58

Other Completed 493332

SEJAK peristiwa semalam, kedinginan Farrhan terhadap Nuraisha semakin menjadi-jadi. Setiap malam, dia akan membawa perempuan lain ke rumah di hadapan Nuraisha. Dan kesemua perempuan yang dibawa adalah berbeza-beza. Nuraisha dipaksa menguruskan rumah tanpa ada istilah istirahat. Dia dibenarkan rehat hanya ketika solat sahaja.

Apabila tiba waktu makan, dia hanya dibenarkan makan sisa Farrhan sahaja. Kadang-kadang, Farrhan sengaja menyeksa dengan memberikan dia nasi berkuahkan air putih.

Meski hatinya perit diperlakukan Farrhan sebegitu, namun dia tetap berusaha menahan sabar dan menerima takdir dengan sebaik mungkin. Dia yakin, dengan doa yang dititipkan pada Allah SWT, hati Farrhan bisa menjadi lembut. Kerana dia percaya, doa adalah senjata terkuat orang Muslim.

Pernah juga Nuraisha berusaha melarikan diri. Namun usahanya sia-sia apabila Farrhan berjaya menghidu perbuatannya. Rupa-rupanya, Farrhan ternyata lebih bijak kerana meletakkan CCTV di setiap ruang rumah bagi mengawasi segala pergerakan isterinya. Dek kerana usaha itu juga, dia dipukul teruk oleh Farrhan.

Ada satu malam, dia dipaksa untuk memuaskan Farrhan meski tubuh badannya penat dan terdapat kesan lebam. Namun Farrhan mula menggila apabila Nuraisha tidak menuruti kehendaknya. Dan dalam kesakitan menanggung derita, Nuraisha terpaksa akur pada keinginan Farrhan.

Hari itu, dia dikejutkan dengan kedatangan Samsul di situ. Nuraisha hendak mengelak namun tangannya ditarik oleh Samsul dari luar pagar.

"Bukak gate ni. Biar abang masuk!" arah Samsul dengan suara diktatornya. Tempoh hari, dia ada menerima keluhan daripada Naura berkenaan dengan rumah tangga Nuraisha dan Farrhan. Dan sejak menerima berita tersebut, dia mula mengawasi setiap pergerakan Farrhan. Dia terkejut saat melihat perbuatan terkutuk Farrhan terhadap Nuraisha. Dia hilang sabar dan mula berfikir akan tindakan selanjutnya.

Dan setelah yakin Farrhan tiada di rumah, dia mengambil kesempatan tersebut untuk bersua muka dengan Nuraisha. Alangkah terkejutnya saat wajah manis itu ditatap dengan sepasang matanya. Wajah Nuraisha lebam dan dia yakin, itu semua angkara Farrhan.

"Abang baliklah! Nanti kalau tuan tahu abang kat sini, habislah Sha" Nuraisha sudah merayu sambil menangis. Dia sudah tidak pedulikan lagi wajah dan anggota badannya yang teruk dikerjakan Farrhan.

Lehernya melilau ke kiri kanan, atas bawah bagi memeriksa posisi CCTV. Jikalau Farrhan terlihat kehadiran Samsul di situ ,pasti teruk dia dikerjakan. Dia tak ubah seperti cacing kepanasan saja, meskipun berada di dalam rumah sendiri!

"Abang tak peduli apa nak jadi. Yang penting, Sha bukak pintu ni dan kita keluar dari neraka ni! Sha nak musnahkan hidup Sha dan bertahan dengan lelaki iblis macam tu?" Radang Samsul sudah tiba ke penghujungnya.

"Abang! Dia suami Sha" Nuraisha sedikit terjerit.

Samsul meraup wajah. Arghh! Terlalu baik kau Aisha, sehingga sanggup diseksa oleh suami sendiri!

"Kalau dia suami, dia takkan kasari isteri dia macam ni! Kalau dia suami, dia mesti tahu tanggungjawab dan tugas dia. Bukannya layan Sha macam ni! Sha kena ikut abang balik sekarang!!"

Nuraisha menangis. Sejujurnya, dia memang ingin lari dari tempat itu. Tempat dan ruangan yang menjadikan dia tak ubah seperti seorang pelacur dan hamba abdi kepada suami sendiri! Namun dia benar-benar ietakutan.
Dia serik kerana usahanya dulu pernah gagal dan natijahnya, teruk dia dikenakan oleh Farrhan. Dia takut jika usaha mereka gagal lagi kali ini.

"Sha...Sha takut..." luah Nuraisha dalam tangisannya.

"Jangan takut! Abang ada. Percayalah ,Sha akan selamat. Kita keluar dari sini dan failkan kes ke atas Farrhan. Naura sendiri akan bantu Sha. Percayalah cakap abang. Lagipun segala bukti dah ada depan mata. Farrhan takkan mampu larikan diri lagi!" pujuk Samsul.

Dia dan Naura sudah berbincang serta mengatur rancangan mereka. Naura sendiri juga bersetuju untuk membantu Nuraisha. Tetapi perkara tersebut masih tetap menjadi rahsia. Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam tidak tahu-menahu perkara itu. Apabila tiba masa yang sesuai, barulah perkara tersebut akan dimaklumkan kepada Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam.

Wajah Samsul dipandang. Melihatkan keikhlasan wajah itu, Nuraisha tahu sinar harapannya kian menyerlah. Benar kata Samsul. Dia tidak seharusnya bertahan dengan kelakuan jahat Farrhan. Meskipun dia seorang suami, namun tidak semua perkara harus dituruti.

"Kita keluar dari sini ye?" Samsul memujuk lagi, lembut dan memaksudkannya.

FARRHAN menggenggam penumbuk dengan wajahnya yang kemerahan menahan gelodak di jiwa. Kamera tertutup yang dipasang di rumah menyaksikan kedatangan Samsul ketemu Nuraisha.

Taufan kemarahannya semakin gila membadai selautan hati. Dia benar-benar bencikan Nuraisha. Meskipun sudah diberi pengajaran berkali-kali ,namun gadis itu masih tetap berani melawannya. Takk! Dia tidak akan membenarkan Nuraisha memijak-mijak ego dan maruahnya sebagai seorang suami.

"Sabar! Perkara macam ni mesti disettlekan dengan bijak" Razlan yang dari tadi di sisi Farrhan bertindak menenangkan lelaki itu. Dia turut sama menyaksikan rakaman tersebut. Ketika melihat Farrhan memuncak dengan kemarahannya, hatinya tersenyum puas. Semakin dalam kebencian Farrhan terhadap Nuraisha, semakin mudah langkahnya untuk mendapatkan gadis itu.

"Kau nak aku sabar macam mana? Sial punya perempuan!" Kesabaran Farrhan semakin hilang temponya. Jika Nuraisha di hadapannya kini, pasti sudah lama gadis itu teruk dikerjakannya!

"Chill out! Kau masih nak perempuan tu?"

Rokok yang disedut mengumpulkan asap-asapnya di udara. Wajah Farrhan bengis dan kesakitan hatinya semakin terasa.

"Aku nak perempuan tu mati! Biar takde satu jantan pun yang dapatkan dia di dunia ni! Kalau aku tak dapat dia, jangan harap jantan lain boleh dapat!"

Ungkapan berbaur ancaman itu mengundang senyuman di bibir Razlan. Bagus! Kau buang dia, aku pulak yang akan ambik dia!

"Tapi aku ada plan lain yang lebih bagus. Dan yang pasti, lebih menguntungkan kau!"

Riak bengis Farrhan dijamah dengan senyuman sinis.

KERETA ALZA milik Samsul memecut laju ke destinasi yang dituju. Setelah berjaya memujuk Nuraisha, kini mereka dalam perjalanan bagi mendapatkan Naura. Mereka harus cepat sebelum Farrhan tiba. Jika tidak, semua rancangan mereka akan gagal.

Di dalam panggilan telefon sebentar tadi, Naura mengatakan bahawa perkara yang telah terjadi ke atas diri Nuraisha harus dimaklumkan kepada orang tuanya. Dia yang menahan hati dengan cerita Samsul tidak mampu untuk terus menyembunyikan rahsia ini. Biar papa mamanya tahu agar Farrhan bisa menerima hukuman setimpalnya. Samsul hanya bersetuju sahaja. Baginya, keselamatan Nuraisha menjadi keutamaan buat masa sekarang.
Kereta mereka terhenti saat ada sebuah van yang memblokir jalan mereka. Samsul dan Nuraisha berpandangan. Debaran di hati kian terasa apatah lagi jalan yang dipilih mereka sangat sunyi dan gelap.

Nuraisha menelan liur. Peluhnya merecik-recik tatkala figura itu mendekati mereka. Jelas terpampar di wajah tersebut penuh dengan dendam dan kemarahan.

"Keluar sekarang sebelum aku pecahkan kereta ni!" gertak Farrhan sambil mencuba membuka pintu kereta, tepat-tepat di tempat Nuraisha duduk.

"No!" bisik Samsul perlahan sambil menggeleng kepala.

"Abang!!" Nuraisha memandang Samsul. Dia berputus asa dengan usaha kali ini. Namun menyerah diri kepada Farrhan bukan juga hal yang baik!

Melihatkan kedegilan Nuraisha bersama Samsul, Farrhan bertindak memecahkan cermin kereta dengan besi yang dibawa dari tadi. Nuraisha mengelak, risau jika besi tersebut mengenai dirinya.

Sementara Samsul di sebelah cuba untuk menyelamatkan Nuraisha, dia diacukan pistol oleh seorang lelaki yang berdiri disebelahnya.

"Kalau kau bergerak, pistol ni akan pecahkan kepala otak kau!" ugut lelaki berbadan sasa itu.

Farrhan berjaya menarik keluar Nuraisha dari kereta. Wajah itu ditampar berkali-kali bagi melepaskan amarah di hati.Ini baru sedikit, tunggulah sampai rumah nanti! Mampus kau aku kerjakan!

"Sakit tuan! Lepaskan saya" rintih Nuraisha. Kesakitan ditarik rambut terasa sehingga ke hujung. Rasa nak tercabut kepalanya diperlakukan seperti itu.

Samsul juga ditarik keluar dari kereta. Kemudian, dia dibelasah oleh sekumpulan lelaki upahan Farrhan. Dia tidak mampu melawan sementelah kudrat dan kekuatannya hilang sekelip mata. Dapat dia lihat Nuraisha ditarik masuk ke dalam sebuah van dan dibawa pergi ke suatu destinasi.

Manakala Farrhan dibawa pergi dengan sebuah kereta lain. Samsul tidak habis fikir. Ke mana mereka membawa Nuraisha??

"KURANG AJAR!! Mana you sorokkan Aisha?! Cakap!"

Pipi Farrhan ditampar oleh Tan Sri Firman. Dia dan isterinya terkejut saat Naura menceritakan segala-galanya. Patutlah Farrhan beria-ria bersetuju mengahwini Nuraisha. Fikirnya, Farrhan benar-benar sudah insaf dan ikhlas menerima Nuraisha. Tetapi semuanya hanya untuk mengaburi matanys sahaja. Farrhan benar-benar licik!

Pipi yang ditampar dielus perlahan. Wajahnya bersahaja, seakan tiada rasa bersalah setelah memperlakukan Nuraisha seperti itu.

"Mana pun I sorok dia, takde kena-mengena dengan you!" Farrhan menjawab dengan tidak beradab!

Puan Sri Mariam yang kecewa dengan sikap Farrhan terus mendekati anaknya dan menampar pipinya sebelah lagi.

"Mama tak pernah ajar anak-anak mama untuk kurang ajar dengan kami! Mama didik kamu semua dengan baik dari kecik. Kenapa angah sanggup berkasar bahasa dengan papa?"

Kesakitan ditampar papa tidak sesakit tamparan mama. Meskipun Farrhan tidak menyukai papanya, namun besar kasih sayang dan hormatnya pada mama.

"Mama dan papa jaga dan belai angah dan adik-adik yang lain penuh kasih sayang. Tapi macam ni ke angah balas budi kami? Dengan sikap kurang ajar dan tak beradab macam ni.."

"Ma..." Farrhan menyentuh tangan Puan Sri Mariam. Namun ditepis kasar oleh mamanya.

"Ma, angah...angah takde niat pun..."

"Angah dah lukakan hati mama! Angah tahu tak, berdosa besar seorang anak melukai hati orang tuanya? Angah nak jadi anak derhaka ke?"

Farrhan berdiri bak patung cendana sahaja. Pun begitu ,egonya masih dijunjung tinggi untuk mengalirkan air mata di hadapan mereka.

"You memang bukan anak I! You anak yang tak berguna. Sepatutnya yang lahir jadi anak I ialah Firash, bukan you!"

Kenyataan dari bibir Tan Sri Firman memeritkan jiwa raga Farrhan. Setelah Firash meninggal dunia, namanya masih lagi disebut-sebut. Ternyata, dia tiada nilai di mata Tan Sri Firman. Dengan perasaan yang berbuku, Farrhan menapak dua langkah ke belakang. Segala-galanya harus diluahkan malam itu juga, tidak kiralah apa pun yang jadi!

LANGKAH Farrhan hanya diperhatikan oleh empat pasang mata di situ. Meskipun Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam kebingungan dengan tingkah Farrhan ,namun mereka masih tetap di situ menanti penuh sabar.

Farrhan bergerak ke deretan rak yang diatasnya tersusun rapi beberapa buah bingkai foto. Wajahnya ketat dan seakan tiada serinya.

Foto Firash digapai. Dia sempat memberikan senyuman sinis sebelum berlalu dari situ. Perlahan-lahan, langkahnya dihayun menuju ke ruang tamu.

Dia berdiri di hadapan Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam.

"This..." Foto Firash ditunjukkan kepada mereka. Wajahnya berubah riak. Dari sinis ke murung.

"You're only child, isn't he?" Foto tersebut dipandang lagi. Dan kebencian yang tersimpan semakin bercambah saat matanya bertembung dengan wajah manis itu. Riak murungnya bertukar rupa. Bengis!

"Kat dunia ni, you ada satu je anak lelaki. It's him right? Kat dunia ni, you cuma sayangkan sorang je anak lelaki. Again, it's him right? Pendek kata, semua kebaikan yang you buat semuanya sebab dia kan? Dan orang yang paling baik you kenal pun cuma dia kan?"

Farrhan tergelak halus.

Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam hanya mendiamkan diri.

"Kalau you sayangkan Firash sorang, why would you ever give birth to me?!"

"Farrhan Zamani!!" teriak Puan Sri Mariam dengan suara bergetar. Nadanya berbaur kecewa. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh mengecewakan hatinya. Menghiris nanah yang dulunya terubat. Membuka kembali luka lama.

Sedangkan anak yang bukan dikandungnya, anak itu yang banyak berjasa. Tetapi dia dulu pergi menghadap Ilahi. Ya Allah, kenapa begitu berat ujianMu?

"I know, ma. Siapa angah sebenarnya. Dan siapa Firash sebenarnya. I can accept that if you don't like me because of my attitude. Tapi angah tak boleh terima bila papa belakangkan anak sendiri demi anak luar nikah yang tak tahu asal usul dia!"

Papp!! Tamparan hebat dari Tan Sri Firman. Kenyataan dan kebenaran yang pahit terungkap kembali setelah hampir berpuluh tahun terikat rapi. Dia boleh menerima jika Farrhan menghina Firash dengan cara lain, tetapi apabila membangkitkan keturunan, dia sama sekali tidak mengizinkannya!

Tamparan Tan Sri Firman sedikitpun tidak meninggalkan bekas di hati Farrhan. Bahkan, wajah itu masih mampu mengukir senyum.

"Tamparlah pa! Tampar sepuas hati papa. Atau kalau papa nak lebih puas ,you can just kill me! I know that. Sejak dari kecik lagi, papa tak pernah tunjukkan kasih sayang papa pada angah. Segala yang papa beli, semuanya diberi kepada Firash. You know why I hate him so much? Because that I deserve more, but you give all that right to him!"

Tan Sri Firman hampir rebah. Namun segera ditahan oleh Puan Sri Mariam. Mereka duduk di atas sofa. Puan Sri Mariam mengurut-urut dada suaminya. Dia risau jika suaminya sakit lagi.

"Sampai mati pun, I takkan terima anak luar nikah tu dalam hidup I! And I hate you as well because you never wanted me as your son!!"

Ungkapan tersebut melemahkan jantung Tan Sri Firman. Buat pertama kalinya, air matanya gugur gara-gara Farrhan. Dia mengangkat tangan, cuba untuk menggapai Farrhan namun lelaki itu terlalu jauh untuk digapai.

"Yes, I kawen dengan Aisha sebab nak balas dendam. Bukan atas dasar cinta. I will never love her. Dan sampai nyawa hujung tanduk sekalipun, I takkan pernah terima bantuan pelacur tu!!"

Sejurus selepas itu, Farrhan cepat-cepat meninggalkan rumah dan kedua orang tuanya yang menangis di situ.

"Farr...Farr..hannn..." Tan Sri Firman rebah di atas lantai dengan telapak tangan kirinya di atas dada.

"A...abanggg! Abang!!" Puan Sri Mariam menbangunkan Tan Sri Firman. Tetapi tiada reaksi. Dia mulai cemas.

"Nauraaaaa!!!!"

geram ke dgn bab kali ni? sabar n tenang okey? ;)

Share this novel

kiki
2021-06-18 12:36:14 

welcome ;))

Hawani Hashim66
2021-06-18 12:30:34 

tqvm kiki


NovelPlus Premium

The best ads free experience