60

Other Completed 493332

SETELAH berjaya menenangkan Puan Sri Mariam, dia diberi suntikan oleh doktor peribadinya, iaitu Doktor Rafiqin. Keadaannya yang tidak terkawal hampir meragut kesemua jiwa di sekelilingnya.Mujur sahaja tidak berlaku apa-apa kepadanya, jika tidak satu lagi masalah akan melanda.

"Actually, apa dah jadi pada mama saya?" tanya Naura setelah dia dan Doktor Rafiqin melangkah keluar dari kamar, meninggalkan Puan Sri Mariam di situ.

"Dia masih tak boleh kehilangan ni. It's such a big loss to her. Arwah Tan Sri dah hidup lama dengan dia. Sebab tu bila arwah dah takde, dia rasa betul-betul kehilangan"

Naura menghela nafas dengan penerangan tersebut. Untung saja tidak ada apa-apa. Namun kesakitan jiwa juga adalah salah satu penyakit yang harus dirawat.

"Ada apa-apa yang boleh kami buat untuk pastikan dia sembuh?"

"Keep supporting her. Itu the best way yang boleh dibagi buat masa ni. Well, cik Naura. Kehilangan adalah satu perkara yang sangat sukar untuk diterima, apatah lagi kehilangan orang tersayang. Dan dengan keadaan Puan Sri sekarang, sokongan moral tu sangat penting. Jangan bagi dia terlalu stress. Tu akan ganggu kesembuhan jiwa dia. Yang paling penting, just make sure that she isn't alone"

Naura mengangguk kepala sambil mengulum senyum. Segala penerangan dari Doktor Rafiqin dihadam dengan baik sekali. Dia akan pastikan mereka tidak mengalami satu kehilangan lagi.

"Excuse me" Doktor Rafiqin pamit diri.

"Saya hantar sampai ke pintu"

Doktor Rafiqin lantas mengangguk. "Kalau ada apa-apa, just give me a call"

BARU saja hendak melabuhkan punggung, dia dikejutkan dengan berita yang dipaparkan di siaran televisyen. Matanya fokus pada paparan berita dengan wajah yang serius. Seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi, dia mengerdipkan mata berkali-kali. Dan setelah yakin dengan kesahihan berita tersebut, dia terduduk di atas sofa dengan linangan air mata yang mula membasahi pipi.

"Papa..." Nama Tan Sri Firman diseru perlahan. Dia jadi teringat akan pergaduhan mereka sebelum ini. Tak mungkin papa meninggal gara-gara dia! Dia hanya meluahkan kebenaran, dan tidak melakukan apa-apa pun terhadap papanya.

"Pa... maafkan angah" Mutiara jernih yang merembes diseka perlahan.

"Tapi...tak mungkin.. tak mungkin papa pergi. Papa kan kuat. No! Aku tak percaya ni!"

Razlan yang baru sedar dari tidur lantas mendekati Farrhan dan duduk di sebelahnya. Lagak Farrhan yang keanehan itu mengundang pertanyaan dalam dirinya. Berita yang masih memaparkan berita kematian Tan Sri Firman mendapat perhatian Razlan.

Wajah Razlan biasa sahaja. Patutlah muka dia macam orang tak cukup makan! Pasal ni rupa-rupanya. Remote control digapai. Butang off ditekan.

"Kau okey ke ni?"

Farrhan mengangguk kepala perlahan-lahan.

"Chilllah! Yang meninggal tu bapak engkau! Bukannya engkau..."

Wajah Razlan ditatap. "Tapi dia masih bapak aku!"

Razlan tersentak dengan sergahan Farrhan. Emosi Farrhan tidak stabil, jadi macam-macam boleh terjadi. Kecut perutnya dengan wajah menyeringa itu. Walaupun sedang menangis, namun riak bengis itu masih terpampar jelas.

"Okey-okey! Relaks! So kau nak buat apa lepas ni? Ambik alih syarikat bapak kau? Tapi kau pewaris utamanya kan? Setelah Firash meninggal. So harta dia totally yours. Ehh, itu maksudnya aku bolehlah kerja dengan kau"

"Shut up Razlan! Bapak aku dah meninggal. Kau masih nak fikir pasal tu semua?"

"Kau jugak yang tak suka dia kan? Patutnya kau happy sebab dia takkan control hidup kau lagi. Senanglah kau nak bebas lepas ni"

"Tapi dia masih tetap bapak aku! Sejahat-jahat aku, aku masih tetap sayangkan dia" Itu tak mampu Farrhan nafikan. Walau macam mana sekalipun layanan Tan Sri Firman terhadapnya, perasaan sayang buat lelaki itu takkan pernah hilang. Mungkin dia anak yang jahat ,ya. Dia akui itu. Tetapi untuk merasa senang dengan kematian bapa sendiri, itu bukan dirinya.Sejujurnya di dalam hatinya, masih ada rasa sayang untuk lelaki yang bergelar papa itu.

Razlan mencebikkan bibir. Alaaa, kalau bukan sebab kau yang cari gaduh dengan papa kau, takdenya orang tua tu mati! Kau yang bunuh dia, tapi tak nak mengaku!

"Kau nak pergi mana?" soal Razlan saat melihat Farrhan mula tergesa-gesa berkemas.

"Balik" sahut Farrhan ringkas.

Dahi Razlan berkerut. "Tiba-tiba je?"

"Papa aku meninggal Razlan! Takkan aku nak buat bodoh je?" Farrhan hampir hilang sabar dengan pertanyaan bodoh Razlan. Jika tidak mampu mengawal emosi, rasa-rasanya pasti teruk Razlan dikerjakannya.

"Okey. Okey..." tukas Razlan sambil mengangkat tangan. Buatlah apa kau suka. Tu bukan bapak aku!

"BUAT apa datang sini? Nak bunuh jiwa siapa lagi?"

Wajah Naura berkerut tatkala menerima kedatangan Farrhan di situ. Dia terkejut saat menerima kunjungan lelaki itu tanpa diduga. Agak-agaknya, berita kematian Tan Sri Firman yang tersebar di kaca televisyen berjaya meraih simpati Farrhan. Adakah dia kembali untuk memohon kemaafan? Sayangnya, semua dah terlambat.

"Angah datang nak jumpa papa" sayu suara Farrhan, seakan meraih kasihan sahaja.

Naura menoleh lantas memberikan senyuman sinis.

"Boleh. Tu kat sana" Jari Naura menunding ke arah timur. "Kat kubur sana. Pergilah. Kalau angah nak join arwah sekali, go ahead. Nobody cares!"

Ternyata, Naura benar-benar sudah diamuk radang. Wajahnya turut sama kemerahan, menarah amarah. Baginya, segala yang terjadi adalah berpunca daripada Farrhan. Dan sebagai seorang anak, tiada ruang kemaafan untuk lelaki bergelar abang itu!

Naira muncul saat terdengar bunyi riuh di bawah. Saat melihat wajah kusut Farrhan, hatinya berlagu riang. Dia berlari ke arah Farrhan dan memeluk tubuh itu.

"Angah! Where have you been?" tanya Naira seraya melepaskan pelukan.

"A...angah ada kerja sikit"

Kening Naura bertaut. "Kerja? Mana kak ngah? Mana angah sembunyikan dia?"

Naira menapak ke sisi Naura lalu menyiku lengan itu.

"Apa kau ni! Angah dah balik kan? Biarlah dia rehat dulu. Tak payahlah tanya pasal perempuan tu"

Anak mata Naura menjeling tajam ke arah Naira. Wajah bengisnya seakan hendak menelan Naira sahaja. Terkedu Naira dibuatnya.

"Mana kak ngah? Angah orang terakhir bersama dia kan?"

Dituduh melulu ,hati Farrhan juga baran.

"Jangan nak tuduh angah sebarangan. Dia dilihat kali terakhir bersama Samsul. Diorang larikan diri. Jangan nak salahkan angah, salahkan boyfriend si Aisha tu! Perempuan jalang!"

"Angah!!" Anak mata Naura terjegil.Bagai disiat-siat hatinya dengan tuduhan tak berasas Farrhan itu.

"Samsul sekarang ada kat wad ICU. Keadaan dia parah sangat. Walaupun belum terbukti, tapi Naura tahu sangat kalau semua ni kerja angah. Kehilangan kak ngah dan apa yang terjadi pada Samsul, semua tu ada hubungkait dengan angah. Dan Naura takkan lepaskan angah atas apa yang terjadi!"

"Ohh.. jadi sekarang semua yang terjadi ni kerja angah? Habis tu ,larikan isteri orang tu kerja bagus ke?"

Naura berdecit. Dia memeluk tubuh.

"Isteri? Siapa isteri angah? Kak Sha ke? Kalau betul dia isteri angah, angah takkan layan dia macam hamba abdi! And one more thing. Samsul bukan larikan kak ngah ,tapi dia nak selamatkan kak ngah dari lelaki bertopengkan syaitan macam angah ni!"

Baran Farrhan semakin meluap. Hampir saja tangannya naik ke wajah Naura namun dia tidak sampai hati.

"Do as you wish. Angah nak jumpa mama. Please" Suara Farrhan semakin mengendur. Niatnya ke situ bukan hendak mencari gaduh tetapi hendak ketemu Puan Sri Mariam.

"Mama... dia..." Naira bersuara setelah lama menyepikan diri. "Dia sedang berehat. Mama meroyan. Dia masih tak dapat terima kematian papa"

"And it's all because of you!" sampuk Naura, geram.

"Naura, enough! Let us clear the things" Naira merayu. Mereka sudah kehilangan seorang ayah. Dan ini bukan masanya untuk saling menyalahkan.

"Angah nak jumpa mama. Angah nak mintak maaf. Angah dah salah. I shouldn't have treated her that way..."

Sesalan di hati kian beraja. Betapa kini baru dia sedar akan kesalahan diri. Namun segalanya sudah terlambat. Penyesalan selalu datang di kemudian hari.

"Naira tak tahu kalau mama nak jumpa sesiapa. Menurut doktor, mama perlukan rehat dari..." Naira berjeda. Terlalu sulit untuk mengungkap kata-kata itu. "Anyways, just let her rest. Nanti dia dah stabil ,angah boleh lawat dia"

"Nope! Angah tak boleh jumpa mama" putus Naura tiba-tiba.

Wajah Farrhan mengerut. Begitu juga Naira.

"Naura, apa benda kau merepek ni?"

Naura menjeling Naira. "Stay out of this!"

"Are you kidding me? She's my mom!" bentak Farrhan.

"Yes, she is! Tapi disebabkan angah, mama jadi macam tu. Naura rasa, kalau angah jumpa dia sekarang, dia pasti akan salahkan angah atas apa yang terjadi. Besides ,you know what happened that night!"

Farrhan menelan liur. Naura sudah mengeluarkan kuasa vetonya. Dia jadi takut tiba-tiba.

"Dengar sini encik Farrhan Zamani. You are allowed to see her after we found kak ngah. Dan selagi kak ngah tak dijumpai, never ever dream of seeing mama!"

"No! Angah tak setuju. Benda ni takde kena mengena dengan Aisha"

"Ada! Siapa cakap takde? Kalau bukan disebabkan angah bergaduh dengan papa malam tu, benda ni takkan jadi. Pergaduhan tu terjadi disebabkan kebodohan angah yang dah cederakan kak ngah. You know how much papa loved her!" Seketika, Naura berjeda. Ada sebak dalam suaranya saat terkenangkan wajah si ayah menahan kesakitan. Namun dia tahu, olahan Farrhan lebih menyakitkan dari sakit yang sedang dihidapinya.

"Papa had heart attack. Dia tak boleh terima berita yang mengejutkan. Yes, mungkin Naura salah sebab Naura bagitau dia. Tapi sebagai seorang anak, Naura tak boleh tutup mata dengan segala kekejaman angah pada kak ngah. So I told him everything that you did" Suara Naura mula mengendur.

"Dia nasihatkan angah bukan saja-saja. Dia nak angah sedar dari kesilapan angah. Dia nak angah bertanggungjawab atas apa yang angah dah buat pada kak ngah empat tahun lepas. Sebab tu dia izinkan angah kawen dengan kak ngah walaupun dia tahu benda ni akan jadi"

"Tanggungjawab! Tanggungjawab! Tanggungjawab apa?! Apa yang angah dah buat kat perempuan jalang tu?!" Farrhan teringat akan cerita Razlan. Dia yakin, dia tak bersalah langsung empat tahun lepas. Nuraisha yang menjeratnya!

Air mata yang bergenang diseka perlahan. Naura tahu, masanya telah tiba untuk Farrhan mengetahui segala kebenaran. Itu janjinya pada arwah Firash ,dan juga arwah Tan Sri Firman sebelum papanya menghembuskan nafas terakhir di hospital semalam.

''Cakaplah! Tanggungjawab apa yang angah kena pikul sampai semua salahkan angah. Cakaplahhh!!"

"Perempuan jalang yang angah bencikan tu adalah perempuan suci yang pernah angah buntingkan empat tahun lepas!!"

DALAM tangisan, Nuraisha berdoa agar dirinya selamat dan dilindungi Allah. Dia lebih rela jika Allah mencabut nyawanya sekarang daripada dia harus menjadi santapan lelaki durjana di luar sana!

Dia tidak rela tubuhnya diratah sesuka hati oleh lelaki yang tidak dia kenali. Perit sungguh dugaan hidup yang harus dialaminya saat ini. Sejak semalam, dia dipaksa untuk meladeni seorang lelaki tua di kamar itu.

Untung saja dia dapat menyelamatkan diri. Belum sempat lelaki tua itu menyentuhnya, dia terlebih dahulu menyepak bahagian sulit lelaki itu. Gara-gara itu, lelaki tua itu menjerit dan meraung kemarahan.

Laila dan Kyle yang mendengar dari luar kamar lantas mendapatkan mereka. Kyle menampar pipi Nuraisha berkali-kali dan sempat menyumpahnya dengan kata-kata kesat. Namun Laila sempat menghalang sebelum lunyai Nuraisha dikerjakan oleh Kyle. Dan Laila juga berjanji akan mengajari Nuraisha selayaknya.

Setelah Kyle dan lelaki tua tadi keluar, Laila mengelap kesan darah di bibir Nuraisha. Dia kasihankan Nuraisha dan tidak sampai hati hendak mengasarinya. Nuraisha menangis di dalam dakapannya.

"Kak..lepaskan saya dari sini kak. Saya tak sanggup nak terus hidup terseksa kat sini. Tubuh badan saya ni bukan santapan untuk lelaki-lelaki kat luar tu. Daripada saya terseksa, ada baiknya kalau saya mati!"

Nuraisha meleraikan pelukan lantas berlari ke meja solek. Dia menemui sebilah pisau di situ seraya mengacak perutnya. Namun perlakuannya terhalang oleh Laila. Natijahnya, telapak tangan Laila mengalirkan banyak darah.

Nuraisha tersentak. Dengan pantas, pisau tadi dicampak ke tepi. Telapak tangan Laila disentuh dengan linangan air mata.

"Kak...maafkan Sha!" Dia menangis teresak-esak sedangkan Laila berkutik sahaja. Perasaannya tersentuh kerana ada jiwa yang menangis disebabkan dirinya.

"Ni luka biasa je. Kau tak payah nak risau!" ujar Laila, menyembunyikan tangisan di wajah. Egonya tidak mahu tercalar di hadapan Nuraisha. Selama ini, orang memandangnya tinggi kerana dia kuat dan tidak mudah lemah. Namun kehadiran Nuraisha merubah segalanya.

"Duduk dulu kak. Sha ubatkan luka akak" Laila dipimpin sehingga ke bucu katil. First aid dikeluarkan. Minyak kapak disapu ke telapak tangan Laila bagi menghentikan pendarahan. Kemudian, dibalut dengan bandage pula.

Sepanjang Nuraisha mengubatinya, Laila memandang wajah cemas itu dengan tak berkelip. Hatinya tersentuh dengan cara layanan Nuraisha kepadanya. Bidadari apakah ini? Hatinya sungguh baik dan wajahnya polos! Berdosanya aku bersubahat untuk menghancurkan hidupnya!

"Dah siap kak. Sha mintak maaf sebab tangan akak luka"

Laila mengangguk kepala. "Kalau kau nak selamat, bunuh diri bukan caranya. Kalau kau mati kat sini, diorang akan tikam mayat kau dalam semak. Dan cerita pasal kau akan terhenti kat sini. So jangan mati sia-sia"

Nuraisha mengeluh. Entah bagaimana takdir akan membawa nasibnya selepas ini.

"Akak dah lama ke kerja sini?"

Pertanyaan Nuraisha menyentakkan Laila. Seraya, dia mengeluh panjang. Memori seribu duka terungkap tiba-tiba. Dan dia tidak punya kekuatan untuk menceritakan segala-galanya kepada sesiapa.

"Kau rehatlah. Nanti aku bagitau Jimmy yang kau perlu rehat hari ni" ujar Laila sambil membetulkan baju Nuraisha yang terdedah di bahagian bahu.

"Dan berdoa je, semoga ada keajaiban untuk kau" lirih Laila sambil tersenyum sebelum melangkah keluar dari kamar itu.

Air mata Nuraisha mengalir deras. Segala-galanya seakan bergentayangan di hadapan mata. Saat-saat dia melarikan diri bersama Samsul, dan ketika dia hidup bersama Farrhan. Segalanya terlalu sakit dirasakan.

Nuraisha menadah tangan untuk berdoa, dengan linangan air mata merembes keluar ke pipi.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku diuji olehMu. Segala yang ku jalani adalah kerana ianya tertulis buatku. Permudahkanlah perjalanan hidupku. Dan untuk orang yang menjahati aku, Kau berikanlah balasan yang setimpal untuknya agar dia insaf dan kembali ke jalanMu Ya Allah!"

Nuraisha mengamin doa. Wajah Farrhan terbayang di hadapan mata. Doa yang terakhir itu ditujukan khas buat lelaki itu. Air mata yang mengalir semakin deras membasahi pipi. Entah kerana dia mengenangi nasib diri atau kerana doa itu dititipkan untuk Farrhan.

KERETA yang dipandu dibawa dengan kelajuan yang maksimum. Setelah mendengar butir bicara Naura, hati Farrhan terpana. Dia terbungkam tanpa sebaris kata-kata. Dia tidak percaya kata-kata Naurs itu.

Tidak mungkin dia pernah menghamili Nuraisha. Itupun empat tahun yang lepas! Kenapa dia tidak pernah mengingati peristiwa itu? Apa yang terjadi kepada dirinya? Dan kalau benar semua itu berlaku, kenapa Razlan tidak pernah menceritakannya?

Siapa yang sebenarnya berbohong? Razlan atau Naura? Siapa yang patut dipercayai? Seorang adik yang bermati-matian melindungi seorang gadis biasa seperti Nuraisha ataupun seorang sahabat yang menyelam suka duka bersamanya?

Fikiran Farrhan bercelaru. Dan bagaimana pula Naura mengetahui semua itu? Dan jika benar semua cerita itu, apa yang harus dilakukannya?

Ya Allah! Dia benar-benar bingung. Jika Nuraisha pernah mengandung gara-gara dirinya, di mana anak itu berada? Pasti Naura mengarang cerita bagi menagih simpatinya.

Tetapi Naura tidak pernah menipu, apatah lagi jika ianya berkait rapat dengan hidup seseorang. Dia kenal Naura dari kecil. Tetapi Razlan juga tidak mungkin akan membohonginya. Untuk apa juga Razlan tega menipunya? Sementelah mereka memang akrab dari zaman bangku sekolah lagi.

"Arghhh!!! Tak mungkin! Tak mungkinnn!!!" Farrhan menjerit. Ketika itu, mutiara jernih mula membasahi pipinya. Tetapi untuk apa tangisan itu, dia sendiri juga tidak pasti.

"Aku tak mungkin sejahat tu pada mana-mana perempuan!" Farrhan menggeleng kepala. Dia tahu dirinya semacam apa.

Walaupun sejahat dan sekejam apapun dia, untuk meniduri dan merosakkan seorang perempuan ,itu bukanlah prinsipnya! Dan semua perempuan yang pernah dibawanya pulang ke kondo dulu, hanyalah sebagai menyakiti hati Nuraisha. Dan dia tidak pernah melakukan apa-apapun dengan semua perempuan itu. Mereka dibayar untuk menemaninya di dalam kamar sahaja. Selesai tugasan, mereka akan dihantar pulang.

Jadi mana mungkin dia merosakkan Nuraisha sehingga sanggup membuntingkan gadis itu.

"Takkkkk!! Aku tak sejahat tu!!" Berkali-kali Farrhan menidakkan kenyataan itu.

Akibat terlalu asyik melayan perasaan yang hiba, dia tidak sedar dia telah melanggar lampu isyarat merah. Lori yang melintas dari arah utara melanggar keretanya dan dia tidak sempat menekan brek.

Pandangan Farrhan gelap dan tubuh badannya terasa diterbangkan ke awan.

"Encik..." Saat terhempas di atas jalan raya, suara merdu itu menyapa gegendang telinganya. Dan bibirnya terukir senyuman manis dengan mata yang perlahan-lahan mula tertutup...

yg tengah stress sbb bab sebelum ni, sorry tau? ni ada bab baru utk korang. happy reading guys ;)

Share this novel

September Deria
2021-08-20 16:40:20 

astaga c aisha pakai minyak kapak letak diluka c laila, punya main pedih tu, mau tekencing c laila tu..

Hawani Hashim66
2021-06-25 18:24:11 

lamanya xda new update ke

Asidah Abdullah
2021-06-23 07:43:20 

update plaseee


NovelPlus Premium

The best ads free experience