37

Other Completed 493332

NAIRA tersenyum sinis. Barusan, dia menyaksikan sendiri pertelingkahan di antara Firash dan Nuraisha. Dari riak Firash, dia tahu lelaki itu sedang dibadai ombak yang menggila. Ditambah pula dengan keadaan Nuraisha yang teresak-esak di sisi. Firash juga ada menyebut nama Farrhan dan hubung kaitnya dengan Nuraisha. Nampak gayanya, ada sesuatu yang tidak kena telah melanda hubungan mereka. Tetapi apa?

"Baru je kawen, takkan dah gaduh?"

Naira berbisik sendirian sambil bermain-main dengan loket emas rantainya.

"Apa punca diorang gaduh? Kenapa ada nama angah terkait sekali?"

"Angah? Angah kenapa?"

Naura menyampuk lantas berdiri di sebelah Naira.

"Kau ni, takde salam bagai. Terkejut aku!" omel Naira sambil mengurut dada.

"Bagi salam pun bukan kau nak jawab!" tempelak Naura penuh sinis.

"Hishh!" Naira membentak perlahan. Susah nak lawan bakal peguam sorang ni!

"Angah kenapa?" Naura sempat mendengar Naira menyebut nama Farrhan sebentar tadi.

"Tadi aku tengok drama tv!"

"Huhh?" Dahi Naura bertaut. Dia tidak memahami maksud kata-kata Naira.

"Ada satu pasangan ni. Baru je kawen. Lepas tu tiba-tiba gaduh. Dalam gaduh tu, adalah sebut nama lelaki lain. Aku rasa perempuan tu tak bagus! Kotor!"

"Kau maksudkan along dengan kak Sha ke?" Tanpa sesaat, Naura laju meneka. Otak geliganya memang tiada siapa mampu melawan, lebih-lebih lagi hint yang diberikan oleh Naira sangat mengena ke arah pasangan itu.

"Exactly!" Naira memetik jari sambil tergelak. "Gaduh besar babe!"

Wajah Naura serius. "So, apa yang lucunya kalau diorang gaduh?"

Naira menghela nafas berat lantas mengetap bibir. Nama je peguam, tapi ada jugak bongoknya!

"Luculah! Baru je kawen dah gaduh. Orang sepatutnya sweet-sweet kan? Ni tak.. aku rasa, perempuan tu memang tak bagus. Kalau tak, takdenya Firash tu nak mengamuk sebarangan"

Naira faham benar fiil Firash itu. Lelaki yang banyak sabar dan mampu menahan setiap tohmahn di dalam rumah itu cumalah Firash. Dia juga jarang melepaskan kemarahannya sesuka hati. Namun jika itu terjadi, itu bererti ada sesuatu yang tidak kena.

Kening Naura bersambung. Dia mencerna setiap kata-kata Naira. Kalau betul seperti yang diperkatakan oleh Naira, justeru apa puncanya mereka bergaduh? Benar kata Naira. Firash memang jarang menunjukkan posisi buruknya. Tetapi betul ke mereka bergaduh? Namun Naira bukanlah jenis yang pandai berbohong. Dia jenis yang straight forward saja bila berkata-kata!

"Dorang gurau-gurau manja je kot" Naura menyedapkan hati sendiri.

"Apa pulak nak manja-manja? Kalau dah sampai si Aisha tu nangis-nangis, pastu Firash tu pulak pegang lengan dia sampai tak nak dilepaskan. Lagipun, muka si Firash tu merah semacam je. Takkan tu bergurau manja?"

Naura diam. Benarkah itu? Tetapi apakah punca di sebalik pergaduhan itu?

"Tadi kau cakap, along sebut nama angah kan?"
Naira mengangguk laju.

"Kenapa?"

"Manalah aku tahu! Tapi dia cakap yang Aisha ada hubungan silam dengan angah. Lebih kurang macam tu lah yang aku dengar"

Naura tersentak. Hubungan silam?

SUDAH jam 12 tengah malam. Namun bayangan Firash masih tidak kelihatan. Nuraisha cuba menghubungi dari tadi tetapi panggilannya seakan sengaja tidak dijawab. Hatinya galau dan risau. Ini kali kedua Firash buat hal. Kali pertama, sebelum mereka diijabkabulkan.

Punggung dihenyak di atas katil. Air mata yang sedaya upaya ditahan akhirnya menyerah jua. Bertalu-talu mutiara jernih itu mengalir tanpa seizinnya. Dia mencintai Firash sepenuh hati. Tidak pernah terniat di hatinya untuk mencurangi apatah lagi membohongi suaminya itu. Meskipun dia tidak punya apa-apa, namun dia memiliki kesetiaan yang tiada berbelah bahaginya.

Hatinya terluka dengan tuduhan melulu Firash. Kenapa Firash memandang dia sejahat itu? Jelekkah dia sehingga sanggup menduakan suaminya sendiri? Tidakkah Firash mengerti bahawa hatinya telah lama tertutup untuk lelaki lain?

Nuraisha tertekan. Sangat tertekan! Dia inginkan kebahagiaan bersama Firash tetapi kenapa begini kisah hidup mereka? Kenapa terlalu sukar hatinya untuk menerima kebahagiaan abadi? Apakah salahnya sehingga Firash tiba-tiba berubah mendadak seperti itu?

Siapa dia pada Farrhan? Hubungan silam apa yang cuba disampaikan oleh Firash? Dia benar-benar tidak mengerti semua itu. Firash meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan. Bukankah dalam sesuatu perhubungan itu sangat mementingkan komunikasi dan saling mempercayai? Bagaimana jika dia kehilangan Firash secepat itu? Ya Allah, dia tidak sanggup!

Lengan yang berbekas lebam disentuh perlahan. Pun begitu, lebam tersebut tidaklah sesakit hatinya saat itu. Dia mampu menahan seribu kesan dari lebam itu tetapi tidak sanggup untuk berdepan kenyataan kehilangan Firash.

Pintu bilik terkuak. Wajah sugul Firash terpancul. Nuraisha bangkit lantas mendekati suaminya. Riak itu kelihatan sedikit tenang meski tiada segaris senyuman di situ. Lega hatinya melihat tampang itu di hadapan mata.

"Abang pergi mana?" Tangan Firash digapai lalu dikucup syahdu. Bergenang lagi air matanya. Teringat saat-saat mereka diijabkabulkan.

Tubuh Firash kaku. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga. Dia tahu dia telah menyakiti Nuraisha. Dia tahu, dia telah mengkhuatirkan isterinya. Tetapi dia hanya manusia biasa. Dia bisa tersakiti dan disakiti. Dia bukan jijik dengan masa silam Nuraisha. Dia cuma tertekan dengan teka-teki yang membelenggu fikirannya akhir-akhir ini. Dia kecewa kerana tidak dapat mencari tahu hubung kait Nuraisha dan Farrhan.

Terlalu banyak persoalan sehingga Firash sendiri lemas dalam diam. Meskipun sudah diceritakan segalanya oleh Encik Affendi dan Razlan, tetapi hatinya masih terasa ada sesuatu yang dirahsiakan. Dan itu yang membuatkan dia tertekan.

"Abang marahkan Sha lagi?"

Suara lembut itu menyentakkan lamunan Firash. Wajah Nuraisha ditatap lantas anak matanya diterokai sedalam-dalamnya. Mata yang jujur itu menjelaskan isi hati isterinya. Dan perasaannya lega kerana Nuraisha tidak menipu.

"Maafkan abang" Tubuh Nuraisha dibawa ke dalam dakapan.

Nuraisha mengangguk kepala. Hatinya bertaut lega tatkala emosi Firash sudah mampu tenang.

"Abang cemburu" luah Firash. Tubuh Nuraisha sudah dilepaskan.

"Kenapa abang cemburu? Kita kan dah kawen. Sha dah jadi milik abang yang sah. Dan hakikat tu takkan berubah sampai bila-bila"

Firash menelan air liur yang terasa pahit. Bagaimana harus dia jelaskan keadaan sebenar kepada Nuraisha? Mampukah Nuraisha memahami segala-galanya?

"Abang tahu. Cuma.. " Firash berjeda. Jari-jemari Nuraisha digenggam erat. Kemudian dibawa ke bibir.

"Abang tak mampu nak kawal emosi. Abang cemburu tengok Sha dengan Farrhan. Walaupun abang tahu Sha seorang wanita yang setia ,tapi abang tetap tak mampu nak tepis perasaan curiga bila Farrhan ada di sekeliling. Abang tak tahu kenapa abang rasa macam tu" akui Firash dengan esak tangisnya. Hatinya lembut, disebabkan itulah dia takut kehilangan Nuraisha.

"Farrhan takkan jadi asbab kita berpisah. Sha tak tahu apa yang abang fikirkan. Cuma satu yang Sha harapkan. Abang mampu percayakan Sha"

Firash mengangguk kepala. Dia bersyukur kerana Nuraisha mampu untuk menenangkan gelojak hatinya. Dagu Nuraisha dipaut lantas bibir mungil itu ditindih. Tangannya mula 'bekerja' dan meraba-raba seluruh tubuh badan Nuraisha. Saat tangannya hinggap pada lengan Nuraisha ,gadis itu menjerit sedikit.

"Sayang kenapa?" tanya Firash selepas melepaskan Nuraisha. Wajahnya cemas.

"Le..lengan..."

"Kenapa dengan lengan sayang?" Mata Firash menangkap kesan biru pada lengan isterinya.

Nuraisha mengunci mulut. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara sebenar kepada suaminya.

Firash menyepi. Baru dia teringat itu kesan cengkamannya tadi. Dia menyesal tiba-tiba dengan tindakannya.

"Abang minta maaf sayang" Air matanya gugur lagi.

"Abang tak buat salah pun. Kenapa nak mintak maaf?" Pipi Firash dielus perlahan.

"Abang buat lengan ni jadi macam ni" Lengan Nuraisha disentuh. Suaranya sebak serentak dengan rasa sesal dalam hati. Betapa teganya dia mengasari isteri yang baru dikahwininya gara-gara cemburu buta.

"Lebam ni sikit je. Sha dah biasa kena. Dah lali. Bahkan dah selalu kena lebih dari ni. Jadi rasa dia tak sakit sangat"

Cerita Nuraisha membawa Firash ke lembah duka. Walaupun tanpa ada tangisan dari wajah itu, tetapi nada kesedihan tetap tidak mampu dia sembunyikan. Betapa menyesalnya dia memperlakukan Nuraisha seperti itu.

"Abang janganlah nangis. Abang ni macam budak kecik" Nuraisha gelak bagi menutupi riak sedihnya. Pipi Firash diusap manja. Air mata lelaki itu disekanya penuh kasih sayang. Tiada lelaki lain di dalam hidupnya selain lelaki yang satu ini. Sumpah setianya hanya milik Firash.

Saat tangisan Firash semakin bergema, Nuraisha menariknya di dalam pelukan. Didakap erat agar segala nadi kasih sayang dan cinta dapat dia rasakan. Biar Firash tahu kalau dia juga tidak mahu kehilangan dirinya.

Bibir Firash disasar dalam samar -samar cahaya. Dia ingin membangkitkan gelojak hati suaminya. Firash membalas tanpa menunggu lama.

"Sha tahu macam mana nak hiburkan abang" bisiknya manja dan penuh menggoda.

"TEKUNNYA Mia tu buat kerja dia" komen Mek Som kepada Haikal yang ketika itu sedang duduk menghadap komputer ribanya.

Secawan kopi panas diletakkan bersebelahan dengan Haikal. Dia berkira-kira hendak mengatakan sesuatu kepada lelaki itu tetapi niatnya dibatalkan sahaja kerana Haikal masih sibuk dengan kerjanya.

"Ada apa Mek Som?" Haikal bertanya. Mendatar tetapi lembut suaranya. "Dari tadi tak tentu arah. Mek Som nak sesuatu ke?"

Bibir diketap. Sekilas, Mek Som menilik ke arah Mia di hadapan sana yang sibuk melukis. Kemudian, dia menghenyak punggung di sisi Haikal.

"Mek Som nak kena balik Kelantan"

Mendengarkan itu,Haikal memanggung kepala. Dia menyoal Mek Som dengan sorotan mata.

"Anak Mek Som tak benarkan Mek Som kerja lagi. Dia nak sara Mek Som.Lagipun, Mek Som dah berumur. Kadang tu macam tak larat nak buat kerja" adu Mek Som.

Haikal mengeluh. Kini tatapannya hanya pada Mek Som.

"Tapi Kal belum cari orang untuk jaga Mia. Kal tak boleh bawak Mia pergi office"

"Tak nak tinggalkan dia kat nursery?" cadang Mek Som.

Wajah Haikal berubah serius. "Mia tu jarang nak lekat dengan orang. Kalau hantar kat nursery, nanti dia menangis tak henti. Lagipun Kal tak percaya dengan nursery. Dah banyak kes yang Kal dengar dari sana"

Kali ini, giliran Mek Som pula yang mengeluh. Dia bukannya tidak mahu menjaga Mia, tetapi anaknya menuntunnya untuk kembali ke Kelantan dan menetap di sana.

"Mek Som tak boleh ke stay untuk seminggu lagi? Kal akan cuba cari orang dalam masa tu"

Mek Som terdiam. Kemudian pandangannya jatuh pada wajah Haikal. Melihatkan riak terdesak itu, dia tidak sampai hati pula hendak menolak.

"Yelah. Mek Som jaga untuk seminggu lagi. Tapi lepas tu harap Kal dapat faham keadaan Mek Som"

Haikal mengukir senyum. "Terima kasih Mek Som"

"Sama-sama"

Mek Som mengalih pandangan ke arah Mia. Kemudian, sebuah keluhan dilepaskan. Dia kasihan dengan nasib yang menimpa diri Mia. Sudahlah kehilangan ibu sejurus selepas dilahirkan, kemudian Haikal pula serba tak kena saja hidupnya. Entah apa akan jadi pada kehidupan Mia sesudah dia beranjak dewasa nanti.

"Mek Som kesian tengok Mia"

Haikal tersentak. Dia turut membuang pandang ke arah Mia.

"Dia tu nampak je macam tak tahu apa-apa.Tapi sebenarnya dialah budak yang paling memahami.Kalau Kal nak tahu, setiap malam dia akan tanya mana Kal pergi, bila Kal balik. Kal keluar dengan siapa"

"Dia risaukan Kal lebih dari diri Kal sendiri. Dia sanggup tunggu Kal balik walaupun lewat malam asalkan dapat tengok wajah Kal"

Luahan Mek Som sungguh mengejutkan diri Haikal sendiri. Dia terpana dengan sikap penyayang yang ada pada diri Mia. Selama ini, dia tidak pernah menyangka jikalau Mia seperti itu. Fikirnya, Mia seorang budak kecil yang masih tidak tahu apa-apa. Namun dia silap. Mia seorang budak kecil yang tubuhnya dihuni oleh wanita dewasa. Argghh! Dia terlepas pandang akan semua itu.

"Kal tahu tak apa yang dia lukis tu?" Soalan Mek Som mencantaskan lamunan Haikal. Dia menjawab dengan gelengan kepala.

"Tiap hari dia akan lukis gambar seorang perempuan. Bila Mek Som tanya, dia akan bagi jawapan yang sama. Dia kata, tu mak dia. Dia selalu tengok mak dia dalam mimpi. Mulanya Mek Som ingat dia main-main. Tapi bila hari-hari dia cakap benda sama, Mek Som rasa lain macam. Kal tahu tak kenapa Mia cakap macam tu?"

Haikal terdiam walaupun dalam hati dah rasa semacam. Perasaannya bercampur-baur ketika itu.

"Dia nakkan seorang ibu. Seorang ibu!" Mek Som ulang dua kali, tapi kali kedua dengan lebih kencang. Haikal tersentak.

"Mek Som faham yang Kal masih tak mampu nak lupakan arwah Hanis. Tapi sampai bila Kal nak hidup macam ni? Bergelumang dengan dosa tanpa ada sedikit rasa bersalah. Kal tak risau ke kalau Mia tahu? Apa perasaan dia kalau dia tahu Kal bukan seorang ayah yang dia harapkan?"

Bicara berbaur sindiran daripada Mek Som benar-benar menyentakkan hati Haikal sehingga dia tidak mampu untuk menjawab setiap hujahan tersebut. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengurus hidupnya sedangkan selama ini Hanislah yang bertanggungjawab mengerjakannya.

Soal untuk mencari pengganti Hanis pula, dia masih lagi merasakan tidak ada wanita sesempurna Hanis. Hanya Hanis yang memahami hatinya. Hanya Hanis yang mampu menghiburnya. Dia tahu, dia kejam terhadap Mia tetapi dia juga tidak mahu berlaku kejam ke atas dirinya.
"Mek Som nasihat ni sebagai seorang emak. Mek Som tahu apa yang Mek Som cakap takkan pernah mampu lembutkan hati Kal. Tapi Mek Som harap Kal fikirlah baik-baik demi Mia"

"Papa.." Mia berlari mendapatkan Haikal.

Haikal mengukir senyum lantas meletakkan Mia di atas ribanya. Dahi Mia dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Pap, tengok ni. Mia lukis mama" Mia menunjukkan lukisannya kepada Haikal.

Mata Haikal seakan-akan berkaca. Serentak itu, dia mengalihkan pandangan ke arah Mek Som dengan penuh kasihan.

"Kenapa Mia lukis mama?"

"Mia ada jumpa mama"

Haikal kaget.

"Mia jumpa kat mana?"

"Masa Mia tidur, mama datang jumpa Mia. Mama cantik. Mama selalu senyum pada Mia"

"Mia,tu mainan tidur je sayang"

"Mana ada!" bantah Mia. "Mama selalu datang jumpa Mia kalau Mia tengah tidur. Mama pesan, jaga papa selalu. Dan mama cakap, mama sayang papa. Mama sayang Mia. Nanti dia akan datang jumpa Mia"

"Mia!" Haikal memeluk erat tubuh Mia. Dia tidak mahu kehilangan Mia. Dia tidak mahu Mia pergi meninggalkannya selepas Hanis. Dia tidak akan kuat.

"Papa, kenapa papa nangis?"

Wajah Haikal yang sudah basah dengan air mata.

"Mia sayang papa tak?"

"Mestilah sayang!"

"Janji dengan papa, jangan tinggalkan papa. Dan kalau mama datang lagi masa Mia tidur, bagitau mama yang papa tak nak mama ganggu Mia lagi.."

Wajah Mia cemberut. "Tapi papa..."

"Mia sayang papa tak?"

Mia mengangguk perlahan-lahan.

"Kalau macam tu, dengar cakap papa!"

HARI PERTAMA dia menjejakkan kaki ke pejabat setelah lima hari bercuti. Kalau diikutkan, dia masih lagi ingin menyambung cutinya. Maklum sajalah, dia masih dalam mood honeymoon! Namun Nuraisha menggesanya untuk tidak meninggalkan kerja di bahu Tan Sri Firman seorang diri, sementelah perangai dan fiil Farrhan yang kerap kali ponteng kerja itu.

"Senyum memanjang je kawan aku sorang ni. Menang loteri ke malam tadi?" usik Shahrul. Dia sudah menapak di sisi Firash.

Wajah Firash membahang. Ya, dia menang besar malam tadi! Layanan dan godaan yang diberikan Nuraisha benar-benar menenangkannya. Dan perkara itu berlanjutan sehingga ke pagi ini!

"Hoii! Orang cakap dia boleh buat tak dengar!" Shahrul sudah terpekik di sebeah Firash.
"Boleh tuli abadi aku dibuat kau!" rungut Firash, namun dalam nada bergurau.

"Engkaulah! Tersengih-sengih seorang diri"

"Alaaa, ni sengih tanda bahagia. Kau apa tahu? Kau tak kawen lagi"

"Haa yelah tu. Malas aku nak berdebat dengan orang yang kemaruk cinta macam kau ni!" Shahrul melangkah pergi dari sisi Firash.

"Kejaplah!" Firash menarik tangan Shahrul. "Kau ni, tak menyempat betul! Tengah hari ni lunch di rumah aku. Orang rumah aku masak" Tersenyum simpul Firash menuturkan itu.

Shahrul tergelak. "Amboii! Happy kau sekarang ea?"

"Happylah! Dah kawen nanti baru kau tahu! Tengah hari nanti tau? Naik satu kereta je dengan aku"

"Yelah-yelah. Awal kau habis cuti?"

Firash mengukir senyum. Jika bukan kerana desakan Nuraisha ,pasti dia masih lagi bermanja-manja di atas ranjang ketika ini. Ahhh! Rindu pulak!

"MashaAllah budak ni! Tersengih-sengih, tersenyum-senyum! Kau okey ke tak ni?" sakat Shahrul dengan wajah ketatnya. Pertama kali dia melihat Firash sebahagia itu. Syukur, Firash akhirnya bertemu bahagianya sendiri.

"Okeylah! Penyakit kemaruk aku ni, cuma isteri aku je yang boleh rawat dia. Orang lain tak boleh"

"Pigidaaa!! Naik geli aku tengok kau ni!"

Dan kata-kata Shahrul hanya disambut dengan gelak tawa oleh Firash. Naik geli, naik gelilah! Yang penting dia bahagia!

SEUSAI menyiapkan makan tengah hari, bibir Nuraisha tersenyum puas. Hari itu, seperti yang dijanjikan Firash akan makan tengah hari di rumah. Malah Firash juga berjanji akan makan tengah hari di rumah sahaja. Nuraisha tersenyum manja mengingatkan janji suaminya itu.

Derap kaki seseorang menghampirinya. Dia menoleh dan bertentang mata dengan Farrhan. Nuraisha pantas mengalih pandangan kerana tidak mahu memberi izin kepada matanya untuk terus singgah pada tubuh badan Farrhan yang tanpa baju itu. Hanya boxer hitam yang dikenakan di atas badan.

"Hey perempuan!"

Nuraisha tersentak tatkala Farrhan menjerit ke arahnya.

"Boleh tak kalau aku ada kat rumah ni, kau jangan nak tunjuk muka kau? Menyampah tahu tak?!"

Nuraisha menelan liur. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 12.30 tengah hari. Dia tak kerja ke?

"Udang masak durian ke ni?"

Nuraisha hampir tergelak namun ditahan saja.

"Hoii! Aku tanya kau. Udang masak durian ke ni?"

"Tak. Udang masak tempoyak" sahut Nuraisha dengan tawa halusnya.

Wajah Farrhan merona. Salah cakap ke?!

"Yang kau gelak kenapa?"

Nuraisha pantas menggeleng kepala. Dia mengunci mulut. Risau jika diamuk oleh lelaki separuh waras itu!

"Durian dengan tempoyak sama je. Durian tu produk asli dia. Tempoyak tu pulak hasil dari produk asli tu. Apa yang salah entah!" rungut Farrhan seorang diri. Coverline!

Bibir Nuraisha diketap. Aku tak cakap apa-apa pun!

"Sayang, abang balik!" jerit Firash dari luar rumah.

Mendengarkan itu, Nuraisha pantas berlari mendapatkan suaminya. Rasa takut dengan kehadiran Farrhan yang penuh aura hitam itu lenyap dibawa angin tatkala menerima kunjungan suaminya.

"Sengal!" bidas Farrhan dengan mimik wajah menyampah. "Tahulah dah kawen! Tak payahlah nak menunjuk sangat macam tu! Meluat betul aku!" kritik Farrhan lagi.

Selera makannya tiba-tiba ke laut! Hurghhh!

"KENYANGGG.." ulas Shahrul sambil mengurut perut. Masakan yang dihidangkan oleh Nuraisha memang sungguh menyelerakan. Firash memang bertuah kerana mempunyai isteri secantik dan sepandai Nuraisha.

"Sedap tak orang rumah aku masak?"

"Cenggini" Shahrul tunjuk jari ibu ke atas sambil tersenyum puas.

Nuraisha tersipu malu dengan pujian itu. Firash mengukir senyum bangga.

"Sha kemas ye bang?"

Firash mengangguk kepala. Setelah Nuraisha berlalu ke dapur, Firash mengajak Shahrul berbual-bual di ruang tamu.Mereka duduk menghenyak punggung di atas sofa bertangkai tiga.

Siaran televisyen memaparkan rancangan masakan namun tidak sedikit pun menarik minat mereka.

"Untung kau. Dapat isteri macam Aisha"

Firash senyum bangga. "Dah lama aku tunggu Allah kurniakan aku seorang isteri. Tak cantik takpe. Janji dia tahu tanggungjawab dan hormat aku. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan aku. Bahkan lebih dari yang aku pinta"

"Kau mesti sayang sangat kat isteri kau kan? Sebab selama aku berkawan dengan kau, inilah pertama kali aku tengok kau dilambung asmara. Lagipun selama ni kau tak berkawan sangat dengan perempuan"

Kata-kata Shahrul mengundang tawa di bibir Firash. "Gila tak sayang! Sayang sangat. Cinta sangat. Aku rasa macam aku dah terlebih cintakan isteri aku. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan aku ni pada kau. Tapi yang pasti aku bahagia dengan perasaan ni"

"Dan kau berhak bahagia" sahut Shahrul lagi. Melihatkan saja wajah bahagia Firash, dia tahu sahabatnya itu betul-betul sedang dilambung asmara. Dan dia tumpang bahagia.

"She's the one!" tukas Firash lagi.

Suasana sepi seketika. Ketika itu, Shahrul melihat Farrhan keluar dari rumah dengan berbaju jaket dan berseluar koyak sana sini. Rokok pula setia saja di bibirnya. Rambut pula kusut-masai. Shahrul menggeleng kepala. Jauh benar perbezaan dia dan Firash. Bagai langit dan bumi.

"Kenapa kau geleng kepala?" tegur Firash ketika menyedari tingkah Shahrul.

"Tu" Shahrul menjuihkan bibir ke arah figura Farrhan. "Adik tiri kau"

"Kenapa dengan dia?" Dahi Firash berkerut.

"Berbeza betul dia dengan kau. Macam langit dengan bumi! Kalau ditengokkan, macam tak percaya je dia tu adik kau" komen Shahrul lantas mengeluh. Agak-agaknya kalau dia orang luar, pasti dia tidak menyangka kalau Farrhan itu adik Firash. Meskipun hanyalah berstatus adik tiri.

Firash tersenyum hambar. Dia teringat peristiwa Farrhan dan Nuraisha satu ketika dulu. Sejak mengetahui perkara sebenar, hatinya selalu cemburu jika Farrhan mendekati Nuraisha. Dia risau sekiranya Nuraisha atau Farrhan mengetahui kebenarannya. Dia tidak siap kehilangan Nuraisha. Bahkan dia tidak akan menyerahkan Nuraisha kepada sesiapa!

Firash menggeleng kepala berkali-kali. Dia tidak akan membiarkan sesiapa pun mengetahui kebenarannya. Titik! Muktamad!

"Yang kau geleng kepala pulak kenapa?" Shahrul pula menegur. Dia hairan dengan sikap mendadak Firash itu.

"Ohh.. takde..." sahut Firash lantas tersengih. Figura Nuraisha yang sibuk di dapur sempat menjamah pandangan matanya. Betapa dia mencintai wanita itu. Tidak mampu dia bayangkan jika suatu saat mereka terpisah gara-gara kebenaran itu.

Kuatkah dia?

kiki nak mntak maaf kalau cerita ni bnyak complicated. sebab ni ada sedikit kisah benar yg kiki masukkan. so harap korang enjoy ye ^^,

Share this novel

Lisa Halik
2021-11-14 17:03:34 

blurlh juga baca,knp aisha tak ingat kisah silam dia,apay g terjadi tersebenarnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience