41

Other Completed 493332

PERASAAN yang bercampur-baur mengelirukan hati Firash. Dalam kekecewaan dengan kebenaran yang diceritakan oleh Razlan, hatinya turut berasa gembira dengan berita kehamilan Nuraisha. Tadi, setelah Nuraisha pengsan di rumah, dia segera membawa isterinya ke klinik. Dan hasil yang didapati ternyata mengejutkan dirinya apabila Nuraisha disahkan hamil lima minggu.

Meskipun agak terkejut, namun dia menerimanya dengan hati yang terbuka. Malah dia bersyukur kerana mengetahui benih cinta mereka tumbuh di dalam rahim Nuraisha.

Jari-jemari Nuraisha bergerak-gerak. Matanya dicelikkan perlahan-lahan. Ketika itu, dia melihat wajah Firash sedang tersenyum padanya.

"Sayang..." Dahi Nuraisha dikucup lama. Jatuh air matanya ketika itu. Teringat kembali barannya sebentar tadi, hatinya diserbu beribu penyesalan. Agaknya inilah punca Nuraisha sentiasa berubah. Pembawakan bayi agaknya!

"Sha kat mana ni?" Suara Nuraisha lemah.

"Sayang kat klinik"

"Sha nak balik. Sha tak tahan bau ubat" Nuraisha menahan loya.

"Stay for few hours sayang"

"Tak nak" rengek Nuraisha. "Sha tak tahan bau ubat"

"Okey, abang bagitau doktor dulu ye?"

"PRESTASI kerja tak baik! Balik lewat tiap-tiap malam. Mabuk, joli sakan sana sini! What has happened to you?!"

Tengkingan Tan Sri Firman bagaikan angin yang berlalu sahaja. Wajah bersahaja Farrhan sengaja dipamerkan bagi menutupi rasa benci dalam hati.

"Kalau prestasi you terus macam ni, jangan salahkan I kalau I lucut jawatan you and biarkan Firash take over everything!"

Farrhan menyungging senyuman hambar. Firash! Firash! Firash!

"You sayang dia sangat ke? I ni bukan anak you? Sikit-sikit Firash, sikit-sikit Firash! Kadang I rasa I ni anak angkat!"

Tan Sri Firman memanggung wajah. Dia tercengang saat Farrhan membahasakan diri dengan panggilan begitu.

"I ni bukan anak you ke? You are not being fair! You selalu sebelahkan Firash" Farrhan memukul dada sendiri sambil mengetap bibir. Sudah terlalu banyak permasalahan yang dialaminya ketika ini. Dan yang berdiri di hadapannya saat ini juga salah satu masalah. Bahkan lebih besar!

"You selalu bezakan anak-anak you. Yeah, I tahu I bukan anak yang baik. I tak macam Firash. I gagal. I tewas. I tak mampu nak jadi macam Firash. Tapi you tak pernah sokong apa pun yang I buat! I rasa I bukan anak you!"

"And I hope you are not!"

Air mata yang sedari tadi enggan munculkan diri, kini berlumba-lumba mengejar di permukaan wajah Farrhan. Kata-kata Tan Sri Firman terlalu menyayat hati. Sebagai seorang anak, omongan tersebut sudah cukup mengguris hati, meskipun dia tidak pernah punya maksud di sebalik kata-katanya.

Mungkin benar dia bukan darah daging Tan Sri Firman. Mungkin ada benarnya dia bukan kepunyaan Puan Sri Mariam. Ya, mungkin benar. Disebabkan itulah, dia selalu dibanding-bandingkan dengan Firash. Arghh!! Fikirannya benar-benar kusut!

"If I were given a choice to either pick you or Firash, I won't choose you! Anak tak mengenang budi!"

Terpancar riak tidak puas hati dan kekecewaan Tan Sri Firman tatkala mengungkapkan itu. Anak yang diharap, tetapi anak itu juga yang mengecewakannya. Dia pasrah jika Farrhan tidak mahu mengikut rentaknya. Tetapi dia tidak mahu kehilangan Firash. Muktamad!

ALAMAT yang diberikan oleh Razlan menerusi WhatsApp dipandang lama. Dia berkira-kira sama ada hendak ke tempat itu dan menyelidiki sendiri sejauh mana kebenaran tersebut. Atau membiarkan sahaja semua cerita itu berlalu pergi. Tetapi masalahnya, hatinya pula serba tak tentu.

Dan, dia juga tahu dia perlukan seseorang untuk meluah segala rasa hatinya. Ingin diluahkan kepada Nuraisha, dia bimbang jika emosinya terganggu lagi.

"Sorry long. Naura lambat" Naura sudah memboloskan diri di dalam perut kereta. Wajahnya manis sahaja mengulum senyum.

Firash membalas senyuman Naura. Lama sudah mereka tidak bersua wajah.

"It's okay. Naura sihat? Papa? Mama? Sihat jugak ke?"

"Alhamdulillah, diorang semua sihat" sahut Naura sambil matanya galak memerhatikan setiap inci wajah Firash. Sungguh, dia merindui lelaki itu. Tetapi dia tahu, status mereka kini sudah jauh berubah.

"Lama along tak ke vila. Mesti mama dan papa cari along dan kak Sha kan?"

"Cari tu carilah. Tapi diorang fahamlah long! Along dah ada kehidupan sendiri. Tak payah fikir banyak sangat. By the way, kita nak ke mana ni? Dalam phone tadi macam urgent je bunyinya"

Naura teringat saat Firash menghubunginya tadi. Menurut Firash, ada hal penting yang ingin disampaikan. Nada suaranya juga seakan cemas semacam saja.

"Ohh.. about that.. Hmm wanna grab something?"

Naura terdiam sambil memikirkan sesuatu. Kemudian, dia tersenyum lebar. "Roti canai?"

Firash tergelak. Seperti biasa, seperti selalunya. Dulu pun kalau melepak bersama, mereka pasti akan ke kedai mamak sambil menikmati kerangupan roti canai.

"Okay. Let's go"

"ALONG yakin ke nak masuk sini?"

Mata Naura memerhatikan keadaan sekeliling. Gelap dan agak sepi. Deretan kereta mewah parking di hadapan rumah tumpangan tersebut. Nama saja rumah tumpangan, tetapi hakikat sebenarnya khidmat yang diberikan lebih daripada itu.

Tadi, ketika mereka menikmati roti canai, Firash telah menceritakan segala-galanya kepadanya. Pada mulanya, Naura agak sukar untuk menerima kebenaran tersebut. Kerana hatinya penuh yakin, Nuraisha bukanlah gadis seperti itu. Namun setelah diceritakan dengan lebih terperinci, barulah Naura percaya ada sesuatu yang tidak kena. Dan sebagai orang yang sangat dipercayai Firash, dia telah berjanji akan merahsiakan perkara ini sehinggalah tiba saatnya.

"Along pun tak sure. Tapi kalau tak masuk, kita takkan tahu apa-apa. Penting bagi along tahu masa silam Aisha. Bukan along nak judge dia, atau nak benci dia, but I need to know the whole story. Dan tak kira apa pun keadaan dia di masa lalu, along takkan pernah tinggalkan Aisha"

Bergetar hebat perasaan Naura tatkala mendengar kata-kata Firash. Dia tahu, peribadi Firash semacam apa. Kerana itulah, dia juga yakin Nuraisha adalah wanita terbaik untuk Firash.

"Naura tunggu dalam kereta"

"No!" Naura menyentuh tangan Firash tanpa sedar. "I want to go with you"

Mata Firash jatuh pada genggaman Naura. Ketika itu barulah Naura menyedari kelalaiannya. Laju saja dia mengalih tangannya.

"Okey" Tak banyak bicara, Firash mengizinkan Naura untuk ikut bersamanya.

"HAIYAAAA... Itu perempuan manyak mikin masalah hoo. Lu mau itu perempuan ka? Suda wa hantar pulang sana"

Firash dan Naura saling berpandangan. Terlalu banyak persoalan mulai bergentayangan di benak masing-masing.

"Aku nak tahu pasal perempuan tu" ujar Firash, tegas.

Jimmy menggaru-garu kepalanya. Dia memandang Firash dari atas ke bawah. Melihatkan penampilan segak dan formal lelaki itu, Jimmy tahu Firash bukan orang sembarangan. Dia tersenyum dalam hati. Ini olang kalau wa pau dia punya luii, huuu.. mahu untung besar wa malam ini!

Bebola mata Naura memerhati gelagat Jimmy dari tadi. Dia tahu, Jimmy pasti akan mempergunakan Firash. Dia juga tidak boleh duduk diam.

"Okey, boleh-boleh. Wa cerita sama lu. Tapi itu cerita macam emas ho. Itu hari ada olang datang sini. Mau tahu itu perempuan punya story. Wa kasi caj maaa"

Firash mengerut dahi. "Okey, kau nak berapa? Aku bayar kau"

"RM5000!" sahut Jimmy sambil tersenyum sinis.

Firash dan Naura bungkam. Mahal gila!

"RM5k tu banyak. Aku cuma nak tahu pasal Aisha. Tu je"

"Waa suda cakap. Itu perempuan, sama macam harga emas. Mahallll.. "

"Kau ni kan..." Firash sudah sedia hendak menumbuk tetapi ditegah oleh Naura.

"Okey, aku bayar kau RM5k. Tapi tolak dari lesen rumah ni. Lu tahu kan ,bisnes lu ni kalau salah guna boleh buat lu rugi. Rumah tumpangan lu letak, tapi khidmat dia sebenarnya rumah pelacuran. Kalau aku adukan ke pihak berkuasa, kau hilang segala-galanya dalam sekelip mata.

Tak cukup dengan itu, aku akan dedahkan golongan kelas atasan yang selalu melanggan di sini. Kalau diorang kena penjara, diorang boleh je senang-senang keluar sebab kuasa duit. Lu apa ada? Kalau sudah masuk jail, takde siapa nak bail lu.

And lu ada family kan? Apa dorang rasa kalau dapat tahu pasal bisnes lu? Mesti diorang malu 7 keturunan, 8 keturunan, ahhh tak terkira keturunan! Sekarang, lu pilih. RM5000 kita kasi, tapi lu boleh hilang semua ni sekelip mata. Atau..."

"Haiyaaa!! Banyak kasi susah ini amoi!" gerutu Jimmy sambil menggaru kepalanya.

Naura sudah tersenyum. Firash turut sama.

"Mana Naura belajar semua ni?" bisik Firash ke telinga Naura.

"The power of women! And plus, I'm a lawyer to be. Berani dia nak lawan?"

Firash tergelak kecil. Naura memang layak bergelar peguam!!

"Berapa lu mau kasi?" tanya Jimmy kembali.

"Rm1000"

Jimmy terdiam. Dia hampa. Harapan nak kenakan Firash, alih-alih dia sendiri yang terkena!

"Okey, wa setuju! Now, lu orang ikut wa. Wa kasi cerita satu satu"

IPHONE yang terletak elok di sisinya berdering minta diangkat. Nuraisha memisatkan mata lantas menggapai Iphone. Dia memandang skrin telefon dengan wajah berkerut. Naura?

"Hello Naura..."

"Kaklongg!!" Suara Naura kedengaran cemas di hujung sana.

Nuraisha yang berbaring lantas duduk melunjur kaki. Hatinya mula berasa tak enak. Apatah lagi setelah mendapat tahu Firash tiada di sisi.

"Naura, kenapa ni?"

"Kaklong... a...along.. kaklong..."

Nuraisha senyap. Debaran di hati semakin terasa. Suara riuh dari orang ramai di hujung talian mulai kedengaran. Apa dah jadi?

"Naura! Kenapa ni? Kenapa dengan abang Firash?"

"A...along... dia..."

"Naura, cakaplah! Kenapa dengan dia? Jangan buat kaklong macam ni!"

"Kaklong, a..along...along kena langgar lari!"

stay tuned for more ye readers :)

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-17 07:00:10 

knplh farrah ni pandai berubah


NovelPlus Premium

The best ads free experience