77

Other Completed 493332

NAURA menunggu di luar bilik pembedahan. Dia berjalan mundar-mandir di hadapan bilik itu. Hatinya merintih dengan keadaan yang menimpa diri Nuraisha. Dia tidak sanggup untuk kehilangan kakak ipar yang sungguh polos dan suci hati seperti Nuraisha. Dia akui, dia terlalu mengikut perasaan sehingga tega bertindak kasar terhadap wanita itu.

Disebabkan cinta, dia buta dalam segala-galanya. Disebabkan nafsu, insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Dia menyesali perbuatannya terhadap Nuraisha. Semudah itu dia menuduh Nuraisha padahal sudah terang lagi bersuluh kenyataan itu di hadapan mata.

Dia menangis seorang diri di situ. Akibat perbuatannya, Nuraisha yang menerima balasan. Kini, dia benar-benar rasa bersalah terhadap arwah Firash. Dia lupa akan janji yang telah dimeterai dahulu. Janji untuk terus menjaga dan melindungi Nuraisha daripada panahan mata jahat. Ya Allah, apa yang aku dah buat?!


"Along, maafkan Naura. Maafkan Naura!"

Air mata yang jatuh dikesat dengan jari. Tadi dia sempat menelefon Naira dan memberitahu perkara sebenar. Agaknya Puan Sri Mariam juga sudah dimaklumi oleh Naira. Dia risaukan Mia dan Farrhan. Bagaimana jika Farrhan mengetahui perkara ini? Pasti kondisinya bertambah parah. Dan Mia pula pasti sedang menangis, menginginkan mamanya.

Iphonenya berdering minta diangkat. Tertera nama Naira di situ.


"Kak Sha macam mana?"


"Masih dalam operation room" sahut Naura dengan esak tangisnya.

"Kau pulak? Okey tak?"


Suara di hujung sana menyepi. Hati Naira sudah tak menentu. Dia tahu apa yang dirasakan oleh Naura. Jiwa mereka sentiasa bersatu, itu kelebihannya terlahir kembar.


"Aku bersalah pada kak ngah" rintih Naura. Tangisannya semakin kedengaran sehingga mampu menggamit perhatian jururawat yang melimpasinya.


"Naura, pull yourself out! Takde apa-apa akan jadi pada kak ngah. Berdoa banyak-banyak" nasihat Naira sekaligus menitipkan semangat baru buat Naura.


"Kalau aku tak cari gaduh dengan kak ngah, benda ni takkan jadi. Kak ngah takkan kemalangan. Kak ngah akan selamat. Tapi dia...dia selamatkan aku"

Naira menarik nafas dalam-dalam lantas dilepaskan. Dia ingin berada di sisi Naura tetapi Mia dan Farrhan memerlukannya di situ. Bahkan Puan Sri Mariam juga jatuh pengsan setelah mendengar berita kecelakaan yang menimpa Nuraisha.


"Kak ngah takkan apa-apa okey? Dia akan baik-baik je" ujar Naira sambil anak matanya sesekali mengerling ke arah Puan Sri Mariam yang nyenyak tidur di atas katil. Kasihan mama, setelah disuntik ubat penenang, barulah dia mahu lelapkan mata. Jika tidak ,keadaannya akan semakin parah dek kerana terkenangkan Nuraisha.


"Naira, aku manusia yang tak guna! Aku adik ipar yang tak pegang pada janji. Aku manusia munafik" Berkali-kali Naura mengungkap itu diiringi esak tangisnya. Jika sesuatu terjadi kepada Nuraisha, dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri!


"Benda dah jadi kan? Takde apa yang kita boleh buat. Yang penting sekarang ni, kau kena bertenang dan berdoa banyak-banyak supaya kak ngah tak apa-apa"

Naura mengangguk kepala berkali-kali. Doanya buat Nuraisha takkan pernah putus. Dia belum bersedia kehilangan Nuraisha buat masa kini.

Air mata dikesat. Dia tiba-tiba teringatkan Mia. Anak kecil itu pasti menangis mengenangi keadaan mama angkatnya. Ya Allah, berdosanya aku!


"Mia....Mia macam mana?"


Naira mengeluh panjang. Itu juga satu masalah! Mia merajuk dengannya kerana tak membawanya melawat Nuraisha. Bukannya dia tidak mahu melawat Nuraisha tetapi keadaan di vila juga tidak terkawal.

"Kenapa kau mengeluh?"


"Mia merajuk dengan aku. Dari tadi dia kat dalam bilik, dengan angah. Budak tu bijak. Dia kunci pintu dari dalam supaya aku tak dapat bukak lock dia"


"Mia merajuk? Kenapa?"


"Dia cakap, aku jahat pada dia sebab tak bawak dia jumpa mama dia. Masalahnya keadaan kat vila ni pun tak terkawal. Macam mana aku nak bawak dia?"

"Hmmm" gumam Naura. Kuat betul ikatan hubungan mereka meskipun bukan anak beranak.


"Takpe. Nanti ada apa-apa, aku update lagi. Pasal Mia tu, lama-lama nanti okeylah dia"


"Yelah"

"PAPA HAN tahu tak, mama accident? Mia takut..Mia tak nak hilang mama. Papa Haikal jahat kat Mia. Dia pukul Mia sampai Mia nangis. Kalau mama takde, siapa nak sayang Mia?"

Mia duduk di atas badan Farrhan sambil bercerita. Esak tangisnya jelas kedengaran. Dia secara tak sengaja terdengar perbualan antara Naura dan Naira di dalam talian tadi. Dari situlah dia mengetahui bahawa Nuraisha kemalangan.

'Aisha accident? Ya Allah, kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa takde siapa bagitau aku?! Naira!! Naura!! Aku nak jumpa isteri aku!!'

"Mama je sayang Mia walaupun Mia bukan anak dia. Mama tak pernah pukul Mia. Mama sayang Mia macam adik Iq..."

Mendengarkan nama Fariq, Mia segera menekup mulut. Dia terlupa akan janjinya pada Nuraisha sebelum ini.

Tangisan Mia semakin kedengaran. "Papa Han janji ye ,jangan bagitau sesiapa lebih-lebih lagi mama. Mama ada adik Iq. Tapi mama tak nak Mia bagitau sesiapa. Takut nanti ada orang ambik adik Iq dari dia. Papa Han takkan ambik adik Iq kan?"

'Adik Iq? Siapa dia? Kenapa Aisha nak rahsiakan pasal dia? Siapa nak rampas adik Iq dari dia?'

"Adik Iq tu anak mama. Mia temankan adik Iq masa adik Iq dalam perut mama lagi. Bila dia keluar dari perut mama ,dia comel sangat. Macam muka papa Han"

'Ya Allah apa semua ni?! Tolonglah tunjukkan aku kebenaran!'

Wajah Farrhan ditenung oleh Mia. Kemudian wajah itu disentuh dengan kedua tangannya.


"Papa Han bangunlah! Sampai bila nak tidur? Tahu tak, mama selalu menangis tiap malam. Papa Han jahat kan pada mama? Selalu buat mama sedih. Kalau papa Han tak nak mama sedih, papa Han bangunlah! Kesian mama"

Mia menangis lagi. Kali ini, kepalanya dibenamkan ke dada Farrhan. Tangisannya yang lantang dan kuat memaksa Farrhan untuk bangkit. Jantungnya mulai laju bekerja.Dia menggunakan sehabis tenaga untuk bergerak. Namun sayang ,usahanya tidak berhasil. Farrhan merintih di dalam hati.

"Papa Han jahat! Papa Han tak sayang mama! Mama selalu sedih sebab papa Han!"

Dada Farrhan dipukul berkali-kali. Kekuatan pukulan Mia menyentakkan urat-urat di dalam anggota badan Farrhan.

Tanpa disedari, mata yang begitu lama terpejam akhirnya tercelik dengan kekuasaan Allah. Tangan yang kaku berjaya digerakkan. Dan tangan itulah yang mengusap belakang Mia dengan lembut.

'Mia...' Pun begitu, bibirnya masih tak bisa menuturkan bicara. Tetapi itu tidak menyedihkan buat Farrhan. Dia bahkan menangis kerana sudah mampu bergerak dan melihat.

Mia memanggung kepala saat menyedari ada tangan kasar menyentuh belakangnya. Dia terkesima saat melihat mata Farrhan yang tercelik itu turut sama memandang ke arahnya.

Penuh ketenangan dan senyuman manis menghiasi wajahnya.


"Yeayyyy, papa Han dah sedar!" Mia bersorak riang sambil melompat-lompat di atas katil.

"Mama tak sedih lagi!"

SENYUMAN manis tak lekang dari wajah cantik itu. Kehadiran lelaki itu di tempat itu menyedapkan hatinya yang berbaur walang sedari tadi. Dia kebingungan sebenarnya. Sudah hampir 3 bulan dia tidak datang bulan. Dan setahu dia, hanya lelaki itu yang menyentuhnya. Jika dia mengandung, dia yakin lelaki itulah puncanya. Tetapi mahukah lelaki itu bertanggungjawab?

"Apa yang dimenungkan?" soal lelaki itu sambil duduk di sisinya. Pinggangnya dipeluk erat oleh lelaki itu.

"Takde. Takde apa-apa" Dia menggeleng kepala berkali-kali. Dia sangat gerun untuk memberitahu perkara sebenar tetapi jika ditunda ,nanti lain pula jadinya.

"Haaa menung lagi sayang saya ni. Kenapa ni Nur? Hmmm?" Farrhan berbisik manja di cuping telinganya. Serentak itu dahi itu dikucupnya penuh kasih sayang. Sebelum bertemu Nuraisha, hidupnya kacau-bilau dan tak tentu arah. Namun perkenalan dengan Nuraisha mengubah segala-galanya.

Walaupun pertemuan mereka terjadi di rumah pelacuran itu, namun dia bersyukur dengan kejadian itu. Menurut cerita Nuraisha, dia dijual oleh mak saudara dan sepupunya sendiri. Dia tiada pilihan selain terpaksa 'turut serta' dalam permainan mereka.

"Tadi cakap kita yang termenung" sindir Nuraisha lantas mengembalikan Farrhan ke dunia nyata. Anak matanya mencari-cari wajah cantik itu. Dan mata indah itu, sungguh mempersonakan hatinya.

"Apa yang berlaku? Awak ada masalah?"

Farrhan menggeleng dengan pertanyaan Nuraisha. Jari-jemari Nuraisha digapai lantas dibawa ke bibir.


"Kalau saya ajak awak kawen, awak nak?" tanya Farrhan dengan harapan gadis itu akan bersetuju.


Mata Nuraisha berkaca-kaca. Dia mendakap tubuh Farrhan dengan linangan air mata. Dia cintakan lelaki itu. Jadi untuk apa dia menolak?


"Tapi... saya takde kerja yang tetap. Nama je anak orang kaya, tapi hidup gelandangan" Farrhan tergelak dengan kata-katanya sendiri.

Pelukan dilepaskan. Dia memandang wajah Farrhan dan mengelus pipi itu.


"Papa... dia bagi semuanya pada along saya tu. Sebab bagi papa, along je yang boleh diharap. Saya ni anak yang sentiasa menyusahkan dia. Sebab tu dia biarkan saya hidup macam ni"

"Tapi kita boleh usaha cari duit sama-sama kan?"

Bebola mata Farrhan menangkap seraut wajah cantik itu. Pandangannya bersinar dan penuh harapan.


"Awak tak kisah susah dengan saya?"

Nuraisha mengangguk kepala dengan senyuman memekar di wajah.


"Thanks sayang" Pipi Nuraisha dikucup mesra.


"Tapi..." jeda Nuraisha. Dia tahu, dia tidak boleh merahsiakan apa-apa lagi daripada lelaki itu. Walaupun dia belum yakin 100% akan kandungannya, namun petanda itu kian jelas.


"Tapi kenapa?"


"Saya..."


Wajah Nuraisha ditenung manja. Dia menanti dengan sabar bicara selanjutnya dari gadis kesayangannya itu.


"Awak kenapa?"


"Saya dah 3 bulan tak period. Saya takut kalau saya..."


"Mengandung?" pintas Farrhan. Nuraisha mengangguk.


Suasana menjadi sepi. Tiada kata-kata yang keluar dari kedua insan itu.


"Percayalah, sepanjang saya kat rumah neraka ni, takde lelaki yang sentuh saya selain awak. Tapi kalau awak tak nak bertanggungjawab, saya faham. Saya...."

Nuraisha teresak-esak menahan sebak di dada. Dia tidak pasti sejauh mana penerimaan Farrhan mengenai kandungannya tetapi jika lelaki itu memutuskan untuk membuangnya jauh-jauh, dia juga terpaksa merelakan.

"Kenapa cakap macam ni? Anak saya kan? Biarlah saya yang bertanggubgjawab. Kita besarkan dia sama-sama walaupun lahir dari hubungan terlarang macam ni. Saya mintak maaf sebab pernah melayan awak macam perempuan..."

Farrhan sempat berjeda. Dahi Nuraisha dikucup lagi.

"Dulu, saya sakitkan tubuh badan awak dalam keadaan mabuk. Saya tak sedar apa yang saya buat pada diri awak. Tapi sekarang, saya tahu semua tu salah. Jadi saya akan bertanggungjawab ke atas diri awak. Dan saya janji, saya takkan tinggalkan awak. Dan takkan mabuk-mabuk lagi dah"

Nuraisha hanya mengangguk kepala. Syukur, Farrhan menerima dengan hati yang terbuka.

"Kalau baby boy, make sure muka dia macam saya. Tapi kalau baby girl, muka dia mestilah macam awak" Farrhan mula berangan-angan.

"Ehhh ada pulak macam tu!"


"Mestilah!"


Ketawa keduanya memecah kesunyian yang melanda.

NURAISHA seakan tersedar dari mimpi. Gelak tawa dan renungan lelaki itu masih mencuri di setiap mimpinya. Dia terkebil-kebil memandang permukaan siling yang dihuni oleh kipas yang berpusing dari tadi. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi kepadanya dan tempat itu terlalu asing baginya.

Nuraisha menyentuh bahagian perutnya. Kempis! Dia mengerut dahi. Tetapi kenapa dia bermimpi dirinya sedang mengandung? Wajah lelaki di dalam mimpinya tak ubah seperti Farrhan. Apakah maksud mimpi tersebut?


"Kau ni anak tak berguna! Beri malu aku aje!" Bergema suara seakan suara Maksu Dara memakinya.


"Perempuan kotor! Perempuan jalang! Kau ni lebih baik mati dari terus hidup menyusahkan aku dan mak aku! Dengan bawak buah labu kau tu, kau ingat dapat tutup malu satu kampung ke? Dasar perempuan jalang tak guna! Aku bunuh kau!!"

Suara Adira bergema di segenap ruangan. Bahkan bayangan ketika dia diherdik turut terpampang jelas di tubir mata.


Dia dipukul dan diinjak-injak bagaikan tiada maruah. Adira hampir saja hendak membunuh bayi dalam kandungannya dengan menginjak perutnya yang kian membesar. Dia mengaduh kesakitan, namun sayang dua beranak itu tidak mempedulikan raungannya.

"Perempuan kotor! Pelacur!!! Eihhhh!! Aku jual kau kat sana untuk cari duit, bukan menyusahkan aku dengan bawak perut buncit kau ni!"

"Takkk!! Takkk!! Jangannn!! Jangannnn, nanti anak saya sakit. Tolong jangannn!!" Nuraisha menekup kedua belah telinganya sambil meraung. Air mata mengalir tak henti-henti dari seluruh wajah. Kesakitan itu dapat dirasakan meskipun ianya hanya bayangan sebentar tadi.


"Kak ngah!" Tanpa sedar, Naura sudah duduk berhadapan dengan Nuraisha. Dia menangis melihat keadaan Nuraisha yang seakan dirasuk itu.


"Kak ngah, Naura kat sini!" Tubuh Nuraisha didakap erat. Raungan dan rasukan Nuraisha berjaya ditenangkan. Hanya esakan halus yang kedengaran dari bibir mungil itu.


"Tsk....tsk...tsk... Anak saya.. anak saya..." rintih Nuraisha, sayu. Ingatannya kembali ketika dia sedang mengandung saat itu. Tak henti-henti dia disiksa oleh Maksu Dara dan Adira.

Seingat dia, dia masih berusia 16 tahun ketika itu. Dalam meniti usia yang begitu muda, seharusnya dia sibuk dengan pelajaran namun nasibnya tidak sebaik itu. Dia malahan dijual dan digadai oleh keluarga sendiri bagi menampung kehidupan mereka. Namun tidak lama dia bertahan di rumah pelacuran itu. Hanya untuk tujuh bulan sahaja, dan di diusir oleh pemilik tempat itu gara-gara dirinya hamil ketika itu.

Lelaki yang menghamilinya hilang entah ke mana. Setelah berjanji untuk mengahwininya dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang telah berlaku, lelaki itu menyepi hingga kini. Hatinya sakit dan kecewa. Kerana lelaki itu adalah Farrhan!!


"Kak ngah..." Belakang Nuraisha diusap. Dia kebingungan sebenarnya. Siapa yang dimaksudkan oleh Nuraisha itu? Anak saya? Siapa anaknya? Nampak gayanya, cerita yang pernah dibawa oleh arwah Firash tak terhenti di situ.

Dia tahu, Nuraisha pernah mengandung suatu ketika dulu. Dan dia juga tahu Farrhan adalah lelaki yang bertanggungjawab menghamili Nuraisha. Tetapi dia tidak tahu, dari sudut mana anak itu ada? Jika memang benar-benar wujud, kenapa tidak nampak bayangannya? Atau anak itu dipisahkan dari Nuraisha?

Dan Mia? Kenapa wajahnya persis seperti Nuraisha?

DARI hadapan pintu bilik, Naira tercegat dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat itu. Wajah insan di hadapannya itu sedang tersenyum lebar ke arahnya. Bahkan dia melihat tangan itu sedang bergerak-gerak di awangan.

Mia yang berpimpingan tangan dengan Puan Sri Mariam juga tersenyum. Dia yang memanggil mereka ke situ bagi mengkhabarkan berita gembira tersebut.

Pada mulanya, Naira memperlekehkannya. Namun desakan dan mulut celoteh itu tak henti-henti memaksa Naira dan Puan Sri Mariam untuk menuruti segala kehendaknya. Dan iya, segala kata-kata Mia ternyata benar.

Mia berlari mendapatkan Farrhan yang sedang bersandar di kepala katil. Dia duduk di pangkuan lelaki itu.

"Mia bagitau Acik Cadbury dengan Tok Queen. Tapi diorang tak nak percaya" Mia bercerita kepada Farrhan.


"Tapi sekarang, diorang diam tak terkata" Kali ini, Mia berbisik pula.

Farrhan tersenyum dan hanya mengangguk kepala. Baru kini dia dapat melihat wajah si comel Mia itu. Persis wajah Nuraisha! Bahkan dia dapat melihat segala-galanya. Dia mengucap syukur di dalam hati dengan nikmat kurnia Allah yang satu itu.


"Kalau baby boy, muka dia mesti macam muka saya. Kalau baby girl pulak, muka dia mesti macam muka awak!"


Senyuman Farrhan mati tatkala kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinganya. Dia ingat kata-kata itu. Bahkan dia ingat akan wajah yang sentiasa tersenyum manis kepadanya. Dia ingat segala-galanya. Dia tahu kisah silamnya, dia tahu siapa Nuraisha!


"Angah!!" Puan Sri Mariam mendakap tubuh itu. Farrhan perlahan-lahan membalas pelukan mamanya dengan tangisan.


"Ya Allah! Anak mama dah sedar! Anak mama dah sihat" Air mata tak pernah kering menghiasi wajah tua itu.


Farrhan hanya mengangguk kepala. Dia ingin menjawab namun dia sedar, kata-katanya tak mampu diluahkan.


Naira menghampiri lantas memeluk tubuh itu juga. Mia sudah dipangku oleh Puan Sri Mariam.


"Syukur alhamdulillah, angah dah sedar dari koma. Angah tidur dekat nak setahun. Dah macam sleeping beauty. Tapi versi lelaki" Naira berseloroh, diiringi esak tangisnya.


Farrhan hanya mampu tersenyum. Hatinya bahagia melihat senyuman dan wajah-wajah ceria dari ahli keluarganya. Ya Allah, aku tidak akan mensia-siakan kesempatan ini!


"Naira panggilkan Doktor Faisal"

WAJAH Fariq yang sedang lena ditatap dengan jelingan tajam. Penumbuknya digenggam. Melihat wajah polos itu, hatinya bercampur-baur. Dia sayangkan Fariq tetapi dalam masa yang sama, dia tidak boleh menerima kedukaan ini.

Kebenaran yang terungkap ternyata begitu menyakitkan. Dia masih boleh menerima kehilangan Hanis namun untuk kehilangan Mia dan Nuraisha serentak, itu tidak mungkin terjadi.

Dia teringat perbualannya dengan Sufian tempoh hari. Teruk Sufian dikerjakannya gara-gara kebenaran itu.


"Siapa ayah kepada Mia?"


"Yang tu, aku tak tahu!" sahut Sufian sambil mengelap darah yang mengalir dari bibir. Dia serik menanggung kesakitan itu namun setidak-tidaknya dosa yang ditanggung selama ini terhapus jua.

Wajah Sufian dikerling tajam. "Kau jangan nak tipu akulah! Kalau kau tahu siapa ibu kandung Mia, kau mesti tahu ayah kandung dia!"

"Sumpah Haikal! Aku tak tahu pasal tu. Sebab masa tu, selepas je selesai bedahkan Hanis, aku dapat satu lagi patient perempuan yang sarat mengandung. Disebabkan kami kekurangan staff masa tu, aku terpaksa jalankan pembedahan ke atas dia. Dan perempuan tu ialah Nur. Aku tahu tu je"

Haikal berdecit. Bibir diketap rapat.Siapapun ayah kandung Mia, dia akan pastikan mereka tidak bersatu. Mia dan Nuraisha miliknya seorang! Dan jika dia harus kehilangan segala-galanya demi memiliki dua insan itu, dia rela!!

"Jangan bagitau Nur pasal hal ni" ujar Haikal dengan wajah seriusnya.

Sufian serba-salah. Mana mungkin dia bisa merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Nuraisha. Dia berhak tahu.


"Kau dah gila ke?! Mia tu anak kandung dia. Aku tak boleh nak simpan benda ni lama-lama" bantah Sufian. Sejujurnya dia tak bersetuju dengan akal pemikiran Haikal.


"Iya, memang aku dah gila! Dan aku akan jadi lebih gila kalau aku hilang Mia dan Nur serentak! Kau...kau yang bersalah dalam hal ni. Kalau kau tak buat pembohongan ni dulu, semua ni takkan jadi macam ni! Mia akan tetap jadi anak kandung aku!! Dan dia tak boleh tahu siapa Nur, begitu jugak sebaliknya! Kalau kau bagitau hal ni pada Nur, kau akan tengok benda gila yang aku buat!"

SUFIAN membuka mata. Keluhannya terdengar berat sahaja. Dia sangkakan setelah segala-galanya terungkai, bebannya kian kurang. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Haikal semakin menggila dan tidak mahu menerima kenyataan itu. Dia semakin dihimpit rasa bersalah terhadap Nuraisha.

Bagaimana dia hendak menceritakan perkara sebenar kepada Nuraisha? Dia risau jika Haikal akan bertindak di luar kawalan. Dia tahu dan dia kenal siapa Haikal.

Lelaki tekad seperti Haikal itu rela melakukan apa sahaja demi mendapatkan hajatnya. Sufian benar-benar ketakutan sejak segalanya terbongkar di hadapan Haikal. Fikirannya tidak menentu dan jiwanya kosong.

"Takkan aku nak buat dosa lagi? Dan rahsiakan hal sebenar dari Nur? Dia berhak tahu siapa Mia. Arghhhh!!!" Sufian meraup wajah.

"Ya Allah, apa yang harus aku buat?"


Sufian kebuntuan. Dia tersepit di tengah-tengah. Merahsiakan perkara sebenar bererti dia menyokong ketidakadilan padahal hatinya sudah tekad untuk membersihkan segala-galanya.

Tetapi jika dia berterus-terang, dia tahu Haikal tidak akan duduk diam. Bahkan Haikal bisa melakukan sesuatu di luar kotak pemikiran manusia biasa. Dia risau jika banyak nyawa yang menjadi taruhan.

"Ya Allah, bantulah aku! Kau yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui"

"KAKAK IPAR awak pernah mengalami hilang ingatan sebelum ni"

Berita itu seakan mengejutkan Naura. Wajah Doktor Faisal dipandang dengan seribu persoalan. Dahinya berkerut.

"Itu hasil laporan yang saya dah buat. Punca dia hilang ingatan adalah disebabkan hentakan yang kuat pada bahagian otak. Darah membeku dalam otak, sekaligus mencacatkan sistem saraf dia. Lagipun dia tak dirawat dengan cepat. Kalau tak, dia takkan menghidap penyakit ni dalam jangka masa yang panjang"

Jelas Doktor Faisal sambil menjamah wajah manis di hadapannya. Sejak peristiwa dia meluahkan perasaan tempoh hari, Naura seakan mengelak dari bertemu dengannya. Mereka juga sudah jarang berbual melalui telefon, kecuali atas urusan yang penting saja. Contohnya seperti semalam. Dia dihubungi oleh Naura atas hal kecemasan. Nuraisha kemalangan dan puncanya dari dia. Jadi Doktor Faisal dengan secepatnya menghantar ambulans ke sana dan dibawa ke hospitalnya.


"Tapi keadaan dia takkan seteruk tu lagi kan?" soal Naura sekaligus meluahkan kebimbangannya. Dia tidak pernah tahu mengenai keadaan Nuraisha yang hilang ingatan itu. Ya Allah, terlalu banyak penderitaan yang dihadapi oleh gadis itu!

"Melalui apa yang saya lihat, yes. Keadaan dia takkan seteruk dulu. Tapi mungkin dia perlukan masa untuk pulihkan ingatan dia sepenuhnya"


"Maksud doktor, dia masih belum pulih?"


Doktor Faisal mengangguk. "Dia cuba ingat dua perkara dalam hidup dia. Yang pertama, peristiwa yang buatkan dia gembira. Dan yang kedua, yang buatkan dia sedih. Sebab tu ingatan dia slowly recovered. But it really takes time for her to fully recover herself"

Naura mengangguk faham. Selepas ini, dia akan menjaga Nuraisha dengan lebih baik lagi. Dia tidak akan menyakiti hati gadis itu lagi. Dan dia harus juga menyiasat siapa Mia sebenarnya.

"Oh ya! There's something that I need to tell you" Doktor Faisal memandang wajah Naura. Perkara yang seterusnya ini akan membuatkan Naura lebih kaget. Kerana dia sendiri juga terkejut saat melihat laporan itu.

"Apa dia?" Hati Naura berdebar-debar. Dia tidak mampu untuk menerima sebarang berita tidak baik lagi.

"Puan Aisha pernah mengandung sebelum ni. Dan menurut laporan ni, dia berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang seberat 3.5kg..."

Doktor Faisal berjeda sambil memandang wajah Naura. Tiada riak terkejut dari wajah manis itu. Apakah dia sudah mengetahuinya dulu?

"Di hospital ni" sambung Doktor Faisal. Dan ternyata, berita yang satu itu berjaya memporak-perandakan hati Naura saat wajah tenangnya berubah riak.


"What??" Naura tidak percayakan itu. Namun anggukan Doktor Faisal mengesahkan lagi kata-katanya.


Deringan Iphone milik Doktor Faisal berdering. Dia mengerling ke arah skrin telefon dan melihat nama Naira di situ. Pandangannya kembali tertacap pada wajah Naura sambil berkata, "It's Naira"


Hati Naura kian tak tenteram. Kenapa Naira menghubungi Doktor Faisal? Ada sesuatukah yang berlaku di rumah?

"Okay, I'll be there"

Panggilan dimatikan. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Naura.

"Apa jadi?" Naura mengerut dahi. Musykil pula dengan senyuman lelaki itu.


"Good news! Encik Farrhan dah sedar"


"What??" Naura tercengang.

done. nak tahu lagi kebenaran yg lain? stay tuned tau? ;)

Share this novel

Iza Hafiza
2021-08-04 22:14:22 

mna,episod 78

Iza Hafiza
2021-08-04 22:14:22 

mna,episod 78

Iza Hafiza
2021-08-04 22:14:22 

mna,episod 78


NovelPlus Premium

The best ads free experience