56

Other Completed 493332

FARRHAN kembali ke pejabat setelah agak lama bercuti. Meskipun ditegah oleh Tab Sri Firman berkali-kali, namun dia tetap berkeras hendak ke pejabat bagi menyelesaikan kerjanya. Menurut Tan Sri Firman, dia mahu Farrhan berehat sahaja dan menghabiskan masa bersama Nuraisha.

Farrhan mencemuh di dalam hati. Dia tidak sudi berlama-lamaan dengan gadis itu. Hanya apabila kebutuhan batinnya minta diisi, barulah dia melekat pada Nuraisha.

Punggung dihenyak di atas kerusi bersama dengusan kasar. Tadi apabila dia melimpasi pantry, dia terdengar umpatan para pekerjanya.

"Encik Farrhan tu memang tak malu kan? Dahlah rampas posisi Encik Firash, sekarang dia rampas isteri arwah pulak. Lepas tu, tebal pulak wajah dia datang ke office. Eee kalau aku, malu tau tak?" kutuk Mila sambil meniup air kopi yang baru selesai dibancuh.

Razif mencelah di antara Aliya dan Mila. Cawan yang berisi susu panas dicicip perlahan.

"Korang ni, tak baik mengata bosa tau tak?! Karang dia dengar, tak ke masak korang semua?" tegur Razif.

Aliya buat muka menyampah. "Tu diaaa... Pengampu bos dah sound kita!"

"Eihh bukan soundlah! Buatnya encik bos tu dengar perbualan kita, tak ke naya? Nanti dia pecat kita semua macam mana? Aku tak nak kena pecat! Susah do nak cari kerja zaman ni"

"Lantaklah! Kalau kena pecat sekalipun, aku tak heran! Berlambak lagi kerja kat luar tu tunggu aku" sahut Mila, bernada angkuh.

"Tapi kan. Korang rasa diaorang kawen sebab apa? Cinta ke?" Soalan itu menerjah ke ruangan fikiran Aliya.

Razif dan Mila mengunci mulut. Mereka sama-sama berfikir akan soalan itu.

"Ya tak ya jugak kan? Setahu aku, arwah encik Firash tu sayang gila kat bini dia. Bini dia pun sayang kat dia. Tapi macam mana perkahwinan ni boleh berlaku?" Razif pula meluahkan pertanyaan.

Setahu dia, selama dia bekerja di bawah Firash, lelaki itu acapkali memuji dan bercerita tentang isterinya. Bahkan setiap kali bercerita, wajahnya ceria dan bersinar sahaja. Dia boleh nampak sinar kebahagiaan itu jelas terpancar pada bebola mata Firash.

"Entahlah Zif! Hal rumah tangga orang ni tak payahlah kita masuk campur" sahut Mila.

Razif angkat kening. "Bukan ke tadi kau yang beria-ria kutuk bos? Sekarang insaf pulak?"

"Takdelah. Aku kan, kalau korang sebut je pasal arwah, hati aku sedih tau? Arwah tu baik. Tak kedekut. Concern betul pasal pekerja dia. Lembut je percakapan dia. Sampai mati aku takkan lupa jasa dia" Mila ikhlas memuji.

Dia teringat ketika emaknya dimasukkan ke hospital ketika itu. Dia menangis dan merayu kepada Firash untuk memberikannya cuti bagi menemani emaknya di hospital. Kebaikan Firash yang tak pernah dilupakan adalah ketika Firash sanggup memberikannya cuti dengan gaji selama tempoh emaknya sembuh. Firash juga tahu keluarganya susah. Hanya bergantung harap pada dia sahaja. Oleh itu, Firash tetap membantu dengan tidak memotong gajinya walaupun dia bercuti sebulan lebih.

Apabila Mila kembali bekerja, soalan pertama yang ditanya adalah berkenaan emaknya. Terharu sungguh hati Mila melihat kebaikan dan sikap ambil berat Firash pada pekerja sepertinya.

"Yelah kan? Arwah banyak buat ihsan pada kita semua. Semua orang yang kenal arwah pasti takkan lupakan jasa dia sampai bila-bila. Berbeza betul dengan bos baru kita ni. Aku ni, kalau tak kenangkan keluarga kat kampung sana, dah lama aku berhenti kerja cari kerja lain. Tapi itulah. Bukannya senang nak cari kerja baru" akui Razif lagi.

Walaupun dia tahu sangat tertekan bekerja di bawah pengurusan Farrhan tetapi lagi tertekan jika fikirkan kerja di luar sana. Rela atau tidak, dia ikhlaskan sajalah..

PINTU BILIK diketuk dua kali. Farrhan tersedar dari lamunan. Suara garaunya mengarahkan orang itu masuk. Terjegul wajah Inas bersama resahnya.

"Hmmm ada apa?"

"Bos, ada orang nak jumpa"

"Siapa?"

"Errr..." Mata Inas tidak berkelip memandang bahang kemarahan pada wajah Farrhan. Serba salah hendak cakap!

"I nak jumpa you" Maira sudah menapak masuk ke dalam bilik Farrhan.

Melihatkan sesusuk tubuh itu, bibir Farrhan termuntah keluhan berat. Satu lagi masalah!

"Sorry bos. Saya dah cuba halang cik Maira tapi..."

Farrhan mengangkat tangan sebagai isyarat untuk senyap. Dan Inas akur. Dia keluar apabila diarahkan oleh Farrhan.

"Kenapa datang sini?" tanya Farrhan acuh tak acuh saja. Dia bencikan wajah itu. Wajah yang dipercayai akan menjaga hubungan mereka tetapi terkandas di tengah jalan. Wajah itulah yang telah mengkhianati janji-janji mereka bersama. Kini, untuk apa dia kembali? Adakah untuk menoreh duka di hati? Atau menabur janji-janji palsu lagi? Arghhh! Farrhan tak sanggup ditipu lagi! Dia serik.

"I datang nak jumpa you. Macam ni ke cara you sambut I?" Maira sudah berdiri di sisi Farrhan.

"Aku takde masa nak jumpa kau. Baik kau berambus sekarang. Sebelum Tan Sri nampak kau kat sini"

Maira pamer wajah kecewa. "I rindukan you" Bahu Farrhan dipaut mesra.

"Let me go!" bentak Farrhan sambil menerkam lengan Maira. Wajahnya kemerahan dan matanya membulat tajam. Riaknya tak ubah seperti hendak menelan Maira sahaja.

Kecut juga perut Maira dengan wajah bengis Farrhan itu. Dia tahu Farrhan panas baran tetapi dia tidak menyangka Farrhan akan sebengis itu!

"Okey. I akan pergi dari sini. Tapi I nak tanya you sesuatu. Kenapa you kawen dengan perempuan tu? Kalau you kawen dengan dia semata-mata nak sakitkan hati I, you silap. I tak sakit hati pun!"

Wajah Farrhan sinis. Kerusinya berpusing menghadap Maira.

"So why are you here? Asking me those stupid questions!" tempelak Farrhan.

Hati Maira mendongkol geram. Dia menggigit bibir. Lelaki itu sudah jauh berubah. Namun dia tidak akan mengalah untuk memenangi hati Farrhan kembali kerana dia percaya lelaki itu masih mencintainya.

"You akan menyesal buat I macam ni! Dan you jangan fikir I akan menyerah kalah! I'll make you bow down to me"

Hati Farrhan tiba-tiba panas. Dia berdiri lalu mencekik leher Maira.

"Then do it! I tak takut! I dah banyak kali terluka sebab you. Dan kalau you rasa ugutan you buat I takut, you silap besar!" ujar Farrhan seraya melepaskan Maira.

Terbatuk-batuk Maira menahan kesakitannya. Air matanya hampir gugur namun ditahan sahaja. Dia akan pastikan Farrhan merayunya kembali.

"You jangan bangga sangat kawen dengan perempuan tu Farrhan! You tahu dia siapa. Dia pelacur! Bahkan I lagi baik dari dia. Yes, mungkin I pernah curang dengan you. Tapi I tak pernah lagi jual tubuh badan I pada jantan lain. Tak macam wife you! Muka nampak suci but..." Maira berjeda dengan sinis di wajah.

Wajah Farrhan kemerahan. Entah kenapa hatinya sakit mendengar ungkapan itu. Nuraisha pelacur!

"Get lost! Now!!!" bentak Farrhan dengan amarah yang ditahan-tahan. Jika tidak mengenangkan dia di tempat kerja, sudah pasti teruk Maira dikerjakannya.

Kemarahan yang menggila dalam diri Farrhan menyuntik rasa gerun dalam hati Maira. Dia harus cepat sebelum Farrhan mensasarkan dia tempat melepas amarah.

Hahhh! Rancangan akan berjalan seperti yang dirancang...

PINTU rumah diketuk berkali-kali. Bergegas Nuraisha ke hadapan bagi membuka pintu. Ketika itu, terpacul wajah seorang lelaki dengan perkakas kerjanya berdiri di hadapan pintu rumah sambil tersenyum.

Nuraisha mengerut dahi. Dia tertanya-tanya siapa lelaki tersebut.

"Puan Aisha?" lelaki tersebut bertanya.

"Ye? Encik ni siapa?"

"Saya Ehsan. Tadi encik Farrhan ada called saya. Katanya paip bilik mandi bocor. Jadi saya datang nak betulkan paip tu"

Nuraisha mengerut dahi. Setahu dia ,tidak ada pula Farrhan memberitahunya apa-apa. Dan rasa-rasanya tidak ada pula paip yang bocor di rumahnya.

"Encik salah orang ni. Setahu saya, takde pulak paip bocor. Dan kalau ada, mesti suami saya ada bagitau"

Ehsan tersenyum. "Ohh baru je tadi suami puan hubungi saya. Kalau tak percaya, puan boleh call dia"

Tanpa banyak bicara, Nuraisha bergegas mendapatkan Iphonenya dan segera menghubungi Farrhan. Namun panggilannya tidak berjawab. Nuraisha mencuba lagi. Dan usahanya tetap gagal.

"Macam mana puan?"

"Dia tak dapat dihubungi"

"Mungkin dia tengah meeting"

Nuraisha diam.

"Atau pun kalau puan tak percaya, takpe. Saya boleh tunggu sehingga suami puan sampai"

Melihatkan kesungguhan Ehsan, Nuraisha mula mengukir senyum. Riak polos dari Ehsan membuatkan hatinya percaya kepada lelaki itu.

"Takpelah. Masuklah, dan baiki apa yang patut"

HARI ITU merupakan hari yang malang baginya. Dikutuk pekerja sendiri satu hal, diterjah oleh Maira dengan bidasan yang menyakitkan hati juga satu hal. Ditambah pula dengan teguran dan amarah Tan Sri Firman berkenaan laporannya sebentar tadi. Dia dipermalukan di hadapan staf yang lain.

Arghh! Hatinya benar-benar mendongkol geram. Kereta yang dipandu laju tiba di destinasi. Setelah memarkir kereta, Farrhan menuju ke lif dan cepat-cepat membolosi ke dalamnya saat pintu lif terkuak luas. Butang nombor 8 ditekan.

Ketika itu, kata-kata Maira kembali mengulang-tayang di benaknya. Dia pelacur! Dahinya mengerut. Kedua-dua belah telinganya ditekup dengan telapak tangan.

Dia pelacur! Ya, Farrhan tahu soal itu. Bahkan dia sering menghina dan mencerca Nuraisha dengan panggilan itu. Tetapi entah kenapa hatinya sakit saat ungkapan itu terluah dari bibir orang lain.

Wajah yang kemerahan diraup dengan dengusan kasar. Terlalu banyak hal yang berlaku hari itu. Hatinya jadi tak tenang. Amarahnya meluap-luap.

"Arghhh!!" Farrhan menjerit, tak tertahankan rasa amarah dalam dirinya yang kian menggunung.

Pintu lif terbuka. Farrhan menapak keluar dan menghayun langkah menuju ke rumahnya. Dari kejauhan, dia melihat seorang lelaki sedang berborak mesra dengan Nuraisha di luar rumah. Mereka bergelak tawa dan lelaki itu sempat menggenggam tangannya.

Melihatkan kemesraan mereka, hati Farrhan menjadi baran tiba-tiba. Tak semena-mena, tong sampah di sebelah disepak dengan sekuat hati. Kata-kata Maira terngiang-ngiang di benaknya lagi. Dia pelacur!!

"Sial! Perempuan sial!" Bibirnya menyumpah Nuraisha dari jauh. "Aku takde kat rumah, ni kerja kau!"

Setelah lelaki tadi berlalu, Farrhan mempercepatkan langkahnya untuk ke kondo. Hatinya dihantui dengan sejuta rasa amarah dan benci pada Nuraisha. Dia sudah tidak mampu berfikir apa-apa. Yang dia tahu, Nuraisha harus diberi pelajaran!

Pintu rumah terkuak dengan kasar. Nuraisha menoleh dan terkejut melihat Farrhan yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Wajah lelaki itu bengis, matanya kemerahan membuatkan Nuraisha menelan liur dalam ketakutan.

"Bi..bila awak sampai?" Tergagap-gagap Nuraisha menanya.

Satu langkah Farrhan ke hadapan, satu jua langkah Nuraisha ke belakang. Dadanya mula berombak kencang, apatah lagi setelah melihat wajah yang penuh dengan kebencian itu.

"Kenapa? Kau terkejut?" sinis Farrhan menjawab.

Nuraisha pantas menggeleng kepala.

"Tak pun, kau takut rahsia kau terbongkar?"

Kali ini, Nuraisha mengerut dahi pula. Dia tidak faham maksud kata-kata Farrhan.

"A..apa mak..maksud awak? Sa..saya tak faham..."

Sinis senyuman Farrhan mendengar omongan Nuraisha. Muka sok suci!

"Kau ingat aku tak tau ke apa yang kau buat belakang aku? Siapa lelaki tadi? Kenapa kau jemput dia masuk rumah? Ni rumah aku! Apa yang kau berdua dah buat haa??!" Farrhan terus menembak dengan suaranya yang lantang.

Peluh di wajah Nuraisha mengalir keluar.

"Dia...dia cakap, awak su...suruh dia datang. Se....sebab a..awak..."

"Bila masa pulak aku suruh dia datang haaa? Kau memang sengaja buat alasan bodoh kau tu kan? Kau sengaja nak bodohkan aku kan?"

Tangan Nuraisha berjaya digapai sehingga tubuh mereka bersatu. Nuraisha ingin melepaskan diri namun Farrhan semakin galak menguncinya dalam pelukan.

Bibir Farrhan mula hinggap pada lehernya. Nuraisha meronta-ronta, dia takut untuk meneruskan hubungan tersebut walaupun Farrhan suaminya yang sah. Sakit yang tempoh hari masih lagi terasa, dan kini Farrhan seakan menyeksanya lagi.

"Apasal kau mengelak?!" bentak Farrhan dengan matanya terjegil. Pelukan di pinggang dieratkan.

"Lelaki lain boleh pulak sentuh kau! Kenapa aku, suami kau sendiri kau tak nak?"

Tubuh Nuraisha diangkat sehingga ke ranjang. Sakit hatinya saat mengingat kembali peristiwa tadi. Beraninya Nuraisha membawa jantan lain ke rumahnya! Dapat dia bayangkan betapa mesranya lelaki itu membelai tubuh badan Nuraisha.

Arghhh! Dia tidak akan membenarkan Nuraisha melayannya seperti binatang! Dia juga harus dipuaskan dan dilayan seperti lelaki lain!

"Lepaskan saya! Tolong..." Nuraisha sudah merayu-rayu saat tubuhnya ditindih oleh Farrhan.

"Diam!!" Pipi Nuraisha ditampar. Laju saja Farrhan menanggalkan bajunya. Seterusnya, dia menanggalkan seluarnya pula. Hati yang tak tenang dari pagi tadi harus dibayar dengan kepuasan! Dan amarah yang menggunung kerana kecurangan Nuraisha juga harus dibalas dengan kepuasan!

Laju saja tangannya merobek baju Nuraisha sehingga terdedah bahagian dalamnya. Ketika itu, dia dibayangi oleh kemesraan Nuraisha melayan lelaki lain. Pasti tubuh menggiurkan itu dinikmati oleh lelaki tadi.

Nuraisha sudah menangis. Berkali-kali dia memohon agar dilepaskan namun Farrhan buat tak tahu saja. Malah wajahnya semakin bengis dan sangat menakutkan.

"Kat mana jantan tu sentuh kau? Cakap! Kat bahagian mana?"

Nuraisha menggeleng kepala.

"Kat sini?" Dia menyentuh bibir Nuraisha. "Atau kat sini?" Tangannya naik ke bahu Nuraisha. "Sini?" Beralih ke lehernya pula. "Atau sini?" Dada Nuraisha diramas.

Tangan Farrhan ditepis. Namun laju saja Farrhan menolak tangannya kembali.

"Macam mana kau layan jantan tadi, macam tu jugak kau puaskan aku! Bahkan kau kena puaskan aku dua kali ganda!"

Bibir Nuraisha diramas dengan ghairah. Tangannya menyeluk ke dalam seluar dalam Nuraisha. Dia tidak pedulikan kesakitan yang harus ditanggung oleh Nuraisha ,yang pasti dia harus puas hari itu juga!

"Diam!!" Pipi Nuraisha ditampar berkali-kali. Menyedari Nuraisha mula hilang tenaga dan kekuatan untuk melawan, Farrhan senyum kemenangan.

"Mulai hari ni, kau kena layan aku tiap-tiap malam!" ujar Farrhan sesudah mengucup bibir dan leher Nuraisha.

"Aku tak pernah redha kau jadi isteri aku! Kau isteri yang hanya mampu puaskan nafsu aku!"

done update. bab kali ni agak daring sikit. happy readinggg ^„^

Share this novel

Lisa Halik
2022-01-31 01:20:10 

knplh farrhan perangai mcm syaitan

Hawani Hashim66
2021-06-16 16:07:20 

tqvm kiki..


NovelPlus Premium

The best ads free experience