48

Other Completed 493332

MELIHATKAN sekawanan kambing dan sapi di ladang yang tidak jauh dari rumah, bibirnya tersenyum manis. Setelah agak lama menyepi dari dunia luar, baru kali ini Maksu Dara terasa ingin menghirup udara segar. Pepohon yang bergoyang dek tiupan angin terasa lucu pada pandangan matanya. Bunyi kicauan burung yang seolah menyanyi-nyanyi menghiburkan hatinya yang kini sedang lara.

Hampir lima bulan dia mengurung diri di dalam kamar tidur. Hanya Puan Normala yang sering menjenguk, itu pun untuk berborak dan menghantar makanan kepadanya. Puas dipujuk untuk keluar sebentar menghirup angin segar, namun hatinya tetap keras, tidak bersetuju dengan usulan Puan Normala. Tetapi hari ini, entah kenapa hatinya terasa kepingin bermanja dengan alam sekitar.

Buat pertama kalinya, Maksu Dara merasakan ketenangan selama dia hidup. Sebelum ini, wajahnya tak pernah terkunjung senyum. Hanya segarisan keruh dan bengis yang menghiasi wajah. Mungkin kerana dia tinggal bersama Puan Normala, yang banyak mengajarnya tentang kebaikan dan agama Islam lebih mendalam.

Walaupun begitu, hatinya tetap dahagakan kasih sayang daripada Adira. Saban hari, dia merindukan anak gadisnya itu. Tak pernah sedikitpun dia melupakan anak adis kesayangannya itu. Setiap saat, dia berdoa agar Adira mahu pulang ke pangkuannya. Dia benar-benar rindukan Adira.

Pernah suatu hari dia mencuba untuk menamatkan riwayat hidupnya. Hal ini kerana menurutnya, tidak ada guna lagi hidup jika tanpa keluarga di sisi. Dia bersyukur kerana Puan Normala sekeluarga sudi menerima dan menumpangnya di situ. Tetapi mereka tetap bukan ahli keluarganya ,darah dagingnya. Dia juga kepingin hidup seperti insan lain ,yang punya keluarga lengkap dan saling memerlukan. Namun usaha untuk membunuh diri ternyata tidak berhasil sama sekali. Saiful, anak bongsu Puan Normala kebetulan melewati kamar tidurnya dan terlihat tindakannya itu.

Dengan perasaan cemas ,Saiful menjerit memanggil kedua orang tuanya. Maksu Dara selamat. Darah yang mengalir di pergelangan tangan dapat dihentikan dengan bantuan Puan Normala sendiri, sementelah dia juga adalah bekas jururawat masyarakat suatu ketika dulu. Dan semenjak dari hari itu, Puan Normala tak henti-henti memberi nasihat dan sokongan kepadanya.

Lantaran daripada peristiwa itu, Puan Normala menghubungi Samsul yang kini bekerja di jabatan polis di Kuala Lumpur bagi meminta pertolongan untuk mencari Adira di sana. Mendengarkan persetujuan Samsul, Maksu Dara terasa seperti hidup kembali. Hari-harinya dilalui dengan penuh semangat dengan harapan Samsul akan kembali dengan khabar baik.Dan itu yang sentiasa dia doakan.

"Menung jauh kak?" sapaan Puan Normala mengembalikan Maksu Dara ke alam nyata. Dia menoleh lantas menghadiahkan sebuah senyuman kepada wanita itu.

"Seronok tengok kambing dan sapi tu. Duduk satu tempat ,tapi tak pulak bergaduh" jawab Maksu Dara. Anak matanya kembali memandang ke arah ladang.

Puan Normala mengukir senyum. Dia mengambil posisi di sebelah Maksu Dara.

"Sapi dan kambing tu memang abang Fendi yang bela dari dulu. Dulu ada jugaklah saya pesan, suruh asingkan tempat diorang. Tapi dia tak nak. Katanya, satukan tempat mereka tu boleh jimat kos. Saya risau jugak ,kot-kot diorang tu bergaduh ke ,berkejaran ke. Tapi takdelah pulak" Puan Normala bercerita dengan riang.

"Untung kau Mala. Ada sebuah keluarga yang lengkap" Maksu Dara mengeluh. Wajahnya berubah keruh.

Puan Normala mengunci mulut. Matanya memandang tepat ke arah Maksu Dara. Dia faham maksud kata-kata tersebut.

"Kak. Untuk bahagia ,untuk berjaya ,banyak dugaan yang kena kita tempuh. Saya dengan abang Fendi dulu pun bukanlah rukun macam ni. Macam-macam yang kami hadap. Arwah mak mentua saya dulu, dia tak pernah sukakan saya. Saya dan abang Fendi pernah duduk terpisah selama empat tahun. Tapi itulah, jodoh masih milik kami. Allah dengar doa kami. Orang-orang yang sabar" Saat membuka kembali sejarah silam itu ,ada ratusan titisan air mata mula memenuhi ruang wajah. Dia teringat betapa cekal dan sabarnya mereka menghadapi dugaan hari demi hari. Namun, cinta yang kuat antara mereka mampu memalapkan segala dugaan tersebut. Dan kini, mereka hidup bahagia dan aman meski kadangkala ada juga yang mendatangi kehidupan mereka.

"Kalau akak sabar, Allah akan angkat doa akak. Lagipun, akak seorang ibu. Doa seorang ibu takde hijabnya tau? Banyakkan bersabar dan berserah. In Shaa Allah, Dia bagi ganjaran pada akak suatu hari nanti"

Nasihat Puan Normala menenteramkan sekeping hatinya yang gusar. Dalam hati, dia beristighfar panjang kerana sempat curiga pada ketentuan Allah.

"Terima kasih Mala. Kau banyak tolong akak"

"Sama-sama kak"

KERETA ALZA hitam berhenti di bahu jalan. Melihatkan gerangan empunya Honda Vios tersadai di tepi jalan, hatinya tergerak untuk membantu. Rasa-rasanya, dia sangat familiar dengan kereta tersebut.

Langkah kaki dihayun keluar lantas didekati kereta tersebut. Kereta ada, tetapi orangnya menghilang. Samsul menjenguk ke dalam kereta. Dia tersenyum saat melihat Naura tertidur di dalam kereta itu.

"Tidur tak ingat dunia dia ni" omel Samsul sendirian. Tingkap kereta diketuk dua kali. Naura tersedar dari tidur sambil memisat-misatkan matanya. Tatkala melihat wajah Samsul di luar, dia bagaikan cacing kepanasan mencari sesuatu. Alamakk!! Dia tengok aku tidur ke? Macam mana agaknya rupa aku tidur?

Samsul tergelak dengan aksi spontan Naura. Dia mengetuk tingkap lagi dan mengarahkan gadis itu untuk menurunkan tingkap kereta. Naura akur.

"Cari apa?" tegur Samsul, dalam nada mengejek sebetulnya. Lucu dia melihat tingkah gadis itu. Clumsy!

Wajah Naura membahang. Terasa benar ejekan itu walaupun dia tahu Samsul hanya bergurau.

"Kita bercakap macam ni je ke? Macam mesyuarat tingkap?" usik Samsul lagi.

Baru Naura tersedar. Matilanak! Malunya! Cepat-cepat dia membuka pintu kereta lantas berdiri di hadapan Samsul.

"Sorry," ucapnya sambil membetulkan ikatan rambut.

"Awak nampak cantik kalau lepaskan rambut. Tapi lebih manis kalau bertudung"

Hati Naura berdebar. Teguran Samsul sangat deep in the heart!

"Kenapa tidur dalam kereta?" tanya Samsul lagi.

"Ohh kereta tiba-tiba tak nak jalan. Ingatkan tayar pancit. Tapi tak kot. Sebab tayar masih elok semua"

"Kenapa tak call sesiapa? Mekanik ke?"

"Phone low bat" Naura tersengih. Memang kecuaian dirinya sendiri. Hari ini,kes pertamanya bermula. Dia fikirkan segala persiapan sudah tersedia. Sibuk punya pasal, dia terlupa nak charge Iphonenya. Dah tu, charger pulak lupa nak bawak! Nasib baik kesnya sudah selesai. Dalam perjalanan balik, kereta pulak mogok, buat hal. Dia ingatkan tayar yang pancit. Tetapi masalah lain. Yang jadi masalahnya, dia sendiri tidak tahu punca kerosakan keretanya. Aduhaii!

"Saya tengokkan?" Samsul memberi pertolongan.

Naura pantas mengangguk kepala. Dibontoti langkah Samsul dari belakang. Dia lihat saja lelaki itu buat kerja. Sesekali dia memandang sekitar jalan raya, manalah tahu terserempak dengan sesiapa yang dikenalinya.

"Bateri problem ni" ujar Samsul setelah memeriksa keadaan Naura.

"Bateri?" Naura mengelipkan mata berkali-kali.

"Aah. Tapi tak boleh nak jumper. Sebab bateri awak ni kena set up guna komputer"

Naura kecewa. Aduhh, ni yang malas ni!

"Takpe, nanti saya call mekanik. Diorang ambik kereta awak. Nanti awak tumpang saya. Pakej hantar balik rumah sekali"

"Tak menyusahkan ke?"

"Ehh, takdelah. Lagipun, kereta awak ni rosak. Takkan nak biarkan awak sorang-sorang kat sini"

Naura tak fikir panjang. Laju saja dia mengangguk kepala tanda setuju. Masa gawat seperti ini, orang hulur bantuan, terima sajalah! Ada hari nanti, dia balas balik budi Samsul yang baik itu.

PINTU kereta ditutup perlahan. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul 10 malam. Kepalanya disandarkan di bahu kerusi. Matanya terpejam rapat sambil tangannya naik memicit dahi.

Haikal mengeluh. Entah apa yang dicarinya dalam hidup sehingga ke saat ini dia masih belum puas meneroka alam. Sudah beberapa hari ini dia mengunjungi rumah tumpangan itu. Sekadar mencari hiburan tetapi lenggokan setiap gadis di situ mencairkannya imannya yang sememangnya kian runtuh. Namun, tidak satu pun dari mereka memuaskan batinnya.

Dia tahu, dia sudah berbuat dosa. Berzina hampir setiap hari namun kehendak hati tak pernah mampu melawan akal fikirannya. Dia lemas dalam hasutan syaitan. Dia tunduk pada arahan syaitan durjana. Akhirnya, diri sendiri yang musnah namun dia tak pernah kesal. Perkara itu seakan sudah sebati dalam hidupnya.

Dia teringat akan perbualannya dengan Sufian beberapa hari yang lepas. Sahabatnya itu sentiasa memberikan nasihat setiap kali mereka bertemu.

"Kau tak penat ke buat kerja ni? Kau faham kan maksud aku?"

Haikal menikam anak panah ke dart board, berkali-kali namun sasarannya tak mengena. Anak panah yang terakhir disambut oleh Sufian. Melihatkan wajah serius Sufian, Haikal mengeluh.

"Aku tak fahamlah..." sahut Haikal malas-malas.

Sufian tersenyum sinis. "Come onlah bro! Kau tak faham atau buat-buat tak faham?"

Haikal menyeringa. Posisinya berubah tempat. Malas hendak mengadap wajah Sufian kali ini. Pemandangan di luar yang dipenuhi dengan pepohon lebih menarik minatnya.

"Aku tak ingin pun nak jadikan hidup aku macam ni. Tapi aku sunyi. Aku tak puas.."

"Habis tu, sampai bila baru kau akan puas?" cantas Sufian sebelum sempat Haikal habiskan ayatnya. Dia perlu mengorek akal fikiran Haikal yang sudah mereng itu. Biar dia sedar sikit, hidup bukan sekadar untuk enjoy sahaja!

"Kau tak pernah fikir ke yang hidup kat dunia ni sementara? Umur makin meningkat tapi amal entah ke mana. Aku tahu, aku pun jahil dan aku tak layak nasihat kau. Tapi seburuk-buruk aku, aku tak nak tengok kau jauh tersasar macam ni. Kau sepupu aku. Kita rapat dari kecik lagi. Suka duka kau, suka duka aku jugak..." Sufian berjeda.

Puntung rokok dinyalakan api. Dia perlu sedikit ketenangan untuk brain washkan otak sepupunya itu. Sekaligus, menginsafi kekhilafan dirinya sendiri jugak. Sejak kematian Hanis, dia dan Haikal tak pernah bertafakur seketika bagi memikirkan kesalahan diri. Terlalu sibuk dengan wang dan kekayaan serta keseronokan hidup sehingga lupa pada Sang Pemberi Rezeki.

"Kita dah banyak jauh tersasar Kal. Dah tiba masa untuk kita kembali ke pangkal jalan. Kalau kita tak tahu, takpe. We start over. Kau tak takut ke kalau kematian menjemput pada saat kita mengingkariNya?" Nada Sufian berubah lembut tetapi penuh makna.

Haikal terdiam. Dia menyetujui kata-kata Sufian tetapi perubahan perlukan masa. Dan dia juga perlukan masa. Bukan semudahnya untuk berubah dalam sekelip mata. Apatah lagi, dia memang tidak pernah kenal erti solat dan Al Quran. Dia juga manusia biasa, takut pada neraka dan rindukan haruman syurga. Cuma, dia manusia kerdil yang acapkali tak tetap pendirian.

Deringan Iphone menyentakkannya. Tertera nama Mek Som di situ. Dia tahu, si pemanggil semestinya datang dari anak comelnya, Mia. Segera diangkat panggilan tersebut.

"Hello"

"Papa. Bila papa nak balik? Jam dah lewat ni.Mia tunggu papa tau?"

Haikal tersenyum. Ada rasa terharu dengan keprihatinan dari anaknya itu.

"Ye sayang. Papa on the way balik ni. Mia tunggu tau?" Panggilan dimatikan. Senyuman Haikal masih melekat pada wajahnya. Inilah satu-satunya punca dia bertahan hidup. Mia! Penemannya saat ketiadaan Hanis. Pelepas rindu buat arwah Hanis.

Enjin kereta dihidupkan. Haikal mahu segera pulang kerana tak sabar hendak bertemu dengan Mia.

KERETA ALZA itu berhenti di perkarangan rumah. Brek tangan dinaikkan. Samsul membuang pandang ke arah sekitar rumah. Rumah yang cukup besar dan mewah. Tetapi sangat sunyi seolah tiada sesiapa yang tinggal di situ. Tetapi deretan kereta banyak tersusun di perkarangan rumah. Itu tak kira lagi yang kat dalam garaj. Boleh buat koleksi agaknya!

Dia sempat berfikir sama ada itu betul rumah Naura atau tidak. Sunyi sepi. Ke dia kena prank? Atau Naura sekadar menipu?

"Thanks sebab dah hantar saya balik" ucap Naura setelah selesai menanggalkan seatbeltnya.

"Sama-sama. Ni.. betul ke rumah awak?" Samsul masih ragu-ragu.

Naura tersenyum. Dia dapat menangkap maksud riak wajah dan fikiran lelaki itu.

"Haah. Rumah saya. Tak percaya ke? Jom, masuk. Pekena teh ke kopi ke..." pelawa Naura. Namun dia benar-benar maksudkannya.

Wajah Samsul hambar. "Ehhh takpelah. Saya percayakan awak. Cuma..."

"Cuma awak hairan sebab rumah saya sepi? Macam takde orang? Tapi kereta banyak? Mesti awak fikir saya tipu awak kan?" potong Naura.

Segala tekaan Naura tepat mengena. Samsul menelan liur. Naura memang bukan gadis sembarangan.

"Kenapa muka ketat je ni?" tegur Naura sambil tergelak. Dia tahu, Samsul sekarang under pressure!

"You know what? You deal with a lawyer" sambung Naura lagi sambil menaikkan keningnya.

Samsul menepuk dahi. Baru dia teringat. Naura seorang peguam. Wajar sajalah dia bisa menebak setiap pemikirannya. Kedengaran tawa halus dari bibirnya.

"Saya lupa. Yang saya berdepan dengan seorang peguam. So, selepas ni memang tak boleh nak fikir yang bukan-bukan. Takut kantoi.." sakat Samsul dengan iringan tawanya yang masih berbaki.

Wajah Naura kemerahan. "Mengada ea? Ke ada niat nak fikir yang bukan-bukan ni?"

Samsul terus ketawa. Melihatkan gelagat Samsul, Naura terkesima. Sisi Samsul yang dia kenali hari itu. Lelaki itu gampang terhibur. Detak jantungnya bergema maha hebat. Dan detakan itu mengingatkan dia pada arwah Firash. Love is in the air? Perasaan Naura mula cacamarba.

"Hmmm.." Samsul membetulkan tekaknya. Suasana antara mereka sepi.

"Errr, saya nak balik" Suara Naura memecah kesunyian.

"Aah.. Dah balik pun. Kan awak dah sampai rumah ni" Samsul menegur kealpaan Naura.

Naura menggigit bibir. Aduhh, malunya!

"Ehh yelah! Haha.." Naura gelak bagi menutupi rasa malunya. "Betul jugak kan? Saya lupa pulak yang saya dah sampai rumah.."

Samsul hanya tergelak. Hatinya rasa sesuatu.. Hmmm...

"Okay, got to go!" Naura cepat-cepat menapak keluar dari perut kereta. Buat pertama kalinya, keadaan di antara mereka terasa janggal.

Setelah Naura keluar dari kereta, Samsul melihat ada sebuah fail tertinggal di tempat duduk Naura. Dia yakin, itu kepunyaan Naura. Dia hendak memanggil Naura namun gadis itu sudah jauh ke depan.

Samsul mematikan enjin kereta lantas bergegas mendapatkan Naura.

Langkah kaki Naura terhenti saat namanya dilaung berkali-kali oleh Samsul. Dia menoleh dan terkejut melihat lelaki itu mengejarnya.

"Memang semua peguam ni ada sifat pelupa ke?" usik Samsul setelah berdiri di hadapan Naura. Nafasnya tercungap-cungap mengejar gadis itu. Boleh tahan jauh jugak perkarangan rumah nak sampai ke pintu hadapan. Berpeluh dibuatnya!

Naura melihat fail kuningnya ada dengan Samsul. Kali ini, dia menepuk dahi. Hishh, gelabah punya pasal, fail pun lupa!

"Sorry!" ucapnya sambil mengambil fail dari tangan Samsul.

"Make sure lepas ni takde apa lagi yang tinggal. Kalau tak, penat saya nak kejar awak lagi" seloroh Samsul dalam nada jenaka. Tetapi lain pula pentafsiran Naura. Arghhh, hati!

"I will. Tapi awak kena sentiasa ingatkan saya" ujar Naura sambil mengenyit matanya.

Gulp! Samsul menelan liur. Lain macam pembawaan Naura kali ini.

Naura senyum kemenangan. Hari ini saja sudah berapa kali hatinya hampir jatuh gara-gara lelaki itu. Kali ini, biar Samsul pula yang merasainya.

"And thanks also for the dinner. Kalau tak, balik nanti kena masaklah jawabnya!" omel Samsul dengan gelak tawanya. Setelah menghantar kereta Naura ke bengkel, mereka sempat singgah untuk makan makan. Itu pun atas permintaan Naura sendiri.Samsul segan sebenarnya, apatah lagi setelah Naura menawarkan diri untuk membayar makanan mereka. Dia menolak namun Naura tetap berkeras. Katanya sebagai balas budi. Jadi Samsul tak berani nak kata apa lagi. Peguam kan banyak hujah!

"Ohh small matter! Well, I had the best dinner ever. Thanks to you too" Naura membalas seraya mengenyitkan matanya lagi. Nah, ambik kau! Kau je ke yang pandai buat hati aku tak tentu arah?!

Dan sungguh, hati Samsul mula kerasukan. Aura yang dibawa Naura sungguh berbeza. Oh hati, jangan buat hal please!

"Okeylah, saya balik dulu. Awak baliklah. Dah lewat malam ni" ujar Naura.

"Naiklah dulu. Lepas tu, saya balik"

"Okay, if you insist" Naura menapak masuk ke dalam rumah dengan senyuman lebar di wajah. Dia meletakkan telapak tangan di dada. Urghh! Ada debaran yang terasa.

Ketika itu, Samsul ingin berlalu. Namun langkahnya mati tatkala terdengar satu suara yang sangat dikenalinya. Suara yang dirindui. Suara yang diingini semahunya. Dan suara yang perlahan-lahan telah lama meninggalkannya...

Dia menoleh dan mencari empunya suara. Dia kaget saat melihat wajah itu. Nuraisha! Dia lihat Nuraisha dan Naura sedang berborak riang tanpa menyedari kehadirannya di situ.

"Lewat Naura balik" tegur Nuraisha.

"Kereta rosak kaklong. Tapi ada kawan tolong tadi"

"Kawan ea? Ke...."

"Kawanlah kaklong!"

"Ni senyum-senyum ni? Mesti kawan special ni" sakat Nuraisha. Wajah Naura kemerahan. Tubuh Nuraisha dipeluk. Tahukah Nuraisha akan perasaannya?

Samsul yang dari tadi memerhatikan mereka hanya kaku di situ. Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di mindanya ketika itu. Terasa ingin dia berlari mendapatkan Nuraisha namun hatinya seakan tidak bersedia untuk ketemu. Dia benar-benar terkejut dengan pertemuan yang tak disangka itu!

Apa mungkin takdir menetapkan jodoh mereka? Atau sebaliknya???

done update utk korang. ;) selamat membaca.

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-18 18:21:29 

jgn2 mia ni bkn anak haikal


NovelPlus Premium

The best ads free experience