68

Other Completed 493332

"APA NI?!" Pregnancy test itu dicampakkan di hadapan Nuraisha. Hati Haikal benar-benar hancur saat itu, lebih-lebih lagi setelah mengetahui keadaan diri Nuraisha yang kini sedang mengandung. Dia bukan jijik dengan diri Nuraisha tetapi dia tidak bisa menerima dirinya ditipu begitu. Dia tidak tahu adakah Nuraisha berstatus isteri seseorang atau dirinya diperkosa. Yang penting, dia inginkan penjelasan lebih lanjut mengenai apa yang terjadi.
Nuraisha menelan liur dengan kemarahan yang menimpa diri Haikal saat itu. Hatinya berdebar-debar. Kemarahan Haikal tidak ada tolak ansur langsung.

"En...encik Haikal.. Saya boleh jelaskan"

"Memang itu yang awak kena buat sekarang! Apa maksud dua line tu? Setahu saya ,tu maksudnya awak mengandung. Kalau awak mengandung, siapa suami awak dan di mana dia? Atau kemungkinan yang lain, awak kena perkosa tanpa awak tahu siapa gerangan dia. Atau awak memang tahu siapa gerangan dia. Nur, you are too secretive!"

Air mata Nuraisha jatuh ke pipi. Walaupun seboleh mungkin dia mencuba menyembunyikan kenyataan itu, dia tahu dia pasti tertangkap suatu hari nanti. Perut yang semakin membesar takkan selamanya bisa disembunyikan.

Silap dia juga kerana terlalu cuai. Dia tidak berhati-hati untuk menyimpan pregnancy test itu. Natijahnya, dia harus berdepan dengan Haikal dan menceritakan segala kebenaran tentang dirinya. Perit, namun untuk menjernihkan keadaan, dia tidak boleh duduk diam.

"Saya memang isteri orang. Dan masih sah" Mengungkapkan itu, hatinya terguris sendiri. Air mata semakin laju membasahi pipi.

Haikal terkesima. Impian untuk memiliki gadis itu hancur berkecai tanpa sempat dia berjuang. Kenapa hidup sangat kejam pada dirinya?

"Tapi saya bukan isteri yang diinginkan! Suami saya tak pernah redha dengan diri saya"

Kali ini, Haikal semakin tersentak. Apa maksud Nuraisha itu? Dia mendekati Nuraisha dan menarik lengan itu. Wajahnya serius membuatkan Nuraisha diselubungi ketakutan yang bukan sedikit.

"Jangan tipu saya! Kalau awak berani tipu saya, awak takkan dapat keluar dari sini hidup-hidup! So, tell me the truth"

"BERAPA lama lagi masa yang ada? Untuk abang saya sedar? Takkan takde harapan langsung?" Getus Naura dengan amarah yang menggunung di dada.

Jiwanya tertekan dengan segala yang terjadi. Sudah beberapa bulan, tetapi Farrhan seakan tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

"Kami dah cuba segala yang termampu tapi kami pun tak pasti apa yang berlaku pada encik Farrhan"

Bibir Naura menyenget. Dia melemparkan senyuman sinis.

"Takkan seorang doktor tak mampu nak buat apa-apa?"

Sindiran itu membuatkan Doktor Faisal mengeluh. Cermin mata ditanggalkan lantas disangkut di kolarnya.


"Ada sesetengah perubatan yang di luar kawalan kami. Contohnya macam apa yang berlaku pada encik Farrhan. Kami dah kaji penyakit dan sakit yang menimpa diri dia tapi kami tak jumpa apa-apa perkara pelik yang boleh mengaitkan dia dengan sakit dia. Tapi mungkin apa yang berlaku ada kaitan dengan dosa dia sebelum ni. Dan itu yang di luar kawalan kami"

Mendengarkan itu, Naura pantas menjeling Doktor Faisal. Walaupun berbaur pedas, dia tidak boleh menafikan perkara itu. Dosa yang dilakukan oleh Farrhan terhadap Nuraisha adalah sesuatu yang mungkin sukar untuk dimaafkan. Pengakhiran penderitaan Farrhan hanya mampu disembuhkan dengan kemaafan Nuraisha. Namun dia juga tampaknya seperti berdendam, seolah-olah sengaja membiarkan Farrhan terus menanggung derita.

"Sampai bila dia boleh bertahan?" Naura tukar topik perbualan.

"Dia akan terus bertahan selagi topeng oksigen dipasang ke mulut dia"

Naura mengeluh seraya menghenyak punggung di atas sofa. Topeng oksigen yang dipasang sudah berbakti selama beberapa bulan kepada Farrhan. Namun sampai bila topeng oksigen itu akan terus bertahan? Dan sampai kapan mereka harus menyeksa Farrhan seperti itu?

"Sabarlah Naura. Encik Farrhan boleh sembuh. In Shaa Allah. Kita kena banyak berdoa agar ada keajaiban yang akan berlaku" Doktor Faisal duduk di sisi lalu menenangkan Naura.

Selama dia menjadi seorang doktor, itulah pertama kali dia berhadapan dengan kes seperti itu. Jujur, dia juga hampir berputus asa kerana Farrhan tidak menunjukkan sebarang reaksi positif. Namun dia percaya dengan kekuasaan Allah. Selagi mana manusia mampu berusaha, selama itulah Allah akan tunjukkan ehsanNya.

"NAURA sihat ke?" Wajah pucat Naura dipandang. Sudah lama agaknya mereka tidak berjumpa. Bukan dia sengaja hendak melarikan diri dari Naura namun sejak Naura meluahkan perasaannya tempoh hari, dia jadi segan pula.

Naura tersenyum tipis. "Alhamdulillah saya sihat. Sam sihat ke?"

"Sama jugak. Sihat"

"Lamanya Sam menyepi" keluh Naura.

Naura teringat beberapa minggu yang lepas ketika dia dengan beraninya meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia fikir, Samsul akan memberikan jawapannya dengan segera. Namun siapa sangka, setelah meluahkan perasaan, lelaki itu malah berlalu pergi dan menyepi sehingga kini. Naura merasa kurang selesa dengan keadaan mereka itu. Dia menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang berlaku. Kesenyapan Samsul menjadikan dia perindu yang tegar. Sungguh, dia tak sanggup menghadapi semua itu.

"Saya sibuk. Banyak kes yang kena diselesaikan. Lagipun, saya masih dalam usaha mencari Aisha"

Demi mendengarkan itu, Naura terdiam seribu bahasa. Dia boleh mengagak perkara itu. Nuraisha begitu istimewa di hati Samsul. Siapalah dia untuk menggantikan posisi gadis itu? Agaknya sampai kapan pun Samsul takkan pernah membuka pintu hati untuk dirinya.

"Farrhan macam mana?" Samsul mengubah topik perbualan apabila menyedari perubahan pada riak Naura. Dia tahu Naura cemburu.

"Dia masih macam tu. Tak sedarkan diri. Buat masa ni, topeng oksigen tu je yang mampu bantu dia untuk terus bertahan dan bernafas. Kalau tak..." Air mata Naura tumpah juga. Selain tertekan, dia juga merasa sunyi kerana ditinggalkan begitu lama oleh Samsul.

Naura mendekati Samsul yang berdiri di hujung pintu. Wajah mereka dekat sehinggakan nafas mampu didengari masing-masing.

"Awak..." Naura merebahkan kepalanya di atas dada bidang milik Samsul. Dia tidak mampu menahan sebak dan segala masalah ini seorang diri. Tidak apalah jika Samsul tidak sudi membalas perasaannya, asalkan lelaki itu tidak jauh dari dirinya. Dan meninggalkan dia seperti sebelum ini.

Nafas Samsul mulai tak seirama. Berada berdekatan dengan Naura seperti itu mampu membolak-balikkan perasaannya yang sekian tenang selama ini. Jantungnya berdegup laju.

"Kalau awak tak sukakan saya selagi pun ,tolong jangan tinggalkan saya lagi. Kalau awak tak nak balas perasaan saya sekalipun, saya merayu sangat jangan tinggalkan saya. Saya tertekan dengan semua masalah ni. Saya tak mampu nak hadap sorang-sorang. Saya tahu awak sukakan kak Sha. Dan sampai sekarang, perasaan awak takkan boleh hilang. Tapi tolonglah, jangan tinggalkan saya. Please..."

Teresak-esak Naura menangis di dalam pelukan Samsul. Dia menangis semahunya bagi membuang segala perasaan negatifnya itu. Dia sudah tidak malu jika meluah segala perasaannya pada lelaki itu. Yang penting, Samsul tetap di sisi dan takkan berganjak dari hidupnya! Walaupun dia tahu suatu hari nanti Samsul tetap akan pergi dari sisinya, namun masa yang ada kini biarlah dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Naura.. " Samsul tidak sampai hati hendak menolak tubuh Naura yang melekap pada dirinya tetapi untuk terus berkeadaan begitu,itu juga tidak mungkin.

"Please..." rayu Naura lagi. Kini, tangannya melingkar di sekitar pinggang Samsul. Perasaan malu sudah dibuang jauh-jauh. Dia tahu itu dosa tetapi dia tidak peduli. Asalkan Samsul mahu tetap setia di sisinya.

"Please..." Naura mengongoi dalam tangisan.

Samsul mengerut dahi. Dapat dia rasakan pelukan Naura yang semakin erat itu.

"Iye, saya takkan tinggalkan awak lagi. Saya janji" ikrar Samsul pada Naura. Walaupun hatinya ragu-ragu, namun jika itu saja dapat menenangkan hati Naura, maka segala perasaannya dibiar ke tepi dulu.

"Kenapa cengeng sangat ni?"

Naura tidak menjawab, sebaliknya memeluk tubuh Samsul dengan semakin erat.

LULUH hati Haikal setelah mendengar segala kebenaran dari bibir pucat itu. Dia tidak menyangka begitu malang nasib yang menimpa dirinya. Jika dia tahu dari awal-awal lagi dia takkan memarahi dan menghukumi Nuraisha.

Wajah sembab Nuraisha merintih dan merayu minta dilepaskan dari segala kedukaan itu. Mata cantik itu menanggung seribu kedukaan dan kini dia tahu segala kesengsaraan itu. Dia masih berpeluang memiliki Nuraisha, itu pun setelah gadis itu tidak menjadi isteri lelaki lain lagi. Dia sudi menerima masa silam Nuraisha, bahkan anak yang dikandung itu juga tidak akan disia-siakan.

Dagu Nuraisha dipaut. Mata yang dibanjiri mutiara jernih itu ditatap sayu. Bibirnya menguntum senyuman manis.

"Jangan menangis Nur. Segala-galanya akan baik, percayalah. Saya janji, saya akan jaga awak dan baby awak dengan baik. Lepas ni, kita settlekan masalah awak dengan baby awak ye?"

"Tapi saya tak nak diorang tahu kalau saya sedang mengandung. Kalau diorang ambik anak saya, macam mana?" Walaupun Nuraisha tidak mahu menerima kehadiran benih itu pada mulanya, namun dia sedar segala kesalahan dan dosa Farrhan tidak seharusnya dilemparkan kepada anak dalam kandungannya.

"Kalau macam tu, lepas awak habis bersalin kita selesaikan segala-galanya. Tapi awak kena janji. Yang awak tak boleh tinggalkan saya dan Mia lagi lepas ni. Kalau tak, buruk padahnya"

Nuraisha mengangguk kepala. Fikirannya terlalu berserabut, ditambah pula dengan ketakutan yang sempat beraja sebentar tadi. Dia melihat sinar keikhlasan pada sepasang mata itu.

"Lepas ni, biar saya je jaga awak. Saya akan tolong awak dalam segala-galanya" ujar Haikal sambil mengukir senyum. Jika Nuraisha bisa merubahnya sejauh itu, mana mungkin dia akan berpatah balik ke jalan lama. Dan balasannya, Nuraisha harus tetap berada di sampingnya sampai bila-bila.

SETAHUN KEMUDIAN...

"LENA betul Fariq tidur. Eeee geramlah Mek Som dengan pipi dia. Rasa nak cubit-cubit je"

Nuraisha tergelak dengan aksi Mek Som. Sejak dibenarkan discaj beberapa bulan yang lalu, Mek Som sudah ditugaskan untuk menjaganya sepanjang tempoh dia berpantang. Kini, tempoh tersebut sudah tamat.

Nuraisha tersenyum sendiri. Dia teringat saat mula-mula mengandungkan Fariq. Haikal tak putus-putus menelefonnya setiap 15 minit dengan alasan merisaukan dirinya. Segala makan dan minum serta hospitaliti Nuraisha ditanggung 100% oleh Haikal. Dia dijaga dan dirawat dengan begitu baik sekali.

Baru kini dia terasa dirinya dihargai oleh seorang lelaki. Walaupun bukan suaminya, namun dia percaya masih ada lelaki yang baik di luar sana. Contohnya Haikal sendiri. Dia tak menafikan itu. Segala batas pergaulan dan tutur bicaranya sangat menghormati Nuraisha. Bahkan sepanjang mengandungkan Fariq, Nuraisha tak merasa kurang sedikitpun kasih sayang dari orang sekeliling. Haikal bijak menghibur hatinya. Mia dan Mek Som sangat mengambil berat akan dirinya.

Walaupun usia Mia masih kecil, namun dia seperti memahami keperitan yang dialaminya. Oleh itu, setiap kali dia menitiskan air mata, Mia pasti akan menghampirinya dan mengusap air matanya dengan berkata, "Mia takkan tinggalkan mama. Jadi mama kena janji, mama tak boleh menangis lagi"

Nuraisha belajar melupakan masa silam dan melepaskan segala-galanya dengan hati yang tenang. Meskipun dia tahu, segala keperitan itu tetap meninggalkan nanah yang dalam. Namun demi hidup yang aman dan tenteram, dia harus melupakan dendamnya.

"Laaa dah tidur ke si comel papa ni? Baru ingat nak main dengan dia" Suara Haikal menyentakkan lamunannya. Wajah comel Fariq yang sedang lena di dalam babycoat ditilik lagi. Melihatkan saja wajah itu, hatinya jatuh sayang selalu.

"Dia baru je habis menyusu. Tu yang terus lena" sahut Nuraisha yang sudah melabuh duduk di atas sofa. Sejak Fariq di dalam perut lagi, Haikal sudah mula membahasakan dirinya sebagai papa. Walaupun ditegah berkali-kali oleh Nuraisha kerana berasa segan, namun Haikal buat tidak tahu saja nampaknya. Penyudahnya, Nuraisha terpaksa juga mengalah.

"Menyusu yang banyak-banyak ye sayang? Nanti cepat besar. Dapat lawan boxing dengan papa" Pipi gebu Fariq dikucup berkali-kali. Geram betul dia dengan pipi itu.

Nuraisha tergelak. "Awal awak balik kerja hari ni?"

"Awallah! Anak saya memanggil je dari tadi" sahut Haikal. Dia masih berdiri di sisi babycoat dan menatap wajah comel itu.

"Papa ni kan... asyik manjakan Iq saja. Papa dah lupa ke esok hari apa?" Mia yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik, menyampuk. Siap bercekak pinggang lagi!

"Mia!" panggil Nuraisha. Dia mendepakan tangannya luas-luas. "Sini sayang"

Mia menurut saja. Tubuhnya dipangku di riba Nuraisha.

"Kenapa monyok ni?" tegur Nuraisha sambil mencuit pipi Mia.

"Esok Mia dah masuk tadika. Mia kan dah lima tahun. Papa dah lupa ke?" Wajah cemberut Mia dengan muncung sedepanya menggelikan hati Haikal.

"Mana ada papa lupa" Haikal bergerak mendekati Mia. Fariq di dalam babycoat diserahkan kepada Mek Som untuk dijaga.

"Dah tu?" Mia masih dengan muncungnya. Haikal mengekek.

"Asyik merajuk je anak papa ni. Sini" Mia duduk di riba Haikal. "Esok kita daftar Mia sama-sama ye? Papa tak kerja esok"

"Janji?" Mia memandang wajah Haikal. Bukan dia tidak tahu kecuaian Haikal yang sering kali alpa dengan janjinya sendiri.

"Iye, papa janji. Tapi esok mama drive. Mama kan dah pandai drive. Dah ada lesen pulak tu" cadang Haikal tiba-tiba.

Nuraisha tersentak. "Tak naklah!"

"Laa apasal pulak?" Seingat dia, Nuraisha sudah memiliki lesen memandu sendiri. Bahkan sejak setahun ini, dia sudah mempelajari banyak perkara. Penampilannya juga kelihatan anggun. Haikal memang sudah merubah Nuraisha menjadi seseorang yang lain.

"Awak tak ingat ke? Dulu saya drive kereta awak tu,lepas tu saya langgar kereta orang. Beribu jugak melayang sebab nak bayar ganti rugi" Peristiwa itu takkan mungkin dia lupa sampai kapan pun. Disebabkan itulah, Haikal terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi menampung segala kerugian pada kereta itu.

"Tu hal kecik jelah! Lagipun ,kalau awak tak belajar dari kesilapan macam tu, sampai bila-bila pun awak takkan pandai! Esok saya temankan awak. Jangan risau sangat"

"Kalau saya langgar kereta orang lagi? Atau saya langgar benda lain? Atau saya langgar orang?"

Jari-jemari Nuraisha digenggam sehingga bibirnya berhenti berbicara.

"Nur percayakan saya kan?"

Wajah Haikal dipandang. Perlahan-lahan, Nuraisha mengangguk kepalanya.

"So, the problem is settled!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience