4

Other Completed 493332

RUMAH TUMPANG JOOI. Destinasinya setiap kali dia kesunyian atau memerlukan tempat berbual. Rumah tumpangan atau lebih tepat lagi pusat pelacuran seakan sudah menjadi rumah keduanya. Dia gemar berkunjung ke situ kerana pasti ada layanan berbeza dari setiap gadis. Dan sudah pastinya layanan tersebut berakhir di ranjang.

"Bos, apa macam?" tegur Jimmy, lelaki berbangsa Cina yang merupakan salah seorang bapa ayam di situ. Dia juga yang 'merekrut' pekerja baru di situ. Senyumannya melebar saat menerima kunjungan Haikal kerana lelaki itu merupakan pelanggan tetapnya. Bayaran yang diberi juga sangat besar untuk seorang gadis.

"Ada perempuan baru?" tanya Haikal sambil memandang sekeliling. Dua orang gadis berpakaian agak seksi melimpasinya lantas memberikan flying kiss kepadanya. Dia tersengih saja kerana mereka sudah pun termasuk dalam senarainya sebelum ini.

"Belum ada bos. Tapi kalau you nak yang lama, boleh jugak. Service tip top maa.." Jimmy mengangkat ibu jari kanan sambil tersenyum sinis.

Haikal menyungging senyuman hambar. "Aku nak perempuan baru. Kalau perempuan lama, aku tak nak"

"Aiyoo, you ini kuat pilih maa. Perempuan baru ka, perempuan lama ka, paling penting buat you puas" Jimmy mengangkat keningnya sambil mengukir senyuman yang tak pernah lekang dari bibir.

"Tak payah nak pujuk dia Jim. Biar I yang handle dia" Balqis mencelah di antara mereka. Pakaiannya yang seksi terdedah sana sini. Jimmy ditolak ke tepi. Tubuh Haikal ditarik sehingga ke dalam bilik.

"I kan dah cakap, I nak perempuan baru!" bentak Haikal. Dia menolak saat Balqis mula meraba tubuhnya.

"Kenapa you tolak I? Macam Jimmy cakap, perempuan baru ke, perempuan lama ke, tetap jugak buat you puas kan?"

Bibir Haikal merekah dengan senyuman sinis. Pinggang Balqis ditarik rapat ke sisi. Helaan nafas gadis itu cukup meresahkan jiwanya. Sayangnya, dia sudah hilang nafsu pada Balqis.

"I nak pakai perempuan baru setiap kali I datang sini. I tak nak pakai buang orang.." Haikal berjeda. "Macam you!"

Tubuh Haikal ditolak kasar. Pilu hatinya dengan pengakuan dari lelaki itu. Dia mungkin perempuan kotor yang telah banyak disentuh oleh lelaki lain. Tetapi apa bezanya dengan Haikal?

"You jangan nak hina I! Ye, I perempuan yang dah banyak disentuh lelaki lain. Tapi you pun apa kurangnya! You sama je macam perempuan kotor yang lain!"

"Kalau I kotor sekalipun, orang tak mengata. Tapi you perempuan, orang mengumpat sana sini. Dahlah! Malas I nak layan you!"

Laju saja derap kaki Haikal melangkah keluar, dibontoti Balqis. Gadis itu memanggilnya berkali-kali namun Haikal buat tidak dengar. Ketika itu, dia berpampasan dengan seorang perempuan. Lantas ditarik perempuan tersebut ke sisi.

"Ada vacancy ke?" tanya Haikal dengan suara yang menggoda. Pipi gadis itu dielus dengan manja.

"Takde, kecuali kalau you nak fill in"

Haikal senyum menggoda. "Sure baby"

Kedua mereka kemudiannya berjalan menuju ke bilik.

Balqis menggenggam penumbuk. Dia tahu Haikal sengaja hendak menyakiti hatinya dengan bermesra dengan wanita lain. Wajahnya cemberut dan dadanya berombak.

"Takpe Haikal! Hari ni you tolak I, esok lusa you pasti jatuh dalam tangan I!"

PINTU rumah diketuk berkali-kali. Nuraisha berlari ke pintu lantas membukanya. Dia tersentak saat menerima kunjungan Samsul dan Saiful ke situ. Saiful merupakan adik Samsul.

"A..abang Samsul" Nuraisha cepat-cepat menyembunyikan kesan luka dan lebam pada lengan kanannya.

"A..abang buat apa kat sini?"

"Abang nak jenguk Sha. Lama sangat tak nampak Sha. Sha sihat ke?" Dahi Nuraisha disentuh dengan belakang tapak tangannya. Risau hatinya melihat wajah Nuraisha yang pucat dan tubuhnya yang semakin kurus itu.

Nuraisha segera mengelak. Dia risau sekiranya Maksu Dara dan Adira melihat gelagat mereka. Dia harus cepat mengusir Samsul pulang sebelum kedatangan Maksu Dara dan Adira yang berkunjung ke pekan.

"Sha nampak pucat. Dahi pun panas! Abang hantarkan ke klinik ye?"

"Tak! Tak payah. Sha okey. Panas ni nanti kebahlah. Lagipun Sha kena jaga rumah. Maksu dan Dira ke pekan. Nanti diorang balik, tengok Sha takde kat rumah, diorang marah"

"Kalau macam tu, abang tunggu kat sini sampai maksu dengan Dira balik"

Nuraisha serba salah. Jika kedatangan Samsul dihidu oleh Maksu Dara dan Adira, hidupnya tidak akan selamat. Dia tahu semacam apa sikap keduanya.

"Abang baliklah! Sha okey. Sha tak apa-apa. Nanti kalau Sha betul-betul sakit, Sha mintak tolong abang ye?"

Wajah merayu Nuraisha membuatkan hati Samsul sebak. Apatah lagi dengan suaranya yang seakan lemah itu menguatkan lagi kebenaran yang Nuraisha benar-benar sedang dalam kesakitan. Dia tidak sampai hati hendak melepaskan Nuraisha begitu saja. Setelah melihat keadaan gadis itu, mampukah dia tidur dengan tenang?

"Bolehlah bang ye? Abang baliklah dulu! Nanti ada apa-apa, Sha bagitau abang ye?" Riak kerisauan jelas terpancar pada wajah polos itu.

Samsul diam tidak berkutik. Jika diikutkan hati, mahu saja dia menarik Nuraisha ke dalam pelukan dan membiarkan kesakitan gadis itu berpaling ke arahnya. Namun dia harus sedar diri. Mereka tidak mempunyai hubungan yang sah, apatah lagi dia risau jika Nuraisha menganggapnya sengaja hendak mengambil kesempatan. Namun hatinya benar-benar kepinginkan gadis itu. Dia dambakan kasih sayang Nuraisha.

"Abang Samsul, kita balik dululah. Nanti ada apa-apa, Kak Sha panggil abang kan? Lagipun, kalau maksu tahu kita kat sini, naya lagi!" bisik Saiful ke telinga Samsul. Bukan dia tidak tahu dengan sikap Maksu Dara itu. Tiada sorang pun yang tidak mengenali wanita tua yang terkenal dengan sikap meroyannya itu.

"Jomlah bang!" gesa Saiful sambil menarik-narik lengan baju Samsul.

"Kejap" ujar Samsul lalu memandang ke arah Nuraisha. Tangan Nuraisha ditarik. Mulanya, Nuraisha enggan memberikan kerjasama namun Samsul tetap menarik tangannya sehinggalah dia beralah juga.

"Ya Allah!" Samsul mengucap panjang saat lengan Nuraisha hinggap pada pandangannya. Lebam dan ada tanda kebiruan di situ. Wajah Nuraisha ditatap.

"Siapa yang buat ni?" tanya Samsul, keras. Pilu hatinya melihat wanita kesayangannya dilayan sebegitu teruk. Dia lihat Nuraisha hanya menggeleng kepala dengan tangisan yang mula kedengaran.

"Maksu yang buat kan?" teka Samsul. Dia yakin itu olah Maksu Dara kerana dia tahu betapa bencinya wanita itu pada Nuraisha.

Tiada jawapan daripada Nuraisha. Dia tidak berani mengatakan apa-apa kerana risau akan dimarahi oleh maksu sekiranya diketahui oleh wanita itu. Cukuplah dia hanya memendam perasaan.

"Sha jangan nak sorokkan apa-apa dari abang!" Suara Samsul kedengaran lantang dan sedikit kuat. Dia sempat melihat tanda lebam itu tadi sebelum Nuraisha menyembunyikannya.

"Sha..." Suara Samsul hampir tenggelam. "Cakap dengan abang, Sha! Abang tak sanggup tengok Sha macam ni. Please.." Pipi Nuraisha dielus perlahan.

"Maksu yang buat kan?" Lembut saja Samsul memujuk. Dia melihat Nuraisha mengangguk perlahan. Serentak dengan itu, dia mengucap panjang. "Ya Allah! Jahat betul maksu tu! Dia nak bunuh Sha ke apa?"

"Abang, tolong jangan bagitau ni pada sesiapa. Nanti kalau ada orang tahu, maksu marahkan Sha. Sha takut"

Samsul mendiamkan diri. Masakan dia harus terus senyap setelah melihat keperitan yang dialami oleh Nuraisha. Maksu Dara dan Adira harus menerima hukumannya kerana telah menyakiti wanita kesayangannya.

"Takkan nak duduk diam je? Lepas ni, maksu buat lebih teruk lagi macam mana?" Samsul mengutarakan kebimbangan.

"Sha berserah pada Allah je bang. Apa yang jadi, Sha yakin Allah ada"

"Sha ni terlalu baik sangat!"

"Diorang je keluarga yang Sha ada. Kalau Sha kehilangan diorang, Sha dah takde siapa-siapa lagi. Abang tolonglah faham"

"Tapi keluarga takkan sakitkan kita macam ni sekali!" gerutu Samsul. Hatinya mendongkol geram dengan apa yang telah terjadi.

Nuraisha diam. Benar, dia hanya punya Maksu Dara dan Adira setelah kematian kedua orang tuanya. Untuk itu, dia terpaksa merelakan saja setiap titik garisan hidupnya kerana dia yakin Allah itu Maha Adil. Dia percaya Allah akan sentiasa menolongnya.

"Okey, abang akan rahsiakan perkara ni dari sesiapa. Tapi Sha kena janji, yang Sha takkan pendam apa-apa lagi dari abang. Dan kalau Sha perlukan pertolongan, Sha kena bagitau abang!"

Laju Nuraisha mengangguk kepala. Dia percayakan Samsul kerana hanya lelaki itu yang mampu memahaminya.

"Abang balik dulu. Nanti abang datang lagi, hantarkan ubat sapu untuk Sha. Sha kena jaga diri baik-baik"

Nuraisha mengangguk lagi. Wajahnya yang sudah basah dengan air mata diseka perlahan oleh Samsul. Segaris senyuman dia hadiahkan buat lelaki itu. Hatinya mengucap syukur kerana dalam keperitan hidupnya, Allah masih mengurniakannya seorang hamba yang baik dan ikhlas kepadanya.

"MIA lukis apa tu?" tanya Mek Som yang baru selesai melipat baju. Mia duduk di atas lantai sambil sibuk dengan lukisannya.

"Mia lukis ni" Lukisan tersebut diserahkan kepada Mek Som. Tubuh kecilnya dipangku oleh Mek Som.

Lama Mek Som meneliti lukisan tersebut. Figura seorang lelaki yang lengkap berpakaian formal, dan seorang anak perempuan kecil. Dia agak itulah Haikal dan Mia. Bibirnya mengukir senyum. Kemudian, pandangannya berkalih pula ke arah figura seorang perempuan.

Laju saja bibirnya mengutarakan soalan. "Ni siapa Mia?" Jari ditunding ke arah figura perempuan tersebut.

"Tu mama Mialah!"

Terkesima Mek Som. Dalam diam, dia kasihankan nasib Mia. Anak sekecil itu rupa-rupanya mendambakan kasih sayang seorang ibu. Kenapa Haikal masih enggan memahami kehendak Mia? Kepala Mia diusap. Kasihannya dia pada anak kecil itu.

"Cantik tak mama Mia?"

"Cantik. Macam Mia jugak!" Pipi Mia dikucup.

"Nanti Mia nak tunjuk lukisan ni pada papa. Mesti papa suka" Wajah Mia meriak keriangan.

Mek Som memerhati sahaja gelagat Mia. Entah apa yang dirasakan anak sekecil itu. Dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu. Meskipun Haikal kaki perempuan, namun kasih sayang yang dilemparkannya kepada Mia memang sangat dia kagumi. Masalahnya, itulah.. Hmmm, dia tidak sukakan perkahwinan setelah Hanis pergi menghadap Ilahi.

"Mia nak lukis lagi" Mia turun dari pangkuan Mek Som lalu menyambung kembali lukisannya.

Wajah Mia terlakar indah dalam lukisan minda Mek Som. Apabila diperhatikan betul-betul, wajah Mia tidak mirip langsung baik Haikal mahupun Hanis. Itu yang selalu berdetik di hatinya tatkala memandang wajah Mia. Namun tidak pula dia berani mengutarakan soal itu kerana bimbang Haikal akan berkecil hati.

Kadang, dia berfikir juga. Masakan Mia anak angkat Haikal? Sedangkan dialah yang mengasuh Mia sejak Mia bayi lagi. Tetapi boleh jadi Mia memang tidak mirip wajah kedua orang tuanya. Mungkin mirip ahli keluarga Haikal atau Hanis yang lain.

ADIRA berpeluk tubuh sambil berjalan mundar-mandir. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia benar-benar sudah kehabisan wang. Hutangnya dengan Kamal juga belum langsai. Sudahlah stok dadahnya habis juga. Dia tidak mampu bertahan jika tiada barang itu.

"Kau ni kenapa? Ke hulu ke hilir. Pening aku nyah!" tegur Julia dengan perangai Adira itu.

"Nyah, kau masih ada stok tak barang tu?"

Julia tersenyum sinis lantas mengeluarkan sepaket kecil serbuk putih. Belum pun sempat diserahkan kepada Adira, terlebih dahulu Adira merampasnya. Tergesa-gesa dia 'melayan' serbuk tersebut.

"Fuhhh, nikmatnya dunia!" ujar Adira setelah khusyuk dengan serbuk itu.

"Kemain kau erk?" tukas Julia sambil tergelak.

"Sedap siot benda ni do! Hilang stress aku"

"Kau stress pasal apa?" tanya Julia.

Adira sudah duduk di sebelah Julia. Kakinya terjuntai ke bawah sungai. Sengaja dia rendamkan kakinya ke situ bagi merasa kesejukan sungai.

"Kamal! Hutang dia aku belum bayarlah!" jawab Adira seraya menggaru betisnya yang sempat digigit nyamuk.

"Banyak ke kau hutang dia nyah?"

"Beratus jugaklah!"

"Banyak siot! Kau beli apa dengan dia?"

"Benda jahanam nilah!" Serbuk putih tersebut dicampak ke dalam sungai.

"Aku ambik stok banyak dengan dia. Hutang aku terkumpullah. Kalau aku tak bayar dalam masa seminggu, dia ugut akan sebarkan video aku"

Julia mengerut dahi. "Video apa?"

Adira terdiam. Serba salah hendak menjawab. Sekiranya dia memberitahu perkara sebenar, itu umpama membuka pekung di dada sendiri.

"Takkan kau nak berahsia dengan aku jugak nyah?" Julia seperti mendesak.

"Video tu lah! Video aku dengan dia. Bodoh gila jantan tu! Yang dia pergi rakam buat apa?" Adira sudah menggenggam penumbuk. Jika bukan kerana video tersebut, sudah lama dia layangkan penumbuk ke wajah Kamal.

"Yang kau pergi buat benda tu dengan dia pasal apa? Tak pasal-pasal kau dah terkena macam ni!" tempelak Julia.

Adira diam. Dia dan Kamal satu sekolah dulu. Sejak berkawan dengan Kamal, dia menjadi semakin liar dan nakal. Bahkan sikapnya itu tidak pernah mampu dihidu oleh Maksu Dara. Setiap kali waktu persekolahan, dia akan ponteng dan mengikut Kamal ke pekan. Duduk di bawah jambatan sambil 'melayan' benda tersebut.

Persahabatan mereka bertahan sehingga sekarang. Kamal yang juga merupakan pengedar turut menjual dadah kepadanya. Beberapa bulan yang lepas, setelah asyik melayan dadah, dia digoda oleh Kamal. Tidak mampu menahan nafsu, dia rebah dalam pelukan Kamal. Dan lelaki itu pula dengan selambanya merakam setiap aksi mereka melalui telefon bimbit. Kini, Kamal mengugutnya menggunakan video tersebut. Arghh! Dia tidak dapat melarikan diri lagi.

"Nyah, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Suara Julia mengembalikan Adira ke alam nyata. Dia terkebil-kebil memandang wajah Julia lalu tersengih.

"Dengarlah! Arghh, aku tak peduli. Apa pun jadi, aku kena jugak bayar hutang si Kamal tu. Kalau tak, malu aku nanti tau tak?!"

"Dah tu, mana kau nak ceruk duit?"

Adira menyepi. Dia masih berfikir cara untuk mendapatkan duit secepat mungkin. Jika tidak, habislah hidupnya selepas ini!

DALAM perjalanan pulang, Adira ditahan oleh Kamal dan Mus. Mereka duduk di atas motorsikal sambil menunggu kedatangan Adira dari tadi. Apabila menyedari kehadiran Adira, laju saja Kamal berdiri di tengah jalan.

"Kau nak apa?" Wajah Adira mencuka saja.

"Nak...kau..." sahut Kamal diiringi gelak tawanya. Tangannya mencuit dagu Adira.

Adira menjeling tajam ke arah Kamal. Dia harus akui, dia agak ketakutan apatah lagi keadaan di situ sangat sepi.

"Rilekslah! Aku datang ni nak tanya pasal fulus lahh..." Kamal membuat tanda duit sambil ditujukan kepada Adira.

"Kau kata seminggu kan? Sabarlah sikit!" jerkah Adira.

Mus dan Kamal sama-sama tergelak. Tidak tahu apa yang lucu, yang pasti mereka senang hati melihat wajah kecut Adira.

"Taulah! Saja aku nak ingatkan kau. Kalau kau tak mampu nak bayar, tapi kau nak jugak bayar, kau boleh bayar dengan benda lain" Kamal sudah mengorak senyuman nakal.

"Jangan haraplah aku nak buat tu dengan kau!"

Kamal mengekek lagi. "Bila masa pulak aku cakap pasal tu?"

Adira memandang wajah Kamal. Dia tidak faham maksud Kamal sebetulnya. "Maksud kau?"

Kamal memandang sekeliling. Setelah memastikan keadaan sepi tanpa sesiapa, tubuh Adira ditolak sehingga terdorong ke belakang sebuah pokok.

"Kau nak bayar hutang aku kan? Kau nak duit jugak kan?"

Bagaikan dipukau, Adira mengangguk laju.

"Bagus! Aku ada kerja untuk kau. Itupun kalau kau nak.."

Adira mengerut dahi. Wajah Kamal yang penuh dengan senyuman ditilik lagi. Kerja apa yang Kamal maksudkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience