42

Other Completed 493332

LAMA Nuraisha merenung batu nisan itu. Air matanya sedari semalam tak mahu berganjak. Sebak dan sesal berkumpul di dalam hati. Dia tidak mampu untuk terus mempercayai apa yang barusan terjadi. Terbayang di matanya akan senyuman Firash. Seolah baru semalam suara romantis itu mengungkap akad dan menghalalkannya.

Dari sedu-sedan, tangisannya mula kedengaran sehingga mampu menggamit perhatian orang sekeliling. Namun dia tidak peduli. Dia benar-benar tidak mampu menahan sebak di dada. Perkahwinannya baru berusia tiga bulan tetapi dia sudah ditinggalkan oleh sang suami. Dia tidak redha!

"Abangggg!! Jangan tinggalkan Sha. Abang dah janji nak hidup dengan Sha. Kenapa abang tipu Sha?! Abanggg!!!"

Naura pantas memaut tubuh Nuraisha yang hampir rebah di pusara Firash. Dia juga tidak dapat menanggung kesedihan di jiwa. Baru semalam mereka berkongsi perasaan masing-masing, dan kini, Firash telah pergi. Selama-lamanya!

"Kaklong..."

Nuraisha menolak Naura yang sedang memautnya. Dia tidak akan berganjak selagi Firash tidak memunculkan diri walaupun dia tahu ianya mustahil.

"Kak...kaklong" Naura sudah tenggelam dengan kesedihan. Dia memaut kembali bahu Nuraisha dan memeluk tubuh genit itu.

Masih terngiang-ngiang pesanan terakhir Firash sebelum mereka kemalangan. "Jagan kaklong untuk along. Kalau terjadi apa-apa pada along. I know I can trust you"

Air mata Naura jatuh ke atas bahu Nuraisha. Pelukan semakin dieratkan. Dia berjanji akan sentiasa melindungi dan menjaga Nuraisha. Itu janjinya pada lelaki yang sentiasa hidup dalam hatinya!

"Naura.. abang Firash dah takde. Kaklong tak percaya" ngongoi Nuraisha. Dia sudah rebah ke dalam dakapan Naura.

Kepala Naura terangguk-angguk. "Ya, along dah takde. Tapi dia akan terus hidup dalam hati kita semua"

"Kaklong nak jumpa abang Firash" rengek Nuraisha.

Kepala Nuraisha diusap-usap. Berat sungguh ujianMu ya Allah!

Dari kejauhan, seorang perempuan yang bertopi dan mengenakan sweater tersungging senyuman sinis melihat adegan itu. Pada mulanya, dia ketakutan kerana sudah menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa. Namun melihatkan gerangan itu setelah agak lama tidak berjumpa, senyumannya singgah jua.

"Kau memang malang. Dari dulu sampai sekarang!"

TUBUH BADAN Firash sudah dicucuk dengan pelbagai wayar. Sebahagian daripada wajahnya tertutup kerana mengenakan mask oksigen pada bahagian mulut. Dan dia tahu mask itu hanyalah peluang untuk memastikan Firash masih terus bernafas.

Nuraisha menangis di sisi Firash. Setelah dimaklumkan akan kemalangan yang menimpa Firash, dia terus saja mengkhabarkan perkara itu kepada mama dan papa. Mereka bergegas ke tempat kejadian. Tetapi menurut polis yang bertugas, Firash sudah dimasukkan ke hospital.

Tiba saja di hospital, Nuraisha mual dan hampir pengsan kerana tekaknya tidak dapat menerima bau ubat. Namun mengenangkan Firash, dia gagahi juga hatinya. Setelah menunggu agak lama di luar bilik kecemasan, dia dimaklumkan dengan keadaan Firash yang agak kritikal. Nuraisha hampir pengsan mendengarkan itu.

Nuraisha meminta keizinan untuk bertemu suaminya. Dengan keizinan doktor, Nuraisha dibenarkan melawat tetapi hanya seorang pelawat saja dibenarkan pada satu masa.

"Abang..." Nuraisha menangis saat merenung setiap inci wajah Firash. Bibirnya pucat sahaja. Matanya terkatup rapat. Nafasnya terhela perlahan, itupun melalui mask oksigen.

Nuraisha tunduk mencium tangan Firash. Dia teringat akan pergaduhan mereka sebelum ini. Dia rasa berdosa kerana meninggi suara pada suaminya.

"Abang, ampunkan Sha. Sha berdosa pada abang"

Firash membatu. Hanya helaan nafasnya sahaja yang kedengaran. Hati Nuraisha pilu dan remuk rendam.
"Abang...bangunlah. Sha janji, Sha akan jadi isteri yang baik pada abang. Sha takkan melawan abang. Sha akan turuti semua kemahuan abang. Bangunlah bang" Nuraisha sudah mengongoi dalam tangisan.

Jari-jemari Firash bergerak-gerak. Nuraisha memanggung kepala. Air mata yang mengalir diseka perlahan.

"A..abang"

"Sa..sayang..." Firash membuka sedikit mask oksigennya. Lega hatinya dapat melihat wajah kesayangan itu.

"Abang.. Sha minta ampun. Sha berdosa dengan abang. Sha tengking abang. Sha tinggi suara pada abang"

"Sayang.. sayang tak salah. Abang sentiasa maafkan sayang" Genggaman Nuraisha dibalas. Bibirnya mengukir senyuman hambar. Dia rasa penat. Benar-benar penat! Tetapi ada sesuatu yang harus dia selesaikan. Jika tidak, dia tidak akan tenang sampai bila-bila.

"Abang baik. Abang maafkan Sha. Sha yang tak baik" adu Nuraisha dalam sedu-sedannya. Dia memeluk tubuh Firash.

Kepala Nuraisha diusap perlahan. Dia menghela nafas perlahan-lahan.

"Sayang..."

"Hmmm?"

"Abang nak cakap sikit"

Nuraisha panggung kepala. Matanya bertembung dengan anak mata Firash. Mata yang tenang itu sentiasa mencairkan hatinya yang gundah-gelana.

"Abang sayang Sha. Sampai mati"

"Apa cakap mati ni? Sha tak nak dengar"

"Sayang..." Tangan Nuraisha yang tak duduk diam itu digapai segera. Kemudian, diletakkan di atas dadanya.

"Sha akan sentiasa dalam hati abang. Halalkan segala makan minum abang. Halalkan segala-galanya. Dan sumpah, abang tak pernah sentuh mana-mana perempuan selain sayang"

Nuraisha mengangguk kepala. "Sha percayakan abang. Maafkan Sha sebab meragui abang sebelum ni"

Firash tersenyum. Dia menarik Nuraisha mendekat kepadanya. Kemudian, perut itu disentuh.

"My baby..."

Dan mendengarkan itu, Nuraisha terkejut. Dia tidak memahami maksud kata-kata dan perlakuan Firash.

"A...abang..."

"Sayang tak peka ,padahal ni tubuh badan sayang sendiri"

Dahi Nuraisha berkerut.

"Benih cinta kita tumbuh dalam rahim sayang" Mata Firash berkaca-kaca saat mengungkapkan itu. Dia tahu, masanya tidak lama. Dan dia sedih kerana tidak mampu melihat benih cintanya membesar di hadapan matanya. Namun dia percaya, anaknya akan tumbuh membesar dengan baik kerana didikan Nuraisha.

"A...abang..." Nuraisha turut menyentuh perutnya. Dan kini tangannya dan Firash bersatu di atas perutnya. Masing-masing sebak dan tenggelam dalam emosi.

"Maafkan Sha sebab tak peka..."

''You should. Jaga anak kita baik-baik" Air mata Firash semakin laju membasahi pipi.

Nuraisha mengangguk kepala. "Abang janji, jangan tinggalkan Sha ye? Sha sayangkan abang sangat-sangat"

Tubuh Firash didakap erat. Dia tidak merelakan jika Firash meninggalkannya. Kerana dia tidak mampu untuk terus bernafas tanpa lelaki itu.

"ABANGG!!"

Bilik yang pernah dihiasi dengan keceriaan berubah kelam. Keadaan sunyi sepi. Tiada segaris senyuman dihadiahkan buat dirinya.

Nuraisha sedih. Dia duduk memeluk lutut. Dia rindukan Firash. Majlis tahlil baru sahaja selesai dua jam yang lepas. Sehingga ke saat ini, sejujurnya dia masih tidak boleh menerima kenyataan perit itu. Bahkan Puan Sri Mariam juga sempat pengsan saat menerima perkhabaran duka tersebut.

Perut yang mula terisi dengan benih cinta mereka diusap perlahan. Serentak itu, air matanya merembes. Dia tidak pernah tahu akan kewujudan anak itu. Dia tidak sedar akan kandungannya. Dan dia sedih kerana tiada Firash di sisi, menjaga dan melindunginya seperti selalu. Kuatkah dia untuk terus berdiri tanpa Firash? Sedangkan saat ini ada nyawa baru di dalam tubuh badannya.

Kepala dibenamkan ke lutut. Di situ, tangisannya tumpah lagi. Dia lemah dan tidak bermaya. Kenapa dia tidak pernah merasakan hidup bahagia? Sedari kecil, dia sentiasa dihimpit dengan kedukaan. Kini, mengapa titik-titik kedukaan masih gemar menghampirinya?

"Ya Allah, aku tak kuat! Kenapa Kau uji aku sejauh ini?"

Dia tahu, Allah menguji sejauh mana keimanannya pada Sang Pencipta. Tetapi dia hanya manusia biasa. Kerap kali penat dan lelah dengan permainan dunia. Dia kepinginkan kebahagiaan. Dia dahagakan kasih sayang dari insan-insan yang disayangi.

"Ya Allah!"

Nuraisha teringat kata-kata terakhir Firash sebelum dia menutup mata. Ketika itu, papa, mama, Naura dan Naira turut ada bersama. Satu amanat yang sampai kapan pun takkan bisa dia laksanakan.

"DEMI Allah, abang cintakan Sha. So much..." Bergetar-getar Firash mengungkap kalimah cinta. Tangan Nuraisha digenggam erat. Sukarnya melepaskan sang isteri tercinta dari sisi, namun dia harus redha pada kehendak Ilahi. Jodoh yang terjalin ternoktah di sini.

"Sayang.. dengar cakap abang. Farrhan.. Dia lelaki yang baik. Hanya kurang perhatian dan kasih sayang, dia jadi macam tu"

Mata Nuraisha berkaca-kaca sedari tadi. Dahinya berkerut mendengarkan kata-kata Firash.

"Sayang. Dalam dunia ni, manusia banyak melakukan kesilapan. Dengan sedar atau tanpa sedar. Tapi sebagai seorang manusia ,tak salah kita bagi peluang kedua pada sesiapa yang berbuat salah kan?"

Nuraisha semakin tidak mengerti. Hatinya mulai tak keruan.

"Along, jangan banyak cakap. Along kena rehat" nasihat Tan Sri Firman. Puan Sri Mariam di sisi sudah lencun dek air mata. Dia teresak-esak dalam dakapan sang suami.

"Lepas ni pun along rehat" Firash mengukir senyum hambar. Pandangannya berkalih ke arah Naura yang berdiri di sisi.

"Janji dengan along?"

Naura mengangguk-angguk kepala.

Tan Sri Firman menundukkan pandangan dengan mata berkaca. Dia sudah kehilangan kata-kata.

Naira hanya tegak berdiri di tepi jendela. Dia tidak begitu rapat dengan Firash namun suasana sebegini sedikit sebanyak turut mencuit hatinya. Apatah lagi setelah mendengar esakan dari Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam.

"Abang..."

"Shhh..." Firash meletakkan ibu jarinya ke bibir Nuraisha. Senyumannya tak pernah lekang meski bibirnya pucat.

"Abang tak habis cakap lagi. Janji dengan abang satu benda boleh?"

Teragak-agak Nuraisha menyetujui. Namun dia terpaksa mengangguk kepala juga.

"Tak kira banyak mana dosa Farrhan pada sayang, sayang kena maafkan dia. Percayalah, dia akan sedar kesilapan dia suatu hari nanti..."

"Abang cakap apa ni? Kenapa dari tadi sebut nama Farrhan?"

"Sayang janji ye?"

"Abang..."

"Janji ye? Kalau tak, abang takkan tenang"

Nuraisha memejam mata. Meskipun dia keliru dengan bicara Firash, tetapi dia tetap mengangguk kepala.

"Dan janji dengan abang, yang sayang akan kawen dengan Farrhan"

lama mununggu? sorry, lambat update. harap bab kali ni akan buat korang puas ati ;) jgn risau, banyak lagi perjalanan hidup Aisha dgn Farrhan lepas ni. so stay tuned. and selamat bpuasa bgi yg bpuasa :)

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-17 07:11:38 

firas meninggal,ini mesti angkara razlan&maira,apa ini frustlh firas xde..huhuhu,ingatkan hero rupanya watak sampingan saja


NovelPlus Premium

The best ads free experience