10

Other Completed 493332

SETELAH dihasut oleh Adira, hati Maksu Dara terbakar dengan sikap tidak malu anak saudaranya. Menurut Adira, Nuraisha sengaja menghantar diri ke rumah sebelah untuk mencari perhatian lelaki di situ.

Alasannya, agar mudah dia berkenalan dengan lelaki di situ dan membawanya ke Kuala Lumpur. Senanglah dia nak melarikan diri daripada mereka. Berbuku-buku rasa geram dan sakit hati Maksu Dara pada Nuraisha.

"Kau sekarang dah pandai cari jantan ye? Kau nak conteng arang ke muka aku ke?" Dahi Nuraisha ditunjal. Tidak cukup dengan itu, perut Nuraisha dicubit dan dipulas.

"Takde maksu! Sumpah, Sha tak buat semua tu" Nuraisha merayu meminta simpati. Berkali-kali dia mengelak daripada terus menjadi mangsa cubitan Maksu Dara. Tetapi tidak berhasil.

"Habis tu, apa yang kau buat kat sana? Kau nak bodohkan aku ke haa?!" Kini, telinga Nuraisha pula ditarik.

"Pukul je dia mak! Beri malu je dia ni. Kalau semakin dibiarkan, alamatnya menjadi-jadilah olah dia nanti. Tak pasal-pasal, dia malukan mak!" Galak Adira menghasut. Wajahnya terbias senyum puas. Senang hati melihat Nuraisha disakiti.

"Ampun maksu! Ampunnn!!" Kaki Maksu Dara dipeluk kejap. Nuraisha sudah menangis tatkala tangan Maksu Dara mulai hinggap pada tubuh badannya. Sakitnya bukan sedikit yang dirasakannya.

"Dah kira baik aku bagi kau duduk di rumah aku ni. Makan, minum, tidur, semua aku sediakan untuk kau! Tapi kau menggatal pulak dengan jantan KL tu ye?! Samsul takde kat sini, kau buat perangai pulak dengan jantan lain? Kau ni sebijik mak engkau! Menggatal sana sini! Menyusahkan semua orang!!"

"Ampun maksu! Ampunkan Sha" Nuraisha merintih menagih simpati. Namun tidak dihiraukan oleh Maksu Dara. Semakin galak tangan itu memukul dan menghembatnya sesuka hati.

"Sekali lagi, aku tengok kau menggatal dengan diorang, aku bunuh kau!" ugut Maksu Dara, sekaligus menempias rasa geramnya.

"Malam ni, kau tak payah makan! Kau berlaparlah dari pukul 6 sampai esok!"

Teresak-esak Nuraisha dipukul dan didera. Dia terbaring di atas lantai. Maksu Dara berlalu dari situ. Diikuti oleh Adira yang sempat menyepak belakangnya.

Nuraisha benar-benar sudah hilang tenaga. Dia hanya mampu menangis dan merintih sendirian di situ. Abang Samsulllll!!

POKOK-POKOK yang hijau mendaun dijamu dengan mata yang segar. Tenang hatinya saat berada di perkampungan damai dan indah seperti ini. Dia rasa bebas dari segala kesibukan bandar dan tuntutan kerja yang membelenggu otaknya.

Farrhan mengeluh. Dia mengusap belakang tengkuknya. Teringat kembali perbualannya dengan Maira dua hari lepas, hatinya dipagut rasa keraguan.

"I tahu I salah. I terlalu ikut perasaan. I tak setia dengan you. I main-mainkan you. But it was for fun. I dengan Mikael takde apa-apa honey. I baru sedar yang I lebih perlukan you berbanding Mike"

Wajah Farrhan kelihatan ketat dan bengis. Nafas dihela sesaat. Kemudian, dikeluarkan dengan berat. Bukan sekali ini Maira berkelakuan seperti itu, tetapi hampir banyak kali. Namun dia sabarkan hati kerana mengira pemikiran dan hati Maira masih kebudak-budakan. Meskipun Maira sering memperlakukannya seperti itu, namun hatinya tak mampu berpisah dari gadis cantik itu.

Saat asyik melayan perasaan, dia terpandangkan kelibat seorang gadis yang duduk di pankin rumah sambil termenung. Ralit saja wajahnya memerhatikan perlakuan gadis itu. Saat gadis itu menoleh, dia terpana seketika dengan keayuan wajah polos itu. Wajah semulajadi yang tiada sebarang titik noktah hitam! Namun tidak lama kemudian, Farrhan merasakan sakit di kepala secara tiba-tiba.

"Tolong saya encik! Lepaskan saya!" Suara misteri itu terngiang-ngiang lagi. Farrhan memejam mata. Otak dan hati cuba bekerjasama mencari tahu kaitan suara itu dengan dirinya. Namun itu membuatkan kepalanya semakin berdenyut. Dia tewas dan rebah di atas lantai.

p/s: hi readers! sorry utk update yg lama sgt kali ni. lately ni, kiki agak busy sikit sampai takde masa nak update. kali ni, kiki update setakat ni aje. lepas ni in shaa Allah, I will come up with another story of Aisha and Farrhan. Thanks buat yg sabar menunggu. Love yaa ;)

Share this novel

Cta Harmain
2021-08-10 14:56:17 

nice


NovelPlus Premium

The best ads free experience