27

Other Completed 493332

"SHA! Sha tak apa-apa kan?" Wajah Firash cemas tatkala lelaki mabuk itu memegang kejap tangan Nuraisha. Dia mendekati Nuraisha lantas meleraikan pegangan tersebut. Wajahnya sugul. Lelaki mabuk yang sudah tertidur di hadapan mereka dipandang sekilas.

"Dia mabuk bang" adu Nuraisha sambil memandang ke arah lelaki tadi.

"Hmmm, abang tahu. Bau arak" bisik Firash sesudah menjauhkan Nuraisha dari lelaki itu.

"Haikal!" Jeritan seorang lelaki membuatkan Nuraisha dan Firash menoleh. Lelaki yang bercap hitam putih itu sudah menapak ke arah lelaki mabuk tadi. Manakala seorang lagi lelaki yang berpakaian formal berdiri di belakangnya.

"Kau ni, tak habis-habis buat hal!" rungut lelaki formal itu. Barangkali mereka berdua itu kawannya.

"Sorry. Did he hurt you?" soal lelaki yang bercap itu. Slang Inggerisnya begitu pekat, besar kemungkinan dia bukan dari negara ini.

"No, he didn't" sahut Haikal, tetapi wajahnya agak bengis. Dia juga takut sekiranya Nuraisha diapa-apakan.

"Sorry,my friend is drunk. We were just having fun. Kami kejar dia but we couldn't" cerita lelaki bercap itu. "By the way, my name is Alex. And you are?" Dia mengajukan tangan ke arah Nuraisha untuk bersalam. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya.

"Firash" sampuk Firash sebelum sempat Nuraisha menyambut salam tersebut. Tetapi wajahnya tetap cemberut!

"Oh I see" sahut Alex. "You are..."

"Her husband" sampuk Firash lagi sambil tangannya naik ke atas bahu Nuraisha. Terkebil-kebil Nuraisha dibuatnya.

"Alex, what are you doing? Hurry up! Tolong I. Kita bawak Haikal ke rumah dia. Hish, dia ni kalau tak buat hal memang tak sah!!" rungut lelaki yang berpakaian formal itu.

"Yeah, you ni Sufian. Calm down!" sahut Alex, cuba menenangkan Sufian.

Dan ketika itu, Sufian memanggung kepalanya memandang ke arah dua insan yang sedang berdiri di hadapannya. Apabila matanya bertembung dengan Nuraisha, hatinya berdetak hebat. Rahsia lama seakan terbongkar semula. Tanpa sedar, peluh keringatnya mula memenuhi wajah. Bibirnya pucat. Tidak mungkin dia silap orang!

"Tadi, you suruh I cepat. Sekarang you pulak lambat-lambat. You and Haikal are just the same. Give nothing but trouble!" keluh Alex sambil memapah tubuh sasa milik Haikal.

Sufian disiku dengan wajah yang mencuka. Entah hantu mana yang merasukinya, tiba-tiba saja dia diam. Hishh!

"Doktor Sufian! Are you there?" Alex melayangkan tangannya di hadapan Sufian. Ternyata, lelaki itu mempamerkan riak terkejutnya.

"Ohh..hmm..yes. Errr Haikal mana?" Sufian sudah tidak tentu arah.

"Don't you know who is this? You kan doktor, but you tak tahu mana manusia ke?" Alex menyetir. Sudahlah bahunya lenguh memapah si sado Haikal itu, si tolol Sufian ini pulak tanya soalan tak logik!

"Sorry, my bad!" Cepat-cepat Sufian berdiri di sisi Haikal bagi mengimbangi beratnya.

"Anyways, thank you" ucap Alex kepada Nuraisha dan Firash. Kemudian, laju saja langkahnya dan Sufian membawa Haikal masuk ke dalam rumah yang hanya bersebelahan dengan apartmen milik Firash.

"Betul ke apa yang aku tengok? Dah empat tahun berlalu.. tapi takkanlah tu pelanduk dua serupa?" omel Sufian.

"You ni memang dah gila! Talking alone. Sah-sah you ni kena rasuk hantu!" omel Alex pula sambil menggeleng kepala.

Sufian tidak mempedulikan Alex. Sebaliknya, otaknya ligat mencari tahu akan gadis itu. Pelbagai teka-teki dan persoalan mula mencanang fikirannya saat ini. Satu persatu...

TIBA saja di hadapan pintu rumah agam itu, Nuraisha dan Firash terus sahaja diterpa oleh Puan Sri Mariam. Tan Sri Firman turut menemani di sisi. Naura pula sudah lama ke bilik bagi mengerjakan solat Isyaknya.

Wajah kedua mereka dipandang silih berganti. Puan Sri Mariam menarik nafas lega sambil mengurut dada. Wajahnya yang sedari tadi gelisah mulai mengendur.

"Ada orang sakit ke ma?" tanya Firash sekadar hendak bergurau.

"Ada. Along!" sahut Puan Sri Mariam sambil tangannya menampar lembut bahu Firash. Hish geram!

Tindakan Puan Sri Mariam mengundang tawa di bibir Nuraisha. Senang hatinya melihat kemesraan dua beranak itu.

"Datang dari mana ni? Sepatutnya sampai petang tadi kan? Along bawak Aisha pergi mana? Kenapa mama dan Naura called, along tak angkat?"

Firash menepuk dahi dengan soalan yang bertubi-tubi dari Puan Sri Mariam. Mama kalau sudah menyoal, lajunya semacam peluru sahaja!

"Awak ni Yam. Diorang baru je sampai. Tak masuk pun dalam rumah. Simpanlah dulu soalan awak tu. Bagi diorang rehat dulu, nanti lepas makan kita buat soal-siasattt....." sampuk Tan Sri Firman meleret-leret. Saja nak mengenakan isterinya!

Jelingan maut sengaja Puan Sri Mariam hadiahkan buat sang suami. Dia bukannya apa, nalurinya sebagai seorang ibu sering mendorongnya untuk cepat cemas. Apatah lagi yang dicemaskannya itu anak bujangnya.

Firash tergelak dengan gelagat kedua orang tuanya. Comeyy! Dia melirik ke arah Nuraisha lalu berbisik ke cuping telinga gadis itu.

"That's us. An old version of mama and papa!" Gelak Firdaus disambut dengan tamparan dari Nuraisha. Amboi!!

SETELAH dimaklumkan akan kedatangan Nuraisha, Naura cepat-cepat mengemas biliknya kerana dia akan berkongsi ruangan itu dengan bakal kakak iparnya itu. Bibirnya merekah dengan senyuman tatkala perkataan 'bakal kakak ipar' itu menyapa. Dia tidak pasti apakah maksud di sebalik senyuman itu. Hatinya galau tiap kali melihat senyuman Firash yang ternyata tercipa untuk Nuraisha.

Comforter berwarna coklat muda itu digenggam. Dia teringat perbualannya dengan Firash sebentar tadi. Comforter itu milik Nuraisha. Fikirnya, Firash menyerahkan comforter itu untuk dirinya namun dia silap. Hatinya bertambah parah tatkala matanya tertangkap sulaman Firash&Aisha di situ.

"Ni bagi kat Aisha. Bakal isteri along" ujar Firash dengan bangga. Kini, tak perlulah dia merisaukan Nuraisha lagi kerana gadis itu sudah berada dekat dengannya. Jadi sebarang keceelakaan tidak akan menimpanya lagi.

Wajah Naura berubah. Comforter coklat muda itu bertukar tangan. Lagi parah saat senyuman bahagia Firash mula terukir di wajahnya.

"A lil comforter. Please stay with her. And hug her so she would always in ease and comfy. And tell her to always think of me" Firash bermonolog seorang diri.

"Alongg!!" sergah Naura sedikit keras. Memang cinta itu bisa buat orang normal menjadi gila. Seperti Firash di kala ini. Dan seperti dirinya, yang jatuh cinta pada abang sendiri! Arhhh!!

"Cantiklah bilik Naura ni. Selesa sangat" Suara lembut Nuraisha mengejutkan Naura. Lantas dia menoleh lalu memberikan senyuman kepada gadis itu. Tengoklah dia Naura! Lemah lembut dan penuh sopan santun. Jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan kau!! Hati Naura terasa hendak menjerit kerana batinnya sudah menangis.

"Alaa, biasa je kak Sha. Tapi Alhamdulillah. Asalkan ada tempat untuk berlindung dan beribadah, tu dah lebih dari cukup" sahut Naura.

Nuraisha mengangguk kepala tanda setuju. Bilik tidur berkonsepkan fairy tales itu sungguh mencuri hatinya. Seumur hidupnya, itulah kali pertama dia bakal menghuni bilik tersebut. Pasti lenaku nyenyak!

"Ni katil Kak Sha" ujar Naura. Dia sudah berdiri di hujung katil milik Nuraisha.

"Ohh.. ingatkan kita kongsi satu katil"

"Yupp, supposed to! Tapi along tu.. gatal!!" Naura mula mengadu. Teringat kembali kata-kata Firash sebelum ini, cukup menggugat hatinya meskipun Firash tidak memaksudkan dirinya.

"Haaa?" Wajah Nuraisha kelihatan kaget. "Dia cakap apa?"

"Along cakap, dia tak nak kongsi Kak Sha dengan sesiapa. Dengan Naura pun! Dia tak nak Naura tidur dengan kak Sha. Dia nak jadi orang pertama dan orang terakhir yang tidur dengan akak. Dia nak jadi orang pertama yang peluk akak. Eee, gatallah along tu!" seloroh Naura dengan wajah cemberutnya. Walaupun hatinya sakit mengungkap kembali ayat tersebut, namun entah kenapa bibirnya seakan merelakan saja.

Wajah Nuraisha merona merah. Jantungnya seakan hendak pecah. Sejauh itu pemikiran Firash rupa-rupanya.

"Ee, tapi kak Sha tak payah risau. Along takkan buat something yang teruk. He's a good man"

"Akak tau"

Dan saat senyuman menghiasi wajah Nuraisha, hati Naura kembali bertaut cemburu. 'Naura, kau tengoklah gigi dia! Cantik, putih dan kemas tersusun. Senyuman dia sangat manis. Dengan pipi gebu dan bibir mungilnya, kau takkan mampu untuk menandingi dia. Kau tengok mata dia. Cantik dan bersinar!'

"Naura kenapa?" tanya Nuraisha setelah berada dekat dengan Naura. Bahu Naura disentuh lembut.

Naura menoleh mengadap Nuraisha. Kemudian, kedua pipi itu dicubit. "Akak ni cantiklah! Naura jealous. Hu hu hu..."

Nuraisha tergelak. Naura memaut bahunya lalu memeluk tubuhnya. Dia menangis dalam diam. 'Akak cantik, dan akak bakal dapat lelaki yang sangat diidami wanita selama ini. Dan Naura benar-benar jealous!'

KEPALA yang memberat dicelikkan juga. Meskipun payah, namun sepasang mata itu tetap mencuba. Kipas siling yang sedang berpusing ditenung lama. Semakin laju kipas itu berpusing, semakin kuat ingatannya pada Hanis. Hanis?? Ya, tadi aku jumpa Hanis! Tapi di mana dia??

Haikal bingkas bangkit lalu menoleh ke kiri dan ke kanan. Namun tiada bayangan Hanis di situ. Hanya dua ketul manusia penyibuk yang dari tadi memerhatikannya.

Haikal mengeluh lalu meraup wajah. Arghh!

"I though you gonna sleep for another two years!" sindir Alex.

"Stop it Alex!" bidas Haikal seraya menikam sebiji bantal ke arah Alex. Berdekah ketawa lelaki berdarah Belgium itu.

"Chill buddy! Just wanna calm you down"

Haikal tidak mempedulikan Alex. Sebaliknya, dia bangkit dari katil lantas bergerak ke balkoni bilik. Sliding door dibuka perlahan. Udara segar mula singgah pada rongga badannya. Lantas melepaskan segala energi negatif dalam diri. Dia selesa dipeluk sang angin sehingga tak sedar sudah hampir 15 minit dia seperti itu.

"Kau kenapa?" Suara garau Sufian mengacau-bilau ketenteramannya. Sufian di sisi dikerling. Ternyata lelaki itu juga sedang mengelamun, seolah sedang memikirkan sesuatu.

"Kau pulak kenapa? Putus cinta?" Haikal pulang soalan.

Galak Alex mentertawakan kedua sahabatnya. Dia turut menyertai mereka dan berdiri di tengah-tengah.

"The air is so refresh!" ujar Alex sambil mendepakan kedua tangannya.

Seketika, keadaan kembali sepi. Masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati kenyamanan udara ketika itu.

"Aku jumpa Hanis!" Akhirnya Haikal meluahkan perasaan.

Alex dan Sufian saling berpandangan.

"Bro, she has dead four years ago!" Alex beritahu dengan wajah seriusnya.

Serentak itu, Haikal menoleh dengan jelingan tajam diberikan kepada Alex. Dia tidak suka mendengar bicara Alex.Hanis masih hidup!

"Dia belum mati. I found her! Just now" sangkal Haikal.

Alex ingin menyampuk, namun pantas ditegah oleh Sufian. Bahunya disentuh oleh Sufian. "Let him be" ujar Sufian sambil menggeleng kepala.

"Korang tak tahu apa yang aku rasa selama ni. Sakit rasanya kena hadap kenyataan yang orang yang kau sayang dah takde. The pain.." Haikal sentuh dadanya. "No one knows".

Sufian mengerti maksud Haikal. Hanis yang dimaksudkan oleh Haikal adalah gadis tadi. Ya, dia tak tumpah seperti Hanis. Tetapi Hanis sudah lama meninggal dunia. Dan gadis tadi adalah orang yang sama yang pernah ditemuinya di hospital empat tahun lalu.Kebetulan apakah ini?

"Tapi rasa sakit tu semakin berkurangan sejak aku jumpa Hanis. Walaupun aku mabuk, aku tahu mata aku takkan menipu. I saw her! I just saw her men!" Wajah girang Haikal jelas terpancar. Bahu Alex disentuh. Sinar harapan mula terpancar pada wajah tampan itu.

"Haikal..." Alex ingin berbicara namun tidak sampai hati apabila melihat wajah ceria itu.

"I'll see her again. Aku akan cari dia. Sampai ke lubang cacing. Masa tu, korang akan percayakan aku. Just wait and see"

Alex dan Sufian hanya mematungkan diri. Gelagat Haikal diperhatikan saja. Sufian tahu, segala kebenaran kini berada dalam genggamannya. Namun jika segalanya terungkap, mampukah Haikal menerimanya? Apatah lagi ianya melibatkan Mia!

guys, some of the content is based on the true story. do support me ya ;)

Share this novel

Cik Mafia
2021-07-30 21:50:21 

HAHAHHA lawokla alex


NovelPlus Premium

The best ads free experience