1

Other Completed 493332

WAJAH Haikal cemas. Kereta yang dipandu seakan hilang arah. Hujan dan ribut sedari tadi tidak ada tanda hendak mengalah. Dia harus berlagak tenang dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.

Hanis di sisi dipandang sekilas. Isterinya bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Dari tadi, Hanis mengerang kesakitan dengan peluh yang merembes keluar dari seluruh wajah.
"Abang, I dah tak tahan lagi. Sakit sangat rasanya" Hanis mengerang. Rasa sakit cukup mencucuk-cucuk seluruh tubuh badannya.

"Sabar sayang. Kejap lagi kita sampai. You tahan dulu okey?"

Lengan Haikal tempat Hanis berpaut. Ya Allah, rasa sakit ini hanya Allah saja yang tahu. "Abang, I betul-betul tak tahan!" omel Hanis.

"I know, you're strong baby. Please hold on!" Haikal memberi semangat sekaligus sebelah tangannya mengusap kepala Hanis.

Tanpa diduga, sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Kereta tersebut seperti hilang kawalan kerana pemanduannya yang tidak betul.

Haikal tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta tersebut. Bunyi hentakan kedengaran kuat. Hujan dan ribut yang kuat membataskan pergerakannya.

Dikerling Hanis di sisi. Seluruh tubuh sang isteri dan wajahnya sudah dipenuhi darah. Haikal panar!

"Hanis!!!"

4 TAHUN KEMUDIAN..

HAIKAL tersedar dari tidur kerana merasakan ada gerakan pada seluruh wajahnya. Saat matanya bertembung dengan wajah cantik dan menggoda itu, dia mengukir senyum manja.

"You mimpi lagi ke?" tanya Balqis.

"Hmmm" Haikal menggumam. Mimpi yang sama yang sering mengganggu lenanya. Walaupun sudah 4 tahun peristiwa hitam itu berakhir, namun segala-galanya seolah-olah seperti baru semalam kejadian tersebut berlaku. Jari-jemari Balqis yang elok menari-nari di atas permukaan wajahnya segera ditarik lalu dibawa ke bibir.

"Awal you bangun?" Haikal menyoal seraya bangkit dari pembaringan. Kemeja pendek berwarna hitam yang terdampar di atas lantai segera digapai. Kemudian, kemeja tersebut disarungkan terus ke badan.

Balqis sudah berdiri di belakang Haikal. Aroma lelaki itu terlalu mengghairahkan jiwanya. Tubuh badannya yang sempat terdedah sebentar tadi menggiurkan hatinya.

"Saja. But actually I am still tired" jawab Balqis sambil memeluk Haikal dari arah belakang. Lama mereka 'beraksi' semalam sehingga seluruh anggota badannya kepenatan.

Pelukan Balqis ditolak kasar. Cukup sudah 'keintiman' mereka semalam. Pagi itu, dia tidak ingin lagi bermesra dengan Balqis meski seluruh belaian dan sentuhan gadis itu hinggap pada tubuh badannya.

"You masih tak puas lagi ke?" Wajah Haikal menyeringa.

"Of course! Last night was a best night I ever had"

Senyuman di bibir Haikal seakan menyindir. "Ohh so selama ni you tak pernah puas dengan mana-mana lelaki ke?"

"Haikal!" Balqis mendengus dengan riak wajah tidak puas hati. Kata-kata Haikal membuatkan dirinya terasa hina.

"What?" Haikal menyoal, bersahaja dan santai. Dia sudah lengkap berpakaian. "I cuma tanya kan? Nothing's wrong dear!"

"You sindir I ke apa? I tahu, I ni perempuan jalang. Tapi you tetap tak boleh hina I sesuka hati you"

Haikal mengekek ketawa. Balqis dihampiri. "Ohh dear! You are overreacted! Dah memang you perempuan jalang, kenapa nak kena terasa?"

Balqis menyeringa. Dia mengetap bibir. "Walaupun I perempuan jalang, sekurang-kurangnya I jugak tempat you puaskan nafsu you kan?!" Penyataan dibalas sindiran.

Tersenyum sinis Haikal dibuatnya. "So, what do you expect from me? What we did last night was to fullfill our desire. That's all! I takkan kawen dengan perempuan macam you. Dan kalau pun I jahat, I tetap akan cari perempuan baik dan suci untuk anak-anak I nanti"

Bibir diketap. Wajah Haikal dipandang tidak puas hati. Benar, dia bukan wanita sebaik yang Haikal inginkan. Namun dia mampu berubah jika itu syaratnya untuk menjadi pendamping Haikal.

"Enough! Drop that subject!" tukas Haikal seraya menapak ke pintu bilik. Belum pun sempat dia melangkah, tubuhnya didakap erat dari arah belakang.

"I love you. I nak kawen dengan you. I sanggup berubah kalau itu yang you nak" luah Balqis, jujur.

"You tahu kan? I tak suka dengan hubungan macam tu! I tak nak terikat dengan mana-mana perempuan dalam hidup I. Lepas Hanis..." Haikal berjeda. Menahan segala gelojak dalam hati. Rasa sebak mula menyerbu dalam diri.

"I tahu! I boleh jadi pengganti Hanis. Walaupun tak serupa dia, but I'll try. As long as you give me that chance. We can start everything over" Belakang Haikal dikucup. Sungguh dia mengharapkan kasih sayangnya terbalas.

Haikal menoleh lalu pinggang Balqis dipeluk. "We can still meet like this. Tapi kalau you terus desak I untuk kawen, I don't think that we can see each other again"

Bibir Balqis ditindih sebelum dilepaskan gadis itu dari sisi. Tekadnya hanya satu. Tiada lagi pengganti Hanis dalam hidupnya!

TERKOCOH-KOCOH Nuraisha mengemop lantai setelah sedar akan kehadiran Maksu Dara yang semakin menghampirinya. Jiwanya mulai gelisah, bimbang jika disergah oleh wanita itu seperti biasa. Bukan dia tidak tahu angin kus-kus Maksu Dara tersebut. Ditambah pula dengan hasutan dari Adira, anak Maksu Dara. Semakin menggelojakkan hatinya.
"Kau dah masak?" tanya Maksu Dara setelah Nuraisha dihampiri. Wajahnya sentiasa bengis jika bercakap dengan Nuraisha. Matanya pula mencerlung tajam ke arah anak saudaranya itu.

Nuraisha mengangguk laju. Suaranya berketar-ketar menahan ketakutan. "Su..sudah maksu"

"Cuci baju?"

"Dah jugak maksu"

"Dah jemur ke?"

Sekali lagi, Nuraisha mengangguk laju. Dia menelan liur.

"Aishaaaaaaaa!!!" Bergema satu rumah dengan jeritan itu.

Nuraisha mengetap bibir. Peluh mulai merencik keluar. Itu suara Adira. Dan jika Adira sudah bersuara seperti itu, nampak gayanya dia sedang dalam kesusahan. Pasti ada yang tidak kena!

"Sini kau!" Telinga Nuraisha ditarik. Teraduh-aduh Nuraisha menahan kesakitan. "Semalam aku suruh kau cuci dress pink aku ni!" Gaun berwarna merah jambu tersebut dilayangkan ke udara. "Yang kau pergi sumbat dress ni dalam baldi kenapa? Bodoh sangatlah kerja kau ni!"

"Sha...Sha baru nak cuci.." Nuraisha tergagap-gagap membela diri. Itu sajalah makanannya sejak 'dibela' oleh dua beranak itu.

"Ohh baru nak cuci!" Sinis Adira menjawab. Geram hatinya dengan kecuaian Nuraisha. Nak dilabel bodoh, orangnya belajar sampai tamat pengajian. Nak dikata pandai, kerja semudah ini pun dia tidak pecus. Arghh!!

"Mak, tengok Aisha ni! Dress ni orang nak pakai malam ni!" adu Adira kepada Maksu Dara. Dia sengaja mengadu kerana hatinya puas apabila Nuraisha dimarahi oleh ibunya.
"Aku pun tak tahulah nak cakap apa dengan budak bodoh ni! Sama macam mak dia jugak!" tempelak Maksu Dara sambil memukul bahu Nuraisha. Apabila teringatkan arwah kakaknya, Nurhayati, hatinya mendongkol geram. Gara-gara Nurhayati, dia terpaksa mengorbankan segala-galanya. Kini, dia harus mengorbankan seumur hidupnya pula hanya untuk membela anak saudara yang sangat dibencinya itu.

Teresak-esak Nuraisha menahan sakit. Air matanya sudah membanjiri pipinya. Dia rela dicaci dan dipukul, tetapi tidak sanggup apabila maruah Nurhayati diperlekehkan.

"Oi bodoh! Apasal kau nangis? Dasar anak tak guna!" Sumpah seranah Adira sudah lali di pendengarannya.

Maksu Dara mengambil gaun tersebut dari tangan Adira lalu dicampakkan ke arah wajah Nuraisha. "Kau cuci ni sekarang! Kalau baju anak aku ni tak kering sebelum pukul 4, jangan harap kau dapat makan malam hari ni!"

Tersengih wajah Adira. Puas hatinya kerana dapat membuli Nuraisha, lebih-lebih lagi dengan campur tangan daripada Maksu Dara. Dia puas!

Nuraisha tunduk mengutip gaun yang tercampak di atas lantai. Perlahan-lahan, langkah Adira dan Maksu Dara, disusuli dengan gelak tawa mereka diamati dengan hati yang kesal. Sejak dia berusia sepuluh tahun, Maksu Dara menjaganya. Namun tak ubah menjadikannya seperti amah! Segala pekerjaan rumah dan arahan daripada kedua mereka dipatuhi sahaja tanpa banyak bicara. Kerana jika dia menjawab, dia akan teruk dibelasah dan dimarahi oleh Maksu Dara. Semenjak dari tempoh itu, dia umpama insan kerdil di mata mereka. Dia masih teringat lagi pesanan terakhir arwah ibunya. "Sha pergilah mana-mana pun nak. Tapi ingat satu benda. Jangan pernah tinggalkan maksu. Dia nampak je garang tapi hati dia baik. Kalau dia berkasar, Sha kena berlembut. Api kalau lawan dengan api, dia takkan padam. Kalau ibu takde suatu hari nanti, maksulah pengganti ibu. Dan Sha kena ingat, kebaikan yang kita tanam harini akan membuahkan hasil di kemudian hari. Syaratnya kena sabar. Sabar. Dan sabar"

Dan Nuraisha terus menangis di situ, mengenangkan wajah lembut si ibu yang acapkali menenangkannya.

"MEETING dah habis, baru nak tunjuk muka?" Sinis senyuman Tan Sri Firman. Pandangan bengis dihadiahkan buat Farrhan. "Baik tak payah datang!" tempelaknya lagi. Merah wajahnya menahan malu tatkala ahli lembaga syarikat menanyakan keberadaan anak sulungnya itu.

Wajah Farrhan membeku. Ini yang dia malas hendak ke pejabat! Sudah pasti disindir oleh papanya. Jika tidak mengenangkan Puan Sri Mariam, tidak mungkin dia bersetuju untuk bersua muka dengan Tan Sri Firman.

"Where have you been?" Mata Tan Sri Firman menjeling ke arahnya.

"I was from home..."

"All day?" Tan Sri Firman pantas mencelah. Mendongkol geram hatinya dengan sikap tak bertanggungjawab anaknya yang satu itu.

"Papa ni kan..! Dah kira baik Han datang office, kalau tak datang langsung?"

"Lagi baik kalau kamu tak datang!" laung Tan Sri Firman. Bertambah-tambah rasa sakitnya mengenangkan perangai tak semengah anaknya itu.

Farrhan mendengus. Hilang moodnya hari itu gara-gara diterjah oleh Tan Sri Firman. Kalau tahu begini layanan papanya, jangan harap dia akan menunjukkan wajah di situ!

"Papa nak ingatkan Han satu benda. Kalau company ni diserahkan kepada Firash, you don't blame me for not reminding you! Dan kalau company ni menjadi hak milik Firash, Han jangan harap dapat sesen pun dari papa! Semua aset Han akan dibekukan. Ingat tu!"

Farrhan mencebik bibir. Lagi-lagi Firash! Benci betul dia mendengar nama tersebut. Firash merupakan abang tirinya. Mama Firash merupakan isteri pertama Tan Sri Firman, tetapi sudah lama meninggal dunia. Kini, dia dan Firash dibesarkan bersama-sama. Dia tahu dan faham bahawa kasih sayang Tan Sri Firman lebih memihak kepada Firash. Masakan tidak, arwah mama Firash adalah pilihan hatinya. Sedangkan mamanya pula adalah menantu pilihan keluarga. Disebabkan itulah, dia memang membenci Firash. Hubungan kedua mereka memang tidak pernah baik walaupun dia sedar Firash sering kali mengalah untuknya.

"Firash! Firash! Firash!! Heyyy, takde nama lain ke?!"

SETELAH membeli beberapa barangan dapur, Nuraisha segera pulang. Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan Samsul. Satu-satunya lelaki yang memahami dirinya.

"Mana basikal Sha?" tanya Samsul sesudah memberhentikan motorsikalnya di sisi Nuraisha. Setahunya, gadis itu biasa membonceng basikal jika hendak ke mana-mana.

Nuraisha mengetap bibir. Basikal yang biasa digunakan sudah rosak teruk gara-gara 'dikerjakan' oleh Adira. Hanya kerana tidak sempat menyiapkan makan malam, Adira bertindak di luar kawalan dengan merosakkan basikalnya. Kini, dia terpaksa berjalan kaki jika hendak ke kedai.

"Adira yang buat kan?" tebak Samsul. Melihatkan wajah sugul Nuraisha, dia pasti tebakannya tepat. Bukan dia tidak tahu Adira itu gadis persis apa. Mereka membesar bersama-sama di kampung itu. Bahkan, hubungannya dengan Nuraisha bagaikan isi dengan kulit. Semestinya dia memahami setiap karakter kedua gadis itu.

"Sha tak payah nak sembunyikan apa-apa dari abang. Abang tahu sangat" tukas Samsul tatkala Nuraisha menggeleng kepala, menjawab pertanyaannya tadi.

"Takde apalah bang. Sha dah biasa jalan kaki macam ni" sahut Nuraisha. Dia risau sekiranya Samsul menyerang Adira. Sedari kecil lagi, lelaki itu sentiasa menjadi pelindungnya. Sehinggakan banyak mulut orang kampung mengata hubungan mereka. Namun menurut Samsul, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jadi tiada apa yang hendak ditakutkan.

"Ni yang abang tak berkenan ni! Biasa sangat Adira tu, membuli je kerja dia. Dari kecik sampai sekarang. Ingatkan dah besar panjang, dah tahu baik buruk! Tapi macam tu jugak rupanya!" bebel Samsul dengan gelengan kepala. Belas hatinya melihat gadis itu. Nuraisha yang polos dan penyabar. Dia sukakan gadis itu. Hatinya sudah terpaut pada Nuraisha. Namun dia tidak berani hendak meluah rasa. Risau sekiranya Nuraisha menganggap dia mengambil kesempatan. Penyudahnya, hasrat hati hanya mampu dipendam sahaja.

"Abang jangan marah Adira ye? Nanti dia marah Sha. Sha tak beranilah!" adu Nuraisha. Selalu sangat dia melihat pertelingkahan kecil antara Samsul dan Adira. Peliknya, Adira tidak pernah melawan kata-kata Samsul sedangkan dia tahu perwatakan sepupunya itu bagaimana. Cuma yang akan menerima akibat dan tempiasnya sudah pastinya dirinya.

Mengeluh berat Samsul dengan permintaan Nuraisha. Dia kasihankan nasib gadis itu. Tidak habis-habis dirudung sengsara dari kecik sehingga sekarang. Entah ilmu apa yang Nuraisha gunakan sehingga masih mampu menahan sabar dengan tingkah jahat Adira. Jika dia, pastinya sudah lama Adira itu makan penumbuknya!

"Payahlah nak tunaikan permintaan Aisha ni!"

Tergelak kecil Nuraisha mendengarnya. Dia faham dengan sikap pelindung yang ada pada diri Samsul itu terhadap dirinya. Samsul terlalu protective sehingga ada masanya dia kurang selesa dengan sikap lelaki itu.

"Alaa, bukan susah pun! Abang dengar je lah Sha cakap. Sha tak naklah cari pasal dengan Adira tu"

"Masalahnya yang cari pasal sekarang ni Adira. Bukan Aisha! Hishh, tak faham betullah abang dengan Aisha ni! Penyabar sangat"

"Arwah mak pesan, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Nanti lama-lama, Adira sedarlah kesilapan dia"

Samsul terdiam. Ni yang dia malas hendak berdebat dengan Nuraisha! Petah sangat mulutnya bercakap sehinggakan mampu mematahkan setiap hujahnya.

"Yelah-yelah, cik adik! Dah, jom. Abang hantarkan"

"Nanti orang kampung tengoklah bang"

"Biarlah! Kita bukan buat salah pun. Yang Sha nak takut sangat ni kenapa? Dah, jom! Naik" Samsul sudah menghidupkan enjin motorsikalnya. Bersedia hendak menumpangkan Nuraisha. Bukan selalu dia dapat peluang keemasan seperti itu. Nuraisha selalu saja melekat dengan basikalnya itu. Hmm, ada baiknya juga si Adira tu rosakkan basikal Aisha! Jika tidak, melepaslah dia naik semotor begini dengan gadis pujaannya.

Dari jauh, Adira mengetap bibir sambil mendongkol geram melihat kemesraan Nuraisha dengan Samsul. Dia sukakan Samsul. Siapa saja yang tidak jatuh hati pada wajah hitam manis itu? Anak ketua kampung lagi! Sejak dari kecil lagi, dia memendam rasa terhadap Samsul. Namun perhatian Samsul selalu terarah pada Nuraisha. Itu yang membuatkan dia semakin membenci sepupunya itu.

"Mesti dia mengadu dengan abang Samsul pasal aku! Hishhh, dasar perempuan bodoh! Tunggulah nasib kau kejap lagi!"

Share this novel

Asmaj Anna
2021-08-21 22:02:50 

Tdk berhak kah Nur utk hidup bahagia, kenapa mesti ada perempuan yg sanggup merosak hidup perempuan yg lemah seperti Nur. Kejam jg kisah ni.

mrhbtrsy
2021-07-31 23:17:44 

Ada sambungan ke

Syafizahwana Zawana
2021-05-31 17:14:50 

npa xhbis ceta ny ni best


NovelPlus Premium

The best ads free experience