23

Other Completed 493332

RAZLAN mendengus geram. Baru sahaja dia hendak 'menikmati' tubuh gadis itu, hajatnya yang satu itu tidak kesampaian. Nuraisha tiba-tiba sedar dari lena. Belum sempat berbuat apa-apa, dia sudah disepak oleh gadis itu. Mereka bergelut sehingga Nuraisha berjaya melepaskan diri dari cengkamannya.

"Kau tak boleh larikan diri dari aku lagi! Empat tahun aku tunggu kau.. tapi kau tolak aku!"

Nuraisha menelan liur. Empat tahun? Siapa lelaki ini? Wajahnya tidak dapat dikenal pasti dek kerana topeng muka yang dipakainya.

"A...awak siapa? Sa..saya tak...tak kenal a..awak" Wajah Nuraisha jelas terpampang riak ketakutan.

Bicara Nuraisha disambut dengan tawa. Masakan gadis itu lupa pada peristiwa empat tahun lalu. Mustahil untuk dilupakan kerana di situlah segala-galanya bermula.

"Kau dah lupa pada peristiwa empat tahun lalu? Tak mungkin kau lupa! Kalau kau ingat peristiwa tu, kau mesti ingat aku" sahut Razlan diiringi gelak tawanya.

Berkali-kali Nuraisha menggeleng kepala. Semacam apa peristiwa empat tahun lepas, otaknya tidak mampu untuk menggerudi isinya. Dia tidak mampu untuk mengingati apa yang telah berlaku.

"Tak kiralah kau ingat atau tak, hari ni kempunan aku empat tahun lepas bakal terlaksana! Kau akan tewas dalam genggaman aku. Dan takde siapa pun yang akan selamatkan kau!"

Laju saja langkah Razlan mengepung Nuraisha. Dia ketawa besar kerana Nuraisha sudah mampu dipenjara dalam kepungannya. Dia tahu, sudah tiada tempat untuk gadis itu meloloskan diri. Badan genitnya tidak akan mampu untuk melawan tubuhnya yang tegap itu.

"Kau nak lari ke mana? Takde tempat untuk kau larikan diri lagi. Baik kau menyerah je sebelum aku kerjakan kau dengan lebih teruk lagi!"

Razlan sudah berdiri dekat dengan Nuraisha. Tubuh gadis itu dipeluk. Haruman rambut dan badan Nuraisha benar-benar menggoncang imannya.

Nuraisha sudah menangis. Dia meronta-ronta dalam dakapan Razlan. Dalam hati, tak henti-henti dia berdoa agar Allah melindunginya. Dia tidak mahu kalah dalam bisikan syaitan yang menghantui Razlan ketika itu.

Dapat dia rasakan tangan Razlan mula meraba belakangnya. Nuraisha tiada pilihan kecuali mencari jalan untuk melepaskan diri. Namun dia gagal kerana tenaganya tidak mampu untuk melawan tegapnya tubuh Razlan. Akhirnya, Nuraisha menggigit bahu Razlan sekuat hati.

Usahanya berhasil tatkala ketika itu juga Razlan menjerit kesakitan lalu menolak tubuh Nuraisha dengan kasar. Nuraisha terjatuh ke lantai. Dia tidak mahu melepaskan peluang. Keadaan itu digunakan untuk dia melarikan diri. Namun belum pun sempat berbuat sedemikian, Razlan terlebih dahulu menarik rambutnya lalu menampar pipinya berkali-kali. Dia geram dan sakit hati dengan reaksi gadis itu.

Rahang Nuraisha dicengkam. Matanya kemerahan. Dia pantang apabila ada gadis menolaknya banyak kali. Egonya rasa tercabar tatkala gadis itu dengan beraninya menolak dan menafikannya.

Bibir mungil Nuraisha menarik hatinya. Baru saja dia hendak menikmati bibir itu, pukulan dari arah belakang mematikan tindakannya. Razlan terjatuh ke lantai sambil nenahan kesakitan.

"Kurang ajar!" pekik Firash lantas menumbuk wajah Razlan sekuat hati.
Sedari tadi, dia terdengar bunyi bising dari arah bilik Nuraisha. Perasaannya kurang enak. Perlahan-lahan dia mencari tahu keadaan sebenar. Untung saja bilik Nuraisha tidak berpintu. Hanya menggunakan kain sebagai penutupnya. Dan di situ dia melihat Nuraisha sedang bergelut dengan seorang lelaki. Dia diserang amarah yang bukan sedikit. Disebabkan itulah, dia pantas mencapai sebuah kayu yang terdampar di tepi bilik Nuraisha. Dan kayu itulah yang digunakan untuk memukul lelaki tadi.

Nuraisha sudah berundur ke belakang dengan tangisan. Dia memeluk tubuh sendiri sambil menyaksikan pergelutan di antara Firash dan Razlan.

"Berani kau sentuh Aisha!" Firash bagaikan dirasuk. Habis lunyai Razlan dikerjakannya. Setelah berpuas hati mengerjakan Razlan, Firash menarik topeng muka tersebut dan terkejut apabila mengetahui insan di sebaliknya.

"Razlan!"

TERGOPOH-GAPAH Farrhan mendapatkan Firash setelah dimaklumi lelaki itu akan perbuatan Razlan. Ketika tiba di perkarangan rumah, dia melihat ada beberapa orang anggota polis dan penduduk kampung di situ. Salah satunya adalah Encik Affendi.

Di suatu sudut, dia melihat Firash sedang menenangkan seorang gadis. Itulah gadis yang disebut oleh Firash ketika mereka berbual di dalam telefon tadi. Hatinya terlalu ingin mengetahui hal sebenar. Dilihatnya Razlan kini berada di dalam kereta polis. Laju derap kakinya menapak ke situ.

"Razlan! Apa dah jadi ni?" Farrhan tercengang melihat keadaan Razlan ketika itu. Dah serupa hantu gamaknya! Lebam dan luka sana sini saja.

"Han, tolong aku! Bebaskan aku please! Aku janji tak buat camtu lagi!" Razlan separuh merayu.

"Takde siapa yang akan bebaskan kau! Mereputlah kau dalam penjara!" sampuk Firash yang tiba-tiba muncul dari arah belakang. Jika bukan kerana hukum-hakam dan undang-undang, pasti sudah lama dia kerjakan Razlan. Paling tidak pun, dia cacatkan saja mana-mana bahagian badan Razlan yang sempurna itu! Tak guna punya manusia!

"Kami nak bawak suspek ke balai. Encik Firash boleh ke balai nanti untuk bagi keterangan?" Azrul, salah seorang pegawai polis yang bertugas menyampuk perbualan mereka.

"Boleh.Inshaa Allah. Nanti saya ke balai" sahut Firash.

"Okey. Sila datang dengan cik Aisha ye? Kami perlukan keterangan dia untuk lebih bukti supaya dapat sabitkan suspek dengan kesalahan ni" ujar Azrul lagi.

Pandangan Firash berkalih ke arah Nuraisha. Dia melihat wajah polos itu kemerahan akibat dek tamparan Razlan. Lebam juga wajahnya. Kasihan Firash melihat wanita kesayangannya itu. Dan dia tahu Nuraisha masih lagi dalam ketakutan dan trauma.

"Boleh bagi Aisha sedikit masa untuk bertenang? Lepas je dia okey, kami akan ke balai untuk beri keterangan"

Azrul mengangguk laju. Sesudah itu, dia berlalu dan membawa Razlan ke balai polis.

"Apa dah jadi?" tanya Farrhan. Wajahnya serius saja. Sungguh, dia blurr!

"Kawan baik kau cuba nak perkosa Aisha" jawab Firash sambil matanya melekap pada wajah Nuraisha. Riaknya turut sama serius.

Farrhan terasa terit tekaknya. Dia tahu, Razlan kaki perempuan. Sudah banyak juga perempuan di luar sana dikerjakannya. Tetapi kenapa dia menyerang Nuraisha? Jika dibandingkan Nuraisha dengan perempuan lain, agaknya Nuraisha itu terlalu jauh ketinggalan.

Pandangannya turut berlabuh ke wajah Nuraisha. Melihatkan wajah polos penuh kenaifan itu, hatinya tiba-tiba sebak dan sayu. Saat anak mata Nuraisha bertembung dengan matanya, ada satu rasa yang tak bisa dia ungkapkan. Mata Nuraisha tampak terlalu jujur dan full of innocent!

"Along takkan lepaskan Razlan atas apa yang dia dah buat pada Aisha. No one can harm her in any situation!" ujar Firash lantas meninggalkan Farrhan di situ. Langkah kakinya menuju ke arah Nuraisha.

Farrhan membatukan diri. Buat pertama kalinya, dia tidak mampu untuk membalas segala hujahan Firash. Entah atas sebab apa, dia benar-benar hilang idea untuk mempertahankan ego! Dan anak matanya masih tetap melekap pada seraut wajah polos itu.

Hatinya berkata. Otaknya menyetujui. Nuraisha dan dia, mereka seperti pernah bertemu. Tetapi bila, di mana dan bagaimana?! Farrhan betul-betul di ambang kebingungan!

WAJAH Maksu Dara bersahaja. Segala yang dimaklumkan dan diceritakan oleh Puan Normala, umpama deru angin yang menghembus wajah. Wajahnya tidak mempamerkan apa-apa riak. Mendengar sahaja kecelakaan yang menimpa diri Nuraisha, hatinya bersorak gembira. Seharusnya anak saudaranya itu lunyai dan teruk dikerjakan oleh lelaki bernama Razlan itu. Jika itu terjadi, senanglah hatinya kerana dia punya modal untuk menyindir gadis itu.

Dasar perempuan jalang, anak gampang! Sumpah Maksu Dara dalam hati. Tiada sekelumit rasa kasihan pun pada Nuraisha setelah apa yang menimpanya. Bahkan dia bertepuk tangan dalam diam.

"Dengar cerita si Razlan tu dibawak ke balai polis. Firash tak nak lepaskan dia atas apa yang terjadi. Teruk jugak si Razlan tu dikerjakan oleh Firash" ujar Puan Normala lagi. Dia menilik dalam-dalam wajah Maksu Dara. Riaknya mengerut apabila melihat tiada apa-apa reaksi yang dipamerkan oleh Maksu Dara. Dia ni takde perasaan ke bila tengok anak saudara sendiri kena macam gitu?

"Laaa yeke? Baguslah tu" Itu sahaja komen Maksu Dara. Ringkas tetapi seakan menyindir saja bunyinya.

Puan Normala menggeleng kepala. Baru dia teringat, Maksu Dara ini memang manusia yang tidak punya perasaan. Kerana kalau benar dia mempunyai hanya sekelumit rasa kasihan pada Nuraisha ,pasti dia tidak akan bersikap sebegitu. Apa nak jadilah!

"Saya tengok kan, si Firash tu macam suka je kat Aisha. Tengok cara dia layan Aisha tu, dah boleh teka perasaan dia macam mana"

Komentar Puan Normala ibarat masuk telinga kiri ,keluar telinga kanan. Maksu Dara malas hendak ambil pusing. Bagi dia, kedudukan Nuraisha di dalam hidupnya bukan satu kepentingan. Apa pun yang terjadi, dia tidak akan ambil tahu mengenai anak saudaranya!

"Nak ke budak bandar tu dengan si Aisha? Yelah kan. Kita semua tahu Aisha tu dulu macam mana. Jalang!" Kutuk Maksu Dara dengan matanya yang seakan berapi. Dia turut membuang pandang ke arah Firash dan Nuraisha. Memang terpamer jelas kemesraan mereka. Nuraisha kelihatan diam tak berkutik apabila seluruh wajahnya diubati oleh Firash. Melihatkan adegan itu, dia naik muak.

"Ya Allah, kak Dara ni!" Puan Normala kaget mendengar percakapan Maksu Dara. Dadanya diurut beberapa kali.

"Tak baik cakap macam tu pasal Aisha. Dia tak mintak pun dilahirkan macam tu. Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ni dah tertulis di Luh Mahfuz. Ni namanya takdir. Bukan kerja kita mengubah takdir. Tapi kerja kita belajar dari kesilapan dan menerima takdir dengan hati yang terbuka" Puan Normala memulakan tazkirahnya. Wajah Maksu Dara dijamah dengan penuh kekecewaan.

"Lagi satu. Aisha tu anak saudara kak Dara tau? Anak saudara! Darah daging kak Dara. Walaupun bukan kak Dara yang melahirkan dia ,tapi darah dia dan darah kak Dara satu"

"Dahlah Mala. Kau jangan nak nasihat aku. Aku tahu apa yang aku buat. Aku bencikan budak tu dari dia lahir sampai dia mati!"

"Kak Dara!" Puan Normala terjerit kecil sambil mengucap panjang. Sungguh singkat pemikiran Maksu Dara ketika itu. Betapa jelas riak kebenciannya pada Nuraisha. Kesian Nuraisha. Harus menanggung segala beban dan dosa di usia semuda itu.

"Apa yang mak dia buat pada aku, belum cukup untuk tebus segala-galanya" Maksu Dara menggenggam penumbuk. Matanya kemerahan menahan amarah yang berbuku dalam hati. Terbayang-bayang peristiwa kotor itu di dalam fikirannya.

"Kak Dara! Benda dah lama. Dah lepas. Arwah Hayati pun dah selamat kat sana. Kenapa kak Dara masih berdendam lagi?"

"Kau diam! Kau tak tahu apa-apa Mala. Kau tak rasa kesakitan aku ni. Dalam hati aku ni..." Maksu Dara tersedu-sedan. Sebak rasa hati tatkala fikiran mengimbau kenangan pahit.

Puan Normala serba salah. Bibirnya terasa ingin mengungkap kebenaran. Tetapi dia risau Maksu Dara pula yang terluka dan kecewa lantas menempiaskan segala rasa itu kepada Nuraisha. Ya Allah! Sampai bila aku nak simpan rahsia ni?!

"Kak Dara jangan menyesal. Suatu hari nanti, bila kebenaran terungkap, masa tu Kak Dara jangan cari Aisha. Dan kalau terjadi sesuatu pada kak Dara suatu hari nanti, Aisha akan jadi orang pertama yang Kak Dara ingat"

"Tak akan!" Laju Maksu Dara menjawab dalam riak angkuh. Sesusah apa pun kehidupannya, dia tidak akan mengemis dan meminta simpati dari Nuraisha.

"Mengucap kak. Jangan terlalu angkuh hidup di dunia ni. Allah mendengar dan melihat"

"Ahh, kau diamlah! Sampai mati sekalipun, aku takkan melutut pada dia!"

Puan Normala menggeleng kepala. Nasihat yang diberikan umpama menabur garam di lautan luas. Maksu Dara terlalu degil orangnya. Apa lagi usahanya?

"ABANG mintak maaf. Abang tak mampu lindungi Sha" Berkali-kali Firash memohon maaf di atas kegagalannya melindungi gadis kesayangannya. Meskipun Nuraisha tidak pernah meletakkan kesalahan di atas bahunya ,namun rasa kesal itu tetap ada. Setiap kali melihat wajah polos Nuraisha, setiap kali itu juga terbit rasa kasihannya. Bahkan setiap saat dia jatuh cinta pada wajah itu. Jika sesuatu terjadi kepada Nuraisha disebabkan olah Razlan, dia pasti tidak akan memaafkan diri sendiri.

"Abang tak salah. Kenapa nak mintak maaf?" Suara lembut Nuraisha menyapa gegendang telinganya. Wajah manis itu direnung. Melihat senyuman Nuraisha ,hatinya seakan hilang rentak. Ingin rasanya tubuh genit itu dipeluk lama. Biar mereka sama-sama lemas dalam rasa cinta yang membara.

"Abang takkan maafkan diri sendiri kalau Razlan sempat..."Mata Firash sudah berkaca. Terbayang-bayang di mata akan tangisan dan rayuan Nuraisha yang meminta dilepaskan. Sungguh, Razlan kejam!

Nuraisha menelan liur. Terasa pahit di tekak. Dia masih trauma dengan peristiwa tadi. Masih terasa sakit kesan lebam dan tamparan yang Razlan berikan kepadanya. Dia benar-benar ketakutan sehingga ke saat ini genggaman Firash masih setia bersamanya.

"I can't bear to see you sad!" ujar Firash. Sebelah tangannya naik ke atas pipi Nuraisha. Kesan lebam masih berbekas di situ. Diusap lembut pipi itu sehingga jatuh pada kesan lebam itu. Serentak itu, air matanya jatuh berguguran. Dia dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh Nuraisha.

"Pipi ni... tak sepatutnya dapat layanan teruk macam ni!" keluh Firash.

"Abang tak perlu salahkan diri sendiri. Yang penting, Sha selamat. Dan terima kasih pada abang yang sentiasa melindungi Sha. Sha bersyukur sangat sebab abang selamatkan Sha. Sha betul-betul takut!" lirih Nuraisha sambil menahan sebak di dada.

Tangan Firash yang melekap di pipi, dibawa ke ribanya. Digenggam erat kedua tangan tersebut. Wajah Firash direnung dalam pandangan yang sukar dia tafsirkan. Jatuh cintakah dia pada lelaki ini?

"Sha... " Nama Nuraisha diseru.

"Ye?"

"Abang nak sentiasa lindungi Sha. Abang tak mampu nak kawal diri bila berdua dengan Sha. Abang takut abang menyimpang dari landasan" Firash cuba berkias. Dan sangat berharap kiasan itu mampu difahami oleh gadis di hadapannya itu.

Kening Nuraisha bertemu. Dia cukup dewasa untuk memahami maksud kata-kata Firash itu. Dia melamar aku?

"Sha..." Sekali lagi nama gadis itu meniti dibibirnya.

"Ye??" Wajah Firash, Nuraisha tenung dalam-dalam. Hatinya menuntun kesabaran ,menanti bicara selanjutnya dari lelaki itu.

"Jadi yang halal untuk abang?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience