62

Other Completed 493332

HAMPIR saja hasutan syaitan merusak iman dan memesongkan waras fikirannya. Mendengarkan saja tangisan Nuraisha yang mendayu-dayu dan melihatkan sepasang anak mata cantik itu, hatinya jadi tak menentu.

Ya, mungkin dia serupa Hanis tetapi mata mereka sangat berbeza. Entah kenapa hatinya dapat merasakan banyak penderitaan di sebalik mata cantik itu. Perlahan-lahan, Haikal meloloskan diri dari menindih Nuraisha. Terngiang-ngiang di telinganya akan kata-kata yang selalu Hanis ungkapkan dahulu.

"Sebagai seorang lelaki, you kena tahu cara untuk hormat seorang wanita. Walau siapa pun dia. Sebab seorang wanita diciptakan khas untuk dilindungi dan diangkat darjatnya oleh lelaki, bukan pulak sebaliknya. Kalau you hormatkan seorang wanita, Allah angkat tinggi darjat you. And respect them the way you respect me"

Tubuh Nuraisha yang sedikit terdedah diselimutkan dengan kot hitamnya. Punggung dilabuhkan bersebelahan gadis itu dan sebatang rokok ditarik keluar dari kocek seluarnya.

Keadaan sunyi sepi antara mereka. Yang kedengaran hanyalah bunyi esakan dari bibir Nuraisha. Dia tahu, lelaki itu tidak jadi mengapa-apakannya. Bahkan tubuhnya yang seksi itu diselimuti dengan kotnya.

"Berapa lama dah kau kat sini?" soal Haikal sambil menghembus keluar asap rokok.
"Ba..baru seminggu..." sahut Nuraisha dengan getaran suara yang tidak mampu ditahan. Perasaannya benar-benar takut meskipun tiada apa yang terjadi antara mereka.

"Kau tak suka duduk sini? Hari-hari kau dapat makan free, tidur lena"

"Dan buat kerja terkutuk ni?" sampuk Nuraisha, sedikit baran. Apa lelaki itu fikir dia betah tinggal di tempat macam neraka itu? Dia lebih rela merempat dari harus menjual tubuh di situ!

Haikal senyum sinis. Dia mengerling sesaat ke arah Nuraisha yang masih terbaring di atas katil.

"Kau nak goda aku ke dengan baring macam tu?" sindir Haikal.

Nuraisha cepat-cepat bangkit dan membetulkan duduknya. Tak cukup dengan kot hitam di atas badan, dia menarik cadar tilam pula untuk menutupi segala yang terdedah.

Melihatkan itu, Haikal hanya mampu senyum tipis. Dia tahu Nuraisha itu gadis macam apa.

"Kenapa kau kerja sini kalau tak suka?"

Pertanyaan Haikal mematikan kata-kata Nuraisha. Dia tidak mahu menceritakan apa yang telah terjadi kerana hatinya sangat terluka, apatah lagi ianya melibatkan Farrhan.

Kebisuan Nuraisha mengundang banyak persoalan di benak Haikal. Namun melihatkan wajah murung itu, dia batalkan saja niat untuk menanya. Lagipula, bukan juga urusan dia.

"Dah berapa banyak jantan yang kau layan?"

Kepala Nuraisha menggeleng lemah.

Haikal mengerut dahi. "Takde sesiapa?"

Kali ini, Nuraisha mengangguk kepala pula.

Senyuman manis di bibir Haikal tiba-tiba terukir tanpa dipinta. Dia memusingkan tubuh menghadap gadis itu.

"Kau kena jadi perempuan aku" putus Haikal kantas membuatkan Nuraisha tercengang.

"Maaf, saya tak berminat" Cepat-cepat Nuraisha menolak. Dia tahu niat busuk Haikal itu. Dia bukannya bodoh untuk tidak mengerti apa-apa.

Haikal tersenyum sumbing. "Yakin ke kau tak nak? Kalau kau jadi perempuan aku, aku akan beli kau dari Jimmy dan aku sanggup bayar berapa pun untuk beli kau"

Wajah Nuraisha cemberut. "Saya bukan perempuan murahan yang semudahnya encik dan mana-mana lelaki kat luar tu buat sesuka hati. Saya ada maruah! Dan saya takkan benarkan maruah saya diinjak sesuka hati oleh jantan tak guna macam encik!"

Kata-kata Nuraisha mengundang tawa di bibir Haikal. Gadis itu sudah mula menunjukkan amarahnya, walaupun seketika tadi dia sempat merayu-rayu minta dilepaskan.

"So kau nak tetap kerja kat sini? Layan macam-macam jenis lelaki? Puaskan nafsu diorang? Apa bezanya kalau aku beli kau dan kau kerja kat sini?"

Nuraisha terdiam. Kata-kata Haikal masuk akal juga sebenarnya. Sama ada dia dibeli oleh Haikal ataupun dia tetap bekerja di situ, kedua-duanya tiada beza.

"Kau tak nak maruah kau diinjak oleh mana-mana jantan, tapi kalau kau terus kerja kat sini dan tolak tawaran aku, tetap takde beza. Bezanya kau cuma perlu layan aku sorang. Kalau kat sini, berbeza-beza lelaki yang kau kena layan"

"Dua-dua pun saya tak nak! Kalau encik nak beli saya dengan niat tak baik, lebih baik saya mati! Hidup dah takde makna pada saya. Dan kalau saya mati sekalipun, takde siapa yang akan ambik peduli" Nada suaranya seakan merajuk saja.

Haikal sekadar melempar senyuman. Rokok yang dihisap dicampakkan ke lantai dan dipijak sehingga lumat. Dia bangkit dan ingin beredar dari situ.

"Esok aku datang lagi. Dan sehingga esok, jangan layan sesiapa kecuali aku!" ujar Haikal lantas melangkah keluar dari kamar. Dia harus menemui Kyle atas sesuatu urusan.

SEPERTI dijanjikan, Haikal datang lagi menemui Nuraisha. Tetapi kali ini penampilannya tampak lebih santai dan cool saja. Dia berganjak ke sisi Nuraisha yang sedang duduk di atas sofa.

Saat mendekati gadis itu, wajahnya penuh dengan ketakutan. Namun Haikal tiada niat jahat. Dia hanya perlukan teman untuk berbual dan meluah rasa.

"Aku datang lagi" luah Haikal lantas duduk di sebelah Nuraisha. Bibirnya mengorak senyum saat melihat kot hitamnya tersandar rapi di atas tubuh badan gadis itu bagi melindungi tubuhnya yang terdedah.

"Kau nak goda aku lagi? Dengan pakai macam ni?"

Nuraisha menggeleng kepala. Dia juga tak sudi memakai pakaian yang seakan tak cukup benang itu. Tetapi atas paksaan Kyle, dia harus menuruti juga. Jika tidak, teruk dia dibelasah oleh Kyle.

"Kyle yang paksa kau pakai macam ni?"

Nuraisha mengangguk laju.

"Takpelah. Aku takkan apa-apakan kau. Aku cuma nak kau temankan aku dan jadi teman borak aku. Tu je"

Benarkah itu? Nuraisha pandang dalam-dalam anak mata Haikal. Dan dia dapat temui sinar keikhlasan dan kejujuran pada sepasang mata itu.

"Terima kasih" ucap Nuraisha penuh ikhlas.

"Untuk apa?"

"Untuk tak apa-apakan saya. Pertama kali, saya percayakan lelaki setelah kepercayaan tu dikhianati oleh seorang lelaki jugak" sambung Nuraisha lagi.

Entah kenapa, Haikal merasa terharu dengan ungkapan itu. Walaupun sekadar ucapan terima kasih, tetapi kepercayaan yang diletakkan Nuraisha ke atasnya terasa terlalu sukar untuk dia tafsirkan.

"Kau kena jual dengan lelaki? Kat sini?"

Nuraisha diam. Terlalu perit untuk dikenang peristiwa hitam itu. Dia berjanji tidak akan memaafkan Farrhan sampai bila-bila. Dan dia juga berjanji, akan melupakan lelaki itu dan tidak akan menghubungi ahli keluarganya lagi. Dia tidak mahu dikaitkan dengan Farrhan lagi. Cukup sudah derita itu! Jika dia berhasil keluar dari neraka itu, dia akan mencari kebahagiaannya sendiri.

"Tak nak share ke?" tanya Haikal lagi setelah tiada respon dari Nuraisha.

"Saya rasa, itu terlalu personal"

Haikal tidak memaksa. Jika itu kehendak Nuraisha, dia tidak akan menanya lagi.

"Okey. By the way, aku Haikal. Kau?" Haikal menghulur tangan untuk berjabat namun dibiarkan sepi oleh Nuraisha. Melihatkan reaksi Nuraisha, Haikal mengalah.

"Nur..." Nuraisha berjeda. "Nur. Nama saya Nur"

"Nur? Tiga huruf tu aje?"

Nuraisha mengangguk kepala.

"Okeylah Nur. Cantik nama tu. Simple. But nice" puji Haikal. Setiap kali memandang wajah itu, entah kenapa hatinya seakan tenang.

Nuraisha hanya tersenyum tipis. Senyuman Haikal yang memaku tepat ke arah wajahnya membuatkan dia tersipu. Pandangan yang cukup menggetarkan!

"By the way, Nur dah kawen?"

Soalan itu menyentakkan Nuraisha. Bagaimana hendak dia menjawab? Menafikan atau mengiakan saja? Tetapi dia tidak punya niat hendak mengiakan sementelah kehadirannya tidak pernah diinginkan oleh Farrhan. Untuk menafikan itu juga tidak mungkin kerana dia masih lagi bergelar isteri yang sah kepada Farrhan. Justeru apa yang harus dijawab?

"Kenapa encik tanya?"

"Saja..." jawab Haikal sambil anak matanya memandang tepat ke arah jari manis Nuraisha. Cincin emas bertatahkan berlian kelihatan utuh saja di jari manisnya. Jadi dia hanya meneka jika gadis itu sudah berkahwin atau setidak-tidaknya kepunyaan seseorang. Tetapi kenapa pula dia ada di tempat ini?

"A ring on your finger makes me wondering if..."

"Ni cincin peninggalan arwah mak saya" potong Nuraisha sebelum sempat Haikal habiskan ayatnya. Cepat-cepat dia sembunyikan jari manisnya di belakang. Dia tak pernah perasan pula cincin perkahwinan itu masih utuh di jari manisnya.

"Tapi tak macam cincin peninggalan. Lebih kepada cincin kawen"

Omongan Haikal hanya dibiarkan sepi. Nuraisha malas hendak berdebat soal itu. Hatinya sakit setiap kali dia teringatkan Farrhan.

"But nevermind. Bukan urusan saya kalau Nur dah kawen" sambung Haikal lagi. Kali ini, percakapannya lebih lembut dan dia mula membahasakan diri 'saya' 'awak' dengan gadis itu.

"Kenapa encik datang sini lagi?" Nuraisha menukar topik perbualan.

"Saja. Saya cari awak untuk teman berborak" Itu satu alasan. Tetapi alasan lainnya, dia tidak boleh berhenti memikirkan gadis itu. Hati, mana kau dah jatuh?!

"Encik nak borak pasal apa?"

"Anything"

"Contoh?"

"You, yourself"

"Takde apa yang menarik pasal diri saya"

Jawapan Nuraisha mengundang begitu banyak persoalan dalam diri Haikal. Dan dia juga baru tahu, Nuraisha seorang perahsia. Terlalu banyak yang disembunyikan namun untuk memaksa, bukanlah fiilnya.

Penyudahnya, Haikal hanya tersenyum tipis dan berharap suatu hari nanti gadis itu sudi berkongsi rahsia dengannya.

SETELAH memastikan keadaan Farrhan stabil, dia dibenarkan pulang atas permintaan Puan Sri Mariam. Menurutnya, dia ingin menjaga Farrhan di rumah saja. Segala wayar yang dicucuk ke tubuh badannya sudah dikeluarkan. Hanyalah mask oxygen yang dipasang bagi membantu pernafasan Farrhan.

Tubuh Farrhan diselimuti dengan comforter. Belas hati Puan Sri Mariam melihat keadaan anaknya itu. Dia tidak tahu mengapa sebegitu sekali keadaan menimpa diri Farrhan. Menurut apa yang dikatakan Doktor Faisal, Farrhan tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badannya walaupun kehilangan banyak darah. Tetapi kenapa dia masih dalam keadaan koma? Itupun setelah dipastikan keadaannya benar-benar stabil.

Puan Sri Mariam mengeluh. Dia tidak habis fikir akan perkara itu. Benarkah apa yang dikatakan Naura sebelum ini?

"Mama tak pernah tahu apa yang angah dah buat pada kak ngah. Dia layan kak ngah macam perempuan takde maruah! Badan kak ngah lebam sana-sini. Allah je tahu macam mana penderitaan kak ngah sebelum ni. Sekarang ni, kak ngah hilang pulak! Dan angah, terlantar sakit kat sini. Keadaan dia stabil, tapi tubuh badan dia tak mampu nak bagi sebarang tindakbalas! Ni semua balasan dari Allah atas apa yang angah dah buat pada kak ngah!"

"Naura!!" Puan Sri Mariam meninggikan suara tatkala mendengar hujah Naura. Dia tidak pernah tahu kehidupan Nuraisha malang setelah mengahwini Farrhan. Apa yang dia ketahui, Farrhan tidak pernah menghargai Nuraisha. Itu yang dia dengar sendiri daripada Naura.Tetapi untuk menyeksa dan mendera zahir batin Nuraisha, Puan Sri Mariam tidak pernah menyangka kalau Farrhan bertindak sejauh itu.

Dada diurut berkali-kali. Hari itu, entah berapa kali dia menerima kejutan. Jika tidak bertahan, barangkali dia sudah pengsan di situ.

"Ma..."Naura mendekati Puan Sri Mariam lantas digenggam erat jari-jemari itu. Dia harus menenangkan mamanya yang ternyata begitu terkejut dengan berita yang disampaikan.

"Mama kena tahu. Angah tak pernah ikhlas nak kawen dengan kak ngah. Dia kawen dengan kak ngah sebab nak balas dendam pada arwah along" Naura sudah menitiskan air mata. Dia tidak tahu samada mama kuat atau tidak untuk menerima berita yang lagi satu.

"Mama tahu kan, angah tak pernah sukakan along. Pada dia, along adalah musuh terbesar dia sebab along dah rampas banyak benda dari dia sejak kecik lagi. Angah tu memang bersikap pendendam. Sebab tu dari mula lagi Naura tak setuju angah kawen dengan kak ngah"

Puan Sri Mariam membatu. Hanya deretan air mata yang mengalir sebagai menzahirkan apa yang tertulis dalam hati. Sungguh, dia kecewa dengan Farrhan. Namun dia lebih kecewa dengan dirinya sendiri kerana tak mampu melindungi Nuraisha dari orang yang berniat jahat.

"Ma..." Naura menelan liur sebelum meneruskan bicara selanjutnya. "Ada seperkara yang mama kena tahu. Perkara ni dah lama arwah along dan papa tahu. And I think you should know too"

Perlahan-lahan, tatapan Puan Sri Mariam beralih ke arah Naura. Kejutan apa lagi yang bakal dia terima kali ini? Kuatkah dia?

"Ma, angah...angah pernah buntingkan kak ngah empat tahun lepas dan angah tak tahu-menahu pun perkara ni sebab dia hilang ingatan"

MATA yang terpejam mengalirkan air mata tanpa dipinta. Sakit dan peritnya hati, Allah saja yang tahu. Dia tidak menyangka kalau Farrhan setega itu menyakiti dan membohonginya. Benar, dia tidak sekuat yang disangka. Namun tidak juga dia selemah itu. Farrhan sedang menerima hukumannya atas apa yang dilakukan ke atas Nuraisha. Kifarah sedang mengejarnya satu-persatu.

Ya Allah, seberat ini dugaan yang Kau berikan padaku! Satu-persatu kehilangan dirasainya dalam hidup. Dan dia hampir tidak mampu menerima suratan takdir ini. Namun jika dia tidak kuat, dia tidak akan mampu terus bertahan sehingga kini.

"Angah ,kenapa angah kecewakan mama?" rintih Puan Sri Mariam sambil menatap wajah Farrhan yang pucat lesi itu.

"Angah tahu tak, tak berkat hidup seorang suami yang meletakkan isteri di bawah telapak kakinya. Lelaki yang menyakiti hati isteri takkan mampu hidup tenang. Takkan angah tak tahu semua tu? Mama betul-betul kecewa dengan angah! Mama restu perkahwinan angah dengan Aisha sebab mama percaya angah boleh bahagiakan dia. Tapi angah musnahkan kepercayaan mama pada angah! Kenapa angah tergamak buat semua ni? Hanya kerana dendam?"

Puan Sri Mariam sudah meluahkan segala-galanya. Walaupun dia tahu Farrhan tidak akan mampu membalas segala percakapannya, namun dia ingin Farrhan tahu sedalam mana kekecewaannya.

"Mama boleh maafkan angah atas apa yang angah dah buat. Tapi angah ingat Aisha mampu maafkan angah ke? Angah kena tahu, nyawa angah sekarang ni di hujung tanduk. Kalau angah tak sempat mintak maaf pada dia, angah takkan tenang di sana!"

Tubuh Farrhan kaku, namun Puan Sri Mariam puas dapat meluahkan segalanya.

"Semua harta yang kita nikmati sekarang ni bukan milik arwah papa. Kalau angah nak tahu, kita ni kosong. Zero! Takde apa-apa! Dan harta ni semua milik arwah Firash! Angah tak pernah tahu kan? Mama akan ceritakan segala-galanya pada angah..."

puas ati tak dgn apa yg menimpa Farrhan? nak ke dia insaf? stay tuned ye :)

Share this novel

Lisa Halik
2022-01-31 02:36:01 

terimalah kifarahnya farrhan

Hawani Hashim66
2021-06-29 09:25:18 

tqvm update makin best teruskan menulis ya setia menanti episod baru...


NovelPlus Premium

The best ads free experience