30

Other Completed 493332

LELAKI yang separuh abad itu tersenyum puas tatkala selesai menikmati 'hidangannya'. Matanya sempat mengerling ke sisi. Tubuh gadis itu sudah lunyai dikerjakannya. Badannya menunduk sedikit lantas mensasarkan bibir kemerahan itu dengan penuh nafsu. Kemudian, beberapa keping not wang berwarna ungu diletakkan di tepi tubuh gadis itu.

Wajahnya merekah dengan senyuman. "Thanks untuk semalam sayang. I puas sangat"

Adira tersenyum hambar. Matanya sudah tercelik namun bibirnya tak mampu mengungkap walau sepatah perkataan. Dia menutupi seluruh tubuhnya yang tanpa seurat benang dengan selimut tebal seusai lelaki tadi menapak keluar dari bilik.

Termasuk hari ini, sudah banyak lelaki yang menjadikan dia sebagai tempat melepaskan nafsu. Semuanya kerana Kamal. Ya, lelaki keparat yang dia percaya sepenuh hati itu dalam diam menikamnya dari jauh. Semuanya gara-gara peristiwa malam itu!

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Adira melarikan diri daripada pihak polis. Dia ketahuan saat sedang asyik mengedar dan menjual pil khayal itu. Entah bagaimana pihak polis dapat mengesan 'hotspot' mereka selama ini. Dia meludah di tepi. Ahhh! Sial! Siapa punya angkaralah pedajal aku ni?! Mampus aku gini!

Deringan telefon bimbit menyentakkannya. Langkahnya terhenti. Dia bersembunyi di sebalik traler panjang tersebut. Lehernya dipanjangkan bagi memastikan keadaan selamat. Dia melihat nama Kamal tertera di skrin lalu menjawab panggilan tersebut. Namun belum pun sempat dia memberi penjelasan, Kamal terlebih dahulu memaki hamunnya.

"Siallah! Kenapa kau tak hati-hati? Tengok apa dah jadi sekarang. Pihak polis dapat hidu kegiatan kita selama ni. Siapa yang bodoh sangat bocorkan semua ni haa?"

Adira mengetap bibir. Ahhh! Kalau saja dia tahu siapa pelakunya, masakan dia akan berdiam diri seperti ini? Pasti teruk orang itu dikerjakannya!

"Aku nak kau balik sekarang. Sebab Jiji ada kat sini. Dan pastikan barang kau tu ada dengan kau!"

Panggilan dimatikan. Adira menyumpah lagi. Telefon bimbitnya disimpan di dalam kocek seluar. Kemudian, dia menyeluk tangan ke dalam beg bagi mencari 'barang' yang dimaksudkan oleh Kamal. Tetapi tiada satu zarah barang pun yang dia gapai.

Adira mula panik. "Matilah aku! Mana barang tu?"

Adira menyelongkar semula begnya. Dua tiga kali dia mencari, bahkan dicari di seluruh bahagian badannya juga tidak ketemu. Dia mula ketakutan apatah lagi setelah mengingati omongan Kamal sebentar tadi mengenai kedatangan Jiji.

Jiji adalah ketua mereka. Jijilah yang punya kuasa besar dalam kegiatan mereka ini. Malah Jiji turut digeruni oleh kebanyakan kongsi gelap lain kerana pengaruh dan kekayaannya. Dan Adira juga tahu bahawasanya Jiji itu sangat kejam sehingga sanggup membunuh!

"KAU hilangkan barang Jiji? Kau dah gila ke?Ke kau dah kaut semua keuntungan?"

Amarah Kamal sudah sampai ke kemuncaknya. Pipi Adira yang memutih itu ditampar berkali-kali sehingga meninggalkan kesan. Tubuh badannya ditahan oleh Ijam dan Azad di kiri dan kanan.

"Kau tahu tak barang yang kau bawak tu lebih sejuta harga dia? Kau dah hilangkan macam tu je, kau ingat senang ke nak ganti balik? Kau kerja sepuluh tahun sekalipun takkan mampu ganti balik sejuta tu faham tak??!"

Adira sudah menangis. Dia memandang wajah Kamal yang sudah seperti dirasuk hantu itu. Berkali-kali dia merayu agar dilepaskan dan diberikan satu lagi peluang tetapi Kamal enggan mendengar.

"Aku mohon Kamal. Bagi aku satu je lagi peluang. Aku janji takkan sia-siakan peluang ni"

"Ahhhh!! Kau nak peluang macam mana haaa?" Rahang Adira sudah dicengkam. Bibir mungil itu dicium rakus. Kemudian dilepaskan sebelum tubuhnya ditolak ke lantai.

"Kau..." Kamal hampir hendak menampar Adira namun laju saja ditegah oleh Jiji.

"Sabar bro" Bahu Kamal ditepuk. Dia sudah berdiri di belakang Kamal. Kemudian, berkalih ke sisi Adira. Menunduk lalu mengusap lembut pipi itu. Airmata Adira berguguran dan riak ketakutan mulai terpancar dari wajah cantik itu.

"Kita tak boleh kasar dengan perempuan. Kalau tak,nanti dia lari" ujar Jiji lembut tapi penuh makna. Dari tadi dia perhatikan saja kelakuan Kamal terhadap Adira. Dia tertarik dengan wajah cantik dan tubuh menggiur itu. Boleh buat bisnes!

"Kau nak bayar balik sejuta aku?" tanya Jiji lembut.

Adira mengangguk.

"Okey, langsai dah!"

"Haaaa?" Kamal tersentak. Adira turut terkejut. Masakan semudah itu? Atau Jiji punya rencana lain? Dada Adira mulai berombak laju.

"Bro, takkan semudah tu? Sejuta tu, banyak kan?"

Jiji melampiaskan senyuman sinis. Dia menoleh ke arah Kamal lantas berdiri di sebelah lelaki itu.

"Dia teman wanita kau?"

Kamal menggangguk dengan pertanyaan Jiji.

"Tapi aku yakin sangat dia lebih dari tu kan?" selar Jiji. Sejak dari tadi, dia perasan ada tanda merah di leher Adira. Kulit Adira sangat putih, maka tanda itu sangat jelas kelihatan.

Wajah Kamal merona merah dengan omongan Jiji. Nampak sangat segalanya jelas di mata lelaki itu. Tetapi tidak dia sangkal dakwaan Jiji kerana setiap malam dia dan Adira akan beraksi di atas ranjang.

"Macam mana?" tanya Jiji lagi. Dia tersenyum penuh makna kepada Kamal.

Mulanya Kamal tidak mengerti maksud kata-kata Jiji. Namun setelah beberapa detik, barulah otaknya mengerti omongan lelaki itu.

"Dia masih boleh pakai. Tiptop! High class!" puji Kamal kerana memang tidak dinafikan Adira memang sangat pandai melayannya di atas ranjang.

"So kau setuju?"

Kamal mengangguk pantas. Dia juga tidak memerlukan khidmat Adira lagi kerana gadis itu sudah tidak berguna lagi untuknya. Baginya, kepercayaan daripada Jiji itu lebih penting dari segala-galanya.

"Hand her over to me!" bisik Jiji di telinga Kamal.

"All yours" sahut Kamal.

Jiji tersenyum puas lantas menarik tubuh Adira untuk berdiri. Kemudian, dia mengarahkan Ijam untuk membawa Adira masuk ke dalam bilik.

Adira menjerit. Nama Kamal berulang kali diseru. "Kamal, tolong aku! Aku tak nak semua ni! Kamall!!! Kamalll!!"

Dan saat pintu bilik terkunci rapat, dia tahu peluangnya sudah tipis, terlalu tipis. Dia tidak bisa melarikan diri lagi kerana di luar sudah ada jutaan tentera yang menunggu. Sedangkan di dalam bilik tersebut ada Jiji yang tersenyum penuh nafsu sambil menanggalkan satu persatu pakaiannya. Harga dirinya bakal bernoktah di atas garisan lelaki ini sekejap lagi!

ADIRA tunduk memeluk lutut. Dia menangis di sebalik lutut yang penuh kesan luka kerana dipukul oleh Jiji. Setiap kali dia menolak untuk menerima pelanggan, setiap kali itu juga Jiji memukul dan menderanya tanpa belas kasihan. Dia sungguh penat kerana harus hidup seperti ini. Dia mungkin jahat dan jahil tetapi untuk membenarkan lelaki lain menyentuhnya sesuka hati, itu tidak pernah dia inginkan! Meskipun selama ini dia menyerahkan tubuh dan segala miliknya pada Kamal, tetapi itu dilakukan atas kerelaan. Bukan secara paksa seperti ini.

Kenangan lalu menghanyutkan dia di dalam lautan sebak. Lelaki yang dipercayai sepenuh hati, bahkan disayangi sepenuh jiwa raga sanggup menjadikan dia sebagai kambing hitam. Justeru menjadikan hidupnya kini kelam dan kusam.

Adira kesal! Benar-benar menyesal. Tatkala penyesalan timbul di tangkai hati, segalanya cukup sudah terlambat. Dia sudah tidak mampu melarikan diri lagi kerana segala-galanya sudah diikat oleh Jiji.

Paling dia sesali saat memberikan peluang kepada Kamal kerana cintanya yang terlalu mendalam. Kini dia seolah seperti boneka yang bergerak dan berjalan seperti yang dipinta. Jika dia menolak, dia akan dikasari. Dan begitulah sebaliknya. Kelamnya hidup seorang Adira sudah bermula. Dan pengakhirannya seolah tiada lagi di penghujung.

"PROJEK angah dah selesai ke kat Mersing?" soal Firash ingin tahu. Dia ketika itu sedang berada di dalam bilik Farrhan. Sejak peristiwa tadi, hatinya mulai gundah-gulana. Walaupun tidak tersirat namun dia tahu seakan ada sesuatu di antara Farrhan dan wanita kesayangannya. Mata Farrhan yang tajam dan penuh benci tidak pernah mampu ditundukkan oleh sesiapa. Tetapi redup mata itu mampu dia baca ketika matanya bertembung dengan mata Nuraisha.

"Sibuk betul! Kau dah tak sabar nak halau aku dari sini ke?" bidas Farrhan, pedas dan berapi. Muak betul dia melihat wajah Firash itu.

"Along tanya baik-baik kan? Yang emosi ni kenapa?" Firash tidak mampu mengawal getaran suaranya. Ditahan saja nadanya ketika itu.

Farrhan melakar senyum sinis. Tubuhnya dihadapkan di hadapan Firash. "Emosi? Siapa yang emosi sekarang?"

Sindiran Farrhan ternyata meninggalkan bekas di hati Firash. Dia memang emosi lantaran peristiwa tadi masih bermain-main di ruang fikirannya. Namun dia bukanlah jenis lelaki yang bisa seenaknya melepaskan kemarahan begitu saja. Ada masalah yang harus diselesaikan dengan cara baik.

Farrhan mencebik. Kebisuan Firash menjelaskan segala-galanya. Mudah saja membaca fikiran dan tindak tanduk Firash. Lelaki itu jarang sekali marah atau emosi. Tetapi jika kelakuannya atau tutur bicaranya luar biasa saja, itu bermakna kemarahannya ditonjolkan secara tak sengaja.

"Okay, since that you knew..."

Farrhan sinis semacam. Kantoi!

"Kau nak tanya pasal aku dengan Aisha?" cantas Farrhan sebelum sempat Firash menyambung.

Bibir Firash terkunci rapat. Perasaannya benar-benar gundah saat itu. Walaupun Farrhan nampak seperti anak nakal, namun belum pernah lagi lelaki itu dilihatnya membawa mana-mana perempuan ke rumah. Bahkan auranya dan wajahnya itu cukup mampu menbuat mana-mana gadis tertawan.Hanya saja perwatakannya yang sangat dingin dan sukar mempercayai orang.

"Kenapa? Angah ada apa-apa dengan dia ke?" Memikirkan itu saja, dia tidak sanggup. Apatah lagi jika benar-benar ianya terjadi. Lebih-lebih lagi, Farrhan menyebut nama Nuraisha dengan hormat.Bukan seperti selalu dia bahasakan 'perempuan'.

"Kenapa? Kalau aku ada apa-apa dengan dia, kau nak buat apa?" tukas Farrhan, sengaja menguji hati Firash. Puntung rokok dinyalakan api.

"Jangan kacau dia. Tu je along nak cakap! Dia tak macam perempuan lain. Kalau angah tak mampu nak hormat perempuan lain, sekurang-kurangnya hormat dia. She's not your type!" Tenang tapi penuh tegas amaran itu.

Kata-kata Firash mengundang tawa di bibir Farrhan. Sekejap saja dia habiskan sebatang rokok lalu dicampakkan keluar tingkap. Haihhh, lelaki memang kelemahannya perempuan! Dan Firash ternyata termasuk dalam golongan itu. Lucu pulak apabila difikirkan kembali!

"Hmmm... dia memang bukan taste aku. Dan takkan pernah jadi taste aku. Tapi aku tak tahulah kalau suatu masa nanti, dia tergoda dengan aku. Atau...aku tergoda dengan dia. Lagipun, dia bukan sebarang chick!" sahut Farrhan dengan wajah semacam saja.

"I remind you! Don't touch her!" Firash sudah meradang. Wajahnya kemerahan menahan tunjang kesabaran yang semakin menipis.

"I wouldn't!" Farrhan mengekek. "But I can't promise you!"

"Farrhan Zamani!"

Dan bayang-bayang Farrhan hilang bersama gelak tawanya. Firash mengeluh. Niatnya membawa Nuraisha lebih dekat dengannya adalah untuk sentiasa melindungi gadis itu daripada kejahatan Maksu Dara. Tetapi nampak gayanya di rumah itu juga Nuraisha takkan pernah selamat selagi adanya manusia bernama Farrhan Zamani itu!

NURAISHA mengerling ke belakang. Dari tadi, Firash asyik mengekori dan membuntutinya. Sekejap-sekejap, lelaki itu duduk melepas lelah. Kemudian, berdiri semula mengekorinya. Apa sudah jadi? Dia jadi tidak selesa dengan kelakuan Firash itu.

"Abang nak sesuatu ke?" Nuraisha bertanya apabila hatinya sudah tidak tahan melihat tindak-tanduk lelaki itu.

Wajah Firash membahang. Sejak peristiwa tadi, dia sudah 'mute' suaranya untuk berbicara dengan gadis itu. Tetapi pada masa yang sama, otaknya tak henti berfikir mengenai Farrhan. Cemburu atau marah? Atau dia risau? Mana satu ni? Arghh!!

"Diam pulak.Malaslah nak layan abang ni" putus Nuraisha lantas bergerak laju meninggalkan Firash. Macam budak-budak!

"Nak pergi mana ni?" Tangan Nuraisha ditarik rapat. Hampir saja wajah itu nak tersembam ke dada bidang miliknya. Nayaa!!

"Nak pergi toilet? Nak ikut jugak ke?"

"Boleh ke?" tanya Firash lurus bendul.

Mata Nuraisha terbeliak. Buang tabiat ke apa dia ni?!

"Mengada-ngadalah abang ni!" bidas Nuraisha lantas bergerak laju meninggalkan Firash. Dia sudah meloloskan diri di dalam tandas.

Firash masih setia menanti di luar. Dia tidak kisah tanggapan Nuraisha ke atas dirinya. Yang pasti, Nuraisha tidak boleh terlepas langsung dari pengawasannya selagi Farrhan ada di rumah itu.

"Oh mak kau!" Nuraisha sempat melatah tatkala melihat figura Firash yang setia terpacak di hadapan pintu tandas. Dia hairan dan bingung dengan lelaki itu. Rasa marah pun ada sampaikan dia rasa nak ambik senduk dan ketuk di kepalanya! Buang tabiat tak sudah-sudah!

"Abang ni kenapa? Ada masalah ke?" soal Nuraisha lagi.

"Abang risau!" Akhirnya terluah juga akar kerisauan tahap gaban lelaki itu.Wajah mengerut Nuraisha ditatap. Seketika, cerita Encik Affendi suatu ketika dulu terngiang-ngiang di telinganya. Farrhankah lelaki itu? Jika benar, itu bermaksud mereka pernah mempunyai sejarah bersama. Tetapi kenapa mereka seperti tidak pernah langsung mengenali?

"Risau kenapa?"

"Ikut abang" Tangan Nuraisha ditarik.

"ABANG..." Nuraisha menolak tatkala tubuh sasa itu mendakapnya erat. Tangan Firash sudah mula naik ke bahunya lalu turun ke bahagian belakang. Seterusnya, lembut saja tangan itu mengusap belakang badannya.

Ketika itu,mereka berada di bilik bacaan. Ruangan yang sepi dan terbias sedikit dengan cahaya lampu membolehkan Nuraisha mendengar degupan jantung Firash yang kuat.

"Apa yang abang risaukan? Share dengan Sha" Tangan Nuraisha mula membalas dakapan lelaki itu.

Firash hanya membisu. Dia masih tenggelam dalam pelukan Nuraisha sambil menggerudi jawapan di sebalik kisah silam gadis itu empat tahun lalu. Dalam tak sedar, dia hampir memarahi gadis itu kerana tidak mahu berterus-terang dengannya akan peristiwa empat tahun itu.

"Sha sayang abang?" tanya Firash sedikit lembut.

Nuraisha menelan liur. "Kenapa abang tanya?"

"Just answer me!" bentak Firash, kasar dan sedikit meninggi. Intonasi suaranya sudah berubah.

"Sa..sayang. Sha sayang abang" luah Nuraisha jujur. Mana mungkin dia bisa menipu perasaannya lagi. Lelaki itu cukup sempurna di matanya.

"Tak tipu?" tanya Firash lagi. Suaranya kembali tenang dan nafasnya mulai teratur. Lega dengan pengakuan gadis itu.

Nuraisha mengangguk laju. "Sumpah!"

Pelukan dilepaskan. Wajah Nuraisha ditatap penuh kasih sayang. Namun hatinya sungguh tidak mampu menahan gelojak yang melanda ketika itu. Berduaan dengan Nuraisha cukup mengocar-ngacirkan kedamaiannya.

"I'm sorry, but I can't handle myself..." luahnya seraya menarik Nuraisha rapat ke sisi. Bibir itu dikucup lembut. Tangan Nuraisha yang tidak mahu duduk diam dibawa ke belakang.

"Abang!!" Jeritan Nuraisha menghentikan perlakuan Firash. Dia hilang kawalan. Wajahnya diraup berkali-kali. Ya Allah, apa aku dah buat ni? Kedua tangan Nuraisha diraih.

"Abang mintak maaf. Abang terbuai..." Firash mengetap bibir.

"Abang.. Jangan buat Sha takut" Suara Nuraisha kedengaran sebak.

Firash menggeleng kepala. Terbukti,dia memang tidak mampu menahan diri saat berdua dengan gadis itu. Dia tidak mahu terus menyentuh dan membelai Nuraisha tanpa rela. Dia mahu memiliki segalanya dengan penuh kerelaan dan dalam kenikmatan.

"Kita kawen sekarang!"

"Haaaa??" Nuraisha terpinga-pinga!

rahsia lampau aisha dah semakin terbongkar. sabar okey? :-) selamat membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience