11

Other Completed 493332

KEPALA yang memberat terasa sedikit ringan. Matanya terpejam celik menahan segala kesakitan dalam diri. Entah apa yang menimpa dirinya sehingga kesakitan itu terasa begitu mencucuk hati.

Seingat dia, itulah pertama kali dia berperasaan seperti itu. Ada apa sebenarnya dengan dirinya? Dan suara itu?? Milik siapa gerangan yang sering meminta tolong daripadanya?

"Along jumpa Han pengsan kat luar tadi"

Suara yang menyapa itu menyentak lamunannya. Segera dia berpaling ke arah suara Firash yang senyum sahaja memandangnya.

"Dah okey sikit ke? Along ada buatkan sup burung. Nanti makan tu sikit. Bagus untuk dalaman" Firash memberitahu dengan senyuman memekar di wajah.

Air liur yang terasa pahit terpaksa ditelan jua. Bab-bab mengambil hati dan menjaga kebajikan orang lain sememangnya Firashlah juaranya! Wajarlah segampang itu dia mampu mencuri hati papa dan orang sekelilingnya. Tetapi bukan dirinya. Walau sejuta mana pun kebaikan yang Firash timbunkan ke atas dirinya, tidak akan sesekali dia menimbus diri ke dalamnya. Dia tahu, Firash hanya berpura-pura demi mengikis harta keluarganya. Huh! Dasar anak tiri tak sedar diri!

"Tadi papa called. So, along terpaksa jelaskan pada papa apa yang terjadi pada Han"

Mendengarkan kata-kata Firash, mata Farrhan mencerlung tajam. Mahu saja bibirnya mencemuh Firash, namun dengan segera ditegah oleh kata-kata Firash.

"Wait a sec" Firash meletakkan jari telunjuk ke mulut. "Sebelum Han nak mencelah dengan kata-kata yang sangat 'sweet', biar along jelaskan" sampuk Firash. Sengaja dia tekankan perkataan 'sweet' tersebut.

"Papa has been asking about you. So I had no choice except to tell him. Along tak sanggup nak tipu papa. He's really concern about you" tukas Firash sambil tersenyum.

Farrhan pamer wajah menyampah. Concern? Yeah right!

"Whateverlah! I don't want to bother" jawab Farrhan dengan angkuh. Tangan disilangkan ke dada.

"Tak baik cakap macam tu. Kenapa Han buruk sangka dengan papa? He's doing his best just for you"

"Stop it!" dengus Farrhan. "Dia buat semua tu untuk kau. And not for me! And sorry to dissapoint you, I don't even need your help! Kalau aku sakit sekalipun, aku takkan merangkak cari kaulah! So stop acting like an angel, because you don't!"

Kata-kata Farrhan membuatkan hati Firash dipanah duka. Bersungguh-sungguh Farrhan membencinya sedangkan dia berniat baik terhadap adik tirinya itu.Dia tidak pernah untuk berlagak suci atau berpura-pura. Semua yang dilakukannya di atas niat yang suci dan ikhlas. Tetapi Farrhan sering kali menganggap niatnya serong.

Dengan wajah yang kekal mengukir senyum, Firash bangkit dari duduk. "Nanti along hidangkan sup burung untuk Han. Along letak atas meja. Makan tau? Bagus untuk dalaman" pesan Firash sambil menjamah wajah beku Farrhan.

Respon Farrhan tetap berskala negatif. Wajahnya semakin ketat. Meluat dengan kebaikan yang sengaja dibuat-buat oleh Firash itu.

Melihatkan gelagat Farrhan yang tetap menyepi, Firash mengeluh berat. Habis sudah usahanya untuk berbaik dengan lelaki degil ini. Namun semuanya hanya sia-sia.

"Along nak ke site. Hari ni, Han tak payah turun site ye? Rest yourself. Nanti kalau ada apa-apa, just give me a call. Take care"

"BAJU ni semua, aku nak kau cuci. Tapi jangan guna mesin. Cuci pakai tangan!" Wajah Maksu Dara sinis. "Dan cuci di sungai. Jangan kau memandai nak cuci di rumah ni ye? Nanti air yang aku takung tu tak cukup untuk mandi!"

Sebaldi baju diserahkan kepada Nuraisha. Maksu Dara memang sengaja mengerah anak saudaranya pagi-pagi itu agar mencuci di sungai. Air paip yang tidak tentu alirannya membuatkan mereka kadangkala sukar untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan air adalah dengan menimba air di sungai. Kali ini, dia ingin Nuraisha merasakan kepahitan hidup. Baru puas hatinya.

Bungkam Nuraisha dengan arahan Maksu Dara. Dia belum pernah lagi mencuci di sungai, apatah lagi berseorangan seperti itu. Dia gerunkan dunia luar. Air liur ditelan.

"Kenapa kau buat muka tu?" tegur Maksu Dara setelah perasankan wajah cemberut Nuraisha. Dia gelak dalam hati dengan reaksi wajah itu. Padan muka!

"Maksu, Sha tak pernah cuci di sungai. Sha tak berani"

Terjegil biji mata Maksu Dara sambil tangannya laju merayap ke arah telinga Nuraisha. Geram tak sudah!

"Kau jangan nak komplen macam-macam! Buat je kerja kau! Kau nak berlapar lagi? Haaa?"

Laju saja Nuraisha menggeleng kepala. Seksa menahan lapar semalaman, Allah saja yang tahu. Nasib baiklah dia sempat meneguk air sebelum Subuh tadi. Itu pun air paip di dalam bilik mandi. Cukuplah buat alas perut.

Maksu Dara pamer senyum sinis. "Takut pun! Dah, kau tak payah nak komplen apa-apa. Cuci baju ni cepat! Dan jangan merayap ke mana-mana! Selesai je mencuci, kau balik cepat. Lepas tu, masak untuk aku dan anak aku! Faham?"

Tanpa sepotong ayat, laju saja kepala Nuraisha terangguk-angguk. Arahan sinikal dari sang diktator!

PANGGILAN telefon yang diterimanya daripada Kamal membuatkan dia termangu seketika. Tawaran yang diwara-warakan oleh Kamal membuatkan Adira terbuai dalam keindahan. Membayangkan dirinya akan dibanjiri kemewahan, wang ringgit, barang kemas dan segala macam kenikmatan dunia, rasanya sungguh tak sabar hatinya untuk menyertai Kamal.

"Tapi kalau aku ikut Kamal, mak macam mana? Siapa nak jaga orang tua tu?" Adira menggaru kepalanya. Susah pula hatinya tatkala teringatkan Maksu Dara.

"Aduhh, ni yang susah ni! Mak tu bukannya nak pun kalau aku tinggalkan dia sorang-sorang. Tapi kalau aku terus duduk kat kampung ni, tak kerja, tak buat apa-apa, apa je yang dapat aku beli? Nak harapkan duit dari doktor tu, memang taklah! Mak dah sapu habis!" Adira merungut sendiri.

Dia teringat akan Doktor Sufian. Setiap bulan, dia dan Maksu Dara akan ke pekan untuk menerima "gaji" bulanan dari doktor itu sebagai syarat untuk menutup mulut di atas kerjasama mereka empat tahun yang lalu. Setiap bulan, Sufian akan memberikan RM5000 untuk mereka menutup mulut. Itupun Maksu Dara telan habis, langsung tak bagi sedikit pada dirinya!

Adira mengeluh. Keluhan yang panjang dan kedengaran berat. Matanya galak memerhatikan keadaan sekeliling biliknya. Siling yang bocor, lantai yang kosong tanpa sebarang tikar. Bahkan tingkap bilik juga hanya ditutupi dengan sebuah plywood. Arghh! Dia bosan hidup seperti itu. Dia ingin hidup serba mewah. Dia ingin bermandikan wang ringgit dan emas permata bagai.

Terbayang-bayang di tubir matanya akan kenikmatan yang satu itu. Indahnya kalau dapat memiliki apa yang diinginkan dalam sekelip mata. Dia tekad! Tawaran Kamal akan diterima. Dia akan mengembara ke Kuala Lumpur untuk kerja yang dimaksudkan oleh Kamal. Di sini, ada Nuraisha yang akan menjaga Maksu Dara.

"Budak bodoh tu boleh diharap untuk jaga mak. Lagipun, dia kan takut dengan mak. Takkan dia berani nak macam-macam punya" Bibir Adira memekar dengan senyuman. Sebuah harapan baru kini telah muncul. Dan dia tidak akan sesekali melepaskan peluang keemasan seperti ini!

SETELAH puas meninjau keadaan sekeliling, Firash mengulum senyum lega. Puas hatinya dapat 'berkenalan' dengan tempat baru itu. Ketua kampung, Encik Affendi serta beberapa penduduk kampung yang lainnya begitu ramah dan mesra menyambut kedatangannya di situ.

Dia kini sudah merangka beberapa pelan untuk projek pembangunan mereka di situ. Idea bernas datang berpusu-pusu. Dia sudah tahu apa yang harus dilakukan. Hari ini, biarlah dia hanya meninjau keadaan dan tempat dahulu. Keesokan harinya, barulah dia akan memulakan kerja-kerja pembinaan. Beberapa pembekal projek juga sudah dihubungi.

"Terima kasih di atas kerjasama yang encik berikan pada pihak kami" ucap Firash sambil tersenyum. Huluran tangan yang diajukan segera Encik Affendi sambut dengan senyuman tersungging di wajah.

"Sama-sama Encik Firash. Kami pun nak berterima kasih jugak di atas kesudian pihak encik membeli tanah-tanah kami dan membina sesuatu yang bermanfaat untuk kanak-kanak di sini. Besarlah harapan kami jika pihak encik mengotakan janji"

Firash masih mengekalkan senyuman. Dia memahami maksud kata-kata Encik Affendi. Tanah-tanah yang terbiar kosong milik penduduk kampung dibeli dengan harga yang tinggi. Seterusnya, tanah itu akan didirikan pusat tadika dan taman permainan kanak-kanak untuk penduduk kampung. Melihatkan pada kos dan bajet, sudah tentunya dia mengerti akan kerisauan penduduk kampung jika berlaku penipuan atau penindasan.

'Win-win situation'! Itulah prinsip Tan Sri Firman jika berurusan dengan hal berkaitan wang dan keuntungan. Baginya, urusan jual beli haruslah memanfaatkan kedua belah pihak. Seperti situasi sekarang. Bahkan kalau difikirkan, keuntungan itu lebih memihak kepada penduduk kampung kerana tanah-tanah mereka akan diwartakan untuk kegunaan mereka juga kelak.

"Itu encik Affendi jangan risau. Perjanjian dan black and white agreement pun dah kami siapkan. Segala-galanya akan terbukti melalui agreement tersebut"

"Ya, saya faham" sahut Encik Affendi sambil tersenyum.

"Okeylah encik Affendi. Esok projek tu akan bermula. Nanti kalau ada apa-apa, saya akan rujuk pada encik"

"Ya, boleh-boleh"

LANGKAH kakinya terhenti saat terpandangkan sesusuk tubuh di hujung sungai. Matanya tertancap pada wajah ayu yang sedang mengesat air mata di sana. Sebakul besar berisi baju-baju dilonggokkan di atas sebuah batu besar. Sambil tersedu-sedan, tangannya laju saja menggosok baju-baju tersebut.

Lebar senyuman di wajah saat menangkap wajah itu. Gadis cucuk sanggul! Tapi kenapa dia cuci baju kat sini?

Firash memberanikan diri untuk mendekati Nuraisha. Pertama kali dia merasakan debaran di hati. Berperasaan aneh membuatkan dia semakin tak sabar untuk mendekati gadis itu.

"Saya ingatkan, kisah Cinderella tu wujud dalam dongeng kanak-kanak je. Tapi tak sangka, dia wujud dalam dunia nyata"

Mendengarkan kata-kata itu, Nuraisha tersentak lalu menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang mengenakan baju formal berwarna biru cair sedang galak memerhatikannya. Kedua tangannya disembunyikan di dalam kocek seluar. Wajahnya manis saja mengukir senyum.

"Jangan takut" ujar Firash tatkala melihat keresahan pada wajah Nuraisha. Didekatinya gadis itu lalu duduk di atas batu besar bersebelahan Nuraisha.

Nuraisha menelan liur. Sempat juga matanya melihat sekeliling, risau jika ada yang sengaja menjeratnya.
"Jangan risau. Takde siapa kat sini. Awak dan saya je" Seolah memahami gelojak hati Nuraisha, dia menyambung bicara lagi.

"En...encik ni siapa?" Takut-takut Nuraisha bertanya.

Sebuah senyuman dihadiahkan untuk Nuraisha. Kemudian, dia menghulur tangan untuk berjabat. "Firash"

Malangnya, huluran tangan Firash dibiarkan sepi. Hati Nuraisha masih ragu-ragu. Dia tidak mengenali lelaki tersebut, kenapa pula dia harus menerima hulurannya?

"Tak baik menolak salam perkenalan dari seseorang. Lebih-lebih lagi, dia betul-betul ikhlas"ujar Firash lantas mengenyitkan matanya.

Dengan teragak-agak, Nuraisha sambut juga huluran tangan tersebut. Saat tangannya bersatu dalam genggaman Firash, dapat dia rasakan betapa eratnya genggaman tersebut.

"Name please?"

"Ai...Aisha..." sahut Nuraisha lantas melonggarkan genggaman Firash.

Firash tergelak dengan gelagat Nuraisha. Clumsy! But I like!

"Kenapa cuci baju kat sini? Kat rumah takde mesin basuh ke? Sekarang kan dah zaman moden. Mana ada orang cuci guna manual ni lagi, nak-nak cuci kat sungai ni"

"Errr... maksu..dia..." Nuraisha berjeda. Takkan dia nak mengaibkan Maksu Dara? Lelaki itu bukan abang Samsul yang boleh diceritakan segala masalah. Lagipula, mereka baru saja kenal. Agak mustahil untuk dia meluah rasa.

"Maksu? Kenapa maksu? Maksu siapa?"

"Takde-takde" Laju saja Nuraisha menggeleng kepala. "Saya nak balik" Tergopoh-gapah Nuraisha mengemas baju cuciannya.

Melihatkan itu, Firash hanya membatu tetapi laju pula tangannya membantu Nuraisha. Setelah selesai, dia menarik tangan Nuraisha.

"Bila saya boleh jumpa awak lagi?"

"Kenapa nak jumpa saya? Maaf, saya tak kenal encik.Dan encik pun tak kenal saya"

"Saya takde kawan kat sini. Awak orang pertama yang saya jumpa. Dan saya dah listkan awak sebagai kawan saya. Harap awak sudi" Lebar senyuman di wajah membuatkan Nuraisha kehilangan kata-kata. Senyuman dan gaya Firash saling tak tumpah seperti Samsul. Terpujuk rindunya pada lelaki itu. Air matanya tiba-tiba mengalir tanpa dipinta.

Laju langkah kakinya meninggalkan Firash yang seolah buntu dengan dirinya. Hatinya tak kuat tatkala teringatkan Samsul. Dan kehadiran Firash seolah mengungkap kembali rasa dan kenangannya bersama Samsul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience