18

Other Completed 493332

FIRASH termenung jauh mengingatkan perbualannya dengan Encik Affendi semalam. Pada masa yang sama, dia turut terkejut menerima berita tersebut. Seakan tidak mampu untuk dia mempercayai semua itu, tetapi itulah takdir hidup Nuraisha. Dan dalam diam, dia benar-benar kasihan dengan gadis itu.

Keluhan berat termuntah jua dari bibirnya. Menurut apa yang dikatakan oleh Encik Affendi dan Puan Normala semalam, mereka juga tidak mempercayai perkara tersebut. Setahu mereka, Nuraisha adalah gadis paling baik yang pernah mereka kenali.

"Besar kemungkinan, Aisha kena perangkap. Kena aniaya. Tapi wallahuallam. Kita tak boleh jugak sebarang menuduh" ujar Encik Affendi.

"Lepas je peristiwa tu, Aisha macam tak tahu apa-apa. Dia nampak blur, nampak keletihan sangat-sangat. Bila kami tanya Dara, dia cuma cakap yang Aisha kepenatan. Tu je. Susah sikit si Dara tu nak dibawak berbincang. Fir pun tahu lah kan, dia tu macam mana" sampuk Puan Normala pula.

Firash mengeluh panjang. Setelah mendengar cerita daripada pasangan suami isteri itu, baru kini dia mengerti nasib sebenar Nuraisha. Walaupun nasib gadis itu buruk, tetapi dia tidak akan pernah jijik dengannya. Dia akan menerima Nuraisha seikhlas hati dan membahagiakannya. Rancangannya sesudah sampai di Kuala Lumpur nanti, dia akan menyatakan hasrat untuk menyunting Nuraisha dan sekaligus membawa gadis itu untuk tinggal bersamanya.

"Kenapa abang nak jumpa Sha?" Suara lunak itu menyentakkannya. Dia menoleh ke sisi dan tersenyum manja pada seraut wajah itu.

"Hari ni,abang balik KL"

Nuraisha tersenyum hambar. Jika Firash sudah kembali ke sana, hidupnya akan kembali sepi. Mengenali Firash selama tempoh itu cukup membuat hatinya senang kerana lelaki itu tak ubah seperti Samsul.

"Kenapa muka monyok ni?" tegur Firash tatkala terperasankan raut wajah Nuraisha itu.

"Takde. Kalau abang balik KL, siapa yang uruskan projek kat sini?"

"Adik abang ada kat sini. Nama dia Farrhan. Tapi abang pergi tak lama. Lepas ni,abang balik sini semula. Tapi akan kembali ke KL dengan seseorang" Firash cuba memberi bayangan kiasan kepada Nuraisha.

"Ohhh" Nuraisha membulatkan bibir. "Baguslah. Sha harap abang bahagia"

"Bahagia. In Shaa Allah. Dan abang harap bahagia tu dengan Sha"

Wajah Nuraisha berubah. Matanya menikam tepat ke dalam anak mata Firash. Dia mencuba untuk memahami maksud di sebalik kata-kata lelaki itu namun dia gagal untuk mentafsirnya.

"Sha tunggu abang balik ye?" pinta Firash sambil mengusap kepala Nuraisha. Betapa tak sabar rasa hatinya untuk menjadikan Nuraisha pendampingnya yang halal.
Nuraisha yang tak mengerti apa-apa hanya mengangguk kepala saja. Senyuman manis dihadiahkan buat Firash yang tak lepas-lepas menatap wajahnya.

"MANA papa dapat gambar ni?" Mata Firash melekap pada gambar yang dikirim oleh seseorang kepada papanya. Gambar dia dan Nuraisha ketika mereka sedang duduk di pangkin tempoh hari.

"Mana papa dapat, tu tak penting. Yang penting sekarang ni, siapa budak tu? Papa hantar kamu ke Mersing untuk siapkan projek kat sana. Bukan mengorat perempuan sana!" Berang Tan Sri Firman sudah sampai ke kemuncaknya. Dia benar-benar kaget saat menerima gambar tersebut dari seseorang yang tidak dikenali. Bagaimana jika gambar tersebut sampai ke pengetahuan ahli lembaga syarikat yang lain? Tidak ke buat naya namanya?

Firash menelan liur. Rupa-rupanya inilah punca kemarahan Tan Sri Firman semalam. Pantas sajalah dia diarahkan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Gambar itu puncanya!
"Pa, along nak mintak maaf. Along takde niat nak sorokkan apa-apa dari papa. Dan along tak buat benda yang bukan-bukan pun kat sana"

"Habis tu, gambar ni apa?" Kemarahan Tan Sri Firman masih belum reda.

"Pa, dia jiran sebelah along. Nama dia Aisha. Sejak tinggal bersebelahan dengan dia, along dengar macam-macam kisah duka dia. Bahkan along dah saksikan sendiri penderitaan dia" Firash mula membuka cerita. Fikirnya,tiada apa yang hendak disembunyikan lagi. Niat hatinya benar-benar tulus terhadap Nuraisha. Oleh itu, dia tidak akan menunda lagi perancangan untuk memperisterikan gadis itu.

"Dia kena seksa dengan mak saudara dia sendiri. Bahkan, semua orang kampung dah tahu. Tapi dia tak pernah balas sedikit pun kesakitan yang dialaminya. Bagi dia, tu semua takdir dia. Dan dia masih bertahan atas dasar hubungan keluarga yang terjalin"

Nafas dihela seiring dengan keluhan di bibir. Sebak pula rasa hatinya saat mengungkit kembali kisah tersebut. Namun segala-galanya akan berubah selepas ini. Dan dia akan menjadi pelindung Nuraisha selepas ini.

"Kerja kamu sekarang dah bertukar pulak?" tempelak Tan Sri Firman. Dari berdiri, kini dia sudah melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya.

Wajah Firash dipandang. "Apa sebenarnya yang kamu cuba nak sampaikan?"

"Along ada hajat dengan papa"

Senyuman sinis tersungging di wajah Tan Sri Firman. Dia hampir dapat menebak maksud keinginan Firash yang satu itu.

"Say it" arah Tan Sri Firman.

Hati Firash berdebar. Inilah kali pertama dia meluahkan hasrat yang satu itu. Kebiasaannya,perbincangannya dengan papa seringkali bersangkut-paut dengan syarikat atau tender sahaja. Namun kali ini perbincangan ini berbeza dan penting bagi Firash sendiri.

"Along nak kawen dengan Aisha"

"CANTIK orangnya kan bang?" puji Puan Sri Mariam tatkala melihat foto Nuraisha yang diberikan oleh Firash. Sayu saja mata dan mimik wajah gadis itu. Hati Puan Sri Mariam betul-betul berkenan.

"Cantik tu memanglah cantik! Masalahnya kena ke tak dengan perangai dia?" Hati Tan Sri Firman masih ragu-ragu dengan pilihan Firash. Pun begitu, dia masih tidak mempercayai dengan keputusan Firash yang satu itu. Selama dia menjaga anak lelakinya yang satu itu, tidak pernah sekalipun dia melihat jika ada mana-mana wanita yang menempel dengannya. Dan jika berbincang pula, agenda utamanya hanyalah berkaitan projek atau tender syarikat. Kali ini, tindakan Firash benar-benar di luar jangkauan! Namun dia tetap berterima kasih kepada gadis bernama Nuraisha itu kerana mampu juga membuka sekeping hati Firash untuk berumah tangga.

"Kalau papa nak tahu dia baik ke tak,papa dan mama kenalah jumpa dia" Firash menyusul cadangan seraya tersenyum. Reaksi yang diberikan oleh Puan Sri Mariam sungguh menggembirakan hatinya.

"Betul jugak tu kan?" ujar Puan Sri Mariam sekaligus menyokong cadangan Firash.
"Apa bising-bising ni mama?" tegur Naura. Dia sudah berdiri di belakang Puan Sri Mariam setelah mendengar suara riuh dari mereka tadi.

"Siapa ni ma?" tanya Naura lantas menggapai foto tersebut dari tangan Puan Sri Mariam. "Cantiknya! Natural betullah wajah dia" Mata Naura bersinar-sinar melihat wajah Nuraisha.

"Kakak ipar Nauralah!" sahut Firash keriangan.

"Whatt?? Seriuosly?" Kali ini, mata Naura terjegil pula. Agak payah untuk dia mempercayai hakikat tersebut kerana setahu dia, Firash bukanlah lelaki yang gemar membuka cerita jika berkaitan dengan perempuan. Dan selama ini juga, dia tahu tidak pernah ada wanita yang istimewa di dalam hidupnya.

"Betul ke long?" Naura inginkan kepastian. Dia sudah menghampiri Firash.

"Yup.. And this is your future sister in-law" balas Firash seraya tersenyum yakin. Foto yang ada di dalam pegangan Naura digapai semula. Melihatkan wajah yang menghiasi foto tersebut, dia tersenyum sendirian. Selama dia mengintip Nuraisha, sekalipun gadis itu tidak pernah menyedari gambarnya diambil dari jauh.

"Waaaa, Naura nak ada kakak iparlah! Bestnyeeee" Baura bersorak gembira. Kini, dia mendekati Puan Sri Mariam pula.

"Ma, bila kita nak jumpa kakak ipar Naura ni?"

"Yang kamu pulak tak menyabar ni dah kenapa?" sampuk Tan Sri Firman pula. Wajahnya sengaja diketatkan bagi mengenakan Naura.
"Alaaa, Naura happylah papa! Akhirnya Naura ada teman untuk berbual. Berkongsi rasa"

"Haiii... yang Naira tu pulak bukan teman berbual ke?" soal Puan Sri Mariam.

Naura mengeluh panjang. "Yang tu atas dasar kembar je! Tapi Naura mana pernah sebulu dengan dia"

"Dah-dah, minggu depan kita pergi sana. Sebab minggu ni papa masih ada discussion dengan board manager. And Firash, tomorrow come down to office. And explain this to our our management. Sebelum benda ni exposed terlebih dahulu, ada baiknya kalau kamu jelaskan sendiri"

"Okey pa"

Firash kesenangan. Lega hatinya. Satu perkara sudah diselesaikan. Hanya tinggal beberapa perkara lagi untuk menggapai hasratnya.

"KENAPA kau datang sini?" Farrhan terkejut menerima kunjungan yang tak disangka-sangka daripada Razlan. Setahu dia, sahabatnya itu sedang sibuk menguruskan beberapa projek kecil di Selayang.

"Nak datang sini kena mintak izin kau ke?" sindir Razlan dalam tawa. Kepalanya menjengah ke ruang dalam rumah Farrhan.

"Kalau kau nak cari perempuan, bukan kat sini tempatnya!" Farrhan menyetir, sengaja hendak menyindir sahabatnya itu.

Wajah Razlan cemberut. Tahu sangat dengan mulut Farrhan yang tak reti hendak duduk diam itu. Ada sahaja bidas-bidasnya!

"Masuklah" pelawa Farrhan. Langkahnya dibontoti oleh Razlan dari arah belakang.

"Mana Firash?" soal Razlan sesudah menghenyak punggung di atas kerusi kayu.

"Dia balik KL"

Mata Razlan terbeliak. Dia melihat saja gelagat Farrhan yang sudah berbaring di atas kerusi berhadapan dengannya.

"Bila?"

"Pagi tadi" jawab Farrhan dengan mata tertutup.

"Apasal dia balik KL? Kau pulak masih kat sini?"

"Pasal gambar tu lah!" jawab Farrhan, sedikit kasar. Lenanya terbantut gara-gara pertanyaan daripada Razlan. Tak menyempat betul! Nanti-nanti pun boleh je tanya. Hishhh! Kini, Farrhan sudah duduk menyandar di dada kerusi.

"Gambar?" Teringatkan perihal gambar tersebut, ingatannya melayang ke wajah polos gadis itu. Seketika dulu, dia pernah mempunyai kenangan dengan gadis itu. Dan di dalam kenangan tersebut, terpalit sekali nama Farrhan. Tetapi melihat kepada gaya sahabatnya itu, dia tahu Farrhan langsung tidak mengingati dan mengenali gadis tersebut. Hmmm...nak bagitahu ke atau rahsiakan saja?

"Yelah,gambar tu. Aku dah forward ke papa aku malam semalam. Baru padan muka dia" sahut Farrhan dalam sinikal. Gambar-gambar tersebut dihantar ke Tan Sri Firman dalam bentuk mesej. Tetapi dia tidak menggunakan nombor telefonnya sendiri. Bimbang jika Tan Sri Firman berfikir yang bukan-bukan. Untung saja dia sempat membeli sim kad baru sebelum ini. Jadi nombor tersebut digunakan untuk mengenakan Firash. Sekarang, pasti Firash dimarah kaw-kaw oleh papa. Puas hatinya!

Tiba-tiba, hati Razlan terdesak untuk menemui gadis tersebut. Dia harus mengorek rahsia keberadaannya dan menemui empat mata dengannya.

"Mana gadis tu?"

"Gadis mana?"

"Yang dalam gambar dengan Firash tu lah! Mana satu rumah dia?"

"Tu, kat sebelah rumah aku ni je" Farrhan menunding jari ke arah rumah sebelah tetapi menggunakan bibir.

"Ohh. Dekat jelah kan?" Perlahan saja suara Razlan tetapi wajahnya mengorak senyum penuh makna. Nampan gayanya, dia bakal 'kenyang' tak lama lagi! Suatu ketika dulu, 'santapannya' terganggu kerana tersalah faham. Kini, ianya tidak akan berulang lagi dan akan dia pastikan dia kenyang seumur hidup.

SELESAI saja menunaikan solat Isyak, Nuraisha duduk berteleku di atas sejadah. Pelbagai perkara bermain di fikirannya. Dia mengeluh panjang mengenangi nasib sendiri. Puas dia mencari jawapan di sebalik semua yang terjadi namun hanya bertemu hampa.

Sedari kecil lagi, dia dibenci oleh Maksu Dara dan Adira. Dia dilayan tak ubah seperti hamba abadi. Dipukul, didera seolah-olah sudah sebati dalam dirinya. Hampir terkadang dia berputus asa namun dia tahu semua itu adalah ujian dan dugaan dari Allah.

"Ya Allah, ampunkanlah aku kerana seringkali bersalah sangka dengan ujianMu" ucap Nuraisha sendirian.

Nuraisha membuka telekung lalu dilipat bersama sejadah. Dia kemudiannya mengatur langkah menuju ke bilik Maksu Dara untuk melihat keadaannya.

Bibirnya tersenyum manis tatkala melihat Maksu Dara sedang lena diulit mimpi. Derap kaki diatur menuju ke hujung katil. Diselimuti tubuh tua itu dengan selimut. Ketika itu, telinga Nuraisha menangkap sesuatu bunyi di bahagian dapur.

Laju saja langkah Nuraisha mendekati dapur. Dia melihat keadaan sekeliling yang gelap dan sepi. Tiada sesiapa di situ kecuali seekor kucing. Pinggan berwarna kelabu terdampar di atas lantai. Nuraisha tunduk mengutip pinggan tersebut. Dia berfikir,mungkin kucing tersebut yang menjatuhkannya.

Saat itu,Nuraisha terlihat kelibat seseorang dari arah luar. Dahinya mengerut. Perlahan-lahan dia mendekati arah bayang-bayang tersebut. Ketika itulah, dia dapat merasakan tangan seseorang menekup mulutnya dengan kain.

Dia bergelut dengan sang misteri. Ditolak kasar tubuh gagah tersebut tetapi dia gagal. Natijahnya, tubuh Nuraisha terdampar di atas lantai dengan separuh pahanya yang gebu terdedah.

Nuraisha mula ketakutan tatkala bibir sang misteri mula mengorak senyum. Dalam hati, dia hanya mampu berdoa agar tiada
apa yang akan berlaku ke atas dirinya.

"Kita jumpa lagi..." Suara garau itu berbisik.

Nuraisha menggigil ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience