15

Other Completed 493332

SEJAK peristiwa di sungai kelmarin, hubungan Nuraisha dan Firash semakin akrab. Selesai saja projek binaannya, Firash pasti menapak ke sungai bagi menemui Nuraisha di sana. Mereka berbual dan berkongsi segala cerita.

Kesempatan itu sengaja diambil oleh Firash kerana dia benar-benar ingin mengenali siapa sebenarnya Nuraisha. Dia ingin berkongsi segala rasa dengan gadis itu, seperti mana yang pernah dilakukan oleh Samsul sebelum ini.

Dan yang paling penting, siapa sebenarnya dua wanita itu yang tinggal bersama Nuraisha? Hatinya benar-benar ingin mengorek segala rahsia gadis itu.

"Ni cucian yang terakhir" ujar Firash sambil tersenyum. Puas hatinya dapat menolong gadis itu meski penat bekerja masih belum hilang.

"Terima kasih" ucap Nuraisha lalu menolak bakul baju ke tepi.

Melihatkan ruang di antara mereka mula jauh, Firash terlebih dahulu mengambil posisi bersebelahan Nuraisha. Wajah Nuraisha yang keruh dibiarkan saja.

"Ada sesuatu yang saya nak tanya awak. Itupun kalau awak tak kisah"

"Apa yang...." Nuraisha berjeda. Teringat kembali permintaan Firash semalam, dia menimbang tara sama ada hendak bersetuju atau sebaliknya. Tetapi demi sebuah hubungan atas dasar kepercayaan, akhirnya Nuraisha akur juga pada permintaan Firash.

"Apa yang abang nak tanya?" Nuraisha kedengaran agak segan silu saat membahasakan Firash dengan panggilan itu.

Dan Firash benar-benar berantakan saat disapa sebegitu oleh Nuraisha! Dia sungguh tidak percaya jika permintaannya semalam benar-benar ditunaikan oleh gadis itu.

"Ohh errr.. saya.. Abang nak tanya, siapa dua orang perempuan yang tinggal dengan Sha kat rumah tu?"

Persoalan Firash mematikan senyuman Nuraisha. Dalam masa yang sama, otaknya ligat mencari jawapan untuk pertanyaan tersebut. Masakan dia hendak berterus-terang? Tidakkah itu membuka aib dan kejahatan Maksu Dara dan Adira?

"Please don't tell me lies. Sebab abang tahu,diaorang jahat pada Sha. Cuma abang tak tahu siapa diaorang tu"

Dan kali ini, bibir Nuraisha seolah-olah digam ketat. Bagaimana mungkin Firash mengetahui kejahatan Maksu Dara dan Adira terhadap dirinya?

"Kongsikan semua dengan abang. Jangan simpan apa-apa rahsia pun dengan abang.You've promised me. A promise is always a promise"

Lidah Nuraisha kelu. Tiada cara lain lagi selain berterus-terang saja dengan Firash.

"YANG kamu kemas-kemas barang ni dah kenapa Dira? Nak ke mana kamu ni?"

Maksu Dara kehairanan melihat gelagat Adira yang sibuk mengemas baju dan dipindahkan ke dalam sebuah beg besar. Lagaknya macam hendak lari dari rumah saja!

Adira tidak menjawab. Tangannya laju saja melipat baju dan seluarnya. Itupun lipat-lipat malas sahaja. Dia sudah tidak sabar hendak keluar dari teratak usang itu dan mencari kemewahan yang diidamkan selama ini.

"Ehhh Dira! Aku tanya kamu. Kamu nak ke mana dengan beg besar bagai ni?" Maksu Dara sudah menghampiri Adira lalu duduk berteleku di sebelahnya.

"Orang nak pergi KL lah mak!"

"Apa??!" Mata Maksu Dara terjegil keluar. Ditolaknya perlahan bahu Adira.

"Kamu jangan nak macam-macam ye Dira? Aku tak izinkan kamu ke sana!" Wajah Maksu Dara sudah kemerahan menahan amarah yang kian memuncak.

"Apa hak mak nak larang orang pergi sana? Orang nak cari duitlah mak!"

"Apa hak aku kamu tanya? Ehh Adira, aku ni mak kamu. Mak yang mengandung dan melahirkan kamu. Kalau kamu tu bukan anak aku, takdenya aku buang masa nak halang kamu"

"Dahlah mak! Mak cakaplah apa pun yang mak nak, tapi orang tetap dengan keputusan orang! Mak tak boleh nak halang orang"

Maksu Dara mendengus kasar. Belum pernah sejauh itu dia terpisah dari Adira. Dan segala keperluan dan keinginan anaknya, pasti dia penuhi meski harus bersusah-payah.

"Janganlah tinggalkan mak Dira! Kalau kamu nak duit,mak akan bagi kamu. Kamu cakap je berapa yang kamu nak. Mak sanggup bagi asalkan kamu tak tinggalkan mak" Maksu Dara separuh merintih. Tangan Adira digapai.

Adira memandang wajah Maksu Dara. Pegangan Maksu Dara dilepaskan dengan kasar. Dia tidak betah untuk terus tinggal di teratak itu lagi. Dia ingin bebas dan keluar mencari destinasinya sendiri.

"Mak nak rasuah orang dengan duit rm500 tiap bulan ke? Tiap bulan mak dapat rm5000 dari doktor tu, tapi orang cuma dapat rm500 je. Yang selebihnya mak pulun habis. Orang tak sanggup lagi mak! Orang nak kerja KL, nak cari duit banyak-banyak"

"Okey, mak bagi kamu rm2000. Tapi Dira jangan tinggalkan mak ye?" Tangan Adira digapai kembali. Dia sudah separuh merayu, mengharap belas kasihan dari anak yang ditatang penuh kasih sayang.

"Maaflah mak. Tapi orang dah tak sanggup lagi. Lagi-lagi tengok muka si Aisha tu, naik menyampah tau tak?! Darah ni menyirap je setiap kali tengok muka dia tu"

Adira bangkit seraya melonggarkan pautan Maksu Dara. Beg besar dijinjit keluar. Tergesa-gesa dia meninggalkan Maksu Dara yang sudah lencun dek airmata.
"Dira, jangan tinggalkan mak! Mak merayu dengan Dira" Kaki kiri Adira sempat dipaut. Maksu Dara bertatih di situ dalam tangisan.

"Lepaslah mak! Mak menangis airmata darah sekalipun, orang tetap takkan ubah keputusan orang! Ishhh...naik semak betullah!!"

Tubuh Maksu Dara ditolak kasar sehingga tubuh itu bertemu dengan lantai. Terhenjot-henjot bahunya menahan sebak yang mendiami ruang hati. Pilu rasa hati apabila anak sendiri tega memperlakukannya seperti itu.

"Diraaaa!!!"

TUBUH tua itu bergerak-gerak dengan wajah yang sarat dengan airmata. Saat mata masih terpejam rapat, wajah dan senyuman Adira bermain di tubir mata.

Maksu Dara mencelikkan mata. Harapan hatinya agar Adira ada di sisi, sedang menemaninya saat itu. Hajat hatinya semoga kejadian tadi adalah mimpi semata-mata. Namun saat bertembung dengan wajah polos Nuraisha, hatinya mendongkol geram.

"Apa kau buat kat sini? Anak aku mana?"

"Sha.. Sha tak tahu. Sha balik tadi, Sha nampak maksu tertidur di luar. Atas tanah"

Maksu Dara mencerlung tajam. "Heii bodoh! Takkanlah aku sedungu tu nak tidur di atas tanah. Aku bukan bodoh macam kau!" Dahi Nuraisha ditunjal. Semakin membuak rasa sakit hatinya, apatah lagi dengan kebodohan Nuraisha saat itu, cukup menambah segala bebanan di hati.

Firash yang bersandar di tepi pintu hanya mampu memerhatikan saja kelakuan Maksu Dara. Selagi Nuraisha tidak dikasari seteruk sebelumnya, selagi itu dia tidak akan bertindak. Namun tidak semudahnya juga dia berdiam diri jika sesuatu yang buruk menimpa diri Nuraisha.

"Maafkan Sha, maksu"

"Maaf-maaf. Tu aje yang kau tahu"

Nuraisha menelan liur. Dia menggapai semangkuk bubur nasi yang diletakkan di atas meja lalu diserahkan kepada Maksu Dara yang terbaring di atas katil.

"Sha buatkan bubur. Maksu makan ye?"

"Tak hingin aku dengan bubur kau ni!" Mangkuk berisi bubur dicampakkan di atas lantai. Pecah berderai mangkuk tersebut berserta dengan isinya.

Melihatkan itu, Nuraisha segera mengutip serpihan kaca di atas lantai. Wajahnya sudah basah dengan airmata.

Firash tersentak dengan kelakuan Maksu Dara. Dari tadi lagi Maksu Dara tidak menyedari kehadirannya di situ kerana tubuhnya agak jauh dari pandangan wanita tua itu.

"Ni semua kau punya pasal! Kalau bukan disebabkan kau, pasti Adira tak lari dari rumah. Kau ni memang pembawak malang betul! Dari kecik sampai besar, tak habis-habis susahkan aku!"

Tanpa sedar,Maksu Dara sudah berdiri di belakang Nuraisha. Bercekak pinggang sambil matanya terjegil memandang Nuraisha. Perasaan bencinya semakin meluap-luap tiap kali menatap wajah itu.

Dek kerana tidak mampu menahan kemarahan yang kian menebal dalam diri, Maksu Dara menolak tubuh Nuraisha ke lantai. Saat kakinya ingin hinggap pada tubuh badan itu, laju saja tangan Firash menghalang.

Maksu Dara kaget. Dilihatnya lelaki itu memeluk Nuraisha sambil matanya menjeling ke arah dirinya.

"Tolong jangan melampaui batas! Aisha bukan binatang yang sesukanya boleh disepak atau ditendang"

Nafas Maksu Dara turun naik. Berbakul-bakul sumpahan dalam hati yang dia berikan pada Nuraisha. Tanpa sebarang kata-kata, dia tergesa-gesa meninggalkan mereka berdua di situ.

"Aisha..."

"Tssk...tssk.." Sedu-sedan Nuraisha jelas kedengaran. Betapa sakitnya rasa hati menahan setiap lontaran kata-kata Maksu Dara. Dan kini, dia segan kerana dipermalukan di hadapan Firash.

"Sha.." Airmata Firash turut sama bergenang. Nasib Nuraisha tak jauh bezanya dari dirinya. Mereka berkongsi nasib dan perkara yang sama.

"I'm here for you" Tubuh Nuraisha dipeluk erat. Biar kesedihan Nuraisha turut sama dirasai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience