43

Other Completed 493332

WAJAH yang sembab dipandang melalui pantulan cermin. Matanya bengkak, bibirnya pucat. Disentuh perlahan-lahan wajah itu. Serentak itu, air matanya gugur lagi. Nuraisha kecewa. Hampa. Keliru. Perasaannya bercampur baur.

Amanat terakhir Firash terlalu sukar untuk dilaksanakan. Bagaimana bisa dia mengahwini Farrhan yang ternyata begitu jelas membencinya. Bahkan sinar mata itu sentiasa penuh dengan dendam. Dia tidak mahu berkongsi hidup dengan lelaki seperti itu.

Namun Firash sempat berpesan sebelum menghembuskan nafas terakhir. Firash meminta agar dia senantiasa memaafkan Farrhan dan memberikan peluang kedua tidak kira apapun yang terjadi.

Dahinya berkerut. Sejak dari dulu lagi, Firash selalu menyebut-nyebut nama Farrhan dan mengaitkan mereka berdua. Padahal dia tidak pernah kenal siapa Farrhan sebelumnya.

Nuraisha mengusap perutnya. Dalam kesedihan gara-gara kehilangan Firash, Allah kurniakan dia sebuah nyawa sebagai pengganti suaminya.

"Ya Allah, besarnya nikmatMu! Tetapi sesungguhnya aku tak kuat menghadapi semua dugaan ini" Air mata diseka perlahan.

Foto Firash di atas dressing table digapai. Dia tersenyum dalam kesedihan. Diusap wajah itu dengan penuh syahdu.

"Abang,Sha rindukan abang" Foto itu dibawa ke bibir lalu dikucup.

"Kenapa abang tinggalkan Sha? Abang dah janji takkan tinggalkan Sha. Abang dah janji nak bersama Sha sampai bila-bila. Abang...."

Nuraisha sudah berganjak ke ranjang. Tubuh dihempas perlahan sambil tangan erat memeluk foto Firash. Malam yang sepi itu tidak indah seperti malam-malam sebelumnya. Kerana malam itu tiada lagi senyuman Firash yang menemani. Yang ada hanyalah sekeping foto yang tidak bernyawa...

WAJAH Farrhan membengis. Matanya merah menahan amarah yang semakin hebat menguasai diri. Segala yang ada di sekitarnya dihempas dengan sekuat hati. Razlan menelan liur melihat perlakuan Farrhan. Dia faham perasaan lelaki itu dan dia benar-benar takut untuk terus berada di bilik itu ,berdua dengannya.

"Sial punya Firash! Dah mati, masih jugak nak susahkan aku! Bodoh punya lelaki! Dia ingat aku nak tunduk ke pada amanat dia? Bodoh!"

Farrhan mendengus. Dia teringat perbualannya dengan Tan Sri Firman siang tadi. Dia diamanatkan untuk mengahwini Nuraisha yang ternyata bukan gadis pilihannya. Apatah lagi, Nuraisha adalah 'bekas' Firash. Dan di dalam hidupnya, dia tidak akan pernah menggunakan bekas sesiapa! Dia tidak sudi untuk memperisterikan gadis yang telah digunapakai oleh lelaki lain, lebih-lebih lagi lelaki itu adalah Firash.

"Chill bro! Calm down" Razlan bertindak menenangkan Farrhan yang sudah tidak serupa manusia itu! Akal jahatnya mula menguasai fikiran. Dia sudah merancang sesuatu jika Farrhan bersetuju dengan perkahwinan itu. Oleh itu, dia harus meyakinkan Farrhan untuk menyetujui perkahwinan di atas amanat Firash itu.

Anak mata Farrhan membulat memandang Razlan. Nafasnya sudah tidak sekata. Kolar baju Razlan dipulas.

"Kau senanglah cakap! Kau tak berada di tempat aku! Ehhh, aku tak sudilah nak sentuh perempuan tu! Dia tu bekas Firash. Dan aku takkan sesekali terima apa-apa yang berkaitan dengan Firash! Jadi kau jangan nak bodoh sangat!"

Kolar baju Razlan dilepaskan. Jika diikutkan hati, mahu saja dia mengamuk satu kelab malam itu. Tetapi dia masih punya akal fikiran yang waras.

Senyuman sinis tersungging di bibir Razlan. Cantik! Dia harus mengambil kesempatan di atas peluang ini. Dan dia yakin, dia pasti akan dapat memiliki Nuraisha kali ini.

"Kau ni, janganlah bengap sangat!" Razlan memberanikan diri mendekati Farrhan. Bahu lelaki itu ditepuk berkali-kali.

"Inilah masanya untuk kau balas dendam dan lepaskan segala kemarahan kau pada Firash. Kau lepaskan pada balu dia!"

Mendengarkan itu, bebola mata Farrhan memandang tepat ke arah Razlan. Dia mengangkat kening, meminta lebih penjelasan.

"Macam ni..."

Satu-persatu akal jahat Razlan mulai muncul. Dan Farrhan terus tekun mendengar.

"TAKKAN abang setuju nak kawenkan angah dengan Aisha? Lagipun, Aisha kan tengah mengandung. Firash tu baru je pergi" Puan Sri Mariam meluahkan kebimbangan dengan sikap terbuka suaminya.

"Abang takde pilihan lain. Lagipun diorang boleh kawen lepas je Aisha bersalin. Ni amanat arwah. Takkan kita nak abaikan?"

Sebenarnya, ada sesuatu yang membelenggu fikirannya ketika itu. Dan semuanya bersangkut-paut dengan Farrhan. Dia tidak boleh duduk diam. Ada sesuatu yang harus dilakukan bagi membuka jalan kebenaran.

"Tapi bang..angah kan adik ipar Aisha. Boleh ke diorang kawen?"

Air mata yang mengalir di pipi diseka perlahan. Puan Sri Mariam masih tetap memandang suaminya. Dia bingung kenapa Firash meninggalkan amanat sedemikian. Dan dia bertambah runsing saat suaminya bersetuju tanpa berfikir panjang.

Tan Sri Firman memanggung kepala memandang isterinya. Dahinya berkerut. Langkah kaki segera dihayun ke arah isterinya. Lantas ,punggung dihenyak di sisi Puan Sri Mariam. Jari-jemari itu digenggam erat.

"Yam tahu kan siapa sebenarnya Farrhan dan Firash? Peristiwa 34 tahun lalu, Yam..." Tan Sri Firman berjeda. Mutiara jernih mula membasahi pipi. Bukan niatnya membuka pekung di dada, tetapi dia harus mengingatkan isterinya kembali akan peristiwa tersebut.

Puan Sri Mariam kehilangan kata-kata. Esak tangisnya semakin jelas kedengaran. Jika diikutkan, dia tidak mahu mengingati kembali peristiwa hitam itu. Tetapi dia harus sedar diri. Kerana memang itu kebenarannya.

"Yam tahu bang. Yam ingat"

"Jadi Yam kena tahu dan faham yang Aisha masih boleh kawen dengan Farrhan. Kita tak boleh abaikan amanat Firash. Kita takde pilihan Yam"

Genggaman semakin erat. Masing-masing cuba menyalurkan kekuatan yang hampir sudah rapuh. Satu-persatu kejutan yang terpaksa mereka terima dalam masa satu hari.

"Nak ke angah setuju? Abang tau kan macam mana keras dan degilnya angah tu. Lagi-lagi, dia tak suka dengan Aisha. Risau Yam bang.."

Keluhan berat dilepaskan oleh Tan Sri Firman. Kepalanya mulai terasa pusing. Dia tahu perkahwinan yang bakal terjadi ini umpama menjerat hidup Nuraisha sendiri. Tetapi mereka tidak punya pilihan. Kerana di sebalik semua ini, ada maruah yang harus dijaga. Dan itu semua adalah pengorbanan Firash. Untuk itu, dia juga tidak boleh mensia-siakannya.

"I'll talk to him later. Kita doa semoga semuanya dipermudahkan"

"FINE, I'll marry her! Tapi ada syarat"

Wajah bongkak Farrhan jelas pada pandangan. Tan Sri Firman mengeluh. Dia tahu, dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terpaksa bersetuju dengan syarat Farrhan itu.

"Say it" Suara Tan Sri Firman mendatar saja.

"Angah nak duduk asing dari mama dan papa. And I'll take her with me"

Hati Tan Sri Firman berdebar. Ini yang dia tidak suka! Dia fikirkan semudah itu merubah pendirian Farrhan, rupa-rupanya anaknya itu jauh lebih bijak darinya.

"Nope! Papa tak setuju! Dia saja satu-satunya peninggalan Firash pada kami, tapi angah nak larikan dia dari kami?"
"Huh..." Farrhan mencemuh. "Dari dulu lagi memang papa selalu fikirkan pasal Firash kan?"

Tan Sri Firman terdiam. Dia kehilangan kata-kata kerana semuanya tepat mengena!

"Kalau dia satu-satunya peninggalan Firash, kenapa papa nak jugak kawenkan angah dengan dia? You know well, I don't like her! And I always hate Firash!"

Tan Sri Firman masih terdiam. Ya, betul. Dia sendiri berasa bersalah kerana harus mengahwinkan Nuraisha dengan Farrhan. Namun apa pilihan yang dia punya?

"Angah akan cakap sekali je. Angah akan kawen dengan perempuan tu, tapi papa kena setuju dengan syarat angah. Sediakan rumah lain untuk kami. Kalau tak, angah takkan balik rumah ni lagi. Dan angah takkan kawen dengan perempuan tu!"

"Kenapa angah nak sangat pindah? Syarat lain takde ke?"

Farrhan tersenyum sinis. "Kalau angah dah kawen dengan dia, maksudnya dia tanggungjawab penuh angah kan? So mana je angah pergi, dia kena ikut.Samada papa setuju ataupun tak! Dah kira baik angah setuju dengan perkahwinan ni, kalau tak..."

Kata-kata Farrhan seakan mengugut saja bunyinya. Tetapi setiap ulasan itu ada benarnya juga. Namun dalam masa yang sama, Tan Sri Firman risaukan keselamatan Nuraisha. Dia tahu, Farrhan itu semacam apa.

"Angah janji boleh jaga dia dengan baik kan?"

Wajah Tan Sri Firman penuh pengharapan. Layu saja matanya, seakan merayu kepada Farrhan.

"Yaaa.. sebaik mungkin..." Farrhan senyum sinis.

"PA, are you sure with this? Kita tahu kan angah tu macam mana"

Omongan Naura menambahkan runsing di hati Tan Sri Firman. Kepalanya dipicit-picit sambil matanya terpejam.

"Naura ingat papa suka-suka ke nak buat semua ni?"

Naura terdiam. Dia tahu alasan Firash berbuat sedemikian kerana dia telah diberitahu segala-galanya sebelum Firash menghembus nafas. Kalau dia di tempat Tan Sri Firman, dia juga akan bertindak sama.

"Naura kesiankan kaklong. Boleh ke dia hidup dengan angah? Papa tahu kan yang angah bencikan kaklong"

Kali ini, giliran Tan Sri Firman pula yang mendiamkan diri. Hal ini sudah dia bincangkan dengan Puan Sri Mariam. Ternyata, Naura juga meluahkan kebimbangan yang sama.

"We have no choice Naura. Naura pun tahu kan? Apa yang along bagitau haritu. Because we were there"

Naura mengeluh lantas mengangguk kepala perlahan-lahan. Dia benar-benar kasihankan Nuraisha. Segala yang diceritakan oleh Firash tempoh hari cukup melekat dalam fikirannya. Hanya dia dan Tan Sri Firman yang dipercayai oleh Firash untuk menyimpan rahsia tersebut. Dan rahsia itu hanya akan dibongkar setelah Farrhan mampu menerima Nuraisha di dalam hidupnya. Persoalannya, sampai bila mereka harus menunggu saat itu tiba? Kerana kekerasan dan kedegilan Farrhan tiada tolak ansur! Dan tiada seorang pun yang mampu mengubah ego Farrhan.

"Naura tahu...Cuma...Naura kesiankan kaklong!"

"Ye, papa tahu tu. Mama pun rasa benda yang sama. Kita berdoa saja semoga Aisha sentiasa dilindungi. Percayalah, masa tu akan tiba"

4 BULAN KEMUDIAN...

KEBENCIAN Farrhan terhadap Nuraisha semakin meluap-luap apatah lagi saat ini gadis itu sedang mengandungkan benih Firash. Dia tidak boleh menerima sebarang kaitan darah yang bersangkut-paut dengan Firash. Dia bencikan Firash, dan dia bencikan keturunan lelaki itu.

Bagaimana bisa dia mengahwini perempuan yang terang-terang sudah ditebuk tupai? Meskipun dalam hubungan yang sah ,tetapi dia jijik dengan diri Nuraisha. Arghhh!!!

Farrhan mendekati Nuraisha yang sedang duduk di atas buaian. Gadis itu elok saja bersantai sambil mengusap perutnya yang membesar itu. Melihatkan itu, baran di hati Farrhan semakin menggila.

"Aku tak tahulah, kenapa aku kena setuju kawen dengan perempuan macam kau?" ujar Farrhan setelah berdiri tidak jauh dari Nuraisha.

Suara garau Farrhan menyentakkan Nuraisha. Dia menoleh ke sisi dan melihat Farrhan yang turut sama memandangnya.

"Kau dengan Firash baru lima bulan kawen kan? Tapi aku dengar-dengar kandungan ni dah masuk enam bulan. Entah macam manalah kau boleh mengandungkan anak dia sedangkan usia perkahwinan baru je lima bulan. Jangan-jangan ni anak lelaki lain kot!"

"Farrhan!!" sergah Nuraisha. "Jangan tuduh saya macam tu!"

Farrhan tergelak halus. Wajah cemberut Nuraisha menggelikan hatinya. Dia tahu siapa sebenarnya Nuraisha. Razlan ada memberitahunya mengenai kisah silam gadis itu. Bekas pelacur kelas atasan! Huhhh!!

"Kenapa kau nak marah? Benda betul kan? Jantan mana yang buntingkan kau ni? Lepas tu, dengan wajah polos dan suci kau tu, kau goda Firash untuk bertanggungjawab ke atas diri kau! Kau dan Firash tu sama-sama bodoh!"

"Awak boleh hina saya ,tapi jangan hina suami saya!" Bergetar suara Nuraisha memberi amaran. Sejak Firash meninggal, hampir setiap hari dia makan hati dengan sikap Farrhan yang gemar memerli dan memaki hamunnya. Dia sudah lali dengan semua itu ,tetapi untuk menghina Firash, dia juga tidak boleh duduk diam!

"Hey perempuan!" Farrhan mencengkam rahang Nuraisha.

"Kau jangan ingat hidup kau akan bahagia lepas ni! Aku akan pastikan kau hidup macam dalam neraka! Kau tahu kenapa? Sebab kau isteri Firash dan aku bencikan Firash. Dan aku benci kau jugak! Setiap belaian yang kau dapat dari Firash sebelum ni, aku akan balas dengan benda lain! Kau tunggu je!!" Senyuman sinis tersungging di bibir Farrhan.

Mata Nuraisha yang berkaca-kaca menerombos masuk ke dalam hati Farrhan. Entah kenapa setiap kali bertentang dengan mata cantik itu, hatinya berdebar semacam. Seolah ada kenangan lampau yang tidak bisa dia jauhi.

"Aku benci mata kau!"

"NI rumah aku! Korang semua ni, takde hak satu sen pun ke atas rumah aku ni. Berambus dari sini"

Dua orang lelaki yang berpakaian formal berpandangan kemudian mengukir senyum. Mereka memgangguk kepala lantas mencempung tubuh Maksu Dara dari atas katil.

"Lepaskan aku! Lepaskan akulah! Heii bodohhh!!" Telinga kedua lelaki tersebut ditarik.

"Heii orang tua!"Munir sudah hilang sabar. Dia menjerit ke arah Maksu Dara.

"Munir, sabar!" Rico, rakan sekerjanya menenangkan Munir.

Mereka tiba di beranda rumah. Tubuh Maksu Dara dicampak perlahan di atas tanah. Terjerit-jerit bak kerasukan Maksu Dara dibuatnya.

"Rumah ni dah jadi milik bos kita orang. Kau dah tak berhak ke atas rumah ni"

Maksu Dara terpempan mendengar khabar itu.

"Bos? Siapa bos kau berdua haaa? Bila masa pulak rumah ni jadi milik bos korang?"

Munir dan Rico tergelak sakan. Munir mengeluarkan sehelai kertas putih lalu ditikam ke arah Maksu Dara.

"Tengok surat tanah tu! Kau sendiri yang dah sign agreement untuk serahkan tanah ni pada bos kita orang. Takkan dah lupa? Tapi takpe. Aku faham. Orang tua kan? Memang cepat lupa"

Surat? Maksu Dara membaca isi kandungan surat tersebut. Baru dia teringat. Adira ada datang menemuinya beberapa bulan yang lalu dan memintanya untuk menandatangani surat itu. Silap dia kerana tidak membaca lebih terperinci isi surat itu.

"Ya Allah!! Adiraa!! Sampai hati kau buat mak macam ni Dira. Ya Allah! Dira...." Air mata Maksu Dara laju membasahi pipi. Betapa dia kesalkan dengan sikap buruk Adira terhadapnya. Selama ini, dia yang menjaga dan memenuhi setiap keinginan Adira. Anak yang diharap akan menjaga dan melindunginya berubah menjadi anak derhaka. Sungguh, dia kesalkan perubahan sikap Adira sebegitu rupa. Wajar sajalah Adira tiba-tiba baik dengannya. Rupa-rupanya, ada udang di sebalik batu.

"Sekarang kau dah jelas kan? Rumah ni beserta harta benda dalam rumah ni bukan milik kau lagi. Sebab dah bertukar nama ke atas nama bos kami. Jadi kau tak boleh tinggal sini. Dan kalau kau berkeras nak tinggal di sini, kami akan dapatkan perintah mahkamah dan bos kami akan saman kau!" Munir menyambung lagi.

Rico hanya tergelak dan menjadi pemerhati sahaja. Dia tahu, Munir hebat bab-bab sebegini. Jadi, dia biarkan saja Munir yang mengurusnya.

"Kau orang berdua ni..." Maksu Dara menunjuk wajah mereka satu-persatu. "Akan menyesal!"

Namun kata-kata Maksu Dara hanya disambut dengan gelak tawa.

"Apa yang kami nak sesalkan? Kami bukan anak kau! Yang patut kau sesalkan ialah anak kau tu" sahut Rico.

"Betul betul" sampuk Munir lagi.

"Kau keluar dari rumah ni, dan jangan pernah datang sini. Ingat, ni bukan rumah kau lagi!" sambung Rico pula.

LAJU saja air mata Maksu Dara mengalir membasahi pipi. Terasa pedih hatinya saat diperlakukan sebegini kejam oleh anak kandungnya sendiri.

Dia tidak percaya Adira tega mengkhianatinya. Kurang apa dalam kasih sayang yang diberikannya? Bahkan segala keperluan dan keinginan Adira dipenuhi meskipun adakalanya agak sukar untuk dilaksanakan.

Sebegini kejam balasan yang diterimanya daripada Adira. Dia sedih dan kecewa. Kenapa Adira seteganya pada dirinya? Sudahlah dia hampir tidak mampu bergerak, kini Adira pula membawa luka.

"Kak Dara...apa dimenung tu?" Suara Puan Normala memecahbelahkan lamunan Maksu Dara. Air mata yang mengalir diseka perlahan.

Maksu Dara menoleh memandang Puan Normala. Untung dia punya jiran sekampung yang sebaik Puan Normala. Setelah diusir keluar dari rumah sendiri semalam, dia ditemukan pengsan oleh Puan Normala dan Saiful yang ketika itu hendak ke pekan.

Dan nasibnya bertambah baik tatkala Puan Normala mengizinkan dia untuk berteduh di rumahnya. Itupun setelah dia menceritakan segala-galanya pada wanita itu. Jika bukan kerana budi Puan Normala, dia tidak tahu hendak melangkah ke mana. Apatah lagi ketika ini pergerakannya sangat terhad.

"Aku sedih Mala"

Puan Normala yang menatang dulang terus saja menerpa ke arah Maksu Dara dan meletakkan dulang itu di tepi. Bahu Maksu Dara ditepuk perlahan.

"Sabarlah Kak Dara. Allah menguji. Kak Dara kena banyak sabar, banyak istighfar"

"Aku tak percaya anak kandung aku sendiri buat aku macam ni. Dia tahu sangat yang aku takde tempat nak berteduh.Tapi sanggup dia gadaikan rumah tu demi kepentingan dia sendiri" Teresak-esak Maksu Dara meluahkan rasa.

Puan Normala terdiam. Dia tidak berani hendak komen apa-apa. Risau pula sebarang percakapannya akan mengguris hati tua itu.

"Mala, tolong aku"

"Ye kak? Tolong apa?"

"Tolong aku cari Dira kat KL tu. Samsul kerja KL kan? Mintak tolong dia carikan Dira untuk aku"

Maksu Dara separuh merayu. Tangan Puan Normala digenggam erat.

"Tapi.. kenapa akak nak cari dia?"

"Aku nak jumpa anak aku. Aku tahu, ada sesuatu yang berlaku. Aku takkan tenang selagi aku tak jumpa anak aku. Tolong aku Mala"

"Ye kak. Saya tolong akak. Jangan risau ye?"

Maksu Dara mengangguk kepala sambil tersenyum. Lega hatinya mendengar respon positif dari Puan Normala.

"Saya dah masak bubur. Akak makan ye?"

Maksu Dara hanya mengangguk.

hello readers! sorry ye, baru update. enjoy this chapter ;) and leave your comments here ^^

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-17 07:27:51 

geramnya sama farrah ni,dgr jg ckp razlan,nak cekik2 ni farrah,nasib aishalh


NovelPlus Premium

The best ads free experience