59

Other Completed 493332

KAWASAN rumah mula lengang dan ramai yang sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Setelah upacara pengebumian selesai, Naura membawa Puan Sri Mariam balik ke vila. Wajah sugul dan bibir pucat itu seakan sudah hilang serinya. Kak Siti yang sedia menanti di hadapan rumah terus membantu memimpin Puan Sri Mariam ke kamar atas arahan Naura.

Naura menapak ke meja makan lalu duduk menghantar punggung di kerusi. Dia mengeluh dengan segala kejadian yang telah menimpa keluarganya. Satu-persatu kehilangan dirasai ,bermula dari Nuraisha. Kini papanya pula. Dan Samsul juga entah ke mana sejak semalam tiada khabar berita.

Kepala yang berdenyut dipicit-picit. Puas juga dia menghubungi Farrhan bagi memaklumkan kepermegian Tan Sri Firman namun telefon bimbitnya dimatikan. Naura benar-benar sudah mati akal. Sejak semalam ,Puan Sri Mariam meroyan dan meluahkan kekecewaannya terhadap apa yang terjadi. Sejak menerima berita kematian Tan Sri Firman, Naura hanya mampu menangis di dalam hati. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu kesedihannya ,kerana dia risau jika mereka turut menjadi lemah. Dia harus kuat demi mama.

Kerisauannya semakin menjadi-jadi semenjak jejak Nuraisha hilang tanpa berita. Dia jadi geram, marah dan risau akan keselamatan Nuraisha. Fikiran dan keadaan Farrhan yang sudah hilang kawalan itu menyukarkan lagi keadaan mereka.

"Mama macam mana?" Naira yang baru tiba medekat ke sisi Naura. Dia sejak semalam menangisi kehilangan papa tercinta. Dia juga sangat marahkan Farrhan yang begitu egois dan tak berakal itu. Tunggulah kalau lelaki itu balik, lumat dia dikerjakan!

"Macam tu jugak. Aku kesiankan mama" sahut Naura dengan suara yang lemah.

Naira menggosok-gosok lengan Naura, sebagai tanda memberi kekuatan pada kembarnya. Meski mereka tidak pernah sependapat, namun perasaan yang dirasai oleh Naura mampu dirasai oleh Naira juga.

"Kau rehatlah. Nanti aku jaga mama. Pucat sangat bibir kau" tegur Naira tatkala terpandangkan bibir Naura yang pucat lesi itu.

Namun Naura masih berteleku di atas kerusi. Fikirannya masih jauh menerawang. Kehilangan Nuraisha dan Samsul sejak semalam menjadi tanda tanya dalam benaknya. Ke mana mereka pergi?

"Kau fikir apa?" tegur Naira lagi. Dia pula yang risau melihatkan keadaan Naura itu.

"Pasal kak ngah"

Demi mendengarkan nama itu, Naira pamer muka tak puas hati. Lagi-lagi perempuan tu!

"Kau tak payahlah fikir pasal dia! Dia tu menyusahkan keluarga kita aje tau tak? Sejak dia datang dalam keluarga kita, macam-macam benda dah berlaku. Kau tak perasan ke?"

Naura menjeling tajam. Pantang dia apabila ada yang memburuk-burukkan nama Nuraisha.

"Kau tak boleh cakap macam tu! Semua yang berlaku ni atas ketentuan Allah. Bukan kehendak kak ngah atau bukan sebab dia jugak! Kak ngah tu dah banyak terseksa disebabkan angah tau tak?! Kalau kau nak sangat salahkan orang, kau salahkan abang kesayangan kau tu! Kau dengan angah sama je! Tak habis-habis nak semakkan kepala otak aku!"

Wajah Naura memerah. Laju saja percakapannya membuatkan Naira terdiam seribu bahasa. Bab-bab bertikam lidah, bagi saja pada Naura. Terkelu seribu bahasa dibuatnya!
Naura bangkit dari posisi dan bergerak ke kamarnya. Kehadiran dan kata-kata Naira bukannya nak menjernihkan keadaan, malah semakin mengusutkan fikiran saja!

"Dan satu lagi. Kau jangan suka sangat nak buruk-burukkan orang. Silap-silap haribulan, orang yang kau burukkan tu jugak yang tolong kau suatu hari nanti! Ingat tu!" tukas Naura lagi seraya memeruskan langkah.
Naira bereaksi kosong. Benar-benar padu omongan Naura kali ini. Nasiblah tiada sesiapa di situ. Jika tidak, malu saja wajahnya gara-gara bicara Naura itu.

MATA yang terpejam rapat terbuka perlahan-lahan. Kipas siling berpusing menyejukkan lagi suhu bilik itu. Perlahan-lahan Nuraisha cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi. Seingat dia, dia bersama Farrhan sebelum dibawa lari oleh beberapa orang lelaki menggunakan van. Selepas itu, dia tidak mampu mengingati lagi kerana pandangannya kosong.

Nuraisha bingkas bangkit dari baring dan mencari-cari kelibat Samsul. Setahu dia, dia bersama Samsul melarikan diri dari cengkaman Farrhan. Dan di situlah segala-galanya bermula. Dan kini, dia ditempatkan di dalam sebuah bilik, tak ubah seperti kamar tidur.

Dahinya mengerut. Bilik yang didiami saat ini seakan mengembalikan dia ke masa lampau. Katil yang sama, warna bilik yang sama, lampu bilik, kipas siling, meja solek, almari kecil dan bilik mandi. Semuanya serupa saja, persis keadaan yang pernah dialaminya.

Nuraisha memeluk lutut dan membenamkan wajahnya ke situ. Air matanya tiba-tiba mengalir mengingati semua yang terjadi di dalam hidupnya. Dia hanya ingin merasa bahagia tanpa perlu menyusahkan sesiapa. Tetapi kenapa kehadirannya sentiasa dianggap malang? Adakah dia benar-benar hina di mata semua orang?

Dulu, dia bahagia bersama Firash. Namun bahagia yang dicipta tidak berpanjangan. Meskipun begitu, hatinya tetap redha menerima suratan Ilahi. Dia yakin Allah punya perancangan hebat untuknya. Oleh kerana itulah dia ikhlas menerima Farrhan sebagai suami. Namun lelaki itu tak pernah menginginkannya sebagai seorang isteri.

Apakah salah jika jodoh mereka ditetapkan bersama? Nuraisha sendiri tidak faham mengapa Farrhan begitu membencinya sehingga sanggup mengasari tubuh badan dan melukai hatinya. Hanya kerana dia pernah menjalin asmara bersama Firash, kebencian itu meluap-luap. Perkahwinan yang pernah terjalin di antaranya dan Firash seakan dosa besar pada Farrhan.

Pun begitu, dia tetap ikhlas menjalani takdir hidupnya. Kerana dia masih percaya bahagia itu memang miliknya. Namun kini hati yang tersakiti seakan semakin parah dan bernanah saja.

Bahkan, dia sendiri tidak tahu keberadaannya dan untuk apa dia dibawa ke situ. Bagaimana pula dengan Samsul? Hatinya tiba-tiba risau akan lelaki itu.

Pintu bilik terkuak luas. Nuraisha memanggung kepala dan melihat seorang lelaki dan perempuan memasuki bilik lantas mendekatinya. Lelaki berbangsa Cina itu tersenyum kepada perempuan itu. Barangkali perempuan Melayu. Wajahnya cantik tetapi terdapat kesan calar di pipi kirinya.

"Ini amoi aaa..sudah dua kali kena jual. Wa sudah bingung maaa.. nanti bikin masalah lagi"

Kena jual? Dahi Nuraisha mengerut. Apa maksud apek itu?

"Sia...siapa kena jual?" Nuraisha memberanikan diri menanya.

Perempuan tadi tersenyum hambar lantas mendekati Nuraisha. Wajah itu dibelek-belek sehingga dia puas hati. Kemudian, dia melepaskan Nuraisha dan berganjak ke arah Jimmy. Ibu jari diangkat.

"A..apa semua ni? Saya tak...tak faham" bentak Nuraisha dengan sedu-sedannya.

"Lu suda kena jual sama lu punya lowkong.. itu lu punya suami" ujar Jimmy sambil menyedut rokoknya. Saat melihat Nuraisha semalam, dia bungkam seketika. Gadis itu pernah dijual beberapa tahun lalu oleh ibu saudaranya. Dan akibat masalah tertentu, dia membuang Nuraisha dari pusat itu dan sudah tidak berhubung dengannya lagi sejak saat itu. Dan kini, takdir mempertemukan mereka lagi. Dia dijual sekali lagi, tetapi oleh suaminya sendiri.

Dia juga tidak faham. Kebiasaannya, gadis-gadis yang dijual di situ adalah kerana faktor kemiskinan atau keluarga terbeban dengan hutang. Tetapi berbeza dengan kes Nuraisha. Dia dijual oleh suaminya yang terang-terang mempunyai aset yang banyak. Atau dalam erti kata lain, suaminya orang kaya. Tetapi itulah, manusia tak pernah kenal erti puas.

"Takk! Apek tipu!" Nuraisha sudah mengongoi. Masakan Farrhan sanggup menjualnya kepada apek Cina ini? Dan tempat ini... tempat pelacuran ke? Takk! Dia tidak akan membenarkan hidup dan maruahnya terkulai layu di dalam genggaman lelaki durjana di luar sana.

"Wa tada tipu sama lu. Lu punya husband, itu nama Fa..Fahan.. dia datang sini semalam maa.. Bawak lu sini ,jumpa sama waa. Jual lu.. wa kasi rm700 ribu. Itu maksud, lu wa punya maa. Jadi lu kena kerja sama wa kalau lu mau terus hidup"

"Tak nak! Saya tak nak!!" Nuraisha menggeleng kepala berkali-kali. Tidak mungkin Farrhan sekejam itu kepada dirinya. Tidak mungkinn!!

"Aduhhh, ini perempuan banyak kasi wa pening kepala. Laila...lu urus ini budak!" tukas Jimmy lantas keluar dari bilik.

Melihatkan diri Nuraisha menangis di kepala katil, Laila lantas mendekatinya. Diusap lembut kepala itu berkali-kali. Dia teringat akan dirinya ketika melihat Nuraisha. Sungguh, hatinya kasihan namun apakan daya. Dia sendiri sudah terikat sejauh ini.

"Kalau kau menangis sampai keluar air mata darah sekalipun, apek bodoh tu takkan hiraukan kau!"

Nuraisha tersedu-sedan mengenangi nasib diri. Kali ini, dia tidak akan sesekali memaafkan Farrhan di atas apa yang lelaki itu telah lakukan. Hatinya benar-benar telah terluka begitu dalam dengan perangai Farrhan. Fikirnya, kekejaman Farrhan hanya setakat itu sahaja. Tetapi tidak pula dia menyangka Farrhan tega menjual maruahnya, sekaligus menjadikan dia pelepas nafsu jutaan lelaki.

Dia benar-benar sudah tawar hati!

"Buang tenaga dan masa kau je menangis melalak kat sini. Diorang pura-pura tak dengar, bahkan diorang akan semakin seksa kau. Tahu tak?" Wajah Nuraisha diamati. Cantik matanya. Laila hampir terpesona.

"Saya nak keluar dari sini kak. Tolonglah saya" Lengan Laila digoncang-goncangkan.

"Kau ingat senang ke nak keluar dari sini? Tempat ni dikawal rapi tahu tak?"

"Tapi saya tak nak tinggal sini. Saya tak nak kerja sini. Saya lebih rela mati dari jual maruah saya!"

"Diamlah!" gertak Laila. "Nanti diorang dengar kau, teruk kau dikerjakan tahu tak?!"

Sebu rasa hati dan jiwanya kosong. Dia seakan tak percaya perkara ini terjadi di dalam hidupnya. Tangisannya semakin jelas kedengaran. Kepalanya terbenam ke lengan Laila, menangis dan merintih nasib di situ.

Laila hanya mampu mengeluh dan melihat sahaja. Dia juga tidak mampu hendak membantu sementelah dirinya menumpang hidup di situ juga. Namun dia terlalu kasihankan nasib gadis itu. Siapa saja yang sudi menyerah diri ke tempat kotor seperti ini?

SETELAH menerima panggilan daripada Abu, Naura bergegas ke hospital. Menurut Abu, Samsul ditemukan pengsan di dalam semak dengan separuh wajahnya hancur. Mendengarkan itu, hati Naura remuk sekali. Siapakah yang seteganya memperlakukan Samsul seperti itu?

Naura kini berada di sisi Samsul yang terbaring lemah di atas katil. Wayar entah apa dicucuk ke tangan dan anggota badannya. Topeng oksigen dipasang ke wajah. Naura tahu maksud keadaan itu.

Dia menangis semahunya di sisi Samsul. Jari-jemari Samsul digenggam erat. Dia sudah kehilangan Firash, dan kini dia tidak mahu kehilangan Samsul juga. Cukup sudah penderitaan kehilangan seseorang itu dirasainya.

"Cik Naura..." Bahunya dicuit oleh seseorang dari arah belakang. Naura menoleh sambil mengesat air matanya.

"Saya Abu. Yang called cik Naura tadi" Abu memperkenalkan diri.

Naura mengangguk kepala. Dia seakan hilang tenaga untuk bercakap.

"Kenapa Samsul boleh jadi macam ni?" Lemah saja nada suaranya bertanya.

"Itu saya belum dapat pastikan lagi. Kami terima laporan berkenaan dia. Orang ramai jumpa dia di kawasan semak. Dari semalam lagi dia dihantar ke sini. Keadaan dia memang teruk. Kita berdoa semoga dia tak apa-apa"

Panjang keluhan Naura kali ini. Satu demi satu masalah melanda. Dari semalam, dia tidak cukup rehat lantaran terlalu banyak masalah yang melanda. Tiba-tiba dia teringatkan Nuraisha.

"Semalam orang ramai cuma jumpa Samsul sorang ke? Takde orang lain?"

Abu mengerut dahi. Wajah cemas Naura ditatap.

"Setahu saya, takde sesiapa kecuali Samsul sorang. Kenapa ye cik Naura?"

Naura terdiam. Kalau begitu, Nuraisha telah dilarikan. Tetapi ke mana? Dan siapa melarikan dia? Adakah Farrhan? Atau orang lain?

"Polis cuma terima laporan kehilangan seseorang selepas tempoh 24jam berakhir kan?"

Abu mengangguk kepala.

Naura menilik jam di pergelangan tangan. Ada lagi lima jam sisa yang tinggal. Jikalau selepas tempoh itu Nuraisha masih tidak dijumpai, dia tidak punya pilihan lain kecuali meminta pertolongan daripada pihak polis. Tetapi keseluruhan cerita hanya Samsul yang mengetahuinya. Itu bererti kerjasama daripada Samsul juga sangat penting.

Huh....Naura mengeluh lagi. Kepala yang berdenyut dipicit-picit. Jika Samsul tidak sedarkan diri juga dalam waktu terdekat, pencarian Nuraisha pasti memerlukan masa yang panjang.

Ya Allah, mudahkanlah jalanku!

"Nanti lepas lima jam ,kalau takde berita, saya akan ke balai polis. Buat laporan kehilangan kakak ipar saya" Naura memaklumkan Abu.

Abu mengangguk kepala perlahan-lahan. Walaupun dia tidak memahami apa yang terjadi, namun dia tahu semuanya pasti ada kaitan dengan Samsul.

PELUANG yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menjejak langkah Farrhan. Satu demi satu lokasi yang kerap dikunjung diperiksa. Bahkan mana-mana yang mempunyai kaitan dengan Farrhan juga disiasat. Namun hanya hampa bertandang.

Usaha Naura menemui jalan buntu. Sejak dari semalam lagi, Farrhan tidak dapat dihubungi atau dijejaki. Dia tidak tahu ke mana lagi langkah kaki hendak melangkah. Jika dia dapat menghubungi Farrhan, keberadaan Nuraisha pasti dapat dikesan juga.

Ke mana lagi dia harus mencari Farrhan? Takkan selamanya dia menyorokkan diri. Dan adakah Nuraisha kini bersamanya? Hatinya walang saat mengingati itu. Nuraisha takkan pernah selamat kalau berada di samping Farrhan.

Tetapi berada jauh dari Farrhan juga, bukan bermaksud dia dalam keadaan baik-baik juga. Arghh! Naura benar-benar tertekan.

Panggilan telefon daripada Naira menyentakkannya. Panggilan bersambung.

"Kau kat mana sekarang?" Suara Naira cemas sahaja. Itu membuatkan hati Naura semakin gelisah.

"Kat luar. Kenapa?"

"Mama"

Dahi Naura mengerut. "Mama kenapa?"

"Mama meroyan. Dia panggil papa. Katanya ,dia nampak papa lambai pada dia"

Naura mengucap panjang. Enjin kereta dihidupkan. Hati yang bingung bertambah risau.

"Aku balik sekarang. Make sure mama tak buat benda yang bukan-bukan"

Panggilan dimatikan. Kereta Vios meluncur laju dengan tahap maksimum. Dalam hati, Naura berdoa semoga mama baik-baik sahaja.

'Samsul, I need you!!'

selamat membaca guysss ;) sapa2 yang hati tak tenang tu, relaks okey? more chapters soon ^^,

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-19 16:09:41 

tqvm kiki...harap sha ingat kembali bagaimana dia d jual oleh maksunya dan sha dpt berjumpa ngan anaknya kembali...next chapter ya semakin best novel ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience