lelaki itu. Dia takut untuk membalas, walaupun hakikatnya hatinya senang dengan kelakuan suaminya itu.


"We've faced so many things in life. Now is our turn to live happily. Sha tak nak ke hidup bahagia?" pujuknya lembut. Haruman Nuraisha masih kekal harum seperti selalu. Membuatkan jiwa dan batinnya sentiasa meronta-ronta.

"Macam mana nak hidup bahagia kalau akan ada penghalang?" rintih Nuraisha, memaksudkan masalah Maira sebetulnya.


"Itulah dugaan kita. Kalau kita hadapi bersama, semua akan jadi mudah. Trust me sayang" Pipi Nuraisha dikucup.


"Fariq... dia..." Air mata Nuraisha sudah mengalir. Suaranya sebak. Terkenangkan nasib Fariq yang bakal hidup tanpa seorang ayah, hatinya benar-benar terasa pedih.

"Fariq anak kita. Tapi awak jugak ada anak dengan Maira. Dan saya tak sanggup nak berkongsi. Tapi dalam masa yang sama, saya tak sanggup nak tengok Fariq hidup tanpa kasih sayang dari seorang ayah" lirih Nuraisha dalam esak tangisnya. Dia pernah merasakan keperitan hidup tanpa orang tua di sisi. Dan dia tidak mahu Fariq merasakan keperitan itu juga. Dia ingin Fariq hidup dalam sebuah keluarga yang lengkap, namun dengan keadan mereka seperti itu, bisakah bahagia itu digapai?

Mendengarkan pengakuan dari Nuraisha, dada Farrhan terasa amat lapang. Benarlah dugaannya. Fariq memang anaknya. Hatinya cukup bahagia kerana dalam tak sedar, dia sudah mempunyai dua cahaya mata bersama Nuraisha. Mia dan Luth Fariq! Benih cinta yang terhasil dari hubungan mereka.


"Baby Athirah bukan anak saya dengan Maira" Farrhan membongkar kebenaran yang barusan diketahui melalui Jenny dan Doktor Faisal.

Selepas saja Maira datang berjumpanya dengan membawa Athirah tempoh hari, dia segera bertemu dengan Doktor Faisal dan membawa sampel rambutnya dan air liur milik Athirah. Dia membuat ujian DNA bagi memastikan hubungan di antara mereka berdua. Dan ternyata, ujian DNA mengatakan sampel tersebut tidak sepadan, sekaligus membuktikan bahawa Athirah bukan anaknya. Bahkan ujian DNA juga menunjukkan jikalau Maira bukanlah ibu kandung kepada Athirah, sebaliknya milik seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an.

Bukti yang ditunjukkan oleh Doktor Faisal itu disahkan dengan kebenaran yang baru ditemui oleh Jenny, juga pada hari yang sama. Melalui penyiasatan Jenny, Maira 'membeli' Athirah dari sebuah rumah anak yatim dan mengakui kalau Athirah itu anaknya.

Permainan yang cukup sempurna! Namun Maira lupa. Sealpa apapun manusia, akan ada Allah sebagai pengingat. Dan syukur, segala kejahatan Maira itu terbongkar sebelum dia melangkah lagi jauh.


"Mana awak yakin yang Athirah bukan anak awak dengan dia?" Nuraisha masih ragu-ragu, meskipun setengah dari hatinya mampu mempercayai lelaki itu.

"Okay. Let me show you something" kata Farrhan seraya mengucup pipi Nuraisha. Dia melepaskan pelukannya lantas berganjak ke almari. Ditarik keluar sekeping dokumen dari dalam beg pakaiannya.


"Sayang tengoklah ni" Dokumen tersebut diserahkan kepada Nuraisha.


Dokumen yang bertukar tangan itu dibaca oleh Nuraisha dengan teliti. Satu-persatu tulisannya dibaca. Keputusan ujian DNA di antara Farrhan dan Athirah tidak sepadan.


"Masih tak percaya lagi?" Farrhan mengeluarkan Iphone dari dalam kocek seluarnya. Kemudian, sebuah video dipertontonkan kepada isterinya.


"Ni video dari CCTV Rumah Anak Yatim Cahaya. Kat situ, sayang boleh nampak dengan jelas urusniaga di antara Maira dengan penjaga rumah anak yatim tu, Cik Cahaya. Urusniaga untuk mengangkat Athirah sebagai anak angkat Maira. Kalau bukti ni masih tak kukuh, esok kita balik KL. Jumpa dengan Cik Cahaya sendiri dan sayang dengar penjelasan dia"


Penjelasan Farrhan berserta bukti-buktinya cukup melegakan sekeping hati Nuraisha. Dia yakin, Farrhan tidak akan menipunya. Tetapi bagaimana pula dengan kes di rumah pelacuran itu?


"Sayang masih tak percaya?" tanya Farrhan saat melihat wajah mendung Nuraisha.


"Apapun, semua bukti ni masih takkan mampu menghapuskan dosa awak pada saya. Sebab awak jual saya pada Jimmy dan Kyle. Hidup saya hampir musnah di sana"

Farrhan mendengus halus. Dia tahu, hati Nuraisha masih takkan puas selagi dia belum membuktikan apa-apa. Sekadar bukti mengenai fitnah yang dibuat oleh Maira ,itu belum mencukupi bagi Nuraisha mempercayainya.


"Okey. Kalau abang dapat buktikan yang abang tak bersalah dalam kes pelacuran tu, will you forgive me? And accept me as well?" Kali ini, suara Farrhan serius, diiringi riak wajahnya.


Tatapan Nuraisha tetap pada wajah suaminya. Perlahan-lahan, dia mengangguk kepalanya. " Iya"


"Okey. I'll prove it to you"

"APA benda yang you merepek ni?! Ehh, you jangan nak main-mainlah Raz!"


Maira sudah mengamuk. Dia mendengus kasar sambil menghenyak punggung di atas katil. Bibir diketap dengan segala amarah yang mula berkumpul dalam sanubari.


"Aku tak tipu kaulah perempuan!!" Razlan menghambur kemarahan. Sakit dan penyakit bukan boleh dibuat main, begitu juga dengan ajal maut.


Dia tahu, masanya hanya tinggal sedikit. Untuk itu, dia harus jujur dan menjelaskan segala-galanya agar 'hutang' tersebut tidak dibawa mati! Dan Maira juga antara orang yang harus dimaklumkan!


"Arghhhh!!" Maira menjerit. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi esakan dari bibirnya. Dia menarik rambut berkali-kali. Musnah sudah segala impiannya untuk memiliki Farrhan. Bahkan untuk hidup dengan mana-mana lelaki juga tidak mungkin terjadi.


"Kenapa? Kenapa you buat I macam ni? Tsk..tsk..." rintih Maira dalam tangisannya. Baru kini dia benar-benar menyesali segala perbuatan di atas pergaulan bebasnya.


"Kau ingat, aku mintak ke sakit ni bodoh?! Benda dah jadi, apa yang aku boleh buat?" Radang Razlan dengan wajah ketatnya.

Sejak didiagnosis dengan sakit HIV, dia tahu dia sudah tidak punya harapan lagi. Masa depannya juga semakin gelap dan kelam. Tiada apa yang mampu diharap dengan keadaannya seperti itu. Wang berjuta ringgit dan perempuan-perempuan seksi pun tidak akan mampu menolongnya lagi.

Kini dia hanya hidup dengan menunggu masa untuk mati! Menyesal? Semuanya sudah terlambat. Ubat-ubatan apa jenis sekalipun takkan mampu menyembuhkan dia kerana tiada penawar untuk sakit HIV.


"Takkk! Takkk!! Aku tak nak mati! Aku tak nak mati disebabkan sakit tu!! Takkk!!" lirih Maira sambil menggeleng kepala.


Dia tahu, risiko untuk dijangkiti HIV juga sangat tinggi kerana dia pernah bersama Razlan. Kadang-kadang, jika ada waktu terluang, mereka akan menghabiskan masa di atas ranjang, menikmati keseronokan dunia yang penuh fana.


"Ma...macam mana you boleh kena HIV?" tanya Maira. Dia masih dalam keadaan terkejut. Terlalu payah untuk mempercayai kata-kata lelaki itu.


"Apasal kau tanya?" sergah Razlan dalam emosi yang tak mampu dikawal. Dia terimbau akan pergaulan di luar sana. Ketika dia masih sihat dan dia merasakan dia punya segala-galanya, aturan dunia dan akhirat tidak lagi dihiraukan. Bahkan dengan beraninya dia mengerjakan segala amalan mungkar di dunia dan meninggalkan suruhan Allah.


Jika dikira-kira, terlalu banyak perempuan di luar sana yang telah ditidurinya. Semua perempuan tersebut, tanpa ada latar belakang yang jelas, dinodai dengan rasa puas. Dan yang paling teruk sekali, dia juga pernah menjalinkan hubungan seks dengan kaum sejenis. Bahkan berkali-kali perbuatan terkutuk itu diulang.


Tidak puas dengan perempuan, dia jadikan lelaki pula sebagai tempat melepas nafsu. Malah, dia rasa bangga saat berhubungan intim seperti itu.


"Perempuan dan lelaki. Semua tu pernah berhubungan dengan aku! Cehhh!! Diorang yang sebar penyakit tu kat aku!"


Razlan mengutuk dalam geram. Walaupun memang sudah jelas salahnya, namun dia tetap ego untuk mengakuinya.


"Whatt???!" Maira tersentak dengan pengakuan jujur dari mulut lelaki itu. Jika Razlan menjalinkan hubungan intim dengan kaum wanita, dia masih boleh menerimanya. Tetapi dengan kaum sejenis? Sangat tak masuk akal!


"You dah gila ke? Kenapa you buat macam tu? Kenapa? Kenapa you musnahkan hidup I?" Maira sudah berdiri di hadapan Razlan. Berkali-kali dada itu dipukul dengan linangan air mata yang setia dari tadi.


Dia benci dengan sikap egois Razlan itu. Dia benci dengan semua yang terjadi. Dia tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Dia bersih! Dia yakin, dia takkan terkena penyakit seperti Razlan. Lagipula, pergaulannya tidaklah seteruk lelaki itu.


Dia hanya meniduri lelaki, dan tidak pernah berhubungan intim dengan sesama jenis. Jadi dia begitu yakin nasibnya takkan seperti Razlan.


"Kau tumbuklah sampai pecah dada aku sekalipun, takkan mampu ubah apa-apa! Kau dah terkena sama macam aku" omel Razlan sambil ketawa besar.


"Takkk! I bersih. I takkan kena macam you"


"Macam mana kau yakin? Kalau pun kau tak pernah ada hubungan dengan kaum sejenis, macam mana kau boleh pastikan lelaki-lelaki yang pernah tidur dengan kau tu sihat? Macam aku! Kita dah banyak kalilah tidur bersama, tapi kau tengok aku! Aku sakit!!"


"Takkk! Takkk!! A...aku bersih.. aku bersih" Maira tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Dia berlari keluar dari rumah sewa Razlan tanpa menoleh ke kiri dan kanannya.


Akibat terlalu memikirkan kejadian yang menimpa Razlan, dia tidak sempat mengelak apabila ada kereta melanggarnya dari arah depan. Yang malangnya lagi, tubuh badannya turut dilanggar oleh sebuah motorsikal dari arah bertentangan.


Darah memercik keluar dari arah mulutnya. Pandangannya mulai gelap dan perlahan-lahan, matanya terkatup rapat.

"SEKARANG Sha percaya cakap abang kan? Surat tu ditulis oleh Razlan sendiri. Dia dah mengakui semuanya dalam surat tu"


Surat yang dibaca oleh Nuraisha, ditinggalkan di atas katil. Dia duduk di birai katil sambil termenung jauh. Kini semua kebenaran sudah terungkap. Farrhan tak pernah mengkhianatinya. Farrhan tak pernah juga menganiayanya. Semua itu rancangan Razlan dan Maira dalam diam. Justeru, untuk apa lagi dia menyembunyikan hati dan perasaan?

Cinta Farrhan kepadanya masih utuh seperti dulu. Dan cinta itu semakin kuat dengan kehadiran Fariq sebagai penyeri rumah tangga mereka. Sebak yang cuba dikawal akhirnya terlepas jua. Dia menangis dalam kegembiraan dengan semua kurniaan Allah yang satu itu. Bahagia bakal menjadi miliknya. Benar kata Kak Laila, jika dia bersabar, Allah akan memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya kepadanya.


Melihatkan kesenyapan Nuraisha, hati Farrhan jadi walang pula. Dia tak suka jika Nuraisha berdiam diri seperti itu. Punggungnya dihenyakkan bersebelahan dengan Nuraisha. Dagu Nuraisha dipaut. Tatapan mata Nuraisha dibawa dalam anak matanya. Di situ, jelas terpancar sinaran cintanya yang kuat dan semakin kukuh hanya buat sang isteri.


Mereka berpandangan agak lama. Jika bibir tak bisa mengungkapkan kata-kata cinta, biarlah tatapan mata syahdu yang membicarakannya.


Gelojak di jiwa tak mampu tertahankan lagi. Belaian dan sentuhan Farrhan sangat mengasyikkan. Hati yang menjerit itu kepingin kasih sayang dari lelaki yang dia cintai.


Nuraisha membalas renungan Farrhan. Lantas, dia mensasarkan bibir milik Farrhan. Tanpa bicara, Farrhan membalas seruan cinta dari sang isteri. Tubuh Nuraisha dibawa ke ranjang.

"Sayang..." Tak sempat Farrhan berkata-kata, bibirnya dikucup lagi.

"I want...you..." bisik Nuraisha penuh asyik dan menggoda. Setiap sentuhan lelaki itu melemahkan anggota badannya.


"Sayang...sayang dah ready?" Meskipun hatinya juga tergoda dengan Nuraisha, namun dia tidak mahu terlalu gelojoh. Dia bimbang jika Nuraisha rasa terpaksa dengan hubungan yang bakal mereka lestarikan itu.


"Ya" sahut Nuraisha berserta anggukan di kepala. Leher Farrhan dipaut.


Senyuman nakal mula bergentayangan di wajah Farrhan. Mendengarkan persetujuan dari Nuraisha, sudah cukup membuat hatinya terbuai indah.


Bibirnya mula singgah di seluruh wajah Nuraisha. Bahkan seluruh anggota badan Nuraisha mula diraba. Satu-persatu pakaian Nuraisha turut ditanggalkan. Desahan demi desahan dari Nuraisha menghairahkan jiwanya.


"I love you" Nuraisha berbisik di cuping telinga Farrhan.


"I love you too" balas Farrhan dengan suara romantik.


Tak menunggu lama, dia mempertemukan miliknya dengan milik Nuraisha bersama. Bersatulah mereka dalam rasa cinta yang semakin kukuh dalam hati. Tidak seperti sebelumnya, hubungan itu terjalin atas dasar paksa dan dendam. Kini, Nuraisha bahagia diladeni begitu oleh sang suami.


Dan dia ,bukanlah lagi isteri yang tak diinginkan oleh suami. Dialah satu-satunya isteri yang akan kekal menjadi milik suaminya buat selama-lamanya.

SEBULAN KEMUDIAN...

"APA sebenarnya yang terjadi pada maksu saya? Kenapa selama ni dia tetap anggap saya ni anak dia? Padahal saya dah tunjuk gambar Adira pada dia. Tapi dia tetap menafikan yang Adira tu anak dia. Dan dia sendiri cakap yang dia tak kenal Adira"


Luah Nuraisha kepada Doktor Faisal. Selama tempoh sebulan itu, dia telah menggunakan pelbagai cara untuk menyembuhkan ingatan Maksu Dara yang seperti menghidap amnesia itu.


Segala gambar dan barang kepunyaan Adira ditunjukkan kepada Maksu Dara tetapi wanita itu tetap tidak mengenali Adira lagi. Nama Adira seolah-olah sudah lenyap dalam hidupnya. Nak dikatakan dia hilang ingatan, elok saja dia kenal siapa Nuraisha dan orang lain di sekelilingnya.


"Maksu saya bukan amnesia kan?"


"Bukan. Tapi dia menghidap penyakit yang lebih teruk dari tu"


Farrhan dan Nuraisha saling berpandangan.


