Completed
509456
"Dia... bukan isteri yang aku nakkan dalam hidup!" Nuraisha pasrah. Kerana dosa orang tua, dia yang menanggung beban. Dibesarkan dalam cemuhan Maksu Dara dan cacian demi cacian dari sepupunya, Adira. Dijual tanpa belas kasihan. Diperkosa tanpa rasa bersalah. Saat hatinya redha, Allah hadirkan satu-persatu ujian dalam hidupnya. Akibat angkara jahat Adira dan Maksu Dara, dia terjebak hidup dengan lelaki yang tiada pegangan agama. Mendera hatinya, emosinya, dan tubuh badannya. "Aku tak pernah redha kau jadi isteri aku! Kau isteri yang hanya mampu puaskan nafsu aku!"-Farrhan Zamani. Dan Nuraisha redha. Tetap manis mengukir senyum. Sehingga berantakan hati wanitanya, barulah sang suami menyedari kesilapan diri. Namun semuanya hanya tinggal penyesalan. Saat nyawa di hujung tanduk, kemaafan Nuraisha yang dia pohon. Namun kuatkah Nuraisha?
Update 06 December 2024