22

Other Completed 493332

"KENAPA pulak tiba-tiba kau sampai? Bukan ke kau kena hadap papa atas sebab gambar tak senonoh kau dengan minah sebelah rumah kita ni?"

Farrhan hampir menghambur amarah. Dia menyedari kehadiran Firash seawal pagi tadi saat dia dan Razlan sempat mengintip mereka. Setahu dia, papa memanggil Firash ke Kuala Lumpur kerana menginginkan penjelasan mengenai gambar yang dihantarnya kepada papa tempoh hari. Tetapi dia terkejut saat menerima kunjungan lelaki itu pagi tadi. Sudah lembutkah hati papa dengan penjelasan Firash?

Dahi Firash berkerut. Kata-kata Farrhan mula bermain di benaknya. Gambar? Seingat dia, gambar yang ditunjukkan papa tempoh hari adalah gambar ketika dia bersama Nuraisha di pangkin rumah. Tetapi siapa pengirimnya, tidak pula dia tahu. Apa mungkin Farrhanlah pengirimnya? Namun atas dasar apa Farrhan berbuat sedemikian?

"Pardon?" Firash buat-buat tidak dengar. Namun wajah Farrhan galak diamati.

"Tak payah nak pura-puralah! Sebabkan gambar tu papa panggil kau kan?"

"Gambar?" tanya Firash lagi.

"Yelah, gambar kau dengan..." Tiba-tiba Farrhan berjeda. Matanya bersabung dengan anak mata milik Firash. Serentak itu, senyuman sinis mula berlegar-legar di wajah Firash. Farrhan gabra! Tembelangnya pecah!

"So, you're the culprit!" bidas Firash. Penuh sinis tapi riaknya selamba.

Farrhan tayang muka biasa namun dalam hati ketenangannya sudah jauh terobek. Aduh! Macam manalah boleh terlepas cakap?! Farrhan rasa nak tampar mulut sendiri.Namun mengenangkan figura si Firash itu masih berdiri betul-betul di hadapannya, dia tahankan saja emosi itu.

Kebisuan Farrhan menjawab segala teka-teki Firash. Sah! Farrhanlah orangnya.Tetapi kenapa sejauh itu Farrhan mengenakannya? Oh ya, baru dia teringat! Dialah manusia paling dibenci oleh adik tirinya itu di dalam dunia ini. Agak-agaknya, kalau hanya tinggal dia dan Farrhan di dalam alam fana ini, mungkin Farrhan lebih memilih untuk membunuh diri saja daripada hidup dengannya.

"Tak tahulah atas sebab apa Han buat along macam ni. Sampai ada masa untuk sebarkan fitnah pasal kami. But thanks to you too! Sebabkan gambar tu, along dapat bersatu dengan Aisha. Thank you so much for your help!"

Geraham Farrhan bergerak-gerak. Entah kerana dia membenci dengan sindiran Firash atau kerana dia sakit hati dengan diri sendiri yang terlanjur berbicara.

"Oh by the way! Before I toss this glass of tea to you..." Firash menjunjung tinggi segelas teh ais di awangan bersama senyum mengejeknya.

"Just wanna tell you that our parents will come over by tomorrow. So be prepared!" sambung Firash seraya meneguk airnya.

"I will off to site. Tapi sebelum tu, along nak jenguk bakal kakak ipar kau dulu. You wanna join? Manalah tahu, ada banyak lagi gambar kami kau nak ambik untuk tunjuk pada papa. Well, I'm fine with that!"

Sindiran Firash benar-benar menambahkan rasa sakit hati Farrhan saat itu. Penumbuk digenggam seraya nafas dihela. Dia rasa tercabar dengan kata-kata Firash. Niat hendak menjatuhkan Firash, alih-alih dia pula yang terkena! Arghhh!!

USAI saja membersihkan dapur, Nuraisha ke bilik Maksu Dara sambil membawa semangkuk bubur nasi. Dia tahu, Maksu Dara tidak menjamah makanan sedari pagi kelmarin. Dia risau jika Maksu Dara sakit. Semalam lagi dia sudah mendengar Maksu Dara batuk tidak henti-henti.

"Maksu. Sha dah buatkan bubur nasi. Makan ye?" ujar Nuraisha sambil meletakkan mangkuk nasi di atas meja. Ditatapnya wajah keletihan Maksu Dara yang sedang lena itu.

"Kesian Maksu. Mesti dia rindukan Dira" Hampir juga airmatanya bergenang tatkala nama Adira meniti di bibirnya. Meskipun banyak dosa Adira terhadapnya,sedikit pun Nuraisha tidak pernah membenci sepupunya itu. Kerana baginya, Adira dan Maksu Dara adalah ahli keluarganya.

Tubuh Maksu Dara bergerak-gerak. Matanya tercelik memandang siling rumah. Kemudian, matanya menjamah seraut wajah Nuraisha yang penuh dengan senyuman.

"Kau buat apa dalam bilik aku ni? Kau cuba nak bunuh aku kan?" Mata Maksu Dara mencerlung tajam memandang Nuraisha.

Nuraisha mengucap panjang.Sebak di hati ditahan saja.

"Takde maksu. Tak pernah pun terniat di hati Sha nak buat maksu macam tu. Sha sayangkan maksu. Maksu dah macam ibu Sha sendiri"

"Puihh! Tak hingin aku nak jadi emak engkau! Kau tak layak jadi anak aku. Dasar perempuan jalang!"

Airmata Nuraisha jatuh juga. Kata-kata Maksu Dara sungguh menyedihkan hati. Namun dia kuatkan saja hatinya. Diseka perlahan airmatanya, lantas mangkuk bubur tadi diserahkan kepada Maksu Dara.

"Maksu makan ye? Sha dah masakkan bubur. Lagipun, maksu tak makan dari malam tadi. Nanti perut maksu masok angin"

Sesudu nasi dicedok lalu ditiup perlahan sebelum panasnya menghilang. Kemudian, diajukan ke arah Maksu Dara dengan berhati-hati.

"Kan aku dah cakap. Aku takkan makan benda dari air tangan kau!" Berang Maksu Dara dengan sikap Nuraisha itu.

"Tapi maksu kan tak makan dari semalam.Nanti maksu sakit"

"Kalau aku sakit sekalipun, apa kaitan dengan kau? Aku ni lebih rela mati dari nak kena hadap muka kau lama-lama kat sini. Kau ni bawak sial je dalam hidup aku!" tukas Maksu Dara sambil menunjal dahi Nuraisha. Dia betul-betul bencikan Nuraisha dan kebaikan yang sengaja ditunjukkan. Baginya, Nuraisha bukanlah seikhlas hati meladeninya. Dan dia tidak akan menerima kebaikan Nuraisha sama sekali.

"Dan lagi satu. Aku harap sangat kau berambus dari rumah ni sebab aku memang bencikan kau. Sampai mati sekalipun aku takkan terima kau! Kau ingat aku kebulur sangat ke nak makan bubur kau ni haaa??" Bubur nasi dirampas dari tangan Nuraisha lalu dicampakkan ke lantai.Hancur berkecai mangkuk tersebut bersama isinya. Baru puas hati aku!

"Kau berambus dari sini! Jangan pernah muncul depan aku lagi" Maksu Dara mengusir Nuraisha. Tubuh genit itu ditolak sehingga jatuh ke lantai.

Dengan teresak-esak, Nuraisha mengalah juga dengan Maksu Dara. Terlalu sukar untuk melembutkan hati wanita itu. Semacam cara apa sekalipun, dia tetap tewas pada Maksu Dara.

"AISHA" Bahu Nuraisha disentuh lembut. Dari jauh dia melihat figura gadis itu di belakang rumah. Entah apa yang dilakukannya di situ, dia sendiri kurang pasti.

"Hey, kenapa ni?" Wajah Firash kebingungan saat terdengar esakan dari bibir itu. Tubuh Nuraisha dihadapkan ke hadapannya. Saat itu, dia dapat melihat wajah sembam Nuraisha dengan bibir pucatnya. Kenapa lagi ni? Firash bingung!

"Sha, kenapa..."

Belum sempat ayatnya dihabiskan, Nuraisha terlebih dahulu memeluk tubuhnya. Tangisan gadis itu jelas kedengaran. Wajahnya disembamkan ke dada bidang milik Firash. Semakin lama, semakin erat pelukan tersebut, diiringi esak tangisnya yang kian kedengaran.

"Sha..."

"Maksu benci Sha. Dia tak nak tengok muka Sha lagi. Sha sedih. Kenapa maksu buat Sha macam ni? Apa salah Sha? Besar ke dosa Sha pada maksu? Pada Dira?"

Nuraisha sudah mula menghambur kesedihan. Beban di kedua bahu terasa tersangat berat saat hati memendam segala perkara. Dia kesepian sejak ditinggalkan Samsul. Kini Allah hadirkan pula lelaki sebaik Firash. Dan untuk itu, segala perasaan malunya terhakis serta merta. Dia percayakan Firash seperti mana dia meletakkan kepercayaan kepada Samsul.

"Sha tak mintak banyak.Sha cuma nak kasih sayang dan dilayan dengan baik. Tapi tu pun berat maksu nak tunaikan"

Luahan hati Nuraisha menghiris sekeping hati Firash. Betapa dia kasihankan nasib gadis itu yang tak pernah surut kesedihannya. Pertama kali dia melihat Nuraisha kelihatan rapuh. Dan pertama kali hatinya benar-benar tergugat dengan keadaan gadis itu.

Belakang Nuraisha diusap lembut. Pelukan Nuraisha dibalas erat. Dia tahu, dia berdosa namun dia juga manusia biasa. Semudahnya dia rapuh dengan godaan dunia, apatah lagi godaan itu datang dari gadis pujaannya. Meskipun bukan niat Nuraisha seperti itu!

"Abang kan ada?Abang akan bagi semua yang Aisha nak. Dan abang janji, takkan kurang satu pun kasih sayang abang pada Aisha" Dahi Nuraisha dikucup manja.

Nuraisha kaku. Dia ingin menolak, namun saat ini dirinya terlalu ingin lena dalam dakapan Firash.Belaian lelaki itu melenyapkan segala resah di hati. Penyudahnya,dia biarkan saja bibir Firash melekap lama pada dahinya sedangkan pelukannya dirasakan terlalu erat saat itu.

SETELAH yakin dengan keberangkatan Firash dan Farrhan ke tapak pembinaan, Razlan mula menyusun rancangan. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul 12 tengah hari. Dia yakin, Firash dan Farrhan tidak akan pulang jam begini. Mereka hanya akan pulang setelah jam lewat 5 petang. Makanya,dia punya kesempatan untuk 'meraikan' hidangan enaknya hari itu.

Sudah lama dia menahan sabar dengan penolakan Nuraisha. Tetapi tidak kali ini.Dia akan pastikan segala-galanya selesai sebelum sekembalinya Firash dan Farrhan dari tempat kerja.

Kalau diikutkan, rancangan asalnya pada malam nanti. Namun dia risau sekiranya Farrhan mencarinya seperti tempoh hari. Jika tiada gangguan daripada Farrhan, sudah pasti dia kekenyangan sehingga ke hari ini. Kali ini, dia tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi. Nuraisha harus 'dinikmati' sebelum matahari terbenam!
Face mask di atas meja digapai lalu dipasang ke wajah. Dia tidak akan sesekali mendedahkan wajahnya kepada Nuraisha kerana bimbang akan menjadi ancaman buat dirinya. Oleh itu,sebelum terjadi apa-apa, ada baiknya dia bersiap siaga dahulu.

Perlahan-lahan, Razlan melangkah keluar dari rumahnya lantas menghayun langkah dengan laju ke rumah Nuraisha. Dia harus bertindak cepat sementelah peluang sudah terbuka luas di depan mata.

Diintipnya Nuraisha yang sedang nyenyak tidur di atas lantai dengan kain batiknya terselak sedikit. Iman Razlan mula goyah saat terpandangkan betis Nuraisha yang keputihan itu. Keinginan yang satu itu mula meronta-ronta dalam diri. Hatinya kian tak sabar untuk menikmati 'hidangannya' itu.

Dengan langkah penuh hati-hati, Razlan memanjat tingkap bilik Nuraisha yang hanya paras dada itu. Pada masa yang sama, dia turut memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa yang melihat kelakuannya. Setelah yakin dengan keadaan sekeliling, bibirnya tersenyum puas. Rancangannya bakal terlaksana.

"Kau ni buat aku geram je!" ujar Razlan setelah berdiri di hadapan Nuraisha yang terbaring lena di atas lantai. Keadaan rumah dan sekeliling yang sunyi sepi memudahkan kerjanya.

Baju ditanggalkan lalu dicampakkan di atas lantai. Matanya bulat memerhati tubuh badan itu dari atas sehingga ke paras lutut. Kemudian, perlahan-lahan dia mula menindih tubuh Nuraisha lalu mengusap lembut pipi tersebut.

"Tidurlah sayang. Dan biarkan aku dengan tugasku"

"HAN cakap, Razlan ada dengan Han kan? Mana dia?" tanya Firash kepada Farrhan. Mulutnya saja yang bercakap tetapi matanya sibuk memerhati beberapa orang pekerja di hujung sana.

"Hmmm" Farrhan menjawab acuh tak acuh. "Manalah aku tahu! Aku tak jaga dia. Masih tidur kot"

"Han call lah dia! Takkan datang sini sekadar nak main dan melepak je? Nanti company bayar dia lebihlah. Overtime punya gaji" sahut Firash.

"Hishh, kejaplah!" Telefon bimbit digapai. Nombor Razlan didail. Seingat dia, dia sempat bersarapan dengan Razlan sebentar tadi. Tidak mungkin Razlan kembali menyambung lenanya sementelah dia berjanji untuk menyertai mereka nanti.

"Hishhh ,menyusahkan aku betullah si mangkuk hayun ni!" Radang Farrhan sendirian. Berkali-kali dia mendail nombor Razlan namun taliannya tidak bersambung.

"Dapat?" Firash sudah terpacak di sebelah Farrhan. Peluh di dahi dilap dengan hujung baju.

"Tak dapat.Si mangkuk hayun ni tidur mati agaknya! Kalau mati terus takpelah jugak!"

Firash sembunyi tawa. Tercuit juga hatinya dengan kata-kata kesat lelaki itu. Namun tidak pula dia ambil pusing. Dia tahu fiil Farrhan bagaimana.

"Angah pergilah kejut dia. Biar along jaga site" cadang Firash.

Mata Farrhan terbeliak. "Pleaseee! Tak nak aku! Aku tak suruh pun dia OT dengan kita kat sini. Kalau kau nak, kau sendiri yang jemput dia sana"

Firash mengeluh. "Pulak dah"

Farrhan dengan wajah angkuhnya tidak sesekali akan tunduk dengan kemahuan Firash. Seumur hidupnya, jangan harap dia akan mengalah dengan lelaki itu.

"Yelah, along pergi. Angah jaga sini tau? Tengok apa yang patut" Akhirnya, Firash mengalah juga. Dia tahu sampai kapan pun dia tidak akan pernah mampu melembutkan hati Farrhan. Oleh itu,dia akan sentiasa mengalah jika itu keinginan Farrhan sendiri.

KERETA HILUX hitam milik Farrhan tiba di hadapan rumah. Firash menapak keluar dari perut kereta lantas menghela nafas. Pagi tadi, dia dan Farrhan turun ke tapak pembinaan menggunakan sebuah kereta sahaja. Sengaja dia biarkan Nissan Almera miliknya tersadai di beranda rumah.

Pada mulanya, Farrhan enggan menggunakan satu kereta dengannya. Menurut Farrhan, dia tidak akan sesekali berkongsi apa-apa barang miliknya dengan Firash. Perasaan benci tersebut diluahkan melalui perbuatan juga. Namun setelah dipsiko oleh Firash dengan alasan menjaga nama baik papa dan syarikat, barulah Farrhan bersetuju dengan cadangan Firash. Itupun atas dasar terpaksa! Kali ini,Firash menang satu point!

Pintu pagar dibuka. Serentak itu,matanya sempat lagi menoleh ke sebelah. Rindu dengan tuan rumah! Haruman rambut Nuraisha masih lagi melekat ke bajunya. Firash menyimpul senyum.

Teringat peristiwa pagi tadi. Nuraisha malu-malu memandangnya. Hampir saja dia kalah dengan hasutan syaitan ,namun dia masih lagi waras. Jika tidak,pasti dia telah melukai hati Nuraisha tanpa rela. Dan sungguh, dia tidak mahu perkara itu terjadi.

Tombol pintu dipusing. Dahinya berkerut.

"Aikk, aku rasa aku dah kunci pintu ni tadi.. Tapi.. Ke aku tak kunci? Aishhh pelupa betullah aku ni" Firash menepuk dahi sendiri.

Pintu rumah terbuka. Baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam rumah, Firash dapat menangkap bunyi riuh dari kediaman Nuraisha.

Hatinya mula ditimpa walang. Perasaannya kurang enak. Apa yang terjadi dengan Aisha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience