78

Other Completed 493332

BERITA yang dikhabarkan oleh Doktor Faisal ternyata membuatkan hati Naura senang. Dia dan Doktor Faisal buru-buru pulang dan tidak sabar ketemu Farrhan. Nuraisha pula ditinggalkan di hospital dan di bawah pengawasan pihak hospital. Setelah yakin dengan kesihatan Nuraisha, mereka akan menjemputnya kembali nanti.

"Naura! Hati-hati" Lengan Naura ditarik rapat ke sisi. Kereta yang hampir melanggar Naura tadi berhenti di bahu jalan dan keluar menemui mereka berdua.

"Awak okey?" tanya Doktor Faisal. Wajah Naura pucat semacam. Untungnya Doktor Faisal pantas bertindak. Jika tidak, agaknya buruklah nasibnya.

"Sorry Sal. Aku..." Sufian memohon maaf setelah menghampiri mereka.

"Takpe. Tapi lepas ni, make sure kau hati-hati" pesan Doktor Faisal.


Sufian hanya mengangguk kepala. Dia memandang wajah pucat Naura yang ternyata masih trauma dengan kejadian tadi.


"Sorry cik?"


"Naura" Doktor Faisal menjawab bagi pihak Naura. Gadis itu sudah tidak berkata-kata lagi.


"Korang nak ke mana ni? Tergesa-gesa je?"

"Ada emergency case kat rumah Naura. Kita orang kena gerak dulu"

Doktor Faisal sudah berlalu namun kemudian, dia mula teringatkan sesuatu. Dia berpaling semula kepada Sufian yang sudah tiba di pinti hadapan.

"Sufian!"


"Yes?" Sufian berpaling dengan soalan.

"Ada patient kat bilik 102. Dia under aku tapi sebabkan ada emergency case, aku terpaksa tinggalkan dia kejap. Can you keep an eye for me??"


"Sure"

USAI saja memeriksa keadaan Farrhan, wajah Doktor Faisal tampak berseri-seri dengan sinar harapan. Dia mendekati Naura dan yang lainnya yang sedang duduk di atas sofa. Sungguh, keajaiban Allah itu Maha Kaya. Setahun lebih Farrhan koma tidak sedarkan diri namun hari itu merupakan hari bersejarah dalam kehidupan mereka. Kesihatannya semakin membaik, hanya percakapannya saja yang belum telus.


"Is he okay?" tanya Naura dengan riak khuatirnya.


"Don't worry too much. Dia tak apa-apa. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Farrhan dan boleh bergerak dan kesihatan dia dah semakin pulih. Cuma dia masih belum dapat bercakap"


Naura dan yang lainnya menghela nafas lega. Syukur mereka panjatkan ke hadrat Ilahi di atas nikmat kurnia yang tak terhingga ini. Kesembuhan Farrhan mampu mengembalikan senyuman di vila itu semula.


"Alhamdulillah!" ucap Puan Sri Mariam. Dia sudah lencun dek air mata. Penantian setahun membuahkan hasil. Tidak sia-sia mereka menunggu dan terus berusaha. Bahkan berkat doa semua, Farrhan kembali sembuh walaupun belum sepenuhnya.


"So lepas ni angah tak perlukan alat pernafasan dia kan?" Naira menyampuk dengan wajah ceria. Mia dicempung dari tadi. Akrab sungguh anak itu dengannya.

Doktor Faisal menggeleng kepala. "Tak perlu. Pernafasan dia dah stabil dan dia boleh bertahan selama setengah jam tanpa alat tu. Berbanding sebelum ni, satu saat pun dia tak boleh bertahan. So it's another good news!"

Mutiara jernih dari wajah cerah Naura mulai mengisi kekosongan. Berita gembira yang diterima sungguh melegakan hati. Benar kata arwah Firash suatu masa dulu. Nuraisha benar-benar istimewa!

"So lepas ni kena latih dia untuk aktif bergerak. Jangan biarkan dia berkurung dalam bilik saja. Tak baik untuk pernafasan dia jugak" pesan Doktor Faisal lagi.


"Sure" sahut Naura.


"Okey, kalau takde apa-apa, saya kena kembali ke hospital. Lagipun saya tinggalkan Aisha kat situ"


Puan Sri Mariam menggumam tatkala nama itu disebut-sebut. "Menantu saya macam mana doktor? Dia baik-baik aje kan?"

"In Shaa Allah dia tak apa-apa. Dan Puan Sri, kalau boleh jangan terlalu risau. Sebab kesihatan Puan Sri jugak kena sentiasa dijaga"


"Mia kan ada? Mia boleh jaga Tok Queen" sampuk Mia pula lantas minta diambil oleh Tok Queennya.

Ruangan bilik tidur Farrhan riuh dengan bunyi ketawa mereka. Puan Sri Mariam mendepakan tangan dan sekejap saja, Mia sudah berjaya dicempung. Pipi Mia dikucup berkali-kali. Entah kenapa hatinya rasa terikat setiap kali bersua dengan wajah comel itu.

"Yelah. Mia kan budak yang baik?" ujar Doktor Faisal pula sambil mengelus kepala Mia.

"Tau takpe" sahut Mia lagi.

"Eeee budak ni kannn!!" Naira menahan geram dengan aksi Mia itu. Mereka tergelak lagi dengan celoteh Mia.

"Okeylah, saya gerak dulu"

"Saya ikut. Nak jenguk kak ngah sekali" ujar Naura

Langkahnya sempat terhenti apabila lengannya ditarik oleh Naira.

"Kali ni, kalau doktor tu ajak keluar, jangan menolak lagi. Rugi tau ,kalau tolak Doktor Faisal" Naira mengingatkan. Tempoh hari, Naura ada mengadu padanya mengenai Doktor Faisal. Ajakan doktor muda itu ditolak mentah-mentah dengan alasan sibuk bekerja. Naira rasa macam nak pelakup je kepala kembarnya itu. Benar-benar menolak tuah!

"Sibuklah kau!" gerutu Naura lantas menyaingi langkah Doktor Faisal di hadapan.

WAJAH pucat lesi Nuraisha ditenung lama. Semakin menatap wajah itu, semakin hatinya digari dengan rasa bersalah yang tiada kesudahan. Terlalu besar dosa yang telah dilakukannya kepada gadis itu. Gara-gara dia, Nuraisha menderita dan harus berjauhan dari anak kandungnya. Dan gara-gara dia juga, hidup Haikal kini musnah dan penuh dendam. Dia tidak mampu untuk terus memaafkan dirinya sendiri.

"Nur..." Sufian berjeda. Air mata yang jatuh berguguran diseka dengan jari. Dia terkejut saat menerima pesakit yang dimaksudkan oleh Doktor Faisal tadi.

Setelah meneliti laporan kesihatan Nuraisha, baru kini dia faham segala-galanya. Nuraisha kemalangan semalam dan akibat pelanggaran itu, ingatannya kembali pulih. Rupa-rupanya selama ini Nuraisha hilang ingatan. Patutlah gadis itu tidak mengenali dirinya saat pertama kali bersua.

Dan kemungkinan itu juga yang menyebabkan Nuraisha tidak tahu mengenai kondisi dirinya lima tahun lalu. Dan kewujudan Mia juga agak-agaknya tidak pernah dia sedari selama ini. Ya Allah, apa aku dah buat?!

Namun dia bersyukur kerana kecederaan Nuraisha tidak begitu parah. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menanggung dosa ini seumur hidup. Nuraisha akan terus hidup dan kebenaran itu akan terungkap juga.

"Nur. Maafkan saya. Maafkan saya sangat-sangat. Saya takde niat nak pisahkan awak dari anak awak, tapi saya terpaksa masa tu. Saya takde pilihan. Tolong maafkan saya Nur"

Sufian menangis di sisi Nuraisha. Andai saja masa bisa diputar kembali, dia takkan pernah melakukan perbuatan bodoh itu!

"Awak kena sihat Nur. Walau apapun yang menimpa diri awak, awak kena sihat dan bangkit. Mia perlukan awak. Sangat-sangat perlukan awak. Awak kena lindungi dia dari Haikal"

Pintu bilik terkuak. Terpancul wajah Naura dan Doktor Faisal di situ. Sufian cepat-cepat mengesat air matanya daripada ditangkap oleh keduanya.

Namun dia terlewat kerana perbuatannya dapat dihidu oleh Naura. Kerutan di dahi Naura jelas terlihat. Dia merasakan sesuatu yang aneh sedang berlaku. Tetapi apa?

"Thanks Pian! And sorry sebab susahkan kau" ujar Doktor Faisal dengan senyumannya. Doktor Faisal tidak mengesyaki apa-apa.

"Not big problem!" sahut Sufian. Dia membetulkan suaranya yang serak itu.

"Doktor Sufian jaga kak ngah ke?" soal Naura pula.

"Kak ngah?" Sufian mengerut dahi.

"Ohh dia kakak ipar saya"

Sufian tersenyum hambar. "Ohh. Iya. Saya jaga dia sekejap. Tadi Faisal titipkan dia untuk saya. So kerja saya dah selesai"

"Thanks man. Aku hargainya"

"Its okay. Aku keluar dulu"

Langkah Sufian dihantar oleh Naura melalui sorotan mata. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Dan yang pasti, ianya berkait rapat dengan Nuraisha. Dia tidak akan duduk diam. Dia akan mencari tahu hal itu.

"Doktor Sufian tu doktor baru ke?" Naura mengorek rahsia dari Doktor Faisal.

"Ehh taklah" jawab Doktor Faisal sambil memeriksa keadaan Nuraisha. Setelah yakin dan puas dengan tahap kesihatan Nuraisha, dia melemparkan senyuman manis kepada Naura.

"She can discharge later"

Naura terdiam. Ternyata kata-kata Doktor Faisal tidak langsung menarik minatnya. Hatinya menjerit-jerit untuk menyiasat akan perihal Doktor Faisal itu.

"Kalau dia bukan doktor baru, maksudnya?"

Perlakuan Doktor Faisal terhenti. Dia memandang wajah Naura dengan tidak berkelip.

"Seriously? You're not into our conversation about Aisha, yet you're asking about that Sufian? Sejak bila awak berminat pasal Sufian?"

Doktor Faisal mengejek tetapi lebih kepada nada cemburu. Arghh! Susah untuk dikawal perasaannya saat itu. Naura suka bermain tarik-tali dengannya. Mengiyakan tidak, menafikan juga tidak. Hmmm...

Menyedari nada suara Doktor Faisal yang semacam itu, Naura cepat-cepat menggeleng kepala. Dia memaksudkan yang lain, tetapi lelaki itu pula salah tafsir.

"Takk. Maksud saya, saya cuma nak tahu pasal Doktor Sufian. Tu je"

"Doktor Faisal tu asal Pahang. Dok sini menyewa. Umur 34 tahun. Anak sulung dari dua beradik. Dan paling penting, dia masih single. Awak nak try dia ke?"

Suara Doktor Faisal benar-benar berbaur cemburu! Dia menjelaskan semuanya tanpa memandang wajah Naura.

Seketika mereka masing-masing terdiam. Entah kenapa tiba-tiba saja mereka kehilangan idea untuk berbicara.

"Dia dah lama kerja sini. Agaknya dah dekat nak 10 tahun. Bermula dari doktor praktikal, lepas tu kena serap dan ditempatkan di sini" Akhirnya Doktor Faisal buka mulut kerana dia terasa canggung dengan keadaan mereka itu.

'10 tahun? Kak ngah melahirkan anak lebih kurang empat ke lima tahun lepas. Maksudnya masa tu, doktor Sufian memang ada kat sini' Naura bermonolog sendiri.

"Jadi dia mesti tahu"

"Tahu? Pardon me?" Doktor Faisal tidak memahami kata-kata Naura itu.

"Ohh.. Takde apa-apa. Errr, by the way, bila saya boleh bawak kak ngah balik? Sebab dia dah okey kan?"

Doktor Faisal buat muka. "Tadi dah saya bagitau. She can discharge by today"

Wajah Naura tampak kaget.

"See? Awak lebih berminat pasal Sufian berbanding dengan apa yang saya cakap tadi"


Naura kehilangan kata-kata. Aduhh, memang salahnya!

"Saya tak nak berbasa-basilah Naura. Awak pun dah jelas tahu akan perasaan saya pada awak. Dan saya tak paksa awak untuk terima saya atau sebaliknya. Tapi tolong ,jangan bagi saya harapan dengan terus berdiam diri macam ni. I don't like it!"

Tercengang Naura dengan omongan Doktor Faisal itu. Dan pertama kali juga dia melihat lelaki itu marah sedangkan selama ini wajahnya sentiasa penuh dengan senyuman.

"Aisha boleh discharge hari ni. Saya uruskan segala-galanya nanti" tukas Doktor Faisal dengan nada yang perlahan. Dia berlalu meninggalkan Naura di situ.

'Oopss!! Doktor hensem tu dah salah faham dengan kau, Naura! Hadap jelah muka masam dia!'

SUASANA di dalam kereta sangat sunyi sepi. Nuraisha duduk di kerusi belakang. Manakala Naura dan Doktor Faisal di hadapan. Dari tadi, dia perasan ada kejanggalan di antara kedua mereka. Masing-masing hanya membisu dan melayan perasaan sendiri.

Doktor Faisal fokus dengan pemanduan manakala Naura hanya berdiam sambil memandang ke luar jendela. Nuraisha jadi teringat akan peristiwa tadi. Dia sudah sedar daripada tidurnya gara-gara terganggu dengan suara kedua mereka. Dan dia juga sempat menguping perbualan kedua mereka dalam diam.

Rupa-rupanya, Doktor Faisal menyimpan perasaan terhadap Naura. Namun Naura seakan bermain tarik tali sahaja. Jadi inilah puncanya kenapa mereka berkelakuan seperti ini.

Sebenarnya, Naura mengajak dia menaiki teksi sahaja sementelah Naura tadi ke hospital bersama Doktor Faisal. Tetapi lelaki itu melarang dan mengatakan hasrat untuk menghantar mereka. Nuraisha bersetuju sedangkan Naura pada mulanya menolak dengan sekeras-kerasnya.

Sindiran Doktor Faisal memaksa Naura pada akhirnya tunduk pada permintaannya. Dan inilah yang terjadi. Masing-masing hanya membisu sahaja!

"Awak lapar tak Sha? Kalau lapar, kita singgah makan dulu" pelawa Doktor Faisal sambil memandang wajah Nuraisha melalui cermin pandang belakang.

"Errr.." Nuraisha serba-salah. Dia menoleh ke arah Naura namun gadis itu hanya kaku dan tetap membisu.


"Awak tak payahlah tanya Naura. Dia kalau dengan saya, tak makan sebulan pun takpe!" Doktor Faisal menempelak lagi saat perasan akan anak mata Nuraisha itu. Entah berapa banyak sindirannya hari ini!


Naura menoleh sekilas lalu pantas berdecit. Dia tidak puas hati kerana dari tadi lelaki itu asyik menyindirnya.


"Awak sindir saya ke?"


"Ohh ada suara! Ingatkan bisu"


"Malaslah nak cakap dengan awak ni! Buat sakit hati je!"


Doktor Faisal sinis. "Iya, tak payah! Saya ni memang jenis suka sakitkan hati orang. Sebab tu lah awak tolak saya mentah-mentah!"

Alamakk!! Naura terdiam. Dia tidak menyangka sejauh itu Doktor Faisal merajuk hati.


Nuraisha tersenyum. Dia sudah mengagak punca pergaduhan mereka. Dari tadi, dia hanya diam memerhatikan gelagat mereka berdua.


"Saya rasa nak balik teruslah. Kalau makan tempat lain, takut nanti saya terlebih kenyang pulak"


Omongan Nuraisha membisukan Doktor Faisal dan Naura. Kelakuan mereka sudah dihidu oleh Nuraisha. Gara-gara tak mampu menahan gelojak hati, mereka terlupa akan kehadiran Nuraisha di situ.

MELIHAT insan itu berdiri di hadapannya, hatinya serba tak kena. Degupan jantungnya seakan hilang rentak sahaja. Berkali-kali dia menelan liur yang terasa pahit. Lama sudah matanya tidak disajikan dengan seraut tampang cantik itu. Matanya yang indah cukup menggetarkan hatinya. Teringat pertemuan pertama mereka, mata itulah yang menariknya agar lebih dekat dengan gadis itu. Tidak disangka, mereka pernah mencipta sejarah beberapa tahun yang lalu. Kini, takdir Allah mempertemukan mereka semula. Dan pertemuan kali ini terasa seperti pertama kali mereka bersua muka.

"Mama, papa Han dah sedar!" Mia menarik tangan Nuraisha yang baru selesai menyimpan beg di dalam almari.

"Huh?" Nuraisha kaget. Matanya terkebil-kebil. Dia tidak tahu-menahu pula mengenai perkara itu kerana sepanjang perjalanan pulang tadi, baik Naura mahupun Doktor Faisal tidak mengkhabarkannya akan hal tersebut.

"Jomlah mama! Jumpa papa Han!" desak Mia. Dia pula yang excited terlebih!

"Iya, kejap" Nuraisha mengiringi langkah Mia yang dari tadi menarik tangannya.

Farrhan melihat wajah Nuraisha dengan lebih dekat. Tanpa sedar, air mata itu mengalir deras ke pipi. Hatinya hampir luluh saat mendengar berita akan kemalangan Nuraisha semalam. Namun setelah Nuraisha berdiri di hadapannya kini, hatinya mampu menarik nafas lega.

Air mata yang mengalir di pipi Farrhan membuatkan hati Nuraisha berdetak hebat. Bahkan melihat sepasang mata itu tercelik di hadapannya, hatinya semakin yakin dengan kesembuhan lelaki itu.

Perlahan-lahan Nuraisha duduk di hadapan Farrhan dengan linangan air matanya. Terlalu banyak yang ingin diungkapkan namun bibirnya tetap membisu.

"Mama. Mia kan dah cakap hari tu? Kalau duduk atas badan papa, mesti papa sedar. Mama tengoklah. Papa dah sedar sebab Mia duduk atas badan dia. Mia ada magik kan mama?"

Kata-kata Mia tidak dipedulikan. Kedua insan itu masih terpaku dengan pandangan masing-masing. Farrhan menggeleng kepala sambil menyeka air mata yang membasahi pipi gebu itu.

Nuraisha memejam mata, cuba menghayati belaian dan sentuhan lembut dari lelaki itu. Sentuhan itulah yang membuatkannya jatuh hati pada Farrhan suatu ketika dulu. Kini, segala-galanya sudah berubah.

Mia tergelak kecil dengan kelakuan mereka. Dia perlahan-lahan bergerak ke pintu bilik lantas keluar dari situ. Di luar bilik, dia bertembung dengan si kembar itu.

"Haaaaa!!" Naira mengejutkan Mia sambil tergelak.

Mia mengurut dada sambil mengucap panjang. "Acik Cadbury ni suka buat orang terperanjat!"

"Acik Cadbury ye?" Naura mencempung tubuh Mia. "Kalau tu acik Cadbury ,yang ni pulak acik apa?"

"Acik cantik!" sahut Mia sambil tersenyum lebar.

"Aikkk acik Cadbury tak cantik ke?" tanya Naira, sengaja menyakat.

"Cantik, tapi acik cantik lagi cantik!" sahut Mia.

Kedua mereka tergelak.
"Apa-apa jelah Mia!" sahut Naura lantas mensasarkan pipi comel itu.


"Siapa kat dalam? Acik Cantik dengan Acik Cadbury nak jumpa papa Han" ujar Naira.


"Ehhhh stoppp!!" jerit Mia namun dalam nada yang perlahan saat kedua mereka hendak melangkah masuk.


"Kenapa pulak?" tanya Naira.


"Mama dengan papa kat dalam tu..." Mia berjeda. Cuba mengingati aksi mereka sebentar tadi.

"Mama menangis. Lepas tu, papa buat mama macam ni" Mia mengusap lembut pipi Naura sambil menggeleng kepala.

Naura dan Naira saling berpandangan. Riak di wajah mereka masing-masing menunjukkan raut yang sama. Kemudian, keduanya tersenyum dalam tangisan.

"Syukur, harap ada keajaiban lepas ni!" tukas Naira. Naura menyahut dengan anggukan.

"Nak makan Cadbury tak?" Naura tanya Mia.

Laju saja anak itu mengangguk kepala.

"Okey, jomm!!" sahut Naira pula.

Share this novel

Sinaza Siti
2021-08-07 18:50:35 

siapa yg lia pilih ya..tak sabar nak baca episod seterusnya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience