34

Other Completed 493332

MAJLIS perkahwinan sudah selesai. Tetamu dan para sahabat sudah beransur pulang. Hanya tinggal beberapa orang pekerja yang sibuk mengemas kawasan rumah dan keadaan sekeliling.

Airmata Nuraisha tumpah juga akhirnya. Lafaz akad dari seorang lelaki ajnabi telah menghalalkan dia dalam sekelip mata. Aturan Allah yang tidak disangka-sangka, dia akhirnya sah menjadi isteri lelaki itu. Kehidupan yang baru, bersama insan yang baru diharapkan dapat memberi sina baharu juga dalam hidupnya.

Pun begitu, Nuraisha tetap mengenang Maksu Dara. Dia sangat berharap wanita itu akan datang ke majlis perkahwinannya namun dia juga sedar, tidak mungkin Maksu Dara mahu menyembahnya. Hati batu wanita tua itu tiada siapa yang mampu melawannya. Penyudahnya, Nuraisha pasrah dan menerima takdir dengan hati yang terbuka.

"Sayang..." Panggilan syahdu dari suara gemersik itu membuatkan bulu romanya meremang. Pinggangnya dipeluk erat dari arah belakang.

"Buat apa kat sini? Awal betul masuk bilik?" usik Firash sambil mensasarkan pipi Nuraisha. Sudah lama dia ingin mengucup pipi itu. Dan kini segalanya menjadi kenyataan. Sekali lafaz sahaja telah mengubah 360° hidupnya.

"Saja ambik angin" sahut Nuraisha lantas tergelak. Saja cover gugup di hadapan lelaki itu.

"Sumbangnya gelak tu! Cover malulah tu" usik Firash lagi sambil mengetatkan pelukan.

"Abangggg... Dahlah! Sha malu" akui Nuraisha seraya menutup wajah dengan kedua tangannya.

Mengekek Firash tergelak. "Okey-okey, tak buat lagi dah"

Keadaan mula sepi. Masing-masing masih menikmati udara sambil melayan perasaan. Firash hampir saja terlepas sesi akadnya pagi tadi. Nasib baik dia sempat tiba tepat pada waktunya. Jika tidak, mungkin hari itu akan merubah sejarah hidupnya. Dia juga hairan, bangun-bangun lagi dia sudah berada di atas katil sebuah motel. Tanpa berlengah dan tidak ambil pusing dengan keadaan sekeliling, dia terus menerpa keluar dan segera kembali ke rumah untuk majlisnya. Sudahlah bas atau teksi juga amat sukar untuk didapati ketika itu. Tayar keretanya pula dicuri oleh siapa entah. Haishh! Ditambah pula dengan bateri telefon bimbitnya yang sudah kehabisan tenaga. Dia hampir naik gila dengan situasi tersebut.

Namun Alhamdulillah. Allah itu memang Maha Pengasih. Jodohnya masih kuat dengan gadis itu. Mereka berjaya diijabkabulkan meskipun dia telat hampir jam. Itu pun seusai saja upacara akad, dia sempat dileteri oleh Puan Sri Mariam. Firash mengeluh panjang. Terlalu banyak perkara yang berlaku hari itu.

"Kenapa abang mengeluh?" soal Nuraisha. Dapat dia rasakan degupan jantung lelaki itu yang terlalu rancak iramanya. Rupa-rupanya, Firash juga menahan debaran seperti dirinya.

"Abang penat. Banyak sangat yang abang lalui hari ni dan semalam" luah Firash.

"Kesiannya. Nanti Sha urut abang ye?"

"Tak nak urut. Abang nak yang lain" lirih Firash manja dan nakal.

Gulp! Air liur ditelan perlahan. Nuraisha faham dan mengerti maksud omongan suaminya itu. Lama dia menyepi sehingga bibir Firash mencium lehernya.

"Abang, gelilah!" tukas Nuraisha dalam tawanya. Dia menolak bibir Firash yang nakal itu.

Firash tertawa. Tubuh Nuraisha di dakap erat. Betap dia bahagia melestarikan cinta mereka dalam hubungan yang halal. Sebelum ini, hampir juga dia terpesong gara-gara tidak kuat iman. Namun kini, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana Nuraisha sudah sah menjadi miliknya.

"Sha sayang abang tak?" Firash sengaja menduga perasaan isterinya.

"Mestilah sayang" jujur Nuraisha akui. Tanpa segan silu.

"Sayang sebab apa?"

"Sebab abang baik"

"Kalau abang tak baik, tak sayanglah?" duga Firash lagi.

"Mengada!" Pinggang Firash dicubit. "Kalau abang tak baik, Sha tetap sayang. In Shaa Allah, kita akan sama-sama berubah jadi baik. Sha percaya, kalau kita sayangkan seseorang, kita sanggup jadi baik sebab dia. Kan abang?"

Firash tersenyum bahagia. Tidak salah dia memilih isteri dan pendamping hidupnya. Nuraisha memang seorang wanita yang baik dan penyayang. Bibirnya singgap pada pipi dan bahu wanita tercintanya itu.

"Abang pergi mana sebenarnya? Nasib baik sempat sampai sebelum akad. Kalau tak..."

"Kalau tak sayang nak kawen dengan Farrhan?" duga Firash lagi dengan wajah serius. Dia jadi teringat perbualannya dengan Razlan semalam. 'Perempuan tu pernah jadi perempuan kepada adik kau. Kalau tak percaya, kau boleh tanya Farrhan. Itupun kalau dia masih ingat!'

Dahi Nuraisha mengerut. Kenapa tiba-tiba Firash membangkitkan nama Farrhan? Tubuhnya dipusingkan menghadap Firash.

"Sha tak sebut pun nama Farrhan"

Firash mengetap bibir. Segala kebenaran terungkap semalam. Beberapa jam sebelum dia menghilang, Razlan ada menghubunginya dan mengatakan hasrat untuk bertemu. Kebetulan pula semalam Razlan sudah keluar dari penjara. Mulanya, dia enggan untuk bertemu dengan Razlan kerana dia ingin fokus pada majlisnya. Namun fikirannya berubah saat Razlan menyebut nama Farrhan dan Nuraisha. Hatinya mendesak untuk lebih mengetahui kebenaran di antara mereka. Sementelah dia memang mencari kebenarannya selama ini.

Perbualan mereka berlangsung selama dua jam. Lama dia mencerna kata-kata Razlan.Hampir tidak percaya namun cerita yang dibawa oleh Razlan agak serupa dengan yang pernah dikisahkan oleh encik Affendi.

Setelah selesai berjumpa dengan Razlan, dia segera pamit namun baru beberapa langkah, pandangannya gelap. Selepas itu, dia tersedar seawal jam lima pagi tanpa sesiapa di sisi. Dia kebingungan namun lebih risaukan Nuraisha dan majlis mereka.

"Abang.."

Firash terkebil-kebil. Dia mengukir senyum.

"Sayang nak apa?"

"Tak, tadi Sha tanya. Abang pergi mana? Kenapa hilang tiba-tiba? Sha takut kalau abang tiba-tiba tak muncul"

"Sorry sayang" Dahi Nuraisha dikucup. "Tadi jumpa kawan kejap. Pastu, abang terlelap. Handphone pulak takde bateri"

"Tapi boleh je guna handphone kawan abang kan?"

"Sayang tak percayakan abang ke?"

Laju Nuraisha menggeleng kepala. Bukan dia tidak percayakan Firash, namun hatinya hanya ingin tahu.

"Takpelah. Sha percayakan abang. Sha tahu abang takkan buat benda yang tak elok pada Sha"

"That's my girl" Pipi gebu itu dikucup manja. "Get ready for tonight! Ada banyak 'geli' yang abang nak bagi dengan sayang nanti" Bisiknya ke telinga Nuraisha. Sungguh, dia tidak sabar menanti malam. Arghhh! Nuraisha bisa bikin dia separuh gila!

"MABUK lagilah angah ni! Tak habis-habis nak susahkan orang. Ni kalau papa tahu, teruklah kena marah nanti!" omel Naira sambil memapah tubuh Farrhan. Pintu bilik Farrhan terbuka luas lantas dia membawa tubuh sasa itu ke ranjang.

"Ni last Naira tolong angah. Lepas ni, Naira dah tak nak terlibat sama dengan angah!" rungutnya sesudah menghempas tubuh Farrhan di atas katil. Kemudian, kakinya melangkah keluar dari bilik itu.

Mata Farrhan masih celik namun agak samar. Dalam kesamaran itu, dia terbayangkan raut wajah seorang gadis yang sedang tersenyum padanya. Dia seperti mengenali wajah itu namun hatinya mengelak dari kebenaran tersebut.

"Bodoh!" Farrhan menggapai seketul bantal lalu dicampakkan ke dinding. Kemudian, dia tergelak seorang diri. "Perempuan tu dah jadi hak milik orang lain. Ha ha ha.."

Farrhan membenamkan kepalanya ke dalam bantal. Dia hampir ingat akan kejadian lampau namun otaknya tidak mampu untuk terus menggerudi kisah tersebut. Wajah gadis itu dan senyumannya bersatu dalam ingatannya. Namun wajahnya tidak begitu jelas.

"Siapa dia?"
Farrhan mengangkat kepala dengan mata tertutup.

"AISHA!"

Norman tersentak. Wajah Razlan dipandang dengan penuh tanda tanya. Siapa Aisha? Dia benar-benar ingin tahu. Barusan mereka bercakap mengenai Farrhan. Tiba-tiba saja Razlan menyebut nama gadis lain.

"Siapa Aisha?"

Razlan tersenyum sinis. Ingatannya melayang mengingati peristiwa empat tahun lalu. Meskipun sudah lama berlalu, namun dia masih ingat dengan jelas setiap inci wajah gadis tersebut. Bahkan suaranya dan tangisannya jelas terpancar pada riaknya. Perempuan yang suci pada pandangan Firash namun hakikatnya...

"Dia..."

Wajah penuh ingin tahu Norman ditatap dengan senyuman sinis. Norman tidak mengenali Nuraisha kerana dia tidak ada bersama mereka empat tahun lalu.

"Kau nak tahu?"

"Of course! Aku rasa dia istimewa sebab tiba-tiba kau sebut pasal dia"

"Istimewa..." Razlan ulang perkataan tersebut lalu mendengus kasar. Dia memang istimewa tetapi sayangnya, dia tidak sempat mendekati gadis tersebut kerana Farrhan sudah potong line!

Dan kini, mereka bertemu kembali tetapi gadis itu sudah mutlak dimiliki oleh Firash. Tetapi dia puas kerana sudah menceritakan segala kebenaran kepada lelaki itu. Bahkan dia sudah merencana untuk memusnahkan mahligai impian mereka. Dia tidak akan berhenti selagi Nuraish tidak jatuh ke dalam genggamannya!

"If you insist, I'll let you know..."

EMPAT TAHUN LEPAS..

"PEREMPUAN tak guna tu memang layak mati! Aku nak bunuh dia" Farrhan sudah menggila dengan suaranya yang garau dan serak. Matanya kemerahan menahan amadah yang kian menggeledak dalam jiwa. Saat mengetahui Maira mengkhianati kepercayaannya, hatinya bagai disiat-siat. Mereka sudah lama menjalinkan hubungan cinta. Bahkan Mairalah satu-satunya wanita yang disayanginya sehingga ke hari itu. Namun segalanya musnah apabila Maira bertindak mencuranginya tanpa dia sedari. Malah, sudah beberapa kali gadis itu curang padanya.

Razlan menapak selangkah lantas perlahan-lahan merampas sebilah pisau yang ada dalam genggaman Farrhan. Dia sudah kecut perut dengan reaksi menggila Farrhan itu.

"Sabar bro! Sabar!! Benda ni boleh kita selesaikan dengan mudah" Lembut nada suara Razlan memujuk. Pisau tadi ditikam ke belakang. Dia sedikit lega tatkala senjata itu sudah terlepas dari genggaman Farrhan.

"Kau nak suruh aku sabar? Haaaa??" Farrhan sudah berpusing mencari apa-apa objek untuk ditujukan kepada Razlan. Matanya menangkap sebuah bongkah kayu lalu dihayunkan ke arah Razlan. Untung saja lelaki itu sempat mengelak. Jika tidak, Allah sahaja yang tahu riwayat hidupnya. Fuhh!

"Okey-okey! Kau nak aku buat apa? Bagitau aku?"

"Bunuh lelaki tu! Bunuh betina tak guna tu jugak!" Radang Farrhan sudah tiba di tahap maksima. Nafasnya tercungap-cungap selari dengan amarahnya.

"Okey, sabar! Relaks!!" Razlan sedaya-upaya menenangkan Farrhan. Otaknya ligat berfikir lantas menuangkan segelas wain kepada Farrhan. Dalam pada itu, dia sempat meletakkan sebiji pil di dalam minumannya.

"Kau minum ni dulu. Lepas tu, kita pergi serang diorang okey?" Gelas berisi wain diserahkan kepada Farrhan.Tanpa banyak pertanyaan, Farrhan sambut juga gelas tersebut. Kemudian, diteguknya dengan rakus.

Razlan turut meneguk wain tersebut sambil mengukir senyum sinis.

"AYOOO, lu punya kawan mabuk-mabuk sudah!" Jimmy menepuk dahi. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Dia melihat Razlan memapah tubuh Farrhan yang sudah separuh sedar itu.

"Ala tauke..Kalau mabuk ,itu senang lagi cerita. Wa punya kawan putus cinta. Jadi wa mahu hiburkan dia. Jangan risau, wa bayar lebih"

Razlan mengeluarkan sejumlah wang dari poket Farrhan. Diawangkan ke udara. Mata Jimmy terkebil-kebil. Terpegun seketika saat melihat beberapa keping not berwarna ungu itu.

"Lu mau ka?" umpan Razlan.

Jimmy mengangguk. Masakan tidak mahu, wang sebanyak itu dia dapat dalam satu malam sahaja.

"Okey, tapi wa mau perempuan baru. Yang lama tak mau"

"Ada-ada. Wa kasi lu pilih. Ada tiga baru masuk" ujar Jimmy. Matanya melekap pada wang yang dilayangkan oleh Razlan.

"Perempuan bodoh! Tak guna tu! Aku nak bunuh diaa!!" Farrhan tiba-tiba menggila. Kepalanya sekejap-sekejap melentok di bahu Razlan.

Jimmy menelan liur. "Lu punya kawan cakap apa?"

"Alaa, baru putus cinta maa.. Itu pasal dia cakap itu macam"

"Ayoo, nanti dia kasi kerat wa punya perempuan. Bahaya loo"

Apa bodoh punya apek?!! "Aiyaa, dia cakap itu macam bagi keluar dia punya marah. Lu tak mau ini money, tidak apa. Wa cari rumah tumpangan lain"

Razlan sudah mengatur langkah hendak pergi namun dihalang oleh Jimmy. Dia tersengih sambil menunjukkan barisan giginya yang warna keemasan itu.

"Ada dua perempuan baru masuk seminggu lepas. Masih fresh. Yang lagi satu hmm..." Jimmy berjeda. Dia teringat akan gadis malang itu. Dijual oleh ahli keluarga sendiri. Gadis tersebut sudah dua minggu berada dalam tawanannya. Namun sehingga ke saat itu, belum ada seorang pun yang melanggannya. Mana-mana pelanggan yang hendak mencuba nasib pasti pulang dengan tangan kosong kerana gadis tersebut tidak henti-henti menangis.

"Kenapa dengan yang satu lagi?" tanya Razlan ingin tahu. Berkali-kali dia menolak kepala Farrhan yang selesa di bahunya. Berat!!

"Itu... manyak susah woo. Itu perempuan kena jual sama dia punya makcik. Masih budak lagi. 16 tahun. Tapi banyak cantikkk.." puji Jimmy sambil menaikkan ibu jarinya ke atas. Terbayang-bayang dia akan mata gadis tersebut. Cantik!

Razlan mengangguk kepala tanda faham. Kalau umur masih muda seperti itu, dia tidak mahu. Dia inginkan gadis yang sudah dewasa dan serba serbi tahu. Barulah dia akan puas!

"Budak tu apa nama?"

"Aisha"

"Oh...Itu budak kasi sama ini!" Razlan memaksudkan Farrhan.

"Okey. Beress" sahut Jimmy.

"Wa mau yang lain"

"Mo man taiiii(takde masalah)" sahut Jimmy lagi dalam bahasa ibundanya.

"ENCIK.. ja...jangan apa-apakan saya. Saya merayu. Sa..saya tak nak buat se..semua..ni" Nuraisha sudah separuh merayu. Wajah Farrhan yang seakan dalam mimpi itu ditatap penuh rasa belas. Dia inginkan simpati dari lelaki itu. Namun dia tahu, dia tidak akan mampu terlepas seperti sebelum ini. Bau alkohol menyengat rongga hidungnya. Kerana itulah dia tahu, orang yang mabuk bisa melakukan apa sahaja, termasuk di luar kawalan!

Mata Farrhan terpejam dan tercelik sekali-sekala. Wajah gadis di hadapannya tidak mampu dia kecam. Fikirannya sudah menerawang ke tempat lain. Dia tersengih kemudian, wajahnya berubah bengis.

Deringan lagu Aku Dibius Cinta dari Iphone Farrhan menyentakkannya. Dia melihat skrin dan tertera nama Maira di situ. Dengusannya terluah dengan wajah menyeringa. Perempuan bodoh!

"Sini kau!!" Dia menarik bahu Nuraisha yang sudah menggigil ketakutan itu. Wangian gadis itu menyemarakkan nafsunya secara tiba-tiba.

"Lepaskan saya encik!" Nuraisha menumbuk dada bidang Farrhan sambil menangis.

Iphone Farrhan berhenti berdering. Namun hanya untuk sesaat. Kemudian, ianya menjerit lagi minta diangkat. Arghhh! Farrhan mencampakkan Iphonenya di atas kerusi dan lagu dari Iphone tersebut terus-terusan menyanyi.

"Diamlahhh! Kau nak aku bunuh kau ke haaa?!"

Esak tangis Nuraisha semakin jelas kedengaran. Dia dipeluk erat oleh lelaki tersebut. Matanya terpejam. Bibirnya terkumat-kamit membaca doa, meminta dijauhkan daripada benda yang tidak elok.

Dagu Nuraisha dipaut. Bibir Farrhan tersenyum. Dalam kekaburan pandangannya, dia mampu melihat kecantikan mata Nuraisha itu. Penuh jujur tetapi sarat dengan duka.

"Mata kau cantik! Aku suka..." pujinya tanpa sedar.

Nuraisha memejam mata. Dapat dia rasakan kehangatan bibir Farrhan hinggap pada kedua belah matanya.Pinggangnya dipaut rapat. Dada Nuraisha berombak laju. Dia menolak tubuh Farrhan seboleh mungkin namun kudratnya tidak mampu untuk terus mengelak.

"Jangan melawan aku. Kalau tak, kau akan terseksa! Malam ni, kau kena layan aku! Macam mana Maira curang dengan aku, macam tu jugak aku akan curang dengan dia! Dan kau.. kena jadi sasaran aku!"

"Lepaskan saya encik! Saya tak nak! Tolonglah saya!! Saya sanggup buat apa saja tapi jangan layan saya macam ni" rayu Nuraisha tetapi Farrhan buat tidak tahu. Tubuh Nuraisha dicempung sehingga ke katil.

"Malam ni, kau kena jadi milik aku. Biar Maira tahu, aku boleh buat apa yang dia buat!"

Farrhan mula merangkak di atas katil mendekati Nuraisha. Semakin laju Farrhan merapati, semakin laju juga Nuraisha berundur. Wajahnya sudah basah dengan airmata.

"Aku boleh bayar kau lebihlah perempuan! Asalkan kau jangan layan lelaki lain!" Tubuh Nuraisha sudah berjaya ditindih.

"Abang Samsul!!!" Nuraisha menjerit namun mulutnya ditutup oleh Farrhan. Mahkota dirinya terkorban di dalam tangan seorang lelaki yang tidak dikenali.

FARRHAN tersedar daripada tidur dengan keadaan yang tidak bermaya. Rambutnya kusut dan tiada seurat benang pun pada tubuh badannya. Dia terperanjat dengan keadaan dirinya sendiri. Bahkan dia langsung tidak mampu untuk mengingati apa yang telah terjadi. Tiada sesiapa di sebelahnya. Dia bingkas bangkit dari atas katil dan menyarungkan pakaiannya semula. Ketika itu, dia ternampak ada tompok merah di atas katil. Dahinya mengerut. Wajahnya keruh sahaja.

"Apa yang dah jadi? Aduhh, pening betul kepala aku!" adunya seraya melabuh punggung di birai katil. Dia termenung seketika, mengingati apa yang telah terjadi.

"Siapa yang bawak aku kat sini?"

Pandangannya berkalih ke arah kesan tompok merah tadi.Keningnya bersabung. Dia mendengus kasar. Lama matanya singgah pada kesan darah tersebut.

"Darah apa ni? Ni tempat apa?" Farrhan menyentuh kepalanya sendiri. Dia cuba untuk mengingati apa yang telah terjadi namun otaknya tidak berfungsi.

"Arghhh!" Dia menjerit sendiri kerana terasa hampa dengan dirinya. Ketika itu, telinganya menangkap bunyi air dari dalam bilik air.

Pantas Farrhan bangkit dan bergerak ke arah pintu bilik air. Telinganya ditekupkan ke situ bagi mengamati bunyi itu lagi. Suara air bersilih ganti dengan suara tangisan seorang perempuan.

Wajah Farrhan merona. Adakah dia tidur dengan perempuan malam semalam? Jadi, darah itu...? Farrhan menepuk dahi sendiri.

"Han, apa yang kau dah buat ni?" Berkali-kali dia menepuk dahi kerana menyesali perbuatan sendiri. Akibat terlalu panik, dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut dan melarikan diri.

NORMAN kaget saat mendengar cerita tersebut. Wajah Razlan bersahaja. Bahkan dia sempat lagi merokok di hadapannya. Raut wajahnya seolah tiada langsung riak bersalah.

"Farrhan tahu ke dia tidur dengan perempuan tu?"

Razlan gelak besar. Rokok di bibir tinggal separuh sahaja. Dicampakkan ke lantai lantas dipijak lumat. Teringatkan kembali saat dia melanggan Nuraisha dan ditolak oleh gadis itu gara-gara paksaan Farrhan, hatinya hancur berkecai bak puntung rokok itu.

Jika bukan kerana Farrhan, sudah pasti dia turut sama dapat merasa tubuh badan gadis itu. Malah sehingga ke tahap ini, dia masih kempunankan gadis tersebut.

"Manalah dia nak tahu! Tiap kali mabuk, aku bawak dia pergi situ. Dan dia mesti cakap dia nak perempuan dia. Si Jimmy tu pun satu hal. Dia boleh je bagi si Aisha tu layan Farrhan. Kalau di bodoh Jimmy tu bagi dia perempuan lain, dapat jugak aku merasa si Aisha tu. Arghh, siall!!"

"Kau pun nak perempuan tu jugak?"

"Gila tak nak bro! Dahlah cantik, first class. Kalau tak, takdelah si Farrhan tu nak langgan dia banyak kali"

Norman terdiam. Eiii.. buat dosa je banyak-banyak korang ni!

"Tapi hari tu aku ada jumpa perempuan tu"

Wajah Norman berubah. Dia kaget. "Serius arr?"

"Tapi masalahnya, perempuan tu tak ingat aku! Celaka betul!"

"Macam mana dia boleh tak ingat kau?"

"Manalah aku tahu!"

"Pelik"

Razlan menyepi. Memang pelik. Tetapi itulah kenyataan. Pertama kali dia bertemu dengan Nuraisha, gadis itu benar-benar tidak mengenalinya. Dan dia tahu Nuraisha bukan berpura-pura. Gerak geri dan bahasa badannya membuktikan itu. Apa sebenarnya yang terjadi?

"Habis tu macam mana?"

"Aku tetap akan dapatkan perempuan tu! Walaupun sekarang dia dah kawen..."

"Whattt??"

pd yg tertanya-tanya masa silam Aisha dan Farrhan, puas hati tak dgn update kiki kali ni? do leave your comments guys ^^,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience