66

Other Completed 493332

HARI berganti hari. Minggu bertukar minggu. Dan kini, genaplah tiga bulan Nuraisha menjadi pengasuh Mia. Sebelum ini, dia pernah mencadangkan kepada Haikal hendak menyewa saja kerana dia tidak selesa dengan status mereka berdua. Lagipula, dia bimbang jika ada mulut-mulut yang bercakap mengenai mereka. Dia juga ingin mencari pekerjaan untuk menampung kehidupannya. Mulanya Haikal melarang sama sekali dengan alasan dia tidak tahu hidup di Kuala Lumpur bagaimana dan risau akan keselamatannya.

Namun Nuraisha meyakinkan dia akan baik-baik sahaja. Dan dia berjanji akan sentiasa menjenguk Mia di kondo mereka. Dek kerana kedegilannya yang tidak boleh dibawa berbincang, Haikal akhirnya bersetuju dan meletakkan syarat hanya dia saja yang dibenarkan menjemput dan menghantar Nuraisha pulang. Tidak boleh orang lain. Dan Nuraisha terpaksa akur akan permintaan Haikal.

Tetapi, tidak sampai seminggu, Mia dikejarkan ke hospital gara-gara demam panas. Dan sepanjang perjalanan ke hospital, dia tak henti-henti menyebut nama Nuraisha. Haikal bimbang dengan keadaan Mia yang tak pernah surut demamnya. Akhirnya, Haikal terpaksa juga berterus-terang dengan Nuraisha. Mendengarkan khabar itu, Nuraisha segera ke hospital bagi menjenguk Mia.

Dan ternyata, Nuraisha punya super power yang mampu menyembuhkan sakit Mia. Kehadiran Nuraisha membuatkan kesihatan Mia membaik dan pulih dalam sekelip mata. Gara-gara perkara itu, Nuraisha berpindah semula ke kondo kerana bimbang akan memudaratkan Mia lagi. Nampak sangat yang Mia tidak mampu untuk berjauhan darinya.

Dari situ, Haikal mempunyai idea untuk membayar Nuraisha jika gadis itu sudi untuk menjaga dan mengasuh Mia. Nuraisha bersetuju tanpa berfikir panjang. Bahkan dia tidak mintak satu sen pun kerana dia ikhlas menjaga Mia. Namun Haikal tetap membayarnya, malah membuatkan akaun dan kad kredit untuk Nuraisha.

Di atas keikhlasannya menjaga Mia, Nuraisha tidak pernah langsung mengusik duit di dalam bank tersebut. Baginya ,keikhlasannya menjaga Mia tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.

Kasih sayangnya tumbuh memekar bersama anak kecil itu. Karenah dan celoteh Mia sungguh menghiburkan hatinya sehingga dia mampu melupakan segala kenangan pahitnya dahulu. Namun sehinggalah satu hari....

"Kak ngah!" Ketika sedang berada di kaunter pembayaran, Nuraisha terasa namanya dipanggil seseorang. Dia menoleh. Senyumannya mati tatkala wajah itu menyapa anak matanya.

"Kak ngah! Ya Allah!! Lamanya tak jumpa kak ngah" Tubuh Nuraisha dirangkul oleh Naura. Syukur kepada Allah, akhirnya dia berjaya menemukan Nuraisha semula. Tak sia-sia dia mencari sehingga ke tempat itu. Benar seperti yang dikatakan oleh Shahrul. Nuraisha memang menginap tidak jauh dari tempatnya.

Pelukan terlerai. Air mata Naura semakin deras mengalir ke wajah. Dia terlalu rindukan Nuraisha. Sudah hampir tiga bulan dia berusaha, namun khabar tentangnya langsung tidak menyusul. Bahkan pencarian pihak polis juga gagal.

"Kak ngah sihat?"

Nuraisha tampak tidak selesa. Apatah lagi setelah mereka bertemu di farmasi itu. Dia risau jika Naura menghidu sesuatu tentang dirinya.

"Kak ngah?" Naura pelik. Dia dapat merasakan ketidakselesaan Nuraisha saat bertembung dengannya. Dan apabila Nuraisha membisu, dia tahu gadis itu tidak segembira dia dengan pertemuan mereka.

"Alhamdulillah, saya sihat" sahut Nuraisha sambil tersenyum tipis. Dia berusaha sebaik mungkin untuk tidak bertembung atau menghubungi ahli keluarga Farrhan lagi. Bagi dia, Farrhan sudah lama mati dalam hati dan hidupnya.

"Cik, ni barang cik. Semuanya RM12.30" Cashier di bahagian pembayaran menyerahkan barang tadi kepada Nuraisha. Setelah selesai membuat pembayaran, Nuraisha tergesa-gesa keluar dari farmasi tanpa sempat pamit pada Naura.

Namun Naura tak berputus asa. Dia mengejar Nuraisha dan menarik lengan itu merapati ke sisi.

"Kak ngah!" Naura bertambah pelik dengan tingkah laku Nuraisha. Lebih-lebih lagi setelah Nuraisha membahasakan 'saya' sebentar tadi. Adakah Nuraisha bermaksud membuang mereka sekeluarga dari hidupnya? Jika itu betul, itu bermakna dia sudah gagal menyempurnakan amanat terakhir Firash.

"Maaf, saya dah lewat" Nuraisha hendak berlalu namun lengannya tetap tidak mahu dilepaskan oleh Naura.

"Kak ngah! Kenapa dengan kak ngah ni? Kak ngah dah lupa ke dengan Naura?" Ingin saja rasanya Naura menangis di situ namun dia tidak mahu tampak terlalu beremosi.

Kedengaran keluhan berat terluah dari bibir Nuraisha. Dia juga rindukan Naura kerana hanya Naura yang sentiasa di sisi dan menyokongnya. Namun dia benar-benar terluka dengan apa yang telah dilakukan oleh Farrhan.

"Kita cakap kat sana" Nuraisha menunjuk ke arah taman permainan.

KEADAAN sepi di antara keduanya. Masing-masing tidak punya idea untuk memulakan bicara. Lebih-lebih lagi Nuraisha. Sebolehnya, dia tidak mahu mengambil tahu akan hal keluarga Farrhan. Bukannya dia sudah melupakan jasa dan kebaikan mereka, tetapi kerana dia sudah cukup terluka dengan kelakuan Farrhan. Tiada siapa yang mampu memahami penderitaan yang pernah dia alami.

"Kak ngah sihat?" Naura memulakan bicara. Jikalau Puan Sri Mariam tahu akan keberadaan Nuraisha, pasti hati mamanya senang dan gembira. Dia tak pernah sekalipun melupakan Nuraisha.

"Alhamdulillah. Sihat. Jangan panggil saya kak ngah. Saya tak suka" Nuraisha berterus-terang. Hatinya sakit setiap kali ada yang memanggilnya dengan gelaran begitu. Itu akan semakin mengingatkan dia akan statusnya yang masih lagi isteri Farrhan yang sah. Arghh!!

Kata-kata Nuraisha ternyata bikin Naura kaget. Nuraisha benar-benar sudah membuang mereka sekeluarga. Adakah kerana kesalahan Farrhan, dia juga turut menerima tempiasnya? Namun Naura faham. Nuraisha tidak berhak dipersalahkan. Apa yang terjadi adalah kerana kurangnya iman dalam diri Farrhan. Dan dia juga sudah menerima balasannya.

Nuraisha mengalih pandangan di hadapan. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain dengan riang. Kadangkala, dia cemburu melihat telatah mereka. Mereka justeru tidak perlu memikirkan masalah yang menimpa diri. Hanya tahu bermain dan berseronok. Ternyata, menjadi orang dewasa itu tidak gampang. Namun hidup akan tetap terus berjalan.

Pandangannya berkalih pula ke sisi. Naura turut memandang ke arah yang sama. Dia tersenyum dalam diam tatkala melihat perubahan dalam diri Naura. Gadis itu tampak lebih ayu mengenakan hijab dan long dress yang dikenakan turut padan dengan dirinya. Siapakah yang telah merubah Naura sebegini rupa? Hatinya tertanya-tanya.

"Maaf. Saya takde niat nak buang Naura atau mama dalam hidup saya. Saya cuma tak boleh terima apa yang Farrhan dah buat pada diri saya. Terlalu dalam luka yang dia tinggalkan untuk saya. Dan sebagai seorang wanita, saya tak mampu nak maafkan dia. Apatah lagi menerima dia kembali dalam hidup saya"

"Lagipun, Naura pun tahu yang saya bukan isteri pilihan dia. Jadi pasti akan mudah untuk dia melepaskan saya. Saya harap sangat Naura boleh faham keadaan saya. Lagipun selama ni Naura sorang je yang mampu memahami saya"

Luahan isi hati Nuraisha membuatkan Naura bungkam dan terdiam seribu bahasa. Setahu dia, Nuraisha bukan jenis yang petah berkata-kata. Malah, dia selalu mengalah saat ada yang mencaci atau menghinanya. Kata-katanya kali ini menggambarkan kekecewaannya terhadap apa yang telah berlaku. Lantaran itu, haruskah Farrhan terus dihukum sementelah dia telah menerima balasannya?

"Kak ngah...sorry. Kak Sha. Naura faham apa yang telah berlaku..."

"Tak. Awak tak faham" potong Nuraisha. "Awak tak faham sebab awak tak berada di situasi saya" Jelas terpancar riak kecewa dan duka pada seraut wajah cantik itu.

"Iya, Naura memang takkan faham sebab Naura tak pernah berada di tempat akak. Tapi takkan nak hukum kami sekeluarga? Akak.. baliklah. Sekejap pun takpe. Mama mesti happy tengok akak"

"Maaf Naura. Saya lebih bahagia hidup macam ni. Tolonglah jangan ganggu saya lagi lepas ni. Biarkan saya tentukan kehidupan saya sendiri"

"Habis tu, angah macam mana? Akak masih lagi isteri dia yang sah. Akak tak boleh selamanya menghilang. Akak kena balik jugak untuk jalankan tanggungjawab akak"

Nuraisha menjeling. Namun jelingannya tampak sayu dan pasrah saja.

"Tanggungjawab? Saya rasa, saya dah jalankan tanggungjawab saya dengan baik selama ni. Kalau nak bercakap tentang tanggungjawab, ada baiknya Naura cakap semua ni pada Farrhan. Saya akan jumpa Farrhan bila masa yang sesuai.." Wajah Naura ditatap. Nafas panjang dihela dan dia sudah bersedia dengan segala omongannya.

"Untuk minta dilepaskan. Kalau dia tak nak lepaskan saya, saya akan tuntut fasakh"

Sejurus selepas mengucapkan itu, Nuraisha berlalu dari situ. Dia tidak rasa dia berhutang dengan Naura ataupun keluarganya. Cukup sampai di sini derita itu.

"Kak ngah! Ya Allah!!" Naura sudah menangis. Dia lantas mengejar langkah Nuraisha yang semakin laju di hadapan.
"Kak Sha!" jerit Naura. Panggilannya diabaikan. Naura tidak berputus asa. Dia memanggil lagi, dan Nuraisha masih berkeras.

"Angah koma!"

Mendengarkan bicara itu, langkah Nuraisha mati tiba-tiba. Hatinya berdetak kencang. Dia seakan tak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Koma? Tak mungkin seorang Farrhan bisa sakit sehingga koma!

Naura sudah berdiri di hadapan Nuraisha. Tangan Nuraisha digapai. Matanya memandang tepat ke wajah Nuraisha yang seakan terkejut dengan berita itu.

"Selama ni, Naura cari akak untuk bawak akak balik ke rumah. Iya, Naura tahu. Akak terseksa dengan angah selama ni. Angah dera mental dan fizikal akak. Naura tahu semua tu. Kehilangan akak selama ni jugak ada kaitan dengan angah. Dan untuk semua kesalahan dan dosa angah, Naura tahu akak tak mungkin mampu maafkan dia. Tapi Naura mohon. Naura merayu sangat-sangat. Baliklah kak! Jenguk angah sekali je. Akak tengok keadaan dia. Angah terseksa"

Naura sudah lencun dek air mata. Sebak dan kesedihan di hati tak mampu ditanggung lagi. Dilepaskan saja walau Nuraisha akan memandang serong ke atas dirinya.

"Doktor cakap, dia tak mengalami apa-apa kecederaan yang serius. Tapi kami semua percaya, angah koma kerana dosa dia pada akak. Dosa seorang suami yang menyakiti hati isteri dan mengabaikan tanggungjawabnya. Dia dah terima hukumannya. Tapi kami tak sanggup nak tengok dia terluka. Angah terpaksa guna mask oksigen untuk bantu pernafasan dia. Kalau mask tu dibuka...."

Naura tidak sanggup hendak meneruskan kata-katanya. Nada sedih dan riak kecewa terpampang jelas di tampangnya. Sungguh, dia tidak sanggup hendak membayangkan perkara itu.

"Akak baliklah kejap. Jenguk angah. Ampunkan segala dosa dia pada akak. Supaya dia dapat pergi dengan tenang. Kalau akak betul-betul tak perlukan angah lagi dalam hidup akak, Naura mohon tolong biarkan angah pergi dengan tenang kalau memang itu je caranya"

Nuraisha kehilangan kata-kata. Perasaannya bercampur-baur. Sedih, terluka, gembira, kasihan. Semuanya bersatu. Haruskah dia gembira di atas penderitaan Farrhan yang telah menyeksanya sebelum ini? Dan jika dia bersedih, meskikah dia meratapi kepergian Farrhan?

TUBUH yang penat dihempas di atas ranjang. Bukan saja tubuh, malah emosi dan fizikalnya benar-benar penat. Hidup yang dilalui tiga bulan lepas sangat bahagia tanpa ada yang menggugat. Kini, setelah pertemuannya dengan Naura siang tadi, hatinya berkocak dan tak tentu arah.

Iya, semuanya kerana dia! Perkhabaran yang diterima juga memeranjatkannya. Fikirnya, Farrhan hidup bahagia tanpa dia di sisi. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Ternyata, Farrhan sedang berperang melawan sakitnya.

Kasihankah dia pada Farrhan? Namun kejahatan yang telah dilakukan Farrhan ke atas dirinya begitu sukar untuk dimaafkan. Dia merasa sedih kerana suami yang dipercaya akan melindungi dirinya malahan berbuat sebaliknya. Ke mana pergi sifat perikemanusiaan Farrhan?

Nuraisha mengeluh. Dia sendiri buntu dengan semuanya. Hatinya kasihan dengan nasib yang menimpa diri Farrhan namun pada masa yang sama dia masih tidak boleh melupakan segala kenangan pahit itu.

Beg plastik di atas katil digapai. Hatinya berdebar-debar saat menarik keluar isi di dalamnya. Ditenung lama pregnancy test itu. Sudah empat bulan dia tidak datang bulan. Dia takut dengan kenyataan itu kerana jika ianya betul, maka itu adalah benih Farrhan. Namun bisa jadi juga kerana jiwanya tertekan. Hormon yang dibebaskan tidak stabil maka mengganggu keadaan tubuh badannya.

Hati yang berkocak hebat diusir sejauh mungkin. Dia harus mengetahui keputusannya secepat mungkin. Dia risau jika terlalu lama memikirkan perkara itu, dia pula yang semakin tertekan.

Langkah kaki dihayun menuju ke bilik air. Tidak lama kemudian, dia menapak keluar dan bergerak ke katil. Pregnancy test yang dipegang hanya digenggam erat. Dia benar-benar tiada kekuatan untuk melihat kebenarannya.

"Ya Allah! Kuatkanlah aku" Nuraisha memejam matanya.

Dengan lafaz bismillah, Nuraisha membelek pregnancy test tersebut. Debaran di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan melihat keputusannya.

Air mata semakin deras mengalir keluar dari segenap wajahnya. Kenyataan dan kebenaran yang sukar untuk diterima. Hubungan yang terjadi di antaranya dengan Farrhan membuahkan hasil. Benih Farrhan sedang hidup di dalam dirinya.

"Ya Allah!!" Tangan Nuraisha bergetar-getar sehinggakan pregnancy test tersebut terjatuh di atas lantai. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Perut disentuh perlahan. Bagaimana harus disembunyikan perutnya yang semakin membesar nanti? Apa pula pandangan Haikal? Dia belum berterus-terang dengan lelaki itu mengenai status dirinya.

Dan yang paling menyebalkan, dia tidak mahu benih Farrhan terus hidup di dalam rahimnya. Seperti mana Farrhan tidak pernah redha dengan hubungan mereka, seperti itu juga dia tidak mahu melahirkan anak itu.

Nuraisha terus menangis dan meratapi kesedihan di hati. Masalah lain sudah muncul, dan untuk benih itu, Farrhan dan seisi keluarganya tidak berhak untuk tahu!

"ADA jumpa kak ngah ke?" Puan Sri Mariam menyoal Naura. Dia harus segera mengetahuinya supaya hatinya tenang. Saban hari dia menunggu berita kepulangan Nuraisha namun menantunya itu tidak pernah mengirim khabar. Adakah Nuraisha sudah membenci mereka?
Naura tersenyum hampa. Raut ceria di waja itu mengandungi beribu harapan namun harapan yang digalas seakan semakin jauh sahaja.

"Belum ma" Naura berbohong. Dia tidak mahu Puan Sri Mariam mengetahui hakikat sebenar. Bimbang jika kesihatannya semakin menurun. Apatah lagi apabila Nuraisha mengatakan hasrat untuk berpisah dengan Farrhan. Bagaimana penerimaan Puan Sri Mariam gamaknya?

"Tapi Shahrul cakap, Aisha tinggal kat situ" Puan Sri Mariam mengeluh hampa. Dia teringat akan pertemuan mereka tiga hari lepas. Shahrul ada mengatakan mengenai Nuraisha yang tinggal di kondominium tidak jauh dari dia. Masakan Shahrul berbohong?

"Abang Shahrul salah tengok kot. Naura dah check ,takde siapa pun tinggal kat situ" nafi Naura lagi. Allah, maafkanlah aku membohongi mama!

Puan Sri Mariam mengeluh hampa. Hujung hatinya rasa bagaikan dicucuh dengan bara api. Ke mana lagi mereka harus menjejaki Nuraisha sedangkan itulah harapan terakhir mereka? Pandangannya mulai kabur.

"Mama!" jerit Naura. Doktor Faisal yang sedang merawat Farrhan di tingkat atas menapak ke bawah saat terdengar jeritan Naura. Melihatkan keadaan Puan Sri Mariam, dia segera menghulurkan bantuan.

"PUAN SRI tak apa-apa. Dia cuma terkejut. Dan kepenatan. Tu je"

Perkhabaran Doktor Faisal membuatkan Naura menghela nafas lega. Naira di sisi Puan Sri Mariam, menemaninya di situ.

"Lepas ni, kalau boleh. Tolong pastikan Puan Sri tak terima apa-apa berita yang mengejutkan. Saya risau itu akan semakin memudaratkan kesihatan dia"

Naura mengangguk lemah. Dosa yang dilakukan Farrhan kini menimpa mereka sekeluarga. Kasihan mama, dia tidak tahu apa-apa, tetapi turut terpalit dosa angah!

"Dan awak pun kena cukup rehat. Muka awak pucat" tegur Doktor Faisal. Sejak beberapa hari ini, dia juga perasan riak kepenatan pada wajah cantik itu. Masalah apakah yang sedang membelenggu dirinya? Sehingga satu keluarga seakan tertekan sahaja.

"Terima kasih doktor" ucap Naura perlahan. Bagaimana dia bisa merehatkan diri jika seisi rumah bergantung harap kepadanya? Ya Allah, terlalu berat beban ini!

"Sama-sama. Kalau macam tu, saya gerak dulu. Esok saya datang lagi untuk tengok keadaan Puan Sri dan jugak Farrhan"

Naura mengangguk dan menghantar langkah Doktor Faisal dengan sorotan mata. Dia kemudiannya mendampingi Puan Sri Mariam yang sedang nyenyak tidur.

"Apa kita nak buat?" tanya Naira. Dia buntu dengan masalah yang tak pernah habis itu.

"Aku tak tahulah Naira! Aku betul-betul penat. Silap haribulan, aku pulak yang masuk hospital!"

"Eishhh merepek apa kau ni!"

Naura hanya tersenyum hambar. Bibirnya singgah pada dahi mama sebelum berlalu ke balkoni. Udara segar dari luar menenangkan hatinya yang bergelojak saat itu. Dia benar-benar sudah tidak tahu cara untuk memujuk hati Nuraisha lagi.

Nuraisha yang dikenalinya seakan sudah berubah. Dia bukan selembut yang dulu. Hatinya keras dan wajahnya penuh dengan dendam. Berkali-kali Naura menggeleng kepala kerana tidak percaya sejauh itu Nuraisha berubah.

Dia teringat pertemuannya dengan Shahrul tiga hari lepas. Waktu itu, dia dan Puan Sri Mariam baru sahaja selesai menikmati makan malam mereka di sebuah restoran. Dia tidak sedar kehadiran Shahrul jika tidak ditegur oleh lelaki itu.

"Naura! Auntie!" tegur Shahrul secara tiba-tiba.

Naura dan Puan Sri Mariam memanggung kepala. Masing-masing melemparkan senyuman melihat figura itu. Shahrul merupakan sahabat karib arwah Firash dan kini sedang menabur khidmat sebagai jurutera di salah sebuah syarikat di Indonesia.

"Abang Shah!"

"Hai. Lama tak jumpa" Shahrul tunduk menyalami tangan Puan Sri Mariam. Dia kaget melihat perubahan Naura yang kini sudah berhijab.

"Abang hampir tak kenal Naura tadi.Sebab Naura dah bertudung"

Naura tersipu. Memang banyak yang terkejut dengan perubahan dirinya.

"Duduklah Shah" pelawa Puan Sri Mariam.

"Ehh takpe auntie. Ada temu janji dengan kawan. Kejap lagi dia sampai. Ni dah kebetulan nampak auntie dan Naura kat sini, tu yang Shah tegur"

"Lama tak dengar cerita abang. Abang kat mana sekarang? Masih kerja di Indonesia?"

"Aah. Abang try mintak posting di sini. Tapi syarikat swasta kan? Payah sikit nak mintak"

"Takpelah. Kumpul dulu pengalaman kerja dengan orang luar. Nanti dah full experience, boleh mintak kat sini"

Shahrul hanya mengangguk. "Haritu abang ada lawat kubur arwah. Takziah dari abang dan keluarga. Maaf, tak sempat nak datang hari tu. Tak dapat cuti. Projek banyak masuk jugak masa tu"

Naura sekadar mengangguk. Dia faham kesibukan dan tuntutan kerja Shahrul. Mereka sekeluarga memang kenal rapat dengan lelaki itu. Dah tahu hati budi masing-masing!

"Takpe Shah. Auntie faham" sampuk Puan Sri Mariam pula.

"Oh ya. Hari tu Shah balik ke kondo. Shah ada terserempak dengan isteri arwah. Siapa nama dia?"

Naura dan Puan Sri Mariam saling berpandangan. Sinar harapan semakin cerah gamaknya.

"Aisha!" Puan Sri Mariam mengingatkan.

"Aah. Aisha" Shahrul tersenyum.

"Abang nampak dia kat mana?" Soal Naura ingin tahu.

"Kat kondo abang. Kondo tu arwah Firash jualkan pada abang dulu sebelum dia kawen dengan Aisha. Dan selang tiga buah dari rumah abang, kat situlah Aisha tinggal. Tapi abang nampak dia dengan seorang lelaki dan budak perempuan. Dan budak tu panggil dia mama. Dia dah kawen baru ke?" Itu yang Shahrul lihat semasa dia balik dari lapangan terbang tempoh hari. Dia seakan tak percaya, namun hatinya yakin itulah Nuraisha. Mereka pernah ketemu beberapa kali sebelum ini ketika arwah Firash masih hidup.

Naura dan Puan Sri Mariam mengerut dahi. Kawen? Macam mana dia boleh kawen lagi sedangkan dia masih isteri Farrhan yang sah?!

"KAU fikir pasal apa? Jauh kau termenung"

Sapaan Naira menusnahkan lamunan Naura. Dia menoleh ke arah Naira yang sedang keresahan.

"Apasal muka kau resah semacam?"

"Mama"

Mendengarkan itu, Naura mengalih pandangan ke dalam bilik dan menjenguk mamanya. Namun lena sahaja wanita itu tidur.

"Mama kenapa?"

"Dia mengigau. Asyik panggil nama Aisha.Aku dah tenangkan dia. Sebab tu dia lena balik"

"Hmmm" Naura menggumam. Nuraisha itu jugak satu masalah baginya sekarang. Susah hendak dibawa berbincang! Tetapi untuk menyalahkan dia, itu juga tidak mungkin. Arghhh!! Serabut!

"Kau takde cara lain ke bagi dia balik sini?"

"Aku dah buntu. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dia tak nak dengar cakap aku"
"Maksud kau, kau dah jumpa dia?"

Naura mengangguk lemah. Dengan Naira, dia tidak mampu menyimpan rahsia. Hatinya dah sarat dengan kepuraan-puraan.

"Tapi kau bagitau mama..."

"Aku tak nak mama stress! Sebab tu aku tipu dia. Kak Sha tak nak balik. Malah, dia nak tuntut cerai dari angah. Kau rasa kalau mama tahu semua ni, apa yang akan berlaku? Kau sanggup ke nak tengok mama sakit?"

Naira terdiam. Kata-kata Naura masuk akal juga. Untuk selamatkan mama, jalan lain harus diambil iaitu, berbohong! Tetapi sampai kapan mereka harus berpura-pura? Sedangkan mama akan terus menyimpan harapan.

"Habis tu, takkan nak tipu mama sampai bila-bila? Kau ingat tak penat ke berpegang dengan harapan palsu??"
"Dah tu, kau ada cara lain untuk pujuk kak Sha balik sini?"

Bicara Naura mematikan kata-kata Naira. Dia tak pernah rapat dengan Nuraisha. Jadi masakan dia yang harus memujuk Nuraisha? Sedangkan pujukan Naura tidak langsung dia terima, sedangkan mereka pernah rapat dulu.

"Apasal kau panggil dia kak Sha? Biasanya kau panggil dia kak ngah kan?" Naira perasan sudah dua kali Naura membahasakan Nuraisha dengan kak Sha.

"Itulah aku cakap. Dia nak berpisah dengan angah, so dia tak benarkan aku panggil dia kak ngah lagi"

"Naura!!!"

Jeritan itu memeranjatkan Naura dan Naira. Serentak, mereka menoleh dan melihat Puan Sri Mariam sudah jatuh rebah di atas lantai.

"Mama!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience