65

Other Completed 493332

SETELAH berjaya 'membeli' Nuraisha daripada Jimmy, Haikal cepat-cepat membawa Nuraisha keluar dari tempat itu. Meskipun mendapat tentangan daripada Kyle pada mulanya, namun setelah menunjukkan sejumlah wang, Kyle akhirnya termakan jua dengan kata-kata Haikal. Kini, Nuraisha sudah berjaya melewati masa buruknya di situ. Saat berpisah dengan Laila, dia menangis tak henti-henti dan berharap agar Laila dapat melarikan diri dari situ. Perpisahan yang perit, namun tidak mungkin Nuraisha mahu terus bertahan di situ. Sementelah Haikal telah menghulut tangan untuk membantu, dia tidak akan mensia-siakannya. Bahkan jasa dan ihsan Haikal tidak mampu dibalas dengan cara apa pun.

"Terima kasih" ucap Nuraisha ketika Haikal menghulurkan sehelai tisu kepadanya.

Sejak dari perjalanan tadi, dia ditemani air mata. Dalam menyambut kegembiraan kerana dapat bebas dari tempat itu, dia turut terpalit dengan kesedihan dek kerana harus kehilangan insan sebaik Laila. Namun dia akan terus berdoa untuk kebaikan Laila.

"Kasih diterima" sahut Haikal sambil tersenyum riang. Akhirnya dia dapat menbebaskan Nuraisha dari tempat itu. Dan tidak kiralah apa pun yang terjadi, dia tidak akan melepaskan Nuraisha pergi.

"Awak tak boleh ke selamatkan kak Laila?" Tiba-tiba Nuraisha merayu. Jika boleh, dia terlalu ingin untuk Laila mengikutinya.

"Nur, bukan saya tak boleh nak selamatkan Laila. Tapi diorang takkan benarkan dua orang perempuan bebas sekaligus" jawab Haikal sambil matanya fokus dengan pemanduan di hadapan. Kini, niatnya hanya ingin membawa Nuraisha ke kondonya dan berharap agar Mia tidak mmebentak kali ini seperti sebelumnya.

"Tapi diorang kalah dengan duit kan? Macam awak bayar diorang tadi...dan imbalannya..." Nuraisha berjeda. Dia tak sanggup harus menyebut perkataan 'beli' itu yang mana lebih merujuk kepada dirinya. Iya, itulah hakikatnya! Dia dijual kali kedua oleh insan bergelar lelaki. Tetapi urusan jual beli kali ini adalah kerana ingin membebaskan dirinya! Dan dia tetap bersyukur!

Haikal mengorak senyuman. Hari itu, dia baru tahu sikap Nuraisha. Dan sikap itu ternyata menyenangkan hatinya.

"Nanti kita fikirkan cara untuk keluarkan Laila dari situ okey? Awak janganlah risau. Awak dah bebas. Dan awak tak perlu nak pergi ke mana-mana lagi sebab takde orang yang akan intip awak"

Senyuman tipis tersungging di wajah Nuraisha. Tak putus-putus dia mengucap syukur di dalam hati di atas kejadian ini. Sesungguhnya, kuasa Allah itu sungguh besar dan tiada siapa pun yang mampu melawaninya.

"MIA! Papa balik dah" Haikal menjerit sedikit bagi mengkhabarkan kepulangannya. Dia memanjangkan leher melihat sekitarnya. Keadaan sepi sahaja dengan lampu ruang tamu tertutup. Mana pergi semua orang?

"Masuklah Nur. Ni rumah saya" pelawa Haikal. Baru dia teringat akan kehadiran gadis itu yang dari tadi menunggu di hadapan pintu.

Nuraisha serba salah sebenarnya. Dalam ketika itu, perasaannya ragu-ragu dengan keikhlasan Haikal. Bagaimana jika semua ini dirancang oleh Haikal? Mungkin saja lelaki itu sedang menunggu kesempatan dan apabila saat itu tiba, dia juga akan menghancurkan hidupnya dalam sekelip mata. Lagipun, rumah Haikal sepi dan seakan tiada orang saja. Bagaimana harus dia mempercayainya?

"Laaa apa tercegat kat sini?" Tanpa sedar, Haikal sudah berdiri di hadapan Nuraisha. Beg berisi pakaian digapai dari tangan Nuraisha.

"Errr..." Nuraisha teragak-agak. "Saya tunggu kat jelah encik Haikal"

"Laaa kenapa pulak? Awak tak percayakan saya?" Haikal menebak pemikiran Nuraisha. Masakan mungkin dia memperlakukan Nuraisha seperti itu. Kalau betul itu niatnya, dari dulu lagi dia sudah menggunakan kesempatan itu ke atas diri Nuraisha.

"Maafkan saya encik Haikal. Saya... saya fobia"

Haikal tersenyum tipis. "Takpe. Saya faham. Tunggu jap. Saya panggil Mia dan Mek Som"

Haikal ingin berlalu namun baru beberapa tapak ke dalam rumah, Mia sudah berlari ke arahnya. Tubuhnya didakap erat oleh anaknya. Mengekek Haikal ketawa dengan telatah Mia.

Mek Som memerhati di sisi dengan senyuman lebar. Saat itu matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang berdiri di hadapan pintu. Gadis yang lengkap berpakaian kurung itu bak patung cendana saja di situ. Wajah manisnya menggamit perhatian Mek Som. Siapa dia? Wajahnya seakan mirip Mia.

"Lewatnya papa balik hari ni. Nasib baik Mia tak tertidur. Papa pergi mana?" Mulut celoteh itu mula menyoal sambil pelukan dilepaskan. Saat itu, matanya tertancap pada wajah manis Nuraisha yang turut sama memandangnya.

Mia terpaku melihat wajah itu. Mereka saling berpandangan tanpa mengelipkan mata. Ada rasa yang berbeza dirasakan ketika itu. Seolah ada hubungan batin yang menghubungkan mereka. Mia tersenyum lantas berlari ke arah Nuraisha.

"Mama! Mama Mia dah balik. Yeaayy yeayyy!!" Kedua kaki Nuraisha dipeluk erat.

Nuraisha tercengang. Mama? Haikal dan Mek Som juga terpana dengan penerimaan Mia. Tidak biasanya Mia berkelakuan seperti itu.

"Mia. Sini sayang. Tu bukan mama Mia" Haikal memanggil. Berharap agar Mia akur pada arahannya.

"No!" bentak Mia sambil mengeratkan lagi pelukannya. Wajah Haikal dikerling. "Ni mama Mialah!"

Haikal dan Nuraisha saling berpandangan. Terlalu banyak persoalan mulai berlegar-legar di benak Nuraisha. Namun tak dinafikan dia senang dengan kehadiran Mia. Lantas, dia menundukkan badan dan berhadapan dengan Mia.

"Papa panggil Mia. Mia tak boleh degil"

Mata Mia tak berkedip memandang Nuraisha. Laju saja tangannya menggapai Nuraisha dalam pelukan.

Haikal semakin kebingungan. Itu pertama kali Mia menerima kehadiran mana-mana perempuan yang pernah dibawanya pulang.

"Mia..." Nuraisha berjeda tatkala Haikal mengangkat tangan memberi isyarat agar menuruti saja kehendak Mia.

"Mia, mari sini sayang. Mama penat tu. Bagi mama rest dulu" Haikal sudah menapak di hadapan Nuraisha seraya membelai belakang Mia.

Mia memanggung kepala memandang Nuraisha.

"Mama penat ke?"

Nuraisha mengalih pandangan ke arah Haikal. Saat Haikal mengangguk kepala sambil memberikan senyuman, Nuraisha mengerti.

"Aah, mama penat" Belakang Mia diusap perlahan.

"Okey..." Lambat-lambat Mia menyahut. Dia keberatan untuk melepaskan Nuraisha namun laju saja tangan Haikal memapahnya dari Nuraisha.

"Lepas mama mandi, kita ajak mama makan sekali. Ye sayang?" Haikal cuba memujuk, apatah lagi muncung Mia mula kedepan.

"Mama janji tau? Mama tak boleh lari lagi" Mia menatap wajah Nuraisha dengan penuh pengharapan.

"Iya, mama janji"

"SIAPA dia?" Suara Mek Som menyentakkan lamunan Haikal. Saja dia ambil angin di balkoni bagi merungkaikan peristiwa tadi. Dia sendiri terkejut dengan penerimaan Mia, apatah lagi apabila Mia memanggil Nuraisha dengan panggilan mama. Mungkinkah Mia memang dahagakan kasih sayang dan kehadiran seorang ibu? Sebelum ini, terlalu banyak wanita yang dibawanya pulang. Dan tidak satu pun yang berkenan di hati Mia. Tetapi aura Nuraisha kali ini tampak berbeza.

"Nama dia Nur" jawab Haikal setelah lama menyepi.

"Nur?" Mek Som tersenyum manis. "Dia memang betul-betul bawa nur dalam hidup Haikal"

"Maksud Mek Som?" Kini, Haikal memusing tubuh menghadap Mek Som. Sesekali, matanya melirik ke arah ruang tamu. Melihatkan gelagat Mia dan kesabaran Nuraisha melayan anaknya, hatinya terpaut.

"Nur kan maksud dia cahaya. Kenalah tu! Nur datang dalam hidup Kal dan Mia. Dan bawa cahaya dia sekali. Cahaya kebahagiaan dan cahaya sebuah keluarga" usik Mek Som namun dalam nada yang tegas.

Sudah lama dia rindukan haruman keluarga Haikal bersatu kembali. Walau bukan Hanis atau tanpa Hanis, dia sentiasa berdoa agar ada wanita lain yang bisa merubah Haikal dan membawa kebahagiaan dalam keluarga mereka. Sekurang-kurangnya, tidak perlulah dia turut sama terpalit dosa di atas maksiat yang dilakukan oleh Haikal.

"Mek Som ni pandai je" Haikal menyembunyikan gugup di hati.

"Ishhh, pandai apa pulak! Cuba tengok Mia tu" Mek Som mengalih pandangan ke arah Mia dan Nuraisha. Haikal juga sama.

"Kal tak rasa pelik ke? Mia tiba-tiba boleh ngam dengan Nur. Yang lebih dahsyatnya, dia siap panggil Nur tu mama lagi. Tak pernah Mia macam ni kan?"

Dalam diam, Haikal mengiyakan kata-kata Mek Som. Bahkan dia sendiri tidak percaya dengan penerimaan anaknya itu. Bukan dia tidak tahu betapa dinginnya Mia dengan wanita lain sebelum ini.

"Mek Som rasa, Mia dah jumpa mama dia. Bila tengok Mia macam tu, Mek Som rasa terharu sangat. Yelah, sejak dari kecil lagi dia tak merasa kasih sayang seorang ibu. Lagipun, sejak akhir-akhir ni, Mia selalu cakap yang dia mimpi jumpa mama dia. Kal tak rasa ke itu satu petanda?"

Haikal mematungkan diri. Dia tahu dan sedar semua itu. Namun tidak mungkin secepat itu dia akan merisik Nuraisha. Sementelah gadis itu masih terlalu berahsia dengannya.

MENERIMA berita yang mengecewakan hati, Razlan membentak sendiri. Baru sahaja dia hendak memiliki Nuraisha, gadis itu malah di'beli' oleh lelaki lain. Dia tidak boleh menerima semua itu. Dia masih tidak berpuas hati jika Nuraisha tidak jauh ke dalam genggamannya. Sudah terlalu lama dia mengidamkan gadis itu. Tetapi selalu saja ada halangan.

"Siallah!! Siapa jantan tak guna tu? Kenapa mesti dia yang merampas Aisha dari aku?!" Razlan menumbuk stereng kereta. Sumpah seranah sedari tadi meniti di bibirnya.

Fikirnya setelah berjaya menewaskan Farrhan, dia dapat memiliki Nuraisha dengan mudah. Namun dia silap besar. Rupa-rupanya masih ada lelaki lain yang melindunginya. Arghhh!! Ini tak boleh terjadi. Sampai bila dia harus menahan sabar seperti ini?

"Perempuan tu dah kena beli dengan lelaki lain" Itu yang Kyle khabarkan padanya.

"Lelaki mana?" tanya Razlan, tak menyabar bunyinya. Desah nafasnya kedengaran, seakan menahan amarah saja.

"Kau ni banyak tanyalah! Kalau kau kemaruk sangat nak perempuan, banyak lagi perempuan lain kat sini. Kau pilih je mana kau suka"

Razlan berdecit. Dia meraup wajahnya. Kolar baju Kyle dipulas.

"Masalahnya, aku nak perempuan tu bodoh! Perempuan lain aku tak minat!"


Amarah yang membara membuatkan hati Kyle turut panas. Wajah Razlan menjadi sasaran penumbuknya. Sekejap saja, Razlan sudah rebah di atas tanah.


"Lelaki tu tawarkan aku sejumlah wang yang besar. Siapa tak nak sial?!"

Nafas Razlan tercungap-cungap. Dia meludah di atas tanah sambil mengerling ke arah Kyle. Kalau tidak mengenangkan banyak mata yang menyaksikan mereka, pasti teruk Kyle dia kerjakan!

"Bodoh! Sial!!" sumpah Kyle lagi sambil menyepak kaki Razlan. Kemudian, dia berlalu dari situ dengan perasaan yang masih berapi-api.

"Arghhh!!!!" Razlan menjerit di dalam kereta. Hatinya benar-benar panas apabila harapannya jatuh berkecai.

PINTU BILIK dikuak perlahan. Bibirnya mengulum senyuman melihat keakraban Mia dan Nuraisha. Mereka berdua sedang nyenyak tidur. Mia memeluk Nuraisha erat seakan sukar untuk dilepaskan.

Lama Haikal merenung wajah keduanya. Dan ketika itu, dia baru perasan wajah keduanya seakan mirip sahaja. Kebetulan atau???

Haikal tahu, Mia terlalu menginginkan kasih sayang seorang ibu. Dek kerana berdendam dengan masa silam, dia mengorbankan maruahnya sendiri dan membuatkan Mia seakan berkecil hati dengannya.

Hidupnya dulu sangat terumbang-ambing. Dia kerap memainkan perasaan seorang wanita. Sudah banyak wanita yang ditiduri tanpa ada niat untuk menghalalkan mereka. Menyesal? Itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Malah dia dengan senang hati menghancurkan hidup gadis-gadis di luar sana yang berharap kepadanya.

Mahukah Mia memaafkannya? Dan yang paling penting, bisakah dia berubah? Adakah kata-kata Mek Som mampu diterimanya dengan baik?

"Hanis, apa yang patut I buat?"

kiki update takat ni je ye? in shaa Allah, esok kiki sambung lagi. amacam?? puas ati tak? ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience