38

Other Completed 493332

WAJAH tua itu cemberut dari tadi memandang insan di hadapannya. Betapa hatinya merindukan sang anak yang menghilang tanpa berita itu. Dia rindukan kasih sayang dan kata-kata dari bibir cantik itu. Namun kenapa seperti ini pertemuan mereka?

Kertas bersaiz A4 yang dipegang kejap ditilik sejenak. Dalam diam, dia merintih kesedihan. Barusan, Adira menyatakan hasrat kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Jika hasrat lain, dia masih boleh menerimanya bahkan akan segera dilunaskan. Tetapi hasrat yang satu itu, ternyata hatinya amat payah untuk menuruti.

"Mak sign jelah! Nanti orang bagi keuntungan sama banyak dengan mak" Adira memujuk. Dia sudah melekap di sisi Maksu Dara dengan mimik manja yang sengaja dibuat-buat.

Beberapa hari yang lepas, Kamal ada memaklumkan kepadanya mengenai status tanah rumah milik mereka saat ini. Aset tanah tersebut berjumlah jutaan ringgit jika dijual. Mendengarkan itu, hati Adira melonjak gembira. Ternyata, teratak usang yang diduduki selama berpuluh tahun itu memiliki nilai yang sangat besar. Adira tidak mahu rugi. Oleh itu, dia dan Kamal merancang untuk menjual tanah rumah tersebut kepada seorang saudagar kaya yang juga merupakan orang terpengaruh dalam dunia politik.

Disebabkan itulah dia membuat keputusan untuk kembali ke Mersing dan memujuk Maksu Dara bagi menandatangani surat pemilikan nama. Kemudian ,keuntungannya akan dibagi sama rata.

"Rumah ni je yang tinggal. Kalau kamu jual, mak nak duduk mana?" Suara Maksu Dara kedengaran sebak. Sesal di hati tak sudah dengan sikap Adira itu.

Adira buat muka. Dia sempat mengeluh lantas mengubah posisi duduk. Dia bersimpuh di hadapan Maksu Dara dan cuba untuk meyakinkan ibunya.

"Mak. Mak tahu tak, jumlah rumah ni berjuta harganya. Tanah rumah ni sangat bernilai. Peluang ni hanya datang sekali. Kalau mak lepaskan, peluang ni takkan datang kali kedua. Mak nak ke lepaskan macam tu je?"

"Mana kamu tahu rumah ni berjuta nilai dia? Rumah ni dah usang" sahut Maksu Dara sambil terbatuk-batuk. Dadanya diurut bagi menenangkan kondisi dirinya.

"Alaa orang tahulah! Ada orang kaya dah datang tengok tanah kampung ni. Dia cakap, tanah kita ni mahal nilainya. Sebab tak jauh dari sungai dan rumah ni paling hujung. Diorang suka dengan pemandangan rumah ni"

Maksu Dara senyap.

Melihatkan reaksi Maksu Dara, Adira menyambung kembali.

"Rumah usang ni boleh dicantikkan semula. Yang tu pandai-pandai dioranglah buat. Yang penting, kita buat kerja kita. Nanti dah selesai urusan jual beli, Dira bagi mak duit. Separuh dari keuntungan tu kita bagi sama rata"

Mata Maksu Dara berkaca. Bukan ini yang dia inginkan daripada Adira. Setelah berbulan tidak berjumpa, dia hanya ingin memeluk dan mencium anak gadisnya itu. Dia dahagakan kasih sayang anaknya itu. Namun Adira datang membawa hasrat yang bakal merobek hatinya sendiri.

"Nanti mak duduk dengan orang kat KL. Lepas ni, tak perlulah kita jauh lagi"

Mendengarkan itu, hati Maksu Dara yang layu berkembang semula. Matanya bersinar-sinar memandang wajah si anak. Airmata yang hampir jatuh dikesat perlahan. Bahu Adira disentuh.

"Be..betul ke? Dira bawak mak pergi KL?"

"Aah. Betullah!" sahut Adira sambil mengangguk kepala.

Bibir Maksu Dara mengorak senyuman lega. Kalau begini kesudahannya, dia tidak akan menangguh lagi. Jika rumahnya harus digadai demi berada dekat dengan Adira, maka dia sanggup. Bahkan dia rela mengorbankan seluruh harta sekalipun demi Adira.

Lantas, dia menurunkan tandatangan di atas kertas putih itu. Dengan harapan, dia tidak akan jauh-jauh lagi dari Adira.

"PINDAH? Tapi kenapa?" Nuraisha terkejut dengan cadangan mendadak suaminya itu. Mana tidaknya, sebelum ini Firash sendiri yang meletakkan syarat untuk terus tinggal di rumah agam milik papanya. Kini, Firash sendiri yang melanggari syarat tersebut.

"Saja" sahut Firash mendatar. Dia sudah melekap di belakang Nuraisha lantas memeluknya erat. Bahu isterinya menjadi sasaran bibirnya. Ahh! Keinginan yang satu itu datang menggila tiba-tiba.

"Tipulah! Dulu abang cakap kita stay kat sini je lepas kawen. Sekarang abang sendiri yang ajak pindah. Nanti mama dan papa kecik hati macam mana?" Nuraisha menggeliat saat bibir Firash hinggap di cuping telinganya.

"Abang terasa nak tukar fikiran. Kalau duduk rumah sendiri, lagi senang kan? 24 jam privasi, takde orang kacau" sakat Firash. Kali ini, bibirnya galak mencium leher Nuraisha.

"Takkan 24 jam nak berkepit?" Nuraisha lurus bendul! Firash tergelak.

"Nak buat macam mana? Dah isteri abang ni pandai menggoda!" Pipi Nuraisha dikucup manja.

"Mengadalah abang ni!" rengek Nuraisha. Wajahnya merona.

"Sayang tak nak pindah ke?" tanya Firash lagi. Kini, tubuh Nuraisha melekap ke dadanya. Diusap lembut belakang Nuraisha. Dia tidak boleh gelojoh. Pelan-pelan, biar Nuraisha turut sama menikmatinya nanti.

"Bukan Sha tak nak. Tapi abang sendiri yang janji dengan mama papa. Yang kita akan terus duduk sini.."

"Tapi abang cakap dalam masa setahun dua kan? Lepas tu, kita boleh pindah" pintas Firash ,membetulkan hujah Nuraisha.

Nuraisha diam. Asyik dia terbuai dengan belaian lembut Firash di seluruh badannya. Dia tahu apa yang diinginkan oleh Firash saat ini.

"Nak tak?" Firash inginkan kepastian.

"Terpulang abang. Sha ikut je"

Firash tersenyum. Lega hatinya dengan sikap penurut Nuraisha. Dia bukannya apa. Daripada dia terus cemburu dan memikirkan hubungan silam Nuraisha dan Farrhan, ada baiknya jika mereka menjauh dari Farrhan. Setidak-tidaknya, tidak ada yang harus dia khuatirkan mengenai Farrhan dan isterinya.

"Esok kita pindah rumah baru" ujar Firash lantas menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Nuraisha.

Pelukan terlerai gara-gara bicara Firash yang sungguh membuatkan hati Nuraisha berdetak. Tampang Firash dipandang.

"Kenapa?" soal Firash.

"Abang dah beli rumah ke?"

"Dah" Gara-gara Farrhan, Firash cepat bertindak. Jika ditangguhkan, entah apa lagi yang bakal terjadi.

"Bila abang beli? Kenapa Sha tak tahu?"

"Suprise!"

"Mana ada suprise lagi! Sha dah tahu"

Firash tergelak dengan mimik muka Nuraisha. Bikin hatinya geram saja!

"Banyak tanyalah sayang ni! Ikut je abang pindah"

"Ohh.. Kalau macam tu, Sha kena kemas baranglah kan? Baju abang, baju Sha, lepas tu barang keperluan lain lagi. Tapi nak kena cari beg dulu. Kalau tak..."

Kata-kata Nuraisha dipintas terus oleh bibir Firash. Laju saja dia menindih bibir tersebut sambil mengusap belakang Nuraisha.Seketika, mereka masing-masing menikmati segalanya.

"Buat kerja tu nanti. Sekarang, sayang buat kerja yang ni dulu"

Tubuh Nuraisha dicempung lalu dibawa di atas katil. Keadaan mula sunyi sepi dan gelap gelita...

"MIA tak suka! Siapa bawak dia ke sini?"

Mia mencemuh dengan kehadiran Balqis di situ. Riak wajahnya tampak jelas dengan keruh di dahi.

Wajah Balqis berubah mendadak. Niatnya baik, hendak menjaga dan menemani Mia kerana Haikal ada urusan luar hari ini. Oleh itu, dia menawarkan diri dengan harapan dapat mengambil hati Haikal.

"Mia!" Mek Som sedikit tersentak.

"Mia tak suka dia!!" bentak Mia.

Balqis menggigit bibir. Kalau bukan disebabkan Haikal, masakan dia mahu membazir masa bersama dengan Mia. Sudahlah anak itu memang bijak, kini dia menolah Balqis terang-terangan pula. Hatinya mendongkol geram.

"Auntie teman Mia satu hari ni okey?" Balqis memaniskan wajah.

"No way!" Mia memeluk tubuh. "Papaaa!!"
Mia menjerit memanggil Haikal di dalam tandas. Tidak lama kemudian, Haikal keluar lalu mendekati Mia.

"Kenapa sayang?"

"Papa pergi mana?"

"Papa ada meeting. Mia duduk elok-elok dengan auntie Qis ye?" Kepala Mia diusap.

"Mia tak nak!"

Haikal tersentak.

"Mia!"

"Mia tak nak mama baru!"

"Mia!" Haikal pula menjerit. Dia hampir hilang sabar dengan karenah Mia. Semudah itu Mia menuduhnya. Dia tidak pernah ada niat untuk beristeri baru buat masa sekarang.

"Kenapa cakap macam tu dengan papa?" Mek Som cuba memujuk.

"Mia tak nak mama baru! Lagipun, bukan macam ni yang Mia selalu mimpi. Mama dalam mimpi Mia pakai baju kurung. Bukan macam ni! Seksi!" Mia mengkritik penampilan Balqis yang memakai skirt pendek dan blouse ketat.

Wajah Haikal mula merona. "Mia, berapa kali dah papa cakap? Mama dalam mimpi Mia tu tak wujud!"

"Mama wujud! Kalau tak, macam mana Mia boleh ada? Papa jahat!!"

Mia berlari ke biliknya, meninggalkan Haikal yang terkebil-kebil di situ. Kata-kata Mia dicerna sebaik mungkin. Pemikiran Mia memang diluar kotak. Dia bingung sendiri.

"Apa maksud Mia tu?" tanya Balqis setelah merapatkan diri di sisi Haikal. Dia juga kebingungan mendengarkan bicara dari bibir itu. Mimpi? Mama? Apa maksudnya?

"Bukan urusan you!" Haikal bersikap dingin. Tiba-tiba dia menyesal memperlakukan Mia seperti itu.

"You balik! I cancel my meeting today" arah Haikal.

Balqis tercengang. "Tapi meeting ni kan penting. Takkan you nak lepaskan macam tu je?"

Haikal berpaling lantas bersabung pandangan dengan Balqis.

"Sekarang ni, siapa bos? You ke I? And lagi satu, anak I lagi penting dari apa-apa benda kat dunia ni. So I tak hadap duit berjuta tu sebab anak I lagi bernilai dari tu. So, you balik sekarang sebab I tak nak Mia tengok you kat sini"

Dan Balqis kecewa. Lagi-lagi kecewa dari insan yang sama.

ALUNAN muzik dari bar sangat kuat dan pasangan yang menari pula kelihatan asyik menikmatinya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Farrhan meneguk beberapa gelas kecil wain yang dituang oleh Razlan. Di kiri kanan Razlan pula ada beberapa orang gadis asing yang menemani.

"Muka kau tu jangan ketat sangat bro!" tukas Razlan sambil tergelak. Gadis di sampingnya sempat dicium.

Farrhan menggenggam gelas. Dia terbayang peristiwa mesra antara Firash dan Nuraisha sebentar tadi. Hatinya sakit melihat adegan mereka berpelukan pagi tadi. Tambahan pula, dia sempat menguping perbualan mereka ketika di meja makan tadi. Katanya, mereka akan berpindah ke rumah baru.

Farrhan mencemuh. Kenapa dia berasa sakit melihat semua itu? Padahal Nuraisha bukanlah cita rasanya. Dia hanya benci melihat kesenangan Firash. Kerana dari kecil lagi dia ingin menyaingi Firash dan mendapatkan lebih dari lelaki itu.

"Bodoh! Nak bermesra pun janganlah depan aku!" kutuk Farrhan. Matanya masih lagi terbayang akan kemesraan Firash dan Nuraisha tadi. Nuraisha menyalami tangan Firash sebelum lelaki itu ke pejabat. Kemudian, Firash membalas dengan memberikan kucupan di dahi dan pipinya. Tak cukup itu, kucupan diberikan di bibir pula. Ahhh!! Menyesalnya tengok!

"Siapa bodoh?" tanya Razlan ingin tahu.

"Firash dan perempuan tu!"

Demi mendengarkan nama itu, hati Razlan terpalu sendiri. Dia tidak akan melupakan apa yang pernah dilakukan Firash ke atas dirinya. Dia terumbang-ambing di kota metropolitan itu. Nasibnya baik kerana Farrhan masih sudi mengihsaninya.Jika tidak, dia tak ubah seperti sampah pada pandangan mata masyarakat! Oleh itu, dia pasti akan membalas dendam ke atas Firash.

"Kenapa dengan diorang?" Razlan mencungkil rahsia. Dia menghalau kesemua gadis tadi dan memberi ruang untuk Farrhan meluah rasa. Manalah tahu, ada informasi yang boleh dia gunakan sebagai senjatanya!

"Diorang nak pindah!" ujar Farrhan.

"Pindah mana?"

Farrhan diam. Pindah mana? Dia sendiri tidak tahu. Ahhh! Bukan juga urusannya!

Melihatkan reaksi Farrhan, Razlan mendongkol geram. Lantas dia menuang lagi wain ke dalam gelas Farrhan.

"Minum dulu. Biar kau calm down" pujuk Razlan lagi. Dia tahu, Farrhan akan menceritakan kebenaran hanya apabila lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Farrhan menurut saja. Diteguknya wain dengan rakus. Kemudian, dia mengajukan gelas tadi kepada Razlan, meminta lagi. Razlan senyum senang hati. Mudah saja pujuk Farrhan!

"Perempuan bodoh tu..." Mata Farrhan pejam celik sahaja. Dia benar-benar sudah mabuk!

Razlan tersenyum besar. Umpannya mengena.

"Perempuan bodoh tu milik aku! Dia dah lupa ke siapa aku?"

"Dia tak lupa, tapi kau yang tak ingat" bisik Razlan di cuping telinga Farrhan.

"Mak..maksud...kau?" Farrhan memandang wajah Razlan dengan seribu pertanyaan.

"Kau ingat tak perempuan tu?"

Lama Farrhan senyap. Dalam fikirannya cuma terbayang wajah seorang gadis yang menangis minta tolong. Wajahnya polos dan dia tampak ketakutan. Namun dia tertarik pada mata gadis itu.

Farrhan tergelak. Kuat dan lantang. Razlan tersentak. Namun dia mula faham rentak Farrhan.

"Dia tu... perempuan aku" sahut Farrhan sambil berjalan terhuyung-hayang. Meskipun bunyi muzik di luar sangat kuat, tetapi mereka masih dapat mendengar antara satu sama lain kerana saat ini mereka berada di dalam bilik. Razlan memang sengaja menempah VVIP room!

"Bodohnya dia kena kawen dengan Firash!"

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Sebab dia perempuan aku!" sahut Farrhan sambil tergelak.

"Kau nak dia jugak ke?" tanya Razlan lagi.

Farrhan memberhentikan langkah lantas berpaut pada lengan Razla.. Keningny berjongket dengan seribu persoalan.

"Manalah tahu dia pernah mengandung ke...?" Razlan sengaja memancing, kot-kot umpannya kali ini benar-benar mengena.

Farrhan tersengih. "Memang pun. Dia memang pernah mengandung anak aku" Serentak itu, kepala Farrhan jatuh di atas dada Razlan. Matanya terkatup rapat.

Razlan tercengang. Nuraisha pernah mengandung anak Farrhan??? Kenapa dia tidak tahu? Arghhh!! Banyak betul teka-teki!

hi readers! sorry baru update. here's new chapter from me. do leave your comments ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience