21

Other Completed 493332

DARI jauh, Razlan memerhatikan kedua insan itu. Penumbuknya digenggam erat. Wajahnya menyeringa. Hatinya berang melihat kemesraan Nuraisha dan Firash. Baginya, Firash tidak layak berada di samping gadis itu. Firash adalah anak yang menumpang kemewahan Farrhan, justeru kenapa harus dia yang bernasib baik?

Tidak! Dia tidak akan sesekali membenarkan Firash mendapatkan Nuraisha. Dia harus mengatur rancangan agar Nuraisha jatuh ke dalam genggamannya.

Jika dia tidak berhasil, maka dia akan menjadikan Farrhan sebagai kambing hitam. Tambahan pula ,hatinya tidak akan tenang jika belum memiliki gadis itu. Jadi dia tidak akan berdiam diri jika kepuasannya belum dipenuhi.

Telefon bimbit dari dalam kocek seluar dikeluarkan. Nombor seseorang didail. Dia harus mencari maklumat lebih mengenai Nuraisha untuk kegunaan masa depan.

"Aku nak kau siasat pasal seseorang. Gali segala maklumat, tak kira dari sudut apa sekalipun. Jangan ada yang terlepas"

Sejurus kemudian, Razlan mematikan panggilan. Wajah Nuraisha yang sedang tersenyum kepada Firash diperhatikan. Sungguh, dia menggilai haruman gadis itu. Hanya dia yang mengetahui apa yang terjadi empat tahun lepas. Tetapi maklumat tersebut tidak cukup untuk mengenakan Nuraisha.

"Takpe, aku biarkan kau bahagia dulu. Lepas ni, kau akan menderita dan takde siapa pun yang akan kasihankan kau! Masa tu, kau akan merangkak cari aku!"

Wajah Razlan tersungging senyuman sinis.

"ALONG ni tak menyempat betul! Hishhh!!" rungut Puan Sri Mariam setelah mendengar cerita yang dibawa oleh Naura. Duduknya juga sudah tidak betul. Sekejap dia berdiri. Ke kiri dan ke kanan. Kemudian, duduk semula tetapi posisinya tidak mengena.

Naura menelan liur. Kalau diikutkan perancangan, dia dan Firash berjanji untuk merahsiakan saja kepergian Firash ke Mersing. Tetapi rahsia tersebut terbongkar saat Puan Sri Mariam menguping perbualannya dengan Firash di dalam telefon. Itupun secara tidak sengaja! Natijahnya, dialah yang menjadi mangsa tadahan telinga, mendengar saja setiap omelan dan bebelan mamanya.

"Bukannya si Aisha tu larikan diri pun! Hishh. Along kamu ni pun satu!" bebel Puan Sri Mariam lagi. Dia sudah duduk di sebelah Naura. Kemudian, wajah anak gadisnya itu dikerling.

"Yang kamu rahsiakan benda ni dari mama kenapa pulak?"

Naura terasa seperti ada bom yang sedang meletup di atas kepalanya. Dia sudah mengagak reaksi mamanya seperti itu. Hatinya tiba-tiba menyesal dengan ramcangan ini. Aduhh! Jenuhlah nak menjawab pasni!

"Sejak bila Naura dah pandai tipu mama ni?"

Naura menelan liur.Benar-benar dia ketandusan idea saat ini. Alongg!!

"Ma...mana ada tipu mama. Naura cuma..."

"Cuma apa?" sergah Puan Sri Mariam.

Naura tersentak. Rasa nak menangislah pulak!

"Mama tak nak cakap banyak. Naura call along sekarang. Mama nak cakap dengan along" gesa Puan Sri Mariam.

"Errr" Naura serba salah. Buatnya dia dimarahi Firash, bagaimana? Tetapi kemarahan mama juga tidak boleh dipandang enteng. Aduhh!!

"Ish budak ni! Termenung pulak" bebel Puan Sri Mariam. Telefon bimbitnya digapai lalu nombor Firash didail. Tahu macam ni, baik aku sendiri yang call dia!

Naura menggaru kepala. Laju saja tangannya menghantar WhatsApp kepada Firash.

"Hishh! Along ni, taulah dating! Tapi takkanlah off data! Masa ni jugak dia nak privasi bagai" omel Naura sedikit geram. Firash punya angkara, dia yang terkena!

"Waalaikummusalam. Along kat mana ni?"

Suara Puan Sri Mariam memecah kesunyian di ruang tamu mewah itu. Naura hanya menguping.

"Mama nak cakap sikit dengan along" ujar Puan Sri Mariam sambil derap kakinya menjauh dari sisi Naura. Sempat anak matanya menjeling ke arah anak gadisnya itu. Saat itu, Naura pantas menunduk wajah dan hanya bertembung mata dengan lantai marmar berwarna coklat itu.

Lama Naura merenung lantai tersebut. Bibirnya mengeluh perlahan. Keadaan rumah sudah berubah. Dulu, jika ada masa terluang dia dan Firash sentiasa menghabiskan masa di ruang tamu sambil menonton televisyen. Atau bermain PSP sambil bergelak tawa.Ada masanya, mereka berkongsi rasa dan masalah bersama.

Dia cukup selesa apabila berada di samping Firash. Walaupun Firash abang tirinya, tetapi status tersebut tidak mampu menghalang mereka dari menjadi akrab. Bahkan hampir setiap hari,masanya dihabiskan bersama Firash. Sehingga ada yang menyangka mereka adalah pasangan kekasih.

Naura tergelak sendiri sambil menggeleng kepalanya. Lucu pula apabila mengenangkan kembali tuduhan tidak berasas itu. Kini, segala-galanya bakal berubah kerana status Firash juga akan berubah. Dia harus redha melepaskan Firash dari sisi. Wanita bernama Aisha itu lebih layak bergandingan dengan Firash.

Bunyi notifikasi WhatsApp mengembalikan Naura ke alam nyata. Skrin telefon ditilik. Mesej daripada Firash dibaca.

"Everything is done! Esok Naura follow mama dan papa jumpa along okey? Miss you!"

Terukir senyuman Naura menerima pesanan tersebut. Perkataan terakhir mendebarkan hati Naura. Miss you? Naura sentuh dada. Ada debaran kuat di situ. No! Jangan buat kerja gila Naura. Dia abang kau!

"Arghhhhhhhh!!" Naura menggeliat lalu menghempas tubuh di atas sofa. Kenapa along buat Naura macam ni???!

"KENAPA tercengang macam tu? Abang cakap benda betul. Keluarga abang nak datang sini esok. Jumpa Aisha"

Firash melirih senyum sambil matanya galak memandang wajah terkejut Nuraisha. Saat dikhabarkan berita tersebut, lagak dan bahasa badan Nuraisha kelihatan canggung saja. Mana tidaknya, tiba-tiba saja keluarganya hendak bertandang esok. Itu pun setelah didesak oleh mama sebentar tadi.

"Ta.. tapi kenapa?" Nuraisha mula tidak senang duduk.

Tergelak Firash melihat gelagat Nuraisha. Bila difikirkan, semakin tidak sabar rasanya hendak memiliki Nuraisha secara sah. Agaknya inilah dinamakan jatuh cinta! Parah!

"Sebab Sha dah buat salah" Wajah Firash sengaja diseriuskan.

"A...apa yang Sha dah buat?" Hati Nuraisha berdebar. Kesalahan apakah yang dimaksudkan oleh Firash? Setahu dia, belum pernah lagi dia bertemu dengan keluarga lelaki itu. Jadi bagaimana pula dia disabitkan dengan kesalahan yang dia sendiri tidak tahu?

"Sha dah ambik sesuatu, tapi lupa nak pulangkan balik"

Nuraisha terdiam. Lama dia berfikir. Apa yang dia dah ambik? Tetapi tetap saja otaknya lembab untuk beroperasi!

"Abanggg...." Meleret-leret panggilan Nuraisha. Suaranya serak, seakan menahan emosi yang tidak lama lagi akan pecah.

Firash menelan liur. Suara lembut dan menggoda itu benar-benar menguji hati lelakinya. Jika tidak mengenangkan status mereka yang belum sah, pasti sudah lama dia mendakap erat tubuh genit itu. Haishhh, sabar Fir!

"Yeeee..." sahut Firash dengan suara yang meleret-leret juga. Segera dikawalnya gelojak di hati yang sukar untuk tenang saat itu.

"Apa yang Sha dah ambik tak pulangkan balik?"

"Ni" Firash sentuh dadanya sambil tersenyum. "Sha dah ambik hati abang dan tak pulangkan balik. Mama risau, takut-takut hati ni tak kuat nak tahan iman, lain pulak jadinya nanti. So,sebagai hukuman untuk kes rompak hati ni, Sha kena penjara dalam kasih sayang abang dengan sebuah ikatan perkahwinan. Dan...." Hidung mancung Nuraisha dicuit. "Sha tak boleh nak larikan diri lagi. Sekejap lagi,Sha akan jadi milik abang"

Dada Nuraisha berombak kencang dengan ungkapan penuh romantis itu. Apatah lagi setelah bibir Firash rapat di telinganya. Hampir saja dia merelakan sentuhan lembut Firash ke atas tubuh badannya. Namun, laju-laju dia tepis keinginan itu.

Pecah tawa Firash dengan aksi spontan Nuraisha yang menolak kasar tubuhnya dari terus dipeluk. Lebih-lebih lagi pipi Nuraisha dari tadi merona saja bahangnya.

"Abang takkan buat macam tu selagi Sha tak jadi yang sah untuk abang.Don't worry honey!" tukas Firash lantas menjarakkan diri dari Nuraisha. Bahagia sungguh hatinya apabila melihat respon gadis itu. Benarlah omongan Encik Affendi suatu ketika dulu. Nuraisha bukan gadis sembarangan. Apa yang telah menimpanya suatu masa dulu adalah di luar kemahuannya. Namun dia tidak pernah kisah.Masa silam sudah berlalu. Baginya, tiada manusia sempurna di muka bumi ini. Dia percaya, banyak lagi kebaikan Nuraisha yang belum dia lihat. Dan dia ingin meneroka kebaikan itu bersama-sama Nuraisha.

ROKOK yang dihisap dicampakkan di atas lantai. Nafasnya turun naik menahan amarah yang kian membara dalam hati. Dari tadi,matanya asyik memerhatikan gelagat Nuraisha dan Firash di hujung sana. Sakit hatinya melihat tubuh Nuraisha dipeluk sesuka hati oleh Firash. Bercambah rasa bencinya pada lelaki itu.

"Dulu kau tolak aku! Aku ni jantan tau tak? Aku boleh puaskan kau lebih dari Firashlah! Setakat si lembik Firash tu, small the pieces lah!"

Razlan menggigit bibir. Dia benar-benar sakit hati dengan kemesraan mereka berdua. Sudahlah dia kemponankan tubuh gadis itu, kini gelagat mereka sengaja menambahkan percik api kebencian dalam bara hatinya.

"Terang-terang hari macam ni korang buat maksiat! Takpe. Malam nanti, kau akan rasa kehebatan aku!" Razlan mengukir senyum sinis.

Selagi dia tidak mendapatkan Nuraisha, selagi itulah dia tidak akan berhenti mengejar gadis itu. Dia tahu, banyak lagi gadis lain di luar sana yang sudi untuk bersamanya. Tetapi saat ini hatinya kepinginkan gadis itu. Gadis yang polos dan naif itu bukan saja menarik nafsunya,malahan memikat hati lelakinya.

Seandainya dia tidak mampu memiliki Nuraisha dengan sebuah ikatan, dia akan memilikinya dengan cara kekerasan dan tanpa rela! Dan dia akan pastikan Nuraisha memiliki benihnya, seperti dulu!

Wajahnya tersungging senyuman sinis.

"Urusan kita belum selesai sayang..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience