45

Other Completed 493332

"MAAF, kami tak mampu nak selamatkan bayi dalam kandungan Puan Aisha"

Air mata yang sedari tadi menumpang seakan tak mahu berganjak. Perkhabaran itu sangat mengguris hatinya. Satu-satunya benih cintanya dengan Firash telah tiada. Sesaknya rasa dada, Allah sahaja yang tahu. Baru empat bulan kehilangan Firash, kini dia harus berdepan dengan dugaan ini pula.

Nuraisha teresak-esak.Pilu hatinya dengan semua yang berlaku. Dia benar-benar menyesal kerana tidak mampu hendak menjaga benihnya sendiri. Dan dia rasa bersalah pada Firash di atas kejadian ini.

"Abang. Maafkan Sha"

Nuraisha mengusap perlahan perutnya. Suatu ketika dulu, ada nyawa yang dibawanya bersama. Kini, nyawa itu pun turut pergi meninggalkannya.

Ingatannya melayang mengingatkan Farrhan. Lelaki itu punca segala-galanya. Jika bukan kerana Farrhan, pasti dia tidak akan kehilangan bayinya.

Nuraisha mengetap bibir. Dia menggenggam penumbuk. Semakin ditahan, semakin tersiksa raganya. Terlalu banyak yang harus dia hadapi setelah kehilangan Firash.

"Arghhhhh!!!" Nuraisha menjerit sekuat hati.

Naura dan Puan Sri Mariam yang menunggu di luar bergegas mendapatkan Nuraisha. Tan Sri Firman pula ke surau bagi menunaikan solat Zohor.

"Ya Allah! Kaklong!" Naura segera menerpa ke arah Nuraisha yang sedang meracau-racau di atas katil. Didakap erat tubuh genit itu.

Puan Sri Mariam menangis melihatkan keadaan menantu kesayangannya. Terlalu banyak yang menimpa Nuraisha baru-baru ini. Hatinya sebak dan kasihan melihat nasib Nuraisha.

"Sabar kaklong. Sabar..." Naura mengusap belakang Nuraisha. Dia turut sama menangis. Segala kesedihan Nuraisha turut dirasainya.

"Baby kaklong dah takde. Baby kaklong dah takde" Nuraisha mengungkap itu beberapa kali.

"Kaklong dah gagal. Kaklong dah kecewakan abang Firash. Mesti dia marahkan kaklong sekarang ni" rengek Nuraisha penuh syahdu.

"Sha..." Puan Sri Mariam mengusap rambut Nuraisha. Belas dia melihat keadaan menantunya itu.

"Sabar kaklong. Naura dan semua orang ada dengan kaklong kat sini. Kaklong kena kuat. Semua ni ujian Allah"

"Kaklong tak nak hidup lagi. Kenapa tak kaklong je yang mati? Kaklong dah hilang semua"

"Sha cakap apa ni? Mama kan ada. Semua orang ada untuk Sha. Jangan mengeluh nak. Semua yang berlaku ni dugaan dari Allah"

Nuraisha terus-terusan menangis. Dia sudah kepenatan dengan semua yang berlaku. Kuatkah dia untuk terus mengharungi hari-hari seterusnya?

LANGKAHNYA tidak senada. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Kemudian, terjatuh di atas lantai. Serentak, dia menghambur tawa yang bukan sedikit.

Razlan menggaru kepala melihat kelakuan Farrhan. Nada ketawa dari wajah kemerahan dek mabuk itu kedengaran sumbang dan seakan tersurat sesuatu.

"Han, kau okey tak ni?" Bahu Farrhan digoncang sesudah dia melabuh duduk di sisi lelaki itu.

Farrhan terus-terusan ketawa. Sesekali dia mendengus halus. Wajah ketakutan Nuraisha terbayang di tubir mata. Darah yang mengalir dari tubuh wanita itu turut terpampang jelas di hadapan mata.

"Kau tahu tak?" Wajah Razlan dipandang dalam sayu.

"Apa?" Razlan bertingkah lurus.

"Budak tu..." Farhan berjeda sambil melayangkan tangan di udara.

Razlan mengerut dahi.

"Dah kat syurga!" sambung Farrhan sambil ketawa.

Razlan menelan liur. Bulu romanya berdiri. Kelakuan Farrhan total aneh!

"Dah. Dah. Jom balik. Malam ni ,kau tidur kat rumah aku"

Tubuh Farrhan ditarik dengan sepenuh kekuatan lalu dipimpin sehingga ke park lot. Dalam keadaan itu, Razlan tidak habis berfikir maksud kata-kata Farrhan. Siapa budak yang dimaksudkan Farrhan? Masuk syurga?

EMPAT BULAN KEMUDIAN...

NURAISHA duduk termenung di balkoni sambil mengusap lembut perutnya. Setiap kali dia merindukan anak syurganya, dia pasti akan mengusap perutnya sambil tersenyum.

Kerinduan ini terlalu sukar untuk ditelan. Namun tanpa kerinduan, dia takkan pernah tahu erti kasih sayang. Walaupun kandungannya hanya menumpang selama empat bulan, namun dia tetap bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk merasai peluang itu. Bukti cintanya bersama Firash.

Teringatkan Firash, hatinya dihumban rindu yang tiada penghujung. Ya Allah, terlalu perit menanggung rasa ini! Dalam sekelip mata, dia kehilangan segala-galanya. Namun begitu, dia masih tetap bersyukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang sentiasa mendokong dan menyayanginya.

Senyumannya mati tatkala wajah Farrhan singgah di ruangan mata. Sejak peristiwa dia keguguran sehinggalah sekarang, dia tidak lihat bayang-bayang lelaki itu di mana-mana. Agaknya dia ketakutan kerana dialah punca segalanya. Atau mungkin juga dia rasa bersalah. Atau sudah lupa jalan pulang ke rumah. Nuraisha tertawa kecil.

Arghhh!! Yang penting, dia tidak perlu berdepan dengan wajah bengis bercampur ketat itu. Sungguh menggerunkan! Sepanjang ketiadaan Farrhan, hidupnya terasa aman dan tenang. Tidak tahulah kapan lelaki itu akan menyembunyi atau menyendiri, yang pasti itu bukan urusannya.

"Kaklong buat apa kat sini sorang-sorang?"

Nuraisha menoleh tatkala Naura menegurnya. Dia lihat gadis itu menapak di sisinya dengan senyuman memekar di wajah.

"Saja. Ambik angin. Menikmati keindahan dunia ciptaan Allah"

"Dah tenang tak?" sakat Naura sambil tergelak.

Mata mereka bersabung. Dari sinar mata Nuraisha, terlalu banyak perkara yang dipendam. Namun dia tidak mampu untuk meluah. Entahlah...

"Mata kaklong..." Naura terpana melihat kecantikan mata itu. Namun dia tahu, mata itu penuh duka meski dia mampu mengukir sejuta senyuman.

"Kenapa?" soal Nuraisha ingin tahu.

"Mata yang selalu arwah along puji. Katanya ,mata itulah punca dia jatuh cinta pada kaklong" Naura teringat ketika Firash dilamun cinta pada gadis di hadapannya. Setiap bait kata cukup terdengar ikhlas tatkala dia memuji Nuraisha. Bahkan dia sempat mencemburui Nuraisha kerana kasih sayang Firash bakal berpihak ke arah gadis itu.

Naura tersenyum. Dia tahu, betapa besarnya cinta Firash pada Nuraisha. Sehinggakan dia tidak mampu walau sebesar hama untuk mencelah di antara mereka. Namun cinta agung itu diuji sedalam ini.

"Kaklong rindukan dia" Kata-kata Nuraisha tenggelam dengan sebak di dada.

"Everyone misses him" sahut Naura. Nadanya kesedihan dan sebak.

"Dia lelaki teragung dalam hidup kaklong. Rasanya, takde mana-mana lelaki layak dibandingkan dengan dia"

'Dan dia pun lelaki teragung dalam hidup Naura. Tapi cinta dia pada kaklong lebih agung daripada cinta Naura pada dia'

"Naura tak kerja ke harini?"

Naura tersentak saat lamunannya terburai dek suara lemah Nuraisha. Dia memanggung kepala memandang Nuraisha ,lantas menghadiahkan sebuah senyuman pada wanita itu.

"Cuti. Naura applied MC"

"Naura sakit ke?" Teringat Nuraisha, dua bulan yang lepas, Naura berjaya diserapkan ke dalam sebuah syarikat firma guaman setelah puas berhempas-pulas mengerjakan praktikalnya. Syukur, adik iparnya yang satu ini bakal bergelar peguam.

"Takdelah kaklong. Saja Naura mintak cuti. Bos pun bagi je greenlight. Ehh, harini angah balik. Semalam dia ada mesej Naura. Hmm.. lama dah angah tak balik rumah"

Demi mendengarkan itu, hati Nuraisha berdetak hebat. Untuk apa dia kembali setelah lama pergi? Ketenangannya bakal tergugat lagi.

"Dia pergi mana selama ni?" Laju pula mulut Nuraisha bertanya padahal dia tiada hati hendak ambil tahu.

"Angah tu biasalah. Hidup tunggang terbalik macam tu. Tak tahulah bila dia nak sedar. Nasib baik papa tak bising sangat. Kalau tak, tak tahulah nasib angah tu"

Semalam selepas dia dihubungi oleh Farrhan, berita tersebut terus saja dikhabarkan kepada Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam. Mengamuk sakan papa saat menerima berita tersebut.

Namun setelah ditenangkan oleh mama, ketenteraman milik papa kembali. Akal warasnya kembali memijak bumi. Menurut papa, dia akan memaafkan Farrhan sekiranya Farrhan berubah dan mahu kembali bekerja di bawah syarikatnya. Dan Farrhan seakan menurut saat berita itu disampaikan kepadanya.

Tetapi Naura tahu, separuh hati abangnya itu masih tidak ikhlas. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu semacam apa keinginan dan kepuasan yang dicari oleh lelaki itu.

"Kita doakan jelah dia Naura. Manusia kan boleh berubah" Itu sahaja doa Nuraisha pada lelaki bernama Farrhan itu. Tidak penting Farrhan tahu atau tidak, tetapi niatnya ikhlas dan suci. Kerana itu juga salah satu hasrat Firash selama dia hidup. Menginginkan Farrhan kembali menjadi 'manusia'!

hi readers. setelah sekian lama, baru skg kiki update. sorry banyak2 ye? kiki sibuk dgn pdpr. so this chapter is for all my readers. terima kasih krn setia menunggu ;)

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-05-31 08:17:35 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience