53

Other Completed 493332

AKAD yang dilafazkan sebentar tadi telah menjadikan Nuraisha miliknya yang sah. Meskipun tanpa rela! Bibir yang penuh dengan kepulan asap rokok tersungging senyuman sinis. Bermulalah kisah hidupnya yang baru selepas ini. Tetapi jangan harap dia akan membahagiakan Nuraisha. Perkahwinan yang berlangsung hanyalah kerana dendam yang belum terlerai.

"Jangan kau fikir aku akan jatuh sayang atau cinta pada kau! Kau tak layak untuk aku. Kau layak di bawah telapak kaki aku je!" tutur Farrhan, angkuh dan penuh kesombongan.

Tiba-tiba dia terimbau semasa majlis akadnya berlangsung. Sungguh tidak dia nafikan, Nuraisha memang cantik dan menawan. Bahkan lebih anggun dan tampak natural berbanding gadis yang pernah hadir dalam hidupnya. Lebih menarik perhatiannya saat mata cantik itu menatapnya penuh syahdu. Dia seakan terpukau oleh mata indah itu.

Seperti biasa, pandangannya akan jatuh kalah jika mata Nuraisha merenungnya. Arghh!! Itu saja kelemahannya saat ini. Dan tiada siapa pun yang boleh tahu. Kalau tidak, pasti akan ada suara-suara yang akan mentertawakannya!

Majlis akad berlangsung dengan lancar dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat saja.Sengaja dia tidak menjemput Razlan kerana dia tahu, Tan Sri Firman tidak merestui persahabatannya dengan lelaki itu. Jika Razlan muncul di hari persandingannya, alamatnya gagallah rancangannya untuk terus mengampu hati papanya.

Dan dia juga ada menerima panggilan telefon daripada Maira. Dan itu juga salah satu sebab kenapa dia setuju untuk mengahwini Nuraisha. Maira pernah meninggalkannya demi lelaki lain yang jauh lebih gah dari dirinya.

Jadi untuk membalas rasa sakit hatinya, dia memilih Nuraisha yang tidak punya apa-apa berbanding Maira. Kerana hanya itu sahaja yang akan membuatkan maruah diri Maira merundu kerana gadis biasa seperti Nuraisha bisa menewaskannya.

Di dalam panggilan tersebut, Maira menangis dan merayu untuk tidak meneruskan perkahwinan tersebut. Dia berjanji akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan kemaafannya. Namun Farrhan tidak sebodoh itu. Dia tahu persis taktik kotor Maira. Hanya berpura-pura meraih simpati. Nanti pasti hatinya bakal tersakiti lagi gara-gara perlakuan gadis itu. Arghh! Perempuan semua sama. Hanya tahu meraih simpati dengan meminta maaf. Kemudian, buat lagi perkara yang sama. Dia sudah muak dengan perangai seperti itu.

Hatinya sudah tertutup untuk menerima kehadiran cinta yang dianggap palsu dari mana-mana wanita. Tiada cinta yang suci di dunia ini. Jika ada sekalipun, semuanya hanya kerana nafsu semata-mata. Dan dia berkahwin juga bukan kerana cinta. Tetapi nafsu dendam yang menghantui dari dulu!

"Dia...bukan isteri yang aku nakkan dalam hidup!"

Pintu kamar terkuak. Nuraisha masuk dengan wajah tenang sahaja. Bagaimana wajah itu masih bisa tersenyum tenang sedangkan dia mula merangka pelbagai rancangan. Pasti dia sengaja mengejek aku!

"Kau..."

Nuraisha menoleh tatkala dipanggil oleh Farrhan.

"Sini!" arah Farrhan tegas dan wajahnya ketat.

Dengan perasaan takut, Nuraisha gagahi jua langkah kaki mendekati Farrhan.

"Kau jangan ingat, aku akan jatuh cinta dengan kau. Setakat senyuman kau tu, aku campak tepi jalan je!" cemuh Farrhan dengan angkuh. Berkepul-kepul asap rokok di udara. Nuraisha terbatuk.
"Apasal? Tak suka bau rokok? Kau tak mengandung kan?" perli Farrhan lagi.

Nuraisha menggigit bibir. Ya Allah, kuatkanlah aku!

"Tapi kalau kau nak mengandung, aku boleh je bagi kau anak! Cakap je bila kau nak" ujar Farrhan lagi seraya ketawa.

Nuraisha menelan liur. Ketakutan dalam hati semakin bermaharajalela ketika Farrhan mengangkat punggung dan mendekatinya.

Rahang Nuraisha dicengkam. Farrhan tergelak. Dia suka melihat gadis itu takut kepadanya. Itu bererti dia mempunyai kuasa penuh!

"Tapi malam ni aku tak terasa nak buat anak dengan kau! Aku takde selera! Blahh...!" Tubuh Nuraisha ditolak ke tepi dinding.

"Tapi.. aku rasa nak bermanja-manja je dengan kau" Tubuh itu didekati lagi. Kali ini, tubuh genit itu sudah berjaya dikepung. Puntung rokok dicampak ke luar jendela.

Tanpa menunggu lagi, Farrhan terus mensasarkan bibir tersebut dengan ghairah. Dia semakin galak mengucup tatkala Nuraisha cuba mengelak sambil memukul-mukul dadanya.

Air mata Nuraisha mengalir. Dia tidak suka dilayan tanpa rela seperti itu. Dia cuba untuk mengelak. Namun kudrat Farrhan jauh lebih kuat berbanding dirinya.

Farrhan semakin galak bertindak dengan mengucup lehernya pula. Kedua tangannya dikawal rapi oleh Farrhan. Sungguh, Farrhan sudah lemas dengan nafsu. Haruman Nuraisha tampak menggoda imannya. Sesungguhnya dia lupa pada kebenciannya sebentar tadi.

Bibir Farrhan beralih semula ke arah bibir Nuraisha. Dikucup sehingga Nuraisha hampir hilang nafasnya. Dek kerana tidak kuat menahan kucupan tersebut, Nuraisha bertindak menggigit bibir Farrhan.

"Arghhh!!" Farrhan menjerit sesudah melepaskan kucupannya. Wajah Nuraisha ditenung tajam. Rahang itu dicengkam. Baru saja dia hendak menyambung 'kerjanya' tadi, bebola mata Nuraisha sekali lagi melemahkannya! Lantas, dilepaskan perlahan-lahan rahang gadis itu.

"Get out! Get out of my sight!!" Farrhan menjerit geram.

Nuraisha berlari dalam ketakutan. Dia tidak berani untuk terus berhadapan dengan lelaki itu.

SEPENUH HATI, Nuraisha cuba menerima Farrhan sebagai suami. Setelah terlafaznya akad yang mengesahkan mereka, dia sudah berjanji akan menerima baik buruk lelaki tersebut. Dia redha jika ini yang Allah tetapkan untuknya. Siapa dia untuk terus menafikan takdir Allah? Sejauh mana dia berlari, jodohnya masih utuh terlakar bersama lelaki itu.

Walaupun sulit untuk menghadapi hari-hari berikutnya, namun dia harus cekalkan hati untuk terus melayari bahtera hidup. Jika Farrhan membencinya, dia akan mencuba untuk mengambil hati lelaki itu sebaik mungkin.

Tak kira apa jua layanan yang diterima, dia harus tetap tersenyum manis. Kejahatan hanya bisa terkalahkan oleh kebaikan. Maka taburlah benih-benih kabaikan agar yang tumbuh nanti adalah bunga-bunga cinta.

"Abang, Sha janji akan terima Farrhan seikhlas hati. Ini janji Sha pada abang" Foto Firash ditatap. Dalam kerinduannya buat lelaki itu.

Namun kini, dia harus melupakan segala kenangan mereka bersama. Dia tidak mahu saban hari mengumpul dosa pada sang suami yang baru dinikahi dengan mengenangi kisah silam bersama bekas suaminya.

Meskipun Farrhan tidak mahu menerimanya, atau menganggap dia sebagai isteri yang tak pernah diinginkan, namun itulah jalan hidupnya. Yang harus dijalani dengan penuh semangat. Dia hanya akan pergi sekiranya diusir oleh Farrhan.

"Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menghadapi hari-hari mendatang!"

PAGI ITU, setelah selesai bersarapan, Farrhan terus mengajak Nuraisha pindah ke kondo miliknya. Walaupun hatinya keberatan, namun dia turutkan juga kehendak suaminya itu. Semua pakaiannya sudah selesai dikemas. Demi menjaga kepercayaan Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam, Farrhan memaniskan wajah sambil memunggah luggage milik Nuraisha.

"Berat betul beg kau ni! Kau bawak satu almari ke?" bisiknya ke telinga Nuraisha. Luggage tersebut sudah disimpan di dalam bonet.

"Err...maaf..."

"Maaf..maaf..tu je yang kau tahu!" cemuh Farrhan lagi. Namun suaranya seakan berbisik kerana risau perbualan mereka akan didengari oleh papa dan mamanya.
"Everything is done. So we better make a move now" ujar Farrhan.

Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam tersenyum. Perubahan pada sikap Farrhan sungguh mengharukan hati kedua mereka. Seusai bersalaman, Farrhan sempat memeluk tubuh Tan Sri Firman.

Saat berhadapan dengan Naura, wajah itu murung sahaja. Perasaannya tidak enak saja. Hatinya berat melepaskan Nuraisha pergi bersama Farrhan.

"Yang muka monyok tu kenapa?" tegur Puan Sri Mariam tatkala melihat riak wajah tidak senang Naura.

"Alaa, ada orang merajuk sebab dah jauh dari kakak ipar dia!" sampuk Farrhan pula. Senang hati kerana tiada sesiapa yang bisa mengganggu rancangannya selepas ini. Membawa Nuraisha jauh dari keluarganya ,terutama sekali dari Naura merupakan satu kemenangan bagi dirinya.

"Alaaa Naura ni! Bukannya kak ngah duk jauh pun dari kita. Nanti ada free time ,kita jenguklah diorang" sahut Tan Sri Firman pula. Panggilan untuk Nuraisha juga sudah berubah. Dari kaklong kepada kak ngah!

"Tahulah. Tapi Naura tak sedap hati" rintih Naura namun nadanya perlahan sahaja. Tak sempat pun Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam nak mendengar omongannya.

Farrhan senyum mengejek. Kali ni, kau kalah Naura!

Selesai sesi bersalaman, Farrhan mengajak Nuraisha memasuki kereta. Mereka harus berangkat segera. Belum sempat Nuraisha melabuhkan punggung di dalam perut kereta, Naura menarik lengannya.

"Kaklong.. eh kak ngah " Naura tersasul pula. "Hati-hati tau? Jaga diri elok-elok. Ingat, kalau ada apa-apa, call Naura ASAP tau?"

Nuraisha mengangguk sambil tersenyum. Dia faham kebimbangan Naura. Kerana jauh di sudut hati, dia juga seperti Naura. Hanya senyuman saja sebagai pengubat kedukaan dalam hati.

SEDANG Nuraisha sibuk mengemas pakaiannya, dia terlihat sesuatu di dalam almari. Sekeping gambar terselit di sebalik kaki almari. Perlahan-lahan, dia menarik keluar gambar tersebut dan kaget melihat dua wajah itu.

Air matanya mengalir perlahan-lahan. Sedu-sedannya jelas kedengaran. Ya Allah, dugaan apakah ini? Hari pertama bergelar isteri dia diuji sebegini.

Pintu bilik terkuak. Wajah bengis Farrhan terpancul di sebalik pintu. Melihatkan wajah sembam Nuraisha, dia pantas mendekati isterinya dan berdiri di hadapannya. Foto yang dipegang Nuraisha ditarik kasar.

Saat matanya jatuh pada gambar tersebut, sebuah senyuman sinis terukir di wajah. Kemudian, dia membawa tubuhnya ke ranjang dan berbaring di situ. Tidak dipedulikan Nuraisha yang sedang bergelut dengan perasaan hiba.

"Apasal kau nangis?" soal Farrhan, namun dalam nada mengejek.

Nuraisha diam. Siapa saja tidak sedih saat disajikan pemandangan 'indah' seperti itu? Gambar mesra Farrhan dengan seorang perempuan sedang mandi di dalam kolam. Mereka tampak akrab dan seakan seperti sedang bercumbuan. Meskipun dia tidak pernah jatuh sayang pada Farrhan, namun sebagai seorang isteri hatinya tetap pedih dan terluka.

"Ohhh.. kau nangis sebab gambar ni?" tanya Farrhan lagi.

"Apasal kau nak nangis ea? Kau tak suka aku. Aku pun tak suka kau. Jadi kita buatlah hal masing-masing. Kalau aku ada perempuan lain sekalipun, itu bukan urusan kau. Faham?!" sergah Farrhan diiringi gelak sinisnya.

Air mata yang mengalir, diseka perlahan. "Ha..habis tu.. kenapa awak nak..nak...kawen de...dengan saya kalau a...awak tak..tak suka..sukakan saya?"

"Haaa, aku suka soalan tu" Farrhan tersenyum riang. Dia bangkit dari pembaringan lantas menarik Nuraisha rapat ke sisi. Pinggang Nuraisha didakap erat.

"Kau tahu sebab apa?"

Nuraisha menggeleng kepala. Air liur terasa pahit saja untuk ditelan. Dapat dia rasakan pelukan Farrhan semakin erat dan wajah mereka dekat.

"Sebab aku cuma nak sakitkan hati kau! Lagipun, aku cuma nak balas dendam. Perkahwinan yang berlaku ni akan jadikan kau semakin menyesal sebab kau setuju je dengan perkahwinan ni. Kau akan menderita!"

Tubuh Nuraisha dilepaskan dengan kasar. "Dan sekali lagi aku nak ingatkan kau! Jangan suka nak ambik tahu hal aku. Dan sesiapa je yang aku bawak kat rumah ni, tu bukan urusan kau. Farham??!"

Setelah puas menghambur amarah, Farrhan meninggalkan Nuraisha yang tersedu-sedan di situ. Dis benci melihat wajah sok suci itu.

"Dan satu lagi aku nak ingatkan" Farrhan sudah berdiri di hadapan pintu. "Kau tidur kat bilik bawah. Tu bilik maid aku dulu. Kau cuma masuk bilik ni bila aku perlukan kau. Kau tahu bila masa aku perlukan kau?"

Nuraisha menoleh memandang Farrhan.

"Bila aku nak kau puaskan aku. Tu je! Ingat! Selagi kau jadi isteri aku, selagi tu kau wajib patuh pada arahan aku. Kalau tak, teruk kau aku kerjakan!"

Tangisan Nuraisha semakin kedengaran. Dia tidak menyangka sejauh itu Farrhan sanggup memperlakukannya. Sedaya-upaya dia mencuba untuk membuang perasaan hiba itu, namun tetap tidak berhasil.

Inikah nasibnya sepanjang bergelar isteri Farrhan Zamani?

"KAN I dah cakap! Buat masa ni ,you jangan ganggu Farrhan dulu. Dia kan baru lepas kawen. Mestilah nak honeymoon dulu. Nak manja-manja dulu dengan wife dia. You ni tak faham betullah Maira!"

Mendengarkan omongan Razlan, hati Maira bagaikan dicucuh dengan bara api. Setelah mendengar khabar mengenai perkahwinan Farrhan, hatinya serba tak tenang saja. Sejak itu, dia menghubungi Farrhan dan merayu agar lelaki itu mahu membatalkan perkahwinannya. Namun hampa. Farrhan sama sekali tidak mempedulikan rayuannya.

Dan yang lebih parah lagi, wanita yang dinikahi Farrhan itu ternyata tidak setanding dengan dirinya. Apa kurangnya dia jika dibandingkan wanita itu? Seharusnya Farrhan itu celik mata besar-besar dan melihat mana yang lagi gah dan menawan. Gadis kampung yang tidak punya standard juga menjadi pilihannya! Dia terasa tercabar dengan pilihan Farrhan!

Iphone yang digenggam dicampak di atas sofa. Bafan hatinya dengan lelaki itu. Dari sejak tadi dia menghubungi Farrhan namun asyik bertembung dengan suara operator sahaja. Sibuk sangatkah lelaki itu sehingga dia lupa pada dirinya? Atau Farrhan sengaja tidak mengangkat panggilannya? Atau mungkin juga kata-kata Razlan tadi benar-benar terjadi? Arghhh!! Dia tidak boleh menerima semua itu!

"Hebat sangat ke perempuan tu? Sampai si Farrhan tu tak nak layan I langsung? Apa I ni tak cantik ke?" adu Maira dengan amarah yang menggunung dalam hati. Punggungnya dihantar ke sofa ,bersebelahan dengan Razlan.

"Hebat tak hebat. Kalau seorang perempuan goda seorang lelaki ,you rasa lelaki tu akan buat tak tahu je? Ibarat seekor kucing dapat seekor ikan. Dah ada depan mata,takkan nak tengok je? Mestilah nak telan sekali" sahut Razlan selamba dengan suara yang sengaja dibuat-buat.

Radang di hati Maira semakin menjadi-jadi. Wajah Razlan yang sedang tersenyum padanya dipandang dengan jelingan tajam.

"You boleh tak kalau bercakap tak payah nak sakitkan hati I?! Benci betullah!"
Gelagat Maira mengundang tawa di bibir Razlan.

"Relakslah! I cakap benda yang betul kan?"

"Arghh!!" Maira menjerit.

"You nak sangat ke dengan Farrhan tu?"

"Of courselah!"

"Sebab harta dia?" duga Razlan. Tangannya hinggap pada bahu Maira.

"Ehh hello! Ni bukan macam drama dalam tv tu tau? Perempuan nak kejar lelaki kaya je! I nakkan Farrhan sebab dia je satu-satunya lelaki yang tahan dengan sikap I. I dah cukup kaya. I tak kisah semua tu. Yang I nak sekarang cuma kebahagiaan I. Dan I tahu Farrhan boleh bagi I semua tu"

Wajah Razlan sinis. Perempuan, kalau dah bercakap, tak pernahnya mahu nak kalah!

"Kalau you sayang sangat dengan dia, kenapa you curang dengan dia dulu? Bukan sekali tau ,banyak kali dah. Dengan I pun you pernah..."

Jelingan tajam Maira mematikan kata-kata Razlan. Dia tahu semua itu. Dia pernah curang. Bahkan berkali-kali curang dan terlanjur dengan banyak lelaki. Dengan lelaki di sebelahnya itu pun pernah! Dan Farrhan tidak pernah mengetahui pun perkara itu. Tetapi itu tidak pernah mampu mengubah perasaannya pada Farrhan. Walau berjuta sekalipun lelaki menghampirinya, mata hatinya tetap pada Farrhan.

Dan kini dia menyesal kerana pernah mensia-siakan Farrhan dulu. Jika dia mampu kembalikan masa, dia ingin segala-galanya dimulai dengan baik semula.

"Dan Farrhan tak pernah tahu pun yang you pernah pakai I. Kalau dia tahu..."

"Enough Raz! I dah menyesal buat semua tu"

"Berapa banyak dah baby you gugurkan? Kesiannya Farrhan, dia tak pernah tahu semua tu!"

"Enough Raz! I tak nak dengar apa-apa lagi" jerit Maira dengan wajahnya yang kemerahan.

"Okey,tak buat dah"

Maira mendengus kasar. Tangan Razlan ditepisnya dengan sekuat hati. Arghh, menyesal pulak menjemput Razlan ke banglonya!

"You balik sekarang! I nak tidur. Nak tenangkan diri. Perasaan dan fikiran I tengah kacau-bilau sekarang ni"

"Okey. Tapi I ada tawaran buat you"

Wajah Razlan dijamah dengan seribu pertanyaan. Tawaran?

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-12 23:11:59 

tq update...panjang lagi ke novel ...kesian sha asik malang je dirinya...kenapalah dia terima berkahwen ngan Farhan tu...moga sha ingat kembali kisah silamnya di jual oleh maksu durjana...


NovelPlus Premium

The best ads free experience