46

Other Completed 493332

"AKU panggil kau, takkan kau tak dengar? Jangan nak sombong sangatlah!"

Lengan Adira dicengkam kasar. Kemudian tubuh itu ditolak kasar sehingga bertemu dengan permukaan dinding. Di situ, Kamal mengunci tubuh Adira rapat-rapat. Tak bagi peluang langsung untuk lolos.

"Sakitlah bodoh!" gerutu Adira sambil cuba melepaskan diri daripada 'penjara' Kamal.

Kamal mendengus. Dia meludah ke tepi. "Bodoh ni jugak yang kau cari kalau kau kesepian!"

Wajah Adira meluat dengan perlakuan Kamal. Tak gentleman langsung!

"Mana kau menyorok? Kau tahu kan, polis sedang cari kita sekarang. Kau tinggalkan aku sorang-sorang. Kau ingat ,kau boleh lepas macam tu je ke?"

Kamal memarahi Adira. Tiga bulan Adira melarikan diri daripadanya. Dia bagaikan cacing kepanasan, mencari Adira di mana-mana. Namun lagak dan bayangnya tak kunjung tiba. Suatu hari, dia dapat berita dari kenalannya mengenai Adira. Rupa-rupanya gadis itu sedang elok bersembunyi dan berasmara dana dengan Datuk yang menunggu masa untuk mati saja! Sedangkan dia, tak ubah seperti orang nomad. Berpindah ke sana sini gara-gara mengelak dari dihidu pihak polis. Arghh sial!!

"Aku kerjalah gilaa!"

Kata-kata Adira mengundang tawa pada bibir Kamal. Rahang Adira dicengkam lembut. Kemudian bibir itu dikucup ghairah. Sudah lama agaknya dia tidak merasai kenikmatan tubuh dan belaian gadis itu.

"Gila!" rungut Adira sesudah melepaskan diri daripada Kamal.

"Bodoh, gila. Kau gelarlah aku banyak mana pun. Nanti kalau kau susah, aku ni jugak yang kau cari!"

"Kau nak apa?"

"Aku nak duit!"

"Aku takde duitlah bodoh!"

Kamal tertawa. "Kau jangan nak tipu aku. Kau duduk kondo mewah, makan mewah. Ni baju kau..." Kamal menunjuk ke arah baju seksi yang dipakai oleh Adira. Classy and elegant! "Ni semua duit kan? Aku tahulah apa yang kau buat. Kau duduk celah mana, kau buat apa. Aku tahu semua tu. Kau nak lari mana lagi?"

Adira mengetap bibir. Bodohlah lelaki ni! Arghh! Adira tahu, dia tidak mampu melarikan diri lagi. Kalau lolos dari pihak polis, mungkin semudah ABC. Tetapi lari dari lelaki ini, dia silap besar!

"Dengar ni sayang..." Kamal bernada lembut dan menggoda. "Kalau aku nak duit, kau kena bagi. Kalau aku nak kau..." Matanya melilar memandang Adira atas bawah. Imannya bergetar dengan penampilan terbaru gadis itu.

"Maksudnya aku nak. Dan kau kena bagi"

Adira mencemuh. "Kalau aku tak nak?"

"Kalau kau tak nak bagi, kau tahulah nasib kau. Ingat, rahsia kau banyak aku simpan. Satu. Satu"

Kamal tersenyum sinis. Apatah lagi setelah melihat wajah Adira yang semakin mengendur. Dia tahu maksud riak wajah itu. Kamal gelak besar dalam hati.

SATU PERSATU bajunya disimpan di dalam almari. Tujuan dia kembali adalah untuk merebut kembali haknya yang pernah menjadi milik Firash. Dia tahu, dia bakal berdepan dengan ngauman Tan Sri Firman dan bebelan Puan Sri Mariam. Tetapi dia malas hendak ambil pusing.

Dia ingin kaya. Dia dahagakan harta yang sepatutnya menjadi miliknya. Tan Sri Firman silap bermain api. Papanya mungkin fikir, kebenaran tidak akan terungkap. Tetapi segalanya sudah jelas. Bahkan sejak dari kecil lagi dia sudah tahu siapa sebenarnya Firash.

Disebabkan kebenaran itulah dia membenci Firash. Anak pungut yang tak sedar diri! Dia anak kandung Tan Sri Firman. Makanya dialah yang berhak ke atas segala kekayaannya. Bukannya Firash, yang ternyata jelas hanyalah anak angkat.

Dia tidak mampu menerima Firash kerana setiap miliknya pasti akan dikongsi bersama. Dia tidak suka. Dia tidak kepingin berkongsi haknya, apatah lagi dikongsi bersama dengan lelaki yang dibencinya.

Empat bulan dia menyepi kerana ingin mengumpul segala maklumat mengenai keluarga Firash. Dan kini, segala maklumat tersebut berada di dalam genggamannya. Hanya menunggu masa untuk dilepaskan sahaja.

Dan dia sanggup menggunakan maklumat tersebut untuk menentang Tan Sri Firman. Itupun jika dia tidak mendapat apa yang diinginkannya.

Kata-kata Razlan masih jelas kedengaran di cuping telinga. Ketika itu, mereka sedang menikmati stik dan barbeque ayam di vila Razlan.

"Apa yang patut aku buat dengan maklumat ni?"

Wajah Razlan berpaling. Dilihatnya Farrhan termenung jauh sambil tangannya menggenggam penumbuk. Maklumat yang barusan mereka terima kekal terbaring di atas lantai.

"Itulah senjata kau" Razlan mula mengapi-api.

"Maksud kau?" tanya Farrhan namun matanya masih terpacak pada kolam renang di hadapan mereka.

"Kau kan nakkan balik hak kau yang pernah si Firash tu ambik kan? Inilah masanya kau bertindak"

Kali ini, wajah Razlan benar-benar mencuri pandangan Farrhan. Keningnya terangkat, tanda inginkan lebih penjelasan.

"Kau pun tahu kan? Sedalam mana benci papa kau pada kau. Sebab kononnya kau ni anak tak berguna, tak boleh diharap. Kalau kau gunakan maklumat ni untuk ugut papa kau, aku rasa sekelip mata je semuanya jadi milik kau!"

Farrhan tercengang. "Maksud kau? Aku kena menentang papa aku sendiri? Papa kandung aku?"

"Relakslah bro! Setakat ugut je, not a big deal! Lagipun, selama ni papa kau tak pernah anggap kau anak dia pun! Kalau tak, dia takkan bezakan kasih sayang kau dengan Firash"

Farrhan menarik nafas dalam-dalam. Walaupun hatinya berat dengan usulan Razlan tetapi dia tidak punya pilihan. Sementelah hubungannya dengan Tan Sri Firman selama ini memang dingin, jadinya agak sukar untuk dia mendapatkan kembali haknya dengan mudah.

"DAH habis kemas ke?" tegur Naura. Dia sudah berdiri di sebelah Farrhan dengan memeluk tubuh.

"Ni.. tengah kemas. Kenapa? Naura nak tolong angah ke?"

Naura buat muka. "Taklah!"

Farrhan tergelak. Tangannya sibuk saja mengeluarkan baju dari beg. Kemudian, disusun rapi ke dalam almari.

"Angah sihat ke?"

Farrhan berdiri betul-betul di hadapan Naura lalu menunjukkan sisinya yang kononnya sihat sahaja itu.

"Kalau angah tak sihat ,takdenya kat sini"

"Angah pergi mana selama ni? Naura call, WhatsApp pun tak angkat. Menyombong angah sekarang ye" Nada suara Naura seakan merajuk saja.

"Alololo merajuk pulak ye adik angah sorang ni? Angah ada kerja. Tu sebab lama tak balik" Kalau dengan adik yang sorang ni, dia memang tak boleh nak marah-marah atau kasar-kasar. Tetapi kalau dengan orang lain, amarahnya sentiasa meluap-luap.

"Orang lain pun kerja jugak. Takdenya nak lupa jalan balik rumah. Angah memang tak nak ambik tahu pasal Naura lagi kan?"

"Naura ni kan, kalau merajuk, memang buat muka tu sekali ea? Angah betul-betul sibuk Naura. Angah nak dapatkan kembali kekuatan supaya angah mampu bangkit semula"

Dahi Naura berkerut. Sukar untuk ditafsirkan kata-kata Farrhan namun dari riak wajah itu, dia tahu ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh Farrhan.

"Kekuatan untuk bangkit? Ni bangkit arah kiri ke arah kanan?"

"Kalau arah kiri, kenapa?"

Naura terdiam. Apa pulak plan Farrhan kali ini?

"Drop that subject! How's you doing? Ada apa-apa yang angah terlepas pandang ke?"

Naura menghela nafas. Farrhan sengaja bermain tarik tali dengannya. Tetapi tidak mengapa. Dia akan menyelidikinya senyap-senyap nanti.

"Banyak yang angah terlepas pandang"

"Apa?" cantas Farrhan. "Nak kawen ke?"

Secara tiba-tiba, tangan kanan Naura naik ke atas lengan Farrhan. Dipukul sekuat hati. Haaa, buat lagi orang geram. Kan dah mengena!

"Sakitlah Naura!"

"Haaa serkap je jarang! Bila pulak Naura cakap nak kawen?"
"Laaa tadi Naura cakap, banyak yang angah terlepas pandang. Manalah tahu..."

"Angahh!!"

Farrhan mengekek.

"Okay, dah. Tak buat lagi. So?"

"Naura dah dapat kerja. Yang bestnya, Naura kerja kat firma guaman. Qualified with my studies. Dan ini satu-satunya impian Naura"

"Waaa, congrats! Angah tak sangka adik angah ni bijak dan berjaya dapat apa yang dia nak" Farrhan memeluk tubuh Naura. Diusap-usap kepala adiknya.

"Nanti angah belanja. Cakap je nak makan apa" sambung Farrhan sesudah melepaskan pelukan.

"Deal!" sahut Naura.

Kedua mereka tergelak.

"Naura jadi peguam ada sebab selain ni salah satu dari impian Naura"

Kening Farrhan bertaut.

"Angah tahu tak? Kemalangan yang menimpa along sebenarnya kes langgar lari. Dari kes langgar lari..."

"Its all past now Naura! Don't bring up the past" Berbulu telinga Farrhan saat nama Firash yang menjadi topik perbualan.

Naura terdiam. Dia tahu, Farrhan tidak sukakan Firash. Malah sampai kapan pun, hati keras Farrhan takkan mampu menyebelahi Firash.

"Angah. Dia abang kita..."

"No!" nafi Farrhan. Yang dia tahu, dialah abang sulung Naura dan Naira. Bukannya Firash. Lelaki itu sekadar menumpang nama dan kasih di situ.

"Angah tak nak dengar apa-apa lagi pasal dia. Kalau tak, we end our conversation here!"

"Angah..."

SATU PERSATU anak tangga dituruni. Rumah yang sunyi sepi menghairankannya. Setahu dia, tengah hari tadi satu keluarganya berkumpul di ruang tamu bagi menyambut kedatangannya. Siap dengan jamuan pelbagai dihidang di atas meja.

"Mana pergi semua orang ni?" omel Farrhan sambil melipat lengan bajunya. Langkah kaki dihayun menuju ke dapur.

Keadaan di dapur juga sepi. Farrhan mengeluh. Dia menapak ke luar rumah. Saat melihat figura Nuraisha yang sedang duduk bersantai tepi kolam, langkahnya mati tiba-tiba.

Wajahnya berubah keruh. Dia tidak sukakan Nuraisha. Setiap kali bertentang mata dengan gadis itu, dia dapat melihat bayangan Firash. Di situ, dendamnya semakin membara. Kebenciannya semakin memuncak. Bagaimana bisa dia mengusir gadis itu dari pandangan mata? Bahkan dari rumah ini?

Farrhan mendengus. "Buat aku hilang mood betullah!"

Saat itu, dia lihat Nuraisha bangkit dari posisi. Dan ketika itu, pandangan mereka bersabung. Ada rasa yang sukar ditafsirkan saat sepasang mata milik Nuraisha menangkap bebola matanya. Farrhan pasrah dan menyerah kalah di dalam tautan mata Nuraisha.

Mata yang cantik itu sungguh mengembalikan dia ke masa lampau. Namun dia sendiri tidak tahu hubungkaitnya dengan masa lampau tersebut.

Lantaran tidak mahu hanyut di dalam lautan mata cantik itu, Farrhan bergegas menapak ke ruang bacaan dan sempat memberikan jelingan tajam ke arah Nuraisha. Namun hatinya sempat berdetak yang maha hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience