44

Other Completed 493332

SETELAH puas berfikir dan membuat andaian sendiri, akhirnya Naura mengambil keputusan untuk membuka kembali kes langgar lari yang terjadi ke atas diri Firash. Dia tidak mampu untuk terus duduk diam dengan tenang sementelah segala kejadian berlaku di hadapan matanya sendiri.

Dengan kekuatan dan keberanian yang ada, dia tiba di balai polis bagi mengumpul beberapa maklumat. Dia harus segera menangkap pelakunya yang masih bebas di luar sana.

"Ye puan?" Seorang anggota polis menegurnya. Naura terpana seketika saat menatap wajah itu. Hitam manis saja orangnya. Ditambah lagi dengan lesung pipit yang menghiasi wajah itu.

"Puan?" Polis itu melayangkan tangan di hadapannya.

Naura tersentak lantas malu-malu sendiri. Wajahnya memerah. Aduhh! Dia mengerling ke arah tag nama polis itu. Samsul!

"Saya nak tanya pasal kes langgar lari yang membabitkan seorang lelaki bernama Firash..."

Samsul mengangkat kening. Setelah empat bulan berlalu, baru kini ada yang tampil bertanya. Dan menurut dari pandangannya sendiri, kes ini seakan tergantung. Ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi sebagai pegawai bawahan ,dia tidak berani menyuarakan pendapat, bimbang dianggap lancang oleh pihak atasan.

"Ohh kes tu. Kenapa ye puan?"

Naura menggigit bibir. Aku ni nampak macam mak-mak orang ke? Sampai nak puan-puan bagai?

Haishhh..perempuan ni termenung lagi!

"Puan!" Samsul terjerit sedikit.

"Sorry, but first of all, saya bukan 'puan'.." Naura menekan perkataan 'puan' itu. "Dan saya masih lagi 'cik'. Harap tuan faham"

Samsul terkedu sendiri. Alamakkk!

"Sorry cik...?"

"Naura"

"Cik Naura. Ada apa yang saya boleh bantu?"

"Saya nak tanya pasal kes langgar lari tu" sahut Naura. Dia menghenyak punggung di hadapan Samsul sesudah lelaki itu mempelawanya untuk duduk.

"Itu kes abang saya. Firash..."

Samsul mengangguk. "Sorry for the news. Salam takziah dari saya"

"Thanks. Tapi kes tu ada yang tak kena. Kes langgar lari. Saya dah siasat pasal kes tu. Masalahnya saya tak jumpa apa-apa. Lagipun, along bukan jenis antisosial. Dia sangat baik dan ramah dengan semua orang. Saya tak rasa ada yang berniat jahat pada dia"

Samsul tekun mendengar. Sekali-sekala, dia mengangguk kepala tanda memahami. Sebenarnya, dia juga ada menyelidiki kes langgar lari itu. Banyak maklumat yang ditemuinya namun maklumat tersebut beralih ke arah lain.

"Cik ada siasat pasal kereta yang langgar lari tu?"

Naura menggeleng kepala. Dia tidak sempat melihat rakaman CCTV. Oleh itu, agak sukar baginya mengenalpasti jenis dan nombor plat kereta.

"Saya dah siasat pasal kes tu..."

Naura menjegilkan mata. Ternyata, dia terkejut dengan sikap pantas Samsul.

"Macam mana awak boleh...?"

Samsul mengangkat tangan, memberi signal untuk Naura berhenti bercakap. Ada panggilan masuk dari Puan Normala yang harus diangkat.

Naura yang memahami mula mengikut rentak Samsul. Dia mendiamkan diri saja mendengar setiap butir percakapan lelaki itu.

"Cari Adira? Adira kat KL? Apa dah jadi dengan dia?"

Sekali-sekala, Samsul mengangguk. Kemudian, dia mengeluh berat. Anak matanya sempat mengerling ke arah Naura.

"Nanti hujung bulan Sam balik. Ada kes yang kena Sam uruskan kat sini"

Selesai mematikan panggilan, Samsul kembali ke arah Naura. "Sorry, my mom..."

"It's okay"

"Where were we just now?"

"Ohh.. Saya nak tahu macam mana awak boleh siasat kes tu tanpa persetujuan dari pihak kami?"

"Sorry cik Naura. Sebenarnya, kami memang dah tutup kes ni. Pihak kami tak nak buka lagi disebabkan ahli keluarga cik Naura sendiri takde yang tampil dan bertanya lebih lanjut pasal kes ni. Tapi setelah saya fahami sendiri, baru saya tahu kalau ada sesuatu yang tak kena pada kes ni. Lagipun, dari maklumat yang saya dapat, kereta yang digunakan untuk langgar lari ni merupakan kereta curi"

"Hahh??" Naura kaget.

Samsul sempat memandang ke kiri kanan. Setelah memastikan keadaan line clear, dia menyerahkan kad kerjanya kepada Naura.

"Ni kad saya. Saya tak boleh nak explain atau discuss kat sini. Sebagai ni dah di luar bidang kerja saya. We'll catch up later?"
Kad tersebut bertukar tangan. Serentak itu ,Naura mengangguk kepala. Dia mula merasakan ada hal baharu yang bakal mereka temui selepas ini. Untuk itu, dia harus bersiap siaga lebih awal.

SENYUMAN lebar dari tadi menghiasi wajah Adira dan Kamal. Mereka ketika itu sedang berbaring di atas tilam bersama dengan rimbunan wang kertas.

Mana tak sukanya, sebahagian daripada duit hasil penjualan rumah dibahagi sama rata. Mereka cukup berpuas hati dengan kekayaan yang mereka miliki saat ini. Adira tahu, dia tidak perlu bekerja lagi selepas ini. Hanya duduk goyang kaki di rumah dan menghabiskan duit itu sahaja.

Berbeza pula dengan Kamal. Baginya, duit itu belum cukup untuk kehidupan mereka. Dia dan Adira sama-sama boros dalam berbelanja. Dan dia tahu, wang sejumlah itu pasti belum cukup untuk kelangsungan hidup mereka.

"Tak payah nak seronok sangatlah!"

Kata-kata Kamal mematikan senyuman Adira. Dia menjeling Kamal lantas mendengus keras.

"Duit tu kita kena jimat. Kalau boros sangat, nanti tak cukup" ujar Kamal lantas bangkit dari pembaringan. Dia duduk di sisi Adira yang sedang berbaring.

"Sejak bila kau tahu erti berjimat ni?" selar Adira seraya tergelak kecil. Kamal? Berjimat? Memang taklah!

"Sejak aku bela perempuan yang kuat belanja macam kau!" Giliran Kamal pula menyetir.

Wajah Adira berubah kelat. Dia turut duduk bersebelahan Kamal.

"Alaa duit ni banyaklah! Tak payah nak kedekut sangat!"

"Memanglah banyak tapi dah kalau kau boros tak ingat dunia, berkuranglah dia!"

"Ishh, membebel je lah kau ni!" gerutu Adira.

"Tapi kan, mak kau tu percaya jugak kan kata-kata kau? Dia tak baca langsung pun surat tu, dia main sign je"

Adira tersenyum bangga. "Cara mesti mau adaaa aaaa. Mak aku tu, kalau aku cakap aku rindukan dia, aku sayangkan dia, automatik dia cairlah! Lagipun aku ni kan anak kesayangan dia"

Kamal memaut dagu Adira. "Kau ni bukan je cantik, tapi bijak jugak!"

"Tahu takpe"

"Aku bagi kau cuti tiga hari ni. Lepas tiga hari, back to work. Ada banyak benda yang kita kena buat lepas ni. Ingat, kerja kau belum habis"

"AISHA kan?" tegur salah seorang perempuan ketika Nuraisha sedang memilih pakaian di mall.

Nuraisha menoleh. Matanya terkebil-kebil memandang gadis yang berpakaian dress paras lutut itu. Wajahnya cantik tetapi agak mencuka.

"Ye, cik ni siapa?"

Maira mengetap bibir. Dia memandang Nuraisha dari atas sampai ke bawah. Teringatkan cerita Razlan, hatinya mendongkol geram. Perempuan murahan!! Cemuhnya dalam hati.

Sebuah tamparan melayang ke pipi Nuraisha. Semua orang di sekeliling mengalih pandangan ke arah mereka. Ada yang berbisik-bisik, ada juga yang memerhatikan saja.

"Perempuan murahan! Kau dah pregnant macam ni, kau nak suruh Farrhan bertanggungjawab ke atas kau haaa? Perempuan tak guna!!!"

Cemuh Maira dengan perasaan sakit hati. Nafasnya turun naik menahan amarah yang kian menggila dalam diri.

Nuraisha terpempan. Dia berusaha membela diri dan menafikan semua tuduhan itu. Tetapi Maira tidak berputus asa. Dimaki hamunnya Nuraisha sehingga mampu menggamit perhatian sekeliling.

"Saya tak faham maksud cik. Saya..."

"Banyaklah kau punya tak faham! Kau ni dasar perempuan jalang, tak sedar diri! Aku doa-doa semoga anak dalam perut kau tu tak ikut perangai sundal macam kau!" Maira semakin galak memaki.

Baru saja tangannya hendak naik ke pipi Nuraisha sekali lagi, perlakuannya ditegah oleh Naura.

"Akak jangan nak buat hal kat sini! Kalau tak, Naura panggil polis" ugut Naura dengan wajah serius.

Maira mendengus geram. "Kau ingat perempuan, urusan kita belum habis!"

"Kaklong.." Naura memeluk Nuraisha yang tersedu-sedan. Dia membawa Nuraisha jauh dari keramaian orang. Mereka menuju ke parking lot lantas memboloskan diri di dalam kereta.

"Kaklong..."

Naura mengusap belakang Nuraisha yang masih jelas dengan tangisannya. Dia ternyata terkejut menerima kehadiran Maira di situ. Tidak disangka-sangka Maira akan menyerang Nuraisha seperti itu. Nasib saja dia tiba di situ dengan cepat, jika tidak dia tidak tahu apa yang bakal terjadi.

"Kaklong nak balik. Kaklong penat" rintih Nuraisha dalam esakannya.

Naura akur pada perintah Nuraisha. Kereta Ford mula merentasi jalan menuju ke destinasinya.

"YOU pergi serang dia?" Razlan terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Maira. Dia tidak menyangka Maira setekad itu.

"Yelah! Hati I sakit tau tak? Bila dapat tahu yang Farrhan akan kawen dengan perempuan tu"

Razlan tergelak. Rancangan pertamanya berhasil. Tidak susah menggoncang kemarahan Maira.

"Dah tu apa jadi?"

"Dia tak mengakulah, tak fahamlah. Eeee, sakit betul hati I ni tau tak?"

"Sabar! You ni tekad betul"

"Macam mana I tak tekad? Dah dia rampas Farrhan dari I, takkan I nak duduk diam? Tak sedar diri betul perempuan tu! Dahlah bawak perut besar macam tu, dia ingat senang-senang ke I nak bagi dia kawen dengan Farrhan?"

Razlan tersenyum sinis. Dia suka melihat 'peperangan' yang bakal tercetus ini. Bahkan hatinya semakin tak sabar untuk menyaksikannya.

"Sekarang ni, you relax and calm down. Nanti kita fikirkan jalan untuk pastikan diorang tak kawen. Tapi kalau diorang kawen jugak, kita kena buat plan lain" ujar Razlan sambil menuang wain merah ke dalam gelas Maira.

Kening Maira terangkat. "Maksud you?"

"You sayangkan Farrhan. And I..."

"Kejap! Don't tell me that you like that girl!" Maira buat muka meluat. Apa istimewanya perempuan tu? Huhhh!!

Razlan tidak menjawab ,sebaliknya dia hanya mempamerkan segaris senyuman sinis dan penuh makna. Wain yang telah dituang, diajukan kepada Maira.

"You ni..." Maira tidak jadi hendak meneruskan bicaranya. Dia terdiam seketika. Wain yang sudah bertukar tangan dihirup perlahan.

Otaknya ligat berfikir mengenai kata-kata Razlan. Jika Razlan menyukai Nuraisha ,itu bererti peluangnya untuk memiliki Farrhan sangat terbuka luas.

"Apa plan you?" Suara Maira memecah kesunyian di antara mereka.

Senyuman sinis terhias di wajah Razlan.

SETELAH puas berdoa dan meluahkan perasaan pada Yang Maha Esa, Nuraisha duduk termenung di sejadah. Lama dia berfikir mengenai kejadian siang tadi. Dia terkejut dengan kehadiran wanita seksi itu. Siapa dia? Kenapa dia kelihatan marah saat menyebut nama Farrhan?

"Tu girlfriend dia ke?"

Wajah gadis tadi terbayang-bayang di fikirannya. Wajahnya cantik, tetapi sangat menggerunkan. Nuraisha kecut perut ketika mengingati saat ditampar.

Tiba-tiba, air matanya mengalir. Perut yang semakin membesar diusap perlahan. Senyuman Firash mengisi ruangan mindanya.

"Sha rindu abang. Rindu sangat-sangat. Awalnya abang pergi. Tak sempat nak tengok baby kita"

Nuraisha memejam mata. Dia ingin menghapus segala kesedihan semalam namun apakan daya, jiwanya belum cukup kuat untuk melepaskan semuanya. Dia perlukan Firash. Dia ingin berada di dalam dakapan suaminya lagi. Jiwanya tenteram setiap kali berada di samping suaminya.

Kini, sebelah sayapnya sudah patah. Malah, sebelah lagi seakan rapuh merebah bumi. Nuraisha pasrah. Dia mulai takut dengan masa depan. Dia tidak punya sesiapa bagi bergantung harap. Baru saja hendak bertatih menongkah dunia, langkahnya terhalang oleh kesedihan semalam.

"Ya Allah! Kuatkanlah aku!" pinta Nuraisha dalam tangisannya.

Foto Firash di sebelah digapai. Lama dia merenung foto tersebut. Senyuman itu cukup meruntuhkan hatinya. Redupnya pandangan mata Firash mencairkan hatinya yang kian gusar.

"Kalau abang ada kat sini, mesti kita dah beli barang baby kan? Tiap malam abang mesti peluk Sha. Kalau Sha nangis, abang akan tenangkan Sha. Ya Allah! Aku tak kuat"

Kini, baru Nuraisha faham erti cinta. Cintanya pada Firash tak mampu diusir. Setelah Firash pergi, baru dia mengerti betapa sakit perasaan berjauhan dari yang tersayang. Dia benar-benar mencintai Firash. Setianya pada Firash tak pernah berbelah bahagi. Justeru itu, dia terpaksa dalam rela untuk menunaikan amanat terakhir suaminya.

"KALAU aku nak kawen dengan dia, apa masalah kau?"

Farrhan mendengus kasar. Dia meraup wajahnya yang ketat itu. Kemunculan Maira di situ benar-benar menyakitkan hatinya. Gadis itu sudah berani mencarinya di rumah itu.

Maira mengejar langkah Farrhan yang semakin ke hadapan. Setelah berjaya menyaingi langkah lelaki itu, dia menarik tangan Farrhan dan memeluknya. Tetapi Farrhan pantas bertindak dengan menolak kasar tubuh kurus Maira.

"Balik sekarang. Kalau tak, aku seret kau sampai ke depan! Jangan cabar aku!" Lengan Maira dicengkam erat.

Maira mengaduh kesakitan. Kuatnya kudrat Farrhan!

"Sakitlah! Lepaskan I!"

Farrhan akur juga.

"I datang sini dengan niat baik. Kenapa you nak kawen dengan perempuan tu? Banyak lagi perempuan lain. Ataupun kalau you kemaruk sangat nak kawen, kita boleh kawen sekarang. I sudi jadi isteri you"

Farrhan tergelak sinis. "Kawen? Dulu berapa banyak kali aku ajak kau kawen. Alasan kau tak bersedia. Tu je. Tapi belakang aku, kau simpan jantan lain kan?! Aku benci perempuan macam kau! Baik kau blah sekarang sebelum aku naik hantu!"

"Tak! I takkan pergi selagi you tak jawab soalan I!"

"Ye, aku nak kawen dengan dia! Puas hati?"

Mata Maira berkaca-kaca. Dia menumbuk-numbuk dada bidang Farrhan bagi melepas amarah di hati. Takk!! Kau tak boleh kawen dengan perempuan tu!

"You tipu! Perempuan tu bukan taste you! Lagipun, kita tahu siapa dia. Dia tu bekas pelacur. You nak ke kawen dengan perempuan yang dah kena sentuh dengan lelaki lain? Entah berapa banyak kali dia pernah pregnant!"

"Enough Maira! Kau balik sekarang. Jangan buat aku naik angin. Balikk!!" Tubuh Maira ditolak sehingga ke pintu. Kemudian, pintu tersebut dihempas dengan kuat.

"Han, bukak pintu ni! Han, I nak mintak maaf. I dah menyesal. I janji takkan ulang semula apa yang pernah I buat. Hannnn!" Dada pintu diketuk sekuat hati.

Farrhan mendengus. Dia menyepak dada pintu sehingga bergegar pintu tersebut. Hatinya terlalu sakit dengan kata-kata Maira. Bekas pelacur?

Wajah polos Nuraisha terbayang di tubir mata. Senyuman menggoda dan mata yang cantik itu tiba-tiba menjijikkan dirinya. Dia terbayang-bayang saat Nuraisha bersama lelaki lain. Arghhh! Hatinya baran. Kenapa dia harus mengahwini wanita yang pernah bersama lelaki lain? Itu bererti, dia bukan lelaki pertama yang menyentuhnya. Bahkan, Firash juga bukan menyandang lelaki pertama di dalam hidupnya.

"Shit!!"

Farrhan mengatur langkah ke bilik Nuraisha. Dengan perasaan penuh dendam dan sakit hati, dia harus mengerjakan Nuraisha dan memberi pengajaran kepada gadis itu.

Pintu bilik Nuraisha yang tidak berkunci dikuak. Nuraisha yang sedang lena di atas katil tersedar tatkala bunyi pintu dibuka.

Dia menelan liur melihat figura Farrhan di situ. Matanya sempat mengerling ke arah jam dinding. Sudah pukul 12.45 tengah malam. Semua ahli keluarganya masih belum pulang dari menghadiri majlis akikah anak kepada kawan Tan Sri Firman.

"A...awak..."

"Diam!" Farrhan sudah berdiri di hadapan Nuraisha. Melihatkan perut Nuraisha yang semakin membesar itu, hatinya sudah hilang waras. Yang dia tahu, sakit hatinya harus dibalas malam itu juga!

"Kau memang perempuan jalang kan?! Dah berapa banyak lelaki sentuh kau selain Firash haa? Dah berapa banyak kau buntingkan anak lelaki lain?"

Nuraisha mula ketakutan. Matanya turut berkaca, lebih-lebih lagi setelah melihat Farrhan yang seakan sudsh hilang kewarasan itu.

"Apa..apa maksud awak? Awak cakap apa?"

Farrhan sudah memanjat katil. Rambut Nuraisha ditarik dan rahang itu dicengkam. Dia menyasarkan bibir Nuraisha tanpa segan silu. Nuraisha menolak namun Farrhan lebih kuat lagi mengucupnya.

Dengan kekuatan yang ada, Nuraisha menolak tubuh Farrhan sehingga lelaki itu terjatuh ke hujung katil.

"Kau nak aku kawen dengan perempuan yang dah rosak macam kau? Hehh, sedar diri sikitlah! Kau tu bukan taste aku. Kalau bukan sebab dendam, aku takkan setuju dengan perkahwinan bodoh ni!"

Nuraisha ingin melarikan diri namun tangan Farrhan lebih tangkas menariknya. Tubuh Nuraisha ditolak ke katil lalu ditindihnya.

"Farrhan, lepaskan saya. Saya sakit. Anak saudara awak, dalam ni. Tolonglah. Lepaskan saya" rayu Nuraisha dengan tangisan.

"Diamlah! Budak ni bukan anak saudara aku! Aku tak mengaku dia darah daging aku. Faham!!"

"Farrhan ,tolonglah..." Nuraisha sudah merayu. Suaranya hampir hilang dan tidak kedengaran.

"Berapa banyak lelaki lain dah sentuh kau sebelum kawen haa? Berapa kali Firash dah sentuh kau sebelum kau kawen dengan dia? Sebab tu lah kau nak sangat kawen kan, supaya dapat tutup perut kau ni kan?!! Dan aku yang kena tanggung semua. Aku yang kena jadi kambing hitam! Perempuan jalang! Perempuan murahan!"

Baru saja dia hendak menyasarkan bibir pucat itu, Nuraisha pantas bertindak menggigit lengan Farrhan. Melihatkan Farrhan yang kesakitan, Nuraisha mengambil peluang itu untuk melarikan diri.

Tak berpuas hati, Farrhan mengejar Nuraisha sehingga dapat. Entah apa silapnya, Nuraisha terjatuh sehingga tidak mampu mengawal keseimbangan badan.

Farrhan mematikan langkah. Dia kaku melihat darah mengalir keluar dari celah kangkang Nuraisha. Gadis itu merengek dalam kesakitan.

"A...awak....tolong..tolong saya..."

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-17 07:42:01 

apa ini...


NovelPlus Premium

The best ads free experience