"Meaning?" tanya Farrhan pula.


"Memory suppression trauma. Ever heard of it?"


Kedua mereka menggeleng kepala dengan pertanyaan Doktor Faisal.


"Dia lebih kurang macam amnesia jugak. Tapi yang ni lebih teruk lagi. Sebab kita tak tahu berapa jangka masa yang diperlukan untuk sembuh"


"Saya makin tak fahamlah doktor" luah Nuraisha dengan keluhan panjang. Walang pula hatinya mendengar sakit yang menimpa Maksu Dara itu.


"Okey. Saya terangkan" ujar Doktor Faisal dengan senyuman.


"Memory suppression trauma ni ada kaitan dengan unwanted memori. Which means, memori yang kita tak nak dan kita mampu untuk tolak. Dalam hidup kita ni, kita banyak simpan kenangan manis dan pahit. And of course, tempat untuk simpan semua kenangan tu adalah di otak"


"Dalam banyak-banyak kenangan tu, pasti ada satu atau lebih kenangan yang kita tak nak ingat atau kita nak buang terus. Dan itu yang terjadi pada maksu awak"


Penerangan Doktor Faisal sedikit sebanyak mula difahami oleh Nuraisha. Dia mula mengaitkan perkara yang berlaku dalam hidup Maksu Dara baru-baru ini dengan penyakit tersebut. Dan semuanya berkait rapat dengan Adira. Jadi adakah itu bererti Adira adalah kenangan yang ingin dihapuskan oleh Maksu Dara?


"Maksud doktor. Ada satu kenangan dalam ingatan maksu yang dia ingin buang? Dan sebab tu dia anggap Aisha anak dia?" Farrhan aju soalan pula. Dia juga sudah mula memahami penerangan Doktor Faisal itu.


"Exactly! And as far as I know, I can assure that you both know what is that" teka Doktor Faisal.


Farrhan mengerut dahi. Siapa pula kenangan yang ingin Maksu Dara buang?


"Adira" sahut Nuraisha. "Maksu nak buang Adira dalam kenangan dia"


"Checkmate!!" sampuk Doktor Faisal lagi. Kedua mereka mula menerima penerangannya dengan baik.

"Ada satu kajian yang dibuat oleh para saintis mengenai penyakit ni. Sesiapa yang menghidap penyakit ni akan berusaha untuk membuang sebahagian daripada ingatan dia, yang mana ianya adalah kenangan pahit. Kenangan yang pernah menjadi istimewa dalam hidup dia tetapi oleh kerana tertekan dengan kenangan tersebut, otak dia tak mampu nak terima. Dan dari otak tu, pesanan tu dihantar ke hati. Dan di situlah segalanya bermula"


"Atau dalam erti kata lain, maksu awak cuba nak pesongkan fikiran dan ingatan dia dari terus mengingati benda yang menyakitkan dia. So, yes. This trauma is real. Bila dia dah dapat hilangkan ingatan mengenai perkara yang menyakitkan, dia takkan percaya walau sejuta orang meyakinkan dia. Samalah macam kes awak"


"Awak cuba bagitahu dia siapa Adira. Bahkan awak tunjuk gambar dia, barang kepunyaan dia tapi maksu awak tetap tak percaya sebab brain dia dah set awal-awal yang Adira tu tak wujud. Kalau wujud sekalipun, Adira tu takde kena-mengena lagi dah dengan dia"


Nuraisha membisu. Segala penjelasan Doktor Faisal dicerna dengan baik dalam otak. Kasihannya Maksu! Dia dah tak kenal anak sendiri lagi.


"Maksu boleh sembuh ke?" tanya Farrhan pula. Jari-jemari Nuraisha digenggam erat.


"Takde kajian saintifik yang boleh dirujuk mengenai perkara ni. Sebab pesakit dengan penyakit ni boleh menyebabkan kesan buruk"


Pandangan Nuraisha tertumpu pada doktor muda di hadapannya itu.


"Penyakit ni boleh menyebabkan depression, stress yang melampau dan lebih teruk lagi..." Doktor Faisal memandang kedua mereka lalu menyambung "Boleh sampai ke tahap gila"


Demi mendengarkan itu, air mata Nuraisha jatuh berguguran ke pipi. Satu lagi kenyataan yang amat sukar untuk diterima.


"Pesakit mungkin sukar untuk sembuh sebab dia dah melalui fasa kenangan yang teruk yang boleh memberikan effect pada diri dia. Tapi, dia boleh terus dirawat dengan sokongan psikologi. Bagi lebih kasih sayang dan perhatian pada dia. Dan kalau dia anggap awak anak dia, teruskanlah hidup dengan anggapan tu. Kalau tak, dia akan meroyan dan..."


Nuraisha mengangguk kepala. Dia menyetujui kata-kata Doktor Faisal. Sebolehnya, apa sahaja akan dilakukan bagi kesembuhan Maksu Dara. Dan jika wanita itu tetap seperti itu, Nuraisha tidak akan membuangnya dari hidup. Dia tidak punya keluarga lain selain Maksu Dara dan Adira. Dia akan menjaga Maksu Dara seperti sebelumnya kerana dia yakin Adira akan kembali ke pangkuan mereka suatu hari nanti.

USAI saja pekerjaannya di pejabat guaman itu, Naura menerima panggilan telefon daripada Nuraisha. Dia mengukir senyum sebelum menjawab panggilan dari kakak iparnya itu. Syukur, Farrhan dan Nuraisha kembali bersatu sejak sebulan yang lalu. Penyatuan kali ini amat bermakna dengan kehadiran si comel Fariq dan si celoteh Mia.


Dan segala kebenaran mengenai Mia juga sudah terbongkar. Apabila dikhabarkan berita itu, Nuraisha sempat pengsan kerana dia hampir tidak mempercayainya. Anak yang tidak diketahui kewujudannya selama ini rupa-rupanya sentiasa di sisinya.


Namun dia tetap bersyukur kerana Nuraisha menyambut baik kehadiran Mia di dalam hidupnya. Kini lengkap sudah keluarga kecil mereka. Dia tumpang senang kerana usahanya untuk menyatukan mereka akhirnya berhasil.


"Ya kak ngah?"


Naura mendengar dengan teliti suara di hujung sana berbicara. Sekali-sekala, dia berdehem. Dan wajahnya tiba-tiba serius tatkala isu itu dibangkitkan.


"Eeee Naura tak naklah! Naura tak bersedia. Apa kak ngah ni?!" gerutu Naura, sekaligus tidak berpuas hati dengan sikap melulu Nuraisha dan keluarganya.


"Naura mungkin dapat larikan diri dari kak ngah dan mama. Tapi dari angah, mintak maaf ye? Semua ni dah diatur dan Naura kena terima" Nuraisha sudah tergelak di hujung talian.


Bibir Naura sudah muncung sedepa. Serentak itu, keluhan berat terhembus jua. Ini yang paling dia pantang ni! Dia belum bersedia untuk berumah tangga dan menjadi seorang isteri. Dia masih ada kerjaya dan impian yang ingin dikejar. Lagipula, dia seorang yang workaholic! Dan sangat mustahil untuknya menjadi seorang isteri yang solehah untuk suaminya.


"Naura kenal-kenallah dulu. Nanti dah berkenan ,langsungkan terus. Anggap je dah sampai seru" risik Nuraisha lagi.


"Takde maknanyalah kak ngah!" Naura sudah merajuk dengan kakak iparnya itu. Biasanya mereka sebulu dalam banyak hal. Namun kenapa kali ini Nuraisha seperti tidak menyebelahinya?


"Naura kenal ke lelaki tu?" tanya Naura, inginkan kepastian. Yelah, walaupun dia tak bersedia dengan perkahwinan aturan ini, namun takkanlah semudahnya dia menerima lelaki itu. Buatnya dia menikahi suami orang, tak ke naya?! Eeee!!


"Kenal. Kenal sangat-sangat" jawab Nuraisha dengan riang.


Naura diam. Kenal? Siapa erk? Seingat dia, dia tidak mempunyai banyak kenalan lelaki. Yang ada pun, rakan sekerja dan satu universitinya dulu. Tetapi semua sudah berumah tangga. Arghhh, peninglah nak fikir!!


"Tak payah nak fikir banyak sangat. Balik rumah, siap-siap, rombongan nak datang malam ni jugak"


"Hahhh??!"

KETIKA di tempat parking kereta, dia terkejut melihat insan yang berdiri di hadapannya itu. Lidahnya kelu dan tubuhnya tiba-tiba mengeras. Lelaki yang sudah berjambang itu tersenyum kepadanya. Satu demi satu derap kaki melangkah mendekatinya.


"Naura sihat?" Samsul memulakan bicara. Dia hampir tergelak kerana melihat riak Naura yang kaget semacam itu.


"Alhamdulillah" sahut Naura perlahan. Dia meneruskan langkah menuju ke Alza hitam miliknya. Kenapa dia ada kat sini? Buat aku hilang nafas je! Jangan-jangan dia kot yang nak datang malam nanti?! Tiba-tiba je tunjuk muka kat sini!


"Baguslah"


Naura mengurut dada tatkala Samsul sudah berdiri di belakangnya dengan bisikan di telinga. Dia segera menjarakkan dirinya kerana tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi. Sementelah hanya mereka berdua di situ, dan tempatnya juga gelap dan agak terpencil.


"Sam datang sini nak jumpa siapa ye?"


"Nak jumpa awak. Lama dah tak jumpa. Rindu" luah Samsul dengan perasaan jujur.


Naura terpana. Rindu? Dulu aku jugak yang kau buang. Mentang-mentanglah aku yang gatal kejar kau, huhh!!


"Okeylah Samsul, saya nak balik ni. Ada pertemuan keluarga. Saya tak dapat nak lama-lama kat sini" Naura pamit. Sebenarnya, lebih kepada melarikan diri. Lelaki itu sudah cukup mengecewakannya. Dan dia tidak mahu merasa kesakitan itu untuk kali yang kedua.


Pintu kereta yang Naura buka, ditutup kembali oleh Samsul. Dia menghadang langkah Naura dengan bersandar elok pada daun pintu kereta.


Naura mendengus. Hishhh, apa bendalah lelaki ni?!


"Awak nak apa sebenarnya ni? Saya takde masalah nak main-main. Saya dah lambat ni, tau tak?"


"Saya nak ajak awak kawen"


Sepotong ayat itu bisa buat tubuh Naura direnjat elektrik. Dia salah dengar ke atau Samsul yang sudah gila? Sudah gila kerana membuat dia hampir gila juga!


"Please, jangan main-mainkan saya macam ni. Saya tak suka" adu Naura dengan riak dan suara serius.


"Awak ingat saya main-main ke? Saya serius bila saya ajak awak kawen" Nada dan wajah Samsul juga berubah serius. Setelah berjauhan dari Naura, baru kini dia tahu erti cinta. Baru kini dia faham betapa ikhlasnya perasaan Naura terhadapnya. Namun dia saja yang bodoh, tak tahu nak menghargai sekeping hati itu.


Naura mendengus perlahan. Kemudian, dia tertawa kecil. Lelaki yang pernah menolak dan mengecewakannya kini kembali menagih cintanya. Siap dengan lamaran lagi! Untuk apa?


"Saya tahu, awak masih marahkan saya. Sebab tu nombor saya awak dah block" Samsul juga baru menyedari itu. Dia tidak bisa menghubungi Naura kerana gadis itu telah menyekatnya dari ruang kontak. Gara-gara itulah dia mengambil langkah seberani ini, menemui Naura sendiri dan berbicara empat mata dengannya.


"Saya tahu, saya dah buang awak mentah-mentah. Saya tak hargai perasaan awak. Saya buat awak macam sampah. Saya lukakan hati awak. But I've come to my sense! Saya sedar yang cinta awak lagi besar dari cinta saya pada Aisha sebelum ni. Saya kembali sebab saya nak bahagiakan awak, Naura. Please give me that chance"


Naura memeluk tubuh. Kalau dulu, setiap kata-kata itu diungkapkan, mungkin dia akan menangis kegembiraan. Namun kini, kata-kata tersebut tak ubah seperti desiran angin. Yang sekejap datang, dan berlalu begitu saja. Dia kini lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri. Dia tidak berani untuk terus mengikat diri dengan Samsul kerana dia tahu, masih ada cinta buat Nuraisha di hati lelaki itu. Enaknya mencintai diri sendiri daripada terikat dalam sebuah hubungan yang tak pasti hala tujunya.


"Dulu, awak pernah bagitau saya yang awak takkan mampu lupakan Aisha. Dan takde sorang wanita pun yang mampu menyaingi pesona dia. Masa awak cakap macam tu, awak tak pernah sedar yang awak dah sakiti hati saya. Saya masih mengejar awak sebab saya yakin, awak akan nampak cinta di mata saya. Tapi sayang, cinta tu tak pernah mampu menembusi hati awak"


"Saya pernah cintakan awak. Tapi itu dulu. Dan sekarang, saya lebih selesa macam ni. Saya belajar untuk menyayangi, mencintai dan memberi keutamaan kepada diri saya sendiri. Sebab saya sedar,bila semua orang menjauh dari saya, takde siapa yang akan sayangkan saya kecuali diri saya sendiri"


"Kalau dulu awak ungkapkan kata-kata tu, hati saya mampu menerima awak. Tapi sekarang, saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tak nak terjebak dengan perasaan awak lagi. Cukup sekali segala rasa tu saya alami. Go find your own happiness, if not try to love yourself"


Naura berlalu ke dalam kereta dan meninggalkan Samsul di situ. Dalam hatinya berdetak, masakan Samsul yang akan membawa rombongannya malam nanti?

SETELAH perbincangan dan kata sepakat diambil, dan Naura pun bersetuju, akhirnya majlis perkahwinan sudah ditetapkan bersama tarikh dan masa. Majlis itu akan berlangsung lagi dua minggu dari tempoh sekarang. Kalut dua belah pihak keluarga dengan keputusan mendadak dari bakal pengantin lelaki itu. Alasannya, dia tidak mahu Naura terlepas ke tangan lelaki lain lagi. Risau tak sudah dia setelah Naura pernah membisu dengan kata-kata cintanya.


Kali ini, tekad diambil dengan langkah yang berani. Belum pernah dia menyuarakan perasaan dan keinginan untuk berkahwin sebelum ini kerana terlalu komited dengan kerja. Umur pula sudah masuk 34 tahun. Kalau tak kahwin lagi, alamatnya menjeritlah Datin Rahayu dengan anak bujangnya yang satu itu.


Tiga buah kereta dengan rombongan merisik sekaligus menetapkan tarikh perkahwinan sudah berangkat pergi dengan sambutan yang meriah dan positif. Mana tidaknya ,keluarga belah pihak pengantin lelaki terlalu ramai. Itu tak kira lagi sepupu sepapat, sedarat selautan! Majlis perkahwinan sudah pastinya grand dan meriah!!


"Rombongan pengantin lelaki dah balik. Yang pengantin lelaki pulak, masih kat sini, apa cerita? Takkan dah tak sabar kot?" perli Farrhan, sengaja mengusik bakal adik ipar.


Tidak disangka, selama setahun doktor muda itu bertugas menjaganya, rupa-rupanya dia berjaya menangkap panahan asmara dari mata Naura. Takde angin, takde ribut, Doktor Faisal menyatakan hasrat untuk menyunting Naura sebagai miliknya yang sah. Dia apa lagi, mendengarkan khabar baik itu, hatinya terus dilambung bahagia.


Dia tahu fiil dan perilaku Doktor Faisal semacam apa. Dan dia yakin, lelaki itu mampu menjaga Naura sebaik mungkin.


"Janganlah main perli-perli angah!" Giliran Doktor Faisal pula mengusik.


"Amboi, belum apa-apa lagi dah panggil angah ye?"


"Practise makes perfect!" sahut Doktor Faisal dengan riang. Mana tak riangnya, gadis idaman bakal menjadi miliknya. Selama ini, dia menahan hati dengan sikap acuh tak acuh Naura itu. Kali ini, biar dia buat kejutan sedikit. Dan iya, memang Naura terkejut dengan surprisenya itu.

Selama ini, dia main tak layan saja bila Naura mendekat. Sajalah tu, nak jual mahal sikit! Tapi dia jugak yang gelabah bila terlihat Naura didekati oleh lelaki lain. Tu yang sampai masuk meminang tu. Maunya tak terkejut si dia tu! Dulu tak nak, sekarang terhegeh-hegeh pulak! Tapi dia tak kisah asalkan hasrat untuk memiliki Naura tercapai, yang lain tu dia tak ambik peduli dah.


"Okeylah bro. Aku nak masuk dalam dulu. Anak aku dah panggil tu. Baik-baik sikit, aku perati dari jauh" pesan Farrhan sebelum meninggalkan Doktor Faisal di situ.


Naura muncul dengan wajah murungnya. Dia lihat wajah Doktor Faisal bersahaja, lagilah dia sakit hati!


"Suka kan, buat surprise macam ni. Nasib takde sakit jantung, kalau tak..."


"Kalau tak, abang Faisal kan ada? Apa susah, abang Faisal kan doktor" cantas Doktor Faisal sambil mengenyit matanya. Terlerai rasa rindu saat menatap wajah itu. Tadi semasa mereka berbincang, Naura kalut sembunyikan diri di dapur. Geli hati pula dengan sikap tak cemerkap Naura itu! Dia datang nak merisik, bukan nak ajak dia berperang!


"Yelah tu!" gerutu Naura sambil memeluk tubuh. "Kenapa tiba-tiba?"


"Kenapa tiba-tiba?" Doktor Faisal ulang pertanyaan Naura.


Naura geram, apatah lagi soalannya dianggap gurauan oleh doktor muda itu. Wajahnya pula, dari tadi tersengih, tersenyum, gelak sorang-sorang! Dulu takde pulak macam ni!


"Sejak awak cakap awak nak sayang dan cintakan diri sendiri. Dan nak beri keutamaan pada diri awak dulu. Sejak tu, saya rasa saya tak boleh lepaskan peluang lagi"


Naura kaget. Dia ingat kata-kata itu. Tadi siang, kata-kata itulah yang diucapkan kepada Samsul. Tetapi bagaimana pula Doktor Faisal yang segak itu tahu?


"Jangan terperanjat sangat. Saya nak jumpa awak tadi, tapi tengok ada lelaki sedang bercakap dengan awak. So saya pun pergilah intai"


Kali ini, Doktor Faisal menukar nada suaranya. Dari biasa ke riak yang lebih serius. Wajah Naura ditatap.


"Lagipun saya tak nak awak terus hidup dalam bayang-bayang kelukaan awak sendiri. You deserve the happiness and let me be a shadow to your light. Saya nak pimpin awak di setiap langkah dan jalan yang awak ambil. We can complete each other. Saya takdelah romantik sangat and nak cakap ayat-ayat manis ,because that's not me. Tapi saya ikhlas nak memperisterikan awak, Naura Saffiya Tan Sri Firman"


Luahan ikhlas daripada Doktor Faisal itu menyentakkan hatinya ,lebih-lebih lagi setelah nama penuhnya meniti di bibir itu. Dia semakin yakin, Allah sudah mempersiapkan yang terbaik untuknya.

"ANAK mama nak susu ye? Haus ye sayang?" Fariq yang sedang mengongoi di dalam babycoat diriba dan disusukan di birai katil.


Sambil menyusu, dia menepuk-nepuk punggung Fariq dengan perlahan. Bibirnya menggumam dengan irama syahadah. Biasanya, jika dinyanyikan atau diperdengarkan lagu itu, Fariq akan mudah tertidur.


Nuraisha tersenyum saat mengingati segala yang telah berlaku dalam hidupnya. Tidak disangka, perjalanan hidupnya penuh onak dan duri. Segala keperitan dan kepayahan sudah dilalui. Tak pernah sekalipun dia berhenti berdoa agar kebahagiaan menjadi miliknya.


Dan berkat kesabarannya, Allah mengurniakan semua kehendaknya dalam satu masa. Farrhan kembali ke sisinya. Hidupnya semakin bahagia dengan kehadiran Fariq dan Mia yang selama ini merupakan anak kandungnya. Ditambah pula dengan penerimaan Maksu Dara. Wanita itu semakin sayang dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Meskipun Maksu Dara hidup dengan menganggap dia sebagai anaknya ,namun dia tidak kisah. Yang penting, kasih sayang seorang ibu dapat dirasai. Kesihatan Maksu Dara juga semakin membaik. Kini, dengan bantuan Farrhan, maksu sudah berjaya membuka kedai makannya sendiri yang diberi nama Selera Mersing di bandar metropolitan itu.


Naura pula, tak lama lagi nak bergelar isteri orang. Jenuh juga memujuk Naura untuk berkahwin, tetapi alasannya tetap sama. Dia sibuk kerja dan tak mahu fikir pasal perkahwinan. Tetapi aura Doktor Faisal itu lain macam lagaknya. Kalau tidak, macam mana Naura boleh bersetuju?


Lain pula kisahnya dengan Naira. Kini, dia bekerja sebagai setiausaha syarikat dan bersama-sama Farrhan memajukan syarikat itu. Meskipun syarikat atas namanya ,namun kuasa mutlak diberikan sepenuhnya kepada Farrhan. Kisah dua beradik itu adakalanya mencuit hati. Jika di rumah, Farrhan mesra sangat dengan Naira. Namun sikapnya berbeza ketika di tempat kerja. Pantang ada kesilapan sedikit, pasti diherdiknya Naira itu. Untung saja Naira itu jenis cekal dan tak cepat melatah. Kalau tak, dah lama dia tinggalkan syarikat tu!


Samsul? Dengar khabar, dia sudah berhenti kerja sebagai pegawai polis. Kini dia menyambung pelajaran di German. Tapi lebih dari itu, Nuraisha tahu. Samsul menjauhkan diri dari Naura kerana cintanya ditolak oleh gadis itu. Apa boleh buat, soal hati siapa boleh memaksa?


Ingat lagi kisah mengenai lelaki yang selamatkan Laila dan perempuan lain di rumah pelacuran tu? Rupa-rupanya, lelaki itu adalah Sufian. Menurut cerita Sufian, dia melakukan semua itu kerana ingin menebus dosanya terhadap Nuraisha selama ini. Dia bersalah kerana memisahkan Nuraisha dari Mia sekaligus menyebabkan nyawa Haikal melayang. Dia tak mahu mana-mana gadis menerima nasib yang sama seperti Nuraisha. Bahkan kini Sufian sudah berjaya membuka klinik sendiri dan rumah kasih untuk gadis-gadis yang hamil luar nikah. Semua pahala yang mengalir disedekahkan untuk arwah Hanis dan Haikal di alam sana.


Razlan pula telah selamat kembali kepada Ilahi dua hari yang lepas. Tak sempat bertaubat, dia pergi meninggalkan dunia fana dengan dosa yang mengikat jiwa. Kematiannya juga amat ngeri. Darah tak habis-habis mengalir keluar dari arah kemaluannya. Dan menurut pihak yang menguruskan jenazahnya, alat sulit arwah juga penuh dengan bisul dan sangat berbau. Allah! Mendengarkan itu, hati Nuraisha menjadi taubat. Hubungan seks yang dijalinkan antara perempuan dan sesama jenis akhirnya memakan diri Razlan sendiri. Benarlah kata para alim ulama, balasan Allah itu nyata. Allah menciptakan setiap dari kita berpasang-pasangan, namun berpasanganlah dengan kaum berlawanan. Kerana setiap ciptaan Allah itu sangat unik dan saling melengkapi.


Nasib Maira juga sama.Dia meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sebulan yang lepas. Dia tidak sempat dikejarkan ke hospital kerana meninggal pada waktu kejadian.


Semua kejadian yang pernah terjadi sungguh menginsafkan Nuraisha. Setiap satu daripadanya mempunyai iktibar yang tersendiri. Yang pasti, setiap kebaikan yang disertakan kesabaran akan diberikan ganjaran oleh Allah. Dan untuk segala kejahatan, akan ada balasan yang menanti. Tak di dunia, pastinya di akhirat yang kekal abadi.


Cuma kini, dia masih risaukan nasib Adira di luar sana. Begitu banyak usaha dikerah bagi mencari dan menjejak Adira namun semuanya tidak membuahkan hasil. Entah ke mana Adira menghilang, hatinya sedih setiap kali terkenangkan itu. Dia yakin, Adira masih hidup kerana pewarisnya sudah ada di sini.


"Jauh menung mama Fariq ni"


Tanpa sedar, Farrhan sudah duduk di belakang Nuraisha. Dari tadi dia perhatikan isterinya tanpa disedari oleh Nuraisha. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya. Ini pasti memikirkan hal Adira lagi!


"Abang..." Nuraisha gugup saat suaminya muncul tiba-tiba. Apatah lagi dengan bahagian dadanya yang terdedah kerana menyusui Fariq. Cepat-cepat dia menutup bahagian itu dengan selimut namun sepantas itu juga Farrhan menepisnya.


"Abang nak tengok" luah Farrhan sambil matanya melekap pada wajah Fariq.


"Haaaa??" Mata Nuraisha terjegil. Malu pula tatkala Farrhan meluahkan hasrat itu.


"Abang nak tengok sayang susukan Iq. Dulu masa kecik-kecik, abang pun selalu menyusu dengan mama. Tapi teringin pulak nak tengok macam mana seorang bayi menyusu dengan ibu dia"


Nuraisha telan liur. Pulak dah! Dia segan sebenarnya walaupun seluruh tubuh badannya selalu dilihat oleh Farrhan.


"Bolehlah sayang" pinta Farrhan dengan senyuman lebar di wajah.


Nuraisha sembunyi wajah. Dia benar-benar malu. Namun dia mengangguk juga perlahan-lahan.


Respon Nuraisha mengundang kesenangan di hati Farrhan. Dia mendekatkan jarak mereka dan memeluk pinggang Nuraisha dari arah belakang. Dagunya sengaja dilentokkan di atas bahu isterinya. Asyik dia menikmati pemandangan indah itu. Terasa indah perasaannya ketika itu.


"Terima kasih sayang. Untuk kebahagiaan ini" Pipi dan dahi Nuraisha dikucup berkali-kali.


Dia... isteri yang sentiasa aku inginkan dalam hidup ini dan untuk selamanya.

done bab terakhir. tp mesti korang tertanya2 apa jadi pd adira kan? so, stay tuned sbb kiki akan update satu lagi bab pasal misteri kehilangan adira. jgn risau, yg kali ni betul2 last chapter punya. kiki tak larat nak sambung lagi, so kiki cerita pd bab last ye ;) happy reading gaisss

Share this novel

Lisa Halik
2022-02-05 23:20:05 

nasib kaulh samsul,

rimatanti
2021-09-04 08:02:29 

tq kiki.. jln cerita yg best..

Hawani Hashim66
2021-09-04 01:38:37 

tq kiki


NovelPlus Premium

The best ads free experience